NAVIGATION
311. Page
Suratke 29
Padanya Sembilan bahagian.
Bahagian pertama:
Terdiri daripada 9 perkara:
بسم الله الرحمن الرحيم
وَإِن مِّنْ شَيْءٍ إِلاّ يُسَبِّحُ بِحَمْدِهِ
Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
“Sesungguhnya setiap sesuatu itu tidaklah melainkan bertasbih memujiNya”
Sahabatku yang mulia dan rakanku yang prihatin dalam mencurah tenaga untuk Al-Quran, tuan-tuan meminta dalam surat kali ini satu jawapan tentang satu masalah penting yang keadaan serta masaku tidak membenarkan untuk memberi maklum balas.
Saudaraku, jumlah penyalin Rasail Nur telah bertambah, Alhamdulillah, aku pula sedang mentelaah pembetulan kedua dan sibuk menyemaknya dari pagi sehingga petang sehingga banyak tugasan pentingku lewat dilaksana. Namun aku melihat tugasan ini lebih penting dari yang lainnya khususnya dalam dua bulan ini Sya’ban dan Ramadhan kerana bahagian hati dalam kedua-dua bulan ini lebih besar daripada bahagian akal serta jiwa menjadi lebih cergas bergerak. Aku akan menangguhkan perkara ini sehingga ke suatu masa kelak dan akan menulis tentangnya secara berperingkat apabila hatiku terbuka dengan rahmat Allah SWT. Untuk setakat ini akan aku terangkan tiga perkara:
Perkara pertama: Pernyataaan bahawa “Rahsia-rahsia Al-Quran yang Bijaksana itu tidak diketahui dan para pentafsir tidak memahami hakikatnya”, mengandungi dua tafsiran dan mengatakan demikian adalah dua golongan:
Golongan pertama: Golongan yang benar (Ahlul Haq) dan Golongan cendiakawan yang meneliti (Ahlul Tadqiq), mereka berkata: Al-Quran adalah khazanah yang tidak akan lenyap dan tidak akan habis isinya. Setiap era di samping penerimaannya terhadap nas-nas Al-Quran yang tetap (muhkamat), menerima bahagian kebenaran tersiratnya sebagai satu penyempurnaan maksudnya yang tidak akan dapat menyingkap penyerlahan maksud yang terselindung pada era dan masa yang lain.
Benar, kata mereka bermaksud bahawa hakikat Al-Quran itu tersingkap dan terserlah semakin banyak, semakin zaman beredar dan berubah. Ini bukanlah bermaksud meragui hakikat-hakikat yang jelas yang telah diterangkan para salafussaleh kerana beriman dengannya adalah wajib. Ini telah dibuktikan, pasti, merupakan asas, rukun dan juga satu bentuk mandat Ilahi yang menjelaskan kejelasan makna Al-Quran: عربي مبين “Bahasa Arab yang jelas” (Al-Nahlu: 103). Wacana Ilahi dari mula sehingga akhir berkisar tentang maksud tersebut dan menguatkannya bahkan mengangkatnya sehingga penerimaan kebenarannya menjadi sesuatu yang spontan. Oleh itu, penolakan maksud-maksud tersebut yang tersurat bermaksud mendustakan Allah SWT – semoga kita terlindung daripadanya. Oleh itu maksud yang tersurat itu diambil daripada sumber kerasulan itu sendiri secara berperingkat-peringkat. Imam Ibnu Jarir Al-Tabari menyambung seluruh maksud Al-Quran dengan bersumberkan maklumat era kerasulan berdasarkan riwayat dengan sanadnya yang bersambung serta dipercayai lalu mengarang al-Tafsir al-Kabir dengan cara sebegini.
Golongan kedua: Mereka adalah dalam kalangan rakan-rakan yang dungu yang membuatkan keadaan lebih rosak walaupun asalnya mereka inginkan kebaikan. Atau mereka itu adalah daripada golongan musuh-musuh yang memiliki kepintaran syaitan kerana ingin melemahkan hukum hakam Islam dan hakikat keimanan. Mereka ini mencari jalan untuk meruntuhkan Surah-surah Al-Quran yang maksudnya telah terpelihara dalam dinding kota makna yang mengikut katamu adalah umpama kota keluli untuk Al-Quran. Mereka menyebarkan kata bicara tentangnya untuk menimbulkan syak dan ragu tentang kebenaran Al-Quran itu sendiri.
312. Page
Perkara kedua: Allah Taa’la telah bersumpah dengan banyak perkara dalam Al-Quran dan di dalam sumpah Al-Quran itu tersirat banyak maksud-maksud yang agung serta rahsia-rahsia yang tersirat. Contohnya: Dalam sumpah: وَالشَّمْسِ وَضُحَاهَا “Demi matahari dan waktu duhanya” (Al-Shams: 1), ia menunjukkan satu contoh tamsil perbandingan yang hebat yang disebut dalam ‘Kalimat ke 11’ yang menyerlahkan alam semesta ini umpama istana atau kota. Sumpah kedua dalam يس وَالْقُرْآنِ الْحَكِيمِ “Yaasin. Demi Al-Quran yang bijaksana.” (Yaasin: 1-2) mengingatkan tentang jenis keagungan I’jaz Al-Quran, bahawa ia adalah dari aspek keagungan dan ketinggian kedudukan sehinggakan ia dijadikan objek untuk sumpah. Sedangkan dalam ayat وَالنَّجْمِ إِذَا هَوَى “dan bintang-bintang ketika ia tenggelam” (Al-Najm: 1) serta فَلا أُقْسِمُ بِمَوَاقِعِ النُّجُومِ
وَإِنَّهُ لَقَسَمٌ لَوْ تَعْلَمُونَ عَظِيمٌ
“Aku bersumpah demi kedudukan bintang-bintang. Sesungguhnya ia adalah sumpah yang kalau kamu mengetahuinya amatlah hebat”. (Al-Waqia’h: 75-76); menunjukkan bahawa jatuhnya bintang-bintang itu satu tanda putusnya berita ghaib yang dapat diketahui jin dan syaitan supaya wahyu yang diturunkan itu tidak dipengaruhi keraguan. Sumpah ini juga mengingatkan tentang keagungan kuasa dan kebijaksanaan pada meletakkan bintang-bintang itu di posisinya dengan aturan yang sempurna dan ketelitian walaupun saiznya yang amat menakjubkan, serta dalam menggerakkan galaksi serta planet-planet dalam keadaan yang amat menakjubkan.
Dalam sumpah dengan para Malaikat yang menjaga arah angin dalam وَالذَّارِيَاتِ “Demi angin yang berpecah dan melata” serta وَالْمُرْسَلاتِ “Demi angin yang bertiup” adalah untuk mengingatkan tentang hikmah penting dalam pergerakan angin yang berubah-ubah arah dan kekuatannya; menarik perhatian kepada unsur yang disangkakan kebetulan, ia sebenarnya membawa pelbagai fungsi yang amat penting dan mengikut hikmah yang amat halus.
Demikianlah pada setiap konteks sumpah faedah dan manfaat maksud yang tertentu yang khusus baginya. Oleh kerana masa tidak mengizinkan, kami nyatakan di sini secara kesimpulannya kepada satu daripada banyak perkara-perkara tentang sumpah dalam firmanNya: وَالتِّينِ وَالزَّيْتُونِ “Demi buah tiin dan zaitun” (Al-Tiin: 1) sebagaimana berikut:
Sesungguhnya Allah SWT mengingatkan keagungan kuasaNya melalui buah tiin dan zaitun serta kesempurnaan rahmatNya, nikmatnya yang agung; memalingkan perhatian manusia daripada menuju kepada martabat yang rendah dan hina, bahawa mereka boleh berubah darjat secara kerohanian melalui syukur, pengamatan, kepercayaan dan amalan baik, untuk meningkat setinggi-tinggi darjat dari segi rohani. Pengkhususan tiin dan zaitun di antara nikmat-nikmat yang banyak yang lain adalah kerana manfaat besar yang terdapat pada dua jenis buah-buah ini serta dalam penciptaan keduanya terdapat banyak perkara yang melahirkan nikmat dan mencetuskan penelitian. Ini adalah kerana sebagaimana buah zaitun itu merupakan asas dalam kehidupan sosial, perdagangan, kecerdasan dan pemakanan manusia, penciptaan buah tiin pula menzahirkan satu keajaiban kekuasaan yang amat unik dan menakjubkan yang menjadikan segala unsur pada pohonnya yang besar itu, tersimpan di dalam benihnya yang amat halus. Ia juga mengingatkan tentang nikmat anugerah Ilahi dalam rasanya serta ketahanan buahnya dibandingkan dengan buah-buah yang lain serta manfaat yang lain-lain. Di samping itu ia juga mengambil pengajaran daripadanya untuk percaya dan melakukan kebaikan agar tidak terjunam ke dalam lembah kehinaan.
313. Page
Perkara ketiga: Sesungguhnya huruf-huruf pada permulaan surah-surah itu adalah kod-kod Ilahi yang dianugerahkan Allah sebagai isyarat-isyarat tersirat kepada hamba-hambaNya yang terpilih. Kunci kod-kod tersebut terdapat pada mereka yang terpilih serta mereka yang mewarisinya.
Oleh kerana Al-Quran itu menujukkan bicaranya kepada setiap zaman dan kumpulan manusia maka ada kemungkinan ia mempunyai beberapa tafsiran dan maksud yang pelbagai yang komprehensif sesuai dengan bahagian setiap era dan tahap manusia. Adapun para salafussaleh, maka bahagian mereka dalam memahami maksudnya adalah yang paling tidak diragui seperti yang mereka telah terangkan.
Para ahli kewalian dan penelitian telah mendapati dalam huruf-huruf ini banyak isyarat yang ghaib yang berkait dengan perjalanan kerohanian mereka yang telah kami kupas dalam tafsir “Isyarat-isyarat I’jaz” dalam permulaan surah Al-Baqarah dari aspek balaghah yang boleh dirujuk.
Perkara keempat: Kalimat ke 25 telah menghuraikan bahawa terjemahan Al-Quran yang sebenarnya adalah tidak mungkin, kerana stailnya yang tinggi dalam I’jaz maknawinya tidak dapat menerima terjemahan. Menyimpul dan menerangkan tentang nilai estetika dan kesannya yang dinuansakan oleh stailnya yang terangkum dalam I’jaz maknawinya amat susah dan mencabar. Kami akan menunjukkan beberapa aspeknya untuk menjelaskan perkara ini:
Al-Quran yang tidak dapat ditiru cara penerangannya seperti dalam ayat ini: وَمِنْ آَيَاتِهِ خَلْقُ السَّمٰوَاتِ وَالأَرْضِ
وَاخْتِلافُ أَلْسِنَتِكُمْ وَأَلْوَانِكُمْ إِنَّ فِي ذَلِكَ لآيَاتٍ لِلْعَالِمِينَ “Di antara tanda keagunannya ialah penciptaan langit dan bumi serta perbezaan tuturan kamu serta warna kulit kamu, sesungguhnya dalam perkara tersebut terdapat tanda isyarat untuk seluruh alam” (Rum:22), dan وَالسَّمٰوَاتُ
مَطْوِيَّاتٌ بِيَمِينِهِ “Dan langit-langit itu terlipat pada kananNya” (Al-Zumar: 67), dan يَخْلُقُكُمْ فِي بُطُونِ أُمَّهَاتِكُمْ خَلْقًا مِنْ بَعْدِ خَلْقٍ فِي
ظُلُمَاتٍ ثَلاثٍ “Dia menciptakan kamu dalam rahim ibu-ibu kamu dalam berperingkat, satu selepas yang lain, dalam tiga lapisan kegelapan” (Al-Zumar:6), dan خَلَقَ السَّمٰوَاتِ وَالأَرْضَ فِي سِتَّةِ أَيَّامٍ “Dia menciptakan langit dan bumi dalam enam hari”. (Yunus:3),
314. Page
dan يَحُولُ
بَيْنَ الْمَرْءِ وَقَلْبِهِ “Dia menempati di antara manusia dan hatinya”, (Al-Anfal:24), dan لا يَعْزُبُ عَنْهُ مِثْقَالُ ذَرَّةٍ ‘Tidak terselindung daripadaNya sekecil-kecil atom”, (Saba’ : 3), dan يُولِجُ اللَّيْلَ
فِي النَّهَارِ وَيُولِجُ النَّهَارَ فِي اللَّيْلِ وَهُوَ عَلِيمٌ بِذَاتِ الصُّدُورِ “ Diam memasukkan malam ke dalam siang dan siang ke dalam malam dan Dia Maha mengetahui rahsia segala hati”, (Al-Hadid: 6) dan ayat-ayat lain seumpamanya; semua ini menggambarkan realiti kreatif untuk digambarkan dengan mutu stail yang tinggi lagi mengkagumkan, yang menggabungkan ciri I’jaz, menyerlahkannya secara yang dapat digarap bahawa pencipta alam inilah yang membinanya dan ini dibuktikannya sendiri – bahawa Dialah yang melaksanakannya- bahawa matahari, bintang semuanya terpaku pada orbit yang dipasak sebagaimana tetapnya segala atom pada kedudukannya di mata penglihatan segala makhluk yang hidup. Dialah yang mengaturkan segala sesuatu di petala langit dalam keseimbangan, Dialah yang mengawalnya dengan dengan mekanisma yang tidak dilihat mata sedangkan aturannya itu pada waktu yang sama dapat juga membuka hijab pandangan dan menyerlahkannya agar tampak pada indera penglihatan biasa. Dialah yang menetapkan kedudukan segala bintang dengan kuasaNya yang tersirat dan dengan kuasa yang sama juga melakarkan segala perbezaan tampak dan tersirat antara segala hamba dan makhluknya.
Ini bermaksud bahawa Pencipta Agung dengan kuasanya itu seolah-olah mengukir dengan ayat-ayat Al-Quran agar penciptaan segala atom-atom yang membentuk sesuatu bentuk ciptaanNya itu terserlah pada mata dan telinga. Dengan perkataan yang lain, dengan ayat Al-Quran itu jualah segala ketentuan ciptaannya terserlah pada matahari ketika ia diciptakan, dengan olahan yang tinggi yang tepat mengenai tujuannya; Keesaan dan Kesatuan dalam ZatNya, puncak segala penghormatan dalam segala kecantikan, segala kemuliaan dalam segala kerahsiaan, segala keluasan dalam segala kehalusan, segala kehebatan dalam segala kerahmatan, segala kejauhan dalam segala kehampiran. Al-Quran menyerlahkan dengan amat jelas kombinasi di antara ciri-ciri yang berlawanan yang biasanya dianggap mustahil dengan cara yang diperlukan. Ini membuktikan perkara ini dan menyerlahkannya. Kerana itu, ini adalah di anggap satu cara pengolahan dan stail yang menyebabkan seorang yang hebat dalam kesusasteraan untuk tunduk akur kepada kehebatan nilai retorikanya.
315. Page
Contohnya dalam ayat ini: وَمِنْ آيَاتِهِ أَنْ تَقُومَ السَّمَاءُ وَالأَرْضُ بِأَمْرِهِ ثُمَّ إِذَا دَعَاكُمْ دَعْوَةً
مِنَ الأَرْضِ إِذَا أَنْتُمْ تَخْرُجُونَ Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan keluasan ilmu dan KekusaanNya ialah terdirinya langit dan bumi dengan perintahNya; kemudian apabila Dia menyeru kamu dengan satu seruan, dengan serta merta kamu semua keluar (dari kuburan masing-masing). (Rum: 25). Di dalam ayat ini diterangkan ketinggian kekuasaanNya dengan olahan bahasa yang tinggi:
Langit dan bumi digambarkan seumpama dua kem tentera yang sentiasa akur yang menjadi markaz dua ketumbukan tentera yang teratur dan hebat; di dalam kalangan keduanya terdapat entitti yang sementara wujudnya, melaksanakan perintah dengan satu perintah atau isyarat untuk dia keluar ke lapangan tempur.
Lihatlah bagaimana ayat tersebut menerangkan Hari Kiamat apabila manusia dikumpulkan dengan olahan perkataannya yang unik dan tersendiri sambil menunjukkan satu bukti yang mampu membujuk dalam seruannya, iaitu:
Sebagaimana benih-benih yang tersembunyi seolah-olah mati dalam kegelapan tanah dan juga titik-titik air yang tidak kelihatan seolah-olah tiada dalam udara; semuanya menjelma dalam kehidupan dengan spontan dan teratur pada setiap musim bunga. Ini adalah ibarat apabila semuanya bakal terkumpul di padang mahsyar apabila semua makhluk bakal dibangkitkan dengan sama mudahnya dan spontan. Oleh kerana kamu sentiasa melihat perkara ini terjadi maka kamu tidak akan dapat menafikannya sama sekali.
Demikianlah kamu dapat membandingkan ayat ini dan ayat-ayat lain seumpamanya dari segi retorikanya. Apakah mungkin untuk menterjemah perlambangan-perlambangan sebegini dengan sesuatu yang realistik? Tentu sekali tidak mungkin, namun jika terdapat keperluan yang tidak dapat dielak, makna umum ayat tersebut boleh diterangkan atau ditafsirkan barisan ayat-ayatnya sahaja.
Perkara kelima: “Alhamdulillah itu adalah satu ungkapan Al-Quran, maknanya yang ringkas seperti yang dapat dijelaskan dengan ilmu Qawaid, Nahu dan Bayan ialah:
“Seluruh bentuk pujian yang datang daripada seseorang pemuji ditujukan kepada yang dipuji semenjak daripada azali sehinggalah selama-lamanya, dalam bentuk yang khusus dan selayaknya untuk Zat yang wujudnya adalah wajib yang dinamakan Allah.”
316. Page
“Al” dalam Alhamdulillah ialah partikel umum yang merangkumi segala jenis dan bentuk kata nama (pujian). “Daripada seseorang pemuji” ialah kerana pujian adalah satu kata nama yang tidak perlu disebutkan siapakah pelakunya, oleh itu maknanya adalah umum seumpama dalam konteks ini. Apabila pelaku tidak disebutkan ia membawa maksud umum dan keseluruhan dalam sesuatu ujaran yang membawa maksud “ditujukan kepada yang dipuji”. Adapun maksud “daripada azali sehinggalah abadi” maka ia membawa maksud tetap dan kekal kerana perubahan daripada ayat verbal kepada nominal menunjukkan maksud yang sedemikian.
Maksud “bentuk yang khusus dan selayaknya” adalah daripada partikel “lam” pada lafaz “LilLah” (milik Allah) kerana partikel tersebut membawa maksud khusus dan status yang melayakkannya.
Adapun maksud “Zat yang wujudnya adalah wajib” maka ini adalah kerana wujud adalah kemestian untuk Ketuhanan dan merupakan satu tanda untuk menyifatkan Zat yang Agung; lafaz “Allah” menunjukkan semua nama dan sifat secara hubungan makna yang khusus denganNya kerana lafaz “Allah’ itu adalah merangkumi semua makna-makna sifat dan nama tersebut. Oleh itu ia adalah nama yang paling Agung yang maknanya sendiri menunjukkan wujudNya yang wajib itu.
Jika makna paling ringkas untuk ungkapan “Alhamdulillah” dan disepakati dalam kalangan Ulama’ Bahasa Arab adalah seperti yang kita ungkapkan tadi, bagaimana pula ia dapat diterjemahkan ke dalam bahasa lain dengan begitu ringkas dan padat maknanya? Jika ada satu bahasa lain yang nahunya menyamai Bahasa Arab, ciri kepadatan makna yang dapat diungkap dengan seringkas-ringkas lafaz tidak akan dapat ditandingi juga dengan mudah atau mungkin mustahil sama sekali.
Demikianlah ungkapan-ungkapan Al-Quran muncul dalam bentuk yang tidak dapat ditiru melalui satu bahasa yang mempunyai sistem nahu yang menyeluruh yang mempunyai ciri-ciri yang tidak dapat ditiru yang dapat menyampaikan makna dengan segala kepelbagaiannya secara serentak dan sekali gus. Adapun terjemahannya dalam kebanyakan bahasa-bahasa yang dihasilkan oleh sesetengah golongan yang dangkal fikirannya, cetek pandangannya, kusut pemikirannya, gelap hatinya; maka apakah hasil kerja mereka itu dapat menggantikan yang asal tersebut?
Dapat aku katakan bahkan dapat aku buktikan setiap huruf Al-Quran itu adalah khazanah hakikat dan kadang-kadang hanya dengan satu huruf intipati maknanya yang tersirat mampu meninggalkan pengajaran seumpama satu muka surat yang penuh.
317. Page
Perkara Keenam: Bagi menjelaskan maksud ini, ingin aku sebutkan satu keadaan nurani dan imaginasi yang menyingkap kebenaran yang pernah aku alami; ketika aku merenungkan makna huruf “nun” iaitu gantinama bermaksud kami dalam ayat: إيَّاكَ نَعْبُدُ وَإيَّاكَ نَسْتَعِينُ “KepadaMu Kami menyembah dan kepadaMu jua kami memohon pertolongan” (Al-Fatihah: 4). Hatiku merenungkan perpindahan daripada gantinama tunggal kepada ramai dalam lafaz “na’budu” (kami sembah), lantas terserlah kepadaku maksud kepentingan solat jamaah dan rahsianya dalam makna huruf “nun” tersebut. Aku lihat diri ini berada di masjid Beyazid yang aku solat dan setiap seorang yang turut berjamaah bersamaku adalah ibarat seorang pemberi syafaat dan penyokong kepadaku dan juga merupakan saksi kepada hukum hakam serta dakwah yang sering aku nyatakan dalam pembacaanku. Lantaran aku, mendapati satu kekuatan mempersembahkan ibadahku yang kurang ini dalam kalangan ibadah-ibadah yang banyak lagi hebat yang dipersembahkan oleh jamaah di masjid tersebut ke hadrat Ilahi.
Tiba-tiba tersingkap satu lagi lembaran makna bagiku; bahawa semua masjid-masjid di Istanbul adalah saling berhubung di antara satu sama lain dan seolah-olahnya seluruh bandaraya ini seperti masjid Beyazid ini, menjadikanku turut mendapatkan makna tertentu daripada limpahan doa dan kata semangat mereka itu. Aku juga melihat diriku dalam barisan-barisan melengkung bulat dikeliling Ka’bah yang berada dalam masjid bumi sambil aku mengucapkan “Alhamdulillahi Rabbil ‘Alamin” (segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam), bahawa aku memiliki ramai pemberi syafaat sedangkan mereka itu juga turut mengulang apa yang aku ucapkan dan membenarkannya. Oleh kerana lembaran makna ini tersingkap kepadaku dengan imej yang merupakan imaginasi; Ka’bah pula ibarat mihrab, aku mengambil peluang dan menjadikan barisan-barisan itu sebagai saksi sambil aku simpan makna iman daripada dua shahadah yang ku sebut dalam tahiyat dan menyerahkannya sebagai satu amanah di sisi hajar aswad yang diberkati.
Sedang aku berimaginasi begitu, tiba-tiba satu adengan lain pula tersingkap: aku lihat para jamaah yang menyertai saf tersebut terbahagi kepada tiga bulatan:
Bulatan pertama; Merupakan jamaah yang paling hebat yang terdiri daripada kalangan mu’minin yang mengesakan Allah di muka bumi.
Bulatan kedua: Aku melihat diriku dalam satu jamaah di dalamnya segala yang diciptakan sedang bersolat dan bertasbih beramai-ramai; setiap satu daripadanya dalam solat, mengucap tasbih dan bacaan khusus untuk kelompok dan jenisnya. Ibadah mereka mengandungi apa yang kita sering lihat yang dinamakan sebagai “fungsi dan tugasan setiap benda” sambil seruan الله أكبر “Allah Maha Agung!” berkumandang, dalam kehebatan apa yang dapat aku perhatikan itu, aku tunduk merendah diri dalam penuh ketakjuban sambil merenungkan keadaan diriku.
318. Page
Bulatan ketiga:
Aku melihat sebuah alam kecil yang menakjubkan; kecil pada zahir dan jenisnya namun besar pada hakikat, fungsi dan kuantiti kandungannya. Aku melihat satu jamaah yang setiap kumpulan di dalamnya sibuk beribadat dan bersyukur yang bermula daripada zarah-zarah sehinggalah kepada inderanya yang zahir. Suara hati (latifahrabbaniah)ku lantas berbisik dengan nama jamaah tersebut:إياك نعبد وإياك نستعين (KepadaMu kami menyembah dan kepadaMu jua kami meminta pertolongan” sepertimana lidahku mengulangai ungkapan dua jamaah hebat yang terdahulu.
Kesimpulannya: Huruf nun itu menunjukkan ketiga-tiga kumpulan ini. Sedang aku dalam keadaan sebegini tiba-tiba terserlah perwatakan halus Baginda SAW yang merupakan penyerlahan makna Al-Quran itu sendiri dan penyampai keagungan serta kehebatannya di mimbar maknawi yang Bernama Madinah Munawwarah; aku membayangkan diriku sedang menghayati maksud ayat: يَا أَيُّهَا النَّاسُ اعْبُدُوا
ربَكَُّ “Wahai manusia sembahlah Tuhan kamu” (Al-Baqarah: 21) sebagaimana keseluruhan manusia. Setiap individu dalam ketiga-tiga jamaah tersebut menghadapkan diri dengan إياك
نعبد “KepadaMu kami menyembah dan kepadaMu jua kami meminta pertolongan” seperti mana aku turut menghadapkan diriku kepadanya. Di sini timbul di benak fikiranku, mengikut kaedah “Apabila jelas sesuatu itu, segala keperluannya juga menjadi jelas” hakikat-hakikat berikut:
Oleh kerana Tuhan sekalian alam menujukan KalamNya kepada manusia, sambil Dia turut menujukan bicaraNya kepada seluruh cipataanNya, dan oleh kerana Rasul SAW itu, menyampaikan risalahnya kepada manusia bahkan kepada seluruh yang bernyawa yang mempunyai kesedaran dan kefahaman, masa lampau dan hadapan menjadi umpama sekarang. Semua jenis manusia dan kepelbagaian mereka yang di dalam barisan-barisan berbeza semuanya ditujukan ucapan dengan cara sebegini. Ketika itu aku melihat semua ayat daripada ayat-ayat Quran dalam satu nur I’jaz yang amat bersinar cahayanya yang terserlah dalam sepenuh keagungan dan kebesaran maknanya kepada mereka yang mendengar Kalam Pencipta Azali yang tidak ada tandingan keagunganNya yang disampaikan oleh Baginda Rasul SAW, empunya maqam kecintaanNya yang agung. Dengan itu bukan sahaja Al-Quran itu keseluruhannya, atau sebahagian surahnya atau ayatNya sahaja bahkan perkataannya juga adalah ibarat satu mukjizat. Lantaran itu aku mengucapkan الحمد لله على نور الإيمان والقرآن “Segala puji bagi Allah kerana anugerah cahaya keimanan dan Al-Quran”.
319. Page
Aku keluar dari imaginasi yang merupakan intipati hakikat sebagaimana aku menyelam ke dasar makna “nun” dalam “na’budu”, lalu aku mula menyedari bahawa ayat-ayat Al-Quran bahkan perkataan-perkataannya bahkan sebahagian huruf-hurufnya juga seperti “nun” adalah merupakan kunci-kunci nuraniah untuk beberapa hakikat yang penting.
Apabila hati dan khayal keluar daripada makna “nun” tersebut, akal pula memainkan peranan berkehendakkan bahagiannya kerana ia tidak berkemampuan untuk ‘terbang tinggi’ di langit khayat kerana kakinya berpijak teguh pada dasar dalil dan hujjah, oleh itu, jalan kepada Pencipta memerlukan dalil dan ikutan untuk menyampaikan seseorang itu kepada Penciptanya dalam “KepadaMu jua kami sembah dan kami memohon pertolongan”. Lantaran itu akal yang mendambakan dalil dan hujah menyokong imaginasi dan hati.
Oleh itu katakanlah kepada akal yang kehairanan itu: lihatlah kepada semua ciptaan di alam ini, setiap satu daripadanya -samada yang bernyawa atau tidak- menghambakan dirinya kepada Pencipta dalam bentuk fungsinya yang dilaksanakannya dengan penuh ketaatan dan ketekunan. Walaupun sebahagian daripadanya hanya ada kesedaran dan bukannya perasaan, ia tetap melaksanakan tugasan dengan penuh kesedaran, sistematik dan ketaatan. Oleh itu, ini adalah tanda bahawa ada di sana Sembahan yang sebenar lagi mutlak yang mengawal segala ciptaan-ciptaan ini untuk menghambakan diri kepadaNya dan Dialah yang menggunakan ciptaanNya itu untuk sesuatu tujuan.
Kemudian lihatlah pula kepada keseluruh ciptaan yang ada khususnya yang mempunyai ruh dan nyawa, setiap satunya dijadikan mempunyai keperluan untuk bertambah bilangannya dan menjadi pelbagai, juga keperluan lain yang tidak terkira untuk ia terus hidup sedangkan ia tidak akan mampu hendak mewujudkan walaupun sekecil-kecil keperluannya dengan sendiri. Namun, segala keperluannya yang banyak tersebut dengan mudah sampai kepadanya pada waktu yang telah sesuai tanpa ia menyedarinya dan semua perkara ini dapat dilihat terjadi.
Justeru keperluan yang tidak terbatas itu untuk segala makhluk tersebut serta pertolongan rahmat yang tidak dilihat itu menunjukkan betapa Dialah yang Maha Pemberi dan Pelindung, Dialah yang Maha Kaya secara mutlaknya, Yang Maha Berkuasa secara mutlaknya, Yang Maha Pemurah secara mutlaknya; kepadaNyalah segala yang dicipta itu memohon pertolongan dan menunggu anugerahNya, maka demikianlah maksud: إياك نستعين “KepadaMu sahaja kami memohon pertolongan”. Apabila akal meneliti penjelasan ini, ia lantas akur: “Kami beriman dan percaya”.
320. Page
Perkara ketujuh:
Selepas itu apabila kamu ucapkan اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ صِرَاطَ الذِّينَ
أنَعمَتْ ع َ ل َ يهْمِ “Tunjuklah kami jalan yang lurus, iaitu jalan yang Engkau anugerahkan kepada mereka”. Aku meneliti ayat ini, lalu aku lihat dalam kalangan gerombolan manusia yang sedang bergerak di waktu silam, pancaran nur yang gemilang yang dimiliki oleh para Nabi, orang-orang yang benar dan soleh yang sedang menuju di atas satu jalan yang lurus yang menjurus selama-lamanya yang menerangi kegelapan, makna ayat ini membimbingku supaya menyertai gerombolan tersebut, bahkan ayat itulah yang menjadikan aku menyertai perjalanan mereka.
Apabila aku ucapkan “Subhanallah”, mereka yang ada sebesar zarah perasaan dan kefahaman betapa rugi and binasanya kerana tidak menyertai gerombolan nurani agung tersebut yang menyinari kegelapan pada masa hadapan yang bergerak dengan penuh aman dan selamat.
Mereka yang menyimpang daripada jalan gerombolan itu mengadakan-adakan bida’h lalu jalan apakah yang mereka lalui? Rasul Junjungan kita telah bersabda bahawa setiap bida’h adalah kesesatan dan setiap kesesatan itu pula tempatnya adalah neraka. Apakah sebenarnya kepentingan yang ingin didapatkan oleh sebahagian mereka yang digelar sebagai Ulama Su’ (Ulama kejahatan), terhadap hukum yang jelas ini dan apakah fatwa yang mereka pegang sehinggakan mereka mengetepikan asas-asas syiar Islam tanpa ada darurat yang membenarkannya dengan cara yang amat memudaratkan sehingga mereka melihatnya boleh sewenang-wenangnya diubah. Para Ulama Su’ tersebut hanyalah mampu berbohong untuk sementara waktu sahaja.
Contohnya sekiranya kulit haiwan atau buah-buhan ditanggalkan atau dikupas, isinya akan nampak segar hanya sementara waktu, namun selepas beberapa ketika, warnanya mula berubah pudar. Demikian jualah perubahan Ketuhanan dan Kenabian pada syiar-syiar Islam; ia adalah ibarat kulit yang penuh dengan ciri menghidupkan jiwa dan kebaikan, menanggalkannya akan menampakkan hakikat nuraninya dalam bentuknya yang sementara namun ruh-ruhnya terbang meninggalkannya ibarat buah yang sudah dikupas, lantas cahaya kesegarannya mula menghindarinya.
321. Page
Perkara kelapan: Perlu dijelaskan satu hakikat untuk menjelaskan perkara ini:
Sebagaimana ada dua jenis hak iaitu hak peribadi dan hak umum yang merupakan juga sebahagian hak Allah SWT, sebahagian perkara berkenaan syarak adalah berkaitan dengan individu dan sebahagian yang lain berkaitan dengan manusia secara umum. Ini semua dinamakan “Syiar-syiar Islam”. Kaitan perkara ini dengan semua ialah dengan setiap orang mempunyai bahagian padanya. Campurtangan dalam syiar-syiar tersebut tanpa keredhaan semua dianggap sebagai melanggar hak umum dan bahawa sekecil kecil isu dalam syiar-syiar tersebut seperti masalah yang timbul daripada Sunnah contohnya, dari segi kepentingannya ia adalah merupakan isu yang terbesar.
Oleh itu mereka yang cuba memutuskan rantaian nurani yang terkait dengannya semua tokoh Islam dari dahulu lagi sehingga ke hari ini seperti juga dunia Islam seluruhnya terkait dengannya secara langsung, mereka sebenarnya cuba meruntuh dan memesong hubungan itu maka hendaklah mereka ingat bagaimana mereka boleh terjebak dalam kesalahan yang dahsyat ini! Sepatutnya mereka menggigil takut jika terdapat sebesar zarah keinsafan dan kesedaran dalam jiwa mereka.
Perkara Kesembilan:
Sebahagian kategori permasalahan Syariah adalah masalah ta’abbudiyyah. Perkara ini tidak berkait dengan logik akal bahkan ia dilaksanakan semata-mata kerana ia diperintahkan maka sebabnya hanyalah kerana ia adalah sesuatu yang diperintahan semata-mata.
Kategori yang lain pula dinamakan “Al-Ma’qul al Ma’na”, dalam hal ini sesuatu itu ada hikmah dan serta kepentingannya sehinggakan ia dijadikan illah untuk meletakkan hukum tersebut namun ia juga bukanlah satu sebab yang mutlak kerana hakikatnya ia tetap merupakan satu arahan atau larangan Ilahi. Oleh itu, syiar-syiar berbentuk “ta’abbudi” ini tidak boleh diubah hikmah dan kepentingan semata-mata kerana aspek “ta’abudi” itu wajib diambil kira sebagai pemberat kerana ia tidak boleh dengan mudah diubah walaupun terdapat seribu satu kepentingan namun ia tetap tidak boleh diubah.
322. Page
Demikianlah juga tidak dikatakan bahawa faedah syiar-syiar itu adalah semata-mata kepentingan yang diketahui sahaja. Kepercayaan sebegini adalah salah kerana kepentingan-kepentingan itu tidak mungkin hanya mempunyai satu faedah sahaja daripada sebanyak-banyak hikmah yang dikandunginya, contohnya apabila seseorang itu berkata: Hikmah azan ialah untuk mengajak orang Islam bersolat, jika itulah hikmahnya, cukuplah sekadar letusan meriam sedangkan sebenarnya si dungu tersebut tidak faham bahawa ia hanyalah salah satu daripada sekian banyak hikmah azan sahaja. Kalaupun letusan meriam dapat melaksanakan tujuan tersebut, bagaimana pula dengan tujuan bahawa azan ialah untuk mengumumkan tauhid yang merupakan sebesar-besar natijah penciptaan alam semesta, juga merupakan natijah penciptaan manusia serta wasilah untuk menyerlahkan perhambaan terhadap Ketuhanan dengan nama manusia atau penduduk desa dan bandar laungan azan tersebut?!
Kesimpulannya ialah: Sesungguhnya Neraka Jahannam itu tidak diciptakan secara semberono, kerana ada banyak perkara dan perbuatan yang boleh diperkatakan dan dilaksanakan supaya neraka itu semakin marak membakar, ini kerana syurga itu bukanlah juga murah bahkan memerlukan harga dan pengorbanan yang tinggi.
لا يَسْتَوِي أَصْحَابُ النَّارِ وَأَصْحَابُ الْجَنَّةِ أَصْحَابُ الْجَنَّةِ هُمُ الْفَائِزُونَ
“Tidak sama di antara Ahli Neraka dan Syurga. Ahli syurga itulah yang kekal berjaya”. (Al-Hashar 20).
Said Nursi
323. Page
Bahagian Kedua
Risalah Kedua
Tentang Ramadhan Yang Mulia
Aku telah sebutkan pada akhir bahagian pertama ringkasan tentang syiar-syiar Islam. Di sini akan disebutkan bahagian kedua sebahagian daripada hukum puasa pada bulan Ramadhan yang merupakan syiar yang paling agung. Ini dijelaskan dalam sembilan perkara menerangkan tentang sembilan hikmah daripada sejumlah hikmah-hikmah yang banyak berkenaan Ramadhan.
بسم الله الرحمن الرحيم
رَمَضَانَ الَّذِي أُنْزِلَ فِيهِ القُرْآنُ هُدًى لِلنَّاسِ وَبَيِّنَاتٍ مِنَ الهُدَى وَالفُرْقَ
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
“Bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah.” (Al-Baqarah: 175).
Perkara Pertama: Puasa merupakan salah satu daripada rukun Islam yang lima dan ia merupakan di antara syiar-syiar Islam yang agung.
Puasa mempunyai hikmah yang bersangkutan dengan Ketuhanan Allah SWT, juga dengan kehidupan sosial dan peribadi manusia; ia bersangkutan juga dengan aspek pendidikan jiwa serta dengan syukur terhadap nikmat anugerah Tuhan.
Satu di antara hikmah-hikmah yang banyak berkaitan dengan Rububiah Allah SWT ialah:
Bahawa Allah SWT telah menjadikan permukaan bumi ini ibarat sebuah meja santapan nikmat dan Dia menghidangkan segala jenis nikmat di atas permukaannya dari sumber dan cara yang tidak disangkakan manusia agar kesempurnaan Rububiah , rahmat dan kasihNya terserlah.
Namun sikap lupa dan kesibukan hidup telah menghalang manusia daripada menyedari hakikat ini yang kemunculannya adalah dalam keadaan yang sedemikian yang menjadikan manusia alpa tentangnya. Namun kedatangan Ramadhan yang mulia itu menjadikan orang beriman buat sekalian kalinya ibarat tentera yang teratur sambil mereka menyerlahkan – dalam keadaan perhambaan yang sempurna- keadaan mereka yang sedang menunggu datangnya perintah “silakan” (untuk menjamu makanan) sebelum Maghrib, seolah-olah mereka itu dijemput menjamu di santapan Sultan yang Azali sambil mereka mempersembahkan perhambaan yang sempurna, luas lagi tersusun. Apakah seseorang itu layak digelar manusia jika dia tidak menyertai penghambaan sebegini tinggi kedudukannya?
324. Page
Perkara kedua: Di antara hikmah Ramadhan ialah sifat yang timbul daripada memanjatkan syukur kepada nikmat Allah SWT yang berupa:
Makanan-makanan yang ditawarkan sang penjual barang daripada dapur Sultan memerlukan harga sebagaimana yang telah kita sebutkan pada Kalimat Pertama. Apabila manusia alpa tentang pemberi anugerah nikmat tersebut dan tidak mempedulikannya kerana menyangka ia tidak bernilai, itu adalah tanda kebodohan. Ini adalah kerana Allah SWT telah menyebarkan nikmatNya yang tidak terhingga kepada manusia di muka bumi ini dan Dia menuntut agar kurniaan itu dibalas dengan kesyukuran sebagai tanda harganya. Sebab-sebab yang mencetuskan nikmat-nikmat tersebut dan mereka yang mendapatnya adalah ibarat si penjual barangan yang kita berikan harga barangan tersebut, maka kita hanyalah pelanggan yang sepatutnya memberikan penghargaan kepada mereka lebih daripada apa yang mereka berhak, walaupun Pemberi nikmat yang sebenarnya lebih berhak untuk dihargai tanpa Batasan daripada segala sebab-sebab tersebut. Lantaran itu syukur kepadaNya ialah satu bentuk pengetahuan bahawa nikmat-nikmat tersebut adalah anugerahNya yang terus dariNya dengan nilainya yang tiada tara serta dengan penuh rasa berharap dan perlu kepadanya.
Puasa di bulan Ramadhan adalah ibarat kunci kepada rasa syukur sebenar yang ikhlas, agung dan umum kerana kebanyakan orang yang tidak hidup dalam keadaan tiada pilihan yang menjadikan mereka terpaksa berlapar, tidak akan dapat merasai betapa bernilainya kebanyakan nikmat yang mereka dapat sekiranya mereka tidak merasai lapar yang sebenar. Maka secebis roti yang kering tidak akan dapat dikecap nikmatnya oleh seorang yang kenyang apatah lagi sekiranya dia kaya berharta, sedangkan seorang mukmin dengan imannya akan dapat menghargai betapa nikmatnya secebis roti tersebut di waktu berbuka sebagai satu anugerah Ilahi; semuanya, bermula daripada Raja sehinggalah kepada sefakir-fakir manusia akan dapat merasa syukur yang halus dengan terbukanya pandangan hati mereka terhadap nikmat-nikmat anugerah Allah itu di bulan Ramadhan yang mulia.
Oleh kerana manusia dilarang makan di waktu siang, dia akan melihat bahawa nikmat-nikmat ini bukanlah miliknya dan dia sebenarnya tidak dengan sewenang-wenangnya bebas mendapatkannya kerana ia adalah milikNya dan anugerah dariNya dan dia adalah terikat dengan keputusanNya. Ini akan menjadikannya lebih menghargai nikmat tersebut serta menghargainya lantas merasa bersyukur. Inilah yang menjadikan puasa itu umpama kunci kepada syukur yang merupakan satu peranan sebenar manusia.
325. Page
Perkara ketiga: Di antara hikmah puasa yang berkaitan dengan aspek sosial kehidupan manusia ialah:
Bahawa manusia diciptakan berbeza kadar rezeki hidupnya, oleh kerana perbezaan ini Allah memerintahkan agar yang kaya menolong yang miskin, kerana mereka hanya akan dapat merasai peritnya lapar golongan fakir jika turut berpuasa dan berlapar. Tanpa puasa golongan kaya yang biasanya mendapatkan apa yang mereka hajati tidak akan dapat merasai betapa peritnya lapar dan fakir dan betapa golongan ini patut dikasihani dan diberikan simpati. Perasaan simpati dan belas pada diri manusia terhadap manusia lain adalah satu asas kepada syukur yang sebenarnya. Oleh itu setiap individu tanpa mengira siapa yang mendapati seseorang yang lebih susah dan miskin daripadanya dipertanggungjawabkan berasa simpati kepada orang tersebut.
Sekiranya tiada satu paksaan untuk mendorong manusia untuk merasai keperitan lapar tidak akan ada yang berasa belas untuk menolong yang terbit semulajadi daripada rasa simpati di hatinya, kalaupun dia mampu untuk menghulurkan pertolongan tanpa perasaan belas, ia tidak akan sempurna kerana dia tidak dapat benar-benar merasai dan mengalaminya.
Perkara keempat: Di antara hikmah puasa yang berkait dengan aspek pendidikan nafsu ialah:
Nafsu manusia sentiasa ingin merasakan kebebasan tanpa ikatan, sentiasa inginkan darjat umpama tuhan yang dapat bertindak tanpa dikongkong. Ia lupa bahawanya ia diciptakan dalam penuh nikmat anugerah yang tidak terkira, khususnya sekiranya ia dianugerahkan kekayaan dan kekuasaan di dunia, maka bertambah alpalah ia. Ia lantas membaham nikmat anugerah Allah itu dengan lahapnya umpama haiwan ternakan, seolah-olah ia ingin merampas dan menjadikannya miliknya terus. Maka di bulan Ramdhan yang mulia, nafsu setiap yang kaya dan miskin bahawa ia tidak memiliki apa-apa bahkan ia sebenarnya dimiliki, ia bukanlah bebas bahkan diperhambakan yang tidak dapat berbuat sesuatu yang mudah dan ringan melainkan sekiranya diizinkan demikian. Ini akan melentur egonya dan melenyap sangkaan sifat ketuhanan pada dirinya dan melahirkan rasa kehambaan dan kerendahan padanya lantas menjadikannya bersyukur yang merupakan peranan sebenarnya sebagai seorang hamba.
326. Page
Perkara kelima: Di antara hikmah puasa Ramdhan yang banyak itu ialah dari aspek pendidikan tingkah laku jiwa manusia agar ia dapat menghindarkan sikap alpanya:
Jiwa manusia lupa keadaan semulajadinya sendiri; ia tidak dapat melihat hakikatnya sendiri, satu kelemahan yang tidak terbatas serta keadaannya yang sentiasa berkehendak sesuatu tanpa henti. Ia juga teramat lemah oleh itu ia tidak mahu melihat dirinya dan tahap kelemahannya serta betapa mudah ia binasa. Ia lupa bahawa ia adalah sasaran mala petaka. Ia tidak melihat keadaannya yang disalut tulang dan daging yang akan hancur dan binasa. Ia lupa segalanya ini sedangkan ia cuba untuk menjangkau dunia, menaklukinya dan mendakapnya dengan erat, seolah-olah ia adalah sesuatu yang bertubuh keluli dan tidak akan mati bahkan akan kekal selama-lamanya. Lantaran itu ia terus longlai di kaki dunia, mendambakan diri padanya dengan penuh asyik dan cinta, fana dalam kelazatan sementaranya. Ia lupa pada Penciptanya yang bertanggungjawab menciptanya dengan penuh belas dan simpati serta lupa pengakhiran hidupnya di akhirat lalu ia berterusan bergelumang dalam noda dosa.
Puasa di bulan Ramadhan membuatkan orang yang paling alpa tentang kelemahan dan kefakiran keadaan mereka, memikirkan tentang perut kosong mereka melalui rasa lapar sambil ia merasakan keperluannya kepada makanan serta betapa lemah tubuh tanpanya. Ini menyedarkannya betapa ia memerlukan kasih dan belas serta menghindarkan kesombongan dirinya lantas merasa betapa perlunya ia berselindung di sebalik rahmat Ilahi dengan segala kelemahannya lantas bersedia untuk mengetuk pintu Rahmat dengan tanya syukur yang tersirat jika hatinya masih lagi tidak tenggelam di dasar kealpaan.
Perkara keenam: Di antara hikmah puasa yang banyak itu ialah perihal hubungannya dengan peristiwa turunnya al-Quran itu sendiri. Oleh kerana Al-Quran itu turun pada bulan Ramadhan maka untuk menyambut ketibaannya dengan penuh kemuliaan perlulah disesuaikan dengan waktu turunnya ia; pada satu masa yang meminggirkan keperluan nafsu rendah serta perkara lain yang tidak diperlukan manusia bahkan dengan mendekatkan jiwa kepada keadaan para Malaikat yang tidak makan dan minum. Al-Quran dibaca dan diperdengarkan seolah-olah ia turun kembali dan risalah ketuhanan di dalamnya ditelusuri kembali seolah-olah ia baru diturunkan serta diajarkan oleh Baginda Rasulullah SAW, bahkan daripada Jibril sendiri. Ini akan menjadikan manusia lebih mulia kedudukannya.
Benar, seluruh dunia Islam seolah-olah menjadi satu masjid yang besar di bulan Ramadhan apabila bermilion-milion pembaca Al-Quran dan para huffaz memperdengarkan bacaan mereka kepada penduduk dunia dari segenap pelusuk masjid yang besar itu yang mengalunkan makna ayat شَهْرُ رَمَضَانَ الَّذِيَ أُنْزِلَ فِيهِ
القُرْآنُ “bulan Ramadhan yang turun padanya Al-Quran” dengan penuh gemilang untuk membuktikan ia benar-benar adalah bulan Al-Quran. Semua mendengar khusyuk kepada para huffaz tersebut sambil segolongan mereka mengalunkan sendiri.
Oleh kerana mengikut kehendak nafsu yang lemah itu serta keluar dari keadaan kerohanian dengan makan dan minum di masjid suci itu adalah sesuatu yang buruk dan tidak disukai oleh para jamaahnya, begitu jugalah mereka yang tidak memperdulikan orang yang berpuasa itu dibenci dan dipandang rendah oleh seluruh dunia Islam itu sendiri.
327. Page
Perkara ketujuh: Di antara hikmah berpuasa Ramadhan itu ialah dari segi hubung kaitnya dengan untung dan rugi manusia yang datang dalam kehidupan dunia ini untuk bercucuk tanam dan berdagang untuk kehidupan akhiratnya:
Pada bulan Ramadhan satu kebaikan akan berlipat ganda; setiap huruf Al-Quran itu ada sepuluh ganjaran mengikut sebuah hadis yang membawa sepuluh daripada buah-buahan syurga, maka setiap huruf Al-Quran itu akan menjadi berlipat ganda ganjarannya. Sesetengah ayat seperti ayat Kursi akan berganda beribu-ribu kali. Ini akan bertambah lagi di hari Jumaat di bulan Ramadhan manakala pada malam Lailatul Qadar ia berganda sehingga 30 ribu kebaikan.
Demikianlah setiap huruf Al-Quran itu akan menghasilkan 30 ribu kebaikan yang merupakan ganjaran kekal yang akan tumbuh menjadi pohon nurani yang mulia yang akan menghasilkan buah-buah ganjaran kepada orang mukmin di bulan Ramdhan tersebut. Oleh itu marilah, lihatlah dan perhatikanlah betapa untungnya dagangan suci abadi ini. Lihat dan renungkan agar kamu dapat menggambarkan betapa ruginya mereka yang tidak menghargai nilai huruf-huruf ini. Demikianlah Ramadhan, ia adalah ibarat satu pameran serta pasar dagang untuk habuan keuntungan akhirat. Ia adalah ibarat tanah subur untuk hasil mahsul akhirat ibarat hujan di bulan April di musim bunga yang menyuburkan amalan dan menumbuhkannya. Ia juga adalah satu perayaan suci lagi gemilang untuk mempamerkan kehambaan seseorang itu kepada Tuhannya.
Oleh itu, manusia difardhukan puasa agar kealpaan tidak terus mendampingi keperluan nafsu asas kebinatangan untuk sekadar makan dan minum serta perkara lain yang merangsangkan nafsu yang tidak berfaedah. Puasa menjadikan nafsu keluar sebentar dari ciri kebinatangannya dan bertamu di lapangan para Malaikat lantas jadilah dia manusia akhirat atau ibarat ruh yang muncul dengan jasad kerana ia menghindari keperluan dunia sementara kerana ia masuk berdagang untuk hasil akhirat.
Benar, Ramadhan yang mulia menjanjikan umur yang lebih berkekalan dan kehidupan yang lebih berpanjangan yang dapat diperolehi dalam kependekan dan kesementaraan kehidupan dunia.
Satu Ramadhan telah mencukupi untuk mendapatkan hasil amalan 80 tahun sepertimana dalil tentang kelebihan Lailatul Qadar yang lebih baik daripada seribu bulan menjadi bukti rahsia ini.
Sebagaimana keadaan seorang Sultan yang menetapkan beberapa hari untuk perayaan dalam tempoh pemerintahannya, atau dalam sesuatu tahun, samada hari pertabalannya atau hari-hari peristiwa besar lain, rakyat jelata pada hari-hari perayaan tersebut tidak tertakluk kepada tatacara yang umum bahkan mereka itu dimuliakan terutamanya yang layak dan benar-benar berjasa dengan anugerahnya yang istimewa; mungkin dipanggil mengadap dihadapannya, dikurniakan gelaran dalam upacara yang gemilang; begitu jugalah Pemerintah yang merupakan Pencipta sekalian alam Yang telah menurunkan Al-Quran yang merupakan firmanNya yang suci di bulan Ramadhan yang mulia. Bulan tersebut adalah umpama satu bulan perayaan Ilahi serta medan pameran Rabbani serta majlis rohani yang khas; oleh kerana perayaan itu adalah Ramadhan maka adalah bertepatan diperintahkan padanya berpuasa agar manusia terhindar daripada kesibukan melayan kehendak nafsu rendah mereka.
Sebaik-baik puasa ialah apabila seseorang itu berpuasa seluruh inderanya dan anggotanya juga seperti mata, telinga, hati, khayalannya serta pemikirannya sama seperti berpuasanya perutnya dengan berlapar. Ini adalah dengan mengelak daripada melakukan perkara yang haram serta perkara yang tidak berfaedah yang tidak berkenaan dengannya sambil menumpukan segala anggota-anggota tersebut kepada jalan pengabdian dan ketaatan kepadaNya.
328. Page
Contohnya: Seseorang itu membuatkan lidahnya turut berpuasa dengan menghalangnya daripada bohong, mengadu domba serta daripada menuturkan perkataan nista sambil menyibukkannya dengan membaca Al-Quran, berzikir, bertasbih serta berselawat ke atas Junjungan Baginda SAW, beristighfar dan seumpamanya. Dia juga seharusnya mendorong anggota-anggota dan pancainderanya untuk turut berpuasa seperti mengelak daripada melihat perkara yang haram, menghalang pendengarannya mendengar bicara dusta, memalingkan pandangannya kepada sesuatu yang mengandungi pengajaran. Oleh kerana perut adalah kilang terbesar pada tubuh manusia, sekiranya ia tidak bekerja kerana puasa, maka anggota lain juga yang lebih kecil akan lebih mudah untuk mengikut jejaknya.
Perkara kelapan: Di antara hikmah puasa Ramadhan ialah hubungannya dengan kehidupan peribadi seseorang itu:
Ia adalah satu bentuk kekangan material dan jiwa yang merupakan satu rawatan untuk manusia. Ia juga adalah satu bentuk rawatan kesihatan kerana sebagaimana juga jiwa manusia yang akan merana kerana pembaziran dalam perbelanjaan makanan dan kesan kesihatan yang akan ditanggungnya, dengan tidak membezakan antara halal dan haram akan lebih maracuni jiwa itu dari segi aspek spiritualnya juga. Jiwa dan nafsu itu akan lebih sulit untuk tunduk kepada hati dan ruh selepas itu bahkan ia akan terus memegang tampuk kuasa mengendalikan hati dan ruh maka jadilah manusia itu tunggangan nafsunya dan bukan sebaliknya.
Ramadhan yang mulia itu melatih dengan puasa agar kekangan terlaksana agar jiwa dapat dibiasakan dengan ketaatan dan mempelajari cara melaksanakannya. Ia juga dapat memberikan organ penghadaman yang sentiasa bekerja keras sepanjang tahun itu, perlindungan daripada penyakit kepada perut dengan mengelakkan daripada makanan demi makanan memenuhinya tanpa sempat dihadamkan.
Oleh kerana ia juga turut meninggalkan makanan yang halal yang dibolehkan kepadanya maka jiwa mendapat keupayaan untuk mendengar dan mentaati arahan daripada akal dan Syariat untuk menghindari perkara yang haram dan berusaha untuk tidak melemahkan aspek kehidupan spiritual.
Kebanyakan manusia apabila diuji dengan perasaan lapar, mereka perlu dilatih agar perasaan lapar itu terjurus kepada sikap sabar dan bertahan selama 15 jam atau 24 jam jika tidak bersahur. Puasa di bulan Ramadhan memberikan peluang latihan sebegini bertujuan membiasakan dan melatih jiwa. Oleh itu rawatan yang paling berkesan untuk sikap gopoh, tidak sabar serta bertahan, mudah marah dan baran ialah dengan cara berpuasa.
329. Page
Sistem penghadaman manusia terdiri daripada banyak organ-organ sokongan yang membantu proses pencernaan. Tanpa ‘merehatkan’ segala anggota-anggota ini untuk seketika dan mengawal kembali prosesnya, kerja yang beterusan itu akan juga memberi kesan kesihatan yang negatif kepada anggota tubuh dalaman yang lain. Ini juga diantara sebab tersirat bagaimana para wali semenjak dahulu lagi melatih diri mereka untuk makan dan minum hanya dengan kadar sedikit untuk mencapai maqam yang lebih tinggi. Organ-organ penghadaman juga sedar yang mereka itu tidak hanya diciptakan hanya untuk tujuan itu semata sedangkan anggota badan yang lain berpeluang menikmati habuan kerohanian dan kemalaikatan jauh daripada hanya memuaskan kehendak yang rendah tarafnya. Inilah yang menjadikan para mukmin gembira di bulan Ramadhan kerana mendapatkan limpahan-limpahan mengikut darjat masing-masing. Sesungguhnya hati, jiwa, akal dan diri manusia itu sentiasa dilimpahi dengan pancaran nurani melalui puasa di bulan suci tersebut, jiwa akan tertawa bahagia biarpun anggota penghadamannya ‘menangis’ kesedihan menahan lapar.
Perkara kesembilan: Di antara hikmah puasa itu ialah peranannya dalam menundukkan sangkaan diri tentang ciri ketuhanan yang ada padanya lalu menyerlahkan kelemahannya untuk memperingatkannya tentang peranan kehambaannya.
Jiwa dan nafsu tidak mahu mengenali siapakah Tuhannya bahkan ingin terus bermaharaja lela dalam mencapai kehendak dan citanya. Walaupun ia disiksa, sikap ini akan terus kekal padanya melainkan dengan berpuasa, maka ia akan hilang dan pudar. Oleh itu puasa mampu menumbangkan perasaan kefira’aunan nafsu dengan menyerlahkan kekurangan, kelemahan dan kebutuhan untuk menundukkannya dan membuatkannya sedar bahawa ia hanyalah seorang hamba.
330. Page
Dalam beberapa riwayat Allah SWT berbicara dengan nafsu: Aku siapa dan kamu pula siapa? Jawab nafsu: Aku adalah aku dan Kamu adalah Kamu. Maka Allah mengazabnya dan mencampakkannya ke dalam neraka. Dia bertanyakan kembali kepadanya selepas itu, dan nafsu masih menjawab: Aku adalah aku dan Kamu adalah Kamu; justeru itu Allah terus mengazabnya dengan pelbagai azab namun ia masih tetap dengan keegoannya. Akhirnya Allah mengazabnya dengan kelaparan iaitu dengan meninggalkannya kelaparan. Setelah itu apabila ditanya sekali lagi: Aku siapa dan kamu pula siapa? barulah ia menjawab: Engkaulah Tuhan yang Pemurah dan aku adalah hambaMu yang lemah.
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ صَلاَةً تَكُونُ لَكَ رِضَاءً وَلِحَقِّهِ أَدَاءً بِعَدَدِ ثَوَابِ حُرُوفِ
القُرْآنِ فِي شَهْرِ رَمَضَانَ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلِّمْ
﴿سُبْحَانَ رَبِّكَ رَبِّ العِزَّةِ عَمَّا يَصِفُونَ وَسَلاَمٌ عَلَى المُرْسَلِينَ وَالحَمْدُ للهِ رَبِّ
العَالَمِينَ﴾، آمين!
“Ya Allah, kurniakankah RahmatMu kepada Junjungan Nabi Muhammad dengan salawat yang menjadikan Engkau redha yang benar-benar setaraf dengan kedudukannya dengan sejumlah kebaikan daripada huruf-huruf Al-Quran di bulan Ramadhan, juga kepada seluruh ahli keluarga Baginda dan para sahabat.”
Maha Suci Engkau Tuhan Segala Keagungan dan Ketinggian daripada segala yang mereka sifatkan serta Salam ke atas seluruh utusanMu dan segala pujian kepada Pentadbir sekelian alam. Ameen!
Ralat: Ini adalah bahagian kedua yang ditulis dengan cepat dalam tempoh 40 minit. Aku dan penulis draf sedang sakit di waktu itu. Mungkin ini lah sebab kelemahan dan kekeliruan yang mungkin terdapat padanya. Maka kami harap dari Saudara-saudara agar membacanya dengan timbang rasa dan membetulkan apa yang mereka lihat perlu.
331. Page
Bahagian Ketiga
Risalah ketiga.
Aku telah berniat untuk untuk menulis sebuah mashaf dengan hiasan berbingkai yang menyerlahkan aspek mukjizat khat daripada kalangan 200 bahagian yang membicarakan tentang aspek mukjizat Al-Quran dari segi ketepatan maknanya (Bayan) dengan mengekalkan Mashaf yang ditulis dengan tangan Al-Hafiz Uthman yang menjadikan panjang ayat berkenaan hutang 282 Al-Baqarah sebagai ukuran satu muka surat manakala panjang surah Al-Ikhlas untuk ukuran sebaris ayat. Aku nukilkan bahagian ini untuk mengketengahkan niatku yang penting itu agar dipertimbangkan oleh saudara-saudaraku yang turut sama dalam berkhidmat kepada Al-Quran untuk mendapatkan pandangan mereka agar dapat aku manfaatkan.
Bahagian ketiga ini ada sembilan persoalan.
Persoalan pertama: Aku telah kemukan dengan dalil dalam Kalimat 25 yang berjudul Mukjizat Al-Quran bahawa jenis-jenis I’jaz AL-Quran itu meliputi 40 jenis yang separuhnya telah diterangkan dengan terperinci manakala yang lain secara umum untuk pemahaman semua termasuk mereka yang tidak betah menerimanya dengan mudah.
Dalam Isyarat ke 18 daripada Surat ke 19 (Mektubat) “bahawa Al-Quran itu aspek mukjizatnya yang empat puluh tersebut untuk setiap peringkat kedudukan manusia sebagaimana yang telah aku jelaskan perihal 10 daripada lapisan kedudukan tersebut satu persatu.
Adapun berkenaan 30 peringkat lagi, Al-Quran sendiri telah menjelaskan aspek I’jaznya kepada mereka yang di pelbagai latar belakang daripada kalangan para wali dan ahli ilmu yang pelbagai satu persatu. Demikianlah iman mereka yang sampai ke peringkat-peringkat yakin yang tinggi (ilmul yakin, ainuk yakin dan haqqul yakin) meyakini AL-Quran itu adalah Kalam Allah dan setiap mereka itu melihat aspek I’jaz Al-Quran itu daripada perspektif dan keadaan masing-masing.
Benarlah sesungguhnya penyerlahan kecantikan aspek I’jaz Al-Quran itu adalah mengikut keadaan seseorang itu yang berbeza sepertimana berbezanya I’jaz yang difahami seorang wali dalam kalangan ahli ma’rifat tentang kecantikan I’jaz yang dihayati oleh seorang wali daripada kalangan ahli yang kurniakan rasa cinta kepada Allah (‘ishq). Begitulah juga berbezanya pemahaman I’jaz dalam kalangan ulama’ Usuluddin daripada pemahaman seorang Ulama’ dalam bidang Syariah dan demikianlah seterusnya.
Aku tidak dapat menerangkan setiap bentuk I’jaz daripada perspektif yang pelbagai itu secara terperinci kerana pemahamanku sendiri yang sempit tidak akan dapat memperihalkannya dan juga penelitianku adalah tidak sempurna untuk mengupasnya oleh itu aku tidak mampu menerangkannya melainkan sepuluh yang telah diperincikan sebelum ini manakala yang lain hanyalah secara umum. Cuma dua daripada semua peringkat tersebut yang masih kurang dalam Risalah “Mu’jizat Ahmadiyyah” walaupun kedua-duanya masih lagi memerlukan penerangan secara yang lebih jelas.
332. Page
Peringkat pertama: Mereka adalah golongan awam yang kita namakan “peringkat yang mempunyai pendengaran” kerana mereka bukan sahaja mendengar bacaan Al-Quran dengan telinga mereka sahaja dan dengan mendengarnya sahaja mampu menyedari tentang I’jaznya Al-Quran itu, seumpama kata seorang daripada mereka: Sesungguhnya apa yang aku dengari ini tidak langsung menyerupai kitab-kitab yang lain; samada ia adalah yang paling rendah tarafnya di antara mana-mana kitab dan buku di dunia ini ataupun ia adalah yang paling atas di antara kesemuanya.
Tentu sekali “yang paling rendah tarafnya di antara mana-mana kitab” tidak akan diungkapkan oleh sesiapa dan tidak mampu sesiapapun untuk menyatakannya bahkan Syaitan sendiri tidak akan berupaya mengatakannya oleh kerana itu pastilah ia yang teratas dalam kalangan kesemuanya.
Tajuk ini telah ditulis secara umum sebegini dalam Isyarat ke 18 kemudian demi untuk menjelaskannya, perbincangan pertama dalam Surat (Mektub) ke 26 yang berjudul “Hujah Al-Quran terhadap golongan Syaitan” telah menjelaskan kefahaman peringkat tersebut tentang I’jaz Al-Quran dan membuktikannya sedemikian.
Peringkat kedua:
Mereka adalah golongan yang punyai pengamatan sebagaimana yang telah diterangkan dalam Isyarat ke 18 dalam Tulisan ke 19 Surat tentangnya bahawa di dalam Al-Quran itu isyarat-isyarat I’jaz yang dapat dilihat dengan mata biasa bermula daripada peringkat orang awam sehinggalah kepada golongan materialistik yang membuat tanggapan tentang sesuatu lebih dengan apa yang dilihat oleh mata dan bukannya dengan pertimbangan akal. Untuk menjelaskan dan membuktikan dakwaan ini, terdapat keperluan untuk memperincikannya dengan lanjut, dan kita sebelum ini tidak dianugerahkan penjelasan tersebut kerana sesuatu hikmah Rabbani penting yang hanya kami mula memahaminya sekarang. Dahulu hanya sedikit daripada bahagian-bahagian halus hikmah tersebut yang jelas kepada kami namun sekarang hikmahnya mula kelihatan jelas. Ini menjadikan kami lebih yakin bahawa kelewatan tersebut adalah lebih baik daripada sebaliknya.
Untuk lebih mudah memahami golongan peringkat tersebut juga untuk memudahkan cara untuk menghayatinya aku telah minta orang menulis satu naskhah untuk menunjukkan satu aspek yang dapat dilihat dengan mata kepala biasa daripada kalangan aspek-aspek I’jaz yang empat puluh itu.
333. Page
“Bahagian keempat ini beserta persoalan-persoalan yang tinggal dalam bahagian ketiga ini adalah untuk..
Peringatan: Dalam menerangkan satu perkara agung berkenaan perkataan “Rasul” seratus enam puluh ayat dan ciri-ciri ayat-ayat tersebut amat agung sekali serta mempunyai tujuan yang dalam. Ini adalah kerana ayat-ayat tersebut saling melengkapi satu sama lain dari segi makna. Ia dianggap satu hizb (bahagian) Al-Quran untuk sesiapa yang ingin membaca dan menghafaz ayat-ayat Al-Quran yang pelbagai.
Ketinggian aspek balaghah 69 ayat Al-Quran dalam menerangkan keagungan perkataan “Al-Quran” tidak dapat disanggah lagi, kekuatan susun katanya amat tinggi menjadikan rantaian ayat-ayat tersebut satu hizb Quran yang kedua yang sering dijadikan pesanan dalam kalangan para saudara kita.
Perkataan “Al-Quran” itu sendiri disebut dalam Al-Quran dalam tujuh rantaian, kesemuanya sesuai serta seimbang dengan perkataan tersebut kecuali hanya dua daripadanya kerana maksudnya adalah “pembacaan”; dengan itu lebih jelaslah sebab keluarnya kedua-duanya daripada rantaian tersebut.
Adapun lafaz “Rasul”, maka surah Muhammad dan surah Al-Fath adalah surah-surah yang mempunyai hubungan yang paling jelas dengan perkataan tersebut. Atas sebab ini, kami hanya membataskan perbicaraan tentangnya pada rantaian-rantaian yang jelas daripada dua surah-surah tersebut dan tidak diambil kira perkataan “Rasul” yang tersebut di luar rantaian tersebut, dan InsyaAllah jika waktu mengizinkan akan kita tulis rahsia-rahsia yang terdapat padanya.
Perkara ketiga: Yang mengandungi empat perkara.
Pertama: Lafaz “Allah” dalam seluruh Al-Quran disebut 2806 kali, lafaz “ArRahman” 159 kali termasuk yang di dalam Basmalah. Lafaz “Arrahim” pula 220 kali; lafaz “Al-Ghafur” 61 kali; lafaz “Rabb” 846 kali; lafaz “Al-Hakim” 86 kali; lafaz “Al-‘Aleem” 126 kali; lafaz “Al-Qadeer” 31 kali; lafaz “Huwa” dalam ungkapan Laila ha Illallah 26 kali.
Bilangan Lafzul Jalalah “Allah” terdapat rahsia-rahsia dan perkara yang banyak contohnya:
Lafaz yang paling banyak disebut dalam Al-Quran selepas “Allah” dan “Rabb” ialah lafaz-lafaz “ArRahman”, “ArRahim”, “Al-Ghafur” dan “Al-Hakim”. Sesungguhnya bilangan lafaz “Allah” beserta jumlah lafaz-lafaz ini ialah separuh daripada bilangan ayat Al-Quran. Walaupun lafaz “Rabb” disebut 846 kali, namun apabila diteliti, akan kelihatan bahawa lima ratus lebih daripadanya disebut di tempat kata nama ganti untuk Allah sedangkan 200 lebih yang lain tidak begitu.
334. Page
Kemudian, bilangan lafaz “Allah”, “ArRahman”, “ArRahim”, “Al-‘Aleem” dan “huwa” dalam Laila ha Illallah adalah juga separuh daripada jumlah ayat Al-Quran, bezanya hanya empat. Dengan itu, ia adalah separuh jumlah ayat-ayat beserta lafaz “Al-Qadeer” yang disebut sebagai ganti “huwa” dan bezanya hanyalah sembilan sahaja.
Perkara-perkara penting dalam jumlah Lafzul jalalah “Allah” adalah banyak, namun kita hanya menyebutkan satu perkara sahaja di sini buat masa ini.
Perkara kedua: Ia adalah khusus berkenaan surah-surah yang turut mengandungi beberapa perkara penting yang banyak. Ia juga mempunyai kesinambungan yang muncul dalam bentuk yang sistematik serta bertujuan tertentu yang dicetuskan oleh kehendak, di antaranya;
Lafaz Jalalah “Allah” dalam Al-Baqarah sama bilangannya dengan jumlah ayatnya dan bezanya cuma empat kerana di antaranya ada empat lafaz “huwa” (dia) sebagai ganti lafaz Allah seperti lafaz “huwa” (dia) dalam ungkapan La ila Illallah, dan dengannya barulah sama jumlahnya.
Demikian juga jumlah Lafzul Jalalah dalam Surah Aal-Imran sama dengan jumlah ayatnya; “Allah” disebut 209 kali dan jumlah ayat surah ialah 200, maka bezanya adalah 9, perbezaan jumlah yang kecil sebegini tidak memberi kesan yang besar terhadap aspek balaghah dan ciri ungkapan Al-Quran, bahkan kesinambungan yang hampir pun telah mencukupi.
Jumlah ayat tiga Surah Al-Nisa’, Al-Maidah, Al-‘Anaam adalah 464 kali dalam kesinambungan dengan jumlah lafaz “Allah” yang tersebut 461 kali dan jika dikira sekali lafaz “Allah” dalam Basmalah jumlahnya dengan jumlah ayat-ayat surah-surah tadi adalah sama banyaknya.
Demikian jugalah jumlah lafaz “Allah” dalam lima surah-surah pertama adalah sekali ganda jumlah lafaz “Allah” dalam surah-surah Al-‘Araf, Al-Anfal, Al-Taubah, Yunus dan Hud. Oleh itu jumlah yang terdapat dalam lima yang akhir ini adalah separuh yang terdapat dalam lima yang awal.
Kemudian jumlah lafaz “Allah” dalam surah-surah berikut: Yusuf, ArRa’d, Ibrahim, Al-Hijr, Al-Nahl adalah separuh daripada separuh jumlah yang tadi.
Demikianlah juga bilangannya dalam surah-surah Al-Isra’, Al-Kahf, Maryam, Taha, Al-Anbiya’ dan Al-Hajj, ialah separuh daripada jumlah yang separuh tadi.
Surah-surah selepasnya dalam bilangan berlima berterusan dengan jumlah yang nisbahnya hampir sama walaupun terdapat perbezaan-perbezaan yang memecahkan rangkaian ini yang tidak memberikan kesan dalam konteks bicara sebegini.
335. Page
Contohnya, ada di antaranya yang berjumlah 121 dan sesetengahnya 125, ada juga yang berjumlah 152 dan ada yang berjumlah 159.
Kemudian, bermula daripada Surah Al-Zukhruf, jumlah lafaz “Allah” dalam lima surah selepasnya turun kepada separuh, daripada separuh daripada separuh daripada jumlah separuh yang asal tadi!
Dalam lima surah yang bermula dengan Surah Al-Najm jumlah tersebut turun lagi kepada hanya separuh daripada separuh tadi, namun jumlah tersebut hanyalah anggaran dan tidak memberi kesan perbezaan kecil tersebut dalam konteks bicara sebegini.
Keadaan ini menunjukkan bahawa kebetulan bukanlah penyebab jumlah lafaz “Allah” disebut sedemikian kali melainkan segalanya adalah sebenarnya dirancang dengan teliti dan halus.
Perkara ketiga: Lafaz “Allah” disebut mengikut susun atur muka surat iaitu jumlah lafaz “Allah” yang disebut dalam satu muka surat sama dengan jumlah lafaz “Allah” pada bahagian kanan muka surat tersebut dan juga muka surat yang setentang dengannya atau muka surat yang seterusnya. Apabila aku cuba meneliti kesinambungan ini dalam mashaf milikku, aku lihat satu kesinambungan yang terjadi mengikut susunan bilangan yang halus dan amat menarik perhatian yang aku tandakannya di dalam mashafku. Kebanyakannya sama dan kadang-kadang separuh atau sepertiga daripadanya yang menyebabkan kita merasakan kebijaksanaan aturannya.
Perkara keempat: Ia adalah kesinambungan pada satu muka surat serupa. Aku telah membandingkan beberapa naskhah dengan beberapa rakanku sehinggalah kami yakin dalam kesemuanya terdapat kesinambungan yang sama, walaupun ada juga terdapat ketidaksamaan dalam kesinambungan tersebut kerana teknik para penyalin mashaf yang cuba mengambil kira beberapa perkara tertentu, namun apabila diselaraskan akan terserlah juga kesinambungan di antara lafaz “Allah” yang berjumlah 2806 lafaz dalam keseluruhan Al-Quran kecuali dalam satu keadaan yang amat jarang sekali yang mengukuhkan lagi ciri I’jaznya kerana tentu sekali buah fikiran dan keupayaan manusia tidak akan dapat merancang kesinambungan yang sedemikian hebat pada jumlah muka surat yang sangat banyak.
Kebetulan tidak akan dapat mencapai susunan yang hebat dan bijaksana sedemikian yang tentunya mempunyai tujuan tertentu.
Kami menyalin satu naskhah baru Mashaf untuk menyerlahkan perkara keempat untuk menyelaras tempat-tempat yang disebabkan ketidakaturan kerana kecuaian dan sikap ambil mudah para penyalin sambil memelihara muka-muka surat dan baris yang terdapat pada mashaf-mashaf yang tersohor maka harapannya ialah kesinambungan yang sebenarnya akan dapat juga diserlahkan InsyaAllah, dan sememangnya ia telahpun dapat ditunjukkan.
Ya Allah, Penurun Al-Quran, dengan kebenaran Al-Quran berilah kami kefahaman rahsia-rahsia Al-Quran. Selawat dan salam ke atas Junjungan yang kepadanya diwahyukan Al-Quran dan juga ke atas para keluarga dan Sahabat Baginda seluruhnya, Ameen.
336. Page
Bahagian Kelima
Risalah Kelima
بسم الله الرحمن الرحيم
﴿ اللهُ نُورُ السَّمَوَاتِ وَالأَرْضِ﴾ إلخ
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani
“Allah adalah Nur segala langit dan bumi…”
Aku telah merasakan limpahan nur daripada nur-nur rahsia ayat ini dalam satu keadaan rohaniah dalam bulan suci Ramadhan dan aku telah melihat di dalamnya sesuatu yang mirip khayalan, sebagaimana berikut:
Dalam satu bayangan lintasan hati khayalan yang menjadikan aku akur serta percaya bahawa seluruh makhluk yang hidup bermunajat kepada Allah SWT sebagaimana Awais Al-Qarni bermunajat dalam ratapannya yang mashyur: Tuhanku Engkaulah Pentadbirku, akulah hamba sedangkan Engkau adalah Pencipta, akulah makhluk sedangkan Engkaulah Pemberi rezki…dan bahawasanya cahaya daripada seluruh alam daripada kalangan alam yang lapan belas ribu adalah satu nama daripada nama-nama Ketuhanan. Kerana itulah aku melihat bahawa alam tersebut terlipat dalam lipatan-lipatan ribuan tabir umpama kelopak-kelopak yang mempunyai daun-daun yang saling melilit. Aku lihat alam-alam tersembunyi di antara satu dengan lain di alam ini, setiap kali tabir disingkap aku lihat satu alam lain yang tampak kepadaku dalam kegelapan dan keterasingan dan di dalam satu kegelapan yang mengerikan lagi menggerunkan, seperti yang digambarkan oleh ayat suci ini dalam surah Nur:أَوْ كَظُلُمَاتٍ فِي بَحْرٍ لُجِّيٍّ
يَغْشَاهُ مَوْجٌ مِنْ فَوْقِهِ مَوْجٌ مِنْ فَوْقِهِ سَحَابٌ ظُلُمَاتٌ بَعْضُهَا فَوْقَ بَعْضٍ إِذَا أَخْرَجَ يَدَهُ لَمْ
يَكَدْ يَرَاهَا وَمَنْ لَمْ يَجْعَلِ اللهُ لَهُ نُورًا فَمَا لَهُ مِنْ نُورٍ“Atau (orang-orang kafir itu keadaannya) adalah umpama keadaan (orang yang di dalam) gelap-gelita di lautan yang dalam, yang diliputi oleh ombak bertindih ombak; di sebelah atasnya pula awan tebal (demikianlah keadaannya) gelap-gelita berlapis-lapis - apabila orang itu mengeluarkan tangannya, ia tidak dapat melihatnya sama sekali. Dan (ingatlah) sesiapa yang tidak dijadikan Allah menurut undang-undang peraturanNya mendapat cahaya (hidayah petunjuk) maka ia tidak akan beroleh sebarang cahaya (yang akan memandunya ke jalan yang benar).” (Al-Nur:40). Kalaulah dengan hanya satu penyerlahan nama daripada nama-nama Ilahi telah kelihatan begitu hebat nurnya sehinggakan dapat menyinari alam lain, demikianlah apabila terserlah makna nama daripada nama-nama Ilahi terangnya umpama mentari yang menyinari alam tersebut dari penjuru ke penjuru walaupun dalam bayangan alam tersebut tampak gelap gelita disebabkan oleh kelupaan dan kealpaan. Demikianlah berterusannya kembara akal ini buat satu ketika yang panjang.
337. Page
Secara ringkasnya, apabila aku melihat alam haiwan, ia memperlihatkan kelemahannya dan kekurangannya beserta keperluannya yang tidak terbatas dan kemaruknya yang dahsyat kepada alam gelap gelita tersebut dalam keadaannya sedih yang teramat. Apabila nama “Ar-Rahman” (Yang Maha Pemurah) terbit umpama mentari yang terang daripada buruj “ArRazzaq” (Yang Maha Pemberi rezki) dalam maknanya, ia menghiasi alam tersebut dengan cahaya rahmat yang menyinari setiap penjurunya.
Kemudian aku melihat dalam alam haiwan itu sebuah alam lain juga yang tersedu sedan dalam satu kegelapan yang menjadikan sesiapa yang melihatnya merasa belas dan simpati kepadanya. Di dalamnya kanak-kanak kecil bergerak ke hulu dan hilir dalam keadaan mereka itu lemah dan perlukan perhatian, tiba-tiba dengan nama “Ar-Rahim” (Yang Maha Mengasihani) tiba-tiba timbul daripada buruj “simpati” dan mula menerangi alam itu dengan cahayanya yang lembut dan menyenangkan, sambal menukar air mata yang mengalir kerana duka dan kesedihan kepada perasaan suka dan gembira serta kepada air mata yang mengalir kerana kemanisan rasa bersyukur.
Kemudian tersingkaplah satu tirai yang menyerupai paparan wayang gambar, lalu terlihatlah kepadaku alam manusia. Aku melihatnya amat gelap serta menakutkan sehinggakan aku menjerit sekuat hati kerana dahsyatnya ketakutan yang aku rasakan. Aku menjerit: Alangkah malangnya! Ini kerana aku melihat manusia dengan segala kehendaknya serta impiannya yang berterusan selama-lamanya; gambaran dan pemikirannya yang meliputi alam semesta; kebimbangan dan persediaannya demi mencari kehidupan yang kekal abadi dan kebahagiaan yang berterusan dan syurga. Ini disertai kelemahan dan keperluannya yang sentiasa mendorongnya kepada sesuatu yang tiada batasan dan sempadan. Walaupun dengan kelemahan, kekurangan, cabaran, musuh yang tidak pernah berkurangan yang sentiasa bersedia menyerang dan melemahkannya; walau dalam usia yang begitu pendek serta kehidupan yang sentiasa bergolak, kehidupan yang dipenuhi putus asa, yang sentiasa dimamah ujian kebinasaan yang berterusan serta perpisahan yang sentiasa yang merupakan sesuatu yang amat menakutkan hati; melihat ke kubur muncul kepada mereka yang lupa dalam bentuk satu pintu kegelapan yang abadi.
338. Page
Sedang aku menyaksikan alam itu tenggelam dalam kegelapannya sedangkan seluruh perasaan kemanusiaan serta hati, ruh dan akalku bahkan seluruh zarah tubuhku hampir sahaja menangis ingin menjerit meminta pertolongan, tiba-tiba dengan dengan nama Allah “Al-‘Adil” (Yang Maha Adil) yang terpancar daripada buruj “Al-Hakim” (Yang Maha Bijaksana) juga dengan nama “Ar-Rahman” (Yang Maha Pemurah) yang terbit daripada buruj “Al-Karim” (Yang Maha Pemurah), serta nama “Ar-Rahim” ( Yang Maha Penyayang) yang timbul dari buruj “Al-Ghafur” (Yang Maha Pengampun) pada setiap maknanya. Nama “Al-Ba’ith” (Yang Maha Membangkitkan) timbul daripada buruj “Al-Warith” (Yang Maha Mewariskan); nama “Al-Muhyi” ( Yang Maha Menghidupkan) terbit dari buruj “Al-Muhsin” (Yang Maha Memperelokkan); nama “Rabb”(Yang Maha Mentadbir) timbul daripada makna “Al-Malik” (Yang Maha Memiliki); demikianlah nama-nama ini menyinari alam-alam yang sedemikian banyaknya yang menjadi alam-alam manusia; membuka tingkap-tingkap daripada alam akhirat lalu terpancar kepada alam manusia yang gelap itu dengan nur-nurnya.
Seterusnya satu lagi tabir tersingkap maka muncullah alam akhirat yang falsafah ilmiahnya yang gelap menzahirkan satu alam yang menakutkan untuk dibayangkan. Tiba-tiba satu situasi kemanusiaan yang menyedihkan yang berkeliaran dalam satu ruang yang luas di muka bumi yang semakin berusia yang pergerakkannya dalam setahun mampu meliputi jarak 20 ribu tahun perjalanan dengan kecepatan yang 70 kali lebih cepat daripada pergerakan peluru meriam, yang boleh memberikan kesan yang dahsyat; semua ini aku melihatnya dalam keadaan yang amat gelap, kepalaku merasa berpusing. Tiba-tiba nama-nama Pencipta langit dan bumi seperti “Al-Qadeer” (Yang Maha Berkuasa), “Al-‘Aleem” (Yang Maha Mengetahui), “Al-Rabb” (Yang Maha Mentadbir), “Allah”, Tuhan langit dan bumi serta Yang Menjalankan Matahari dan bumi; semuanya ini muncul di dalam buruj rahmat dan keagungan Ilahi, menyinari keseluruh alam tersebut dan bumi tadi bergerak umpana sebuah kapa yang berlayar dengan aman secara amat teratur dan sistematik. Seolah-olahnya ia telah dipersiapkan untuk tujuan bersiar-siar dan berdagang.
339. Page
Maklumat: Setiap satu daripada seribu nama dan nama-nama Ilahi yang memperincikan tentang alam semesta adalah ibarat matahari yang menyinari satu daripada alam-alam. Penzahiran makna pada satu nama tersebut menyerlahkan juga makna-makna untuk nama-nama yang lain yang menandakan kesatuan makna di antara nama-nama tersebut.
Seterusnya hatiku melihat di belakang setiap kegelapan itu pelbagai cahaya yang menjadi hati ini semakin berkeinginan untuk terus berjalan. Ia ingin menjelajah dengan khayalnya lalu menembusi langit. Ketika itu satu lagi tabir yang amat luas tersingkap lalu hatiku pun mula memasuki alam langit semesta dan ia mula perasan senyuman bintang-bintang yang saiznya adalah lebih besar daripada planet bumi, beredar serta berpusing lebih cepat daripadanya dan saling mengelilingi satu dengan yang lain. Sekiranya salah satu bergerak walaupun satu minit lebih dari yang lain nescaya ia akan berlanggar sesama sendiri yang menyebabkan hantaran satu letusan api yang besar dan bukannya cahaya yang selama ini menyinari.
Dan bintang-bintang ini memandang aku dengan pandangan yang menakutkan, tidak tersenyum, dan aku melihat langit besar dan luas tanpa sempadan kosong dari kegelapan ketakutan kemarahan, kegeraman, dan aku berasa tersangatlah menyesal kerana datang ke sini.
Tiba-tiba nama-nama Asmaul Husna “Tuhan langit dan bumi”, “Tuhan segala Malaikat dan Ruh” yang menjelma dalam penyerlahan maknanya di buruj “Dan Kami telah menghiasi langit dunia dengan lampu-lampu” dan “dan Dia telah memudahkan pergerakan matahari dan bulan”. Bintang-bintang yang diselubungi kegelapan dari aspek makna ayat-ayat tadi mendapat biasan daripada cahaya yang hebat tadi seumpama lampu-lampu eletrik lalu memenuhi langit yang disangkakan pada mulanya kosong tidak dihuni oleh para Malaikatnya dan segala penghuni ghaibnya. Aku juga melihat mentari-mentari dan bintang-bintang yang bergerak sebagaimana bergeraknya bala tentera yang tidak terbatas bilangannya yang dimiliki oleh Pencipta yang kekal dan abadi yang keagunganNya serta kehebatanNya seolah-olah semuanya sedang dalam perarakan yang begitu hebat.
340. Page
Aku akan ucapkan dengan segala kekuatanku dan segala zarah ditubuhku sekiranya aku mampu, serta dengan lisan seluruh makhluk-makhluk yang mungkin mendengarku, bahkan aku katakan dengan nama mereka kesemuanya:اللهُ نُورُ السَّموَاتِ وَالأَرْضِ
مَثَلُ نُورِهِ كَمِشْكَاةٍ فِيهَا مِصْبَاحٌ الْمِصْبَاحُ فِي زُجَاجَةٍ الزُّجَاجَةُ كَأَنَّهَا كَوْكَبٌ دُرِّيٌّ يُوقَدُ مِنْ
شَجَرَةٍ مُبَارَكَةٍ زَيْتُونَةٍ لاَ شَرْقِيَّةٍ وَلاَ غَرْبِيَّةٍ يَكَادُ زَيْتُهَا يُضِيءُ وَلَوْ لَمْ تَمْسَسْهُ نَارٌ نُورٌ عَلَى
نُورٍ يَهْدِي اللهُ لِنُورِهِ مَنْ يَشَاءُ“Allah yang menerangi langit dan bumi. Bandingan nur hidayah petunjuk Allah (Kitab Suci Al-Quran) adalah sebagai sebuah "misykaat" yang berisi sebuah lampu; lampu itu dalam geluk kaca (qandil), geluk kaca itu pula (jernih terang) laksana bintang yang bersinar cemerlang; lampu itu dinyalakan dengan minyak dari pokok yang banyak manfaatnya, (iaitu) pokok zaitun yang bukan sahaja disinari matahari semasa naiknya dan bukan sahaja semasa turunnya (tetapi ia sentiasa terdedah kepada matahari); hampir-hampir minyaknya itu - dengan sendirinya - memancarkan cahaya bersinar (kerana jernihnya) walaupun ia tidak disentuh api; (sinaran nur hidayah yang demikian bandingannya adalah sinaran yang berganda-ganda): cahaya berlapis cahaya. Allah memimpin sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang dan peraturanNya) kepada nur hidayahNya itu; dan Allah mengemukakan berbagai-bagai misal perbandingan untuk umat manusia; dan Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.” (AnNur:35)
Aku baca ayat suci ini dalam keadaan aku mula kembali dari pengembaraan tadi, turun semula ke alam realiti dan mula sedarkan diri lalu aku ucapkan: “Alhamdulillah kerana cahaya Iman dan Al-Quran.”
341. Page
Bahagian Keenam
Risalah keenam
Bahagian ini ditulis untuk mengingatkan penuntut-penuntut Al-Quran dan mereka yang berkhidmat kepadanya agar mereka tidak mudah tertipu.
بسم الله الرحمن الرحيم
﴿وَلا تَرْكَنُوا إِلَى الَّذِينَ ظَلَمُوا فَتَمَسَّكُمُ النَّارُ﴾
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani
“Dan janganlah kamu cenderung kepada mereka yang zalim lalu kamu pula akan terpalit dengan neraka”. (Hud: 113).
Ini adalah bahagian keenam yang cuba untuk mematahkan enam tipudaya syaitan, jin dan manusia agar tidak menjadi berkesan, dan akan menghalang enam jalan serangan-serangannya InsyaAllah.
Tipudaya pertama: Syaitan-syaitan manusia yang berguru dengan syaitan jin cuba untuk menipu khadam-khadam Al-Quran yang sentiasa berkorban dengan menjadikan mereka cinta kepada kebanggaan dan berpaling daripada khidmat mulia tersebut serta jihad tersirat lagi suci tersebut. Ini adalah kerana setiap individu di dunia ini menaruh keinginan yang penuh atau sebahagian terhadap satu perasaan yang terselindung yang ada pada kebanyakan manusia iaitu kecintaan kepada kemahsyuran serta populariti. Ini termasuk kecintaan untuk muncul dengan riyak yang dikenali sebagai membangga-banggakan diri, suka kepada populariti dan menjadi kemegahan orang ramai. Perasaan ingin kepada populariti dan dibanggakan orang ini juga mampu menjerumuskan seseorang itu untuk mengorbankan dirinya demi mencapai keinginan tersebut.
Keinginan sebegini adalah amat berbahaya kepada pencinta Akhirat. Bagi pencinta dunia ia turut mengundang kesakitan dan penderitaan serta merupakan sebab kepada banyak tingkah laku yang negatif. Ia adalah satu sikap manusia yang paling mudah dipengaruhi; syaitan-syaitan manusia dengan memperdaya sikap lemah manusia ini mampu untuk menjadikan mereka sekutu yang dapat mereka pengaruhi dengan mudah dan mengalahkan mereka.
Apa yang paling aku bimbangkan tentang saudara-saudara berkenaan hal ini ialah kemungkinan golongan ateis akan dapat melihat kelemahan mereka ini dan mengambil peluang terhadap mereka, ini amat aku bimbangkan, kerana mereka mungkin akan berjaya juga mempengaruhi beberapa sahabat-sahabatku yang lemah yang tidak menyedari helah tersebut.
Oleh itu saudara-saudaraku dalam berkhidmat kepada Al-Quran, memberitahu kepada para perisik yang datang untuk cuba mempengaruhi kamu dengan pangkat dan kedudukan, katakan kepada penyeru kesesatan atau kepada perintis Syaitan: Sesungguhnya keredhaan Allah SWT serta kemuliaan Rahmani dan penerimaan Ilahi adalah sebenarnya kedudukan yang tiada tandingannya! Oleh itu, penerimaan manusia dan pandangan mereka terhadapmu adalah kecil ibarat zarah yang tiada nilainya, jika ada sinaran rahmat dan pandanganNya yang baik terhadapmu itu sudah memadai. Adapun tanggapan dan layanan manusia yang baik kepadamu sebagai satu pantulan RahmatNya maka itu adalah sesuatu yang dapat diterima; jika tidak, ini adalah perkara yang tidak disukai kerana ianya akan terpadam sebaik sahaja masuk kubur dan ketika itu segalanya tidak bernilai.
342. Page
Jika seseorang itu tidak mampu melenyap keinginannya kepada pangkat dan kedudukan, ketika itu dia mestilah memalingkan wajahnya ke arah lain, maka itu adalah dengan cara berikut:
Mungkin juga ada aspek yang menepati syarak untuk berperasaan sedemikian contohnya apabila ia adakan dengan niat untuk mendapatkan doa’ orang ramai demi untuk pahala akhirat disebabkan natijah baik apa yang mereka doakan itu berdasarkan kepada contoh berikut:
Kita andaikan Masjid Aya Sofia penuh dengan orang ramai yang terdiri daripada kalangan yang baik dan mulia, di pintu masjid itu pula ada beberapa anak-anak nakal, orang bodoh yang gila, di tingkap-tingkap masjid itu pula dan berdekatan dengannya ada beberapa orang asing yang sedang ketawa gembira sambil memerhatikan.
Ada seorang yang masuk masjid tersebut dan menyertai jamaah di dalamnya lalu mengalunkan bacaan Al-Quran dengan suara yang merdu dan bacaan yang syahdu; beribu-ribu mata terpaku kepadanya sambil mereka itu mendoakannya dengan kebaikan, namun perkara ini tidak pula digemari oleh kanak-kanak nakal, orang ateis yang tidak berakhlak serta orang-orang asing itu tadi.
Namun sekiranya selepas itu, lelaki tersebut mula menyanyi selepas memasuki masjid dengan lagu yang tidak bermoral dan liriknya penuh kelucahan sambil dia menari menloncat di sana sini sedangkan dia berada dalam kalangan jamaah masjid yang mulia tadi, ini akan tentu menyukakan kanak-kanak nakal tersebut dan memuaskan hati para orang ateis yang tidak berakhlak tersebut kerana ia seolah-olah memberi galakan kepada mereka untuk terus berperangai sedemikian. Orang-orang asing itu pula akan tersenyum sinis yang gemar melihat kelemahan dan aib orang Islam; namun ia akan tentu sekali menjadikan para jamaah di masjid tersebut merasa jelek dan benci terhadap kelakuannya dan menganggapnya paling tidak sopan dan biadap.
Sama seperti misal ini, dunia Islam serta benua Asia adalah ibarat satu masjid yang besar, penduduknya yang beriman adalah ibarat jamaah yang berada di dalam masjid tadi. Kanak-kanak nakal tersebut adalah ibarat golongan berfikiran kebudak-budakan yang hanya mahukan hiburan, orang ateis yang bodoh dan gila itu adalah umpama golongan peniru Barat yang tidak berpegang kepada agama dan tiada maruah bangsa. Orang asing yang duduk memerhati itu adalah para wartawan dan penulis yang menyebarkan pemahaman Barat. Setiap seorang Islam khasnya dalam kalangan yang berakhlak mulia dan bermaruah, mempunyai tempat di dalam masjid ini mengikut kepada darjatnya, lalu pandangan akan tertumpu ke arahnya. Apabila dia berkelakuan dan mengikut apa yang diajarkan Al-Quran seperti redha Ilahi serta ikhlas yang merupakan rahsia utama asas-asas Islam sambil dia membacakan ayat-ayat Quran, dia akan disebutkan dalam ucapan harapan dan doa orang ramai di dalam dunia Islam tersebut seperti dalam doa: اللّهُمّ اغْفِرْ لِلْمُؤْمِنِينَ وَالمُؤْمِنَاتِ “Ya Allah ampunkanlah semua orang mukmin lelaki dan perempuan” kerana dia mempunyai bahagian dalam kalangan mereka serta mempunyai hubungan persaudaraan bersama dengan mereka semuanya. Namun, pada masa yang lain tentunya golongan yang sesat yang merupakan dalam kalangan yang sikapnya umpama haiwan yang memudaratkan tidak akan memandang beliau sedemikian serta dalam kalangan mereka yang kurang pemikirannya yang pendapat mereka hanyalah kebudak-budakan.
343. Page
Namun apabila lelaki tadi meninggalkan semua nenek moyangnya serta ibu bapanya yang dianggap sebagai punca kedudukan dan kebanggaannya; begitu juga dia meninggalkan ajaran nenek moyangnya yang menjadi sandaran aspirasi kerohaniannya, lalu dia tenggelam di dalam perbuatan yang dicemari dengan bid’ah dan mempertahankan kepada nafsu, riyak dan kecintaan kepada syahwat, maka secara tersiratnya dia telahpun tersungkur ke jurang yang paling rendah di pandangan ahli hakikat dan iman. Ini adalah kerana, hati orang yang beriman- walaupun mereka itu adalah dalam kalangan orang awam dan jahil- apabila melihat seumpama golongan yang sombong dan takjub kepada diri mereka, mengikut makna hadith: اتّقوا فراسة المؤمن فإنه ينظر بنور الله“Takutilah firasat orang mukmin sesungguhnya dia melihat dengan nur Allah”, mereka merasa kecewa dan marah walaupun perkara itu tidak dapat dijelaskan akal fikiran mereka.
Oleh itu, wahai mereka yang terpengaruh dengan cinta kepada kedudukan, yang teruji dengan cinta kepada nama sesungguhnya lelaki kedua itu telah jatuh terjerumus ke tempat yang paling rendah pada pandangan para jamaah yang banyak yang tiada hadnya, namun dia mendapat kedudukan yang sementara yang dikagumi dalam kalangan golongan tidak bermoral dan berpemikiran. Dia hanya akan menemukan kerugian di dunia, azab di alam barzakh serta akan menemukan beberapa rakan palsu yang hanya akan menjadi musuh-musuh di akhirat mengikut maksud: الأَخِلاّءُ يَوْمَئِذٍ بَعْضُهُمْ لِبَعْضٍ عَدُوٌّ إِلاّ الْمُتَّقِينَ “Para kawan rapat di akhirat kelak adalah musuh sesama mereka kecuali orang yang bertaqwa”. (Al-Zukhruf: 67).
Andainya lelaki pertama tadi, kalaupun dia tidak mampu mengeluarkan rasa cinta kepada kedudukan dari hatinya namun dia masih mendapat kedudukan yang tidak bertentangan dengan syarak bahkan mungkin satu kedudukan yang besar lagi mulia yang turut memuaskan naluri cintakan kedudukan itu sepuas-puasnya. Namun ia adalah dengan syarat dia menjadikan ikhlas dan redha Ilahi sebagai asasnya dan tidak menjadikan kecintaan kepada kedudukan sebagai satu tujuan.
344. Page
Lelaki ini hanya kehilangan sedikit sahaja yang tidak memberi kesan apa-apa kerana dia menemukan disebaliknya sesuatu yang amat bernilai yang ‘menghalau’ banyak ‘ular berbisa’ dan mengundang makhluk lain yang baik dan berkat untuk menjadi temannya. Atau perkara itu akan menghalau penyengat berbisa dan menarik kumpulan lebah yang setiapnya adalah umpama pemberi minuman Rahmat; dia seolah-olah meminum madunya terus daripada kumpulan lebah itu, dan dengan doa mereka mampu mendapatkan teman daripada seluruh bahagian dunia Islam. Melaluinya ruhnya akan mendapat limpahan unpama air daripada telaga Al-Kauthar, yang kemudiannya akan ditulis di dalam buku amalan kebaikannya.
Pada satu ketika, seorang yang kecil yang menjawat jawatan yang besar telah melakukan sesuatu dosa besar untuk mencapai kedudukan dan nama. Walaubagaimanapun hasilnya hanyalah cemuhan daripada dunia Islam; aku memberikannya peringatan dengan kisah perbandingan yang diceritakan sebelum ini. Ini membuatkan dia tersedar, namun oleh kerana aku sendiri tidak masih belum terselamat daripada bahaya kedudukan dan nama.
Tipudaya Kedua: Salah satu perasaan yang terkuat dan asas pada manusia ialah perasaan takut. Orang yang zalim yang berperancangan jahat yang sentiasa cuba menjatuhkan orang lain saling mengambil peluang kepada perasaan takut ini dan menggunakannya dalam kalangan orang yang penakut. Golongan ajen risikan dan propanganda yang bekerja untuk mereka yang berkepentingan mengambil peluang perasaan ini dalam kalangan orang biasa dan juga dalam kalangan para cendiakawan Islam khususnya dengan menakut-nakutkan mereka. Contohnya: untuk menakutkan seorang yang pengecut yang sedang berada di atas bumbung dan menjadikan dia dalam keadaan bahaya, seorang yang berperancangan jahat akan menunjukkan kepadanya sesuatu yang disangkakannya memudaratkan; dia menyemarakkan ketakutannya dan membuatkan si pengecut itu perlahan-lahan menuju ke hujung bumbung; kemudian dia membuatkannya terjatuh dan patah lehernya. Dalam keadaan yang sama, golongan yang jahat itu membuatkan orang ramai sanggup mengorbankan perkara-perkara yang penting disebabkan oleh perasaan takut yang sebenarnya tidak perlu dan penting. Dalam keadaan mereka cuba lari daripada digigit nyamuk, mereka lari menyorok ke dalam mulut ular.
345. Page
Pernah satu ketika dahulu, seorang yang dihormati -Semoga dia dirahmati Allah- takut untuk menaiki sebuah perahu dayung. Satu petang, kami berjalan bersama ke Jambatan di Istanbul. Kami terpaksa menaiki sebuah perahu kerana tiada pedati berkuda sedangkan kami mahu ke kawasan Abu Ayyub Al-Ansari. Saya mendesak beliau dan beliau berkata: “Aku sebenarnya takut. Mungkin perahu akan tenggelam.” Balasku: “Ada berapa banyak perahu agaknya di teluk ini dalam perkiraan Tuan?” Kata beliau: “Mungkin dalam seribu perahu”. Kataku lagi: “Agaknya berapa banyak yang tenggelam dalam setahun?”. Kata beliau: “Satu atau dua barangkali, atau dalam beberapa tahun tiada yang tenggelam.” Kataku: “Setahun ada berapa hari?” Katanya: “360 hari.” Kataku: Kebarangkalian tenggelam yang menjadikan Tuan berasa takut tanpa sebab ini dan menjadikan Tuan bimbang tidak bersebab, ialah satu dalam 360ribu. Seseorang yang takutkan kebarangkalian sedemikian sebenarnya tidak layak untuk menjadi manusia bahkan tidak layak untuk menjadi haiwan sekalipun. Aku kemudian bertanyakan kepadanya: “Berapa lama Tuan sangka akan hidup?” Jawabnya: “Aku sudah tua, mungkin lagi sepuluh tahun”. Aku berkata kepadanya: “Kebarangkalian untuk berlakunya kematian adalah setiap hari kerana detik kematian adalah rahsia. Ini menunjukkan Tuan boleh mati pada mana-mana hari dalam masa tiga ratus enam puluh ribu hari tersebut. Sebenarnya, ada satu dalam tiga ribu kebarangkalian yang Tuan akan mati pada hari ini daripada kebarangkalian satu dalam tiga ratus ribu Tuan akan mati jika bot tenggelam, jadi eloklah kalau Tuan berasa gementar dan menangis bersedialah menulis wasiat.” Menyedari hal itu dia mula berfikiran rasional. Dalam keadaan dia masih sedikit menggigil, aku membawanya untuk menaiki perahu. Apabila di dalam perahu, aku memberitahunya: “Allah Yang Maha Berkuasa telah menganugerahkan perasaan takut untuk kita mengekalkan kehidupan dan bukannya untuk menghapuskannya. Dia tidak memberikan kehidupan agar ia menjadi bebanan, kepayahan, menyakitkan dan menyeksakan. Jika ketakutan disebabkan oleh satu dalam dua, tiga atau empat atau mungkin juga satu dalam lima atau enam, itu adalah perasaan takut sebagai amaran agar kita berjaga-jaga. Namun ketakutan daripada kebarangkalian satu dalam 20, 30, 40 perkara adalah tidak berasas dan boleh menjadikan hidup adalah ilusi!”
346. Page
Oleh itu saudara-saudaraku, Sekiranya kamu diserang mereka yang simpati kepada ateisme dengan menakutkan kalian untuk berhenti daripada berjihad dengan kata bicara dengan menanamkan bibit-bibit ketakutan dalam hati-hati kamu, katakanlah kepada mereka kembali:
Kami adalah kelompok Al-Quran, yang mengikut ayat: إِنَّا نَحْنُ نَزَّلْنَا الذِّكْرَ وَإِنَّا لَهُ
لَحَافِظُونَ “Sesungguhnya Kamilah yang telah menurunkan peringatan ini, dan Kami jualah yang akan menjaganya.” (Al-Hijr: 9), dan juga حَسْبُنَا اللهُ وَنِعْمَ الْوَكِيلُ “Cukuplah bagi kami Allah dan Dialah sebaik-baik Wakil” (Ali-Imran: 173). Inilah yang menjadi benteng teguh yang melindungi kami, kamu tidak akan dapat mendorong kami dengan kehendak kami ke arah yang terdapat seratus peratus kebarangkalian yang beribu kali yang akan memudaratkan kehidupan akhirat kami.”
Dan katakanlah juga: Apakah ada seseorang yang telah menderita disebabkan oleh Said Nursi, sahabat kami dalam memberikan khidmat kepada Al-Quran, pemimpin dan penggerak kerja mulia ini, atau menderita disebabkan oleh pencinta kebenaran umpama kami yang merupakan sahabat-sahabat beliau yang berada pada landasan kebenaran? Apakah ada sesiapa yang pernah disusahkan oleh anak-anak murid yang rapat dengan beliau sehingga kami juga turut ditimpa musibah kerananya? Patutkah kami turut merasa bimbang akan turut ditimpa musibah seumpamanya? Sahabat-sahabat kami ini ada beribu-ribu rakan di dunia dan akhirat. Walaupun dalam tempoh dua sehingga tiga puluh tahun dia memainkan peranan yang penting dan berpengaruh dalam kehidupan sosial hidup di dunia ini, kami belum pernah lagi mendengar ada yang ditimpa musibah serta disakiti disebabkan oleh beliau; dan itu pun ketika beliau masih mampu menggunakan kuasa kerana hubungan politiknya. Namun sekarang beliau lebih realistik daripada menggunakan kuasa sedemikian. Tentu sekali, sebelum ini golongan tertentu cuba mengaitkan beliau dengan insiden 30 Mac yang telah menyebabkan segelintir sahabat-sahabat beliau dihapuskan, namun kemudiannya baharulah diketahui yang sebenarnya ada pihak lain yang menyebabkan perkara tersebut. Rakan-rakan beliau tidak bernasib baik bukanlah kerana beliau bahkan kerana musuh-musuh beliau. Beliau bahkan ketika itu telah menyelamatkan ramai daripada rakan-rakan beliau.
347. Page
Oleh itu syaitan-syaitan seperti kalian tidak sepatutnya cuba mempengaruhi mereka untuk kami buang satu khazanah yang abadi hanya semata-mata kerana takut kepada kebarangkalian yang bukanlah hanya satu dalam seribu tetapi dalam beribu-ribu.” Kamu patut katakan begitu dan menampar mulut mereka yang tersesat itu serta menghalau mereka! Dan beritahu mereka yang hipokrit juga: Sekiranya kebarangkalian kematian bukanlah hanya satu dalam beratus-ratus ribu tetapi seratus-peratus pasti, jika kita mempunyai pertimbangan, kita tidak akan mudah takut, meninggalkannya dan lari!” Kerana ia telah disaksikan beberapa kali melalui pengalaman yang banyak bahawa mereka yang mengkhianati saudara-saudara mereka yang lebih tua atau Tuan Guru mereka sendiri pada waktu kecemasan yang membahayakan, mereka akan ditimpa malapetaka terlebih dahulu. Mereka biasanya akan dihukum tanpa rasa belas dan dipandang begitu hina. Dari segi fizikal dan ruhani mereka telahpun sebenarnya mati. Mereka disiksa oleh puak yang langsung tidak mengasihani mereka kerana kata mereka: “Oleh kerana mereka telah mengkhianati Tuan Guru mereka yang setia dan amat berbudi kepada mereka selama ini, mereka ini tentulah amat hina dan keji dan patut menerima hukuman sedemikian dan bukannya dibelas kasihani!”
Ya, inilah realitinya. Juga, sekiranya seorang lelaki yang zalim dan jahat mencampak seseorang ke tanah lalu berdiri untuk memijak kepalanya dengan kaki sedangkan lelaki yang terlantar itu mencium kaki penganiaya tersebut, disebabkan dirinya yang telah menjadi hina begitu rupa, hatinya akan luluh berkecai sebelum tubuh badannya. Dia akan kehilangan kepalanya, kehormatan dirinya serta harga dirinya akan tergadai. Dengan menunjukkan kelemahan di hadapan si zalim penganiaya yang tidak ada perasaan belas itu, dia akan hanya menggalakkannya agar terus dipukul. Tetapi jika dia meludah ke muka si zalim itu, hati dan semangatnya akan terpelihara dan tubuhnya akan dianggap syahid yang teraniaya.
Ya, ludahlah pada muka para penzalim tersebut! Pada satu masa apabila orang British telah memusnahkan meriam-meriam di teluk Bosphorus dan menduduki Istanbul, ketua Bishop Gereja Anglikan, institusi keagamaan utama negara tersebut, mengajukan enam soalan kepada Pejabat Syaikh Al-Islam. Aku adalah salah seorang ahli Darul Hikmah sewaktu itu. Mereka menyuruhku menjawab beliau dengan meminta jawaban diberikan dalam satu karangan sepanjang 600 patah perkataan. Namun aku memberitahu mereka: “Aku akan menjawab bukan dengan 600 perkataan, atau dengan enam atau satu perkataan bahkan dengan satu ludahan!” Ini kerana Britain apabila menduduki teluk-teluk kita sepertimana yang kamu lihat, patut sahaja muka Ketua Bishopnya kerana soalannya yang penuh kesombongan dan nada tinggi diri. Oleh itu selayaknya mereka itu diludah sahaja kerana kekasaran dan kezaliman mereka.
348. Page
Aku katakan lagi: “Saudara-saudaraku! Pada masa sebuah kerajaan zalim seperti Britain telah menduduki tanah kita, perlindungan daripada Al-Quran adalah cukup untukku, walaupun telah dipastikan seratus peratus yang sesuatu yang buruk boleh terjadi kepadaku disebabkan oleh cara aku menentang mereka melalui media cetak. Pastinya perlindungan tersebut cukup buat kamu juga seratus kali ganda lagi untuk menghadapi kesulitan yang disebabkan oleh golongan zalim tersebut yang kebarangkaliannya ialah satu dalam seratus. Tambahan lagi, saudara-saudaraku, kebanyakan kamu telahpun menunaikan khidmat wajib ketenteraan kami. Sesiapa yang belum, pasti telah mendengar perkara ini, dan sesiapa yang masih belum mendengarnya, dengarlah daripadaku: “Orang yang paling banyak mengalami kecederaan adalah mereka yang berpaling lari dan meninggalkan benteng-benteng mereka, manakala yang paling kurang kecederaannya adalah mereka yang kekal bertahan di benteng-benteng mereka.” Inilah maksud tersirat ayat:
قُلْ إِنَّ الْمَوْتَ الَّذِي تَفِرُّونَ مِنْهُ فَإِنَّهُ مُلاقِيكُمْ
“Katakanlah, bahawa kematian yang kamu melarikan diri daripadanya akan tetap menjemput kamu”. (Al-Jumuah: 8).
Ini menunjukkan bahawa orang yang melarikan diri daripada maut sebaliknya akan lebih banyak ‘berjumpa’ dengannya lebih daripada orang lain.
Tipudaya Syaitan Ketiga:
Syaitan-syaitan manusia memperdaya melalui sifat tamak. Kita telah buktikan dalam banyak Risalah dengan bukti-bukti yang pasti yang dipetik daripada ayat-ayat Al-Quran bahawa rezeki yang sah tidak datang berdasarkan kepada kemampuan dan keinginan tetapi mengikut bahagiannya berdasarkan kelemahan dan kekurangan. Terdapat banyak tanda-tanda serta bukti-bukti yang menunjukkan perkara ini. Contohnya: Pokok-pokok yang merupakan makhluq tidak berakal yang memerlukan rezeki, tidak bergerak dan bekalannya datang kepadanya. Manakala haiwan yang memburu rezekinya dengan tergesa-gesa, tidak pula mendapat bekalan makanan secukupnya berbanding dengan pokok-pokok tadi. Begitu juga, walaupun ikan adalah haiwan paling dungu dan lemah dan di dapati hidup dalam pasir, mereka biasanya berisi dan gemuk namun haiwan yang lebih cerdik umpama monyet dan musang adalah biasanya kurus dan lemah disebabkan oleh kesukaran mereka mendapat makanan. perantaraan rezeki itu bukanlah kekuatan/kemampuan tetapi ia adalah kefakiran. Ini juga menunjukkan, rezeki yang baik yang didapati oleh semua anak yang kecil, samada manusia atau haiwan, iaitu susu, yang merupakan anugerah hebat perbendaharaan Rahmat, yang dikurniakan kepada mereka dengan cara yang paling tidak dijangka disebabkan sifat pemurah kerana kelemahan mereka, juga kesulitan segala haiwan liar; ini menunjukkan bahawa kelemahan dan kefakiran adalah jalan untuk penganugerahan rezki yang halal dan bukannya disebabkan oleh kebijaksanaan dan kuasa. Juga, di antara negara-negara di dunia tidak ada yang amat menginginkan bantuan serta bekalan lebih daripada negara Yahudi yang amat ganas memuaskan sifat tamaknya. Namun mereka telah menderita lebih daripada mana-mana bangsa disebabkan oleh taraf hidup yang rendah di samping kefakiran dan kehinaan. Yang kaya dalam kalangan mereka juga hidup dalam keadaan yang hina serta harta yang mereka perolehi secara riba bukanlah daripada sumber halal yang dapat menolak hujah perbincangan kita di sini.
349. Page
Kefakiran kebanyakan para penulis dan cendiakawan serta kekayaan kebanyakan orang-orang yang dungu pemikirannya menunjukkan yang cara memancing rezeki bukanlah kebijaksanaan dan kuasa tetapi adalah kelemahan dan kefakiran; ialah apabila berserah kepada Tuhan dan bersandar kepadaNya, serta doa dengan perkataan, doa keaadan serta doa berbuatan. Ayat: إِنَّ اللهَ هُوَ الرَّزَّاقُ ذُو الْقُوَّةِ الْمَتِينُ “Sesungguhnya Allahlah yang Maha Pemberi Rezki Yang mempunyai kekuatan yang kukuh”. (Al-Zariyyat: 58); ia mengumumkan hakikat ini yang merupakan bukti yang kuat lagi kukuh tentang dakwaan kami ini yang maknanya seolah dibacakan oleh pohon, haiwan dan anak-anak kecil. Setiap kumpulan makhluk yang memerlukan rezeki menyerlahkan makna ayat ini melalui lisan keadaan mereka.
Oleh kerana rezeki telah ditetapkan dan dianugerahkan oleh Allah SWT, juga oleh kerana Dia adalah Yang Maha Pemurah dan Penyayang. Mereka yang menjatuhkan air mukanya dengan mendapatkan hasil yang tidak sah seolah menuduh sifat RahmatNya dengan cara yang merendah-rendahkan sifat PemurahNya dengan membuang harga dirinya dengan terlibat dengan rasuah dan menerima sesuatu haram, mereka sepatutnya memikirkan betapa gilanya perbuatan mereka itu.
Benar, pencinta dunia dan mereka yang sesat, tidak memberikan duit mereka dengan mudah, mereka menjualnya dengan mahal. Kadang-kadang seseorang itu menghancurkan kehidupan akhiratnya yang abadi semata-mata untuk mendapatkan sejumlah wang yang hanya dapat menampung kehidupannya untuk setahun sahaja di dunia. Dengan itu dia sanggup menanggung Kemurkaan Ilahi dek kerana hanya ingin menggembirakan beberapa orang yang sesat jalannya. Benar wahai saudara-saudaraku, jika ada di antara pencinta dunia dan mereka yang sesat itu yang cuba mempengaruhi kamu kerana kelemahan sifat tamak ini pada diri manusia, fikirkanlah fakta di atas dan ambillah saudaramu ini sebagai contoh. Aku memberikan keyakinan kepada kalian dengan segala kemampuanku, bahawa rasa berpuas hati (qana’ah) dan berjimat cermat akan menjamin kehidupan kalian lebih daripada gaji dan upah. Adapun tentang duit haram yang diberikan kepada kalian, mereka sebenarnya menginginkan balasan yang harganya berlipat kali ganda. Ia juga akan menghalang kerja khidmat kalian kepada Al-Quran, yang sebenarnya menjanjikan pada setiap ketikanya kepada kalian khazanah yang abadi, atau ia akan menyebabkan kamu gagal melaksanakannya. Ini hanyalah satu mudharat yang besar serta satu kekosongan yang tidak mungkin dapat diisi oleh sesiapa walaupun jika diberikan gaji beribu-ribu pada setiap bulan.
350. Page
Amaran: Golongan yang sesat tersebut tidak akan mampu untuk membela diri mereka dan menafikan kebenaran-kebenaran iman dan Al-Quran yang kami ambil daripada Al-Quran yang penuh kebijaksanaan itu yang kami hebahkan. Oleh itu, mereka cuba menggunakan jerat dan helah untuk perkara itu dilupakan, mereka ingin menjerat sahabat-sahabatku dengan pangkat dan kedudukan, tamak, takut serta cuba menjatuhkan maruahku dengan tohmahan palsu dan dusta. Kita sentiasa menjalankan tugas yang suci ini dengan positif namun malangnya, kadang-kadang tugas untuk mengatasi halangan dalam perjalanan melaksanakan beberapa perkara yang baik menjuruskan kita untuk bertindak secara negatif. Oleh sebab inilah aku mengambil memberi peringatan kepada saudara-saudaraku sekalian berkenaan dengan tiga perkara yang dibentangkan di atas, dalam menghadapi propaganda puak sesat tersebut. Aku cuba untuk mematahkan segala tohmahan yang dilontarkan kepadaku. Serangan yang menonjol sekarang adalah kepada peribadiku. Mereka mengatakan: “Said adalah orang Kurdish, kenapa perlu menghormati beliau begitu sekali dan mengikutnya?”. Dengan itu aku terpaksa membicarakan tentang perancangan keempat dalam Bahasa Said terdahulu walaupun aku cuba mengelaknya, demi untuk mendiamkan golongan berhati busuk tersebut.
Tipudaya Syaitan Keempat: Untuk memesongkan saudara-saudaraku dan membangkitkan perasaan nasionalis mereka, beberapa orang yang tiada pegangan agama yang menjawat jawatan yang besar menyerangku dengan propaganda mereka. Ditambah dengan gesaan para Syaitan dan cadangan-cadangan mereka yang tersesat, mereka mengatakan: “Kamu adalah bangsa Turki. Alhamdulillah, dalam kalangan orang Turki terdapat ulama dan individu-individi hebat dalam pelbagai bidang. Said ini orang Kurdish. Untuk bekerja dengan seseorang yang tidak berkongsi ciri bangsa dengan kamu adalah tidak patriotik.” Jawapannya ialah: “Sememangnya kamu adalah teruk dan tiada agama!”. Alhamdulillah aku seorang Muslim. Ada 350 juta penganut serupa denganku. Aku berlindung dengan Allah seratus ribu kali daripada mengorbankan sesuatu untuk idea yang radikal dan semangat kebangsaan yang negatif juga lima puluh juta saudara-saudara yang menghargai semangat persaudaraan yang abadi yang sentiasa menolongku dengan doa mereka yang juga terdiri daripada kalangan kebanyakan bangsa Kurdi. Aku juga berlindung dengan Allah daripada mendapat tempat dalam kalangan mereka yang kehidupannya telah tersasar daripada agama atau yang merupakan golongan yang tidak mengamalkan undang-undang yang membawa nama Kurdi dan diakui sebagai bangsa Kurdi.
351. Page
Wahai golongan yang tidak berpegang kepada agama! Semestinya ada beberapa orang yang dungu seperti kalian yang dengan mudah hendak menafikan hubungan persaudaraan 350 juta komuniti, hanya kerana untuk mendapatkan persaudaraan - yang tiada nilainya walaupun di dunia ini – dengan beberapa penderhaka Hungari dan beberapa personaliti Turki berpandangan orang Barat yang telah membuang agama mereka. Memandangkan, dalam Persoalan Ketiga daripada Surat ke 26, kami telah menunjukkan bersama dengan dalil-dalilnya tentang betapa negatifnya sifat perkauman nasionalis ini, kami ingin menunjukkan kepada kalian, untuk menjelaskan tentang satu fakta yang turut telah dibicarakan di akhir persoalan ke tiga tersebut: Aku katakan kepada golongan patriotik palsu tidak beragama tersebut yang berselindung di belakang semangat Turkisme namun mereka itu sebenarnya adalah musuh dalam selimut bagi bangsa Turki: “Aku amat terkait dan amat rapat hubungannya secara abadi dengan umat Islam, bersama dengan penganut-penganutnya di negara ini yang digelar sebagai bangsa Turki.
Berkenaan Islam pula, aku bangga dan menyayangi sebahagian anak-anak watan negara ini yang selama hampir seribu tahun telah berjaya mengibarkan panji Al-Quran kepada setiap penjuru dunia. Kamu pula, wahai golongan patriotik palsu dan penyamar! Kamu hanya meyebarkan cara yang akan membuatkan kamu lupa kebanggaan bangsa Turki yang sebenarnya; cara yang lebih perkauman, sementara dan yang akan menanam kebencian. Apakah negara Turki hanya dihuni anak muda memberontak tidak mendengar kata berumur di antara 20 ke 40 an? Apakah hanya Pendidikan Eropah yang bermanfaat untuk mereka sebagaimana gesaan puak nasionalis patriotik sedangkan ia hanya akan menjadikan mereka lebih tidak mendengar kata serat menggalakkan mereka terjerumus dalam perkara yang terlarang? Apakah semata untuk menghiburkan mereka dan membuatkan mereka kelak meratap teresak-esak sewaktu di hujung usia? Jika inilah kandungan nasionalis patriotik, dan jika inilah progress dan kebahagiaan hidup, ya, jika kamu juga adalah berbangsa Turki dan berfikiran begitu, elok sahaja aku lari daripada keTurkian kamu, dan kamu juga bolehlah melarikan diri daripadaku juga! Sekiranya ada sekelumit patriotism, akal dan pertimbangan, fikirkanlah tentang bahagian-bahagian masyarakat di bawah ini dan berikanlah aku jawapannya:
352. Page
Sesungguhnya anak-anak bumi ini yang dinamakan umat bangsa Turki terbahagi kepada beberapa kumpulan:
Kumpulan pertama: Golongan yang baik dan bertaqwa
Kumpulan kedua: Golongan yang malang dan sakit
Kumpulan ketiga: Golongan tua
Kumpulan keempat: Golongan kanak-kanak
Kumpulan kelima: Golongan miskin dan lemah
Kumpulan keenam: Golongan Pemuda
Bukankah lima kumpulan utama itu berbangsa Turki? Apakah mereka tidak mempunyai bahagian dalam nasionalisme dan patriotisme negara? Apakah nasionalis dan patriotik menafikan golongan-golongan tersebut, menghapuskan kegembiraan hidup mereka dan menghapuskan perkara yang dapat menjadikan mereka selesa demi untuk memuaskan kumpulan keenam itu sehingga untuk mereka terus mabuk? Atau apakah ini untuk menyemarakkan kebencian kepada bangsa ini? Mengikut prinsip “Pendapat itu diputuskan mengikut kepada majoriti”, yang membelakangi golongan majoriti adalah musuh dan bukannya rakan taulan. Apakah manfaat terbesar bagi golongan pertama ahli beriman dan bertaqwa boleh didapati dalam tamadun ala Eropah sahaja? Atau ia boleh didapati dalam memikirkan tentang kebahagian abadi melalui kebenaran iman, dalam mengembara pada jalan kebenaran yang paling menjadi rebutan dalam mencari ketenangan hakiki? Cara yang golongan patriotik palsu dan sesat seperti kamu telah laksanakan telah memadamkan cahaya rohani para mukmin yang bertaqwa, menghapuskan impian sebenar mereka serta menunjukkan bahawa kematian itu adalah satu ketiadaan abadi; kubur pula adalah hanyalah pintu kepada perpisahan yang abadi.
Apakah kepentingan golongan yang sakit, yang menderita dan mereka yang berputus asa dalam kehidupan yang merupakan kumpulan kedua itu boleh didapati dalam kehidupan ala Eropah yang tidak beragama itu? Ini adalah mereka ini memerlukan cahaya bimbingan dan tempat mengadu. Mereka inginkan ganjaran sebagai balasan kepada segala penderitaan yang mereka alami. Mereka ingin membalas dendam kepada golongan yang menzalimi mereka. Mereka ingin menangkis segala ketakutan yang menunggu di pintu kubur yang mereka hampiri. Melalui patriotisme palsu mereka itu, orang seperti kalian seakan telah menikam senjata tajam ke hati-hati para mangsa yang menderita akibat bencana yang amat memerlukan belas kasihan, sokongan moral dan semangat. Kamu seolah-olah memukul mereka terus di atas kepala. Kamu dengan zalim menghancurkan harapan mereka. Kamu hanya mencampakkan mereka ke lembah putus asa! Apakah ini nasionalisme yang patriotik? Apakah begini caranya kamu mendatangkan faedah kepada negara ini?
353. Page
Kumpulan ketiga ialah golongan berusia, yang merupakan satu pertiga daripada ummah sedangkan mereka menghampiri kubur, semakin dekat dengan kematian, semakin jauh meninggalkan dunia juga semakin mendekati Hari Akhirat. Apakah impian, cahaya dan ketenangan mereka itu boleh didapati dengan mendengar kepada pengembaraan berdarah penzalim seperti Hulago dan Genghiz? Apakah mereka itu mempunyai tempat dalam pergerakan moden kalian yang membuatkan Akhirat itu dilupakan, menjadikan seseorang itu terikat kepada kehidupan dunia, semuanya itu tidak membuahkan hasil dan sebenarnya merudum namun tampak seolah-olah sedang berkembang maju? Apakah cahaya akhirat boleh dicari di pawagam? Apakah ketenangan abadi boleh didapati di dalam teater? Kalaulah nasionalisme patriotik benar ingin menyembelih mereka dengan pisau ghaib sambil memberikan mereka idea yang “kamu semua hanya akan disedut ke dalam ketiadaan yang abadi”, juga untuk mengubah pusara yang mereka anggap sebagai pintu gerbang rahmat, untuk masuk ke dalam mulut naga lantas membisikkan kepada mereka: “Kamu juga akan masuk ke sini!”- kalaulah, sedang kumpulan yang berusia ini mengharapkan rasa hormat daripada pendukung patriotism, namun inilah sebenarnya isi kandungannya, maka aku mohon perlindungan dari Allah seratus ribu kali daripada patriotisme yang sedemikian!
Kumpulan ke empat pula terdiri daripada kanak-kanak. Mereka inginkan perhatian dan mendambakan kasih sayang daripada semangat nasionalisma. Dalam keadaan mereka itu masih lemah, tidak mampu berdikari dan tidak memiliki kuasa, semangat mereka itu sepatutnya boleh dikuatkan dengan mengetahui kasih sayang dan kekuasaan Yang Maha Pencipta dan boleh mengembangkan bakat mereka itu dalam keadaan mereka gembira. Jika dipupuk dengan tawakal iman dan penyerahan Islam yang timbul daripada iman dan Islam, ia akan mampu bertahan daripada digugat ketakutan dan tarikan dunia di masa hadapan; yang akan menjadikan mereka yang tidak berdosa melihat kehidupan dengan penuh semangat waja. Apakah ini dapat dicapai dengan mengajar mereka berkenaan kemajuan tamadun yang tidak mereka miliki hubungannya dan juga prinsip-prinsip falsafah materialis yang hanya akan menghapuskan akhlaq dan semangat mereka? Kalaulah manusia hanya memiliki tubuh serupa haiwan dan tidak memiliki akal, mungkin juga prinsip-prinsip Eropah ini yang kalian namakannya sistem pendidikan bertamadun dan kamu kenalkannya sebagai sistem pendidikan kebangsaan dapat memberikan faedah keduniaan dalam bentuk yang sementara dan hal ini ibarat memberi alat permainan kepada mereka secara keanak-anakan. Namun oleh kerana mereka bakal dibentuk mengikut acuan kehidupan yang penuh pancaroba dan oleh kerana mereka ini juga adalah manusia, pastinya mereka mempunyai cita-cita yang terpendam dalam hati-hati mereka dan tujuan hidup yang lebih besar yang mereka fikirkan dalam benak pemikiran mereka. Oleh kerana realitinya adalah demikian, menurut keperluan sifat kasih sayang itu, dalam keadaan kehendak mereka yang tidak terbatas dan lemah, satu noktah persandaran yang kuat dan tempat meminta pertolongan yang tidak akan hilang dalam bentuk iman kepada Allah dan hari Akhirat perlu ditanamkan di dalam hati mereka. Hanya dengan cara ini sahajalah kasih sayang dan belas terhadap golongan ini dapat dilaksanakan. Jika tidak, ia adalah ibarat menyembelih mereka yang lemah lagi tidak berdosa itu secara halus dengan semangat mabuk nasionalis, ibarat seorang ibu gila yang dengan zalimnya menyembelih anaknya dengan pisau, lalu mengeluarkan otak dan hati mereka untuk disuapkan kembali kepada mereka untuk memberikan tenaga kepada tubuh badan mereka.
354. Page
Golongan kelima terdiri daripada golongan miskin dan lemah.
Apakah golongan miskin ini mendapat faedah daripada semangat nasionalis perkauman ini? sedangkan mereka menderita dibebani masalah kehidupan dan juga golongan yang lemah yang diuji belenggu, ketidaktentuan dan gegaran kehidupan. Apakah faedah itu didapati dalam pergerakan-pergerakan yang kamu asaskan dengan nama tamadun Eropah yang mewarisi tamadun Fira’un yang mencarikkan hijab yang selama ini merupakan simbol perasaan malu yang hanya akan menjadikan golongan miskin ini lebih menderita dan merana? Ia hanya akan memanfaatkan nafsu golongan kaya yang tidak berakal dan akan menjadi cara mendapatkan kedudukan golongan berkuasa yang zalim.
Ubat mujarab untuk kecederaan disebabkan kefakiran bagi golongan tersebut tidak mungkin boleh didapati daripada pemikiran nasionalis perkauman tetapi daripada farmasi kesucian Islam. Kekuatan dan semangat juang golongan ini tidak akan dapat dilahirkan oleh falsafah semula jadi yang hanya bersandarkan kepada “kebetulan”, tetapi daripada semangat ‘perkauman’ Islam yang suci.
Golongan ke enam pula terdiri daripada golongan muda, jika masa muda mereka itu kekal muda sentiasa, tentulah arak yang kalian berikan mereka itu dengan nama perkauman negatif memanfaatkan mereka, namun malangnya arak dan penderitaan yang dibawanya akan menjadikan mereka meratap apabila mereka sedar dari mabuknya yang lazat tatkala mereka lanjut usia kelak dan bangkit daripada mimpi manis tersebut dengan penuh penyesalan dan kesedihan pada permulaan masa tua, serta menjadikannya berkata: Alangkah ruginya! Masa mudaku telah berlalu, umur telah lenyap sedangkan aku bakal masuk ke kubur secara muflis, alangkah baiknya kalau aku dapat kembali waras dan wajar!
Apakah nasib golongan ini di tangan semangat nasionalis sedangkan ia sebenarnya mendorong mereka untuk bersedih dalam tempoh yang lama sekali hanya semata-mata kerana ingin berfoya-foya melepas nafsu sekadar untuk waktu yang singkat?
Atau apakah kebahagiaan dunia mereka itu serta keseronokan hidup mereka itu ialah dengan mengejar kejayaan abadi di negeri akhirat sebagai seorang pemuda yang fana dalam ibadahnya dengan memanfaatkan nikmat kehidupan itu pada jalan yang benar dan bukannya pada jalan keseronokan; dengan menghabiskan masa mudanya dalam ketekunan ibadah untuk menunjukkan betapa bersyukurnya dia kepada nikmat indah sementara tersebut?
Jawablah sekiranya kalian ada sebesar zarah kesedaran dan ilmu!
355. Page
Ringkasannya: Sekiranya umat Turki terdiri daripada golongan keenam iaitu para pemuda dan masa muda mereka akan terus muda sehingga bila- bila dan mereka juga hanya hidup di dunia tentu sekali perilaku kalian yang ala Eropah itu yang kamu laksanakan di bawah tirai perkauman Turki memang sebenarnya adalah satu semangat untuk bangsa Turki, serta pasti kalian berhak mengatakan kepadaku yang lahir di sebuah tempat lain ini, yang tidak mempedulikan kehidupan dunia ini melainkan sedikit, yang menganggap idea perkauman itu ibarat satu penyakit seperti penyakit kegilaan meniru Eropah; yang sentiasa berusaha untuk menghindarkan para pemuda daripada tenggelam dalam kenikmatan dan hawa nafsu yang tidak halal; pastinya kalian boleh mengatakan kepadaku: Dia hanyalah seorang Kurdi, tidak perlu mengikutnya.
Namun oleh kerana anak muda negara ini yang tergolong dalam bangsa Turki mengikut kepada enam golongan yang kami terangkan tadi, untuk memberikan keburukan kepada lima golongan yang lain dan menggugat kebahagiaan mereka lalu memberikan kepada golongan muda itu keseronokan dunia yang sementara yang hanya akan membuahkan natijah yang buruk, maka ini adalah satu bentuk permusuhan kepada bangsa Turki dan bukannya satu kebaikan langsung.
Benar aku tidak dianggap sebagai seorang Turki dari segi bangsanya, namun aku telah bekerja dan sedang bekerja dengan segala kekuatanku dengan penuh semangat, dengan penuh rasa persaudaraan dan kasih untuk golongan-golongan bangsa Turki yang bertaqwa, yang menderita, yang tua, kanak-kanak juga mereka yang lemah dan miskin. Aku juga pernah bekerja untuk golonngan pemuda yang merupakan golongan keenam; aku inginkan agar mereka menghindarkan amalan di luar syariat yang hanya akan meracunkan kehidupan dunia mereka, yang hanya akan menghancurkan kehidupan akhirat mereka. Hanya untuk sejam gelak tawa yang akan hanya membawa kepada tangisan setahun. Kerja-kerja yang aku telah ambil daripada Al-Quran dan dicetak di dalam Bahasa Turki – bukan untuk enam atau tujuh tahun ini, bahkan selama dua puluh tahun- adalah bukti untuk dilihat semua.
Ya, apa yang amat diharapkan golongan tua daripada kerja-kerja ini yang berjaya diambil daripada nur Al-Quran Al-Hakim, Alhamdulillah, bahawa sebaik-baik ubat yang amat diperlukan oleh golongan yang menderita juga golongan berpenyakit dapat diperoleh daripada farmasi Al-Quran yang suci itu. Bahawa pintu kuburan yang merunsingkan mereka dapat ditukar dengan nur kefahaman Al-Quran menjadi satu pintu Rahmat, bukanlah pintu kemusnahan. Untuk kanak-kanak pula, daripada Al-Quran itu dibangkitkan dalam hati-hati mereka satu perasan untuk menjadikan Al-Quran itu sandaran serta benteng yang kuat terhadap segala ancaman dan ujian kehidupan yang bakal ditempuh. Menjadi sumber inspirasi untuk segala harapan dan cita-cita mereka yang tidak ada hadnya yang sentiasa menyerlahkan dirinya dan membantu mereka. Manakala, golongan miskin dan lemah pula, dengan iman dan pancaran nur kebenaran Al-Quran itu akan merasa terlepas daripada lelah bahana kehidupan yang sentiasa merunsingkan mereka.
356. Page
Demikianlah lima golongan daripada enam yang membentuk umat Turki dan kami berusaha untuk memberi manfaat kepada mereka. Kumpulan keenam adalah golongan muda. Kami merasakan satu persaudaraan dengan beberapa individu terbaik dalam kalangan mereka. Namun kami tiada apa jenis persahabatan langsung dengan kamu yang telah terpesong daripada jalan yang lurus. Kami mengangap orang dipesongkan dan meninggalkan umat Islam (ateis) bukan kebanggaan bangsa Turki yang bahkan bahkan kami menganggap mereka itu orang Eropah yang berselindung di sebalik tirai wajah orang Turki. Kalaupun mereka mendakwa diri mereka sebagai orang Turki lebih daripada seribu kalipun, mereka tidak akan dapat membohongi ahli kebenaran kerana perbuatan dan tindakan mereka itu menipu dakwaan dan identiti mereka yang sebenarnya.
Wahai ateis! Serta kamu (orang-orang Turki yang berpemikiran seperti Eropah) yang terpesong, yang dengan propaganda kamu cuba untuk menjadikan rakan-rakanku berpaling daripadaku! Bagaimanakah kalian sebenarnya memberikan manfaat kepada negara ini? Kamu memadamkan cahaya daripada menyinari kumpulan pertama yang takutkan Allah dan berada pada jalan yang benar. Kalian menaruh racun pada luka golongan kedua yang memerlukan kebaikan dan perhatian. Kalian menghancurkan ketenangan golongan ketiga, yang lebih layak dihormati, dan mencampak mereka ke dalam rasa keputus-asaan yang mutlak. Kalian hancurkan kekuatan maknawi golongan keempat, yang benar-benar memerlukan belas kasihan, dan kalian menghapuskan rasa kemanusiaan dalam diri mereka. Kalian mensia-siakan segala harapan dan laungan meminta pertolongan golongan kelima, yang sebenarnya amat memerlukan bantuan dan galakan semangat. Kalian hanya mengubah kehidupan itu lebih menakutkan daripada kematian pada pandangan mereka. Golongan keenam pula kalian hidangkan minuman mabuk yang hanya mengundang kepedihan sedangkan mereka itu amat perlu untuk disedarkan dan dibimbing. Apakah ini nasionalisma patriotik yang kerananya kamu sanggup mengorbankan begitu banyak perkara yang lebih mulia? Apakah hanya ini yang dapat ditawarkan oleh rasa semangat nasionalisma Turki kepada bangsa Turki? Aku berlindung daripada Allah daripada segala kebinasaannya seratus seribu kali!
Wahai tuan-tuan, aku tahu bahawa kalian jika kalah dengan hujah kebenaran akan cuba menggunakan kuasa, kalaupun dapat kalian tukarkan bumi ini menjadi bebola api untuk diletakkan di atas kepala ini nescaya ia tidak akan juga tunduk kepada kamu. Ia adalah satu tebusan untuk menegakkan kebenaran Al-Quran dengan hikmat rahsia kekuatan berada dengan kebenaran dan bukannya kebenaran berada dalam kekuatan!
357. Page
Aku juga mengkhabarkan kalian tentang ini; bukan seperti kalian yang sedikit ini mungkin beberapa orang yang dibenci dari pandangan rakyat atau bahkan ribuan yang seumpama kalian memusuhiku dengan permusuhan yang bersifat fizikal, aku tidak akan mempedulikan mereka dan aku tidak memberi nilai kepada mereka lebih daripada nilai haiwan yang berbahaya. Kerana apakah sebenarnya yang kalian dapat lakukan kepadaku? Apa yang kalian dapat lakukan adalah samada membunuhku atau mengganggu kerja dan khidmatku. Aku tidak ada apa-apa hubungan dengan dunia ini selain daripada kerja-kerja ini. Adapun ajal maut yang ditentukan itu, aku percaya bahawa ia tidak akan berubah kerana segalanya telahpun ditetapkan. Oleh kerana demikian itu, kalau aku rebah sebagai syahid di jalan yang benar, aku tidak akan mengelak daripada menempuhinya bahkan sentiasa menunggunya dengan penuh minat. Lagipun, aku sendiri telah dimamah usia dan merasakan amat payah untuk hidup walau dalam setahun lagi. Untuk menukar kehidupan setahun kepada sesuatu yang abadi melalui kesyahidan adalah merupakan tujuan mulia buat orang sepertiku. Adapun kerja dan khidmatku, melalui RahmatNya, Allah akan mewariskan perjuangan tersebut kepada saudara-saudaraku yang turut percaya dan berkhidmat kepada Al-Quran yang bakal meneruskannya melalui banyak pusat-pusat lain dan bukan sekadar satu. Kalaupun kata-kataku dilenyapkan dengan kematian, banyak lagi lisan-lisan yang akan menggantikannya yang lebih hebat yang akan meneruskan mesejnya. Ia adalah ibarat sebiji benih yang menumbuhkan tunas selepas ia sendiri tertimbus lenyap di bawah tanah, demikianlah akan tumbuh beratus tunas sebagai ganti benih yang satu itu, demikianlah juga harapanku agar kematianku akan dapat menjadi wadah untuk berkhidmat kepada Al-Quran dan Iman melebihi daripada apa yang aku dapat lakukan dalam hidupku.
Perancangan Syaitan Kelima: Puak penyokong jalan sesat dan mereka yang menyokongnya cuba untuk memaling dan merampas rakan-rakanku dariku dengan menggunakan perasaan sombong dan ego yang ada pada diri manusia.
Benarlah bahawa perasaan yang paling bahaya pada diri manusia ialah rasa keegoan dan yang paling lemah juga sebenarnya adalah keegoan kerana dengan mudah sahaja dapat kita lakukan perkara yang buruk dengan menggalakkannya.
Kerana itu wahai saudara-saudaraku, berhati-hatilah, janganlah biarkan mereka menyerang dan memburu kalian melalui perasaan ego ini . Ketahuilah jua bahawa golongan sesat pada zaman ini telah menunggang ‘keakuan’ itu dan menuju dengannya ke lembah kesesatan. Golongan yang benar tidak akan dapat melakukan kerja dakwah kepada yang benar itu melainkan dengan meninggalkan keegoan tersebut tanpa syarat. Sehinggakan kalaupun seseorang itu benar dalam menggunakan keegoannya, namun oleh kerana ia menyerupai yang lain, dia akan disangka seperti mereka juga, ini akan menjadikan perjuangan menegakkan kebenaran dizalimi dan dicemuh.
358. Page
Selain daripada itu, khidmat menyebarkan mesej Al-Quran yang menyatukan hati-hati kita tidak akan mungkin dapat menerima keegoan bahkan ia memerlukan “kekitaan”. Ia seolah-olah memberitahu: Janganlah berkata aku tapi katakanlah kami. Tentu sekali kalian benar-benar tahu yang saudara kalian yang lemah ini tidak sekali-kali muncul di khalayak dengan keakuannya, dia juga tidak pernah menggunakan kalian untuk keegoannya, bahkan sentiasa muncul dalam khalayak kalian sebagai seorang yang berkhidmat dengan Al-Quran yang tidak menyombong dengan keegoannya, serta menjadikan kerendahan diri dan hatinya sebagai amalannya.
Selain daripada itu, dia telah membuktikan kepada kamu dengan bukti-bukti yang kukuh bahawa kerja-kerja yang dirancang untuk memanfaatkan manusia adalah sebenarnya milik orang ramai kerana ia adalah apa yang diajarkan Al-Quran yang Bijaksana itu sendiri yang tidak boleh seseorang itu mendakwa menjadi pemiliknya disebabkan oleh kesombongannya.
Kalaupun dapat diandaikan bahawa akulah yang mencetuskan pemahaman serta amalan tertentu – tentu sekali ini adalah mustahil, namun seperti yang pernah dikatakan oleh seorang saudaraku: Oleh kerana pintu kebenaran Al-Quran ini telah dibuka, para sarjana dan mereka yang mencari kebenaran tidak sepatutnya mencari kecacatanku dan menghindariku; mereka tidak seharusnya juga menganggap diri mereka itu telah lengkap dan cukup segalanya. Tentu sekali segala khazanah peninggalan Ulama terdahulu adalah amat berharga dan cukup untuk menangani segala masalah dan rintangan; namun kadangkala kunci kepada khazanah itu sendiri boleh menjadi lebih penting; kerana jika khazanah itu terkunci, hanya dengan satu kunci sahaja segala khazanah yang amat banyak itu dapat dibuka kembali.
Saya merasakan mereka yang terlalu bongkak dengan tahap pengajian mereka telah memahami bahawa hasil penulisan “Kalimat” adalah merupakan kunci kepada kebenaran Al-Quran dan juga pedang berlian yang akan menghancurkan hujah mereka yang cuba menafikan kebenaran. Mereka yang merupakan golongan yang mempunyai kedudukan dan kelebihan yang memiliki keegoan ilmu yang tinggi bahawa mereka itu bukanlah murid kepadaku bahkan mereka itu adalah murid kepada Al-Quran dan aku hanyalah rakan sepengajian mereka.
359. Page
Kalaupun boleh diandaikan sesuatu yang mustahil untuk aku mendakwa bahawa aku dakwa diriku sebagai pakar kerana kita memiliki cara untuk menyelamatkan semua kumpulan orang yang beriman daripada yang marhaen kepada yang elit, daripada terpalit kekeliruan serta keraguan yang mereka hadapi, biarlah para cendikiawan itu samada mencari satu penyelesaian yang lebih mudah atau biarkan mereka mengambil bahagian dalam penyelesaian kita dengan menyebarkannya dan menyokongnya. Para ulama yang terpesong itu sebenarnya menghadapi satu ancaman yang besar; oleh itu para ulamak umumnya mestilah lebih berwaspada pada waktu ini. Jika andainya, kamu menyangka aku melakukan dakwah ini semua kerana sombong dan ego ilmu seperti yang ditohmah oleh musuh-musuhku maka lihatlah berapa banyak yang sanggup mengetepikan egotism mereka untuk menghurung seorang yang berlagak umpama Fira’un dengan penuh kesetiaan demi untuk habuan keduniaan dan kenegaraan lalu mereka laksanakan semua itu dengan penuh solidariti, apakah saudaramu ini tidak punyai hak serupa untuk meminta solidariti kalian untuk menjunjung kebenaran beriman kepada Al-Quran tanpa dia menyerlahkan sifat egoistiknya sama seperti kumpulan penggiat dalam pertubuhan yang bersifat keduniaan tersebut? Bukankah Ulama tersohor kalian tidak benar kerana tidak menjawab seruan dakwahnya?
Wahai saudara-saudaraku, sesungguhnya aspek yang paling mengancam dalam misi kita ialah perasaan dengki, jika tidak dibuat sesuatu amal itu melainkan kerana Allah semata-mata, maka dengki akan menyelinap masuk dan merosakkan hati. Sama juga seperti dua tangan manusia tidak saling mendengki, juga mata yang tidak dengki kepada telinga, serta akal juga tidak bersaing dengan hati, demikian juga setiap daripada kita adalah umpama indera dan anggota dalam satu tubuh abstrak buat keadaan kita ini. Oleh itu tangungjawab kalian bukanlah saling bersaing di antara satu dengan lain bahkan sama-sama berbangga dengan kelebihan yang lain dan merasa seronok dengannya.
Cuma ada seperkara lagi, yang merupakan perkara yang paling berbahaya, iaitu: terdapat dengki pada kalian dan pada kenalan rapat kalian kepada saudara kalian yang fakir ini; inilah perkara yang paling berbahaya sedangkan dalam kalangan kalian ada terdapat Ulama’ yang hebat namun malangnya dalam kalangan cendiakawan juga ada terdapat keegooan ilmu. Kalaupun seseorang itu rendah diri, namun dia masih lagi bongkak dari segi ini tanpa dapat dia menghindarkannya dengan mudah. Kalaupun hati dan akalnya berpuas hati dengan dakwah ini, namun dirinya masih lagi mendambakan keistimewaan yang timbul daripada perasaan egoistik keilmuannya. Dia ingin menjadikan dirinya terkenal dan diterima ramai dengan menzahirkan tentangannya terhadap kandungan Risalah-risalah yang telah ditulis walaupun jauh di lubuk hatinya dia mencintai Risalah-risalah ini, akalnya merasakan kehebatan Risalah tersebut dan ketinggian kedudukannya. Namun nafsunya masih meruntun memintanya agar cuba menjatuhkan “Kalimat” yang telah ditulis itu, seolah-olahnya dia memendam permusuhan daripada dengki yang timbul daripada keegoan ilmunya yang ingin melihat idea serta buah fikirannya juga tersebar luas dan diketahui umum.
360. Page
Aku terpaksa memberitahu kalian bahawa mereka yang berada dalam lingkungan pengkajian Al-Quran ini yang merupakan para Ulama dan berautoriti dalam cabang ilmu-ilmunya, tugas mereka dari segi ilmu berkait iman ialah untuk menerangkan maksud “Kalimat” ini, menjelaskannya serta menyusunnya sahaja. Ini adalah kerana aku telah menyedari dengan isyarat-isyarat yang banyak bahawa kami telah dipertanggungjawabkan untuk mengeluarkan fatwa berkenaan ilmu-ilmu keimanan ini. Jika sekiranya ada seseorang dalam kalangan kami yang menulis sesuatu selain dari ini maka ini adalah kerana satu perasaan dalam dirinya yang timbul daripada sikap egoistiknya dalam keilmuan. Ini juga adalah ibarat satu tentangan yang dingin, juga satu bentuk imitasi yang cacat, kerana banyak dalil serta tanda telah membuktikan bahawa beberapa bahagian Rasail Nur adalah merupakan tafsiran Al-Quran. Berdasarkan kepada kaedah pembahagian kerja, kami telah membahagi-bahagikan dalam kalangan kami tugasan tertentu untuk kami berikan air kehidupan kepada mereka yang memerlukannya!
Perancangan Syaitan keenam: Bahawa sesungguhnya syaitan itu mengambil peluang sikap malas, cintakan keselesaan dan kesantaian serta sikap mementingkan pekerjaan. Memang benar, gerombolan syaitan dalam kalangan manusia dan jin akan menyerang daripada segala penjuru. Apabila mereka melihat sahabat-sahabat kami yang mempunyai hati yang tetap dalam iman, berniat suci, amat setia, amat berusaha serta bersemangat tinggi, maka mereka akan cuba menyerang dari sudut yang lain pula. Ini adalah apabila mereka mengambil peluang sikap malas serta sukakan keselesaan dan sikap amat mementingkan pekerjaan untuk menghalang misi kita, menghentikan kerja dakwah kita dan mewariskan kemalasan dalam perlaksanaannya. Mereka cuba memalingkan orang ramai daripada terus memberi khidmat kepada Al-Quran dengan pelbagai strategi yang kotor. Kadangkala mereka akan mencetuskan kepada kita perkerjaan lain yang akan membangkitkan minat baharu dalam diri kita tanpa kita sedar tentangnya sehingga masa untuk menjalankan khidmat dakwah dengan Al-Quran itu semakin tipis. Seperkara lagi ialah apabila mereka cuba menggoda kita dengan perkara-perkara keduniaan yang mengasyikkan agar nafsu syahwat kita dibangkitkan seterusnya menjadikan kita alpa dengan tanggungjawab misi ini dan demikianlah berikutnya. Walaubagaimanapun cara godaan dan pujuk rayu mereka itu amat banyak sekali dan berterusan serta berpanjangan, selebihnya kami sandarkan kepada kefahaman kamu yang cerdik padai untuk memikirkannya. Saudara-saudaraku sekalian jagalah diri semua! Misi kalian adalah suci dan khidmat kalian adalah tinggi, setiap jam daripada masa kalian adalah amat berharga sehingga mungkin diibaratkan sebagai nilai ibadah untuk satu hari yang penuh, maka ingatlah akan perkara ini agar ia terhilang daripada tangan kamu.
361. Page
يَآ اَيُّهَا الَّذ۪ينَ اٰمَنُوا اصْبِرُوا وَصَابِرُوا وَرَابِطُوا وَاتَّقُوا اللّٰهَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَوَلاَ تَشْتَرُوا بِاٰيَات۪ي ثَمَنًا قَل۪يلا
ً
سُبْحَانَ رَبِّكَ رَبِّ الْعِزَّةِ عَمَّا يَصِفُونَ وَسَلَامٌ عَلَي الْمُرْسَل۪ينَ وَ الْحَمْدُ لِلّٰهِ رَبِّ الْعَالَمْ۪ينَسُبْحَانَكَ لاَ عِلْمَ لَنَٓا اِلَّأ مَا عَلَّمْتَنَٓا اِنَّكَ اَنْتَ الْعَل۪يمُ الْحَك۪يمُ
اَللّٰهُمَّ صَلِّ وَ سَلِّمْ عَلٰي سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ النَّبِيِّ الْأُمِّيِّ الْحَب۪يبِ الْعَالِي الْقَدْرِ الْعَظ۪يمِ الْجَاهِ وَ عَلٰٓي اٰلِه۪ وَ صَحْبِه۪ وَ سَلِّمْ اٰم۪ينَ
Firman Allah: “Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan).” (A-li-Imran: 200).
FirmanNya lagi: “Dan janganlah kalian menjual ayat-ayatKu dengan harga yang rendah dan kepadaKu hendaklah kamu bertaqwa”. (al-Baqarah: 41)
Firman Allah: “Akuilah kesucian Tuhanmu, - Tuhan yang mempunyai keagungan dan kekuasaan, - dari apa yang mereka katakan! Dan (ucaplah) salam sejahtera kepada sekalian Rasul. Serta (ingatlah bahawa) segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan seluruh alam.” (Al-Saffaat: 180-182)
Maha Suci Engkau! Kami tidak punyai pengetahuan kecuali apa yang Engkau ajarkan kami sesungguhnya Engkaulah yang Maha Mengetahui dan Bijaksana. Ya Allah sejahterakanlah dan limpahlah rahmat kea as Junjungan Saidina Muhammad Nabi Yang dicintai dan tidak tahu membaca, yang tinggi kedudukannya serta ke atas seluruh kerabatnya dan para sahabatnya. Ameen.
362. Page
Lampiran Bahagian Keenam
Enam Persoalan
Lampiran ini ditulis untuk menghindarkan perasaan benci dan meluat yang akan dilontarkan kepada kita di masa hadapan. Ia ditulis agar kita tidak diludah oleh mereka yang berkata: Celakalah mereka yang pengecut dan pemalas di zaman itu! Atau sekurang-kurangnya agar dapat kita sapu ludah tersebut jika kita terkena!
Satu petisyen yang aku tulis agar ia dapat diperdengarkan ke telinga pekak para pemuka Eropah yang liar yang berselindung di belakang topeng kemanusiaan; agar ia dapat dimasukkan mata buta mereka yang zalim yang keras yang tidak mempunyai lagi belas kasihan dan menjadikan orang-orang zalim ini yang tiada insaf mengganggu kami. Serta ditulis agar ia juga dapat dihempas ke kepala para pengikut ketamadunan hina yang menjadikan orang ramai bersorak ratusan ribu cara di zaman ini: Biarkan neraka terus menyala dan membakar dengan marak!!
بِسْــــــــــــــــــــــــــــــــــــــمِ اللّٰهِ الرَّحْمٰنِ الرَّح۪يمِ وَمَا لَنَآ اَلاَّ نَتَوَكَّلَ عَلَي اللّٰهِ وَقَدْ هَدٰينَا سُبُلَنَا وَلَنَصْبِرَنَّ عَلٰي مَآ اٰذَيْتُمُونَا وَعَلَي اللّٰهِ فَلْيَتَوَكَّلِ الْمُتَوَكِّلُونَ
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani
“Dan mengapa pula kami tidak berserah diri kepada Allah padahal Ia telah menunjukkan jalan untuk tiap-tiap seorang dari kami menjalaninya? Dan demi sesungguhnya, kami akan bersabar terhadap segala perbuatan kamu menyakiti kami. Dan dengan yang demikian, maka kepada Allah jualah hendaknya berserah diri orang-orang yang mahu berserah”. (Ibrahim:12)
363. Page
Gangguan dan kekasaran yang dilakukan oleh puak atheist dewasa ini semakin menjadi-jadi dan semakin buruk sehinggakan mereka itu mengacau azan dan iqamah yang kami lakukan dalam ibadah khusus kami bersama beberapa saudara di surau khas aku yang tidak rasmi yang aku baiki dan bangunkan sendiri sepertimana mereka itu turut menceroboh dan mengganggu beberapa saudara seiman yang dhaif dengan cara atheist yang keras, apabila mereka mengherdik: “Kenapa kamu azan dalam Bahasa Arab dan iqamah juga dalam Bahasa Arab secara sembunyi?”
Kesabaranku telah sampai hadnya dan aku tidak boleh berdiam lagi. Tidak ingin aku mengajukan bicara kepada seumpama mereka tersebut yang bebal dan tidak ada perasaan yang sememangnya tidak layak untuk diajukan bicara melainkan kepada ketua-ketua gerombolan bersikap Fira’aun ini yang memperlekehkan kemampuan rakyat dengan cara perhambaan yang rambang mengikut hawa nafsu mereka sahaja. Wahai ahli bid’ah dan ateis. Aku menuntut jawapan kepada 6 persoalanku yang berikut:
Soalan pertama:
Setiap bangsa yang memerintah di atas muka bumi ini mempunyai prinsip dan perlembagaan yang dikuti oleh mereka termasuk mereka kanibal yang memakan daging manusia hinggalah kepada ketua kumpulan yang paling jahat. Jadi, kamu mengikut dasar apa dalam melakukan perkara yang melampaui batas ini. Tolonglah kemukakan undang-undang kamu.
Adakah kamu menganggap hawa nafsu beberapa pengawai kerajaan sebagai undang-undang? Tidak boleh mengadakan undang-undang baru dalam ibadah-ibadah khusus yang tidak patut dikawal oleh undang-undang.
Soalan kedua:
Apakah juga kuasa yang mengarahkan kalian sehingga begitu berani merosakkan perlembagaan dan kebebasan manusia yang diktiraf oleh hampir semua orang. Terutamanya dalam zaman kebebasan dan ketamadunan. Bagaimana kamu boleh mempelekehkannya dan menghina manusia dan tidak memperdulikan mereka dengan bantahan kamu. Kuasa apa yang kamu gunakan untuk menyerang agama dan orang Islam seolah-olah kamu menganggap ateis menjadikan atheism itu sebagai agama fanatik kamu walaupun kamu menggelarkan diri kamu golongan tidak beragama dan kamu telah umumkan tidak akan mengganggu gugat samada agama dan atheism. Tentu sekali gangguan sedemikian tidak akan dapat untuk disorokkan selamanya kerana kalian pasti akan dipersoalkan mengenainya oleh itu apakah jawapan kalian kelak?
Kamu cuba merosakkan kebebasan diri dengan cara yang paksaan dengan tidak memperdulikan bantahan 20 buah negara walaupun kamu sebenarnya tidak mampu untuk menjawab bantahan daripada negara yang paling kecil daripada 20 buah negara tersebut!
364. Page
Soalan ketiga:
Apakah metod yang kalian paksakan ke atas penganut Mazhab Syafie’ sepertiku untuk mengikut fatwa-fatwa yang salah yang dikeluarkan oleh sebahagian Ulama jahat yang hanya mengikut nafsu mereka yang menjual agama demi dunia sedangkan ia juga merupakan fatwa yang turut menodai kesucian mazhab Hanafi?
Sekiranya aku diminta untuk mengikut Mazhab Hanafi secara paksa selepas dimansuhkan Mazhab Syafie’ yang mempunyai bermilion pengikut yang kemudiannya dipaksa untuk menjadi pengikut Hanafi, maka bolehlah dikatakan bahawa: Ia sebenarnya adalah satu mazhab yang lebih umum daripada kalangan mazhab puak atheist seperti kalian, jika tidak ia adalah rambang dan jelek yang sekadar mengikut nafsu kalian sedangkan kami bukanlah pengikut nafsu seperti mereka itu dan tidak sekali-kali mengiktiraf mereka!
Soalan keempat:
Dengan undang-undang apakah dan dengan perlembagaan apakah yang kamu paksakan terhadap bangsa yang selain bangsa Turki sepertiku, untuk melaksanakan solat dengan Bahasa Turki yang berdasarkan kepada fatwa sesat semata-mata demi semangat perkauman Turki yang kalian praktiskan dengan nama semangat mengikut Barat, yang hanya menafikan sekeras-kerasnya perkauman Turki yang amat komited kepada agamanya yang amat menghormatinya sepenuh hati yang telah sebati dengan Islam dan bercampur dengannya semenjak sekian lama?
Benar, aku tidak ada apa-apa hubungan dengan orang Turki yang berorientasikan Barat seperti kalian walaupun aku sebenarnya amat rapat dengan orang-orang Turki yang benar dengan ikatan persahabatan serta persaudaraan yang sebenar dan suci. Bagaimanakah kalian dapat memaksakan itu semua ke atasku dan apakah undang-undang yang kalian gunakan?
Sekiranya kamu hapuskan perkauman Kurdi yang menjadi jati diri bermilion manusia yang tidak melupakan bangsa dan Bahasa mereka semenjak beribu tahun hidup harmoni dan persaudaraan dengan bangsa Turki sekian lama dalam sebuah negara, yang turut sama dengan mereka dalam peperangan semenjak sekian lama, dan kamu dengan sengaja cuba menjadikan mereka melupakan bahasa pertuturan mereka maka sesungguhnya langkah paksaan sebegini ke atas golongan seperti kami yang dianggap sebagai bangsa asing adalah merupakan satu dasar yang agak kejam. Jika tidakpun ia tetap adalah satu tindakan rambang semata yang mengikut nafsu sedangkan nafsu seseorang itu bukanlah ikutan dan kami juga tidak akan sesekali tunduk kepadanya.
365. Page
Solan Kelima: Sesungghunya mana-mana kerajaan sekiranya ingin menguatkuasakan undang-undangnya hanyalah melaksanakannya ke atas rakyatnya atau sesiapa yang dianggap sebagai rakyatnya sahaja; oleh itu ia tidak akan dapat menguatkuasakannya ke atas selain daripada rakyatnya kerana bagi golongan ini mereka berhak mengatakan: Oleh kerana kami bukanlah rakyat kamu, maka kamu bukanlah pula kerajaan kami! Lagipun tidak terdapat mana-mana kerjaaan yang menghukum seseorang itu dua kali pada satu waktu yang sama; samada seseorang itu dicampakkan ke penjara atau dihukum bunuh, namun tidak mungkin kedua-duanya sekali kerana ia tidak terdapat dalam mana-mana dasarpun.
Walaupun aku tidak pernah menyebabkan apa-apa kerosakan kepada negara dan rakyatnya, namun kalian telah menjadikanku sebagai tawanan semenjak lapan tahun dahulu dengan layanan yang tidak pernah diberikan kepada mana-mana penjenayah yang paling buruk dari satu suku bangsa yang datang dari ceruk paling jauh sebuah negara yang paling asing. Walaupun kalian memaafkan para penjenayah namun kalian rampas kebebasanku dan mengharamkanku daripada menikmati hak-hak sivilku. Hairannya kamu tidak pula mengatakan kepadaku: Dia ini adalah rakyat kita. Dengan undang-undang kamu yang mana satu dan juga berdasarkan apa kau bebankan orang sepertiku yang kamu anggap seperti orang asing dari segenap segi dasar-dasar kamu yang menghancurkan segala kebebasan yang kamu kononnya perjuangkan tanpa mendapat kerelaan rakyat jelatamu yang kasihan.
Oleh kerana kamu juga menganggap sekian banyak pengorbanan yang kami telah lakukan serta perjuangan kami demi tanahair dengan nyawa kami sepertimana yang telah disaksikan oleh para pemimpin tentera sewaktu peperangan dunia pertama dahulu, semuanya itu hanyalah satu jenayah; sepertimana kalian menganggap bahawa menjaga kemuliaan akhlaq ummat yang perlu dikasihani ini, serta segala tindakan yang serius, bersungguh-sungguh dan berkesan untuk mencapai kebahagiaan dunia dan akhiratnya juga sebagai satu perbuatan khianat, sehinggakan kamu sanggup menghukum dalam tempoh lapan tahun seorang yang menolak dalam dirinya cara ala kebaratan yang sarat dengan kefahaman atheist yang amat membahayakan serta rambang yang kalian laksanakan mengikut hawa nafsu yang tidak langsung membawa apa-apa manfaat, justeru itu hukumannya hanyalah satu sahaja, dan aku tidak akan menerima perlaksanaannya, namun kalian telah menjadikan aku menderita kerananya, maka adakah masuk akal untuk dilaksanakan hukuman kedua pula dengan cara paksaan ke atasku?
366. Page
Soalan keenam: Oleh kerana di antara kita terdapat perbezaan yang amat besar mengikut pandangan kalian dan juga melihat kepada cara kalian memberikan layanan kepadaku sedangkan kalian sanggup menggadaikan akhirat untuk dunia kalian, kami juga sanggup untuk mengorbankan dunia kami demi akhirat kami pada bila-bila masa. Pengorbanan beberapa tahun daripada hidup kami yang akan satu hari nanti lenyap dalam pemerintahan kalian yang kejam dan ganas adalah untuk mendapatkan kesyahidan yang suci umpama mendapatkan air minuman telaga Kauthar bagi kami, namun biarkan aku memberitahu kalian berdasarkan kepada limpahan makna Al-Quran dan isyaratnya satu perkara yang pasti agar kamu menggigil ketakutan kerananya:
Kalian tidak akan mampu untuk hidup selepas kematianku bahkan kamu akan dihambat oleh satu kuasa yang amat bengis daripada dunia yang selama ini menjadi syurga kesayangan kalian lalu menghumban kalian ke dalam kegelapan yang abadi. Semua pemimpin kalian yang berpaling akan dihapuskan secepat mungkin selepasku kemudian akan dihantar kepadaku. Dalam kehadiranNya akan ku pegang pangkal leher mereka dan dengan keadilaNya mereka akan di humban ke dalam kalangan mereka yang paling hina!
Wahai golongan bangsat yang menjual agamanya dan kehidupannya di akhirat untuk dunia ini! Kalau kamu mahu terus hidup, janganlah kalian menggangguku, kerana dendamku akan kembali menimpa kalian dengan berganda-ganda. Ingatlah perkara ini dan takutlah kalian kepadanya!! Aku harapkan rahmat Ilahi agar kematianku kelak akan lebih memanfaatkan agama ini daripada kehidupanku, dan agar kematianku kelak akan mencetuskan satu kesan yang akan meletus seperti sebuah bom memecahkan kepala-kepala pemimpin kalian. Cubalah kalian membuat masalah kepadaku kalau kalian masih lagi berani. Kalau kalian buat sesuatu, padah bakal menanti kalian! Dan aku, dalam menghadapi segala ancaman kalian itu membacakan ayat ini dengan sepenuh tenagaku, firman Allah:
اَلَّذ۪ينَ قَالَ لَهُمُ النَّاسُ اِنَّ النَّاسَ قَدْ جَمَعُوا لَكُمْ فَاخْشَوْهُمْ فَزَادَهُمْ ا۪يمَانًا وَ قَالُوا حَسْبُنَا اللّٰهُ وَنِعْمَ الْوَك۪يلُ
“Mereka juga ialah yang diberitahu oleh orang-orang (pembawa berita) kepada mereka: "Bahawa kaum (kafir musyrik) telah mengumpulkan tentera untuk memerangi kamu, oleh itu hendaklah kamu gerun kepadanya". Maka berita itu makin menambahkan iman mereka lalu berkata: "Cukuplah untuk (menolong) kami, dan Ia sebaik-baik pengurus (yang terserah kepadaNya segala urusan kami)". (A-li ‘Imran: 173).
367. Page
Bahagian Ketujuh: Tujuh Isyarat
بِسْــــــــــــــــــــمِ اللّٰهِ الرَّحْمٰنِ الرَّح۪يمِ فَاٰمِنُوا بِاللّٰهِ وَرَسُولِهِ النَّبِيِّ الْأُمِّيِّ الَّذ۪ي يُؤْمِنُ بِاللّٰهِ وَكَلِمَاتِه۪ وَاتَّبِعُوهُ لَعَلَّكُمْ تَهْتَدُونَ يُر۪يدُونَ اَنْ يُطْفِؤُا نُورَ اللّٰهِ ِباَفْوَاهِهِمْ وَيَاْبَي اللّٰهُ اِلَّا اَنْ يُتِمَّ نُورَهُ وَلَوْ كَرِهَ الْكَافِرُونَ
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani
“Oleh itu, berimanlah kamu kepada Allah dan RasulNya, Nabi yang Ummi yang beriman kepada Allah dan Kalimah-kalimahNya (Kitab-kitabNya); dan ikutilah dia, supaya kamu beroleh hidayah petunjuk".” (al-A’raf: 158)
“Mereka hendak memadamkan cahaya Allah (agama Islam) dengan mulut mereka, sedang Allah tidak menghendaki melainkan menyempurnakan cahayaNya, sekalipun orang-orang kafir tidak suka (akan yang demikian).” (al-Taubah: 32)
Aku tulis tujuh isyarat sebagai jawapan kepada “tiga soalan”. Soalan yang pertama mengandungi “empat isyarat”.
Soalan pertama:
Isyarat pertama: Sandaran dan hujah golongan yang bersegera dalam mengubah syiar-syiar Islam lahir dari taklid buta terhadap orang Eropah sebagaimana terdapat dalam semua perkara yang buruk dan rosak. Mereka berkata bahawa orang yang mendapat petunjuk dan beragama Islam di London dan negara Eropah menterjemahkan banyak urusan seperti azan dan iqamah di negara mereka. Mereka beramal dengannya. Sementara itu, dunia Islam berdiam diri dan tidak membantah tindakan mereka itu. Kalau begitu, ia menunjukkan bahawa penterjemahan itu harus hukumnya di sisi Syarak, memandangkan dunia Islam pun berdiam dari amalan itu.
Jawapan: terdapat ketempangan yang jelas pada qiasini iaitu dengan membuat qiasurusan- urusan tersebut terhadap mereka di negara Eropah serta dengan bertaklid kepada mereka bukanlah merupakan tindakan orang yang mempunyai kesedaran dan keupayaan untuk mencerap sesuatu perkara. Hal tersebut demikian kerana negara Eropah dinamakan “darul harbi” menurut pandangan Shari’ah. Banyak perkara berkemungkinan diharuskan di darul harbi tetapi ia tidak relevan di negara Islam.
368. Page
Selain itu, negara Eropah tersebut merupakan kawasan yang dikuasai oleh Kristian. Ia bukannya persekitaran yang mengungkap dan menyedarkan secara praktikal makna istilah-istilah Syarak dan konsep kalimah-kalimah suci. Oleh yang demikian, tidak dapat tidak, makna-makna yang suci didahulukan berbanding lafaz-lafaz yang suci. Demi makna, lafaz ditinggalkan. Keburukan yang kecil terpaksa dilakukan demi mengelakkan keburukan yang lebih besar.
Adapun di dalam negara Islam, secara praktikalnya, persekitarannya mengungkap makna-makna umum bagi kalimah-kalimah suci untuk orang yang beriman. Perbualan yang berlaku antara umat Islam seputar adat dan tradisi Islam, sejarah Islam, seluruh syiar Islam dan rukun-rukun Islam sentiasa mengungkap makna-makna umum bagi kalimah-kalimah suci. Bahkan batu-batu nisan di perkuburan di negara Islam dan lebih-lebih lagi rumah-rumah ibadatnya kelihatan seperti pengungkap dan pengajar yang sedang mengingatkan makna-makna yang suci itu kepada orang yang beriman.
Sekiranya demi sedikit manfaat keduniaan, orang yang menamakan dirinya Muslim belajar 50 perkataan dari bahasa Eropah dalam masa satu hari, sedangkan dia tidak mempelajari kalimah-kalimah suci seperti “Subhanallah”, “Alhamdulillah”, “Lailahaillallah” dan “Allahuakbar” yang dia ulangi 50 kali setiap hari selama 50 tahun, tidakkah dia akan jatuh ke tahap yang 50 kali lebih rendah dari haiwan? Kalimah-kalimah suci ini tidak diterjemah, tidak diseleweng dan tidak ditinggalkan demi haiwan-haiwan ini. Meninggalkannya bererti memadamkan seluruh batu-batu nisan di perkuburan. Ia juga bererti menjadikan mayat-mayat di dalam kubur yang sedang terketar-ketar menentang penghinaan ini.
Para ulama jahat yang mengikut ke belakang golongan yang tidak beragama berkata-kata untuk menipudaya manusia:
“al-Imam al-A’zhom memberi pandangan yang berbeza dengan seluruh para Imam iaitu diharuskan untuk membaca surah al-Fatihah dengan terjemahan Bahasa Parsi. Ia diharuskan berdasarkan tahap keperluan kepada orang yang berada di negara-negara yang jauh dan tidak mengetahui langsung bahasa Arab.” Kita juga sedang dalam keadaan memerlukan, maka diharuskan kepada kita untuk membacanya dalam bahasa Turki.
369. Page
Jawapan: Para Imam besar dan 12 orang Imam yang bertaraf mujtahid memberikan fatwa yang berbeza dengan fatwa al-Imam al-A’zhom ini. Jalan terbesar untuk dunia Islam ialah jalan yang umum bagi para imam tersebut. Majoriti besar umat Islam berjalan di atas jalan terbesar itu. Adapun orang yang memimpin mereka ke jalan yang khusus dan sempit, maka mereka sedang menyesatkan.
Fatwa al-Imam al-A’zhom itu bersifat khusus berdasarkan lima aspek:
Pertama: Fatwa itu mengkhususkan orang yang hidup di negara-negara yang jauh dari Pusat Islam.
Kedua: Ia terbina berdasarkan keperluan yang hakiki.
Ketiga: Ia bersifat khusus dengan penterjemahannya ke bahasa Parsi yang dalam satu riwayat ia dianggap sebagai antara bahasa ahli syurga.
Keempat: Keharusan itu dikhususkan untuk bacaan surah al-Fatihah supaya orang yang tidak mengenali surah al-Fatihah tidak meninggalkan solat.
Kelima: Keharusan ini lahir daripada semangat keIslaman yang timbul dari kekuatan iman supaya orang awam memahami makna-makna yang suci.
Adapun penterjemahannya yang disebabkan kecenderungan kepada keruntuhan yang terpancar dari kelemahan iman, tumbuh dari perkauman yang negatif dan lahir dari kebencian terhadap bahasa Arab dan meninggalkan dasar keArabannya, maka itu membawa manusia kepada meninggalkan agama.
Isyarat Kedua:
Para ahli bidaah yang menukarkan syiar-syiar Islam tersebut pada permulaannya menuntut fatwa daripada ulama yang jahat. Lalu para ulama yang jahat itu memberi fatwa yang kami telah jelaskan sebentar tadi bahawa ia bersifat khusus berdasarkan lima aspek.
370. Page
Kemudian para ahli bidaah itu mengadaptasi daripada para reformis Eropah sebuah pemikiran yang malang iaitu:
Eropah tidak dikagumi dengan mazhab Katolik, maka orang Eropah khususnya para reformis, pelaku revolusi dan ahli falsafah beriltizam dengan mazhab Protestan yang dahulunya dianggap sebagai antara bidaah dan Muktazilah menurut mazhab Katolik. Mereka mengambil kesempatan daripada revolusi terbesar Perancis, merosakkan mazhab Katolik sehingga ke tahap tertentu dan mengisytiharkan Protestantisme.
Begitulah juga dengan para pendakwa nasionalisme yang terbiasa dengan taklid buta itu berkata: “Revolusi sebegini dalam agama Kristian. Pada permulaannya, para pelaku revolusi itu dinamakan sebagai golongan murtad, kemudian mereka diterima dalam agama Kristian. Oleh itu, ada kemungkinan untuk berlaku juga revolusi keagamaan dalam agama Islam.”
Jawapan: Faktor pembeza yang terdapat dalam qiasini lebih jelas berbanding yang terdapat dalam qiasdalam isyarat pertama. Hal ini demikian kerana hanya asas-asas keagamaan yang diambil daripada Saidina Isa ‘alaihissalam dalam Kristian. Adapun kebanyakan hukum yang khusus dengan kehidupan sosial dan hukum-hakam yang bersifat cabang dalam Syariah, ia telah diletakkan oleh para sahabat Isa (yang digelar al-Hawariyyun) dan para pemimpin kerohanian. Bahagian terbesar daripadanya diambil daripada kitab-kitab suci yang terdahulu. Saidina Isa ‘alayhissalam bukanlah seorang pemimpin keduniaan, beliau bukan juga merupakan rujukan untuk undang-undang sosial yang umum. Oleh itu, undang-undang am dan undang-undang sivil telah diambil atas nama ajaran Kristian, seolah-olah asas-asas agamanya telah ditambah dengan bentuk yang lain seperti ia dipakai dengan pakaian asing. Sekiranya diganti bentuk dan ditukar pakaian ini, maka ajaran tulen oleh Isa ‘alayhissalam berkemungkinan untuk terus kekal dan perkara itu tidak membawa kepada pengingkaran dan pendustaan terhadap Isa ‘alayhissalam.
Sementara itu, Kebanggaan Alam iaitu Nabi Muhammad SAW yang merupakan pendiri agama dan Syariah ini serta merupakan yang berdaulat di dunia ini dan alam akhirat, semua daripada Timur dan Barat, Andalusia dan India merupakan antara singgahsana baginda. Baginda sendiri yang menerangkan asas-asas agama ini, sebagaimana bagindalah yang telah datang, mengkhabarkan dan memerintahkan hukum-hakam cabang agama dan seluruh hukumnya. Malahan sekecil-kecil adab pun dijelaskan sendiri oleh baginda.
371. Page
Oleh itu, isu-isu cabang dalam Islam bukanlah seperti pakaian yang menerima perubahan sehingga asas-asas agama ini boleh kekal selepas diubah hukum-hakam cabangnya. Bahkan hukum-hakam cabang itu seperti tubuh kepada asas-asas agama Islam, atau paling tidak, ia seperti kulit kepada asas-asas Islam. Hukum-hakam cabang itu telah bercampur dengan asas-asas Islam sehingga ia tidak boleh dipisahkan dan diceraikan lagi daripada asas-asas itu. Perubahan terhadap hukum-hakam yang bersifat cabang itu sudah pasti akan membawa kepada pengingkaran dan pendustaan terhadap Nabi Muhammad SAW.
Perbezaan mazhab pula tumbuh menerusi jalan pemahaman terhadap prinsip-prinsip teori yang dijelaskan oleh Nabi Muhammad SAW. Adapun prinsip-prinsip yang dinamakan sebagai al-muhkamat yang disebut sebagai perkara-perkara terpenting dalam agama dan tidak menerima sebarang takwilan, maka ia tidak menerima sebarang perubahan. Ia juga selama-lamanya tidak boleh menjadi bahagian daripada perkara yang diijtihadkan. Orang yang mengubahnya telah terkeluar daripada agama dan mereka termasuk dalam sabda Nabi SAW: يَمْرُقُونَ مِنَ الدّ۪ينِ كَمَا يَمْرُقُ السَّهْمُ مِنَ الْقَوْسِ“mereka keluar dari Islam sebagaimana anak panah keluar dari busurnya”.
Para ahli bidaah memberi alasan palsu sebegini terhadap kekufuran dan ketidakberagamaan mereka. Mereka berkata:
“Para rahib, pendeta dan pemimpin kerohanian telah dihentam. Demikian juga yang dilakukan terhadap mazhab Katolik yang merupakan mazhab khusus mereka. Mazhab itu telah dirobohkan semasa revolusi terbesar Perancis. Revolusi itu menjadi sebab kemunculan siri peristiwa yang lain dalam dunia manusia. Kemudian hentaman ini diterima sebagai normal oleh banyak pihak. Perancis telah terkehadapan dan makin berkemajuan selepas itu.”
372. Page
Jawapan: Sebagaimana qiassebelum ini, faktor pembeza dalam analogi ini juga jelas. Hal ini demikian kerana sejak sekian lama, Kristian secara umumnya dan Mazhab Katolik secara khususnya telah menjadi mekanisme pemerintahan kuku besi dan kediktatoran di tangan golongan atasan dan penguasa terhadap rakyat Perancis. Golongan atasan menyambungkan kekuasaan mereka terhadap rakyat menerusi mekanisme ini. Mazhab Katolik menjadi mekanisme untuk mengbungkam rakyat yang mempunyai semangat dan kesedaran yang digelar sebagai Jacobins (gerakan revolusi Perancis) dan terhadap kumpulan pemikir yang menyeru kepada kebebasan yang menentang kediktatoran para penzalim atasan. Mazhab Katolik dianggap sebagai sebab yang merobohkan kehidupan sosial di negara Eropah sejak 400 tahun lalu. Oleh itu, mazhab ini dihentam bukan atas tidak beragama tetapi sebaliknya dengan nama mazhab Kristian yang lain. Kebencian dan permusuhan telah berlaku kepada orang awam dan para ahli falsafah terhadap mazhab Katolik sehinggalah berlakunya peristiwa bersejarah yang terkenal itu.
Walaubagaimanapun, tiada sesiapa pun – sama ada dari kalangan orang yang dizalimi atau pemikir – berhak untuk melakukan aduan terhadap agama Muhammad SAW dan Syariah Islam. Hal ini demikian kerana Islam tidak menghina mereka, sebaliknya Islam melindungi mereka. Sejarah Islam terbuka untuk dirujuk oleh semua orang. Selain beberapa peristiwa, tiada perang dalaman keagamaan yang berlaku. Ia berbeza dengan mazhab Katolik yang telah menyebabkan pergaduhan dan konflik dalaman sejak 400 tahun lalu.
Selain itu, Islam telah menjadi kelazatan untuk rakyat lebih daripada ia menjadi kelazatan untuk orang atasan. Hal ini demikian kerana Islam tidak menjadikan orang atasan sebagai diktator terhadap rakyat. Bahkan Islam menjadikan mereka sebagai pengkhidmat kepada rakyat, sebagai contoh kewajipan mengeluarkan zakat untuk orang kaya dan pengharaman riba. Nabi SAW bersabda: “Sebaik-baik manusia ialah manusia yang paling memberi manfaat terhadap manusia yang lain.” Baginda juga bersabda: “Pemimpin sesuatu kaum itu merupakan pemberi khidmat kepada mereka.”
373. Page
Menerusi al-Quran, Islam menjadikan akal sebagai pemberi bukti sebagaimana ayat-ayat berikut:
“Tidakkah mereka berfikir?” “tidakkah mereka bertadabbur (isi kandungan al-Quran)?,” dan “tidakkah mereka bersyukur?”
Islam memberi perhatian kepada akal, merujuk kepadanya dan menyeru kepada penelitian dan kajian. Ia juga mengurniakan kedudukan kepada ahli ilmu dan golongan yang menggunakan akal serta memberi kepentingan kepada mereka. Islam juga tidak mengasingkan akal, tidak mendiamkan ahli pemikir dan tidak meminta untuk bertaklid buta sebagaimana halnya dalam mazhab Katolik.
Asas-asas agama Kristian sekarang – dan bukannya Kristian yang sebenar – berbeza dengan asas-asas Islam pada titik yang penting. Oleh itu, kedua-dua agama ini masing-masing berjalan di atas jalan yang berbeza menurut sisi yang sangat banyak seperti perbezaan-perbezaan yang telah dinyatakan sebelum ini. Titik penting tersebut ialah:
Islam merupakan sebuah agama tauhid iaitu agama yang menggugurkan perantara dan sebab, merobohkan sifat ‘keakuan’ (egotism / ananiyyah) dan mengasaskan sifat perhambaan yang sepenuhnya. Islam juga menghapus dan menolak semua jenis ketuhanan yang batil. Ia bermula dengan menolak ketuhanan terhadap diri sendiri.
Berdasarkan rahsia ini, sekiranya orang yang berkedudukan dalam kalangan masyarakatnya itu seorang yang benar-benar konsisten dalam beragama, nescaya dia akan meninggalkan sifat keakuan. Orang yang tidak meninggalkan sifat keakuan bererti dia telah meninggalkan kekuatan agama dan sampai satu masa dia akan meninggalkan agama.
Disebabkan Kristian yang ada pada hari ini merupakan sebuah agama yang menerima akidah yang percaya bahawa Isa AS merupakan anak tuhan, maka ia memberikan kesan yang hakiki kepada perantara dan sebab. Atas nama agama, ia tidak memecahkan sifat keakuan dan bangga diri. Sebaliknya ia menambahkan kesakralan ke atas sifat keakuan dengan menerima bahawa sifat keakuan merupakan wakil yang suci bagi Isa AS.
374. Page
Oleh itu, penganut ajaran Kristian yang dari kelas atasan yang menduduki posisi tertinggi keduniaan boleh menjadi seorang yang sepenuhnya beragama. Bahkan terdapat ramai yang sedemikian seperti bekas Presiden Amerika Syarikat, Wilson dan bekas Perdana Menteri Britain iaitu Lloyd George yang masing-masing beragama seperti para paderi yang taksub.
Namun demikian, mana-mana Muslim yang naik ke posisi tersebut jarang beriltizam sepenuhnya dalam beragama dan kekal dengan kekuatan keagamaan. Hal ini demikian kerana mereka tidak mampu meninggalkan sifat keakuan dan bangga diri sedangkan takwa yang hakiki tidak terhimpun dengan sifat kemegahan dan keakuan.
Demikianlah, sebagaimana sifat taksub golongan kelas atasan dalam agama Kristian terhadap agama mereka dan sifat bermudah-mudah dan ketiadaan kekuatan keagamaan dalam kalangan golongan kelas atasan yang beragama Islam menghasilkan perbezaan yang penting.
Begitu juga sikap tidak peduli oleh ahli falsafah yang muncul dalam agama Kristian terhadap agama mereka atau dengan mengambil pendirian yang bertentangan dengan agama mereka, sedangkan dalam masa yang sama ahli falsafah Muslim membina bahagian terbesar falsafah mereka berdasarkan asas-asas keIslaman pula menzahirkan perbezaan besar yang lain.
Selain itu, secara umumnya masyarakat Kristian yang ditimpa dengan tribulasi yang terjerumus ke dalam penjara tidak menantikan bantuan dan pertolongan daripada agama mereka. Dahulunya kebanyakan mereka bertukar menjadi ateis sehinggakan para pendiri revolusi yang terkenal dalam sejarah iaitu para pendiri revolusi terbesar Perancis yang digelar sebagai “Jacobins yang ateis” dahulunya merupakan masyarakat awam yang ditimpa bencana amat teruk.
Sementara itu dalam Islam, majoriti orang yang dimasukkan ke penjara dan ditimpa musibah besar itu menantikan bantuan dan pertolongan daripada agama. Mereka bertukar menjadi beriltizam dengan agama. Keadaan ini merupakan situasi lain yang menunjukkan perbezaan yang besar juga antara kedua-dua agama.
375. Page
Isyarat Ketiga:
Ahli Bidaah berkata: Sifat taksub dalam beragama inilah yang menjadikan kita ketinggalan. Kemajuan hanyalah dicapai dengan meninggalkan sifat taksub. Eropah menjadi maju selepas mereka meninggalkan sifat taksub.
Jawapan:
Kalian salah, tertipu atau sedang menipudaya kerana sebenarnya Eropah itu taksub dengan agamanya. Sekiranya dikatakan kepada orang biasa Bulgaria, tentera Britain atau samseng Perancis: “pakailah serban, jika tidak, engkau akan dicampak ke dalam penjara,” nescaya berdasarkan ketaksubannya, dia akan berkata, “bukan setakat dipenjara, malah aku tidak akan sesekali menghina agama dan kaumku sekalipun jika engkau membunuhku.”
Di samping itu, sejarah menjadi saksi bahawa umat Islam jika berpegang teguh dengan agamanya, mereka akan terkehadapan dan maju kalau menurut zaman itu. Adapun sekiranya mereka meninggalkan kekuatan agama, nescaya mereka akan terkebelakang dan mundur. Ia berbeza dengan Kristian. Perbezaan ini tumbuh daripada perbezaan fundamental dan penting antara kedua-dua agama itu.
Islam tidak boleh dibandingkan dengan semua agama lain. Kerana jika seorang Muslim keluar dan meninggalkan Islam, maka selepas itu dia tidak boleh menerima apa-apa nabi lagi. Bahkan dia tidak boleh mengakui kewujudan Allah dan apa-apa perkara yang suci. Malahan dia tidak akan mempunyai naluri yang menjadi pemantul dan pusat kesempurnaan. Dia akan terpisah dari agama.
376. Page
Oleh sebab itu, menurut Islam, orang kafir yang memerangi umat Islam ada hak untuk hidup. Dalam Islam, sekiranya dia ada di luar negara Islam dan melakukan perdamaian dan perjanjian dengan negara Islam, dia akan dipelihara dan dijaga. Begitu juga jika dia membayar jizyah semasa berada dalam negara Islam. Adapun orang yang murtad, tiada baginya hak untuk hidup kerana jiwa raga mereka hancur dan menjadi racun kepada masyarakat.
Tetapi orang yang ateis yang keluar dari Kristian boleh kekal dalam keadaan yang memberi manfaat kepada kehidupan sosial, menerima sebahagian perkara suci, kekadang beriman dengan sebahagian nabi dan berkemungkinan juga dia percaya dengan kewujudan Tuhan berdasarkan sudut tertentu.
Aku pelik, apa kebaikan dan faedah yang diperoleh ahli bidaah – atau yang lebih tepat ialah kaum ateis – daripada ateism ini? Sekiranya mereka berfikir tentang pengurusan dan keamanan negara, maka mengurus dan menolak kejahatan 10 orang yang tidak beragama dan buas yang tidak mengenali Allah Taala lebih sukar daripada mengurus 1000 orang yang beragama sekalipun mereka yang ateis itu berfikir tentang kemajuan. Selain membahayakan pentadbiran kerajaan, orang seumpama mereka juga merupakan halangan kepada kemajuan. Mereka merosakkan keamanan dan sistem sedangkan kedua-duanya merupakan asas kepada kemajuan dan perniagaan. Hakikatnya mereka merupakan kaum perosak dan peruntuh jalan.
Manusia yang paling bodoh ialah orang yang menjangkakan kemajuan dan kebahagiaan hidup daripada orang yang ateis dan buas.
Salah seorang dari kalangan orang yang bodoh yang juga menduduki posisi penting itu berkata:
377. Page
“Kita terkebelakang kerana kita mengulang lafaz ‘Allah’, ‘Allah’, sedangkan Eropah pula maju kerana mengulang perkataan ‘peluru’ dan ‘meriam’,”
Untuk menjawab kata-kata mereka tersebut ialah dengan berdiam diri, ia berdasarkan sebuah kaedah yang menyatakan “jawapan kepada orang yang bodoh ialah diam”. Namun begitu disebabkan di belakang orang bodoh itu ada cendikiawan yang malang, maka kami katakan:
“Wahai orang yang malang, sesungguhnya dunia ini merupakan rumah tetamu. Pada setiap hari, jenazah 30000 orang menjadi saksi kepada hukum “kematian suatu yang benar”. Mereka menyaksikan kenyataan tersebut, maka adakah kalian mampu untuk membunuh kematian? Adakah kalian mampu untuk mendustakan saksi-saksi itu? Disebabkan kalian tidak mampu berbuat demikian, maka kematian menjadikan kalian mengulang-ulang lafaz ‘Allah’, ‘Allah’.
Peluru dan meriam manakah yang akan mencerahkan kegelapan abadi di hadapan seseorang yang sedang menderita kesakitan kematian selain dari mengulang-ulang lafaz Allah, Allah, lalu menukar keputusasaan yang mutlak menjadi harapan yang mutlak?”
Disebabkan kematian merupakan suatu yang ada, perjalanan ke perkuburan ialah suatu yang pasti, kehidupan ini akan berlalu pergi dan kehidupan yang kekal pula akan datang, maka jika ‘peluru’ dan ‘meriam’ disebut sebanyak satu kali, maka lafaz ‘Allah’, ‘Allah’ mestilah disebut sebanyak 1000 kali.
Meriam pun akan berteriak ‘Allah’ begitu juga dengan peluru yang akan melaungkan ‘Allahu Akbar’ jika ia berada di atas jalan Allah.
378. Page
Isyarat Keempat:
Ahli bidaah yang merupakan kaum perosak itu ada dua bahagian.
Bahagian pertama: Mereka menunjukkan kesetiaan kepada agama dengan berkata: “kami mahu menanam pokok agama yang bercahaya – yang telah lemah – dalam tanah nasionalisme. Dengannya, kami mahu memperkuatkannya.” Mereka seolah-olah mahu memperkuat agama dengan nasionalisme atas nama agama dan ikhlas demi Islam.
Bahagian kedua: Berdasarkan idea memperkasa rasialisme dan nasionalisme atas nama bangsa dan atas pertimbangan nasionalisme, mereka mengadakan bidaah sambil berkata: “kami mahu menyuap Islam kepada bangsa.”
Untuk nasionalis bahagian pertama, kami berkata: “wahai ulama jahat dan malang yang terpakai ungkapan “bodoh sepenuhnya” pada diri mereka, wahai sufi yang jahil, gila dan bodoh! Pokok Tuba Islam yang akarnya teguh di hakikat alam dan ranting-rantingnya tersebar menerusi kebenaran alam, pokok ini tidak boleh ditanam di atas tanah rasialisme yang dikhayalkan, bersifat sementara, sebahagian, khusus dan negatif, malahan bersifat zalim, dizalimi, tidak asli dan membawa niat buruk. Percubaan untuk menanamnya di tanah itu merupakan sebuah percubaan yang hina, merosakkan dan merupakan bidaah.
Kepada nasionalis bahagian kedua pula, kami berkata: “Wahai pseudo nasionalis yang sedang mabuk, zaman dahulu mungkin boleh menjadi zaman nasionalisme, namun zaman sekarang bukanlah zaman nasionalisme. Isu-isu Bolshevik dan sosialisme menguasai pemikiran dan meruntuhkan pemikiran rasialisme. Zaman rasialisme sedang berlalu pergi.
Umat Islam yang kekal berterusan tidak diikat dengan rasialisme yang bersifat sementara dan tidak stabil. Umat Islam tidak boleh disuap dengannya. Jika suapan itu berlaku, maka ia sedang merosakkan umat Islam. Begitu juga ia tidak mampu mereformasi dan mengekalkan pemikiran rasialisme.
379. Page
Kalau demikian, maka jelas bahawa suapan yang sementara itu merupakan suatu kesedapan dan kekuatan yang bersifat amat sementara dan mempunyai akibat yang marabahaya.
Di samping itu, perpecahan abadi yang tidak boleh dirawat akan berlaku kepada bangsa Turki. Ketika itu, disebabkan semua pihak cuba untuk merobohkan kekuatan pihak yang lain, maka kekuatan umat akan gugur sepenuhnya. Apabila dua bukit dengan kekuatan yang setara, kekuatan yang sedikit boleh memindahkan kedua-duanya lalu mengangkat salah satunya dan menurunkan satu yang lain.
Soalan Kedua: Ia mengandungi dua isyarat.
Isyarat Pertama ialah isyarat yang kelima yang merupakan jawapan yang sangat ringkas untuk soalan yang penting.
Soalan: Terdapat banyak riwayat sahih tentang kedatangan Hadrat Mahdi pada akhir zaman dan tentang perubahan ke arah kebaikan yang akan dilakukannya terhadap dunia yang didominasi dengan kerosakan. Namun begitu, zaman ini merupakan zaman kumpulan atau kelompok sosial dan bukannya zaman seorang sosok sahaja. Walau betapa genius pun seseorang itu hatta sekalipun seseorang itu umpama 100 orang genius, dia akan kalah di hadapan kumpulan yang menentangnya sekiranya dia tidak mewakili mana-mana kumpulan. Sekalipun dengan tahap kewaliannya yang tinggi dan agung, bagaimana Mahdi boleh melakukan perubahan dalam keadaan kerosakan yang teruk dalam masyarakat hari ini? Sekiranya setiap perbuatan Mahdi itu bersifat mencarik adat kebiasaan, maka perbuatan itu bercanggah dengan hikmah Tuhan dan aturan-aturan Tuhan di dunia ini. Kami mahu memahami rahsia persoalan Mahdi.
Jawapan: Dengan rahmat-Nya yang sempurna, pada setiap peringkat zaman kerosakan umat, Allah SWT membangkitkan reformis, pembaharu, khalifah agung yang berkedudukan, ulama yang sangat hebat, pembimbing tersempurna atau tokoh-tokoh yang diberkati seperti Mahdi sebagai tanda perlindungan-Nya bagi Syariah yang kekal. Mereka menangani kerosakan, memperbaiki umat dan memelihara agama Muhammad SAW.
380. Page
Oleh sebab demikianlah aturan ketetapan Allah, maka tiada syak lagi bahawa Dia akan membangkitkan seorang mujtahid teragung, pembaharu terbesar, pemimpin, yang diberi petunjuk, pembimbing dan dan ulama yang sangat hebat pada zaman kerosakan yang paling dahsyat pada akhir zaman. Tokoh mulia yang diberkati ini akan lahir dari keturunan keluarga Nabi SAW.
Sebagaimana Allah SWT memenuhkan dan mengosongkan isi antara langit dan bumi dengan sangat pantas, Dia juga menenangkan gelora lautan dengan pantas. Tuhan Yang Maha Berkuasa Lagi Maha Agung yang dalam masa satu jam mewujudkan contoh musim panas pada musim bunga dan dalam masa satu jam pada musim panas Dia menciptakan ribut musim sejuk. Dia Maha Berkuasa untuk memusnahkan kegelapan dunia Islam menerusi Mahdi. Allah telah berjanji dan tiada keraguan lagi bahawa Dia akan menepati janji-Nya.
Sekiranya kita melihatnya dari sudut kudrat Tuhan, maka ia menjadi sangat mudah. Sementara itu, jika kita merenung akannya menerusi sebab dan hikmah keTuhanan, maka ia suatu yang rasional dan layak untuk berlaku kerana orang yang melakukan renungan pemikiran memutuskan bahawa ia hendaklah dan pasti berlaku sedemikian serta tiada kemustahilan padanya. Sekalipun jika tiada apa-apa riwayat daripada Nabi SAW iaitu Pembawa Khabar yang Benar tentang perkara itu, namun selawat berikut, اَللّٰهُمَّ صَلِّ عَلٰي سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَ عَلٰٓي اٰلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ كَمَا صَلَّيْتَ عَلٰي اِبْرَاه۪يمَ وَ عَلٰٓي اٰلِ اِبْرَاه۪يمَ فِيالْعَالَم۪ينَ اِنَّكَ حَم۪يدٌ مَج۪يدٌ “Wahai Allah, berselawatlah ke atas Saidina Muhammad dan keluarga Saidina Muhammad, sebagaimana Engkau berselawat ke atas Saidina Ibrahim dan keluarga Saidina Ibrahim di dunia, sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung”
381. Page
yang dibaca oleh seluruh umat dalam semua solat sebanyak lima kali sehari – Alhamdulillah – itu terbukti dimakbulkan.
Sebagaimana keluarga Ibrahim AS, keluarga Muhammad SAW yang bercahaya telah berperanan sebagai pemimpin di semua rantaian autoriti spiritual yang diberkati di semua tempat dan zaman.[1]
Disebabkan jumlah mereka yang ramai, himpunan para pemimpin tinggi itu membentuk pasukan tentera yang besar. Sekiranya mereka mengambil satu bentuk fizikal dan dengan solidariti mereka yang dibentuk kepada satu bahagian, menjadikan agama Islam sebagai ikatan persepakatan dan wasilah kesedaran sebagai satu umat yang suci, nescaya tiada mana-mana tentera dari kumpulan lain yang boleh mengalahkan mereka.
Pasukan tentera yang besar dan kuat ini merupakan keluarga Muhammad SAW dan pasukan tentera terpilih khusus bagi Mahdi AS.
Demikianlah, dalam dunia hari ini kami tidak melihat zuriat keturunan yang saling bersambung antara satu sama lain dengan sanad keturunannya dan salasilah yang didokumenkan, istimewa dengan kemuliaan dan kedudukan yang tertinggi, terdapat kepentingan baginya serta nasab yang asli dan mulia sebagaimana yang kami lihat pada zuriat keturunan keluarga Muhammad SAW.
Sejak dahulu lagi mereka merupakan pemimpin bagi kumpulan-kumpulan ahli hakikat dan merupakan pemimpin yang terkenal bagi ahli sufi pencari kesempurnaan sejak zaman berzaman. Selain itu, pada hari ini mereka membentuk keturunan yang baik lagi diberkati yang bilangannya berjuta-juta. Mereka juga merupakan penggerak dan penghidup, memiliki hati yang dikenyangkan dengan keimanan dan dipenuhi dengan kecintaan kepada Nabi SAW. Selain itu, mereka merupakan tokoh-tokoh agung yang berotak cerdas lantaran kemuliaan keturunannya yang diketahui dunia bersambung dengan Nabi SAW.
382. Page
Terdapat banyak peristiwa besar yang berlaku yang menggerakkan dan mengejutkan kekuatan suci yang terdapat pada kumpulan yang besar ini. Tiada keraguan lagi bahawa semangat tinggi yang ada pada kekuatan agung ini akan menggelegak dan Syed al-Mahdi akan memimpin kekuatan ini serta membawanya ke jalan yang benar dan hakiki. Kita berharap dan menantikannya untuk berlaku menurut ketetapan Allah dan rahmat-Nya sebagaimana kita menantikan musim bunga selepas musim sejuk. Kita percaya dengan penantian ini.
Isyarat Kedua iaitu Isyarat Keenam
Kumpulan al-Mahdi yang bercahaya ini akan membaiki sistem yang direka dan merosakkan ini oleh kumpulan rahsia Sufyan serta akan menghidupkan sunnah Baginda yang agung. Kumpulan Sufyan yang menyeru kepada kerosakan Syariah Muhammad di dunia Islam dengan bertujuan untuk mengingkari risalah Nabi SAW akan dibunuh dengan pedang maknawi yang ajaib yang dimiliki kumpulan Syed al-Mahdi. Kesatuan mereka akan dipecahkan.
Sementara itu, kumpulan yang mempunyai semangat dan pengorbanan yang bergerak di bawah nama kumpulan Isa yang boleh disebut sebagai “pengikut Isa yang Muslim” yang mahu menghimpun antara agama Isa yang hakiki dengan hakikat Islam akan membunuh kumpulan Dajal di bawah pimpinan Isa AS. Kumpulan Dajal mahu merobohkan ketamadunan dan perkara-perkara suci manusia dalam dunia mereka. Tindakannya bertujuan untuk mengingkari keTuhanan. Mereka akan memecahkan kumpulan Dajal itu dan menyelamatkan manusia daripada pengingkaran terhadap keTuhanan.
Rahsia yang penting ini sangat panjang. Cukuplah dahulu dengan isyarat yang pendek ini sahaja kerana kami telah terangkannya di perbincangan yang lain.
383. Page
Isyarat Ketujuh Iaitu Soalan Ketiga
Mereka berkata: Bentuk dan uslubmu dalam perjuanganmu di atas jalan Islam dahulunya tak sama dengan sekarang. Engkau tidak menempuh jalan para pemikir dan ahli falsafah yang mempertahankan Islam menentang Eropah, Kenapakah engkau mengubah uslub engkau (Said Lama) yang lalu? [2] Begitu juga, mengapakah engkau tidak buat sepertimana yang dilakukan oleh para pejuang Muslim yang maknawi?
Jawapan:
Said yang lalu dan para pemikir tertentu menerima dengan kadar tertentu prinsip-prinsip falsafah manusia dan falsafah Barat dan mereka menentangnya dengan senjata-senjata falsafah itu. Mereka memperakui sebahagian prinsip itu dalam bentuk sains fizikal sebagai tetap dan tidak bergoncang lagi. Oleh sebab itu, mereka tidak boleh menunjukkan nilai Islam yang sebenar. Mereka seolah-olah mencantum Islam dengan dahan-dahan falsafah yang mereka anggap sebagai mempunyai akar yang dalam dan memperkuatkan Islam dengannya.
Disebabkan kaedah ini menghasilkan sedikit kemenangan dan dalam mengurangkan nilai Islam pada kadar tertentu, maka aku meninggalkan cara ini dan aku terangkan dengan bersungguh-sungguh bahawa asas-asas Islam yang mendalam terdapat di satu tempat. Asas-asas falsafah Barat yang paling dalam pun tidak boleh mencapainya, bahkan kekal menjadi superfisial.
‘Kalimah ke-20’, ‘Maktub ke-24’ dan ‘Kalimah ke-29’ telah menegaskan dengan pasti terhadap hakikat ini dengan bukti-buktinya. Dalam jalan yang lalu, falsafah dianggap sebagai mendalam dan hukum-hakam Islam dianggap superfisial seolah-olah dianggap bahawa Islam hanya boleh ditegak dan dipelihara dengan mengikatnya dengan dahan-dahan falsafah. Walhal, entah bagaimana prinsip-prinsip falsafah itu boleh mencapai hukum-hakam Islam!
384. Page
سُبْحَانَكَ لاَ عِلْمَ لَنَٓا اِلَّأ مَا عَلَّمْتَنَٓا اِنَّكَ اَنْتَ الْعَل۪يمُ الْحَك۪يمُ
"Maha suci Engkau (Ya Allah)! Kami tidak mempunyai pengetahuan selain dari apa yang Engkau ajarkan kepada kami; sesungguhnya Engkau jualah yang Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana".
وَقَالُوا الْحَمْدُ لِلّٰهِ الَّذ۪ي هَدٰينَا لِهٰذَا وَمَا كُنَّا لِنَهْتَدِيَ لَوْلآَ اَنْ هَدٰينَا اللّٰهُ
"Segala puji tertentu bagi Allah yang telah memberi hidayah petunjuk untuk (mendapat nikmat-nikmat) ini, padahal Kami tidak sekali-kali akan memperoleh petunjuk kalau Allah tidak memimpin kami (dengan taufiqNya)” (al-A’raf: 43)
اَللّٰهُمَّ صَلِّ عَلٰي سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَ عَلٰٓي اٰلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ كَمَا صَلَّيْتَ عَلٰي
سَيِّدِنَآ اِبْرَاه۪يمَ وَ عَلٰٓي اٰلِ سَيِّدِنَآ اِبْرَاه۪يمَ فِي الْعَالَم۪ينَ
“Wahai Allah, berselawatlah ke atas Saidina Muhammad dan keluarga Saidina Muhammad, sebagaimana Engkau berselawat ke atas Saidina Ibrahim dan keluarga Saidina Ibrahim di dunia, sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung”
Bahagian Kelapan
Lapan Simbol: Risalah berasingan yang tidak disertakan di sini
385. Page
Bahagian Kesembilan
Sembilan Komen
بسم الله الرحمن الرحيم
أَ نَّ أَوْلِيَاءَ اللهِ لا خَوْفٌ عَلَيْهِمْ وَلا هُمْ يَحْزَنُونَ
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani
“Ketahuilah! Sesungguhnya wali-wali Allah, tidak ada kebimbangan (dari sesuatu yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita.” (Yunus: 62)
Bahagian ini adalah sekitar jalan-jalan kewalian. Ia mengandungi sembilan komen.
Komen pertama: Di sebalik nama “tasawuf, tarekat, kewalian dan perjalanan spiritual”, terdapat hakikat yang suci, manis, halus, bercahaya, berkerohanian dan dipenuhi dengan kelazatan dan ketenangan. Para penulis berautoriti yang telah mencapai dhauq dan kasyaf ada menulis ribuan jilid buku yang mengisytihar, mengajar dan menyifatkan hakikat itu. Mereka memberitahu kita dan umat Islam mengenai hakikat itu, semoga Allah membalas mereka dengan kebaikan yang banyak.
Dengan peranan kami, kami akan menerangkan sebahagian titisan seperti percikan dari lautan dalam berdasarkan perkara yang dibawa oleh tarikan keadaan zaman ini.
386. Page
Soalan: Apakah itu tarekat?
Jawapan: Tujuan dan objektif tarekat ialah mengenali Allah, menyingkap hakikat keimanan dan mencapai hakikat keimanan dan al-Quran dengan bentuk yang bersifat dhauq (rasa), segera dan penyaksian. Ia merupakan hasil perjalanan spiritual dengan langkah hati di bawah lembayung dan bawah perlindungan mi’raj Muhammad. Oleh itu, rahsia keinsanan yang tinggi dan kesempurnaan kemanusiaan yang mulia ialah berada di bawah nama tasawuf atau tarekat.
Ya, disebabkan manusia merupakan indeks yang komprehensif dalam alam ini, maka hatinya merupakan sebuah peta maknawi bagi ribuan alam.
Sebagaimana otak dalam kepala manusia merupakan pusat maknawi bagi alam seumpama telefon dan telegraf yang tiada had baginya sepertimana diterangkan oleh sains manusia yang tiada had baginya, demikian juga hati manusia yang hakikatnya ialah sains kemanusiaan dan bidang-bidang ilmu menunjukkan bahawa otak dalam kepala manusia seumpama pusat alam. Ia seperti berbalas-balas menerusi telefon dan telegraf yang tiada had. Demikian juga dengan hati manusia yang secara hakikatnya merupakan manifestasi tunjang dan benih bagi kebenaran alam sebagaimana dijelaskan oleh jutaan buku tentang kecahayaan yang ditulis oleh para wali yang tidak terhitung ramainya.
Disebabkan hati dan otak manusia berada dalam keadaan berpusat serta kedua-duanya mengandungi cabang-cabang bagi pokok besar dalam bentuk sebiji benih. Di dalamnya ia memampatkan bahagian dan komponen sebuah mesin yang abadi dan agung yang berkait dengan hari akhirat. Maka tiada keraguan lagi bahawa Tuhan Yang Mencipta hati ini mengkehendaki ia diperanan, disingkap, digerakkan dan diangkat daripada peringkat potensi kepada peringkat aksi kerana itulah yang Tuhan kehendaki menerusi penciptaan hati.
387. Page
Oleh sebab Dia mengkehendakinya demikian, tentunya hati akan bertindak dan berperanan seperti otak. Mekanisme paling berkesan untuk memperanankan hati adalah dengan menuju kepada kebenaran keimanan berdasarkan atas jalan kesufian dengan mengingati Allah pada tahap kewalian.
Komen Kedua: Kunci dan wasilah bagi perjalanan spiritual hati dan pergerakan kerohanian ini ialah mengingati Allah SWT dan bertafakur. Kelebihan berzikir dan berfikir tidak terhitung banyaknya. Tanpa menyebut faedah-faedah ukhrawi dan kesempurnaan kemanusiaannya yang tak terhingga, hanya satu faedah khusus daripada pelbagai faedah yang kembali kepada dunia yang kacau ini ialah:
Setiap manusia pastinya menuntut ketenangan dan keselesaan perasaan untuk diselamatkan sedikit daripada kekacauan hidup dan beban-bebannya yang berat serta untuk bernafas. Begitu juga manusia mencari kemesraan untuk melawan kesunyian. Dalam setiap satu atau dua daripada sepuluh orang, perhimpunan sosial dalam kehidupan yang bertamadun menawarkan ketenangan, keselesaan perasaan dan kemesraan yang bersifat sementara tetapi dalam kelalaian dan kemabukan. 80 peratus yang lain pula hidup bersendirian di bukit atau lembah, atau dibawa ke tempat yang jauh dan pedalaman oleh kerana kesukaran dalam kehidupan. Ataupun sebahagiannya tidak memperoleh kemesraan hasil daripada perhimpunan dengan manusia lantaran ujian dan usia yang tua yang membawa mereka merenung tentang hari akhirat. Oleh itu, keadaan itu tidak memberikan mereka kemesraan, ketenangan dan keselasaan perasaan.
Ketenangan dan kemesraan hakiki serta perasaan yang lazat lagi manis bagi mereka adalah dengan memperanankan hati dengan berzikir dan berfikir. Ia berlaku dengan menuju kepada hati dan bermesra dengannya dengan mengulang lafaz “Allah, Allah” di tempat pedalaman, bukit yang jauh dan lembah yang sempit. Menerusi kemesraan ini, dia bertafakur bahawa perkara yang dilihat dengan pandangan yang hambar sebenarnya sedang melemparkan senyuman kemesraan dan dia berkata: “Wahai Pencipta yang aku sedang ingati, bagi-Nya para hamba yang tidak terhitung sedang bertebaran di setiap tempat, mereka juga banyak dalam kesunyian ini. Oleh itu, aku tidak berseorangan dan tiada maknanya untuk berasa sedang bersendirian.” Sehubungan dengan itu, dia merasai kelazatan dalam kehidupan yang dipenuhi dengan keimanan. Isi kelazatan itu ialah kemesraan, lantas dia mencerap makna kebahagiaan kehidupan dan bersyukur kepada Allah SWT.
388. Page
Komen Ketiga: Kewalian merupakan hujah bagi risalah dan tarekat merupakan bukti bagi Syariah. Hal ini demikian kerana berdasarkan tahap ‘ainul yaqin (pandangan yang meyakinkan) dengan penyaksian hati dan rasa kerohanian, kewalian melihat jenis tertentu bagi hakikat keimanan yang disampaikan oleh risalah lalu membenarkannya. Pembenarannya merupakan sebuah hujah yang putus ke atas kebenaran risalah itu. Sementara itu, dengan pelbagai rasa, penyingkapan, pemanfaatan dan peluasan tarekat terhadap hukum-hakam yang disampaikan oleh Syariah merupakan sebuah bukti yang terang benderang yang menunjukkan bahawa perkara-perkara hakikat itu merupakan suatu yang benar dan ia datang daripada Allah Yang Maha Benar.
Ya, sebagaimana kewalian dan tarekat merupakan dua dalil terhadap risalah dan Syariah, demikian juga kedua-duanya merupakan rahsia kesempurnaan bagi Islam dan pusat cahayanya serta sumber bagi perkembangan kemanusiaan dan pencerahan moral.
Sekalipun kepentingan rahsia agung ini mencapai ke tahap ini, namun sebahagian kumpulan sesat telah mengingkarinya. Mereka terhalang daripada cahaya itu dan juga menjadi penyebab kepada terhalangnya orang lain daripada cahaya tersebut. Suatu yang sangat menyedihkan ialah sebahagian ulama Sunni yang literal serta sebahagian politikus Sunni yang sambil lewa telah menyeru untuk menutup khazanah yang agung ini. Malah mereka juga menyeru kepada meroboh dan mengeringkan mata air yang menjadi punca kehidupan. Mereka berbuat demikian sambil memberi alasan dengan sebahagian tindakan buruk dan salah yang mereka lihat terdapat pada pengikut tarekat. Sedangkan suatu yang jarang untuk dilihat setiap sudut sesuatu urusan dan jalan yang boleh mempunyai kesempurnaan, tanpa kekurangan dan kesalahan. Apa-apa pun, pastinya akan ada sedikit kesalahan, kekurangan dan tindak-tanduk yang buruk kerana apabila seseorang terlibat dalam sesuatu urusan yang dia tidak berkeahlian tentangnya, dia akan melakukan kesalahan dalam urusan tersebut.
389. Page
Namun demikian Allah SWT menunjukkan keadilan-Nya di akhirat dengan menimbang kebaikan dan keburukan berdasarkan perlembagaan penghitungan amalan. Apabila amalan baik lebih berat, maka dia akan memperoleh kebaikan. Adapun jika amalan buruk lebih berat, maka dia akan memperoleh keburukan. Timbangan kebaikan dan keburukan tidak dikira berdasarkan bilangan, tetapi berdasarkan kualiti. Kekadang satu kebaikan lebih baik daripada seribu keburukan, lantas menghilangkan keburukan itu.
Oleh sebab keadilan Tuhan menghukum dengan bentuk ini dan hakikat perkara juga melihatnya sebagai benar, maka dalil menunjukkan bahawa kebaikan-kebaikan tarekat – iaitu tarekat yang dalam aliran Sunni – lebih berat berbanding keburukannya. Antara kebaikan tersebut ialah pemeliharaan ahli tarekat terhadap keimanan mereka ketika serangan oleh golongan yang sesat sehinggakan seorang pengikut tarekat yang biasa-biasa dan ikhlas lebih memelihara dirinya berbanding orang yang kelihatan pandai secara rupa luarannya. Menerusi perantaraan ‘rasa’ tarekatnya dan kecintaan kepada para wali Allah telah menyelamatkan keimanannya. Sekiranya dia melakukan dosa besar, dia menjadi seorang yang fasik dan bukannya seorang kafir serta dia tidak mudah untuk dikaitkan dengan kezindikan. Dengan sepenuh kecintaan dan kepercayaan yang teguh, pada pandangannya, tiada apa-apa kekuatan yang boleh menistai rantaian guru-gurunya yang dianggapnya sebagai para ulama. Disebabkan itu, kepercayaannya terhadap para gurunya tidak boleh digoncang. Sekiranya kepercayaannya terhadap para gurunya tidak terputus, maka dia tidak akan terjebak kepada kezindikan.
Barangsiapa yang tiada hubungan dengan tarekat dan hatinya tidak bergerak kepada perbuatan, maka sangat sukar untuknya memelihara diri dengan pemeliharaan yang sempurna dalam berhadapan dengan konspirasi para ahli zindik hari ini sekalipun jika dia merupakan seorang ilmuwan yang berwibawa.
Selain itu, sesuatu tarekat tidak boleh dihukum berdasarkan keburukan sebahagian aliran tarekat yang mengambil bentuk yang luar dari ketakwaan, malahan luar dari Islam. Demikianlah juga ia tidak boleh dihukum dengan keburukan orang yang menggelarkan diri mereka sebagai tarekat tanpa alasan yang benar.
390. Page
Di samping natijah keagamaan, ukhrawi dan kerohanian yang sangat penting dan tinggi, tarekat merupakan wasilah utama yang efektif dalam menyingkap dan meluaskan ukhuwah yang merupakan ikatan suci antara umat Islam di dunia Islam. Ia juga merupakan salah satu dari tiga kubu kuat Islam yang tidak tergugat dengan serangan keras dan besar yang dilakukan oleh dunia kekufuran dan politik Kristian untuk memadamkan cahaya Islam.
Perkara yang memelihara Istanbul sebagai pusat khilafah selama 550 tahun menentang seluruh dunia Kristian ialah cahaya keimanan yang terpancar ke 500 tempat di Istanbul. Titik penting yang menjadi sandaran orang yang beriman di pusat Islam tersebut ialah kekuatan keimanan bagi orang yang mengulang-ulang lafaz “Allah, Allah” di pusat tarekat sufi yang terdapat di belakang masjid-masjid besar. Bisikan-bisikan ghairah mereka dengan kecintaan kerohanian lahir dari pengenalan terhadap Tuhan.
Oleh itu wahai orang patriotik dan nasionalis palsu, beritahukan kepadaku, kejahatan apakah yang terdapat dalam tarekat sufi yang boleh membatalkan kebaikan dalam kehidupan sosial kalian?
Komen Keempat: Sekalipun jalan kewalian itu senang, namun terdapat sangat banyak kepayahan. Sekalipun jalannya pendek, tetapi ia sangat panjang. Walaupun nilainya sangat tinggi, namun ia punya risiko yang sangat tinggi. Sekalipun jalan kewalian itu luas, namun dalam masa yang sama ia amat sempit. Berdasarkan rahsia-rahsia ini, kekadang sebahagian orang yang bersuluk tenggelam di dalamnya. Ada juga yang menjadi berbahaya. Selain itu, ada juga orang yang bersuluk yang sesat dan menyesatkan orang lain.
391. Page
Sebagai contoh, terdapat dua jalan dalam tarekat kesufian. Ia disebut sebagai perjalanan Anfusi dan perjalanan Afaqi.
Perjalanan Anfusibermula dengan diri. Seseorang yang bersuluk akan memalingkan penglihatannya daripada luaran dan memandangnya ke dalam hati. Ia menembus sifat keakuan, membuka satu jalan daripada hati dan menemui hakikat. Kemudian dia masuk ke dunia luar dan dia akan melihat dunia luar itu bercahaya, lantas dia pantas mengakhiri perjalanan ini. Hakikat yang dilihat dalam daerah dalaman ialah perkara yang dia lihat menerusi skala yang besar di daerah luaran. Kebanyakan tarekat yang senyap menempuh jalan ini. Asas terpentingnya ialah meruntuhkan sifat keakuan, meninggalkan dan mematikan hawa nafsu.
Aliran kedua pula bermula dari luar. Orang yang bersuluk atas jalan ini akan menyaksikan refleksi nama-nama dan sifat Tuhan termanifestasi di ruang yang besar iaitu ruang luaran. Dia menyaksikan cahaya-cahaya itu di ruang yang kecil di daerah hatinya dan membuka jalan tersingkat di dalamnya. Ia melihat bahawa hati merupakan cerminan kepada Allah yang bernama al-Samad (Allah yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat), lalu dia sampai ke tujuan yang dicari.
Oleh itu, sekiranya orang yang menempuh jalan yang pertama tidak diberi kekuatan untuk mematikan nafsu amarah, tidak meninggalkan hawa nafsu dan tidak meruntuhkan sifat keakuan, maka dia akan jatuh dari maqam kesyukuran kepada maqam kebanggaan. Dari situ, dia akan jatuh ke lembah kesombongan. Sekiranya terdapat pada dirinya rasa tertawan yang lahir dari cinta yang kemudiannya membawanya menjadi mabuk dek rasa tertawan itu, maka akan keluarlah daripada dirinya dakwaan yang banyak melebihi hadnya sehnggakan ia membahayakan dirinya dan orang lain.
392. Page
Sebagai contoh, sekiranya seorang laksamana menjadi angkuh kerana keseronokan dengan posisinya yang mengarah, dia akan menyangka dirinya menjadi seorang fil marsyal. Dia akan terkeliru dengan ruangnya yang sangat kecil dengan ruang yang universal milik seorang fil marsyal. Begitu juga dia keliru melihat matahari yang muncul di cermin kecil dengan matahari yang dilihat manifestasi kebesarannya di atas permukaan laut lantaran terdapat persamaan antara kedua-duanya. Terdapat juga banyak wali yang melihat diri mereka lebih besar dari tokoh yang hakikatnya lebih besar daripada mereka. Ia sebagaimana pada perbezaan antara lalat dan burung merak.
Sehinggakan aku melihat seorang lelaki yang hatinya hanyalah baru mendapat kesedaran, dari jauh dia berasakan terdapat rahsia kewalian pada dirinya. Dia menganggap dirinya sebagai seorang ulama hebat serta meniru tingkatan dan keadaannya. Lantas aku berkata kepadanya: “Sebagaimana terdapat manifestasi yang umum dan khusus bagi undang-undang kerajaan yang bermula dengan Perdana Menteri dan berakhir dengan Pegawai Daerah, begitu juga dengan kewalian. Kedudukan kewalian mempunyai ruang dan manifestasi yang berbagai-bagai. Setiap maqam mempunyai banyak bayang-bayang. Dalam ruang engkau yang menyamai kedudukan seorang Pegawai Daerah, engkau melihat manifestasi terbesar kedudukan kewalian yang menyamai kedudukan Perdana Menteri. Engkau tertipu. Perkara yang engkau lihat dan saksi itu benar tetapi penghukuman engkau terhadapnya adalah salah. Bagi seekor lalat, secawan air ialah sebuah lautan kecil.” Dengan izin Allah, lelaki ini mencapai kesedaran menerusi jawapanku ini, dan terselamat daripada jurang yang amat dalam ini.
Kemudian, aku melihat sebahagian orang menyangka diri mereka sebagai al-Mahdi. Setiap mereka berkata, “aku akan menjadi al-Mahdi”. Mereka bukanlah pendusta dan bukan pula penipudaya. Sebaliknya, mereka tertipudaya dan menyangka perkara yang mereka lihat itu sebagai hakikat.
Terdapat pelbagai manifestasi pada nama-nama Tuhan. Ia bermula dengan arasy yang terbesar dan berakhir dengan zarah. Kedudukan manifestasi itu berbeza berdasarkan nisbah. Demikianlah juga halnya dengan kepelbagaian tingkatan kewalian yang merupakan manifestasi luaran bagi nama-nama Tuhan.
393. Page
Sebab terpenting bagi keraguan itu ialah:
Terdapat maqam-maqam yang mempunyai perkaitan dan hubungan dengan sebahagian tokoh terkenal. Contohnya terdapat ciri-ciri peranan al-Mahdi dalam sebahagian maqam wali. Hubungan khusus maqam itu dengan dengan ulama hebat juga menjadi kelihatan. Begitu juga hubungan khusus dengan Saidina Khidir. Maqam-maqam itu dinamakan sebagai maqam Khidir, Maqam Uwais dan Maqam al-Mahdi. Berdasarkan rahsia ini, maka golongan yang masuk ke dalam maqam itu, model kecil bagi maqam itu atau sebagai bayang-bayang mereka akan menyangka diri mereka sebagai tokoh-tokoh terkenal yang ada perkaitan khusus dengan maqam itu. Ada yang menyangka dirinya merupakan Khidir, ada yang percaya bahawa dirinya merupakan al-Mahdi dan ada yang berkhayal bahawa dirinya merupakan seorang ulama yang terhebat. Sekiranya pada dirinya tiada sifat keakuan yang menginginkan cinta jawatan, maka tiada hukuman ke atasnya. Oleh itu, dakwaan dan sangkaannya yang melebihi had akan dianggap luar biasa dan dia tidak akan dipertanggungjawabkan atas perkara yang berlaku.
Namun jika diselindung sifat keakuannya yang menginginkan cinta jawatan, lalu dia dikalahkan oleh sifat keakuan itu, meninggalkan kesyukuran dan dia pun berbangga-bangga, nescaya secara beransur-ansur dia akan gugur daripada kebanggaan kepada tertipu dengan diri sendiri. Kemudian, sama ada dia akan jatuh ke dalam lubang kebodohan dan kegilaan ataupun dia akan terseleweng dari jalan kebenaran. Hal ini demikian kerana dia menyangka para wali besar itu sepertinya, lalu berkuranglah sangkaan baiknya terhadap mereka kerana nafsu sendiri mengetahui kelemahannya walau sejauh mana ia tertipu dengan diri sendiri. Membandingkan tokoh-tokoh wali itu dengan dirinya bererti dia membayangkan mereka mempunyai kesalahan dan kekurangan. Malah, penghormatan dan pemuliaan terhadap para Nabi AS pun berkurangan.
394. Page
Orang yang ditimpa dengan ujian ini mestilah berpegang dengan pertimbangan Syariah, menjadikan prinsip para ulama Usuluddin sebagai pertimbangan bagi mereka dan pengajaran daripada para wali yang benar seperti Imam al-Ghazali dan Imam Rabbani selaku pembimbing mereka. Dia juga mestilah sentiasa berwaspada daripada diri sendiri dan tidak menyandarkan kepada diri mereka apa-apa sifat selain sifat kelemahan, kekurangan dan kefakiran.
Tindakan-tindakan yang melampaui yang terdapat pada aliran ini timbul daripada cinta pada diri sendiri kerana mata yang cinta tidak melihat kekurangan dan kelemahan. Disebabkan cinta pada diri sendiri, dia menyangka dirinya yang penuh kekurangan seperti kaca-kaca yang tidak bernilai sebagai berlian dan permata. Kesalahan yang paling bahaya berhubung perkara ini ialah apabila seseorang mengkhayalkan makna-makna separa yang sampai ke dalam hatinya dengan bentuk ilham sebagai kalam Allah dan dia menyebutnya sebagai ayat. Oleh sebab itu, lahir pada dirinya sikap tidak menghormati kedudukan wahyu yang tinggi dan suci. Ya, semua ilham itu merupakan salah satu jenis dari kalimah Tuhan, sama ada yang bermula dengan ilham lebah dan haiwan-haiwan lain dan berakhir dengan ilham manusia dari kalangan orang awam dan golongan khusus, ilham malaikat sama ada dari kalangan awam atau khusus yang didekatkan dengan Tuhan. Akan tetapi, terdapat pelbagai manifestasi bagi kalam Tuhan yang bersinar menerusi 70000 hijab berdasarkan kapasiti maqam.
Walaubagaimanapun, menjadi suatu yang amat salah untuk menggunakan kata “ayat” yang khusus bagi bintang-bintang al-Quran ke atas ilham. Perkataan “ayat” merupakan kata nama khusus bagi wahyu dan kalam Allah ta’ala dan merupakan pemberian contoh yang paling terbukti bagi kalam Tuhan.
Perbandingan ilham yang terdapat dalam hati golongan para pembuat dakwaan itu dengan ayat-ayat matahari al-Quran yang merupakan kalam Tuhan secara langsung ialah ilham itu seperti gambar matahari kecil yang terpantul pada cermin yang berwarna-warni yang ada di tangan kita, sedangkan wahyu itu ialah matahari yang ada di langit. Demikianlah sebagaimana telah dijelaskan dan dibuktikan dalam kalimah 12, kalimah 25 dan kalimah 31.
395. Page
Ya, sekiranya dikatakan bahawa pantulan imej matahari yang muncul di setiap cermin adalah daripada matahari dan berkait dengannya, maka pandangan ini betul. Namun begitu, glob bumi tidak dikaitkan dengan matahari di dalam cermin-cermin itu dan ia tidak tergantung dengan tarikannya.
Komen Kelima: Salah satu jalan yang sangat penting dalam tarekat-tarekat kesufian ialah wahdah al-syuhud yang merupakan nama lain bagi wahdah al-wujud. Ia mengehadkan pandangan kepada Wajib al-Wujud. Dalam masa yang sama, ia melihat makhluk yang lain sebagai lemah dan seperti bayang-bayang kepada Tuhan. Hal tersebut demikian sehingga sampai ke peringkat ia menghukumnya sebagai tidak layak untuk membawa nama ‘wujud’. Ia membalutnya dalam tudung imaginasi dan berada pada maqam menafikan semua perkara selain daripada Tuhan serta menganggap perkara lain sebagai tiada. Bahkan, lebih dari itu ia menganggap manifestasi nama-nama Tuhan sebagai cermin-cermin imaginasi.
Satu fakta yang penting mengenai aliran ini ialah, berdasarkan pengetahuan tentang Wajib al-Wujud dengan kekuatan iman dan penyingkapan terhadap kewalian yang tinggi pada darjat haq al-yaqin (keyakinan hakiki), akan jatuh seluruh kewujudan al-mumkinat akan gugur sehingga ke peringkat yang paling rendah di mana bahawa tiada lagi al-mumkinat[3] kecuali hanyalah khayalan dan ketiadaan. Hal ini demikian seolah-olah mereka mengingkari kewujudan makhluk kerana mengiakan kewujudan Tuhan yang bersifat Wajib al-wujud.
Namun demikian, aliran ini mengandungi perkara-perkara yang berbahaya. Perkara yang pertama dan terpenting ialah:
Terdapat enam rukun iman. Selain rukun keimanan kepada Allah, terdapat rukun-rukun yang lain seperti keimanan dengan hari akhirat. Rukun-rukun ini menuntut kewujudan al-mumkinat.
396. Page
Di samping itu, rukun-rukun yang teguh ini juga tidak terbina atas khayalan. Oleh sebab itu, apabila pengikut aliran ini berpindah dari alam keghairahan dan kemabukan kepada alam kesedaran, dia tidak boleh membawa bersama-sama mereka kepercayaan aliran itu dan juga tidak boleh bertindak menurut tuntutan kepercayaan aliran itu. Selain itu, dia hendaklah tidak menukarkan aliran yang berkait dengan hati, cahaya dan dhauq kepada sebuah aliran yang berkait dengan akal, pemikiran dan ilmu kerana prinsip-prinsip akal, ilmu dan kalam yang tumbuh dari al-Kitab dan al-Sunnah tidak menerima aliran ini. Malah, prinsip akal, ilmu dan asas kalam tidak boleh dipraktikkan dan disokong. Sehubungan dengan itu, aliran ini secara jelasnya tidak dilihat pada empat khalifah selepas Rasulullah, para imam mujtahid dan tokoh-tokoh besar generasi salaf. Ini bererti, aliran ini bukanlah aliran yang tertinggi. Aliran ini tinggi tetapi mempunyai kekurangan, sangat penting tetapi mempunyai banyak bahaya. Sekalipun mempunyai kedudukan yang tinggi, namun ia tetap mempunyai banyak pendapat. Orang yang memasuki aliran ini dengan dorongan dhauq itu tidak mahu keluar darinya dan menyangkanya sebagai martabat tertinggi lantaran sifat keakuan dan bangga diri. Oleh sebab kami telah menjelaskan dasar dan hakikat aliran ini dalam risalah al-Nuktah, bahagian al-Kalimat dan al-Maktubat, maka kami bercukup sekadar ini sahaja dan hanya menerangkan salah satu situasi yang kritikal bagi aliran yang penting ini sebagaimana berikut:
Bagi golongan yang paling khusus (khawas al-khawas) dalam kedudukan spiritual yang dalam keadaan yang sepenuhnya tenggelam, aliran ini merupakan sebuah aliran yang baik. Dengan rahsia “meninggalkan perkara yang selain daripada Allah”, mereka melepasi ruang yang berdasarkan sebab akibat, memutuskan hubungan mereka dengan mumkinat. Namun demikian, untuk mempersembahkannya dalam terma-terma intelektual kepada mereka yang tenggelam dalam ruang sebab akibat, diuji dengan dunia dan terjebak dalam falsafah materialism dan tabiat (nature) adalah bererti menenggelamkan mereka dalam tabiat dan materialism serta menjauhkan mereka dari hakikat Islam.
397. Page
Hal ini demikian kerana pandangan orang yang diuji dengan dunia dan bergantung dengan ruang sebab akibat itu suka untuk ditambah sedikit sifat kekal dalam dunia yang sementara ini. Dia tidak mahu kehilangan perkara yang dicintainya. Di sebalik helah wahdah al-wujud, dia membayangkan baginya kehidupan yang kekal. Berdasarkan sandarannya yang penuh terhadap sifat kekal kepada dunia yang merupakan perkara yang dicintainya, maka dia mengangkat dunia ke darjat suatu yang disembah. Hal ini membawa kepada bahaya pengingkaran terhadap kewujudan Allah Ta’ala. Aku meminta perlindungan daripada Allah daripada bahaya itu.
Pemikiran materialism telah menguasai akal pada zaman ini sehinggakan mereka mengira materialism sebagai rujukan semua perkara. Sekiranya aliran wahdah al-wujud disebarkan pada hari ini tatkala para ahli spiritual yang berkedudukan khusus memandang material sebagai suatu yang tidak penting sehingga seolah-olah mereka melihatnya sebagai tiada. Maka berkemungkinan golongan materialistik akan mempertahankannya dan berkata: “kami juga berpandangan sebegini”. Sedangkan hakikatnya dalam kalangan seluruh aliran di dunia ini, aliran wahdah al-wujud ialah aliran yang paling jauh dari laluan golongan materialistik dan para penyembah tabiat.
Hal ini demikian kerana para pengikut aliran wahdah al-wujud memberi perhatian terhadap kewujudan Allah Ta’ala dengan kekuatan iman sehingga ke peringkat mereka mengingkari kewujudan alam dan segala makhluk. Golongan materialis pula memberi perhatian kepada makhluk sehingga ke peringkat mereka mengingkari Allah lantaran melebihkan alam. Lalu bagaimanakah dua golongan ini boleh disamakan dan dibandingkan?
398. Page
Komen Keenam mengandungi tiga perkara.
Perkara Pertama: Dalam kalangan tarekat kewalian, yang terindah, paling lurus, bercahaya dan terkaya adalah dengan mengikuti jalan sunnah Nabi SAW yang berkilauan. Ini bererti, seseorang hendaklah memelihara, mengikut dan meniru sunnah Nabi SAW yang berkilauan dalam perbuatan dan pergerakannya. Dia hendaklah memelihara hukum-hakam Syarak dalam muamalat dan tindak-tanduknya serta menjadikan hukum-hakam itu sebagai pembimbingnya. Menerusi ketaatan dan menjadikan sunnah sebagai panduan, maka urusan harian, muamalat dan pergerakannya bertukar menjadi ibadat. Di samping itu, menerusi ketaatan terhadap sunnah Nabi SAW, semua amalannya membawanya kepada mengingati sunnah dan Syarak dan seterusnya membawa kepada mengingati hukum Syarak. Peringatan kepada hukum Syarak membawa kepada mengingati Nabi SAW dan seterusnya peringatan kepada Nabi mengingatkannya dengan Allah Ta’ala. Kemudian, peringatan kepada Allah membawa kepada sejenis kehadiran hati[4]. Oleh yang demikian, setiap saat dalam umurnya boleh bertukar menjadi ibadat dalam kehadiran hati secara berterusan.
Jalan yang besar ini merupakan jalan para sahabat dan generasi salaf yang merupakan ahli kewalian terbesar dan pewaris warisan kenabian.
Perkara Kedua: Asas yang paling penting bagi tarekat-tarekat kewalian dan cabang-cabangnya ialah keikhlasan. Hal ini demikian kerana dengan keikhlasan, seseorang akan selamat daripada jenis-jenis syirik yang tersembunyi. Orang yang tidak mencapai keikhlasan tidak boleh menempuh jalan dalam tarekat. Kekuatan yang paling berkuasa dalam tarekat ialah cinta.
Ya, seorang yang mencinta tidak mencari kelemahan dan kesalahan orang yang dicintainya serta mengabaikan aib-aibnya. Bahkan dia menganggap tanda-tanda yang lemah pada kesempurnaan orang yang dicintainya sebagai hujah yang kuat. Dia juga sentiasa cenderung kepada orang yang dicintainya.
399. Page
Berdasarkan rahsia ini, golongan yang menuju kepada mengenali Allah menerusi langkah-langkah cinta tidak meminjamkan telinga mereka kepada syubhat dan bangkangan. Mereka selamat dari syubhat dan bangkangan itu dengan mudah. Malah, jika ribuan syaitan berhimpun menentang mereka, maka mereka berpandangan bahawa syaitan-syaitan itu tidak akan mampu membatalkan tanda yang mengisyaratkan kesempurnaan cinta hakikinya.
Kalau mereka tidak memiliki cinta itu, maka manusia akan bertungkus-lumus berhadapan dengan bangkangan yang datang daripada dirinya, syaitan dari dalam dan dari luar dirinya. Dia tidak akan boleh menyelamatkan dirinya melainkan dengan kecekalan yang tinggi, kekuatan keimanan dan perenungan yang mendalam. Berdasarkan rahsia ini, maka cinta yang tumbuh dari mengenali Allah merupakan jauhar dan eliksir yang terpenting dalam seluruh peringkat kewalian.
Namun begitu, terdapat juga bahaya pada cinta iaitu apabila seorang pencinta melompat dari dua sifat yang merupakan rahsia perhambaan iaitu sifat ketundukan dan rasa hina diri kepada sungutan, rungutan, bergerak tanpa keseimbangan dan bertindak tanpa kawalan. Apabila menuju kepada perkara-perkara selain Allah, seseorang itu berhenti daripada melihat semua perkara itu sebagai tanda kepada Penciptanya dan mula melihat semua itu sebagai terpisah dari Penciptanya. Oleh itu, cinta mula menjadi racun berbanding dahulunya yang merupakan penawar. Sepatutnya, walaupun dia mencintai perkara selain Allah, dia hendaklah mengikat hatinya dengan perkara yang dicintainya demi keredhaan Allah dan nama-Nya serta kerana perkara-perkara selain Allah itu merupakan cerminan kepada nama-nama-Nya yang indah.
Kekadang, dia berfikir tentang perkara yang dicintainya demi perkara itu sendiri serta kerana kesempurnaan dan keindahan perkara itu. Dia mencintai perkara selain Allah tanpa mengingati Allah dan Rasul-Nya. Maka, cinta sebegini bukanlah wasilah kepada cinta Allah, sebaliknya merupakan hijab dan penghalang dari cinta Allah. Tetapi jika cinta terhadap perkara selain Allah itu sebagai cinta yang menjadi tanda kepada Pencipta, maka cinta itu menjadi wasilah kepada cinta Allah. Bahkan boleh dikatakan bahawa cinta sebegini sebagai antara manifestasi cinta Allah.
400. Page
Perkara Ketiga: Dunia ini merupakan alam kebijaksanaan dan perkhidmatan, bukannya alam upah dan ganjaran. Alam barzakh dan akhirat merupakan tempat bagi ganjaran bagi amalan dan khidmat yang dilakukan di dunia. Amalan yang dihasilkan di dunia akan berbuah di sana.
Disebabkan ini merupakan hakikatnya, keputusan yang khusus bagi amalan ukhrawi mestilah tidak dituntut di dunia. Malah jika keputusan itu diberi di dunia, maka penerimaannya mestilah dengan kesedihan dan penyesalan bukannya dengan kegembiraan dan keredhaan. Hal tersebut demikian kerana bukanlah suatu yang rasional untuk memakan buah-buahan amalan ukhrawi di dunia ini dengan bentuk yang bersifat sementara, sedangkan buah-buahan amalan ukhrawi bersifat kekal seperti buah-buahan di syurga dengan rahsianya yang sentiasa berbuah setiap kali dipetik. Perlakuan itu seperti menggantikan sebuah lampu yang kekal berterusan dengan lampu yang hanya bernyala selama satu saat lalu terpadam.
Berdasarkan rahsia ini, para wali melakukan khidmat, amalan, kepayahan dan ujian. Mereka tidak mengadu dan mengeluh, bahkan mereka mengucapkan الحمد لله على كل
حال “segala puji bagi Allah bagi setiap keadaan”. Apabila mereka dikurniakan kasyaf, keramat, dhauq dan cahaya, mereka menerimanya sebagai nikmat daripada Tuhan dan cuba untuk menyembunyikannya. Mereka tidak berterusan dalam kebanggaan dan tertipu dengan diri sendiri, sebaliknya mereka bertambah syukur dan rasa perhambaan. Banyak dalam kalangan mereka yang mahu menyembunyi dan memutuskan keadaan ini supaya keikhlasan tidak tercalar dalam amalan mereka dan tidak ditimpa kekurangan dan kerosakan.
Ya, ihsan yang terpenting daripada Allah kepada insan yang diterima di sisi-Nya adalah Dia tidak menjadikannya menyedari akan ihsan daripada-Nya itu supaya dia tidak bertukar dari berdoa bersungguh-sungguh kepada sifat terlalu manja dan dari sifat bersyukur ke sifat berbangga. Berdasarkan hakikat ini, jika orang yang menuntut kewalian dan mengikuti tarekat mencari dhauq dan keramat yang merupakan sebahagian pancaran kewalian serta menuju dan terpegun dengan kedua-duanya, maka ini bererti kehilangan keikhlasan yang merupakan hakikat kewalian. Kehilangan keikhlasan bererti kehilangan dan tersia-sianya kewalian. Di samping itu, ini termasuk dalam dalam kategori memakan buah-buahan ukhrawi yang kekal dengan bentuk yang fana di dunia yang fana ini.
401. Page
Komen Ketujuh mengandungi empat perkara.
Perkara Pertama: Syariah merupakan natijah bagi firman Tuhan yang terbit secara langsung – tanpa bayang atau tabir – menerusi sifat rububiyyah yang mutlak dengan rahsia keesaan-Nya. Kedudukan tertinggi tarekat dan hakikat dikira sebagai juzuk-juzuk Syariah. Kalau tidak, kedua-duanya sentiasa diputuskan sebagai wasilah, mukadimah dan pengkhidmat, sementara perkara-perkara yang bersifat tetap dan universal dalam Syariah merupakan natijah bagi kedua-duanya. Jalan tarekat dan hakikat adalah seperti wasilah, pengkhidmat dan langkah-langkah untuk mencapai hakikat Syariah. Sedikit demi sedikit, kedua-duanya ditransformasikan di tahap yang tertinggi sehingga ke makna hakikat dan rahsia tarekat yang terkandung dalam Syariah. Di sisinya, kedua-duanya juzuk-juzuk bagi Syariah yang terbesar. Bukanlah suatu yang benar untuk berfikir bahawa Syariah sebagai kulit luaran sedangkan hakikat sebagai isi, natijah dan tujuannya sebagaimana disangka sebahagian ahli tasawuf.
Ya, penyingkapan Syariah adalah berbeza berdasarkan tahap manusia. Adalah menjadi kesalahan apabila orang awam menyangka bahawa zahir Syariah merupakan hakikat Syariah dan begitu juga penyebutan nama hakikat dan tarekat kepada tahap Syariah yang tersingkap kepada golongan khawas. Sebaliknya, Syariah mengandungi tahap-tahap yang melihat ke seluruh peringkat.
Berdasarkan rahsia inilah, setiap kali ahli tarekat dan golongan hakikat terkehadapan, makin bertambah tarikan, kesukaan dan ikutan mereka terhadap hakikat Syariah. Mereka mengira bahawa sunnah yang terendah sebagai tujuan teragung bagi mereka, lalu mereka bersegera untuk mengikutinya. Hal ini demikian kerana adab-adab Syarak yang merupakan buah daripada wahyu adalah lebih mulia, tinggi dan penting daripada adab-adab tarekat yang merupakan buah daripada ilham. Hal tersebut berdasarkan ketinggian wahyu berbanding ilham. Oleh yang demikian, asas terpenting dalam tarekat adalah mengikuti sunnah yang mulia.
402. Page
Perkara Kedua: Tarekat dan hakikat hendaklah tidak terkeluar dari statusnya sebagai wasilah dan perantara. Sekiranya kedua-duanya bertukar menjadi tujuan, maka ketika itu perkara-perkara yang bersifat tetap dalam agama, hukum-hakam muamalat dalam Syariah dan mengikuti sunnah Nabi SAW hanya menjadi suatu yang luaran dan hati pula menuju ke jalan yang lain. Ini bererti, manusia lebih berfikir mengenai majlis zikir berbanding berfikir mengenai solat, lebih tertarik dengan wirid-wirid berbanding perkara-perkara fardu dan lebih menjauhi dari bercanggahan dengan adab-adab tarekat dari menjauhi dosa-dosa besar. Sedangkan hakikatnya, wirid-wirid tarekat tidak akan menyamai dan tidak boleh menggantikan satu kefarduan yang merupakan antara perkara yang bersifat putus dalam agama.
Sepatutnya, adab tarekat dan wirid tasawuf menjadi wasilah bagi dhauq hakiki yang terdapat dalam perkara-perkara fardu dan bukannya adab dan wirid yang menjadi sumber bagi perkara-perkara fardu itu. Hal ini bererti, pusatahli tarekat hendaklah menjadi wasilah bagi dhauq yang terkandung dalam menunaikan solat di masjid dan mengerjakannya dengan sebenar-benarnya. Jika tidak, maka orang yang menunaikan solat di masjid dengan pantas dan tanpa penghayatan sambil berfikir untuk mendapatkan dhauq dan kesempurnaan solat yang hakiki di pusat mereka adalah jauh dari hakikat.
Perkara Ketiga: Satu soalan dilontarkan: “adakah mungkin untuk tarekat berada di luar Sunnah dan hukum-hakam Syariah?
Jawapannya ialah: ‘Ya’ dan ‘tidak’.
Jawapan pertama adalah ‘ya’ kerana sebahagian wali yang sempurna telah dihukum bunuh dengan pedang Syariah.
403. Page
Jawapan kedua adalah ‘tidak’ kerana para ilmuwan yang berautoriti dari kalangan wali telah bersepakat dengan undang-undang yang dipegang oleh al-Sa’di al-Syirazi ini.
مُحَالَسْتْ سَعْد۪ي بَرَاهِ صَفَا ظَفَرْ بُرْدَنْ جُزْ دَرْ پَيِ مُصْطَفٰي ع ص م
“Sa’di, suatu yang mustahil untuk menjadi pemenang dalam jalan kebahagiaan melainkan dengan mengikuti jalan Nabi yang terpilih.”
Ini bererti, suatu yang mustahil untuk seseorang yang mengikuti jalan yang di luar dari laluan Rasulullah SAW yang mulia dan jalan yang tidak ditempuhi baginda SAW untuk sampai ke cahaya-cahaya yang hakiki bagi hakikat. Rahsia bagi isu ini ialah:
Disebabkan Rasulullah SAW yang mulia merupakan penutup bagi semua Nabi dan menerima wahyu daripada Allah sebagai mewakili seluruh manusia, maka menjadi suatu kemestian bagi manusia untuk tidak berjalan di luar laluan baginda SAW. Bahkan, manusia hendaklah berada di bawah bendera baginda SAW. Disebabkan seseorang ahli sufi yang sedang ditarik kepada cinta Allah dan keluar dari kebergantungan dengan alam nyata serta tenggelam dalam mengenali-Nya tidak bertanggungjawab terhadap kekhilafan mereka ketika itu; disebabkan dalam diri manusia terdapat sebahagian deria halus yang tidak tunduk kepada kebertanggungjawaban; deria-deria halus itu sekiranya menguasai diri manusia, maka dia tidak akan dihukum atas pelanggarannya terhadap hukum-hakam Syariah.
404. Page
Disebabkan dalam diri manusia juga terdapat deria-deria halus yang tidak tunduk kepada hukum kemahuan sebagaimana deria halus itu tidak tunduk kepada kebertanggungjawaban dan tidak termasuk bawah pentadbiran akal iaitu tidak mengendahkan hati dan akal, maka tiada keraguan lagi bahawa apabila deria-deria halus itu menguasai manusia, maka ketika itu sahaja darjat kewalian tidak gugur meskipun sedang melakukan pelanggaran terhadap hukum-hakam Syariah. Sebaliknya, dia diberi keuzuran dengan syarat tiada pengingkaran, pemalsuan dan perlekehan terhadap hakikat-hakikat Syariah dan kaedah-kaedah keimanan. Dia wajib mengiktiraf bahawa hukum-hakam Syariah adalah benar sekalipun dia tidak beramal dengannya. Namun demikian, kalau dia dikalahkan oleh keadaan ini dan menerima keadaan tersebut yang membawa kepada pengingkaran dan pendustaan terhadap hakikat yang putus dan muktamad itu – aku berlindung dengan Allah daripada keadaan tersebut – maka itu merupakan tanda kejaTuhan daripada jalan yang benar.
Kesimpulannya, ahli tarekat yang berada di luar ruang Syariah itu ada dua bahagian:
Pertama: Sama ada disebabkan keadaan ditarik kepada cinta Allah dan keluar dari kebergantungan dengan alam nyata serta tenggelam dan mabuk dalam mengenali-Nya menewaskan mereka, ataupun kerana deria-deria halus yang tidak mengendahkan kepada perintah Syarak atau kemahuan – sebagaimana telah diterangkan sebelum ini-. Oleh sebab itu, mereka keluar dari ruang lingkup Syariah. Tetapi situasi ini tidak lahir dari ketiadaan sifat kagum dan redha dengan hukum-hakam Syariah atau disebabkan tidak suka dan menolak hukum-hakam, sebaliknya mereka meninggalkan hukum-hakam itu dalam keadaan terpaksa dan di luar daripada kemahuan dan pilihan mereka. Terdapat sebahagian wali yang termasuk dalam bahagian ini. Terdapat juga sebahagian wali besar yang termasuk dalam bahagian ini dalam tempoh yang sementara. Sebahagian wali yang berautoriti menyatakan bahawa terdapat sebahagian wali besar yang berada di luar ruang Syariah, bahkan juga di luar ruang Islam. Mereka termasuk dalam bahagian ini. Syaratnya ialah mereka tidak mendustakan apa-apa hukum yang didatangkan oleh Rasulullah SAW.
Mereka mungkin tidak berfikir mengenai Syariah, tidak mampu menuju kepadanya atau tidak berdaya untuk mengenalinya serta mereka mungkin jahil tentangnya. Adapun sekiranya mereka tahu mengenai Syariah, kemudian menolaknya, maka perbuatan ini tidak boleh diterima.
405. Page
Kedua: Mereka tenggelam dan ditarik dalam dhauqyang bercahaya dalam tarekat dan hakikat. Mereka tidak mampu sampai ke tahap dhauq hakikat Syariah yang jauh lebih tinggi dari dhauq mereka. Mereka menyangka bahawa Syariah kosong dari dhauq dan hanya bersifat gambaran luaran lalu. Oleh itu mereka tidak mempedulikan Syariah dan secara perlahan mereka percaya bahawa Syariah hanyalah kulit yang zahir dan menyangka bahawa hakikat yang mereka temui merupakan asas dan tujuan. Salah seorang dari kalangan mereka berkata, “cukuplah apa yang aku temui,” dan mereka melakukan tindak-tanduk yang bercanggah dengan hukum-hakam Syariah. Orang yang berada dalam bahagian ini yang dalam keadaan sedar, mereka bertanggungjawab atas tindak-tanduk mereka. Mereka boleh tersesat, bahkan kekadang mereka menjadi bahan persendaan bagi syaitan.
Perkara keempat: Sebahagian orang yang termasuk dalam kalangan kumpulan yang sesat dan melakukan bidaah adalah termasuk dalam golongan yang diterima pada pandangan umat Islam. Terdapat juga orang yang seperti mereka, namun umat Islam menolak mereka sekalipun secara zahirnya tiada perbezaan antara mereka dan kumpulan yang sesaat dan melakukan bidaah tadi. Aku sangat pelik dan hairan dengan perkara ini.
Sebagai contoh, al-Zamakhsyari yang merupakan antara yang paling taksub dalam aliran Muktazilah tidak dikafirkan oleh ulama Sunni yang berautoriti. Mereka juga tidak menuduhnya sebagai sesat sekalipun kritikan-kritikannya yang keras terhadap mereka. Malahan, mereka mencari baginya jalan untuk menyelamatkannya dari hukuman kafir dan sesat. Namun demikian, mereka mengira sebahagian imam Muktazilah seperti Abu Ali al-Jubaie – yang jauh lagi kurang keekstremannya berbanding al-Zamakhsyari – ditolak. Sejak sekian lama, aku tertanya-tanya tentang perkara ini. Kemudian menerusi nikmat Tuhan, aku memahami kritikan-kritikan al-Zamakhsyari terhadap Sunni timbul dari cintanya terhadap alirannya yang dianggap sebagai benar.
406. Page
Contohnya menurut al-Zamakhsyari, konsep tanzih (pent: menyucikan Tuhan daripada sifat-sifat kekurangan) yang hakiki tidak akan tercapai melainkan jika makhluk menciptakan sendiri perbuatannya. Oleh yang demikian, disebabkan cintanya yang bersangatan dalam menyucikan Allah ta’ala daripada sifat-sifat kekurangan, maka beliau tidak menerima prinsip Sunni berhubung isu khalq al-af’al (penciptaan perbuatan makhluk). Sementara itu, semua para Imam yang ditolak dalam aliran Muktazilah tertolak kerana mereka tidak mengingkari prinsip Sunni yang tinggi bukan kerana mencintai kebenaran itu sendiri, sebaliknya mereka menolak prinsip Sunni kerana akal mereka yang cetek tidak mencapainya dan juga kerana pemikiran mereka yang sempit tidak melihat secara menyeluruh prinsip Sunni yang luas.
Sebagaimana demikianlah keadaannya perselisihan Muktazilah terhadap Sunni dalam ilmu kalam, begitu juga dengan perselisihan ahli tarekat yang berada di luar laluan Sunnah. Mereka terbahagi kepada dua bahagian:
Pertama: Seperti al-Zamakhsyari, mereka diuji dengan keadaan dan aliran mereka sehingga ke peringkat tidak mempedulikan adab-adab Syariah yang mereka tidak mampu untuk capai dan mencerap darjat dhauqnya.
Kedua: Mereka melihat adab-adab Syariah sebagai tidak memiliki kepentingan berbanding prinsip-prinsip tarekat. Hal ini demikian kerana kefahaman mereka yang sempit menjadikan mereka tidak mampu memahami mengenai dhauq yang luas dan maqam mereka yang rendah menjadikan mereka lemah dari mencapai adab-adab yang tinggi.
407. Page
Komen Kelapan: Komen ini menerangkan lapan jurang yang marabahaya.
Pertama: Sebahagian ahli suluk yang yang tidak memelihara secara sempurna Sunnah akan terjebak dalam jurang yang berbahaya menerusi tindakan mereka yang melebihkan kewalian daripada kenabian. Perihal ketinggian kenabian dan kepudaran kewalian jika dibandingkan dengan kenabian telah dibuktikan dalam “Kalimah 24” dan “Kalimah 31”.
Kedua: Mereka melebihkan sebahagian wali yang melampau dari kalangan ahli tarekat berbanding para sahabat. Bahkan, mereka melihat sebahagian wali itu pada martabat para nabi lalu mereka terjebak dalam jurang yang berbahaya. Dalam “Kalimah 12”, “Kalimah 27” dan “tambahan khas tentang sahabat” telah dibuktikan secara sangat jelas dan konklusif bahawa para sahabat mempunyai keistimewaan bersahabat dengan Nabi SAW. Keistimewaan ini tidak mungkin boleh dicapai menerusi jalan kewalian. Telah diterangkan juga dalam risalah-risalah itu bahawa kewalian tidak mungkin akan mengatasi para sahabat dan para wali tidak akan sesekali mencapai kedudukan para Nabi.
Ketiga: Sebahagian orang yang membawa ketaksuban yang melampau terhadap tarekat melebihkan adab-adab dan wirid tarekat mengatasi Sunnah. Dengan demikian, mereka mencanggahi Sunnah, meninggalkan Sunnah dan tidak meninggalkan wirid-wirid mereka. Sebagaimana telah dibuktikan dalam banyak “Kalimah”, para ilmuwan yang berautoriti dari kalangan ahli tarekat seperti Imam al-Ghazali dan Imam Rabbani[5] berkata: “Penerimaan di sisi Tuhan yang diperoleh mengikuti satu Sunnah tidak sama dari mengikuti 100 adab dan amalan sukarela yang khusus. Demikian juga satu amalan fardu lebih baik daripada seribu amalan sunat. Selain itu, satu amalan sunat lebih baik daripada seribu adab tasawuf.
408. Page
Keempat: Sebahagian yang melampau dari kalangan ahli sufi menyangka bahawa ilham itu seperti wahyu dan mengiranya sebagai salah satu dari kategori wahyu. Hal itu menyebabkan mereka terjerumus ke dalam jurang yang berbahaya. Dalam “Kalimah 12”, “Kalimah 25” yang dikhususkan bagi mukjizat al-Quran dan risalah-risalah lain telah dibuktikan dengan konklusif bahawa betapa tingginya kedudukan wahyu dan sifatnya yang universal dan suci. Begitu juga telah dibuktikan dalam risalah-risalah tersebut mengenai ilham yang bersifat khusus dan perlahan jika dibandingkan dengan wahyu.
Kelima: Sebahagian orang dari kalangan ahli sufi yang tidak memahami rahsia tarekat lebih menyukai dhauq, cahaya dan keramat yang dikurniakan tanpa permintaan demi memberi galakan kepada kaum yang lemah, dorongan kepada orang yang berlengah-lengah dan meringankan keluhan dan kepayahan yang timbul daripada khidmat yang berat lagi keras. Mereka terduga dengan dhauq, cahaya dan keramat tersebut dan melebihkan semua itu berbanding amalan ibadat, doa dan wirid lalu menyebabkan mereka terjatuh ke dalam jurang yang berbahaya.
Dalam “Perkara Ketiga” dari “Komen Keenam” daripada risalah ini telah diterangkan secara umum dan telah dibuktikan secara konklusif dalam semua “Kalimah” bahawa dunia merupakan alam untuk berkhidmat dan bukannya alam untuk menerima upah. Maka orang yang menuntut upah mereka di dunia sedang menukarkan buah-buahan yang berkekalan menjadi buah-buahan fana yang bersifat sementara. Selain itu, perasaan untuk kekal di dunia menarik perhatian mereka dan mereka tidak mampu melihat dengan rasa kerinduan ke alam barzakh. Dari satu sudut, seolah-olah mereka mencintai kehidupan dunia kerana mereka mendapati pada kehidupan dunia itu ada aspek tertentu dari kehidupan akhirat.
Keenam: Sebahagian ahli suluk yang bukan merupakan ahli hakikat keliru antara maqam kewalian dan contoh-contohnya yang bersifat khusus dengan maqam kewalian yang bersifat primer dan universal. Hal ini menyebabkan mereka terjatuh ke jurang yang berbahaya.
409. Page
Dalam “Dahan Kedua” dari “Kalimah 24” dan “kalimah-kalimah” lain telah dibuktikan secara konklusif bahawa menerusi perantaraan cermin-cermin, matahari menjadi berbilang-bilang. Ribuan perumpamaan matahari memiliki cahaya dan haba seperti matahari itu sendiri sekalipun perumpamaan itu tidak seberapa jika dibandingkan dengan matahari yang sebenar. Begitulah juga dengan maqam para nabi dan maqam para wali besar yang mempunyai sebahagian bayang-bayang pada kedua-duanya. Ahli suluk memasuki ke dalam bayang-bayang itu lalu melihat diri mereka lebih besar berbanding para wali besar itu. Malahan mereka menyangka mereka mendahului para nabi lantas menyebabkan mereka terjerumus ke dalam jurang yang berbahaya.
Seseorang hendaklah sentiasa mengambil prinsip keimanan dan dasar Syariah sebagai pemimpin dan asas baginya supaya dia tidak menghadapi bahaya daripada jurang-jurang tersebut. Dia hendaklah bersikap skeptikal terhadap cahaya yang disaksikan dan dhauq yang diperoleh sekiranya kedua-duanya bercanggah dengan prinsip keimanan dan dasar Syariah.
Ketujuh: Sebahagian ahli sufi yang memperoleh dhauq dan yang sedang dalam kerinduan melebihkan sifat berbangga, mengeluh, fikiran luar biasa dan bergantung dengan manusia berbanding sifat syukur, berdoa, merintih-rintih kepada Tuhan dan tidak bergantung kepada manusia. Hal itu menyebabkan mereka terjerumus ke dalam jurang bahaya. Sedangkan martabat tertinggi ialah perhambaan Muhammad SAW yang dinamakan sebagai “yang dicintai”.
Rahsia yang paling asas bagi perhambaan adalah mencapai kesempurnaan hakikat dengan berdoa, syukur, merintih-tintih, khusyuk, lemah, berhajat kepada Tuhan dan tidak bergantung dengan makhluk. Tanpa pilihan dan kehendak mereka serta dalam tempoh sementara, sebahagian wali yang besar terjerumus dalam sifat berbangga, mengeluh dan fikiran luar biasa. Namun begitu, dalam aspek ini, mereka tidak perlu dijadikan ikutan secara pilihan daripada kita. Mereka ialah golongan yang diberi petunjuk, namun mereka bukanlah pemberi petunjuk. Maka, mereka tidak diikuti.
410. Page
Kelapan: Sebahagian ahli suluk yang ada sifat keakuan dan tergesa-gesa mahu memakan buah-buahan kewalian di dunia, sedangkan buah-buahan itu lebih utama untuk dipetik di akhirat. Mereka menuntutnya dalam tindak-tanduk mereka, lalu menyebabkan mereka terjatuh dalam jurang yang marabahaya. Telah dibuktikan secara pasti dalam banyak “Kalimah” bahawa satu buah di akhirat yang kekal lebih utama berbanding seribu buah di kebun-kebun dunia yang sementara. Hal tersebut sebagaimana diisytiharkan oleh ayat ini:
﴿وَمَا الْحَيَاةُ الدُّنْيَا إِلاّ مَتَاعُ الْغُرُورِ﴾
“… (ingatlah, bahawa) kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya.” (al-Hadid: 20)
Oleh itu, buah-buahan yang diberkati itu hendaklah tidak dimakan di sini. Sekiranya seseorang diberi makan buah itu tanpa kemahuan dan pilihannya, maka dia hendaklah bersyukur. Dia hendaklah mengiranya sebagai nikmat daripada Tuhan yang dikurniakan kepadanya sebagai galakan dan dorongan dan bukannya upah dan ganjaran.
Komen Kesembilan: Kami akan menerangkan di sini secara umum sembilan buah dan faedah sahaja daripada buah yang sangat banyak dan faedah yang terdapat pada tarekat.
Pertama: Menyingkap hakikat keimanan, kejelasan kemunculannya pada darjat dilihat dengan mata kepala menerusi perantaraan tarekat yang lurus. Hakikat-hakikat tersebut yang merupakan kunci-kunci, sumber dan mata air bagi khazanah abadi yang wujud dalam kebahagiaan abadi.
Kedua: Sampai ke darjat insan hakiki. Hal tersebut diperoleh dengan menggerakkan hati yang merupakan pusat dan spring utama bagi mesin kemanusiaan dengan perantaraan tarekat. Menerusinya, digerakkan deria-deria halus manusia dan memimpinnya kepada sebab penciptaannya.
411. Page
Ketiga: Menyertai salah satu kumpulan tarekat dalam perjalanan menuju ke alam barzakh, bersahabat dengan kenderaan yang bercahaya itu dalam perjalanan yang abadi, berlepas diri daripada keliaran bersendiri dan berseorangan dan beramah mesra yang bersifat maknawi dengan ahli tarekat di dunia. Begitu juga dengan bersandar kepada kesepakatan mereka berbanding kedahsyatan dan ancaman ilusi dan syubhah. Setiap mursyid dianggap sebagai sandaran yang kuat dan bukti yang jitu. Oleh itu, dengan bersama-sama mereka, lintasan kesesatan dan syubhah dalam fikiran akan ditolak.
Keempat: Menerusi tarekat yang sepenuhnya suci, seseorang akan mencerap pengetahuan mengenai Allah yang diperoleh menerusi keimanan kepada Allah. Dia akan merasai dhauq yang terdapat dalam pengetahuan tentang Allah yang terkandung dalam kecintaan kepada-Nya. Menerusi pengetahuan dan perasaan itu, dia bebas daripada keliaran yang mutlak terhadap dunia dan keterasingan yang mutlak dalam alam.
Dalam banyak “Kalimah”, kami telah membuktikan bahawa kebahagiaan di dunia dan akhirat, kelazatan semata-mata yang tidak dicampuri kesakitan, keramahan yang tidak dicampuri keliaran, dhauq yang hakiki dan kebahagiaan semata-mata hanya terdapat dalam hakikat Iman dan Islam. Sebagaimana telah diterangkan dalam “Kalimah Kedua” bahawa keimanan membawa benih pokok ‘Tuba’ di syurga. Begitu juga menerusi pendidikan tarekat, biji benih itu akan membesar dan berkembang.
Kelima: Perasaan bahawa dalam hukum-hakam Syariah terdapat hakikat-hakikat yang halus. Pengiraannya adalah menerusi perhatian daripada hati yang timbul dari tarekat dan lahir dari berzikir kepada Allah. Kemudian manusia akan mentaati dan menunaikan ibadat bukan kerana terpaksa, tetapi dengan kerinduan dan kesukaan.
412. Page
Keenam: Mencapai maqam tawakal, tingkatan penyerahan diri kepada Tuhan dan darjat redha yang merupakan wasilah dan perantara hakiki bagi dhauq yang hakiki, ketenangan dan keselesaan yang hakiki, kelazatan yang tidak dicampuri kekotoran dan keramahan yang tidak dicampuri keliaran.
Ketujuh: Menerusi keikhlasan yang merupakan syarat dan natijah terpenting dalam bersuluk dalam tarekat, seseorang itu akan membebaskan diri dari syirik yang tersembunyi kekotoran-kekotoran seperti sifat riyak dan menunjuk-nunjuk. Sementara itu, menerusi penyucian jiwa yang merupakan hakikat praktikal bagi tarekat, seseorang itu terselamat dari bahaya nafsu yang menyeru ke arah keburukan dan yang bersifat keakuan.
Kelapan: Seseorang manusia menjadikan saat-saat umurnya seperti biji-biji benih yang akan menghasilkan tangkai-tangkai kehidupan abadi menerusi penggunaan yang baik terhadap modal iaitu umurnya. Hal tersebut demikian dengan menukarkan amalan kebiasaan menjadi ibadat dan menukarkan interaksi duniawi kepada amalan ukhrawi menerusi arah tujuan, merasai kehadiran Tuhan dan niat yang benar dan kuat yang dicapainya menerusi perantaraan zikir hati dan perenungan akal yang kedua-duanya terdapat dalam tarekat.
413. Page
Kesembilan: Seseorang itu bersegera untuk mencapai darjat insan yang sempurna menerusi perjalanan dan suluk hati, mujahadah kerohanian dan peningkatan maknawi. Hal tersebut bermaksud dengan menjadi seorang mukmin yang hakiki dan muslim yang sempurna iaitu dengan mencapai hakikat keimanan dan keislaman dan bukan sekadar bentuk luarannya. Ini bererti, sebagai makhluk yang mewakili makluk yang lain dalam alam ini, manusia secara langsung menjadi hamba kepada Tuhan Yang Maha Mencipta dan Yang Memiliki Keagungan dan dia juga menerima bicara daripada Tuhan, menjadi wali, kekasih dan cerminan bagi-Nya. Selain itu, dia hendaklah menzahirkan bahawa dia merupakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya. Oleh yang demikian, dia membuktikan keutamaan anak-anak Adam mengatasi malaikat, terbang di maqam-maqam yang tinggi dengan dua sayap Syariah iaitu sayap keimanan dan sayap pengamalan. Dia juga melihat kepada kebahagiaan yang abadi daripada dunia ini, bahkan juga dengan memasuki ke dalam kebahagiaan itu.
سُبْحَانَكَ لا عِلْمَ لَنَا إِلا مَا عَلَّمْتَنَا إِنَّكَ أَنْتَ الْعَلِيمُ الْحَكِيمُ
اللّهُمّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى الغَوْثِ الأَكْبَرِ فِي كُلِّ العُصُورِ، والقُطْبِ الأَعْظَمِ فِي كُلِّ
الدُّهُورِ، سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ الّذِي تَظَاهَرَتْ عَظَمَةُ وَلاَيَتِهِ وَمَقَامُ مَحْبُوبِيَّتِهِ فِي مِعْرَاجِهِ،
وَانْدَرَجَت كُلُّ الوَلاَيَاتِ فِي ظِلِّ مِعْرَاجِهِ، وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِينَ،
آمِين، وَالحَمْدُ للهِ رَبِّ العَالَمِينَ
"Maha suci Engkau (Ya Allah)! Kami tidak mempunyai pengetahuan selain dari apa yang Engkau ajarkan kepada kami; sesungguhnya Engkau jualah yang Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana".
Selawat dan salam ke atas pembantu terbesar pada setiap zaman dan qutub teragung pada setiap masa iaitu Saidina Muhammad yang jelas kelihatan keagungan kewaliannya dan maqamnya sebagai insan yang dicintai dalam mikrajnya. Seluruh kewalian berada di bawah lembayung mikraj baginda. Selawat dan salam juga kepada seluruh keluarga dan para sahabat baginda. Amin. Segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam.
Al-Maktub yang ke-30: Tafsir Isharatul I'jaz yang dicetak dengan bahasa Arab.
Al-Maktub yang ke-31: Mengandungi 31 kilauan. 30 daripada kilauan ini ditulis dan membentuk kitab “kilauan-kilauan”. “Kilauan yang ke-31” pula terbahagi kepada “sinaran-sinaran”. Sebahagian jejari itu ditulis, sementara sebahagian yang lain tidak ditulis.
Al-Maktub yang ke-32: al-Maktub ini mengandungi risalah “titis”, “zarah”, “kunyahan”, “bunga” dan tambahan-tambahannya yang ditulis dengan bahasa Arab. Risalah “kilauan-kilauan” yang diambil secara automatik dalam bentuk mutiara dan diletakkan di akhir kitab “al-Kalimat”.