NAVIGATION
25. Page
Surat Kelima
بِاسْمِه۪ وَاِنْ مِنْ شَئٍ اِلَّا يُسَبِّحُ بِحَمْدِه۪
Dengan nama Allah
“dan tiada sesuatupun melainkan bertasbih dengan memuji-Nya;”
Tokoh utama dan ‘matahari’ tarekat al-Naqshabandiyyah, Imam Rabbani telah menulis dalam surat-suratnya:
“Aku lebih menyukai terungkapnya satu perbahasan hakikat sebenar keimanan daripada seribu rasa, keghairahan dan karamah.”
Beliau menulis lagi: “Kemuncak setiap tarekat sufi ialah terungkapnya hakikat keimanan.”
Beliau juga mengarang: “Wilayah itu terbahagi kepada tiga:
Pertama: Wilayah Kecil, iaitu wilayah yang terkenal.
Kedua: Wilayah Pertengahan.
Ketiga: Wilayah Besar.
Wilayah Besar ialah pembukaan jalan secara langsung kepada hakikat jalan pewarisan kenabian tanpa memasuki alam barzakh tasawwuf.”
Beliau mengarang lagi: “Suluk dalam tarekat al-Naqshabandiyyah ada dua bahagian; akidah yang benar dan pasti tentang hakikat keimanan; dan akidah ini terzahir pada perkara fardu. Jika berlaku kekurangan atau kecacatan pada salah satu daripada kedua-duanya, maka janganlah bersuluk dengan tarekat ini.”
26. Page
Maka, tarekat al-Naqshabandiyyah mempunyai tiga darjat dan martabat:
Pertama dan yang paling utama: Khidmat hakikat keimanan secara langsung. Imam Rabbani sendiri telah bersuluk dengan martabat ini pada akhir hayatnya.
Kedua: Khidmat perkara fardu dan sunat di bawah tirai tarekat kesufian.
Ketiga: Usaha ke arah membuang penyakit hati dengan jalan tarekat kesufian. Cara bersuluknya ialah dengan pembaikan hati.
Martabat pertama itu hukumnya fardu, martabat yang kedua itu hukumnya wajib dan yang martabat ketiga itu pula hukumnya sunat.
Oleh sebab itu, aku meyakini bahawa al-Shaykh ‘Abd al-Qādir al-Jīlānī, al-Shāh al-Naqshabandī dan Imam Rabbani serta tokoh-tokoh besar lain seperti mereka pada zaman ini akan mengerahkan seluruh daya upaya mereka untuk menguatkan hakikat keimanan dan akidah Islam. Hal ini kerana perkara ini adalah punca kepada kebahagiaan abadi. Jika berlaku kecacatan atau pengurangan padanya maka akan membawa kepada penderitaan yang abadi.
Mustahil seseorang dapat masuk syurga tanpa iman, namun ramai yang dapat memasukinya tanpa melalui jalan tasawwuf. Sepertimana manusia tidak dapat hidup tanpa roti/nasi, tetapi manusia dapat hidup dengan memakan selain buah. Maka tasawwuf itu buah dan hakikat Islam itu makanan.
27. Page
Dahulunya manusia tak mampu mencapai hakikat keimanan tanpa mengembara dan bersuluk selama empat puluh hari, malah empat puluh tahun. Sekarang jika didapati satu tarekat pada zaman ini yang boleh membawa manusia mencapai hakikat tersebut selama empat puluh minit dengan rahmat Allah, maka tidak masuk akal jika masih ada manusia yang langsung tidak mempedulikannya.
Mereka yang membaca dengan teliti “al-Kalimāt” yang ketiga puluh tiga pasti akan mengesahkan bab ini membuka tarekat al-Qur’an ini.
Memandangkan hakikat begini, aku meyakini sepenuhnya bahawa “al-Kalimāt” yang ditulis untuk menerangkan rahsia al-Qur’ān adalah; ubat yang paling mujarab bagi penyakit zaman ini; cahaya yang paling bermanfaat bagi masyarakat Islam dalam menghadapi kegelapan; pembimbing yang paling jelas dan petunjuk bagi mereka yang kehairanan dalam lembah kesesatan.
Seperti mana yang kamu tahu bahawa kesesatan jika berpunca daripada kejahilan sangat mudah untuk dihapuskan. Tetapi jika kejahilan berpunca daripada ilmu pengetahuan sangatlah susah dan sukar. Dahulu, kejahilan jenis kedua tidak wujud melainkan dalam nisbah satu per seribu. Mereka yang mendapat hidayah petunjuk pula hanyalah satu per seribu. Mereka yang sesat berasa takjub dengan diri sendiri dan mereka tidak tahu dan mereka menyangkakan yang mereka tahu.
Aku yakin bahawa Allah Ta’ala telah memberikan “al-Kalimāt” yang terkenal sebagai salah satu sinaran mukjizat maknawi al-Qur’an itu sebagai antidot kepada ateisme kesesatan pada zaman ini.
Hanya Allah yang Maha Kekal yang kekal abadi.
Said Nursi