Surat Kedua Puluh Lapan

261. Page

Surat Ke-Dua Puluh Lapan


Penulisan ini dibentuk daripada lapan perkara.


Perkara Pertama

Ia merupakan surat pertama.

بِسْمِ اللّٰهِ الرَّحْمٰنِ الرَّح۪يمِ اِنْ كُنْتُمْ لِلرُّءْيَا تَعْبُرُونَ

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani

“Kalau kamu orang yang pandai menafsirkan mimpi” (Sūrah Yūsuf:43)

Kamu sekarang meminta penafsiran mimpi-mimpi lama kamu yang penafsirannya terjelma selepas tiga hari bertemuku pada tiga tahun lepas. Salahkah kata-kataku mengenai mimpi yang indah penuh berkat dan memberikan khabar gembira yang telah berlalu sejak dahulu lagi yang membawa menyatakan makna:

Aku bukanlah malam atau aku bukan hamba kepada malam hari, Aku adalah khadam kepada matahari yang membawakamu berita-berita daripadanya.

Khayalan-khayalan ini menjadi jerat kepada para wali, yang merupakan gambaran bagi bunga-bunga di taman Allah Taāla.

Benar; Wahai saudaraku, kita telah membincangkan tentang pembelajaran hakikat yang sebenar tetapi kajian mimpi dengan gambaran yang meyakinkan – pintunya terbuka untuk khayalan – tidak bersesuaian sepenuhnya dengan metod kajian yang benar. Kami akan menerangkan mengenai Enam realiti keadaan ”peristiwa kejadian separa tidur “ iaitu tidur yang merupakan dari sejenis kematian kecil dalam penerangan ilmiah berdasarkan kepada prinsip-prinsip dan pengetahuan yang ditunjukkan di dalam ayat-ayat al-Qur’an. Dan kami akan jelaskan mimpi kamu secara ringkas pada perkara yang ketujuh. 

Pertama: Asas penting bagi sūrah Yūsuf ialah mimpi Yūsuf ‘alaihis salām. Kebanyakan ayat-ayatnya seperti: “Dan Kami telah menjadikan tidur kamu untuk berehat”(Sūrah An-Naba’:9) menunjukkan di dalam mimpi dan tidur terdapat kebenaran-kebenaran yang hebat tersembunyi di sebalik hijab dan tirai.

Kedua: Golongan hakīkat tidak bersetuju untuk buat cabutan bertuah melalui al-Qur’an dan tidak berpegang kepada mimpi kerana al-Qur’an al-Hakīm sangat melarang orang-orang kafir dengan sekeras-keras larangan. Jika larangan al-Qur’an memberikan kesulitan kepada orang-orang kafir yang berharap, ia akan membuatkan mereka berputus asa dan memberi kekeliruan di dalam hati.


262. Page

Kemudian mimpi, walaupun ia perkara yang baik, ia boleh dianggap sebagai perkara buruk pada pandangan seseorang kerana ia bertentangan dengan realiti. Ia boleh menyebabkan putus asa, memusnahkan kekuatan ma’nawi dan memberi sangkaan buruk. Terdapat banyak mimpi yang gambarannya mengerikan, menyakitkan dan tercemar, akan tetapi penyampaian dan maknanya sangat cantik. Bukan semua orang manusia boleh dapat mengaitkan hubungan antara gambaran mimpi dengan makna sebenar, kemudian mereka menjadi bimbang dan risau tanpa sebab, berputus asa dan sedih.

Untuk bahagian ini, aku telah katakan pada awal surat ini “Aku bukanlah malam atau aku bukan hamba kepada malam hari” seperti yang diungkapkan oleh golongan yang berada di jalan kebenaran dan al-Imām ar-Rabbāni rahimahullah.

Ketiga: Terdapat satu bahagian dari empat puluh bahagian kenabian melalui gambaran mimpi yang benar di dalam tidur seperti yang disebutkan dalam ḥadīth saḥīḥ(). Dengan itu, mimpi yang benar adalah fakta, dalam mempunyai hubungan dan perkaitan dengan tugas-tugas seorang nabi.

Perkara ketiga ini penting dan sangat panjang, terperinci dan mempunyai hubungan dengan kenabian. Jadi kami ingin menangguh perbincangan tentangnya pada waktu lain dan sekarang, kami tidak akan membuka tajuk ini.

Keempat: Mimpi terdiri daripada “tiga jenis”. Dua daripadanya termasuk dalam “mimpi-mimpi yang kosong” seperti yang terdapat dalam al-Qur’an dan tidak perlu dijelaskan. Kedua-duanya tidak penting walaupun mempunyai makna di dalamnya. Kekuatan khayalan tercipta dari gabungan perkara-perkara dan gambaran mengikut penyakit seseorang yang disebabkan oleh kesihatan yang terganggu. Adapun khayalan yang mengingatkan tentang peristiwa-peristiwa yang merangsang dan membangkitkan apa yang telah berlaku kepada manusia pada siang hari dan sebelum itu, bahkan dari dua tahun yang lalu pada masa yang sama. Ia diubah, digambarkan dan ditambah dengan bentuk yang lain. Kedua-dua jenis ini adalah “mimpi-mimpi kosong” dan tidak perlu ditafsir.

Jenis yang ketiga ialah mimpi yang benar. Apabila deria rabbānī yang terdapat pada sifat dalaman manusia menjadi hubungan dan ikatan manusia dengan alam ghaib secara langsung menutup dan menghentikan pancaindera dan perasaan yang terikat dengan alam nyata dan berkeliaran di dalamnya. Ia kemudian membuka jalan kepada alam itu dan dapat dilihat melaluinya kejadian-kejadian yang sedang disediakan. Salah satu kejadian yang tak diduga ialah Lūḥ Maḥfūẓ yang merupakan salah satu tempat dicatat ketentuan ilāhī. Sebahagian kejadian-kejadian sebenar dapat dilihat melalui mimpi tetapi kadangkala khayalan menjelaskan dan memperlihatkan ia dalam bentuk gambaran.


263. Page

Terdapat pelbagai jenis dan peringkat bagi jenis mimpi yang benar ini. Kadangkala kejadian yang berlaku sama seperti apa yang dilihat oleh manusia melalui mimpi, kadangkala ia berlaku dibawah tirai yang nipis dan kadangkala ia dimusnahkan dengan tirai yang tebal. Seperti yang disebutkan dalam ḥadith bahawa mimpi yang dilihat Rasūlullah yang mulia ‘alaihiṣ ṣolātu wassalam pada permulaan baginda menerima wahyu telah berlaku dengan jelas dan benar seperti terbit fajar().

Kelima: Mimpi yang benar ialah deria tambahan “deria gerak hati” bagi kejadian sesuatu perkara. Gerak hati bagi sesuatu kejadian terdapat pada setiap orang samada ia memberikan gerak hati yang separa atau penuh. Bahkan haiwan juga turut mempunyai naluri tersebut. Sehingga aku diperlihatkan pada hari itu – melalui cara ilmīah – terdapat dua deria yang lain pada manusia dan haiwan seperti deria mendengar dan melihat yang dikenali sebagai “deria naluri yang mendorong dan merangsang” yang menjadi tambahan kepada deria luaran dan dalaman dan gerak hati bagi sesuatu kejadian. Orang-orang yang sesat dan ahli falsafah tersilap dan bodoh menggelar pancaindera yang mereka tidak dikenali itu dengan nama “naluri semulajadi”. Akan tetapi ia adalah ketentuan ilāhī yang mendorong manusia dan haiwan melalui pelbagai ilham semulajadi.

Contoh: Jenis haiwan seperti kucing ketika ia kehilangan penglihatan, ia akan bertindak mengikut dorongan ketentuan ilāhī. Ia akan mendapatkan tumbuhan yang boleh merawat matanya dan mengosokkannya pada mata, kemudian matanya akan sembuh.

Begitu juga bagi spesies burung-burung pemangsa seperti burung helang yang diumpamakan seperti pegawai kesihatan yang ditugaskan untuk menghapuskan bangkai-bangkai haiwan di bumi. Ia disampaikan melalui dorongan ketentuan ilāhī dan naluri hati yang diilhamkan kepadanya. Dengan dorongan itu, ia akan pergi mencari bangkai haiwan yang terdapat dengan jarak sejauh sehari.

Dan lebah kecil yang baru lahir yang berusia tidak lebih dari sehari terbang ke udara dengan jarak sejauh sehari. Kemudian ia kembali melalui dorongan ketentuan dan ilham daripada gerak hati yang mendorong untuk pulang ke tempat tinggalnya tanpa kehilangan jejaknya di udara, kemudian ia memasuki sarangnya.


264. Page

Gerak hati ini sering berlaku kepada kebanyakan manusia iaitu ketika mereka berbicara tentang seseorang daripada mereka, kemudian apabila pintu dibuka, orang yang dibicarakan itu datang seperti sangkaan mereka. Terdapat peribahasa dalam bahasa Kurdish yang disebut: “Apabila kamu menyebut tentang serigala, sediakanlah tongkat untuk memukulnya kerana serigala itu akan muncul”.

Oleh itu, kelembutan tuhan itu memberikan rasa yang sempurna melalui gerak hati tentang kedatangan lelaki tersebut, manakala kesedaran akal tidak merasakannya; lantas menyebabkan dia menyebut tentang lelaki itu tanpa sengaja. Ahli firāsat mentafsirkan ia sebagai karāmah yang kadangkala diberikan kepada mereka.

Pada satu masa aku menjadi sensitif (peka) dengan gerak hati ini, kemudian aku mengesahkan keadaan ini ke dalam satu kaedah dan prinsip tetapi aku tidak menjumpai yang bersesuaian dengannya dan tidak mampu menyesuaikannya. Walau bagaimanapun, gerak hati ini menambahkan kekuatan dan pemerhatian bagi orang-orang yang menyucikan diri terutamanya dikalangan para wali. Ia terzahir pada kesan yang berlaku pada mereka seperti karāmah. Bagi orang awam juga mempunyai satu bahagian daripada jenis kewalian ini (mimpi) iaitu ketika mereka melihat perkara-perkara ghaib dan perkara akan datang di dalam mimpi benar mereka seperti yang dilihat oleh para wali di dalam mimpi mereka.

Benar, sebagaimana orang awam menganggap tidur dengan mimpi yang benar adalah satu martabat kewalian, begitu juga bagi semua manusia yang mengganggap mimpi sebagai layar yang membentangkan tayangan rabbānī yang indah dan hebat. Orang-orang yang berakhlak baik, mereka akan memikirkan dengan fikiran yang baik dan orang-orang yang memikirkan dengan fikiran yang baik akan mendapat mimpi seperti pemandangan dan paparan yang indah (mimpi yang baik).

Dan orang-orang yang berakhlak buruk yang memikirkan dengan fikiran yang buruk, mereka tidak akan mempunyai mimpi melainkan ia adalah seperti pemandangan dan paparan yang buruk (mimpi yang buruk). 

Tidur diumpamakan sebagai tingkap bagi setiap manusia untuk mengintai alam ghaib dari alam nyata.


265. Page

Ia juga medan yang membebaskan dan lapangan yang memperlihatkan kepada manusia iaitu makhluk yang terbatas dan tidak kekal, pelbagai perkara-perkara daripada kejadian yang kekal, yang telah berlaku dan yang akan berlaku di masa akan datang.

Dan ia merupakan tempat beristirehat bagi roh-roh yang dibebani dengan pelbagai tanggungjawab di dalam kehidupannya dan yang memberikannya kesusahan.

Bagi ungkapan rahsia- rahsia ini dan sebagainya, al-Quran telah menceritakan tentang hakikat tidur dan menekankan tentangnya di dalam ayat-ayatnya seperti yang terdapat pada ayat suci ini: وَجَعَلْنَا نَوْمَكُمْ سُبَاتًا “Dan Kami telah menjadikan tidur kamu untuk berehat?” (Sūrah An-Naba’:9).

  Keenam dan merupakan perkara paling penting: Terbukti padaku dengan peringkat keyakinan tertinggi dan banyaknya pengalaman bahawa mimpi-mimpi yang benar adalah bukti yang kukuh untuk menjelaskan ketentuan ilāhī dalam setiap sesuatu.

Benar, aku telah mendapat mimpi yang benar ini terutamanya pada beberapa tahun kebelakangan ini. Sehinggakan aku ada bermimpi – contoh – pada satu malam tentang kejadian, tindakan, pergaulan dan perbualan yang remeh dan tidak penting yang akan berlaku pada hari esok telah dicatat dan ditentukan sebelum ia terjadi. Dan terbukti bahawa aku telah membacanya di dalam mimpi yang aku alami pada malam itu dengan mataku bukan lidahku.

Telah berlaku beribu kali – bukan sekali atau seratus kali – aku telah bermimpi tentang beberapa orang di dalam tidurku tanpa aku memikirkan tentang mereka. Dan perkara-perkara yang aku katakan di dalamnya juga aku tidak memikirkan tentangnya pada malam itu. Pada siang hari, aku telah melihat mereka dan perkara-perkara diceritakan dalam mimpi itu benar-benar terjadi termasuk sedikit penafsiran. Kejadian ini menunjukkan bahawa ia merupakan kejadian-kejadian yang remeh yang telah ditentukan dan dicatat sebelum ia berlaku. Kesimpulannya, tiada kebetulan bagi sesuatu perkara, tiada suatu kejadian yang berlaku dengan sia-sia, secara tiba-tiba dan tanpa sebarang aturan.


266. Page

Ketujuh: Penjelasan tentang mimpi kamu yang menyampaikan berita gembira, penuh keberkatan, indah dan membahagiakan itu sangat indah bagi kami dan khidmat kami kepada al-Qur’an. Masa juga telah menjelaskannya dan masih menjelaskannya tanpa memerlukan kepada penjelasan kami. Sebahagian daripada penjelasan itu menunjukkan satu keindahan yang kamu dapat fahami jika kamu memikirkan tentangnya dengan teliti. Kami akan menerangkan beberapa isi daripadanya; iaitu: Kami akan menjelaskan satu hakikat (kebenaran); Segala kejadian yang seperti kebenaran di dalam mimpi kamu ialah gambaran tentang kebenaran itu; dan ia:

Ia adalah medan yang luas iaitu dunia Islām, masjid yang terletak di hujung medan ialah negeri Isparta dan lumpur di medan itu ialah paya kefasikan, kekejian, perkara bid’ah, kemalasan dan penipuan pada zaman sekarang. Kamu akan sampai ke masjid dengan cepat dan selamat tanpa dikotori oleh air paya; sekiranya kamu mengambil cahaya-cahaya al-Qur’an ini sebelum orang lain dan kamu akan sentiasa bersih tanpa sebarang perkara yang merosakkan hati kamu.

Adapun jemaah kecil yang berada di dalam masjid; mereka pembawa kepada “Kalimāt” ini contohnya yang bernama Haqqī, Khulūṣī, Ṣobrī, Sulaimān, Rushdī, Bakr, Muṣṭāfā, Zuhdī, Luṭfī, Khusrau dan Ra’fat. Kerusi kecil di dalamnya pula ialah kampung kecil seperti “Barla” dan suara yang kuat menunjukkan kekuatan “Kalimāt” dan penyebarannya yang cepat. Tempat duduk yang disediakan untuk kamu di barisan pertama ialah tempat kosong yang ditinggalkan oleh Abdurrahman kepada kamu. Ini menunjukkan bahawa jemaah itu ingin memperdengarkan pembelajaran mereka dan menyebarkannya ke seluruh dunia dan kebenaran di dalamnya melalui alat tanpa wayar (cara yang pantas). Penjelasan ini akan lebih difahami dengan pemahaman yang sempurna di masa akan datang. Dengan izin Allah. Jika sekarang setiap orang adalah benih kecil, mereka akan menjadi pohon yang tinggi dan pusat telegram (menyebarkan Islam dengan cepat) dengan Taufīq Ilāhī (petunjuk Allah).

Pemuda yang memakai serban menunjukkan bahawa dia adalah seorang calon yang akan masuk ke dalam barisan-barisan pendakwah dan pelajar, dia akan bekerja dengan Hulūsī, saling membantu dan bekerjasama bahkan dia akan mendahuluinya. Aku menyangka dia adalah salah seorang daripada mereka tetapi aku tidak pasti. Pemuda itu akan didorong dengan kekuatan kewalian di medan.

Isi-isi yang lain kamu boleh menafsir sendiri bagi pihakku.

    Berbicara dengan orang-orang yang dikasihi seperti kamu adalah perkara yang manis, seronok dan memuaskan hatiku. Aku telah membicara tentang perkara yang pendek ini dengan panjang lebar dan mungkin ia telah berlebihan. Namun aku telah memulakan bicara ini dengan niat ingin menerangkan satu jenis tafsiran ayat al-Qur’an yang berkaitan dengan tidur. Oleh itu, aku memohon maaf atas bicara yang berlebihan itu dan sebenarnya ia bukan sekadar kata-kata yang berlebih-lebihan.


267. Page

Risalah Kedua

Persoalan Kedua

Permasalahan ini ditulis untuk merungkaikan perselisihan yang penting sekitar sebuah hadith yang mengatakan Nabi Musa AS menumbuk mata Malaikat Maut Izrail AS. 

Aku mendengar di Egirdir satu perdebatan ilmiah yang salah khususnya pada ketika ini. Pada mulanya aku tidak mengetahui tentang perdebatan tersebut hanya selepas aku ditanya tentangnya. Aku ditunjukkan satu kitab yang mempunyai rujukan yang ditandai dengan huruf “qaf” yang menunjukkan ia adalah hadith yang disepakati oleh Bukhari dan Muslim. Mereka bertanya kepadaku adakah ia satu hadith atau bukan? 

Aku menjawab: Perlu disandarkan kepada yang melihat hadith ini sebagai hadith yang disepakati oleh Syaikhan (Bukhari dan Muslim) dalam kitab yang dilengkapi rujukan seperti ini. Ia adalah hadith kalau begitu. Namun hadith juga terdapat perkara yang mutashabihat seperti mana Al-Quran. Hanya orang tertentu sahaja yang memahami ertinya yang sebenar. Aku sebutkan bahawa zahir makna hadith ini boleh dikategorikan sebagai perkara mutashabihat yang merupakan di antara permasalah hadith. Namun sekiranya aku mengetahui yang perkara tersebut telah menjadi hangat diperdebatkan pasti aku tidak akan menjawabnya dengan sebegitu ringkas bahkan akan aku terangkan sebagaimana berikut:

Pertama: Syarat pertama untuk memperdebatkan dalam permasalahan-permasalah sebegini ialah: 

Perbicaraan tentangnya adalah harus dalam kalangan mereka yang ahli dalam perdebatan tanpa menjurus kepada salah faham, dalam keadaan yang insaf dan benar, juga tanpa kedegilan berhujah.

Tanda sekiranya perbicaraan tersebut dibuat demi untuk mencapai kebenaran ialah: 

Pihak yang berdebat tidak berasa hati sekiranya kebenaran terserlah di pihak yang mendebatinya, bahkan dia akan berlapang dada dan redha kerana dia telah ditunjukkan perkara yang dijahilinya. Sekiranya kebenaran di sisinya mungkin dia tidak mempelajari sesuatu yang baru bahkan akan terdapat kebarangkalian dia akan menjadi sombong. 

Kedua: Sekiranya sebab perdebatan itu adalah tentang hadith yang mulia tersebut maka perlulah diketahui tingkatan hadith itu dahulu dan darjat wahyu yang tersirat padanya serta kategori-kategori hadith Nabi itu sendiri. 

Perbicaraan tentang permasalahan hadith tidak boleh dibiarkan dalam kalangan orang awam. Pembuktian fakta kebenaran pihak yang berdebat juga tidak boleh seolah-olahnya ia berupa hujah peguambela yang hanya ingin menyerlahkan kehebatannya. Pencarian bukti juga tidak boleh dibuat atas landasan keegoan yang mengketepikan kebenaran dan keinsafan. 


268. Page

Oleh kerana permasalahan ini telah diutarakan dan dibicarakan, ia telahpun memberikan kesan negatif pada orang awam. Sekiranya mereka menolak hadith yang mengandungi mutasyabihat kerana mereka tidak memahaminya, mereka seolah-olahnya telah membuka satu permasalahan yang amat bahaya kerana ia akan menjurus kepada penolakan hadith-hadith lain yang telah disabitkan kesahihannya dengan pasti hanya kerana ia tidak dapat diterima oleh akal rasional mereka. Namun sekiranya ia difahami secara makna zahir pula lalu diterima dan disebarluaskan sebagaimana ia, perkara ini akan mengundang tempelakan golongan yang sesat yang akan mengatakannya hadith kurafat. 

Oleh kerana perhatian yang diberikan kepada hadith sebegini boleh mengundang keburukan yang tidak diperlukan sedangkan hadith sepertinya juga banyak; satu penjelasan perlu dibuat untuk menerangkan fakta untuk menghilangkan wasangka shubhat tersebut. Tanpa mengira samada hadith tersebut sahih atau tidak, fakta sebetulnya perlu diperjelaskan. 

Kita perjelaskan di sini secara menyeluruh dengan bersandar kepada perincian yang tersebut dalam risalah-risalah karangan kami di antaranya Risalah “Usul Dua Belas” yang terdapat dalam “Cabang Ketiga” dalam “Bicara ke dua puluh empat”, juga dari cabang keempat daripadanya. Di samping itu juga asas yang disebut dalam Muqaddimah “Maktub ke 19” yang membicarakan secara khusus bahagian wahyu turut di jadikan sandaran; fakta yang dimaksudkan ialah:

Malaikat tidak terikat bentuknya dengan bentuk tertentu seperti manusia bahkan mereka tergolong dalam satu hukum yang menyeluruh walaupun mereka mempunyai keperibadian untuk menjelma dalam pelbagai bentuk. Izarail contohnya adalah Malaikat yang menyelia segala urusan mencabut nyawa olah Malaikat yang diwakilkan untuk menjalankan tugas tersebut, namun adakah Izrail sendiri yang mencabut setiap nyawa ataupun pembantu-pembantunya yang melakukan tugasan tersebut? Dalam persoalan ini terdapat tiga pendekatan.

Pendekatan pertama: Izrail A.S sendiri yang mencabut setiap nyawa, setiap tugasan itu tidak menjadi penghalang untuk tugasan yang lain kerana tabiat Malaikat itu adalah cahaya yang membolehkannya tidak terikat pada tempat itu sendiri seolah-olah dipantulkan oleh cermin-cermin yang tidak terhad bilangannya. Ia tetap akan terserlah pada setiap satu daripadanya. Kemampuan untuk menjelma adalah ciri cahaya yang keberadaannya (dimana-mana) tetap dianggap sebagai diri dan hakikatnya sendiri, bukannya sesuatu yang lain daripadanya. Ini adalah umpama cahaya matahari di cermin yang menyerlahkan cahaya dan kepanasannya. Begitu juga penjelmaan Malaikat dan makhluk selainnya dalam kalangan ruh yang penjelmaannya di cermin-cermin alam tampak yang pelbagai ialah Malaikat itu sendiri yang bercirikan hakikatnya sendiri, namun penjelmaannya itu adalah terikat dengan kemampuan cermin-cermin itu sendiri. 


269. Page

Memandangkan Jibril AS pernah muncul dalam bentuk seorang Sahabat bernama Dihyah maka tidak mustahil untuk beliau turut berada sujud di tempat lain dalam bentuk yang lain di hadapan Arasyh yang agung dengan dua sayapnya yang agung yang luas meliputi timur dan barat. Ia boleh menjelma di semua tempat mengikut tahap keadaan tempat itu sendiri. Keberadaannya boleh jadi seketika pada beribu-ribu tempat serentak. Oleh itu tidaklah mustahil berdasarkan penjelasan dengan pendekatan sebegini dan tidak juga luar biasa dan tidak rasional untuk Izrail turut menjelma dalam bentuk manusia dan dalam bentuk sebahagian daripada ciri keseluruhan Malaikat Maut – yang menjelma dalam bentuk manusia waktu mencabut nyawa- untuk terdedah kepada tamparan daripada seorang yang terkenal dengan kegagahan dan ketegasannya dalam kalangan para Ulul ‘Azmi Rasul-rasul iaitu Musa AS. Dalam keadaan ini, tidak luarbiasa untuk matanya terperosok ke dalam kerana kuatnya pukulan kerana dia adalah adalah dalam alam fizikal yang zahir kerana bentuk tubuhnya hanyalah ibarat pakaian baginya. 

Pendekatan Kedua: 

Malaikat-malaikat yang agung seperti Jibril, Mikail dan Izrail AS, kesemua mereka adalah ibarat penyelia umum yang mempunyai penolong-penolong yang lebih rendah kedudukannya daripada jenis mereka yang menyerupai mereka. Mereka juga berbeza-beza mengikut kepada jenis makhluk yang mereka dipertanggungjawabkan. Contohnya, malaikat yang mencabut ruh orang-orang salih berbeza dengan malaikat yang mencabut ruh mereka yang jahat. Ayat Surah Al-Naziat (1-2) menunjukkan hal ini.  

 ﴿وَالنَّازِعَاتِ غَرْقًا ۞وَالنَّاشِطَاتِ نَشْطًا﴾

Mafhumnya:

Demi (makhluk-makhluk) yang mencabut (apa yang ditugaskan mencabutnya) dengan cara yang sekasar-kasarnya; Dan yang menarik (apa yang ditugaskan menariknya) dengan cara yang selembut-lembutnya; 

Ayat-ayat di atas menunjukkan tugasan mencabut nyawa itu dilaksanakan oleh kelompok-kelompok malaikat yang tertentu.


270. Page

Oleh itu, Nabi Musa tidak menampar Izrail AS secara khusus bahkan menampar jasad jelmaan salah seorang penolong Izrail AS kerana Baginda AS adalah seorang Nabi yang mempunyai kehebatan fizikal, ketegasan sikap dan juga kedudukan di sisi Allah SWT; ini adalah satu pendekatan yang amat rasional dalam menjelaskan perkara ini. 


Pendekatan ketiga: Seperti yang telah dijelaskan dalam Asas keempat dalam “Bicara ke 29” dan juga seperti yang dimaksudkan dalam beberapa hadith Rasullullah SAW bahawa terdapat dalam kalangan Malaikat yang mempunyai 40 ribu kepala dan pada setiap kepala 40 ribu lidah; ia juga bermaksud ia mempunyai 80 ribu mata, dan setiap lidah itu bertasbih sebanyak 40 ribu kali. 

Benar, oleh kerana para Malaikat dipertanggungjawabkan mengikut jenis-jenis makhluk alam fizikal dan mereka juga mewakili ucapan tasbih dan pujian makhluk-makhluk alam fizikal tersebut di alam ruh. Begitu juga keadaan bumi contohnya, ia adalah hanya satu ciptaan; ia juga mengucap tasbih dan puji kepada Allah SWT; ia. bukan sahaja ada empat ribu jenis makhluk yang hidup padanya bahkan mungkin juga beratus-ratus ribu jenis makhluk; setiap satu jenis pula ada beratus-ratus ribu mulut dan lidah dan begitulah seterusnya..

Oleh itu, malaikat yang diwakilkan di bumi tidak mungkin hanya mempunyai 40 ribu kepala bahkan beratus-ratus ribu mengikut jenis-jenis makhluk yang ada; setiap jenis pula ada makhluk yang mempunyai ratusan ribu mulut dan lidah pula dan begitulah seterusnya. 

Bersandarkan kepada pendekatan ini, Izrail AS dapat melihat dan menghadapi setiap individu. Apabila Nabi Musa menamparnya, maka itu bukanlah bermakna tamparan yang mengenai hakikat sebenar Izrail dan bentuknya yang asal. Nabi Musa juga bukanlah ingin menunjukkan kebiadapan terhadap Izrail. Baginda juga bukanlah tidak menerima hakikat tersebut. Bahkan Baginda Nabi Musa AS menampar mata yang sedang menunggu saat nyawanya akan diambil yang ingin menghalang Baginda daripada melaksanakan tugasannya kerana Baginda sentiasa menginginkan agar diberikan tenaga dan masa untuk terus bergiat berdakwah. 

Wallahu a’lam bissawab. Hanya Allah yang mengetahui perkara yang ghaib. Katakanlah bahawa Ilmu itu hanyalah di sisi Allah. 

 


271. Page

اَللّٰهُ اَعْلَمُ بِالصَّوَابِ لَا يَعْلَمُ الْغَيْبَ اِلَّا اللّٰهُ قُلْ اِنَّمَا الْعِلْمُ عِنْدَ اللّٰهِ

 

هُوَ الَّذ۪ٓي اَنْزَلَ عَلَيْكَ الْكِتَابَ مِنْهُ اٰيَاتٌ مُحْكَمَاتٌ هُنَّ اُمُّ الْكِتَابِ وَاُخَرُ مُتَشَابِهَاتٌ فَاَمَّا الَّذ۪ينَ

 

ف۪ي قُلُوبِهِمْ زَيْغٌ فَيَتَّبِعُونَ مَا تَشَابَهَ مِنْهُ ابْتِغَآءَ الْفِتْنَةِ وَابْتِغَآءَ تَاْو۪يلِه۪ وَمَا يَعْلَمُ تَاْو۪يلَهُٓ اِلَّا اللّٰهُ


 

وَالرَّاسِخُونَ فِي الْعِلْمِ يَقُولُونَ اٰمَنَّا بِه۪ كُلٌّ مِنْ عِنْدِ رَبِّنَا وَمَا يَذَّكَّرُ اِلَّآ اُولُوا الْأَلْبَابِ


 

Mafhumnya:

Dia lah yang menurunkan kepadamu (wahai Muhammad) Kitab Suci Al-Quran. Sebahagian besar dari Al-Quran itu ialah ayat-ayat "Muhkamaat" (yang tetap, tegas dan nyata maknanya serta jelas maksudnya); ayat-ayat Muhkamaat itu ialah ibu (atau pokok) isi Al-Quran. Dan yang lain lagi ialah ayat-ayat "Mutasyaabihaat" (yang samar-samar, tidak terang maksudnya). Oleh sebab itu (timbulah faham yang berlainan menurut kandungan hati masing-masing) - adapun orang-orang yang ada dalam hatinya kecenderungan ke arah kesesatan, maka mereka selalu menurut apa yang samar-samar dari Al-Quran untuk mencari fitnah dan mencari-cari Takwilnya (memutarkan maksudnya menurut yang disukainya). Padahal tidak ada yang mengetahui Takwilnya (tafsir maksudnya yang sebenar) melainkan Allah. Dan orang-orang yang tetap teguh serta mendalam pengetahuannya dalam ilmu-ilmu ugama, berkata:" Kami beriman kepadanya, semuanya itu datangnya dari sisi Tuhan kami" Dan tiadalah yang mengambil pelajaran dan peringatan melainkan orang-orang yang berfikiran. 




272. Page

Permasalahan Ketiga

Risalah Ketiga

Permasalahan ini adalah merupakan satu jawapan khas dan tersirat terhadap satu soalan yang diutarakan oleh kebanyakan saudara-saudaraku mengikut konteks keadaan mereka dan sebahagiannya secara lisan.

Soalan: Tuan mengatakan kepada setiap yang datang menziarahi tuan:

“Janganlah mengharapkan apa-apa bentuk keberkatan dan bantuan daripada tindakanku dan janganlah menyangkakan aku ini insan yang mempunyai berkat. Aku tidak punyai apa-apa tingkatan dan maqam keruhanian. Sepertimana seorang askar biasa yang hanya menyampaikan perintah daripada seorang komander turus, aku hanyalah menyampaikan perintah-perintah daripada pangkat rendah sedemikian. Juga seperti seorang muflis yang mampu menarik perhatian orang ramai ke kedai emas permata yang mahal, aku juga seperti itu menyeru manusia ke gedung suci Al-Quran.” 

Walaupun begitu, akal fikiran kita memerlukan pengetahuan sepertimana hati-hati kita memerlukan sinar panduan, ruh-ruh kita memerlukan nur; demikianlah kita mendambakan beberapa perkara yang banyak melalui cara dan bentuk yang pelbagai. Kami datang menziarahi Tuan mengandaikan Tuan sebagai seseorang yang mampu memenuhi kehendak kami!? Kami memerlukan seorang wali, seorang yang berkerohanian tinggi yang mampu mempengaruhi sesuatu keadaan dengan kewaliannya, dan bukannya seorang yang alim! Sekiranya benar apa yang Tuan nyatakan, maka nyatalah kami ini tersalah menzirahi Tuan! Demikianlah apa yang dinyatakan oleh keadaan mereka.

Jawapan: Dengarkan lima fakta berikut, fikirkan tentangnya seterusnya lihatlah samada ziarah kamu berfaedah atau sia-sia.

Perkara pertama

Seperti halnya seorang khadam biasa kepada Sultan dan seorang askar bawahan dalam kalangan tenteranya mengemukakan hadiah dan pingat anugerah Diraja kepada beberapa orang Jeneral dan orang kenamaan serta gelaran-gelaran dengan nama Sultan tersebut; ia tetap menjadikan mereka itu menghargainya. Namun sekiranya mereka berkata: “Kenapa kita perlu merendahkan diri kita untuk menerima hadiah dan pingat anugerah ini daripada askar biasa ini?”, tentunya ia adalah satu kegilaan dalam kesombongan. Askar itu juga, sekiranya di luar tugasannya, tidak bangun hormat kepada ketuanya dan merasakan dirinya lebih tinggi daripadanya; ini juga adalah satu kegilaan dalam kebodohan. Sekiranya salah seorang pembesar yang gembira mendapat anugerah dan hadiah itu pula datang mengunjungi askar tersebut di pondoknya untuk mengucap penghargaan, Sultan, yang mengetahui dan melihat keadaan itu akan menghantar santapan Diraja kepada khadamnya yang ikhlas itu daripada dapur masakan khas beliau agar askar itu tidak merasa malu kerana tidak menemukan apa-apa di rumahnya untuk dihidang melainkan kepingan roti yang kering. 



273. Page

Demikianlah keadaan khadam Al-Quran yang ikhlas, walaupun keadaan dirinya biasa sahaja, dia cuba menyampaikan perintah dan kandungan Al-Quran kepada semulia-mulia manusia dengan nama Al-Quran itu sendiri tanpa takut dan curiga; dia mempromosi permata Al-Quran yang tidak ternilai kepada manusia yang kaya keruhaniannya; bukan dengan cara mengemis meminta serta menghinakan dirinya, bahkan dengan penuh kemegahan dan bangga.

Mereka itu tidak berupaya untuk merasa bangga dan sombong terhadap khadam tadi dalam keadaan dia hanya menunaikan tugasannya tidak kira setinggi mana kedudukan mereka. 

Khadam itu juga tidak berupaya untuk merasa sombong dan tinggi diri sekiranya pembesar-pembesar tersebut memohon melaluinya sesuatu lantas tidak boleh melampaui batasnya.

Sekiranya mereka itu yang merupakan pelanggan-pelanggan khazanah suci Al-Quran itu menganggap si askar bawahan itu sebagai wali lalu membesarkannya, tidak syak lagi ia adalah kerana rahmat suci hakikat Al-Quran itu sendiri yang mendorong mereka untuk turut merasakan limpahan-limpahan jiwa daripada khazanah ketuhanan yang khusus tanpa pengetahuan khadam itu tadi dan tanpa ada keperluan untuknya masuk campur dalam urusan tersebut agar dia sendiri tidak merasa serba salah dan malu. 

Perkara kedua: Imam Al-Rabbani Ahmad Al-Faruqi seorang pencetus pembaharuan alaf kedua berkata R.A : “Pada hemat saya, kejelasan sesuatu permasalahan itu adalah salah satu daripada hakikat keimanan dan penyerlahannya adalah lebih diutamakan bagiku daripada ribuan kejadian keramat yang ajaib.” Tambah beliau lagi “Sesungguhnya tujuan semua jalan kesufian dan hasilnya adalah untuk menyingkap kebenaran hakikat iman dan kejelasannya.”

Memandangkan tokoh sufi seperti beliau sendiri menyatakan demikian, tentulah “kalimat-kalimat” yang menghuraikan hakikat keimanan dengan sempurna yang terpancar daripada segala maksud Al-Quran yang tersirat dapat dimanfaatkan untuk mencapai tujuan yang diharapkan daripada kedudukan kewalian. 


274. Page

Perkara ketiga: Tiga puluh tahun dahulu, seorang yang dikenali sebagai Said yang lama yang naif fikirannya berhadapan dengan satu persoalan yang menjadikannya berkecamuk dan bingung apabila memikirkan tentang satu kenyataan: Kematian itu adalah realiti. Dia mendapati dirinya seolah-olah tengelam dalam paya pemikiran yang berlumpur. Justeru dia cuba mendapatkan penjelasan dan memohon dari Allah SWT bantuandan jalan keluar. Dan dia mencari orang yang menyelamatkan yang jujur. Dia nampak bahawa jalan pelbagai. dan ia hanya menambahkan lagi kebingungannya.

Dia cuba mentelaah kitab Syaikh Abdul Qadir Jilani bertajuk “Futuh Al-Ghaib” untuk merasa sedikit optimis lalu menjumpai ungkapan ini: “Anda berada di Darul Hikmah, maka carilah seorang tabib untuk mengubati hatimu”. Kebetulan aku adalah seorang anggota Darul Hikmah Islamiyyah ketika itu dan seorang tabib yang berusaha untuk mengubati parah luka umat Islam, walaupun aku sendiri turut parah dengan penyakit dan seorang yang sakit wajib merawati dirinya terlebih dahulu sebelum cuba merawat orang lain. 

Benar, Syaikh Abdul Kadir pernah berkata kepadaku: “Anda sedang sakit, carilah tabib mengubatimu!” Aku berkata: “Kamu sahaja menjadi tabibku! Lalu aku pegang kitab tersebut seolah-olah ia berbicara kepadaku. Kitabnya amat memberi kesan sehinggakan ia merobek keegoanku dengan dahsyat dengan melakukan seolah-olah satu pembedahan dalam diriku. Aku tidak dapat menanggungnya, separuh buku tersebut aku baca seolah-olah ia berbicara kepadaku. Aku tidak mampu menghabiskannya lalu ku simpan buku tersebut di dalam almari. Namun selepas segala sakit daripada ‘pembedahan’ yang menyembuhkan itu, muncul pula kelazatan. Maka aku menghabiskan seluruh pembacaan. Banyak yang aku manfaatkan daripadanya, buku panduanku yang pertama. Aku mendengar dengan teliti wirid dan doanya dan menjadikannya manfaat untukku. 


275. Page

Seterusnya aku mendapat Kitab karangan Imam Rabbani “Maktubat” dan membukanya untuk mendapatkan manfaatnya. Amat pelik kerana tidak terdapat perkataan “Badiuzzaman” dalam kitab tersebut kecuali pada dua tempat. Kedua-dua risalah itu terbuka kepadaku dan aku dapati pada permulaan setiapnya satu Risalah kepada Mirza Badiuzzaman; nama bapaku juga adalah Mirza, lantas aku menghela nafas dengan takjub: Subahnallah, risalah ini berbicara kepadaku! Ini kerana gelaran Said Si Tua itu juga adalah Badiuzzaman, dan aku tidak tahu sesiapa melainkan Badiuzzaman Al-Hamadzani yang terkenal dengan gelaran (Badiuzzaman) yang hidup sekitar kurun ke empat Hijrah. Namun pada era Imam Rabbani juga nampaknya ada seorang lain yang mempunyai gelaran serupa kerana itu risalah itu ditulis kepadanya. Keadaannya nampaknya menyerupai keadaanku sehinggakan aku dapati kedua-dua risalah itu ‘ubat’ kepadaku. 

Imam Rabbani dalam kedua-dua risalah tersebut menasihati sebagaimana dalam risalah-risalahnya yang lain: “Satukanlah arah kiblat”, iaitu ambil dan ikutlah hanya satu mursyid tanpa perlu melibatkan dengan selain darinya”.


Ini adalah satu wasiat penting namun ia tidaklah menepati perihal dan keadaan keruhanianku. Walaubagaimana aku berusaha untuk memikirkan siapakah yang patut aku ikuti, aku tetap keliru dan kaget. Kesemua mereka mempunyai kelebihan tersendiri yang menarik perhatianku, justeru tidak cukup mengikut seorang sahaja di antara mereka. Dalam aku berterusan keliru, tiba-tiba dicampakkan dalam hatiku satu lintasan oleh Alah yang Maha Pengasih: “Al-Quran yang penuh kebijaksanaan adalah ibarat punca untuk segala jalan-jalan ini dan sumber untuk segala sungai dan mentari untuk segala planet, justeru mencari kiblat yang tunggal yang sebenarnya tidak akan terlaksana tanpanya. Oleh itu Al-Quran itulah pembimbing yang paling tinggi, dan pengajar yang suci sebenarnya, lantas aku berpegang teguh dengannya. Namun hal ehwalku yang tersedia lemah menjadikan aku tetap tidak mampu untuk meneguk dan meresapkan segala limpahan Pembimbing hakiki itu yang umpama air kehidupan. Namun, melaluinya, kita dapat menunjukkan limpahan yang ibarat air kehidupan itu berdasarkan kepada darjat mereka yang menerimanya yang pandangannya menembusi hakikat itu dengan hati mereka dan mencapai darjat kerohanian yang tertentu. 

Lantaran itu, “kalimat-kalimat” dan pancaran nur yang terpancar daripada Al-Quran itu bukanlah merupakan perkara-perkara ilmiah yang rasional sahaja, bahkan merupakan persoalan hati, keruhanian dan darjat yang merupakan pengetahuan ketuhanan yang agung, tidak ternilai dan tinggi kedudukannya.


276. Page

Perkara Keempat:

Para Wali yang agung – yang menduduki darjah kerohanian tertinggi- dalam kalangan para Sahabat, Tabi’ien dan golongan Tabi’ al-Tabi’ien selepasnya telah menerima bahagian pancaran mereka daripada Al-Quran secara terus yang menjadikan wahyu suci itu pembimbing hakiki yang cukup buat mereka. Ini menunjukkan yang Al-Quran yang penuh kebijaksanaan itu sentiasa menjelaskan kebenaran sebagaimana ia turut melimpahkan limpahan kewalian yang agung itu kepada mereka yang merupakan ahli kepadanya. Benar, bahawa perpindahan daripada yang tampak zahir itu kepada hakikatnya terlaksana dengan dua cara:

Pertama: Perpindahan kepada hakikat dengan memasuki alam pengantara yang tersedia dalam tariqat kesufian dengan menempuhi perjalanan kerohanian dengannya.

Kedua: Melalui kelebihan kurniaan Ilahi, dengan terus mengecap hakikat tanpa melalui jalan kesufian. Jalan pendek seperti ini adalah khas untuk para Sahabat dan Tabi’ien. Dalam perkataan lain, nur yang terpancar dari hakikat yang terserlah daripada Al-Quran itu, juga melalui “kalimat” yang mentafsirkan nur tersebut sebenarnya memiliki ciri-ciri tersebut juga. 


Perkara Kelima: 

Kita akan menjelaskan melalui lima contoh yang pendek dan mudah bahawa“kalimat” iaitu Risalah An-Nur dan berperanan mengajarkan hakikat-hakikat Quran, justeru turut berperanan dalam menjadi pembimbing.

Contoh pertama: Saya sendiri berasa yakin bukan sekadar dengan sepuluh atau seratus pengalaman, bahkan dengan beribu-ribu pengalaman yang pelbagai; sesungguhnya “kalimat” dan nur yang terpancar daripada Al-Quran itu membimbing akal fikiranku lantaran itu melahirkan perasaan keimanan di hatiku serta mencetuskan kelazatan iman di jiwaku dan begitulah seterusnya.

Justeru aku di dalam mengharung urusan duniaku adalah ibarat murid yang sentiasa mendambakan petunjuk dan pertolongan daripada Syeikhnya yang punyai kelebihan. Demikianlah diriku apabila menunggu pertolongan untuk hajatku untuk menyingkap rahsia-rahsia Al-Quran yang mempunyai kelebihan, telah sekian kali banyaknya perkara itu terlaksana tanpa aku jangkakan dengan cara yang tidak aku dugakan. Aku sebutkan di sini dua contoh ringkas:

Pertama: Sebagaimana yang disebut penjelasannya dalam Bingkisan ke enam belas; sebuku roti yang besar tiba-tiba muncul dengan cara yang menakjubkan di atas pokok araz sehingga cukup untuk kami memakannya untuk selama dua hari. 


277. Page

Kedua: Ingin aku sebutkan satu peristiwa halus yang terjadi pada beberapa hari mutakhir ini; terlintas di benakku sebelum waktu Fajar tentang satu bicara yang aku utarakan yang menimbulkan was was pada salah seorang hamba Allah, lantas aku berkata dalam hatiku alangkah baiknya kalau dapat aku bertemu dengannya untuk aku hilangkan was was itu dari hatinya. Pada ketika itu aku memerlukan satu bahagian kitabku kembali yang telah aku utuskan ke desa “Nis” lalu aku berbisik sendiri: “kalaulah aku dapat memperoleh kembali bahagian kitab itu”. Tiba-tiba setelah selesai menunaikan solat Subuh, tiba-tiba hamba Allah tersebut muncul dan bersamanya adalah bahagian kitab tersebut! Aku bertanya kepadanya: Apa yang ada pada tangan kananmu itu? Beliau menjawab: Aku tidak tahu, ada seseorang memberikannya padaku, katanya itu dari Nis, dan akupun terus membawanya kepada Tuan. Aku berkata kehairanan: Subahanallah; kedatangan lelaki itu pada waktu sedemikian serta datangnya kitab itu dari Nis bukanlah sekadar kebetulan semata-mata; yang memberikan bahagian kitab itu kepada hamba Alla yang begini, pada ketika yang sedemikian untuk diserahkan kepadaku pasti merupakan kesan pengaruh kesucian Al-Quran yang bijaksana. Aku terus memuji Allah SWT, tentu sekali Dia yang mengetahui rahsia hatiku yang tidak bernilai ini amat mengasihiku, amat melindungiku, justeru aku tidak akan pertaruhkan apa-apa untuk ganjaran dunia walau dengan satu sen sekalipun!



Contoh kedua: Sepupuku Almarhum ‘Abdurrahman amat bersangka baik terhadapku sehingga menjangkau sangkaanku walaupun kami telah lapan tahun tidak bersua muka dan beliau pula sibuk terpalit dalam segala urusan dunia yang melalaikan. Beliau mengharapkan bantuan daripadaku yang aku tidak berkeupayaan memberikan kepadanya. Namun pengaruh keberkatan Al-Quran tampil memberikannya penyelesaian; “Kalimah kesepuluh” berkenaan dengan kebangkitan kembali daripada kematian dapat dapat menyampaikannya kepada beliau tiga bulan sebelum beliau meninggal dunia. Ia membantu beliau menghindarkan diri dan membersihkan beliau daripada kekotoron kerohanian dan sifat beliau yang selama ini tidak mempedulikan agama. Dalam surat yang ditulis beliau, terdapat tiga perkara karamah yang nyata sebelum beliau meninggal dunia seolah-olah beliau sendiri telah dapat mengecapi maqam kewalian itu; karamah-karamah tersebut telah aku muatkan dalam “Bingkisan ke 27”; barangsiapa yang menginginkannya maka rujuklah kepadanya. 


278. Page

Contoh ketiga: Aku memiliki saudara dan murid pada jalan Allah yang mengetahui rahsia hati bernama Hasan Afendi berasal dari daerah Burdur. Beliau sentiasa bertanggapan baik terhadapku yang menjangkau dugaanku; beliau sangat mengharapkan satu bantuan kerohanian daripadaku seolah-olah mendambakannya daripada seorang wali yang agung. Pada satu ketika, aku memberikan tanpa sebarang sebab “Bicara yang ke 32” kepada seorang lelaki yang tinggal di sebuah perkampungan di Burdur. Aku kemudian teringat kepada Hasan Afendi, aku lantas berpesan kepadanya: Jika kamu mengunjungi Burdur, berikanlah ia kepada Hasan Afendi untuk beliau membacanya dalam lima ke enam hari. Lelaki tersebut lantas pergi menemui Hasan Afendi dan memberikannya karangan itu. Ketika itu, hanya tinggal kira-kira empat puluh hari sebelum beliau meninggal dunia. Beliau benar-benar menumpukan seluruh jiwa raga beliau memahami kandungannya umpama seorang yang dahaga yang berterusan minum dari mata air selepas sekian lama mencarinya, lantas menjumpai pada punca air itu penawar pada persoalan kecintaan kepada Allah SWT pada bahagian ‘Keadaan ketiga’; setiap kali beliau membacanya beberapa kali semakin mendalam kefahaman beliau. Seolah-olah beliau memperoleh apa yang selama ini beliau idamkan daripada seorang Wali Qutub agung. Beliau seterusnya ke masjid, ketika itu sehat walafiat, lantas bersolat dan di situ ruhnya dicabut. Semoga ruhnya dirahmati Allah.

Contoh keempat: Sebgaimana yang diterangkan oleh penulisan Hulusi Bey dalam Bingkisan ke 27, beliau telah menemukan pancaran makna, ilham panduan (madad) dan nur dalam “kalimat” – iaitu Rasail Nur- yang merupakan bingkisan penerangan terhadap rahsia-rahsia Al-Quran lebih daripda apa yang dapat beliau temukan dalam Tariqat Naqsyabandiyyah yang merupakan satu tariqat sufi yang berpengaruh. 

Contoh kelima: Setelah kematian anak saudaraku Abdurrahman, semoga rohnya dicucuri rahmat Allah SWT, saudaraku Abdul Majid berasa dukacita dan terbeban dengan bebanan emosi disamping kesulitan hidup yang selama ini menimpa beliau. Beliau juga mengharap-harapkan daripadaku bantuan kerohanian yang tidak aku berupaya memberikannya. Aku juga tidak berkesempatan berutus berita dengan beliau. Dengan tiba-tiba aku kirimkan kepada beliau beberapa kerat “Rasail” yang penting. Beliau mengutus surat kepadaku setelah membacanya: “Alhamdulillah, aku sebelum ini hampir gila namun setiap satu risalah ini menjadi pedoman kepadaku; aku telah berpisah dengan seorang mursyid pembimbing namun aku telah mendapat ganti beberapa pembimbing sekali gus dan menyelamatkanku. Saya melihat bahawa Abdul Majid, bagiku telah menempuh jalan yang cantik yang telah menyelamatkannya daripada ehwal keadaaannya yang lampau.


279. Page

Demikianlah banyak lagi contoh-contoh selain lima yang tersebut yang menunjukkan sekiranya ilmu-ilmu keimanan itu sekiranya diambil terutama sekali penawar-penawar yang maknawi daripada rahsia-rahsia Al-Quran secara terus ketika berkeperluan untuk menyembuhkan luka dan benar-benar dilaksanakan; segala ilmu-ilmu keimanan itu serta penawar-penawar kerohanian itu sebenarnya cukup untuk mereka yang memerlukan dan untuk mereka yang memanfaatkannya dengan ikhlas dan bersungguh hati. Oleh itu tidak kiralah bagaimana keadaan pakar farmasi yang memberikan preskripsi ubat samada seorang lelaki biasa atau seorang yang muflis atau kaya atau mereka yang mempunyai kedudukan yang tinggi atau hanya seorang khadam, tidaklah itu membawa perbezaan yang besar. 

Benar, tidak ada keperluan kepada cahaya lilin sekiranya matahari itu ada, oleh kerana aku berpandukan kepada cahaya matahari, maka orang yang menginginkan cahaya lilin daripadaku – apatah lagi sekiranya aku sendiri tidak memilikinya- tentunya apa yang ada padaku tidak bermakna kepadanya. Bahkan mereka itu sebenarnya patut membantuku dengan doa mereka dan pertolongan maknawi atau mungkin dengan kata semangat dan dorongan. Adalah merupakan hakku untuk meminta panduan dan bantuan daripada mereka serta mereka perlulah berpuas hati dengan apa yang dapat memanfaatkan diri mereka daripada nur-nur tersebut dengan limpahan-limpahannya. 


سُبْحَانَكَ لا عِلْمَ لَنَا إِلاّ مَا عَلَّمْتَنَا إِنَّكَ أَنْتَ الْعَلِيمُ الْحَكِيمُ

اللّهُمّ صَلّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمّدٍ صَلاةً تَكُونُ لَكَ رِضَاءً وَلِحَقِّهِ أَدَاءً وَعَلَى آلِهِ وصََحبْهِ وسََلمِّْ


“Maha Suci Engkau! Tidaklah kami mengetahui melainkan apa yang telah Engkau ajarkan kepada kami, sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Mengetahui dan Bijaksana.”

“Ya Allah, limpahkan Rahmat  kepada Junjungan kami Muhammad yang akan mencapai keridhaanMu dan yang akan menyempurnakan kebenaran risalahnya; kepada seluruh ahli keluarga baginda serta Sahabat baginda dan kurniakanlah kepada mereka kesejahteraan”. 


280. Page

Risalah Kecil dan Khusus

Ia adalah penyempurna “Persoalan Ketiga” daripada “Bingkisan ke 28”


Saudara-saudaraku pada jalan Allah dan anak-anak muridku Husrev Efendi dan Refa’t Bey!

Kami telah mentelaah tiga contoh keajaiban kesan Al-Quran tentang pancaran nur pedoman Al-Quran yang dinamakan “Kalimat”. Melalui usaha kalian dan minat, kamu telah menambahkan keajaiban keempat disamping tiga keajaiban yang berikut:

Pertama: Penyempurnaan penulisannya yang amat singkat sehinggakan “Bingkisan ke 19” yang mengandungi lima bahagian, telah disempurnakan dalam tempoh hanya tiga hari dengan purata empat jam sehari. Keseluruhannya ia selesai dalam 12 jam ditulis di pergunungan dan kebun-kebun tanpa rujukan dan sumber. “Kalimat ke 30” pula dikarang dalam tempoh lima ke enam jam ketika waktu sakit. “Bicara tentang Syurga” yang merupakan “Kalimat ke 28” disempurnakan dalam tempoh sejam atau dua di kebun milik Sulaiman. Aku, Taufiq dan Sulaiman amat kagum dengan kecepatan ini dan begitulah, di dalamnya terdapat subjek tentang kejaiban Al-Quran. 

Keduanya: Proses menyalinnya juga amat pantas, tanpa kejemuan dan membangkit minat. Walaupun banyak sebab yang dapat membangkitkan kejemuan di zaman ini, namun, tidak satu Risalah daripada koleksi Risalah Nur yang dikarang melainkan penyalinannya disempurnakan dengan penuh minat di banyak tempat yang diberikan keutamaan daripada segala pekerjaan yang penting..dan begitulah keadaannya.

Keajaiban Al-Quran ketiga: Pembacaannya adalah satu lagi perkara yang tidak akan mengundang bosan dan jemu bahkan membangkit minat dan keindahan terutama apabila ada permintaan terhadapnya.

Dan kalian pula telah membuktikan keajaiban keempat iaitu: Saudara kita Husrev yang melihat dirinya seorang pemalas kerana walaupun setelah lima tahun mendengarnya masih lagi dicengkam perasaan malas menyalinnya, telah berubah menjadi tekun sehingga dapat menyalin 14 buku dengan amat cemerlang sekali dalam tempoh hanya beberapa bulan. Ini tentunya merupakan berkat keajaiban Al-Quran itu sendiri. Kefamahan tentang “Pintu-pintu” yang berjumlah 33 keseluruhannya yang merupakan “Bingkisan ke 33” telah dapat dicernakan sehinggakan ia memberikan semangat untuk dapat disalin dengan begitu cantik dan penuh teliti. 

Benar, itulah Risalah yang paling memberi kesan dan paling memberikan pedoman dalam mengenali Allah SWT. Kendatipun “Pintu-pintu” yang terdapat pada permulaan itu diolah dengan cara yang ringkas dan padat, namun kefahaman tentangnya mula menyerlah dan tersingkap secara berperingkat apabali ia terus dibaca. Maksudnya menjadi semakin jelas. Berlainan dengan kebanyakan penulisan lain, kebanyakan kandungan “Kalimat” dimulakan secara ringkas dan padat, dan secara berperingkat maksudnya mula tersingkap dan berakar dalam kefahaman. 


281. Page

Persoalan keempat

Iaitu Risalah keempat


 

بِاسْمِه۪ وَاِنْ مِنْ شَئٍ اِلَّا يُسَبِّحُ بِحَمْدِه۪


Dengan NamaNya! Tidak sesuatupun melainkan ia mengagungkanNya dengan pujian (17:44)

Jawapan tentang soalan tentang satu kejadian kecil yang menarik perhatian saudara-saudaraku. 

Saudara-saudaraku yang dikasihi, 

Kalian bertanya: Masjid Tuan telah dicerobohi pada malam Jumaat ketika kunjungan seorang tetamu mulia, apakah sebenarnya yang terjadi dan kenapa mereka cuba mengganggu Tuan?

Jawapan: Aku jelaskan di sini empat perkara, dengan kata-kata Said yang lama secara terpaksa agar menjadi perhatian saudara-saudaraku dan jawapan kepada soalan kalian. 

Pertama: Hakikatnya, kejadian itu adalah satu perancangan jahat yang merupakan serangan kemunafikan secara rambang semata untuk tujuan berselubung kezindikan (fahaman atheist) yang bertentangan dengan undang-undang. Ia adalah untuk mencetuskan kebimbangan pada malam Jumaat tersebut dan membunuh semangat jamaah seterusnya menghalang aku daripada bertemu para jemaah dan tamu-tamuku. Peliknya, pada hari Khamis itu aku keluar bersiar-siar di satu tempat, sehari sebelum malam kejadian. Ketika aku pulang, seekor ular hitam panjang muncul di kiriku – ia kelihatan seperti dua ekor ular yang bersambungan- lalu melintas di antara aku dan seorang sahabat yang bersama denganku. Aku lantas bertanya kepadanya samada dia merasa takut, gerun atau tidak? Kataku: Kamu nampak itu? Katanya: Apa? Kataku: ular yang menakutkan itu? Katanya: Tadi aku tak nampak dan sekarangpun aku tak nampak. Aku berkata: Subhanallah! Bagaimana kamu boleh tidak nampak ular yang sebegitu besar yang melintas di antara kita? Tidak ada apa yang terlintas di fikiranku ketika itu namun selepas itu timbul di benakku: Ini adalah satu isyarat buatmu, maka berhati-hatilah. Aku terus memikirkannya dan teringat ia adalah dari jenis ular yang pernah muncul dalam mimpi-mimpiku pada malam hari kerana setiap kali ada pegawai kerajaan yang mengunjungiku dengan niat yang tidak baik aku akan melihatnya dalam keadaan ular. Bahkan, pada satu ketika aku katakannya kepada Ketua: “Setiap kali engkau datang kepadaku dengan niat jahat, aku akan melihatmu sebagai seekor ular, maka waspadalah!” Aku juga melihat ketua-ketua sebelumnya seperti itu banyak kali. Ini bermaksud ular yang aku lihat itu kali ini adalah isyarat bahawa kejahatan mereka itu kali ini tidak berhenti pada niat di hati sahaja bahkan akan terjelma dalam bentuk kekasaran. Sememangnya kekasaran mereka kali ini kelihatan kecil zahirnya dan mereka tidak ingin membesar-besarkannya, namun apabila Ketua tersebut menerima galakan dari seorang bertahap guru yang tidak berperasaan dan disertai oleh polis tentera sedangkan kami berada di dalam masjid berzikir, dia suruh supaya polis membawa tetamu-tetamu tersebut. Tujuan mereka adalah untuk membangkitkan marahku supaya aku bertindak seperti Said yang dahulu terhadap kelakuan mereka yang bertentangan dengan undang-undang dengan menghalau mereka. Apa yang tidak dia tidak ketahui ialah aku tidak akan mempertahankan diriku dengan sebatang kayu di tangannya sedangkan di lidahku terdapat pedang permata yang ditempa di kilang Al-Quran; tentunya akan menggunakan pedang itu dengan cara yang begini. Namun para polis tentera yang waras akan menunggu hingga selesainya solat dan zikir, kerana tidak ada negara dan kerajaan yang mengganggu kewajiban agama terutamanya bersolat di masjid. Pegawai Daerah amat berang dan menghantar seorang pengawal untuk menyatakan: Pihak polis tentera tidak memperduli arahanku. 


282. Page

Namun Allah SWT tidak membiarkanku untuk berasa runsing dengan ular-ular ini lalu aku berpesan kepada saudara-saudaraku: Tidak perlu sibuk tentang mereka sekiranya tidak ada apa-apa keperluan yang mendesak. Bahkan jangan langsung berbalas bicara dengan mereka kerana jawapan kepada si bodoh adalah dengan berdiam diri. Walaupun begitu, tumpukan kepada perkara ini: 

Jika menunjukkan kelemahan dan penyerahan diri di hadapan haiwan buas akan hanya menggalakkan ia untuk menyerang, sebaliknya jika menunjukkan kelemahan dan penyerahan diri dengan ampuan dan bodekan hanya akan menggalakkan mereka yang berjiwa buas untuk bertindak ganas. Oleh itu para sahabat perlulah bertindak dengan penuh hati-hati dan sedar untuk tidak memberikan peluang kepada penyokong kezindikan akibat sikap mengambil mudah, kelemahan dan kealpaan mereka. 

Perkara kedua: 

وَلَا تَرْكَنُٓوا اِلَي الَّذ۪ينَ ظَلَمُوا فَتَمَسَّكُمُ النَّارُ

Dan janganlah kamu cenderung kepada mereka yang zalim kerana kamu akan turut dipalit neraka”. (Hud: 113).

Ayat suci ini tidak hanya mengugut sesiapa yang menyokong kezaliman dan menjadi alat kepadanya sahaja bahkan ia turut mengugut mereka yang mempunyai walau kecenderungan yang minimum kepada mereka yang zalim dengan ugutan yang dahsyat; ini adalah kerana redha dengan kekufuran ialah satu kekufuran juga, begitu juga dengan redha terhadap kezaliman adalah satu kezaliman juga. Salah seorang yang memiliki darjat yang tinggi menghuraikan perkara ini dengan katanya: “Takkan dapat kelazatan keseronokan dalam menghambakan diri untuk kezaliman kecuali anjing

“Sesiapa yang menyokong kezaliman ialah seorang yang paling hina di dunia; 

Tiada siapa yang mendapat kelazatan dan keseronokan sebagai khadam kepada pemburu kezaliman melainkan anjing. Benar, sebahagian mereka berkelakuan seperti ular dan sebahagian mereka juga ada yang seperti anjing.”

Orang-orang yang mengintip kami di malam yang berkat dan bersama kami terdapat pula tetamu-tetamu mulia yang bersama beratib berdoa sambil memberitahu kami seolah-olah kami penjenayah lalu menceroboh kami pastinya layak untuk diberikan tamparan seperti mana puisi di atas. 

Soalan: Memandangkan Tuan bergantung kepada berkat kesan Al-Quran dan pertolongannya dalam membetulkan golongan atheist yang buruk dan degil tingkah laku itu untuk membimbing mereka dengan limpahan petunjuk Al-Quran dan nurnya, dan Tuan sebenarnya telah melakukan perkara itu, kenapa pula tidak digunakan cara serupa untuk membimbing golongan agresif yang berada di sekeliling tuan?


283. Page

Jawapan: Satu kaedah penting dalam Usul Shariah ialah: “Orang yang merelakan keburukan tidak boleh dipertimbangkan”, iaitu orang yang redha dengan kemudaratan sedangkan dia mengetahuinya tidak perlu dibelas kasihan dan diberikan simpati.

Memandangkan aku bergantung kepada kekuatan Al-Quran, aku amat bersedia untuk meyakinkan sesiapa yang degil dan tebal pegangan atheisnya dalam beberapa jam walaupun aku tidak dapat meyakinkannya sepenuhnya; dengan syarat dia sendiri tidaklah berperangai buruk, jijik dan rendah perilakunya; tidak menyukai untuk menyebarkan kepalsuan sebagaimana ular menyebarkan bisanya. Ini kerana, menerangkan kebenaran kepada jiwa-jiwa yang terjerumus dalam jurang kehinaan serta kepada ular-ular dalam bentuk manusia yang menjual agama mereka dengan dunia sedangkan mereka mengetahuinya lalu bergelumang dengan kemunafikan sehinggakan mereka sangggup menukarkan permata-permata kebenaran dengan cebisan kaca yang memudaratkan lagi kotor dalam keadaan mereka menyedarinya; ini akan menjadikan segala usaha itu satu penghinaan untuk mengolok-olokkan kebenaran. Ini bertepatan dengan bidalan: “memakaikan rantai mutiara di leher lembu”. Ini adalah mereka yang melakukan kekacauan ini telahpun mendengar kandungan “Rasail Nur” banyak kali. Mereka cuma ingin menegakkan benang basah menentang kebenaran dengan sengaja untuk kepentingan kesesatan dan kezindikan; mereka ini amat menyukai untuk ‘meracun’ sepertimana ular menyukainya. 

Perkara keempat: Segala layanan yang aku terima dalam tempoh tujuh tahun ini hanyalah tindakan rambang, menganiaya, tidak bertanggungjawab, hanya mengikut nafsu dan tidak mengikuti undang-undang; undang-undang yang bersangkutan dengan mereka yang dibuang negeri, tawanan dan banduan telah dimaklumi oleh semua. Mereka, dari segi perundangan tetap mempunyai hak berjumpa sanak saudara mereka, tidak dilarang untuk bergaul dengan orang ramai. Tambahan pula ibadah dan ketaatan kepada perintah agama terpelihara dari segala bentuk provokasi yang diamalkan oleh semua bangsa dan negara. Mereka yang seumpama denganku dapat tinggal bersama dengan saudara-mara dan kawan-kawan mereka di semua kota dan pekan, tidak dihalang untuk digauli orang, juga dibenarkan berkomunikasi sesama mereka. Mereka tidak dilarang bersiar-siar dan bergerak namun aku pula tidak dibenarkan sedemikian, bahkan dikasari di masjidku dan ibadahku diprovokasi. Mereka cuba menghalangku menyebut kalimah Tauhid dan berzikir dalam solat-solat sunat dalam mazhab Shafiie sehinggakan ada seorang daripada mereka yang berhijrah di waktu terdahulu yang dikenali sebagai “Syabab” di Burdur yang datang ke sini – Barla- bersama mentuanya untuk berekreasi dan makan angin sambil menziarahiku kerana kami berasal dari pekan yang sama turut dipanggil dari masjid oleh tiga polis askar bersenjata. Namun pegawai mereka cuba untuk menyembunyikan kesalahannya bertentangan undang-undang dan berkata: “Maaf, harap kamu tidak berasa tidak senang, kami hanya menjalankan tugas”, Kemudiannya dia dibenarkan pergi. 


284. Page

Sekiranya diukur layanan dan perlakuan lain dengan peristiwa ini, dia memahami ini hanyalah kezaliman dan perlakuan rambang yang hanya mengikut kehendak nafsu. Mereka melepaskan ular dan anjing kepadaku dan aku tidak mahu peduli tentang mereka dan menyerahkan urusan menolak segala keburukan itu kepada Allah SWT. 

Sebenarnya, mereka yang bertanggungjawab mencetuskan peristiwa yang menyebabkan aku dan lain-lain dibuang negeri, Mereka itu telahpun kembali ke tempat mereka dan mereka itu adalah ketua-ketua berpengaruh dalam kabilah-kabilah mereka. Semua telahpun dibebaskan kecuali aku dan dua orang lagi walaupun aku tidak mempunyai apa-apa hubungan dengan kehidupan mereka yang celaka. Biarlah dunia itu menjadi bala ke atas mereka! Aku menurut perintah dan aku tidak akan menentang. Salah seorang daripada dua orang tadi telah dilantik sebagai Mufti di suatu tempat dan dibenar bergerak ke mana-mana di luar daerahnya termasuk Ankara. Seorang lain tinggal di Istanbul bersama 40 ribu orang kampungnya dan dibenarkan berjumpa sesiapa sahaja. Mereka berdua tidak keseorangan sepertiku dan mempunyai kuasa dengan kehendak Allah. Lagi...Lagii..Namun aku pula dibuang di sebuah kampung dan diprovokasi dan disulitkan urusanku. Mereka menggangguku melalui orang-orang yang kasar tingkah lakunya dan tidak berperasaan. Mereka sentiasa menekanku dengan kezaliman yang berganda-ganda sehinggakan aku tidak dapat berkunjung ke sebuah kampung yang hanya tiga jam berjalan kecuali dua kali dalam tempoh enam tahun. Kali ketiga aku tidak dibenarkan untuk bersiar-siar ke sana walau hanya untuk beberapa hari walaupun negara ini undang-undangnya sama, tidak berbeza mengikut individu dan tempat. Ini jelas menunjukkan amalan perundangan yang diberikan kepadaku adalah menyalahi undang-undang sebenar. 

Para pegawai di sini mengambil peluang daripada pengaruh yang diberikan Kerajaan kepada mereka untuk kepentingan peribadi. Namun aku bersyukur kepada Allah SWT dengan kesyukuran yang tiada hadnya. Aku mengungkapkan nikmat ini: Sesungguhnya segala provokasi dan penganiayaan mereka adalah ibarat puntung kayu api untuk api usaha dan semangat yang semakin menyemarakkan pancaran dan sinaran nur Al-Quran itu. Ia semakin menyalakannya dan menambahkan gemilang nurnya. Nur-nur Al-Quran yang diprovokasi akan tersebar dengan hangatnya usaha dan semangat yang menjadikan daerah ini – bahkan seluruh pelusuk negara- berubah menjadi ibarah madrasah dan bukan hanya lagi sebuah pekan bergelar Barla; mereka menyangkakan aku tawanan dalam satu kampung sedangkan Barla telah berubah menjadi pentas untuk menyebarkan ajaran walaupun diganggu pendukung atheis dan akan terus bertukar banyak lagi kota umpama sebuah madrasah seperti kota Isparta suatu waktu dahulu. 

Segala puji bagi Allah, ini adalah limpah kurniaNya jua.


Risalah kelima ialah “Persoalan kelima”; ia adalah Risalah Syukur yang telah dirangkum dalam Kitab “Tongkat Musa” oleh itu ia tidak lagi dimasukkan di sini. 



285. Page

Persoalan Ketujuh

Iaitu Risalah Ketujuh

 

 

بِسْمِ اللّٰهِ الرَّحْمٰنِ الرَّح۪يمِ قُلْ بِفَضْلِ اللّٰهِ وَبِرَحْمَتِه۪ فَبِذٰلِكَ فَلْيَفْرَحُوا هُوَ خَيْرٌ مِمَّا يَجْمَعُونَ



Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih

“Katakanlah dengan limpah anugerah Allah dan belas rahmatNya, hendaklah mereka berasa gembira dengannya kerana itu adalah lebih baik daripada (kekayaan) yang mereka kumpul” (Yunus: 58)

Ini adalah persoalan tentang Tujuh Isyarat

Isyarat Pertama: Kami jelaskan tujuh sebab yang menjelaskan sebahagian daripada kurnia Ilahi yang membincangkan tentang Nikmat Allah SWT.


Sebab pertama: Tentang satu mimpi benar sebelum tercetusnya Perang Dunia Pertama.

Aku melihat diriku dalam mimpi itu di kaki gunung Aghri yang tersohor dengan jolokan Gunung Ararat. Tiba-tiba di gunung itu meletus satu letusan besar sehinggakan cebisannya yang besar seperti gunung berterbangan ke seluruh pelusuk bumi. Tiba-tiba aku melihat ibuku berdekatan denganku dalam kekalutan diselubungi peristiwa yang dahsyat ini. Aku berkata kepadanya: “Janganlah runsing ibuku. Ia adalah satu perkara yang diputuskan Allah SWT, Dia jua yang Maha Pemurah lagi Maha Bijaksana. Tiba-tiba dalam keadaan itu aku turut meyaksikan seorang yang berkata kepadaku sambil mengarah: “Terangkan apakah Mukjizat Al-Quran!”. Aku kemudian terjaga dan sedar akan berlaku satu letusan besar dan akan runtuh pagar-pagar yang mengepung Al-Quran selepas letusan dan kekalutan itu. Al-Quran akan terus mempertahankan dirinya, ia akan diserang dan mukjizatnya akan menjadi perisai kelulinya. Akan ada satu individu sepertiku -dengan cara yang mengatasi kemampuanku- yang akan ditampil untuk menyerlah satu jenis daripada jenis-jenis mukjizat ini di zaman ini. Aku mula sedar aku telah tercalon untuk misi itu. 

Walaupun penjelasan ikjaz Al-Quran telah sedikit sebanyak terkandung dalam “Kalimat”, tidak syak lagi bahawa untuk menjelaskan lagi Kurnia Ilahi yang menjadi kandungan mukjizat tersebut yang merupakan renjisan dan keberkatannya, adalah satu bentuk usaha untuk lebih memahami mukjizat tersebut, justeru perlulah diperjelaskan apakah kurnia Ilahi tersebut.

Sebab kedua: Memandangkan Al-Quran yang penuh kebijaksanaan itu adalah pembimbing, teladan dan pemimpin kita, penunjuk jalan dalam semua perbuatan, dan kerana Al-Quran itu sendiri memuji halnya dalam perkara ini, kami juga akan turut mengagungkan tafsirannya demi untuk mengikut bimbingan dan petunjuknya. 


286. Page

Oleh kerana “Kalimat” yang dikarang adalah merupakan satu bentuk tafsir yang menerangkan kandungan kebenaran milik Al-Quran, juga kerana ia menyerlahkan cirinya dalam segala kegemilangan dan kesempurnaan dalam kebanyakan surah-surahnya terutama yang dimulakan dengan “Alif-Laam-Raa’” dan “Haa-Miim”; ia mengagungkan dirinya dengan cara yang layak baginya, tentu sekali kita terpanggil untuk menzahirkan kurnia Rabbani yang merupakan sinar pancaran mukjizat Al-Quran yang telah dimuatkan dalam “Kalimat” yang merupakan respon untuk menerima pelawaan untuk menyumbang khidmat dalam tugasan menerangkan ciri mukjizat Kitab suci ini sebagaimana yang dilakukan oleh guru kami yang turut mengajar dan membimbing kami pada jalan usaha tersebut. 

Sebab ketiga: Aku tidak memperkatakan tentang “Kalimat” sebegini kerana semata-mata ingin merendah diri tetapi untuk menyatakan satu kebenaran: bahawa segala kebenaran dan kesempurnaan dalam “Kalimat” bukanlah dariku melainkan milik Al-Quran jua kerana ia adalah lahir dan terpancar darinya. “Kalimat kesepuluh” contohnya adalah ibarat hanya beberapa titik yang tersaring daripada ratusan ayat-ayat sebagaimana risalah-risalah yang lain. 

Justeru aku maklum keadaannya yang demikian dan kerana aku bakal meninggalkan kehidupan ini, maka tidak seharusnya aku tidak dikaitkan dengan sesuatu atau apa-apa kesan abadi tentangnya. Ini kerana pendukung kesesatan dan perbuatan melampaui batas, biasanya akan menyerang peribadi pengarang sesebuah kitab sekiranya tidak menyukai sesuatu karangannya. Semestinya Risalah-risalah yang terkait dengan bintang-bintang di langit Al-Quran tidak layak dikaitkan dengan sebatang tiang reput dan lemah yang hampir tumbang sepertiku yang boleh dijadikan bahan kritik dan bangkangan. 

Ini juga kerana manusia kebiasaannya mencari kelebihan sesebuah kitab dalam peribadi pengarangnya yang mereka sangkakan merupakan sumber dan tempat lahirnya idea kitab tersebut. Dalam hal ini, mengaitkan segala kebenaran yang suci dan intisari yang bernilai dengan kebiasaan ini kepada seorang yang muflis sepertiku dan kepada peribadiku yang tidak mampu untuk menunjukkan satu daripada beribu-ribu ciri-ciri tersebut akan hanya melakukan kezaliman terhadap kebenaran itu sendiri. 

Justeru, aku terpaksa untuk menyatakan yang Risalah—risalah yang dikarang itu adalah merupakan percikan daripada ciri-ciri Al-Quran dan bukanlah sesuatu yang menjadi milik peribadiku kerana ia adalah milik Al-Quran sendiri. 

Benar, sifat manis gugusan anggur tidak akan dikecapi pada tangkainya yang kering yang ibaratnya adalah diriku ini. 


287. Page

Sebab keempat: Sifat tawaduk kadang kala boleh mengundang kufurnya kepada nikmat bahkan boleh menjadi satu bentuk kufur nikmat. Begitu juga bicara tentang nikmat kadangkala boleh menjadi satu kebanggaan dan kedua-duanya adalah memudaratkan. Oleh itu penyelesaian tunggal untuk masalah ini sehingga tidak menjadi satu kufur nikmat dan satu kebanggaan ialah dengan seseorang itu memperakui kelebihan dan kesempurnaannya sebagai satu kesan terhadap anugerah daripada pemberi nikmat yang sebenarnya tanpa mendakwa ia adalah sesuatu yang dimilikinya, sebagai contoh:  

Sekiranya anda dipakaikan pakaian mewah yang berhias dan menjadi cantik kerananya, lalu orang ramai berkata: MasyaAllah cantik sungguh awak! Jika sekiranya anda membalas: Tidak sekali, Siapalah aku ini? Aku yang tiada memiliki apa-apa ini tidak layak digelar cantik!? Ini akan menjadi satu kufur nikmat dan menjadi satu penghinaan kepada si pembuat baju mahir yang memakaikan anda perhiasan tersebut. Namun jika anda berkata dengan bangga: “Ya. Memang aku cantik, apakah ada yang lebih cantik daripadaku? Tunjukkan kepadaku orang yang secantik aku!”, ini pula akan menjadi satu kebanggaan yang sombong. Untuk menyelamatkan diri daripada kesombongan dan kufur nikmat, dia patut berkata: “Benar, aku menjadi cantik, namun kecantikan itu bukanlah milikku, bahkan ia disebabkan pakaian ini dan disebabkan oleh tukang jahitnya.

Demikianlah jika suaraku sampai ke seluruh pelusuk dunia: Aku akan teriak “Bahawa “Kalimat” adalah satu karangan yang cantik dan benar, namun ia bukanlah milikku, bahkan ia adalah pancaran-pancaran yang bersinar daripada hakikat kebenaran Al-Quran itu sendiri. Ini aku katakan mengikut kaedah: “Aku tidak memuji Muhammad dengan kata-kataku, tetapi aku memuji, namun kata-kataku menjadi terpuji kerana Muhammad”, oleh itu aku katakan: “Aku tidak dapat memuji Al-Quran dengan kata-kataku, namun kata-kataku menjadi terpuji kerana Al-Quran”. Ini adalah kerana aku tidak akan mampu untuk menunjukkan keanggunan hakikat kebenaran mukjizat Al-Quran, aku tidak akan mampu menyerlahkan keanggunannya, bahkan keanggunan hakikat kebenaran Al-Quran itulah yang menghiasi kata ibaratku dan menjadikannya terjulang tinggi. 

Jika inilah keadaannya, penerangan aspek keanggunan yang merupakan cerminan kepada hakikat kebenaran Al-Quran itu yang dinamakan “Rasail Nur” itu adalah kerana keanggunan hakikat kebenaran Al-Quran itu sendiri dan kerana menerangkan tentang kurnia Ilahi yang timbul daripada cerminan itu adalah sesuatu yang diterima merupakan satu bicara tentang nikmat kurnianNya. 


288. Page

Sebab kelima: Aku telah mendengar lama dahulu daripada seorang wali yang telah menyimpulkan daripada isyarat-isyarat Wali-wali Allah terdahulu satu kesimpulan yang meyakinkannya bahawa satu cahaya akan bersinar dari sebelah timur yang akan menghapuskan kegelapan bida’h. 

Aku telah lama menunggu cahaya seperti itu dan masih lagi menunggu kemunculannya. Namun bunga-bunga hanya akan mekar di musim bunga oleh itu aku mesti menyediakan tanah yang sesuai untuk bunga-bunga suci tersebut. Kami sedar akan usaha ini adalah untuk menyiapkan tanah subur untuk orang-orang yang mendapat nur itu kelak. 

Memandangkan kurnia Ilahi yang menyinari karangan yang bernama “Kalimat” itu bukanlah milik kami, tentulah penerangannya bukan sebab untuk dibanggakan, bahkan menjadi satu pendorong bicara untuk memuji dan bersyukur terhadap nikmat yang diberikan. 

Sebab keenam: Sesungguhnya kurnia Rabbani yang merupakan satu habuan segera dan wadah untuk menggalakkan kami agar terus berkhidmat demi Al-Quran dengan mengarang Rasail Nur adalah merupakan satu anugerah dorongan taufiqNya jua yang diserlahkan, dan jika kurnia Ilahi itu menjadi lebih tinggi daripada Taufiq maka itu adalah satu bentuk penghormatan Ilahi dan menzahirkan hormat kepada Ilahi maka itu adalah syukur yang tersirat; jika ia menjadi lebih mulia daripada penghormatan Ilahi maka ia menjadi satu bentuk kelebihan (karamah) Al-Quran tanpa adanya pengaruh dan pilihan dari kami bahkan kami hanya bertuah kerana dianugerahinya. Menzahirkan karamah yang bukanlah pilihan dan usaha kami ini yang datang tanpa diduga tidaklah menyalahi dan tidak membawa mudarat, adapun jika ia mengatasi bentuk karamah biasa maka ia menjadi satu bentuk sinaran yang terpancar daripada mukjizat tersirat milik Al-Quran itu sendiri. 

Oleh kerana Mukjizat itu seharusnya diserlahkan dan ditonjol, tentu sekali usaha melakukan apa yang menyokong dan menguatkan Mukjizat itu adalah atas nama ikjaz. Ia tidaklah boleh menjadi sebab kebanggaan dan kesombongan bahkan patut dijadikan sebab untuk disyukuri dan dipuji anugerahnya. 

Sebab ketujuh: Lapan puluh peratus manusia bukanlah pakar dalam mendalami dan membongkar rahsia Al-Quran dan mengenali hakikatnya serta memahaminya sebagaimana ia. Mereka menerimanya dengan hanya mengikut dan memahami masalah-masalah yang didengarinya daripada orang-orang yang mereka percayai lantas menjadi pengikut golongan tersebut berdasarkan kepada apa zahir keadaan mereka serta baik sangka terhadap mereka. Ini membuatkan mereka apabila melihat sesuatu hakikat yang yang benar di tangan orang yang lemah, mereka menganggapnya lemah. Apabila mereka melihat satu permasalah remeh yang ditimbulkan oleh seorang yang berpengaruh, dengan mudah mereka akan menganggapnya penting dan bernilai. 


289. Page

Oleh itu, dengan terpaksa aku nyatakan, agar nilai hakikat kebenaran Al-Quran itu tidak berkurangan pada tanggapan kebanyakan orang kerana ia dicetuskan oleh seorang yang lemah dan tidak berkedudukan sepertiku bahawa: “Di luar pengetahuan dan kehendak kami, ada orang yang menjadikan kami bekerja kerananya dan menggunakan kami dalam urusan-urusan yang penting tanpa kami sedar”. Buktinya ialah: Kami telah mendapat kemudahan dan pertolongan tanpa kesedaran dan keinginan kami, oleh itu kami merasa terpanggil untuk kami maklumkan pertolongan dan kemudahan tersebut dengan sejelas-jelasnya. 

Berdasarkan kepada tujuh sebab di atas, kami akan tunjukkan beberapa kurnia Rabbani yang menyeluruh tentangnya: 

Isyarat pertama: 

Beberapa bentuk kesinambungan yang telah diterangkan dalam perkara pertama daripada persoalan kelapan dalam Bingkisan ke 28 di antaranya:

Frasa “Rasul Mulia Alayhi Salat wa Assalam” yang dua ratus kali yang melengkapi satu sama lain, dalam 60 muka surat kecuali pada dua muka surat dalam satu naskhah tentang Mukjizat Nabi Muhammad. Itupun hanya dalam salah satu naskhah daripada naskhah-naskah yang disalin tanpa disedari yang bermula daripada Isyarat ke 3 sehingga ke lapan belas di dalamnya. Sesiapa yang melihat mana-mana dua muka surat dengan jujur, maka dia akan akui ia bukanlah satu kebetulan. Sekiranya ia kebetulan tentulah frasa itu tidak saling berhadapan dalam mana-mana dua muka surat kecuali separuh daripada jumlah itu dan tidak mungkin akan selari kecuali di satu atau dua muka surat. Oleh itu aturan frasa ““Rasul Mulia Alayhi Salat wa Assalam” tersusun berhadapan satu sama lain dengan penuh kesinambungan mungkin akan hanya berulang dua atau tiga atau empat kali tidak sebanyak itu, maka tentunya ini bukan kebetulan. Lebih-lebih lagi lapan orang penyalin yang menyalin teks tersebut semuanya serupa susunannya, maka tentulah ini merupakan satu isyarat ghaib yang kuat. 

Oleh kerana balaghah Al-Quran itu dianggap satu mukjizat yang tidak mampu dicapai oleh sesiapa dan sebagaimana dalam kitab ahli balaghah terdapat juga beberapa martabat balaghah, demikian juga kesinambungan yang terdapat di dalam “Bingkisan ke 19” yang merupakan manifestasi Mukjizat Junjungan Besar Nabi Muhammad Alaihissalatu Wassalam. Dalam Kalimat ke 25 pula yang menerangkan tentang mukjizat Al-Quran dalam bahagian-bahagian “Rasail Nur” yang merupakan satu bentuk tafsir Al-Quran, terdapat satu kesinambungan yang ganjil yang tidak didapati dalam semua buku lain. Ini semakin menguatkan bahawa ia adalah satu bentuk mukjizat Al- Quran dan mukjizat Baginda SAW yang terserlah dalam bentuk yang sedemikian. 


290. Page

Isyarat kedua: Kurnia Tuhan kedua pada usaha berkhidmat kepada Al-Quran ialah: Allah telah mengurniakan kepadaku yang bermasalah menulis, yang separuh buta huruf, berseorangan terbuang negeri, tidak dibenarkan berjumpa dan bergaul dengan orang, dengan penolong-penolong yang gagah, serius, ikhlas, bersungguh-sungguh yang sanggup berkorban; pena mereka itu ibarat pedang permata, yang telah menggalas tanggung jawab besar di bahuku yang lemah ini lantas meringankan beban yang berat tersebut. 

Kumpulan yang diberkati ini, seperti kata-kata Hulusi adalah ibarat alat penerima telegram tidak berwayar; dalam kata-kata Sabri pula ibarat mesin jenerator yang menerangi kilang dengan tenaga elektriknya. Setiap seorang daripada mereka mempunyai kelebihan dan nilai tersendiri. Usaha mereka menyebarkan rahsia Al-Quran dan nur iman ke seluruh pelusuk negeri dengan naskah yang serupa dengan penuh semangat bekerja, kesungguhan, disiplin dan ketekunan serta usaha mereka menyebarkan berita tentangnya di seluruh tempat; itu semua adalah merupakan satu pengumuman yang dianggap satu kesinambungan ghaib mengikut kata Sabri. Usaha dakwah mereka dengan sepenuh jiwa, semangat dan kesungguhan tanpa mengenal lelah dan putus asa di era ini yang melihat bertukarnya huruf tulisan Arab kepada huruf Roman dan ketiadaan mesin cetak yang mencetak dengan huruf tersebut lagi sedangkan orang ramai memerlukan pancaran iman, di samping terdapat banyak sebab lagi yang boleh mematahkan semangat dan minat untuk bersungguh-sungguh; aku katakan sesungguhnya usaha mereka menyebarkan nur-nur ini di seluruh tempat dan usaha dakwah mereka dalam kegetiran keadaan-keadaan ini adalah satu bentuk karamah Al-Quran dan satu kurnia Ilahi yang nyata tanpa syak lagi. 

Benar, sebagaimana kewalian itu mempunyai keramat, demikian juga niat yang ikhlas, dan keikhlasan juga mempunyai keramat. Terutamanya solidariti ikhlas dalam kalangan para saudara tersebut dan semangat persaudaraan mereka yang sepenuhnya kerana Allah, tentunya ini juga melahirkan banyak keajaiban. Bahkan sifat keperibadian kolektif yang sedemikian dapat mencapai kesempurnaan seorang wali dan melahirkan banyak kelebihan Ilahi. 

Wahai Saudara-saudara dan rakan-rakanku yang berkhidmat kepada Al-Quran! Sebagaimana salah dan zalimnya memberikan segala penghormatan dan harta rampasan hanya kepada ketua pasukan yang berjaya menakluki kubu, begitulah kamu tidak boleh memberikan penghormatan yang didapatkan dalam sesuatu pertempuran melalui kekuatan peribadi dan pena-pena kalian kepada seorang yang hina sepertiku. Pada kumpulan yang diberkati ini tentunya terdapat satu isyarat ghaib yang kuat bahkan lebih kuat lagi daripada segala kesinambungan ghaib tadi. Aku melihatnya namun tidak mampu untuk diserlahkan kepada semua. 


291. Page

Isyarat ketiga: Pembuktian banyak bahagian-bahagian Rasail Nur keseluruh hakikat keimanan dan Al-Quran yang penting dengan cara yang bijaksana walaupun kepada seseorang yang amat keras kepala adalah satu daripada tanda kurnia Ilahi dan bantuan yang amat kuat. Ini adalah kerana di antara hakikat-hakikat tersebut ialah apa yang disebutkan oleh Ibnu Sina, yang dianggap seorang pemikir yang bijaksana, memperakuinya kelemahannya untuk memahami perkara tersebut dengan katanya: “Tiada jalan bagi akal untuk memahaminya”. Kalimat kesepuluh menerangkan apa yang tidak dapat dicapainya orang yang bijak pandai itu itu kepada orang awam, bahkan kepada kanak-kanak. 

Contohnya, seorang Ulama terbilang Sa’ad al-Din Taftazani yang tidak dapat menyelesaikan masalah rahsia qadar dan kuasa manusia membuat pilihan yang terbatas melainkan dalam 50 muka surat bertajuk Muqaddimah Dua Belas dalam kitabnya bergelar “Al-Talwih” yang mahsyur. Bagaimanapun beliau menerangkannya kepada golongan yang khusus sahaja. Rasail An Nur menerangkannya dalam dua muka surat dalam “Bicara kedua” dalam Kalimat ke 26 berkenaan qadar dengan lengkap dan difahami oleh orang ramai. Sekiranya ini bukan disebabkan oleh kurnia Ilahi maka apakah lagi yang mungkin menjadi sebabnya?!

Begitu juga tentang misteri kejadian dan teka teki alam semesta yang membingungkan ramai sehinggakan tidak dapat diselesaikan oleh falsafah. Ini telah diselesaikan oleh Mukjizat Al-Quran di dalam Bingkisan ke 24 dan di dalam kandungan “Perkara yang mempunyai isyarat” pada di akhir “Kalimat 29”, juga di dalam Enam Hikmat “Transformasi Atom” yang disebut dalam Kalimat ke 30. Kesemua risalah ini telah menyingkap dan menerangkan aktiviti menakjubkan dalam alam semesta serta teka teki kejadian alam serta misteri kejadian dan pengakhirannya serta rahsia transformasi partikel; kesemuanya boleh dibaca dan dirujuk oleh sesiapa yang menginginkannya.

Kalimah ke 16 dan 32 pula menerangkan dengan amat jelas hakikat menakjubkan sebagai satu kesatuan Ketuhanan yang tiada sekutu dan pasangan dan juga betapa tidak terbatas dekatnya Dia dengan kita walaupun tidak terbatas jauhnya kita daripadaNya. Demikian juga ia menyingkap dengan amat jelas maksud “Dan Dia amat berkuasa atas segala sesuatu” dalam Bingkisan ke 20 dan pengakhirannya yang mengandungi tiga contoh tentang kekuasaan Allah yang sama dalam pengurusan atom dan planet. Begitu juga tentang kuasa yang menghidupkan semula semua yang mati semudah menghidupkan satu jiwa dan juga tentang bagaimana syirik amat tidak masuk akal dan boleh diterima kewarasan.


292. Page

Hakikat iman dan Al-Quran adalah luas yang tidak dapat digarap walau sebijak mana seseorang itu. Walaupun begitu, lahirnya hakikat sedemikian pada seseorang sepertiku yang berserabut fikirannya, berkedaan kucar kacir, tidak menemukan sumber dan rujukan, sentiasa menderita dan disakiti, namun dapat mengarang dengan cepat; ini sememangnya satu pengaruh Mukjizat tersirat Al-Quran yang bijaksana secara langsung dan juga satu penyerlahan (tajalli) daripada kurnia Ilahi serta satu isyarat ghaib yang kuat. 


Isyarat keempat

Allah telah mengurniakan kepadaku kemampuan mengarang sekitar 60 buku. Karangan-karangan seorang sepertiku yang tidak banyak berfikir adalah mengikut kespontanan dan bersahaja, tidak punyai masa untuk meneliti. Ia adalah karangan yang payah untuk ditulis walaupun dengan usaha para peneliti yang bijak pandai; ini menunjukkan bahawa ia adalah kesan kurnia Ilahi semata-mata bukannya lain. Ini kerana kesemua fakta yang mendalam dalam kesemua risalah-risalah itu dapat diajar dan disampai dengan contoh-contoh yang sesuai dengan orang biasa dan buta huruf. Sedangkan para ulama tersohor tidak berjaya menerangkan kepada orang-orang bijak pandai apatah lagi orang awam. kerana mereka berpendapat kebanyakan perkara itu tidak dapat disampaikan dan diajarkan. 

Seseorang sepertiku yang tidak menguasai Bahasa Turki, ungkapannya kabur hinggakan kebanyakannya tidak difahami. Aku sendiri dikenali dahulu sebagai seorang yang menyulitkan kenyataan fakta yang jelas yang dapat dilihat daripada kerja-kerjaku terdahulu; Orang sepertiku ini apabila mendapat kemudahan yang luar biasa dan kata-kata yang mudah dimana aku dapat mengajar sejauh-jauh fakta dari akal untuk kebanyakan orang biasa seolah-olah ia dekatnya. Tidak syak lagi ia tentunya tanda kurnia Ilahi dan bukan dengan kemahiran sendiri. Ini adalah manifestasi serta cerminan Mukjizat Al-Quran itu sendiri.

Isyarat kelima: 

Walaupun Rasail Nur telah tersebar luas dalam kalangan awam dan walaupun sebilangan besar masyarakat daripada sebesar-besar alim sehingga ke orang biasa serta dari seagung-agung wali yang mengetahui urusan hati sehinggalah kepada sebesar-besar ahli falsafah yang atheist; mereka dapat melihat dan membaca risalah-risalah tersebut bahkan sebahagian dari mereka merasai tanparan risalah-risalah tersebut. Ketiadaan kritik daripada sesiapa serta manfaat yang diterima semua pihak megikut darjatnya adalah satu kesan kurnia Ilahi dan kelebihan Al-Quran secara terus. 


293. Page

Demikianlah penulisan risalah-risalah sebegitu yang tidak terhasil melainkan dengan penelitian dan kajian yang banyak, dapat disempurnakan dalam tempoh waktu yang cepat dan dalam keadaan yang menekan dan mengelirukan fikiran dan emosi; ini adalah satu lagi kesan kurnia Ilahi dan penghormatan Rabbani. 

Benar, kebanyakan saudara-saudaraku serta sahabat-sahabat penyalin mengetahui yang lima bahagian “Bingkisan 19” telah ditulis dalam beberapa hari, setiap hari dalam beberapa jam keseluruhannya dalam 12 jam tanpa merujuk kepada apa-apa buku. Bahkan bahagian terpenting darinya ditulis dalam tempoh tiga ke empat jam di pergunungan, ketika hujan hanya berdasarkan memori. Ia adalah bahagian keempat yang merupakan tanda kenabian yang termaktub dalam frasa “Rasul Mulia Alayhi al-Salat wa al-Salam”. “Kalimah ke 30” pula merupakan satu risalah yang penting dan mendalam; semuanya dalam hanya sekitar enam jam ketika berada dalam sebuah dusun. “Kalimah 28 pula” ketika di dusun Sulaiman dalam sekitar satu jam atau dua. Demikianlah juga dalam penulisan kebanyakan risalah.

Sahabat-sahabat rapatku telah lama mengetahui yang aku tidak akan mampu menerangkan sesuatu perkara sekiranya sedang mengalami kesakitan dan gangguan emosi yang akan menjadikan aku meninggalkan tugasan itu. Apabila ini ditambah pula dengan hadirnya penyakit, maka ia akan lebih menghalangku daripada mengajar dan mengarang secara berlebihan. 

Walaupun begitu, penulisan risalah-risalah terpenting telah terlaksana dalam kebanyakan ketika aku sedang menderita kesakitan dan penyakit, juga dalam tempoh masa singkat yang menakjubkan; jika ini bukan juga kurnia Ilahi, penghormatan Rabbani dan karamah Al-Quran, maka apakah ia sebenarnya?!

Tambahan pula, mana-mana kitab yang membahaskan perkara-perkara ketuhanan dan iman akan memberikan kesan negatif kepada sesetengah golongan sehinggakan ia tidak disebar untuk kesemua golongan. Namun risalah-risalah ini, ia tidak meninggalkan kesan negatif dan memprovokasi mana-mana pihak. Ia tidak juga mengganggu pemikiran sesiapa. Aku bertanyakan tentang perkara kepada ramai orang, maka terbuktinya satu isyarat yang jelas tentang pertolongan Ilahi kurniaanNya.  


294. Page

Isyarat keenam:

Aku telah menjadi yakin bahawa kebanyakan kehidupanku telah berlalu di luar lingkungan pilihanku, kemampuanku, perasaanku dan rencanaku. Ia seolah telah dipacu dengan cara yang pelik sehinggalah menghasilkan Risalah-risalah ini yang bakal memanfaatkan khidmat kepada Al-Quran. Keseluruhan hidupku dalam bidang ilmu telah menjadi seperti permulaan-permulaan untuk satu persediaan yang terus berjalan dengan cara yang menyerlahkan aspek I’jaz Al-Quran melalui karya “Kalimat” yang ditulis. 

Bahkan sepanjang tujuh tahun aku dibuang negeri dan hidup di tempat asing serta larangan untuk aku bergaul dan bertemu orang ramai yang dipaksakan ke atasku, dalam keadaan aku menghabiskan hidupku sendirian di sebuah kampung yang terpencil yang tidak cocok dengan tabiatku. Aku sengaja ditekan dan cuba dipisahkan daripada kehidupanku sebelum ini yang banyak bergaul dan mempunyai kenalan dalam masyarakat. Semua ini tidak syak lagi adalah untuk mendorongku untuk melaksanakan khidmat kepada Al-Quran dengan penuh tulus dan ikhlas. 

Sehinggakan aku merasakan walaupun dengan segala macam gangguan serta halangan-halangan yang sentiasa mereka lakukan dengan zalim kepadaku, adanya kuasa pertolongan Ilahi yang mengatur segala perkara ini dengan penuh rahmatNya agar aku terdorong untuk menumpukan fikiran kepada rahsia Al-Quran juga agar aku tidak terdorong untuk memikirkan tentang perkara-perkara lain. 

Bahkan aku turut merasakan kurang berminat untuk mentelaah buku-buku lain dan tidak membacanya langsung walaupun aku seketika dahulu amat meminati untuk membaca buku-buku tersebut. 

Aku mula sedar yang mendorongku untuk meninggalkan pembacaan buku-buku yang dapat menjadi penyebab rasa tenang dan tenteram pada ketika hidup terasing sebegini ialah: Ayat-ayat Al-Quran yang menjadi guru dan pembimbing yang mutlak dan terus buatku. 

Kemudian hasil-hasil penulisan dan Risalah-risalah yang dikarang itu, dianugerahkan kepadaku kebanyakannya secara tiba-tiba dan sekali gus berdasarkan kepada keperluan yang timbul di dalam jiwaku tanpa ada sebab dan dorongan luaran yang mencetuskannya. Apabila aku menunjukkannya kepada beberapa rakan rapatku mereka memberi balasan: Ia adalah ubat untuk penyakit-penyakit zaman ini. Selepas ia tersebar aku mulai tahu daripada beberapa rakanku ia telah menjadi satu rawatan yang sesuai untuk keperluan zaman ini serta ubat yang sesuai untuk penyakit-penyakitnya. 

Oleh itu semua keadaan dan kejadian dalam hidupku yang disebutkan tadi berlaku di luar lingkungan pilihanku, perasaanku dan kesedaranku. Apa yang aku terdorong melakukannya yang berbeza dengan apa yang menjadi kebiasaanku untuk mentelaah jenis-jenis ilmu tertentu adalah juga bukan pilihanku; semua ini meyakinkanku bahawa ia adalah satu pertolongan Ilahi yang kuat dan juga satu kurnia Rabbani yang agung untuk aku terpacu untuk melaksanakan hasil yang sebegitu suci.

295. Page

Isyarat ketujuh:

Kami telah melihat dengan mata kepala sendiri ketika melakukan dakwah dalam tempoh lima ke enam tahun beratus-ratus bentuk kurnia Ilahi dan berkah Rabbani serta kemuliaan Al-Quran tanpa perlu mengaitkannya secara berlebihan. Ini telah kami terangkan sebahagiannya di “Bingkisan ke 16” dan sebahagiannya dalam perbahasan-perbahasan yang pelbagai yang disebutkan dalam “Topik ke 4” daripada 

“Bingkisan ke 26”, sebahagiannya dalam perbahasan ketiga daripada Bingkisan ke-28. Banyak tentangnya turut diketahui ramai sahabat-sahabat rapatku, serta sahabat yang sentiasa denganku Sayyid Sulayman.  

Kami mendapat kemudahan dan dorongan yang merupakan anugerah rahmat yang mengatasi jangkaan, terutama dalam menyebarkan risalah-risalah tersebut, membetulkannya serta meletakkannya di kedudukannya yang sesuai untuk menyiapkannya dalam bentuk draf dan format akhirnya. Tidak syak bagi kami bahawa ia adalah karamah Al-Quran yang contohnya mencapai ratusan jumlahnya. 

Kami dididik dan dibesarkan dengan belas rahmat dalam hidup kami; Allah Pemberi Rahmat SWT yang memilih kami akan merealisasikan sekecil-kecil kehendak hati dan memenuhi impian kami tanpa kami jangkakan. Demikianlah perkara ini merupakan satu isyarat tersirat yang terzahir dengan jelasnya dalam menjadikan kami wadah perlaksanaan tugasan ini, yang mendorong kami untuk terus berkhidmat kepada Al-Quran dalam lingkungan keredhaan dan kurnia Allah SWT. Maka, alhamdulillah, ini adalah hasil kurnia Tuhanku. 


اَلْحَمْدُ لِلّٰهِ هٰذَا مِنْ فَضْلِ رَبّ۪يسُبْحَانَكَ لَا عِلْمَ لَنَٓا اِلَّا مَا عَلَّمْتَنَٓا اِنَّكَ اَنْتَ الْعَل۪يمُ الْحَك۪يمُ اَللّٰهُمَّ صَلِّ عَلٰي سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ صَلَاةً تَكُونُ لَكَ رِضَآءً وَ لِحَقِّه۪ٓ اَدَآءً وَ عَلٰٓي اٰلِه۪ وَ صَحْبِه۪ وَ سَلِّمْ تَسْل۪يمًا كَث۪يرًا اٰم۪ينَ





“Maha Suci Engkau. Kami tidak berpengetahuan kecuali apa yang Engkau ajarkan kepada kami. Sesungguhnya Engkaulah yang Maha Mengetahui dan Maha Bijaksana. Ya Allah, limpahkan Rahmat kepada Junjung kami Sayyidina Muhammad dengan rahmat yang Engkau redhai dan melengkapkan kebenaran risalahnya, juga kepada Kerabat dan Sahabat-sahabatnya serta kurniakan kepada mereka kesejahteraaa. Ameen.”


296. Page

Jawapan kepada satu soalan sulit dan rahsia

Rahsia kurnia Ilahi ini telah ditulis beberapa ketika dahulu secara tersembunyi dahulu dan tidak disebarkan kemudian telah ditambah di akhir Kalimah ke14. Tetapi atas beberapa sebab, kebanyakan para penyalin lupa untuk menyalinnya. Oleh kerana itu, ianya masih tidak diketahui umum, tempatnya mungkin sesuai disini. 

Engkau bertanya kepadaku: “Kenapa kami dapati satu kekuatan dan kesan dalam “Kalimat” yang engkau karang berkenaan Al-Quran jarang terdapat pada bicara para pentafsir dan mereka yang arif tentang ketuhuanan? Kadang-kadang satu baris ayat mempunyai kekuatan satu muka surat penuh dan kadang-kadang satu muka suratnya adalah sekuat kesannya sebuah buku?

Jawapannya: Satu jawapan yang indah dan halus:

Oleh kerana sebab semua itu adalah berpunca daripada ciri Mukjizat Al-Quran dan bukannya kepadaku, aku nyatakan di sini tanpa rasa silu dan takut: Ia sememangnya demikian kerana sebab-sebab berikut: Risalah-risalah yang dikarang itu adalah:

Satu bentuk pengesahan dan bukannya telahan, satu bentuk keimanan bukannya satu bentuk sangkaan, satu bentuk penyaksian dan pembuktian bukannya dorongan pengetahuan, satu bentuk penelitian bukannya satu peniruan fikiran, satu bentuk pengakuran dan bukannya satu beban yang ditanggunggjawabkan, satu bentuk hakikat kebenaran dan bukannya kesufian, satu bukti dalam dakwaan bukannya dakwaan semata dan pandangan.

Hikmat perkara tersirat ini adalah:

Asas keimanan di waktu lampau telah terpelihara dan terjaga. Menyerah kepercayaan yang tidak berbelah bahagi (taslim) kepada asas-asas itu adalah trend yang amat jelas. Oleh itu, penjelasan para ilmuan yang arif dalam perkara cabangan dapat diterima dan cukup walaupun tanpa dalil. Namun dalam era kini, kebejatan dan kesesatan yang terhasil dalam lingkungan ilmu pengetahuan telah berhasil menggoyahkan asas dan tiang-tiang keimanan. Oleh itu Allah yang Maha Bijaksana dan Pemurah Yang Maha Berkuasa telah memberikan karangan-karangku yang bertujuan memberi khidmat kepada Al-Quran, satu bentuk rahmat walaupun keadaanku adalah lemah dan tidak berupaya, ini adalah satu bentuk belas terhadap hajat dan keperluanku. Ia hanyalah satu sinar daripada segala sinar makna yang terpancar daripada perbandingan-perbandingan serta bidalan-bidalan keagungan mukjizat Al-Quran itu sendiri. 


297. Page

Segala puji bagi Allah, kebenaran yang kelihatan sulit untuk difahami, dapat terhurai dengan kesan misteri perbandingan-perbandingan dalam huraian. Melalui perbandingan-perbandingan dan contoh, persoalan-persoalan yang tidak berhubungan dan nampak tidak relevan dapat dihubungkan dan disatukan. Melalui tahap-tahap perbandingan dan pemberian contoh, tahap kebenaran yang tinggi dapat diserlahkan. 

Melalui perbandingan dan contoh, iman yang penuh yakin sehingga berada pada tahap keimanan yang terhasil daripada penyaksian (syuhud) dengan hakikat-hakikat iman serta asas-asas Islam. Ini memaksa kesangsian dan khayalan beserta akal bahkan nafsu untuk menyerah kalah, begitu juga syaitan untuk menyerah kalah melempar senjata. 

Hasilnya: Keindahan dan kesan karangan-karanganku ini bukanlah melainkan pancaran perbandingan misal yang terdapat dalam Al-Quran. Bahagianku dalam semua itu hanyalah permohonanku bersama hajatku dan kemiskinanku yang amat memerlukan. serta rayuanku bersama kelemahanku yang teruk. semuanya penyakit adalah daripadaku , dan ubatnya adalah daripada Al-Quran. 

Penutup Persoalan KeTujuh. 

Ini adalah untuk menjawab beberapa kemusykilan yang timbul atau yang disebutkan berkenaan isyarat tersirat yang timbul dalam bentuk “lapan kurnia Ilahi”. Ia juga untuk menerangkan rahsia agung kurnian Ilahi. 

Kesimpulan ini terdiri daripada 2 perkara:

Perkara pertama: Kami mendakwa dalam “Persoalan ketujuh” dalam “Bingkisan ke 28” tentang pendapat kami terhadap bentuk sulaman perkataan yang terserlah dalam karangan tersebut yang kami sebutkan sebagai ‘kesinambungan’ – yang kami namakan juga sebagai kurnia Ilahi yang kelapan- adalah satu bentuk manifestasi yang kami rasakannya sebagai isyarat tersirat daripada tujuh kurniaan Ilahi yang tersirat; kami mendakwa di sini bahawa kelapan-lapan isyarat kurnia Ilahi tersebut adalah amat jelas dan pasti kerana setiap satunya membuktikan wujudnya kurnia tersirat tersebut. Namun sekiranya, ia dianggap mustahil atau kelihatan lemah atau mungkin dinafikan keseluruhannya, ia masih tetap tidak menggugat kewujudan isyarat-isyarat tersirat tersebut. Sesiapa yang tidak dapat menafikan wujudnya kurnia yang lapan itu maka dia juga tidak dapat menafikan wujudnya isyarat-isyarat tersebut. Namun oleh kerana darjat manusia adalah berbeza-beza dan darjat orang awam adalah yang paling banyak jumlahnya bergantung kepada apa yang mereka lihat pada umumnya, maka “kesinambungan” tanda tersebut menjadi ciri yang paling jelas tentangnya dan bukan yang paling kuat kesannya. Oleh kerana terdapat ciri-ciri lainnya yang kuat, maka ciri ini hanyalah berbentuk umum sifatnya dan komprehensif. Oleh itu untuk menjawab kemusykilan yang timbul tentangnya dan menerangkan hakikat yang boleh dijelaskan dengan cara perbandingan, ia adalah seperti berikut:


298. Page

Kami katakan bahawa kurnia zahir tersebut yang berupa kesinambungan frasa “Al-Quran” dan “Rasulullah Sallallahi alayhi wa sallam” yang tersusun secara berhadapan antara satu dengan lain dalam dua muka surat yang bertentangan, adalah satu perkara yang jelas yang menunjukkan ia disusun sedemikian dengan sengaja, lalu ia ditempatkan secara selari sedangkan kami tidak memiliki bukti bahawa ia adalah sesuatu yang disengajakan. Kami sendiri meyedari susunan yang selari ini selepas tiga atau empat tahun. Oleh itu kesengajaannya adalah tersirat sebagai satu kesan kurnia Ilahi yang menjadikannya selari dengan Mukjizat Al-Quran dan Rasulullah SAW yang zahir dalam bentuk susunan yang seimbang pada kedua-dua frasa-frasa tersebut. 

Berkat kedua-dua frasa tersebut satu mohor yang memeterai benarnya mukjizat Al-Quran itu serta mukjizat Rasulullah SAW yang turut menjadikan frasa-frasa seumpamanya turut tersusun dalam bentuk yang seimbang pada umumnya tetapi hanya pada beberapa muka surat. Namun dua frasa di atas tersusun secara seimbang secara sempurna dalam beberapa Risalah dan pada kebiasaannya pada beberapa yang lain. Namun kami nyatakan beberapa kali bahawa susunan yang sebegitu mungkin juga terdapat pada kitab-kitab yang lain, tetapi bukanlah dalam bentuk yang sebegini pelik yang menzahirkan seolah-olah ada satu tujuan mulia dan kehendak yang suci terhadapnya. Ini tidak dapat dinafikan, namun pada pandangan zahir sesetengah pihak ia mungkin boleh ditolak. Ini boleh berlaku dari beberapa aspek: 

Di antaranya, mereka mungkin akan mengatakan kepada kamu dapat kesinambungan ini setelah kamu memikir dan merancang. Perbuatan yang sedemikian itu mudah dan senang sekiranya dilakukan dengan perancangan dan keinginan. 

Untuk menjawabnya kami nyatakan: Sesuatu dakwaan boleh dibuktikan cukup dengan dua saksi sahaja, namun boleh jadi terdapat beratus-ratus saksi yang benar yang boleh menyaksikan bahawa kami sendiri hanyalah menyedari tentangnya selepas kira-kira empat tahun. Untuk ini aku akan jelaskan satu perkara: 

Bentuk keajaiban mukjizat Al-Quran ini bukanlah sama dengan tahap Mukjizat balaghah Al-Quran kerana ia tidak akan mampu digarap upaya manusia walaupun dia berusaha ke arahnya kerana ini adalah sesuatu keajaiban yang sememangnya di luar batas upaya manusia, kerana sekiranya ia tetap dicuba ia akan hanya menampakkan kepalsuannya dan merosakkan.


299. Page

Perkara kedua: Kami ingin nyatakan satu rahsia yang terperinci daripada rahsia-rahsia ketuhanan dan belas kasihNya berkenaan dengan isyarat yang khas dan umum.

Seorang sahabatku pernah berkata dengan indah yang akan kita jadikan tema bicara ini:

Satu hari apabila aku tunjukkan kepadanya satu kesinambungan yang menarik tentang susunan frasa itu dia berkata: Cantik! Setiap hakikat adalah sebenarnya cantik, namun kesinambungan yang kebetulan dan keseimbangannya dalam Risalah “Kalimat” tersebut adalah lebih indah dan halus. Kataku: Ya, setiap sesuatu itu adalah indah pada hakikatnya, pada zatnya atau kesannya. Keindahan ini adalah disebabkan oleh ciri ketuhanan umum dan kesempurnaan rahmatNya dan manifestasinya yang umum. Isyarat tersirat pada susunan ini adalah lebih indah, seperti yang aku katakan kerana ia adalah menjurus kepada rahmat yang khusus dan ciri ketuhanan yang khusus dalam bentuk manifestasi yang khusus. Ini boleh diperjelaskan seperti berikut:

Seseorang Sultan melalui undang-undangnya dan kuasanya yang umum meliputi seluruh rakyatnya dengan belas kasihnya terhadap mereka, setiap mereka mendapat kurnia Sultan dan ihsannya yang melindungi mereka dengan lembayung kuasanya. Namun terdapat juga individu-individu yang mempunyai hubungan istimewa dengannya dalam keadaan umumnya kuasa yang meliputi mereka.

Aspek kedua: Ia adalah anugerah sultan dan kurnianya serta perintahnya yang khusus apabila seseorang dalam kalangan rakyat jelatanya dianugerahkan kurnia atau diberikan perintah yang melewati batasan undang-undang. Sebagaimana contoh ini, setiap sesuatu itu ada bahagian yang dianugerahkan kepadanya secara umum dan ada pula yang mempunyai hubungan khusus dengannya mengikut apa yang layak olehnya. Allah SWT memilik cara memperuntukkan bahagian kepada segala sesuatu dengan kehendak, pengetahuan dan kuasaNya yang meliputi segala sesuatu. Begitu juga Dia mengambil tahu tentang perkara kecil lagi halus tentang sesuatu menjadikan segala sesuatu itu berkeperluan kepadanya dalam segala ehwal keadaannya yang melaksana dan mengurus urusannya dengan pengetahuanNya SWT. 


300. Page

Urus tadbirNya tidak terbatas dalam kekangan tabiat kehidupan kerana Dia sentiasa mengurus dan mempengaruhi dan bukanlah juga satu kebetulan apabila rencanaNya meliputi perkara halus dan kecil. Kami telahpun menafikan wujudnya “kebetulan” dan faktor semulajadi di dua puluh tempat dalam Rasail Nur dengan hujah yang jelas. Kami telah melenyapkan hujah tersebut dengan libasan pedang Al-Quran yang suci. Kami telah menerangkan bahawa kebetulan dan rencana kehendak Tuhan itu mustahil untuk mempengaruhi sesuatu perkara itu serentak. Golongan yang salah itu dengan mudah melabelkan semua perkara yang tidak diketahui hikmah dan sebabnya sebagai “kebetulan” yang biasanya berlaku dalam lingkungan sebab musabab yang zahir yang tertakluk kepada ciri ketuhanan yang umum. Mereka tidak dapat melihat perbuatan Ilahi yang tidak diketahui apakah hikmahnya hanya semata-mata kerana ia terselindung dibelakang sebab musabab semulajadi, lalu itu mereka jadikan sebagai alasan. 

Kedua ialah bentuk ketuhananNya yang khusus, iaitu kurnia kemulianNya yang khusus serta pertolongan RahmatNya yang khusus melalui Nama-namaNya Yang Maha Pengasih lagi Maha Pemurah yang menolong mereka yang berada ke dalam tekanan kehidupan, lantas membantu mereka secara khusus seterusnya menyelamatkan mereka daripada tekanan-tekanan tersebut. Oleh itu setiap yang hidup -terutamanya manusia- yang cuba mendapatkan pertolongan daripadaNya SWT pada setiap ketika akan benar-benar memperolehinya. Ini kerana anugerahNya SWT dan kurniaNya yang terangkum dalam ciri ketuhananNya yang khusus tersebut bukanlah satu kebetulan walaupun ia berlaku kepada mereka yang tidak menyedarinya kerana ia bukanlah perhitungan hukum semulajadi.

Maka berdasarkan kepada rahsia ini, kami beranggapan tanda-tanda yang tersirat dalam kandungan “Mukjizat Al-Quran” dan “Rasul Junjungan Muhammad SAW” yang terdiri daripada isyarat tersirat tertentu adalah tergolong di dalam isyarat-isyarat khusus daripadaNya. Kerana itu kami yakin ia adalah satu bentuk pertolongan khusus serta kurnia khusus yang terserlah walaupun kepada mereka yang degil untuk menerimanya. Oleh itu kami nyatakan segalanya itu adalah milikNya jua namun sekiranya kami silap maka kepadaNya jua kami harapkan keampunan. Ameen. 

“Tuhan Kami, janganlah Engkau menghukum kami sekiranya kami alpa atau tersilap”


301. Page

Ungkapan Muallim Ahmad Ghalib yang menyumbang tenaga menyiapkan draf ‘Kalimat’

Apakah sempit dadaku dengan si ingkar untuk diyakinkan

Sedang di tangan satu bukti hakikat kebenaran “Al-Quran”?!

Kataku wahai ruhku ia hanyalah bicara dan bukannya paksaan tulisan

Ia adalah Ilmu Ladunni terbaik dan suci yang menjadi cetusan

Bukan cebisan rambang sana dan sini yang dikumpulkan 

Bahkan ia adalah hikmah dan pancaran nur ketuhanan

Bukannya hawa nafsu, omongan dan falsafah picisan

Namun sirna diri dan manifestasi ruh penyempurnaan

Pembimbing jiwa dan bukannya rintihan kesufian 

Seluruh “Kalimat” itu adalah mentari ilmu pegetahuan

Kataku ini benar dan bukan sekadar telahan

Nur batinmu terpancar dengan bicara luahan

Dalam beberapa baris yang bukan seperti dalam pengertian

Lafaz-lafaznya tersusun sesama sendiri dalam spontan

Rapi susunannya bukannya paksaan juga kebetulan

Keseluruh hurufnya terencana dalam aturan

Ia kesinambungan dan bukannya pertentangan

Ia manifestasi rahsia juga kemukjizatan

Dari Al-Quran, bukannya omongan dan obrolan

Kebetulan ini adalah indah, elok lagi menakjubkan

Apa yang dikatakan tentangnya bukanlah kepalsuan

Sesungguhnya beliau Sai’d Nursi Badiuzzaman

Bicaranya berdaya cipta tiada rayuan dan bukan ampuan

Pena di tangan bukan hiburan dan tidak mengenal lelah

Kerana itu terserlah kebenarannya tidak dipesongkan

Ketepatan bicara perihal yang Haq mendatangkan kebenaran

Ia pula bukan disengajakan dan bukan diubahsuaian

Mereka yang tidak melihatnya demikian dalam pandangan

Tak perlu dipedulikan dan tidak layak diberi kasihan

Aku sendiri dalam tersirat menyimpan ketakjuban

Bukanlah didalam kata-kataku satu gurauan

Apakah layak diserlahkan ciri kebetulan

Sedang bukanlah kelebihan itu satu kehebatan 

Allah telah memberi taufiq dalam banyak perkara

Dan bukan untukku berasa angkuh


Ahmad Ghalib, semoga ruhnya dicucuri Rahmat.


302. Page

Perenggan yang ditulis oleh Almarhum Sayyid Raed ‘Asim


Aku bersumpah pada kebenaran terkandung ungkapan

bahawa dia adalah seorang yang tiada pembohongan

Yang tercela itu tetap menolak hakikat gambaran

Tidak mempercayai dan menolak sinar kebenaran

Kekal sesat di lembah kecewa sepanjang zaman

Kemahiran sebenar ialah menunjukkan jalan

Kepada mereka tersebut agar dapat diselamatkan

Apabila mendapat hidayat menyerah kepasrahan

Ayuh kita kepada Tuhan taruhkan harapan

Agar semuanya diperbetulkan hal keadaan

Ayuh kita baca Rasail dan janganlah ia dilupakan

Sampaikanlah, kerana ia adalah Nur Al-Quran

Agar segala isinya dapat kita manfaatkan

Melapangkan hati menjadi sumber ketenangan 

Kita mengecap redha Allah dalam menggantikan

Hidup sementara dengan akhirat yang berkekalan

Kandungannya yang bernilai ribuan kali mendapat pujian

Dengan kebenaran ini tetap ia meraih kemenangan. 


Al-Raed ‘Asem, semoga ruhnya dicucuri Rahmat Allah.  



303. Page

Persoalan kelapan

Risalah kelapan

Jawapan kepada enam soalan yang dihuraikan dalam lapan perkara.

Perkara pertama: Kita telah rasakan banyak tanda-tanda tersirat bahawa kami ‘digunakan’ untuk berkhidmat kepada Al-Quran dalam lingkungan kurniaNya Ilahi, separuhnya telah kami nyatakan manakala yang baharu kami kemukan ialah: Bahawa terdapat dalam kebanyakan teks “Kalimat” beberapa “ yang tersirat” juga.

Contohnya, ada satu isyarat kepada manifestasi Mukjizat Al-Quran dalam frasa-frasa “Rasul Mulia”, “Alayhi Solatu wa Al-Salam”, dalam lafaz “Al-Quran” yang diberkati. Isyarat tersirat walaupun ianya tersembunyi dan nampak lemah namun ia tetap penting pada hematku kerana maksudnya yang menunjukkan kerja itu diterima dan permasalahannya adalah satu kupasan yang benar. Ini menjadikan aku tidak dapat berasa bangga kerana aku hanyalah penyampai sahaja. Maka tiada sebab untuk aku berasa sedemikian bahkan ia sepatutnya membawa kepada perasaan syukur sahaja.

Oleh kerana ia berkaitan Al-Quran, dianggap pula satu aspek Mukjizatnya, tanpa dipengaruhi oleh pilihan kami langsung, memberi semangat kepada yang malas dalam berdakwah dan mendorong mereka; semua ini membuatkan kami berasa bahawa mesej yang dikandunginya adalah benar. Ia juga adalah satu bentuk kemuliaan Ilahi kepada kami. Oleh itu menyatakannya adalah satu bicara tentang nikmat yang dianugerahkan. Ini akan mendiamkan mereka yang degil yang hanya memahami apa yang mereka dapat lihat dengan mata mereka sahaja. Oleh itu ia mesti dinyatakan kerana InsyaAllah ia tidak membawa kemudaratan. Di antara isyarat-isyarat tersirat ini juga ialah:

Dengan kesempurnaan Rahmat dan KemurahanNya Allah SWT telah mengurniakan satu kurniaan halus berupa tawafuk yang tersirat dalam kesemua Rasail kami terutamanya dalam “Risalah Mukjizat Nabi Muhammad SAW” serta dalam ‘Risalah Mukjizat Al-Quran” dan Risalah “Tingkap-tingkap”; kesemua ini adalah untuk memberikan semangat kepada kami yang berkerja untuk berkhidmat kepada al-Quran dan keimanan dan menenangkan hati-hati kami, dalam bentuk satu penghormatan Ilahi serta kurniaNya sebagai tanda diterima kerja dakwah kami. Ia juga satu tanda tersirat kepada kebenaran kandungan apa yang kami tulis. Maka Allah SWT jualah juga yang menjadikan frasa-frasa itu elok tersusun sebaris dalam satu muka surat. 


304. Page

Ini menunjukkan ia dikarang dengan kemahuan ghaib; oleh itu tidak sepatutnya kamu merasa kagum dengan usaha kamu kerana ia adalah satu perhiasan indah dan susunan yang menakjubkan yang terzahir tanpa kamu mengetahui dan mengingininya. Ini terutamanya pada perkataan “Rasul Mulia” dan “Alayhi salat” yang tersebut dalam risalah “Mukjizat Nabi Muhammad”. Ia adalah ibarat cermin yang menerangkan kejelasan tanda kepada tawafuq-tawafuq tersirat yang berlaku itu. Dalam satu naskhah yang ditulis oleh seorang penyalin yang baru dan belum berpengalaman, perkataan “Selawat yang mulia” tersusun seimbang dalam lebih 200 muka surat kecuali dalam lima mukasurat.

Tawafuq susunan ini bukanlah satu kebetulan yang tidak dapat dirasakan dan disedari. Ia mungkin menjadi sebab tersusunnya satu perkataan atau dua dipisahkan oleh sepuluh perkataan. Ia juga bukanlah juga terhasil daripada satu pemikiran yang lemah sepertiku yang tidak memiliki kemahiran mengarang sedemikian rupa yang mengarang dalam sejam atau dua hampir 40 mukasurat dalam masa yang singkat sekali tentang subjek yang sama, yang tidak mampu menulis bahkan dengan mengharapkan ia ditulis orang lain; apabila aku melihat kembali tawafuq susunan tersebut selepas enam tahun dengan pedoman dari Al-Quran buat kali kedua, ini ditambah lagi dengan tawafuq susunan “Iza” yang tersusun selari Sembilan kali dalam tafsir yang dihuraikan dalam “Isyarat I’jaz”; semua ini menjadikan para penyalin sendiri berasa kagum dan terkesima. 

Sebagaimana perkataan “Rasul Mulia” dan “Alayhi salat wa al-Salam” menjadi cermin kecil kepada ciri Risalah “Mukjizat Rasulullah” dalam “Surat ke 19”, begitu juga lafaz “Al-Quran” yang tertulis secara tersusun 40 kali merupakan satu cerminan kepada 40 jenis golongan manusia yang hanya menggunakan pancaindera mata mereka untuk mengetahui kebenaran. Ini terdapat dalam Kalimat ke 25 berkenaan Mukjizat Al-Quran, dalam Isyarat ke 18 dalam “Surat ke 19” dan pada kesemua Risalah-risalah. Sebahagian daripada 40 jenis yang terserlah dengan perkataan Al-Quran itu adalah seperti berikut: 

Perkataan ‘Al-Quran’ berulang seratus kali dalam Kalimat ke 25, Isyarat kelapan dalam Surat ke 19, kesemuanya tersusun berhadapan kecuali satu atau dua perkataan sahaja. Pada muka surat 43 daripada “Pancaran Kedua”-contohnya- tujuh lafaz Al-Quran tersusun berhadapan, pada mukasurat 56, lapan daripada sembilan lafaz tersebut tersusun sedemikian, di muka 69 yang sedang kami lihat, lima daripadanya tersusun berhadapan satu sama lain. 


305. Page

Demikianlah keseluruhan lafaz “Al-Quran” yang berulang dalam semua muka surat saling berhadapan dan hanya satu daripada lima atau enam pada sesuatu muka itu yang tidak sedemikian. 

Bentuk-bentuk tawafuq susunan yang lain terdapat pada mukasurat 33 yang sedang kami lihat, 15 perkataan “Am” yang 14 daripadanya tersusun berhadapan satu dengan lain, juga dalam muka surat yang sedang kami lihat 9 lafaz “iman” semuanya tersusun berhadapan sesama perkataan “iman” yang lain, kecuali satu daripadanya agak ‘lari’ sedikit kerana penyalinnya menambahkan tanda koma. Begitu juga dua perkataan “al-Mahbub” dalam muka surat yang sedang kami lihat ini, salah satu daripadanya di baris ketiga, satu lagi di baris kelima belas yang selari tersusun sempurna, di antaranya empat perkataan “Al-‘Isyq” yang tersusun selari. Dengan cara sebegini masih dapat dilihat tawafuq-tawafuq susunan yang lain yang tersirat. 

Semua tawafuq susunan ini terdapat dalam kesemua Sembilan naskhah tanpa mengira asal mereka dan bagaimana susunan baris dan muka surat yang membuatkan kita mengambil kesimpulan ia bukan satu kebetulan atau rencana pengarang atau penyalin. Sesetengah tawafuq susunan tersebut dalam beberapa naskhah penyalin lebih menarik perhatian yang mana risalah-risalah ini mempunyai satu cara tulisan yang khusus baginya dan sebahagian daripada penyalin dapat pula menirunya.

Amat menghairankan, tawafuq susunan ini lebih menyerlah dalam naskhah penyalin amatur dan bukannya pada naskah penyalin yang lebih berpengalaman. 

Jelas di sini bahawa kelebihan, keunikan serta ciri yang wujud dalam Rasail Nur yang merupakan tafsir Al-Quran adalah sesuatu yang tidak disebabkan oleh seseorang bahkan stail kreatif yang seimbang yang sesuai dengan kedudukan mulia Al-Quran yang indah yang tidak dapat dihasilkan oleh kehendak, kesedaran dan perasaan seseorang itu. Ini disebabkan penyerlahannya memerlukan ia ditulis sedemikian rupa sedangkan satu kuasa ghaiblah yang bertanggungjawab menghasilkannya mengikut kesesuaian kedudukannya sedangkan kami hanyalah pelaksana dan penyampai mesej tersebut. 


306. Page

Perkara keempat: Di dalam soalan kamu itu terdapat beberapa soalan-soalan: Bagaimanakah berkumpulnya manusia di padang Mahsyar? Apakah manusia akan dikumpulkan telanjang? Bagaimana pula kita akan dapat berjumpa dengan orang yang kita kasihi? Bagaimana pula kita akan berjumpa dengan Rasulullah SAW untuk meminta syafaat? Bagaimana keadaan seseorang itu yang akan bertemu dengan orang-orang yang sedemikian banyak jumlahnya? Bagaimana pula pakaian ahli syurga dan neraka? Siapa yang akan menjadi penunjuk jalan kita di sana? 

Jawapan: 

Jawapan kepada soalan ini wujud di dalam kitab-kitab hadis dalam keadaan amat lengkap dan jelas. Namun kami sebutkan juga satu atau dua perkara sahaja mengikut cara kami sebagaimana berikut:

Pertama: Dijelaskan di dalam satu surat daripada surat(mektubat) kami: bahawa medan hasyar itu ada pada orbit tahunan bumi dan bumi menghantar segala yang dihasilkan olehnya yang tidak kelihatan kepada ruang orbit tersebut. Pergerakan bumi dikeliling matahari membentuk satu bulatan dan ruang bulatan ini akan menjadi asas tempat berkumpul manusia dengan terhasilnya bentuk bulatan daripada pergerakan orbit tersebut. Bahtera Rabbani yang dinamakan bumi ini akan mencetuskan neraka Jahannam kecil yang pada pusatnya jahannam besar. Penduduk bumi juga akan dihamburkan ke medan berkumpul tersebut. 

Kedua: Wujudnya tempat berkumpul tersebut dan medannya telah dijelaskan dalam risalah-risalah lain terutamanya dalam kalimah ke 10 dan kalimah ke 29.  

Ketiga: Tentang perjumpaan manusia dengan yang lain, telahpun dibuktikan dalam “Kalimah 16” bahawa seseorang itu dapat berada pada satu ketika pada beribu-ribu tempat dengan rahsia ilmu nurani dan dapat berjumpa dengan beribu-ribu orang.

Keempat: Allah telah memakaikan makhlukNya yang bernyawa kecuali manusia dengan pakaian fitrah naluri. Dengan maksud namaNya yang Maha Bijaksana, manusia apabila di Mahsyar akan memakai pakaian fitrah ini dalam keadaan bertelanjang daripada pakaiannya yang dibuat. Hikmah daripada pakaian yang diperbuat di dunia bukan sahaja terhad untuk memelihara dari dingin dan panas, juga untuk tujuan berhias dan menutup aurat, bahkan hikmah yang penting untuknya ialah ia ibarat satu ‘senarai’ yang menunjukkan tingkah laku manusia kepada makhluk lain serta hubungannya dengan mereka serta ketuanan dan kepimpinannya terhadap mereka. Jika tidak, maka boleh sahaja dia memakai pakaian yang kasar dan murah dan jika bukan kerana hikmah ini, manusia boleh sahaja memakai pelbagai kain kasar dan bercompang-camping yang akan menjadikannya sindiran dan cemuhan di mata haiwan-haiwan yang dapat menyedarinya dan menjadikannya tertawa. Pada hari kebangkitan, hubungan sebegini telah tiada lagi, juga tidak akan terdapat lagi hikmah, oleh itu tidak perlu lagi untuk ‘senarai’ di dunia itu wujud. 


307. Page

Kelima: Adapun penunjuk jalan untuk orang sepertimu yang dipayungi nur Al-Quran maka akan dibimbing oleh Al-Quran itu, lihatlah pada permulaan surah yang dimulai dengan “Alif-laam-miim”, “Alif-laam-Raa’” dan ‘Haa-Miim”, ketahuilah daripadanya dan telitilah bagaimana Al-Quran menjadi pemberi syafaat yang boleh diterima, pembimbing yang benar serta cahaya yang suci. 

Keenam: Pakaian ahli syurga dan penghuni neraka, penerangan yang diterangkan dalam “kalimah ke 28” yang turut menjelaskan sebab bidadari memakai 70 jenis pakaian juga selari dengan penerangan berikut:

Seseorang penghuni syurga itu pasti ingin mendapatkan nikmat yang pelbagai yang tersedia di dalam syurga pada setiap masa dalam keadaan syurga sentiasa menyediakan pelbagai nikmat pada setiap ketika. Syurga mempunyai pelbagai jenis nikmat, maka penghuni syurga boleh mendapatkan semua nikmat syurga bila-bila masa dan ketika, Oleh itu dia dan para bidadari memakai dan dipakaikan apa yang diberikan kepadanya daripada rahmat Ilahi dalam pakaian yang akan menyerlahkan setiap satu jenis keajaiban syurga untuk dinikmati. Apa yang dikurniakan kepada dia dan bidadari itu dianggap sebagai syurga kecil.

Sebagaimana seseorang itu mengumpulkan di dalam kebunnya jenis-jenis bunga yang terdapat di satu tempat di sesuatu negeri itu untuk dijadikan sampel, begitu juga pemilik kedai setiap barangannya dalam satu senarai, serta seseorang itu mengambil koleksi bermacam haiwan dan menjadikannya perhiasan rumah dan pakaian, maka begitu jugalah penghuni syurga, khasnya apabila dia menyembah Allah Taala yang dengan segala pancainderanya yang zahir dan tersirat maka dia layak untuk menikmati nikmat syurga. Dia dan para bidadarinya akan dipakaikan dengan rahmat Ilahi yang akan menyerlahkan setiap yang indah daripada keindahan setiap jenis nikmat syurga yang akan memuaskan pancainderanya serta merangsang setiap anggotanya untuk dia menikmati setiap anugerah yang diberikan kepadanya. Dalil yang menunjukkan perhiasan serta pakaian itu bukanlah daripada satu jenis ialah hadis Rasulullah SAW yang mafhumnya ialah: Para bidadari itu masih lagi dapat dilihat sum sum tulang kakinya walaupun memakai 70 jenis pakaian”. Ini bermaksud tahap pakaian dari yang paling tinggi sehingga yang rendah yang dapat memuaskan indera dan memenuhi perasaan dengan pelbagai rasa dan kepuasan. 


308. Page

Penghuni neraka pula yang telah melakukan dosa dengan penglihatan, pendengaran, hati, tangan, akal dan segala anggota mereka yang lain, maka pakaian mereka adalah yang bersesuaian dengan anggota tersebut dari pelbagai bentuk yang menyakit dan menyeksa mereka yang akan menjadi neraka kecil buat mereka yang tidak akan bercanggahan dengan hikmah dan keadilan.

Perkara kelima: Kamu bertanya: Adakah nenek moyang Rasulullah SAW menganut sesuatu agama pada waktu di antara Nabi Isa dan Baginda SAW?

Terdapat riwayat yang mengatakan mereka itu menganut saki baki agama Ibrahim AS yang dilupakan dan dicampur dengan amalan yang tidak benar. Sesetengah mereka yang istimewa masih berpegang dengannya, maka tidak syak lagi mereka yang merupakan keturunan Nabi Ibrahim yang terpelihara dengan nur Ilahi telah melahirkan Rasulullah SAW, mereka kekal prihatin dengan agama yang benar dan tidak tunduk kepada kesesatan kegelapan kufur. Sesungguhnya golongan yang hidup pada era tersebut adalah golongan yang terselamat sebagaimana maksud tersirat dalam ayat “Dan tidaklah Kami menyeksa sehingga Kami utuskan Rasul” (Al-Isra’: 15). Maka tidaklah mereka itu dikira dosanya dalam masalah cabangan sebagaimana disepakati Ulama bahkan Imam Syafi’e dan Imam Ash’ari mengatakan mereka itu adalah golongan yang terselamat walaupun mereka itu kufur dan tidak beriman, Ini kerana taklif (tanggungjawab beriman) hanya akan terlaksana jika terdapat perutusan Rasul dan tanggungjawab mengikut seruan iman itu hanya dengan mengetahui mesej para Rasul. Oleh kerana kelupaan dan berlalunya tempoh masa panjang telah menguburkan agama Nabi terdahulu, maka agama itu tidak menjadi hujah terhadap mereka yang hidup pada era tersebut yang tidak diutuskan nabi, sekiranya mereka taat, maka akan beroleh ganjaran, jika mereka tidak taat maka mereka tidak akan diazab kerana mesej kerasulan itu tidak muncul dan tidak menjadi hujah untuk menghukum mereka. 


309. Page

Perkara keenam: Kamu berkata: Apakah terdapat Nabi dalam kalangan nenek moyang Baginda SAW?

Jawapannya ialah: Tidak terdapat nas yang pasti yang menyatakan terdapatnya nabi dalam kalangan nenek moyang Rasulullah SAW selepas Ismail AS, tetapi ada dua nabi dalam kalangan bukan nenek moyangnya, mereka ialah Khalid bin Sinan dan Handzalah.

Ada juga terdapat syair masyhur dari Kaa’b bin Luay salah seorang moyang Rasulullah SAW yang mengatakan: 

Ketika kealpaan datanglah Nabi Muhammad, maka dia membawa khabar benar kepada yang tahu

Ungkapan ini seolah-olah satu ramalan dan keajaiban tentang apa yang akan muncul.

Imam Rabbani berkata bersandarkan kepada dalil-dalil dan kasyaf: Ramai Nabi telah diutuskan di India namun sebahagian mereka tidak ada umat pengikut atau hanya ada beberapa pengikut sahaja. Mereka itu tidak mahsysur namanya dan tidak dipanggil Nabi. Jika mengikut konsep Nabi yang dinyatakan oleh Imam ini, mungkin juga terdapat nabi yang seumpamanya dalam kalangan nenek moyang Baginda SAW. 

Perkara ketujuh: Kamu bertanya: Apakah khabar yang terkuat dan paling sahih tentang imannya kedua ibu bapa Rasulullah dan datuknya Abdul Muttalib?

Jawapan: Said Baru ini tidak ada apa-apa kitab lain melainkan Al-Quran semenjak 10 tahun lalu. Oleh itu dia berkata! Cukuplah Al-Quran itu bagiku dan aku tidak punyai masa untuk mendalam kitab-kitab serta hadis-hadis tentang perkara cabangan sebegini, namun aku tuliskan juga khabar paling jelas tentangnya dan aku nyatakan sekadar ini: Bahawa ibu bapa Baginda SAW adalah daripada golongan yang terselamat daripada tanggungan dosa dan tergolong dalam ahli syurga dan merupakan orang yang beriman. Tentunya Allah tidak mengguris hati Baginda SAW yang mulia dan perasaan seorang anak terhadap kedua ibu bapanya. 


310. Page

Jika dikatakan: Jika demikian kenapa tidak diberi peluang supaya dapat sempat beriman dengan Baginda SAW? Kenapa pula mereka tidak sempat hidup di zaman perutusan Baginda SAW?

Jawapan: Sesungguhnya Allah SWT tidak mahu kedua ibu bapa Baginda SAW hidup dalam ujian untuk meringankan perasaan seorang anak terhadap ibu-bapanya. RahmatNya telah melingkungi kedua ibu-bapanya dalam Rububiyyah yang semata supaya tidaklah mereka itu turun daripada kedudukan ibu bapa itu kepada kedudukan anak-anak dalam alam ruh yang punyai tanggungjawab mengikut Rasul mereka. Ini agar dia membahagiakan mereka berdua di samping menjadikan Rasulullah sendiri redha. Allah SWT tidak menjadikan ibu bapa dan datuknya itu umat Baginda SAW secara zahir namun mereka itu dikurniakan segala kelebihan umat, anugerahnya dan kebahagiannya. Benar, jika seorang bapa panglima perang yang berpangkat Kapten masuk menghadap anaknya yang berpangkat Marsyal, nescaya si anak akan diselubungi oleh dua perasaan yang bertentangan. Jadi, atas dasar rahmat, Allah tidak menjadikan bapanya itu dibawah kuasa anaknya, panglima perang si Marsyal. 

Perkara kelapan: Apakah yang paling sahih dalilnya tentang berimannya bapa saudara Baginda SAW Abu Talib?

Jawapan: Pengikut Syiah mengatakan beliau beriman, kebanyakan ahlussunnah pula tidak mengatakan demikian, namun yang terlintas di hatiku ialah: Abu Talib amat mencintai Rasulullah SAW namun tidak kepada risalah dakwah Baginda, oleh itu mestilah perasaan kasih dan cintanya itu tidak akan sia-sia dan hilang begitu sahaja. Benar, Abu Talib yang amat mencintai Baginda SAW, yang melindunginya, menyokongnya dan mempertahankan Baginda SAW, walaupun dia ke neraka, namun imannya tetap diterima kerana ia bukanlah disebabkan ingkar dan degil bahkan kerana malu dan asabiyyah perkauman dan lain-lain perasaannya. Mungkin juga Allah akan membalasnya dengan menjadikannya syurga khas dalam neraka sebagai balasan kepadanya. Atau mungkin juga menukarkan neraka khas kepada satu syurga khas sebagaimana Dia menciptakan musim bunga dan sejuk pada tempat-tempat yang berlainan, atau menukarkan penjara kepada istana untuk sesetengah orang dalam mimpi di dalam penjara. 

“Segala pengetahun di sisi Allah dan tidaklah diketahui ghaib itu melainkan Allah. Maha suci Engkau tidaklah kami mengetahui kecuali apa yang engkau ajarkan kepada kami, sesungguhnya engkaulah yang Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana”.