NAVIGATION
50. Page
Surat Kesepuluh
بِاسْمِه۪ وَاِنْ مِنْ شَئٍ اِلَّا يُسَبِّحُ بِحَمْدِه۪
Dengan nama Allah
“dan tiada sesuatupun melainkan bertasbih dengan memuji-Nya;”
Jawapan kepada dua soalan:
Soalan pertama: Tafsir salah satu daripada rahsia dua ayat al-Qur’an:
وَلَٓا اَصْغَرَ مِنْ ذٰلِكَ وَلَٓا اَكْبَرَ اِلَّا ف۪ي كِتَابٍ مُب۪ينٍ.
“Dan tidak ada yang lebih kecil dari itu dan tidak ada yang lebih besar, melainkan semuanya tertulis di dalam Kitab yang terang nyata.”
(Surah Yunus: ayat 61)
وَكُلَّ شَئٍ اَحْصَيْنَاهُ ف۪ٓي اِمَامٍ مُب۪ينٍ .
“Dan (ingatlah) tiap-tiap sesuatu kami catitkan satu persatu dalam Kitab (ibu Suratan) yang jelas nyata.”
(Surah Yasin: ayat 12)
Iaitu penjelasan frasa “al-Imām al-Mubīn” (Kitab yang terang nyata) dan “al-Kitāb al-Mubīn” Kitab (ibu Suratan) yang jelas nyata.
Soalan kedua: Di manakah padang Mahsyar?
Jawapan: Ilmu di sisi Allah. Sesungguhnya hikmah tinggi yang Allah zahirkan pada setiap perkara sehinggakan pada perkara-perkara yang sangat kecil sekali pun mempunyai hikmah yang sangat banyak dan besar. Ini jelas menunjukkan bahawa bumi tidak beredar mengelilingi orbit secara rawak mahupun sia-sia, malah bumi beredar mengelilingi sesuatu yang penting dan ia melukiskan bulatan bagi suatu padang yang besar lalu ditunjukka tempatnya. Di Mahsyar inilah bumi memindahkan hasil-mahsul maknawinya supaya dapat dilihat oleh pandangan mata manusia pada suatu masa kelak.
51. Page
Maknanya Padang Mahsyar yang memenuhi bulatan lilit, yang hampir mencecah dua puluh lima ribu tahun akan dihamparkan – ketika itu Sham akan menjadi pusat Mashsyar berdasarkan riwayat tertentu –. Ketika itu segala hasil-mahsul maknawi dari bumi akan dipindahkan dan akan disimpan ke dalam rekod-rekod amalan di padang yang terselindung di sebalik tirai ghaib. Sebaik sahaja padang tersebut dibentangkan, bumi pun akan memindahkan semua penduduknya ke sana lalu kesemua hasil-mahsul maknawi akan dipindahkan daripada alam ghaib ke alam nyata.
Bumi ini ibarat ladang, mata air dan pengukur, yang menghasilkan hasil tuaian dan mengalirkan kehidupan serta mengeluarkan makhluk-makhluk yang indah, yang memenuhi padang Mahsyar itu. Maknanya Bumi ini bagaikan biji benih, manakala padang Mahsyar dan segala isinya pula seperti pokok, ranting dan gudang.
Sepertimana titik cahaya menjadi garisan atau bulatan cahaya dengan pergerakannya yang laju, maka bumi juga dengan pergerakannya yang pantas dan berhikmah itu menjadi wasilah untuk menggambarkan bulatan kewujudan. Bulatan ini dan hasil-mahsulnya pula menjadi sebab kepada pembentukan padang Mahsyar yang agung.
Hanya Allah yang Maha Kekal yang kekal abadi.
Said Nursi