Surat Ketiga Puluh Tiga

414. Page

Surat ke Tiga Puluh Tiga


بسم الله الرحمن الرحيم

﴿سَنُرِيهِمْ آيَاتِنَا فِي الآفَاقِ وَفيِ أَنْفُسِهِمْ حَتَّى يَتَبَيَّنَ لَهُمْ أَنَّهُ الْحَقُّ أَوَلَمْ يَكْفِ بِرَبِّكَ أَنَّهُ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ شَهِيدٌ﴾

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

“Kami akan perlihatkan kepada mereka tanda-tanda kekuasaan Kami di merata-rata tempat (dalam alam yang terbentang luas ini) dan pada diri mereka sendiri, sehingga ternyata jelas kepada mereka bahawa Al-Quran adalah benar. Belumkah ternyata kepada mereka kebenaran itu dan belumkah cukup (bagi mereka) bahawa Tuhanmu mengetahui dan menyaksikan tiap-tiap sesuatu?” (Fussilat:53)

 

Soalan: Kami mengharapkan Tuan dapat menerangkan kepada kami secara umum dan ringkas apa yang dimaksudkan oleh ayat yang memberikan pengertian pelbagai tentang aspek manusia – yang merupakan alam mikro, dan juga alam semesta ini – yang merupakan alam makro dan bagaimana ini berkait dengan wajibnya wujud Allah SWT serta KeEsaan sifat serta keadaanNya. Ini adalah kerana golongan aethist mungkin akan bersifat melampau serta melampaui batas dalam keingkaran mereka dan mencemuh: sehingga bila kita perlu meminta mengangkat tangan berdoa sedangkan kita juga yang berkata: وَ هُوَ عَلٰي كُلِّ شَئٍ قَد۪يرٌ “Dan Dia Amat berkuasa atas segala sesuatu”?

 

Jawaban: 33 surat yang ditulis ini adalah merupakan 33 titis air daripada lautan makna ayat ini dan juga daripada lautan hakikat yang terpancar daripada ayat ini, sekiranya kamu menelitinya nescaya akan kamu dapatkan jawaban yang kamu cari. Namun kami akan berkongsi juga di sini cukup dengan sekadar satu contoh isyarat kepada pancaran-pancaran daripada setitis daripada lautan makna ayat ini:


415. Page

 Contohnya: Seperti seseorang yang mempunyai kuasa ingin membina sebuah istana yang hebat, dia akan meletakkan pada mulanya asas dan dasarnya dengan cara yang sistematik dan bijaksana, kemudian dia akan menyusunnya mengikut kepada jangkaan natijah dan tujuan untuk satu masa tertentu kelak. Dia kemudian akan membahagikannya dengan penuh kemahiran kepada bilik-bilik, ruang dan bahagian seterusnya akan mengatur-aturkan kedudukan bilik-bilik tersebut. Kemudian dia akan menghiasnya pula dengan ukiran-ukiran tertentu dan memasang lampu-lampu elektrik. Dia akan cuba mencetuskan sesuatu hiasan baharu pada setiap tingkat istana tersebut sambil melakukan perubahan baharu agar kemahirannya sentiasa diguna pakai dalam cara yang paling mutakhir dan kreatif dalam menghiaskan istana agam tersebut. Dia akan menyambung setiap bilik dengan telefon dan akan membuka jendela setiap bilik tersebut agar kedudukannya dapat dilihat; demikian jugalah apa yang diaturkan oleh Allah SWT. Sesungguhnya Pencipta yang tiada sesuatupun yang setanding dengannya Dialah Pembuat yang Maha Hebat, Pemerintah Yang Maha Bijaksana, Hakim yang Maha Adil, yang mempunyai beribu nama yang salah satu daripada sifat nama tersebut ingin untuk mewujudkan sebuah istana iaitu alam semesta ini yang merupakan alam makro, yang juga ibarat pohon penciptaan. Maka Dia meletakkan dasarnya dalam enam hari untuk mengasaskan istana tersebut dengan dasar-dasarNya yang penuh kebijaksanaan serta melengkapinya dengan pengetahuan-Nya yang azali. Dia kemudiannya membahagikannya kepada tingkat-tingkat serta anjung-anjung di bahagian atas dan bawahnya. Dia memperincikannya dan membentuknya dengan dasar-dasar ketetatapan fungsinya dan sifat-sifatnya. Kemudian dia mengatur untuk setiap kategori ciptaan-Nya itu seluruh ciptaan-Nya yang lain. Setiap satu lapisan alam itu mengikut dasar ciptaan dan pemantauan yang tertentu. Kemudian Dia menghias setiap sesuatu dan setiap alam itu dengan apa yang bersesuaian seperti contohnya Dia menghiaskan langit dengan bintang-bintang dan bumi dengan bunga-bungaan. Dia kemudian menjadikan maksud Nama serta Sifat-Nya terserlah dalam lingkungan segala peraturan keseluruhan dan hukum-hukum fizik umum alam tersebut dan menghiasinya dengan cahaya. Kemudian Dia memberikan pertolongan yang bersifat khusus kepada mereka yang melaungkan di bawah lingkungan peraturan keseluruhan alam semesta tersebut dengan mewujudkan makna Nama-namaNya seperti Ar-Rahman (Yang Maha Pemurah) dan ArRahim (Yang Maha Mengasihani). Maksudnya, Allah mempunyai pertolongan yang khusus serta serlahan makna yang khusus dalam segala dasar serta peraturan umum alam semesta tersebut. Ini adalah agar semua benda mampu untuk meminta pertolongan daripadaNya dan menuju kepadanya pada setiap masa untuk setiap hajatnya. Kemudian Dia akan membuka daripada setiap rumah, daripada setiap tingkat, daripada setiap alam, daripada setiap kumpulan, daripada setiap individu dan daripada setiap jendela-jendela yang akan menyerlahkanNya, memberikan khabar tentang Wujud dan KeEsaan-Nya dan meletakkan dalam setiap hati satu wadah komunikasi yang menjadi penghubung kepada-Nya.


416. Page

 Contohnya: Seperti seseorang yang mempunyai kuasa ingin membina sebuah istana yang hebat, dia akan meletakkan pada mulanya asas dan dasarnya dengan cara yang sistematik dan bijaksana, kemudian dia akan menyusunnya mengikut kepada jangkaan natijah dan tujuan untuk satu masa tertentu kelak. Dia kemudian akan membahagikannya dengan penuh kemahiran kepada bilik-bilik, ruang dan bahagian seterusnya akan mengatur-aturkan kedudukan bilik-bilik tersebut. Kemudian dia akan menghiasnya pula dengan ukiran-ukiran tertentu dan memasang lampu-lampu elektrik. Dia akan cuba mencetuskan sesuatu hiasan baharu pada setiap tingkat istana tersebut sambil melakukan perubahan baharu agar kemahirannya sentiasa diguna pakai dalam cara yang paling mutakhir dan kreatif dalam menghiaskan istana agam tersebut. Dia akan menyambung setiap bilik dengan telefon dan akan membuka jendela setiap bilik tersebut agar kedudukannya dapat dilihat; demikian jugalah apa yang diaturkan oleh Allah SWT. Sesungguhnya Pencipta yang tiada sesuatupun yang setanding dengannya Dialah Pembuat yang Maha Hebat, Pemerintah Yang Maha Bijaksana, Hakim yang Maha Adil, yang mempunyai beribu nama yang salah satu daripada sifat nama tersebut ingin untuk mewujudkan sebuah istana iaitu alam semesta ini yang merupakan alam makro, yang juga ibarat pohon penciptaan. Maka Dia meletakkan dasarnya dalam enam hari untuk mengasaskan istana tersebut dengan dasar-dasarNya yang penuh kebijaksanaan serta melengkapinya dengan pengetahuan-Nya yang azali. Dia kemudiannya membahagikannya kepada tingkat-tingkat serta anjung-anjung di bahagian atas dan bawahnya. Dia memperincikannya dan membentuknya dengan dasar-dasar ketetatapan fungsinya dan sifat-sifatnya. Kemudian dia mengatur untuk setiap kategori ciptaan-Nya itu seluruh ciptaan-Nya yang lain. Setiap satu lapisan alam itu mengikut dasar ciptaan dan pemantauan yang tertentu. Kemudian Dia menghias setiap sesuatu dan setiap alam itu dengan apa yang bersesuaian seperti contohnya Dia menghiaskan langit dengan bintang-bintang dan bumi dengan bunga-bungaan. Dia kemudian menjadikan maksud Nama serta Sifat-Nya terserlah dalam lingkungan segala peraturan keseluruhan dan hukum-hukum fizik umum alam tersebut dan menghiasinya dengan cahaya. Kemudian Dia memberikan pertolongan yang bersifat khusus kepada mereka yang melaungkan di bawah lingkungan peraturan keseluruhan alam semesta tersebut dengan mewujudkan makna Nama-namaNya seperti Ar-Rahman (Yang Maha Pemurah) dan ArRahim (Yang Maha Mengasihani). Maksudnya, Allah mempunyai pertolongan yang khusus serta serlahan makna yang khusus dalam segala dasar serta peraturan umum alam semesta tersebut. Ini adalah agar semua benda mampu untuk meminta pertolongan daripadaNya dan menuju kepadanya pada setiap masa untuk setiap hajatnya. Kemudian Dia akan membuka daripada setiap rumah, daripada setiap tingkat, daripada setiap alam, daripada setiap kumpulan, daripada setiap individu dan daripada setiap jendela-jendela yang akan menyerlahkanNya, memberikan khabar tentang Wujud dan KeEsaan-Nya dan meletakkan dalam setiap hati satu wadah komunikasi yang menjadi penghubung kepada-Nya.


417. Page

Pastinya kita tidak mampu untuk membicarakan perihal jendela-jendela tersebut yang tidak terkira jumlahnya kerana itu sememangnya di luar batas kemampuan kita. Sebaiknya perkara itu kita serahkan kepada pengetahuan Ilahi yang tidak terbatas. Namun, kami ingin juga berkongsi di sini secara umum dan ringkas 33 jendela yang merupakan pancaran makna ayat-ayat Al-Quran agar ia selari dengan bilangan Surat-surat yang sebanyak 33 itu, dan dengan kalimat ke 33, atau bilangan 33 yang amat diberkati yang selalu kita ulangi usai setiap solat serta penerang yang terperinci kita tinggalkan dalam “Kalimat” yang telah ditulis sebelum ini.

 

Jendela Pertama:

Kita lihat dengan menyaksikan segala benda yang hidup keperluannya yang banyak dan pelbagai. Semua keperluan tersebut diberikan kepadanya dalam waktu yang sesuai pada sumber yang tidak dijangkakan, yang tidak ia ketahui dan dari sumber yang tidak dapat dicari oleh kemampuannya yang tidak akan cukup untuk memenuhi sekecil-kecil keperluannya itu yang tidak terbatas jumlahnya tanpa mereka berkemampuan mengadakannya. Lihat sahaja dirimu bagaimana ia amat memerlukan kepada pancaindera luaran dan dalaman, kemudian bandingkan dirimu dengan segala makhluk yang lain. Sebagaimana segala makhluk yang lain itu menyaksikan satu persatu tentang betapa wajibnya terdapat Pencipta Yang Agung yang menunjukkan KeEsaanNya. Maka keadaan itu dan cara begini secara keseluruhannya menunjukkan kepada akal wajibnya ada Pencipta yang Esa dibelakang tabir ghaib yang makna Nama dan Sifatnya seperti Yang Maha Pemurah, Yang Maha Memberi, Yang Maha Mentadbir, Yang Maha Mengatur terserlah sejelas-jelasnya ibarat cahaya yang menunjukkan wujudnya matahari itu yang memancar.

Wahai golongan yang menolak kewujudan Allah dan yang jahil, fasiq lagi alpa, bagaimanakan kalian dapat menerangkan segala perkara yang berjalan dengan penuh kebijaksanaan, pemantauan dan belas kasih? Apakah disebabkan oleh ‘semulajadi’ yang tuli itu, atau kerana adanya satu kekuasaan yang buta, atau dengan kebetulan yang rambang ataupun kerana sebab-sebab lain yang lemah dan kaku?


418. Page

Jendela kedua

Segala benda yang wujud dan penyerlahannya bersifatnya berubah-ubah serta tidak mempunyai bentuk-bentuk yang tetap juga tidak terbatas kemungkinan penyerlahannya dalam bentuk-bentuk yang lain, ia diberikan rupa khusus yang menunjukkan keunikan dan kebijaksaan Penciptanya. Contohnya, wajah setiap manusia – ia hanyalah satu wajah yang kecil- satu tanda yang membezakannya daripada individu lain dalam kalangan jenis manusia sepertinya, ia dilengkapkan pula dengan indera-indera luaran dan dalaman yang diatur dengan sebegitu bijaksana yang menunjukkan bahawa wajah manusia itu adalah ibarat satu tempaan yang jelas yang menunjukkan ke-Esaan Tuhan. Setiap wajah adalah saksi kepada wujudnya Pencipta yang Maha Bijaksana yang menunjukkan juga kepada keEsaanNya dengan beratus-ratus cara; semua bentuk tempaan yang diserlahkan oleh keseluruhan wajah-wajah manusia itu menyerlahkan kepada akal yang terang bahawa ia adalah ditempa khusus dengan kekuasaan Pencipta segala sesuatu.

Oleh itu kalian yang masih menafikan, kilang manakah yang kalian mampu untuk mendakwa sebagai tempat penghasilan bentuk-bentuk wajah yang berbeza ini yang setiap satunya adalah unik yang merupakan tanda ciptanNya yang membezakannya dari yang lain dalam kategorinya?

 

Jendela ketiga

 

Pengurusan dan pentadbiran segala spesis kumpulan haiwan dan tumbuhan yang berjumlah tidak kurang daripada 400 ribu spesis[6] dan jenis yang berbeza yang hidup di muka bumi dengan makanan, bentuk, cara pertahanan diri, bentuk komunikasi dan bunyi-bunyinya yang pelbagai, dengan begitu sempurna, sistematik dan unik tanpa melupai satupun di antaranya, juga tanpa kelemahan yang boleh dilihat; adalah satu keunikan pengurusan Yang Maha Esa yang jelas umpama matahari yang tidak disangsikan lagi.

Siapakah pula yang mampu untuk masuk campur dalam pengurusan yang amat kompleks yang tiada hadnya ini melainkan Yang Maha Pencipta yang kekuasaan, ilmu dan kebijaksanaanNya tidak terbatas? Yang tidak mampu mentadbir dan mengurus semua ini seluruhnya kalaulah dia hanya cuba untuk masuk campur menguruskan hanya satu daripadanya sahaja pasti akan merosakkan dan menjadikannya kucar kacir sedangkan ini tidak kita lihat dalam susun atur pengurusan segala haiwan dan tumbuhan tersebut. Firman Allah:

﴿فَارْجِعِ الْبَصَرَ هَلْ تَرَى مِنْ فُطُورٍ﴾

 “(jika engkau masih ragu) maka ulangilah pandangan - (mu) – apakah dapatkah engkau mengesan sebarang kecacatan?” (Al-Mulk:3). Maka oleh itu adalah mustahil segala urusan ini terdapat campurtangan melainkan dariNya jua.


419. Page

Jendela keempat

Ia adalah perihal penerimaan doa-doa yang ditujukan daripada semua samada dengan ungkapan yang mengharapkan, daripada semua haiwan dengan ungkapan mengikut tabiat semulajadi mereka dan daripada semua yang tiada pilihan dengan ungkapan yang terpaksa. Sepertimana penerimaan setiap satu doa-doa tersebut yang tidak terbatas sepertimana yang dilihat terjadi menunjukkan keEsaan dan keperluan meminta daripadaNya, maka seluruh doa-doa tersebut yang diungkapkan secara umum menunjukkan pada dasarnya kepada Pencipta yang Maha Pemurah dan Maha Pemberi, Yang Maha Menjawab kerana semuanya tertumpu kepada-Nya untuk meminta.

 

Jendela kelima

Kita melihat benda-benda khususnya yang bernyawa, muncul dalam kehidupan ini secara tiba-tiba seolah-olah sekali gus sedangkan benda-benda yang dibuat secara mendadak daripada bahan yang ringkas keadaannya adalah amat ringkas sekali, bentuknya amat asas tanpa terdapat ciri kreatif dan menarik padanya. Ciptaan yang bernyawa ini tercipta dengan penciptaan yang amat kreatif yang memerlukan kepakaran yang amat tinggi serta pelbagai, dengan bahan yang banyak serta terbentuk dengan corak yang menunjukkan perhatian yang begitu tinggi yang diberi kepadanya dengan tempoh waktu yang panjang untuk menyempurnakannya. Ia juga disempurnakan dengan pelbagai aspek kreativiti yang menakjubkan seolah-olah ia memerlukan peralatan yang banyak.

Kreativiti yang menakjubkan serta reka bentuk yang menarik ini muncul dengan tiba-tiba tanpa melalui proses pemurnian, setiap satu daripada makhluk ini menjadi saksi perlunya Tuhan itu ada sebagai Yang Maha Pencipta lagi Maha Bijaksana untuk menunjukkan kepada Keesaan-Nya. Seluruh makhluk itu pula menampilkan satu dalil yang kuat dan begitu jelas tentang kewujudan Yang Maha Pencipta yang tidak terbatas kekuasaan dan KebijaksanaanNya.

Wahai penentang yang meraba-raba mencari kebenaran bagaimanakah ini dapat dijelaskan? Apakah dengan teori semulajadi yang tidak diketahui hujung pangkalnya, yang gagal dan jahil yang dipegang olehmu? Atau kamu telah amat tersasar dan salah dengan cuba menafikan keajaiban kuasa Pencipta Maha Agung itu dengan berselindung di belakang istilah “kuasa semulajadi” tanpa kamu sedari betapa mustahil dan besarnya kesesatan kamu itu? 


420. Page

Jendela keenam

 

Firman Allah:

﴿إِنَّ فِي خَلْقِ السَّمَوَاتِ وَالأَرْضِ وَاخْتِ َال فِ اللَّيْلِ وَالنَّهَارِ وَالْفُلْكِ الَّتِي تَجْرِي فِي الْبَحْرِ بِمَا يَنْفَعُ النَّاسَ وَمَا أَنْزَلَ اللهُ مِنَ السَّمَاءِ مِنْ مَاءٍ فَأَحْيَا بِهِ الأَرْضَ بَعْدَ مَوْتِهَا وَبَثَّ فِيهَا مِنْ كُلِّ دَابَّةٍ وَتَصْرِيفِ الرِّيَاحِ وَالسَّحَابِ الْمُسَخَّرِ بَيْنَ السَّمَاءِ وَالأَرْضِ لآيَاتٍ لِقَوْمٍ يَعْقِلُونَ﴾

 “Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi; dan (pada) pertukaran malam dan siang; dan (pada) kapal-kapal yang belayar di laut dengan membawa benda-benda yang bermanfaat kepada manusia; demikian juga (pada) air hujan yang Allah turunkan dari langit lalu Allah hidupkan dengannya tumbuh-tumbuhan di bumi sesudah matinya, serta Ia biakkan padanya dari berbagai-bagai jenis binatang; demikian juga (pada) peredaran angin dan awan yang tunduk (kepada kuasa Allah) terapung-apung di antara langit dengan bumi; sesungguhnya (pada semuanya itu) ada tanda-tanda (yang membuktikan keesaan Allah kekuasaanNya, kebijaksanaanNya, dan keluasan rahmatNya) bagi kaum yang (mahu) menggunakan akal fikiran.” (Al-Baqarah: 164).

Ayat suci ini menerangkan tentang wajibnya wujud Pencipta itu dan Keesaan-Nya selain ia juga menyerlahkan Nama-Nya Yang Teragung seperti yang dihuraikan secara kesimpulannya seperti berikut:

Seluruh alam-alam di lapisan-lapisan bawah dan atas alam semesta itu menunjukkan dengan cara yang pelbagai kepada satu kesimpulan iaitu kewujudan Tuhan Pencipta yang Maha Bijaksana dan Esa kerana:

Segala pergerakan apa yang terdapat di langit itu adalah amat sistematik dan amat menepati seperti yang disimpulkan dalam Ilmu kajian falak. Ini tentulah menunjukkan kepada wujudnya Yang Maha Kuasa yang Maha Agung yang Esa serta sempurna KeTuhanan-Nya. Ini ditambah pula dengan perubahan sistematik yang dapat dilihat di bumi yang melibatkan musim-musim yang merupakan bukti kewujudan Yang Maha Berkuasa yang Maha Agung, Esa dan sempurna KeTuhananNya.


421. Page

Seluruh haiwan yang diberikan makanannya di darat dan laut dengan penuh rahmat dariNya, yang tubuhnya diselaputi dengan pelbagai bentuk dengan kebijaksanaanNya, dilengkapi dengan panca indera serta deria yang pelbagai semuanya adalah saksi betapa kewujudan Yang Maha Pencipta Yang Esa lagi Maha Berkuasa itu adalah perlu untuk menjelaskan semua ini. Semuanya ini menunjukkan kebesaran serta kesempurnaanNya. Demikian juga segala tumbuhan yang tumbuh di taman dan kebun, bunga-bunga yang timbul daripadanya, buah-buahan yang dihasilkannya, bentuk serta kulit yang menghiasinya yang pelbagai, semua perkata ini menunjukkan betapa tidak mungkin semua ini tiada Penciptanya Yang Maha Bijaksana lagi Maha Esa. Ini semua juga turut menunjukkan betapa sempurna rahmatNya dan sifat keTuhananNya dengan cara yang amat jelas sekali.

Segala titis air yang turun dari langit untuk tujuan-tujuan tertentu dan penting serta faedah yang memanfaatkan hasil mahsul yang merupakan satu keperluan menunjukkan setiap satunya menunjukkan betapa Yang Maha Pencipta Yang Maha Bijaksana lagi Esa itu ada. Gunung ganang pula di bumi serta segala macam galian yang dikandung adalah untuk dimanfaatkan untuk berbagai tujuan walaupun setiap satunya masing-masing mempunyai sifat-sifat yang khusus adalah satu lagi bukti yang menunjukkan betapa keteguhan gunung ganang yang berdiri tegak itu tidak mungkin wujud melainkan ada Pencipta yang Maha Bijaksana, Esa lagi sempurnanya ciri KeTuhananNya.

Bukit-bukau di tanah-tanah lapang serta gunung ganang yang terhias dengan pelbagai bunga-bunga dengan penuh keindahan menyaksikan dan menunjukkan setiap satunya tentang kewujudan Yang Maha Pencipta serta Keesaan-Nya. Kesemuanya menunjukkan kesempuranaan ciri keTuhananNya. Sesungguhnya segala bentuk dan rupa yang menarik lagi unik daun-daunan pada pohon mahupun rumput rampai juga adalah tanda wujudnya Yang Maha Pencipta lagi Maha Bijaksana yang sempurna ciri KeTuhananNya.

Segala pergerakan yang teratur bagi seluruh spesis hidup dalam tempoh tumbesarannya serta keadaannya yang dilengkapkan dengan pelbagai bahagian dan anggota untuk menghasilkan buah-buahan yang pelbagai sebagai tujuannya seolah-olah ia mengerti dengan penuh kesedaran tentang kewajibannya itu; semua ini menyaksikan wujudnya Yang Maha Pencipta Yang Maha Bijaksana serta KeesaanNya. Ia menunjukkan betapa kekuasaanNya meliputi kesempurnaan dan kebijaksanaanNya juga keindahaan ciptaanNya. Segala jasad dan tubuh haiwan yang diberikan olehNya nyawa serta kelengkapan pada jasadnya itu yang teratur dan sistematik, penentuan fungsi serta tugas setiap satunya dengan aturan yang begitu teliti menunjukkan keseluruhannya kepada wujudnya Yang Maha Pencipta Yang Maha Bijaksana serta KeesaanNya. Semuanya itu menunjukkan kepada keindahan RahmatNya serta kesempurnaan ciri KeTuhanannya dengan amat jelas sekali.


422. Page

Begitu juga seluruh bentuk ‘ilham’ yang tidak dilihat yang mengajarkan kepada semua akal dan hati – sekiranya ada pada manusia- segala macam ilmu dan pengetahuan serta mengajarkan – sekiranya ada pada haiwan – gerak naluri yang membolehkannya memenuhi keperluannya. Ini juga adalah bukti wujudnya Pencipta yang Maha Pemurah. Begitu juga segala deria yang di luar dan di dalam adalah merupakan kunci kepada alam-alam yang pelbagai seperti sinar-sinar yang tidak dapat dilihat bunga-bunga maknawi yang berada dalam alam semesta ini menunjukkan wujudnya Yang Maha Pencipta Yang Maha Bijaksana lagi Maha Mengetahui Yang Maha Pemurah Yang Maha Pemberi Rezki yang Esa sejelas cahaya mentari.

Akan terbuka satu jendela terbesar daripada 12 tingkap yang pelbagai yang akan membuktikan dengan memancarkan 12 bukti cahaya yang berwarna-warni kewujudan Allah dan kesempurnaan ciri KeTuhanannya.

Wahai golongan yang masih menafikan kewujudan Allah yang celaka, apakah kamu mampu untuk menutup segala jendela-jendela yang luas seluas permukaan muka bumi bah seluas laluan tahunan orbit bumi yang memperlihatkan kewujudanNya itu? Apakah kamu dapat memadamkan sinar logam cahaya yang bersinar seperti matahari? Dengan apakah kamu dapat menyembunyikan kealpaan ini?

 

Jendela ketujuh

Sebagaimana keteraturan segala kehidupan dan objek yang bertebaran di alam semesta ini serta pergerakannya dan reka hiasan rupa bentuk yang menghiasinya adalah dalil wujudnya Pencipta begitulah juga kedudukannya yang mudah untuk dimanfaatkan, bentuknya yang mempunyai mirip dengan yang lain dan kemunculannya yang sesuai dengan fitrah sekelilingnya; semuanya adalah bukti wujudnya Pencipta Yang Maha Bijaksana. Demikian juga wujudnya bahan-bahan sebatian yang campurannya adalah sistematik, unik dan pelbagai yang wujud dalam jumlah yang tidak terbatas daripada unsur-unsur asas yang lebih ringkas ia juga adalah dalil wujudnya Yang Maha Pencipta. Seluruhnya menunjukkan dengan jelas sekali kesempurnaan kekuasaanNya dan KeesaanNya.


423. Page

Perbezaan yang sangat ketara dalam pencampuran yang paling ketara dalam penciptaan ketika bercampur baur yang dinamakan pembentukan penciptaan yang menbuktikan kewujudan Allah yang Maha Bijaksana, Maha Mengetahui dan Maha Berkuasa serta kesempurnaan kekuasaanNya dan KeesaanNya. Contohnya segala benih-benih yang ditabur di dalam tanah walaupun ia bercampur-campur tetap juga akan tumbuh mengikut spesisnya tanpa ada sebarang kesilapan. Demikianlah juga unsur-unsur yang diserap pohon-pohon untuk dimanfaatkan di bahagian-bahagian berbeza seperti daun-daun, bunga dan buah-buahan. Demikian juga perbezaan halus di antara unsur-unsur zat dan vitamin yang memasuki sel-sel di tubuh dengan keadaannya yang bercampur-campur namun tetap ada perbezaannya, semua ini menunjukkan kebijaksanaanNya serta kesempurnaan aturan agihan tugas mengikut pertimbanganNya yang sempurna. Malah ia juga bukti wujudnya Pencipta itu dilihat pada alam mikrob dan atom seperti ladang luas tanpa sempadan yang ditanam dan dituai hasilnya pada setiap masa. Demikianlah hidupan-hidupan yang baharu itu mendapatkan tenaganya dengan penuh hikmat. Atom-atom halus itu melaksanakan tugasannya yang tidak terbilang dengan sistematik serta teratur walaupun ia tidak berakal dan lemah seolah-olah ia penuh kesedaran, hikmah dan keupayaan. Semua ini pastinya menunjukkan wujudnya Pencipta yang Maha Berkuasa Yang Maha Mulia Pembuat yang Maha Sempurna. Dengan empat cara ini terbukalah jendela yang luas untuk mengenali Allah yang akan menyerlahkan kepada akal fikiran tentang wujudnya Yang Maha Pencipta dengan begitu jelas sekali. Oleh itu wahai golongan yang alpa dan tidak percaya, jika kalian tetap tidak menyedarinya selepas ini maka buanglah akalmu dan jadilah sahaja haiwan serta lepaskan dirimu daripada berfikir seumpama manusia berakal.

 

Jendela kelapan

Sesungguhnya penyaksian para Nabi Alayhimussalam- mereka ini adalah golongan yang mempunyai ruh yang amat bercahaya dalam kalangan manusia – adalah bersandarkan kepada mukjizat mereka yang hebat; penyaksian para Wali yang berjiwa dan memiliki hati yang amat terang yang bersandarkan kepada kasyaf dan karamah mereka, juga penyaksian golongan yang suci yang mempunyai akal yang penuh nurani yang bersandarkan kepada kajian-kajian mereka menyimpulkan wujudnya Pencipta yang Esa yang menciptakan segala sesuatu. Semua ini adalah merupakan jendela yang luas yang memberi sinar kebenaran yang amat terang kerana ia pada setiap waktu memperlihatkan ciri keTuhanan tersebut.

Wahai golongan yang tidak percaya yang kasihan, kamu pula bergantung hujah kepada siapa sehingga enggan mendengar fakta-fakta ini? Apakah kalian menyangka dunia ini boleh menjadi gelap semata-mata jika kalian memejamkan mata di waktu terangnya mentari?


424. Page

Jendela kesembilan 

Sesungguhnya ibadah umum di alam ini menunjukkan secara jelasnya wujudnya Sembahan Mutlak yang Esa. Benar, sesungguhnya penyembahan semua mahkluk yang bersifat ruhani serta para Malaikat yang menunaikannya dengan penuh kesempurnaan yang benar-benar berlaku seperti yang disaksikan mereka yang telah pergi ke alam Ruh dan alam batin (yang mati) yang telah bertemu dengan para makhluk ghaib serta para Malaikat. Makhluk yang hidup kesemuanya melakukan fungsi yang hampir serupa dengan perhambaan dengan penuh ketekunan dan sistematik seperti yang disaksikan. Semua benda yang tidak bernyawa adalah unsur-unsur yang memberikan khidmat yang serupa dengan perhambaan dengan ketaatan yang sempurna seperti yang disaksikan. Kesemua perkara-perkara yang disebutkan ini menunjukkan wajibnya ada Pencipta yang disembah dengan benar dan KeesaanNya. Sesungguhnya pengetahuan-pengetahuan yang mengandungi kebenaran yang dimiliki oleh semua para ahli yang arif yang setiapnya mempunyai kekusaaan untuk melahirkan pendapat secara ijma’ dan mutawatir, serta kesyukuran yang ditunjukkan oleh semua kategori mereka yang bersyukur, serta zikir yang dialunkan oleh para penzikir, serta pujian yang disebut oleh para pemuji yang menambhkan lagi nikmat, serta ucapan pengesaan dan tauhid daripada semua yang mengesakan Tuhan, serta cinta semua para pencinta dan kerinduan mereka yang hakiki serta keinginan para murid di jalan Allah dan keinginan mereka yang benar, serat tuntutan mereka yang berserah kepada Allah dengan bersungguh dan ikhlas; semua ini menunjukkan adanya Pencipta yang azali yang dikenali, yang disebut, yang disyukuri, yang dipuji, yang Esa, yang dicintai, yang dicari dan yang dituju dengan kesempurnaan KeTuhananNya dan KeesaanNya. Ini juga adalah sepertimana semua ibadah mereka yang sempurna yang diterima dan apa yang terpancar darinya daripada limpah munajat, penyaksian, penyerlahan ialah antara perkara-perkara lain yang menunjukkan wujudnya Pencipta yang tetap serta masih disembah yang Maha Esa dan sempurna.

Melalui tiga arah ini terbukalah jendela yang bersinar yang lebar kepada makna Keesaan Tuhan.


425. Page

Jendela Ke-Sepuluh

“Dan Dia telah menurunkan hujan dari langit dan mengeluarkan dengannya buah-buahan sebagai rezeki buat kamu; dan Dia menundukkan bagimu bahtera supaya ia berlayar di lautan dengan kehendakNya; dan Dia (jua) yang menundukkan bagimu sungai-sungai. Dan Dia telah menundukkan bagimu matahari dan bulan yang sentiasa beredar (dalam orbitnya); dan menundukkan bagimu malam dan siang. Dan Dia telah mendatangkanmu setiap apa yang kamu minta padaNya, sekiranya kamu menghitung nikmat Allah, nescaya kamu tidak akan mampu menghitungnya.” Surah Ibrahim: 32-34

Sesungguhnya kerjasama antara apa yang ada di alam ini, keharmonian dan kesepaduan antara satu sama lain menunjukkan bahawa semua makhluk berada di bawah jagaan penjaga yang satu, di bawah tadbiran pengurus yang satu, dan tindakan pelaku yang satu, ia adalah hamba kepada tuan yang satu; bahawasanya kerjasama antara semua makhluk yang kaku, tanpa sedar yang saling berkerjasama, respons setiap daripada mereka terhadap keperluan yang lain, dan kesepaduan yang penuh dengan kebijaksanaan dan kemuliaan adalah dibawah undang-undang kemuliaan, peraturan belas kasihan, dan perlembagaan rahmat dengan perlembagaan kerjasama yang berterusan; bermula dengan matahari yang memasak dengan kehendak Tuhan bekalan-bekalan kehidupan untuk hidupan di muka bumi, dan bulan yang menunaikan tugas penentuan taqwim, dan berakhir dengan usaha cahaya, angin, air dan makanan untuk menyokong dan membantu kehidupan, dan usaha tumbuh-tumbuhan untuk membantu binatang-binatang, dan usaha binatang-binatang untuk membantu manusia, sehinggalah usaha setiap anggota tubuh badan untuk menolong satu sama lain, dan usaha setiap zarah makanan untuk membantu sel-sel badan; supaya menunjukkan dengan jelas bahawa mereka adalah hamba, suruhan dan ciptaan Yang Wajib Wujud, Yang Satu, Yang Esa, Yang Tunggal, Yang Kekal, Yang Berkuasa Mutlak, Yang Maha Tahu, Yang Maha Pengasih dan Yang Maha Pemurah.

Maka wahai si muflis yang berfalsafah dan miskin, apakah kata-katamu tentang perkara yang agung ini? Adakah engkau mampu menyanggahinya? 


426. Page

Jendela Ke-Sebelas

“Sesungguhnya dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang.” Surah Ar-Ra’d: 28


Sesungguhnya bebasnya seluruh jiwa-jiwa dan hati-hati daripada kebimbangan dan kegusaran yang berpunca daripada kesesatan, dan kesakitan maknawi yang berpunca daripada kerisauan; adalah dengan mengenal Pencipta Yang Satu. Dan keselamatannya juga adalah dengan bersandarnya semua makhluk yang wujud kepada Pencipta Yang Satu, ia tidak akan tenang melainkan dengan mengingati Allah Yang Satu, Yang Maha Tinggi; kerana semua makhluk yang wujud, tidak terbatas ini, sekiranya tidak disandarkan pada Yang Satu, maka wajiblah semua benda tersandar kepada asbab-asbab yang tidak terbatas sebagaimana yang telah dibuktikan dengan jelas dalam “Surat Ke-Dua Puluh Dua”. Lantas kewujudan sesuatu benda adalah bermasalah dan sukar sepertimana kewujudan semua makhluk; ini kerana, sekiranya manusia menyandarkannya pada Allah Taala, sesungguhnya dia telah menyandarkan perkara-perkara yang tidak terbatas kepada Yang Satu. Sekiranya dia tidak menyandarkannya kepadaNya, maka sudah tentulah dia menyandarkan semua perkara kepada asbab-asbab yang tidak terbatas. Padanya penciptaan sesuatu benda adalah sukar dengan kadar seluruh kemampuannya, bahkan lebih sukar daripada itu. Ini kerana kerana sekiranya seorang perajurit diletakkan di bawah arahan seratus orang ketua, maka ia akan menyebabkan seratus masalah, dan sekiranya seratus orang perajurit diletakkan di bawah arahan seorang ketua, nescaya urusan mentadbir mereka menjadi mudah seolah-olahnya mengurus seorang perajurit. Sementelahan kesepakatan antara asbab-asbab yang terlalu berbeza untuk mewujudkan sesuatu perkara adalah berada pada tahap kesulitan dan kesukaran yang maksimum. Akan tetapi, sekiranya penciptaan pelbagai benda yang sangat banyak disandarkan kepada Yang Satu, maka sesungguhnya ia berada pada tahap kemudahan yang maksimum. 

Daripada sini, maka yang menyelamatkan manusia daripada kebimbangan yang tidak terbatas dan keresahan yang timbul daripada cinta akan penerokaan dan mencari kebenaran yang hakikatnya tersembunyi tidak lain adalah dengan mentauhidkan Sang Pencipta dan mengenali Tuhan. 

Memandangkan pada kekufuran dan syirik, masalah, kebimbangan dan keresahan yang tidak berpenghujung; maka tidak syak lagi bahawa perihal jalan ini adalah mustahil, tidak ada kebenaran padanya. Manakala, pada tauhid itu kemudahan yang tidak ada akhirnya yang menepati dengan keadaan penciptaan mahkluk yang mudah, banyak, dibuat dengan baik dan kreatif; maka mestilah perihal jalan ini adalah wajib, dan ini adalah kebenaran. 

Maka wahai ahli kesesatan yang berduka-lara, lihatlah, betapa banyak kesakitan dan kegelapan yang ada di jalan kesesatan, apakah yang menimpa kamu sehingga kamu mengambil jalan ini? Kemudian lihatlah betapa banyak kemudahan dan kesenangan yang ada pada jalan iman dan tauhid, maka masuklah kamu (ke dalamnya), nescaya terselamatlah kamu!


427. Page

Jendela Ke – Dua Belas

“Bertasbihlah mensucikanlah nama Tuhanmu Yang Maha Tinggi. Yang menciptakan (sekelian makhlukNya) dan menentukan kadar(nya)” Surah Al A’la: 1-3

Sesungguhnya pengurniaan kepada setiap sesuatu, gambaran dan ukuran yang tertentu tersusun dengan hikmah seolah-olah ia keluar daripada acuan yang bijaksana khasnya kepada ciptaan-ciptaan yang bernyawa, dan sesungguhnya kewujudan garisan-garisan berselirat yang berpintal demi kepentingan dan faedah kepada ukuran dan gambaran tersebut, dan sesungguhnya kewujudan kerangka gambaran dan ukuran ini yang bertukar-tukar sepanjang hidup, dan kewujudan imej dan nilai moral yang sempurna dan indah, yang terdiri daripada kemahiran kehidupan mengikut hukum dan kemasalahatan, dengan rahsia ayat yang mulia ini; menunjukkan dengan jelas bahwasanya ciptaan-ciptaan yang tidak terbatas itu yang ditentukan bentuk dan ukurannya adalah sebahagian daripada lingkungan keupayaan yang Maha Berkuasa, Yang Memiliki Keagungan, Maha Bijaksana dan Yang Memiliki Kesempurnaan, dan dikurniakan jasad dan jisimnya di dalam makmal keupayaan dan kilangnya; menunjukkan kewajiban wujudnya Yang Maha Berkuasa, Maha Mengetahui, dan dibenarkan dengan sekalian lisan akan keesaanNya dan kesempurnaan kekuasaanNya. 

Maka lihatlah kepada tubuh badanmu dan anggota-anggotanya dan apa yang terdapat padanya darinya hasil tempat-tempat yang berpintal dan beselirat kebaikan-kebaikannya; maka saksikanlah kesempurnaan kekuasaan pada kesempurnaan kebijaksanaan!


Jendela Ke – Tiga Belas

Sesungguhnya setiap sesuatu, dengan rahsia: “Dan tidak ada sesuatupun melainkan ia bertasbih dengan memujiNya” mengingati Tuhannya dan mensucikanNya dengan lidahnya yang khusus. 

Ya; sesungguhnya tasbih-tasbih yang dilakukan oleh semua makhluk dengan tindak-tanduk dan kata-kata menunjukkan bahawa wujudnya Zat yang suci dan esa. 

Ya; sesungguhnya bukti fitrah itu tidak terbangkang, dan petunjuk keadaan itu tidak menerima keraguan, khususnya sekiranya ia datang dari arah yang banyak. 

Maka lihatlah kepada makhluk-makhluk yang mengandungi bukti-bukti fitrah yang tidak terbatas, dan yang memikul petunjuk-petunjuk yang tidak habis dengan perilaku, yang melihat ke arah satu pusat seperti orbit-orbit yang berselirat. Sesungguhnya setiap bentuk daripada bentuk-bentuknya yang sempurna dan indah adalah sebutan, dan setiap perihal yang seimbang daripada perihal-perihalnya adalah sebutan penyaksian, dan setiap kehidupan daripada kehidupan-kehidupannya yang indah adalah sebutan tasbih, yang mana sesungguhnya tasbih dan tahiyyatnya dengan seluruh sebutan yang jelas nyata sekali, dan penyaksiannya ke atas Zat yang suci dan esa; membuktikan siapa Dia yang wajibnya wujud, dan kesempurnaan ketuhananNya seumpama bukti cahaya atas matahari, sepertimana yang dibuktikan dengan pembuktian yang jelas dalam “Bab Ke – Dua Puluh Empat”


428. Page

Jendela Ke – Empat Belas

“Katakanlah (wahai Muhammad): Siapakah yang di tangannya kekuasaan pemerintahan setiap sesuatu?”Surah Al Mu’minun: 88

“Dan tidak ada sesuatupun melainkan pada sisi Kami sahaja perbendaharaannya” Surah Al Hijr: 21

“Tiadalah sesuatupun dari makhluk-makhluk yang bergerak di muka bumi melainkan Allah jualah yang menguasainya.” Surah Hud: 56

“Sesungguhnya Tuhanku Maha Memelihara tiap-tiap sesuatu.” Surah Hud: 57

Sesungguhnya apa sahaja benda dalam setiap urusan dan hal ehwalnya berhajatkan kepada Yang Maha Pencipta Yang Satu, Maha Esa, Yang Memiliki Keagungan dengan rahsia ayat-ayat suci ini. 

Ya, sesungguhnya kita melihat makhluk yang wujud di alam ini dan kita mendapati bahawa kekuatan mutlak terserlah pada kelemahan yang mutlak, dan kesan-kesan kekuasaan mutlak terdapat pada kelemahan yang mutlak, seperti situasi ajaib yang ditunjukkan oleh nod kehidupan benih tumbuh-tumbuhan dan akarnya ketika ia berwaspada dan tumbuh. 

Dan kita saksikan juga bahawa kekayaan mutlak terzahir pada kemiskinan yang mutlak dan kemarau, seperti keadaan kefakiran bumi dan pokok-pokok ketika musim sejuk, dan kemewahan dan kekayaan yang hebat ketika musim bunga. 

Calon-calon kehidupan mutlak terlihat pada keadaan stasik yang mutlak seperti bertukarnya unsur-unsur stasik kepada bahan-bahan yang hidup. Dan tanda-tanda kesedaran dan perasaan yang meliputi terlihat pada kejahilan mutlak, seperti pergerakan setiap sesuatu bermula daripada zarah-zarah dan berakhir dengan bintang-bintang yang mengikut aturan alam, kepentingan-kepentingan kehidupan dan tuntutan kebijaksanaan, serta keadaan kesedaran dan perasaannya. 

Kekuasaan ini adalah pada ketidakupayaan, dan kekuatan ini adalah pada kelemahan, kemewahan dan kekayaan ini adalah pada kefakiran, dan kehidupan dan kesedaran ini adalah pada stasik dan kejahilan disingkap dengan naluri, dan semestinya daripada setiap segi, ia adalah jendela ke arah wajibnya wujud Yang Berkuasa Mutlak, Yang Perkasa Mutlak, Yang Kaya Mutlak, Yang Arif Mutlak, Yang Hidup, Kekal Berdiri Sendiri dalam mengurus makhluk-makhlukNya, dan keesaanNya. Dan ia diperlihatkan pada skala yang besar dengan cahaya yang sangat terang.

Maka wahai si lalai yang jatuh ke lembah kepercayaan hukum alam semulajadi, jika kamu tidak meninggalkan kepercayaan hukum alam semulajadi dan tidak mengenal kekuasaan Tuhan, maka hendaklah kamu menerima bahawa pada setiap sesuatu – bahkan pada setiap zarah – wujudnya kekuatan dan kuasa yang tidak terbatas, dan kebijaksanaaan dan kemahiran yang tidak berpenghujung, bahkan kamu hendaklah menerima bahawa pada setiap benda itu wujudnya satu kuasa yang berkuasa memerhatikan benda dan perkara yang paling banyak, dan mengetahui serta menguruskannya. 


429. Page

Jendela Ke – Lima Belas 

“Yang memperelokkan setiap sesuatu yang Dia ciptakan” Surah As Sajdah: 7

Sesungguhnya pengurniaan setiap sesuatu – dengan rahsia ayat suci ini – dengan suatu jasad, dan memakaikannya dengan suatu bentuk berdasarkan intipati dan kebolehterimaannya, dengan bijaksana tanpa berlebih-lebihan, terperinci, sempurna timbangannya, teliti dan kreatif, dan dengan aturan sebaik-baik buatan, dan dengan memilih jalan terpendek, gambaran terbaik dan corak paling ringan, dan bentuk yang paling mudah untuk digunakan – lihatlah contohnya kepada pakaian burung-burung, dan pergerakan bulu pelepahnya dan bagaimana ia menggunakannya dengan mudah pada setiap waktu – membuktikan dengan sebilangan keadaan dengan sebilangan benda akan kewujudan pembuat yang bijaksana, dan menunjukkan kepada Yang Maha Berkuasa, Maha Mengetahui secara mutlak. 


Jendela Ke – Enam Belas

Sesungguhnya kesempurnaan, keteraturan dan susun atur pada penciptaan dan pentadbiran mahkluk yang sentiasa dijana semula atas muka bumi, musim selepas musim, menunjukkan dengan jelas kebijaksanaan umum, dan bilamana sifat itu tanpa ada yang disifatinya; maka kebijaksanaan umum ini tidak dapat tidak menunjukkan kepada yang bijaksana. Maka hiasan-hiasan yang indah di bawah tirai kebijaksanaan menunjukkan dengan jelas adanya penjagaan yang lengkap. Penjagaan yang lengkap ini tidak dapat tidak menunjukkan dengan jelas adanya pencipta mulia yang memelihara, dan meringankan kesukaran, pemberian nikmat dan penjagaan yang mencakupi semua makhluk di bawah penjagaan ini jelas menunjukkan rahmat yang luas. Dan rahmat yang luas ini semestinya menunjukkan kewujudan Yang Maha Pemurah, Yang Maha Mengasihani. Dan pemberian rezeki semua makhluk hidup yang memerlukan rezeki dan membolehkannya hidup atas tirai rahmat dengan cara yang paling baik yang layak baginya menunjukkan dengan jelas akan pemberian rezeki yang bersifat mendidik makhluk, dan ketuhanan yang bersifat belas kasihan dan kasih sayang. Dan jagaan dan pengurusan ini menunjukkan dengan jelas kewujudan pemberi rezeki yang maha Pemurah. 

Ya, sesungguhnya semua makhluk yang dididik atas muka bumi ini dengan kesempurnaan kebijaksanaan, dan dihiaskan dengan kesempurnaan penjagaan, dan diberikan nikmat dengan kesempurnaan rahmat, diberikan rezeki dengan kesempurnaan belas kasihan; setiap daripanya membuktikan kepada individu demi individu akan wajibnya wujud Pembuat Yang Maha Bijaksana, Maha Pemurah, Maha Mengasihani dan Yang Mengurniakan Rezeki, dan menunjukkan kepada keesaanNya. 


430. Page

Dan demikian jua, lihatlah kepada setiap ‘kebijaksanaan umum’ yang terpampang dan dipamerkan atas muka bumi semuanya, dan yang menunjukkan kepada tujuan dan kehendak itu dengan jelas, dan kepada ‘penjagaan yang sempurna’ yang meliputi semua ciptaan-ciptaanNya dan ia juga mengandungi kebijaksanaan, dan kepada ‘rahmat yang luas’ yang meliputi perkara yang wujud di bumi dan terkandung dalamnya hikmah dan penjagaan ini, dan kepada ‘rezeki dan penghidupan umum’ yang meliputi semua makhluk hidup dan dikenali dengan kemurahan hati yang tidak berpenghujung, yang juga terkandung dalamnya rahmat, kebijaksanaan dan penjagaan ini, perhatikanlah setiap daripadanya dengan pemerhatian yang menyeluruh, nescaya kamu akan dapati bagaimana warna yang tujuh itu menjadi cahaya putih; dan cahaya yang menerangi muka bumi ini menunjukkan dengan tanpa ragu kepada kewujudan matahari; begitu jualah sesungguhnya penjagaan ini yang terdapat dalam kebijaksanaan tersebut, dan rahmat ini dalam penjagaan itu, dan pembahagian rezeki hidup yang terdapat rahmat tu memberi petunjuk yang besar, jelas, terang dan agung tentang keesaan Yang Wajib Wujud, Maha Bijaksana, Maha Pemurah, Maha Mengasihani, dan Pemberi Rezeki Mutlak, serta kesempurnaan ketuhananNya pada kadar yang besar. 

Maka wahai si lalai yang ingkar lagi terumbang-ambing, bagaimanakah kamu dapat menjelaskan tentang pemeliharaan ini – yang bersifat bijaksana, murah hati, rahmat dan rezeki – dan keadaan ini – yang ajaib, aneh dah luar biasa – yang disaksikan dengan mata mereka?! 

Adakah dengan mengatakan ia kebetulan yang rawak tidak tentu hala seperti kamu? Atau adakah dengan kekuatan yang buta seperti hati kamu? Ataukah dengan alam semula jadi yang tuli seperti kepala kamu? Ataupun dengan sebab-sebab yang lemah, stasik lagi jahil seperti kamu?

Atau adakah kamu mahu memberi Allah yang Maha Agung, Maha Suci, Bersih, Tinggi tanpa batas, yang Maha Berkuasa, Maha Mengetahui, Maha Mendengar, lagi Maha Melihat tanpa batas, nama Alam Semula Jadi yang lemah, stasik, jahil, buta, tuli, yang dijadikan, lagi miskin, tanpa ada batasnya, lantas kamu akan membuat kesalahan yang tidak terbatas?

Maka dengan kekuatan apakah yang mampu menutup hakikat yang terang seperti matahari ini, di bawah lindungan daripada lindungan-lindungan kelalaian manakah yang dapat menyembunyikannya? 



431. Page

Jendela Ke – Tujuh Belas

“Sesungguhnya pada langit dan bumi terdapat tanda-tanda bagi orang-orang beriman” Surah Al Jathiyah: 3

Sesungguhnya kita melihat muka bumi pada musim panas dan kita dapati ‘kemurahan hati’ yang tidak terbatas, dan ‘kepemurahan’ yang mutlak yang memerlukan kekeliruan dalam mewujudkan sesuatu dan menyebabkan kekacauan; dilihat pada kesempurnaan keseragaman dan ketelitian, maka lihatlah semua tumbuhan-tumbuhan yang menghiasi permukaan bumi seluruhnya. 

Kemudian, ‘kelajuan mutlak’ yang memerlukan kekerasan dan kekasaran, ketidak seimbangan dan ketidak telitian dalam mewujudkan sesuatu; dilihat pada kesempurnaan keseimbangan, maka lihatlah semua buah-buahan yang menghiasi permukaan bumi seluruhnya.

Kemudian, ‘kelimpahan mutlak’ yang memerlukan keremehan, bahkan kehodohan; dilihat pada kesempurnaan pembuatan yang baik dan kreativiti, maka lihatlah semua bunga-bungaan yang menghiasi permukaan bumi seluruhnya dan menjadikannya indah. 

Kemudian, ‘kemudahan mutlak’ yang memerlukan keringkasan dan ketiadaan kualiti dalam mewujudkan sesuatu; disaksikan pada kesempurnaan pembuatan, kemahiran, ketelitian, dan perhatian, maka perhatikanlah dengan teliti semua biji dan benih yang merupakan peti-peti kecil yang bercambah daripadanya organ-organ pokok-pokok dan tumbuh-tumbuhan yang tertanam di dalam tanah, dalam perkembangan perjalanan hidupnya. 

Kemudian, sesungguhnya ‘kejauhan mutlak’ yang memerlukan perbezaan dan perpecahan, disaksikan pada kesepakatan yang mutlak, maka lihatlah semua jenis biji-bijian yang ditanam di atas seluruh permukaan bumi. 

Kemudian, sesungguhnya ‘percampuran’ yang sempurna yang memerlukan keserabutan dan kekeliruan; disaksikan apa yang sepenuhnya berlawanan pada kesempurnaan perbezaan dan perpecahan, maka lihatlah biji dan benih yang dicampak ke bawah tanah dalam keadaan bercampur-campur dan hampir serupa pada bahannya, bagaimana ia dapat berbeza dan terpisah-pisah dengan sempurna pada waktu ia bercambah, dan bahan yang meresap masuk ke dalam pokok-pokok, bagaimana ia dapat berbeza dan terpisah-pisah dengan sempurna pada daun, bunga dan buahnya, serta bahan makanan yang bercampur-baur yang masuk ke dalam perut, bagaimana ia dapat berbeza dan terpisah-pisah dengan sempurna mengikut anggota tubuh badan dan sel-sel yang berlainan, lihatlah semua ini dan saksikanlah kesempurnaan keupayaan dalam kesempurnaan kebijaksanaan!


432. Page

Kemudian, ‘kelimpahan’ yang tidak berpenghujung, dan ‘kemudahan’ yang tidak terbatas yang memerlukan keremehan, dan ketiadaan kualiti serta nilai; kedua-duanya dapat dilihat di bumi dengan pada sebaik-baik kualiti dan nilai dari segi buatan dan kekreatifannya, maka lihatlah keajaiban kreativiti dan pembuatan yang tidak terbatas sehinggalah kepada jenis-jenis buah mulberi yang merupakan kotak gula-gula kekuasaan Tuhan dalam hidangan bumiNya, dan saksikanlah kesempurnaan rahmat pada kesempurnaan pembuatan dan kreativiti!

Dan ‘kemurahan’ yang tidak terbatas ini bersama dengan setinggi-tinggi nilai atas muka bumi ini, dan ‘keunikan’ dan ‘perbezaan’ yang yang tidak terbatas bersama dengan seteruk-teruk kekeliruan dan percampuran, dan sebagus-bagus ‘keserasian dan kesamaan’ bersama dengan sejauh-jauh kelainan dan perbezaan, dan penciptaan yang penuh ketelitian bersama dengan ketermudahan dalam keserupaan yang paling dekat, dan ‘tiadanya pembaziran’ dan sebaik-baik ‘keseimbangan dan timbangan’ bersama dengan kepantasan mutlak pada sebagus-bagus pembuatan dan kreativiti, dan sebagus-bagus ‘pembuatan dan dan kreativiti’ bersama dengan kemewahan dan kelimpahan dalam keadaan paling ekonomi dan tiada pembaziran, dan ‘keteraturan mutlak’ bersama dengan kemurahan mutlak pada sebagus-bagus pembuatan dan kreativiti; semua itu membuktikan akan wajibnya kewujudan yang Maha Berkuasa yang memiliki keagungan, dan Maha Bijaksana yang memiliki kesempurnaan, dan Maha Mengasihani yang memiliki keindahan, serta kesempurnaan kuasaNya, keindahan sifat ketuhananNya, keesaanNya dan ketunggalanNya seperti mana waktu siang membuktikan kewujudan cahaya, dan cahaya membuktikan kewujudan matahari, lantas menerangkan rahsia firman Allah ‘bagiNya nama-nama yang paling baik’. 

Maka wahai si lemah yang miskin, lagi lalai, derhaka dan tidak berguna, dengan apa kamu dapat jelaskan hakikat yang agung ini? Dan dengan apa kamu dapat terangkan keadaan yang ajaib dan aneh yang tidak punya batas ini? Dan kepada apa kamu dapat sandarkan semua ciptaan dan keindahan yang menakjubkan tanpa batasan ini? Dan manakah tirai daripada tirai-tirai kelalaian yang kamu dapat letak pada Jendela yang seluas permukaan bumi ini untuk menutupnya? Di manakan kebetulan kamu, dan di manakah teman kamu yang tidak sedar itu, dan sandaran serta sahabat kamu dalam kesesatan yang kamu bergantung kepadanya dan percaya dengannya, dan yang kamu namakan dia ‘alam semula jadi’?

Tidakkah kebetulan pada perkara-perkara ini adalah kemustahilan dan seribu macam kemustahilan? Tidakkah dengan menyandarkan satu daripada seribu perkara yang aneh dan ajaib ini adalah kemusatahilan daripada seratus kemustahilan? Atau adakah alam semula jadi yang stasik lagi lemah mempunyai mesin-mesin dan pencetak-pencetak untuk semua benda pada kadar bilangan semua benda yang diciptakan?


433. Page

Jendela Ke – Lapan Belas

“Tidakkah kamu melihat kerajaan langit dan bumi.” Surah Al A’raf: 185

Perhatikan contoh yang disebut dalam ‘Kalimah Ke – Dua Puluh Dua’:

Sebagaimana ‘kesan’ yang indah, cemerlang dan bagus seperti mahligai menunjukkan dengan jelas akan perbuatan yang teliti, iaitu bangunan yang dibina menunjukkan seni binaannya, dan ‘pekerjaan’ yang teliti dan bagus semestinya menunjukkan pembuat yang bagus, pembina dan pembuat bumbung yang mahir, dan gelaran ‘Pembina Yang Bagus dan Pembuat Bumbung Yang Mahir’ memberi petunjuk jelas kepada sifat yang cemerlang, iaitu keupayaan membina, dan ‘sifat yang cemerlang’ dan ‘keupayaan membina yang kreatif’ menunjukkan dengan jelas akan wujudnya persediaan yang sangat rapi, maka ‘persiapan yang rapi’ menunjukkan adanya satu ruh yang agung lagi tinggi, dan adanya sesuatu yang memiliki kecerdikan yang agung; begitu jualah sesuangguhnya ‘kesan-kesan’ yang diperbaharui yang memenuhi muka bumi bahkan alam ini menunjukkan dengan jelas kerja-kerja yang terlampau sempurna, dan ‘kerja-kerja’ yang berada dalam daerah keteraturan dan kebijaksanaan yang melampau ini menunjukkan dengan jelas kepada pembuat yang memiliki nama-nama dan gelaran-gelaran yang sempurna lagi indah; ini kerana sudah dimaklumi dengan jelas bahawa kerja-kerja yang teliti dan kreatif tidak akan terhasil tanpa ada pembuatnya, dan gelaran-gelaran yang sempurna lagi indah tanpa batas menunjukkan sifat pembuat tersebut yang terlampau sempurna; kerana seperti mana isim fa’il  itu merupakan terbitan daripada masdar mengikut ilmu sorof; begitu jualah punca timbulnya gelaran-gelaran dan nama-nama itu dan masdarnya adalah sifat-sifat tersebut. Dan sifat-sifat yang terlampau sempurna itu menunjukkan dengan jelas akan urusan-urusan diri yang paling sempurna, dan keboleh terimaan dengan sendirinya – iaitu urusan-urusan diri tersebut yang sempurna lagi indah yang tidak mampu kita ungkapkannya – menunjukkan dengan benar lagi yakin akan siapa yang paling sempurna.  

Bilamana setiap kali kesan daripada kesan-kesan pembuatan dan kreativiti dan setiap makhluk yang ada di alam ni adalah kesan yang kreatif, maka sesunnguhnya setiap daripadanya membuktikan suatu perbuatan, manakala perbuatan tersebut membuktikan suatu nama, dan nama tersebut membuktikan suatu sifat, dan sifat tersebut akan menunjukkan pemiliknya; oleh itu, setiap daripadanya memberi petunjuk kepada wajibnya wujud Pembuat Yang Memiliki Keagungan, Tunggal lagi Esa dan keesaanNya, seperti mana semuanya merupakan gambaran kepada pengetahuan yang mantap semantap rantaian makhluk-makhluknya, dan bukti kebenaran yang berantai yang tidak dapat ditembusi oleh keraguan walau dengan apa cara sekalipun. 

Maka wahai si lalai yang ingkar dan miskin, bagaimana engkau mampu untuk menolak pembuktian yang sekuat rantaian makhluk-makhluk? Dan bagaimana engkau mampu untuk mnutup Jendela yang membawa laluan-laluan yang tidak ada hujungnya , yang ternampak kelipan-kelipan cahaya kebenaran sebanyak bilangan penciptaan? Dan tirai kelalaian mana yang kamu mahukan untuk menutupnya?


434. Page

Jendela Ke – Sembilan Belas

“Bertasbih kepadaNya langit dan bumi dan apa yang ada padanya, dan tiadalah sesuatupun (yang wujud) melainkan ia bertasbih memujiNya.” Surah Al Isra’: 44

Sesungguhnya Pembuat Yang Memiliki Keagungan, berdasarkan rahsia ayat suci ini, meniru badan langit pada hukum dan makna yang banyak, dan seolah-olah Dia menghiaskan langit dengan kata-kata matahari-matahari, bulan-bulan dan bintang-bintang sebagai ungkapan tentang keagungan dan keindahanNya, dan begitu juga Dia meniru segala yang wujud yang berada di udara juga pada hukum, makna dan tujuan seolah-olah Dia menjadikan atmosfera langit berbicara dengan kata-kata kilat, petir dan halilintar dan titisan air hujan, dan menerangkan kesempurnaan kebijaksanaanNya dan keindahan rahmatNya, dan sepertimana Dia menjadikan bumi berbicara – kepala itu – dengan kata-kata yang mempunyai makna-makna yang dinamakan haiwan-haiwan dan tumbuh-tumbuhan lantas memperlihatkan kepada sekalian kejadian akan kesempurnaan buatanNya; maka sesungguhnya Dia menjadikan tumbuh-tumbuhan dan pokok-pokok berbicara yang mana ia adalah kata-kata kepala tersebut dengan kata-kata dedaunan, bunga-bungaan dan buah-buahan, lalu Dia mengumumkan sebegitu jua kesempurnaan buatanNya dan keindahan rahmatNya, dan Dia menjadikan bunga-bungaan dan buah-buahan berbicara yang setiap satunya sendiri adalah kata-kata dengan kata-kata biji-biji benih, maka Dia mengajarkan minit-minit penciptaanNya dan kesempurnaan ketuhananNya kepada ahli kesedaran dan pengetahuan. 

Dan sekarang, kita akan mendengar bicara antara sebatang tangkai dan sekuntum bunga, dan kita akan menikmati bicara mereka yang diungkap dengan kata tasbih yang tidak terkira, untuk kita mengetahui bagaimana mereka melakukan syahadah (penyaksian) mereka; 

Baiklah; sesungguhnya setiap tumbuh-tumbuhan dan pokok-pokok menunjukkan bukti dan bersaksi dengan segala lisan yang sangat banyak akan kewujudan pembuatnya yang dapat menyebabkan pakar ketelitian dan pemerhatian ditimpa kehairanan dan kebingungan, lantas menyerahkan penonton-penontonnnya kepada kata: SubhanAllah (Maha Suci Allah), alangkah indahnya penyaksiannya!

Ya; sesungguhnya tasbih setiap tumbuh-tumbuhan adalah pada waktu bunganya mengembang, waktu ia bercambah, dan waktu ia berkata dengan kata-kata yang tersirat dalam senyuman; indah dan menonjol seperti mana ia; kerana peraturan inilah yang menunjukkan akan kebijaksanaan tersebut dengan kelopak yang cantik bagi setiap bunga-bungaan, dan dengan lisan ranting yang sempurna dan menakjubkan, dan dengan perkataan benih-benih yang seimbang aturannya, dan biji-bijian yang sempurna dan hebat; berada dalam timbangan yang menunjukkan akan kewujudan pengetahuan agung dengan memerhatikan. 


435. Page

Manakala, timbangan ini, ia berada pada ukiran buatan yang menunjukkan akan kemahiran pembuatan, dan ukiran buatan ini terdapat pada hiasan yang menunjukkan akan kehalusan dan kemurahan hati, dan hiasan ini merupakan sesuatu yang lain dalam wangian rahmat dan ihsan. 

Maka keadaan yang saling bertindih, bersangkutan, bijak dan bermakna adalah lisan penyaksian yang mengenalkan pembuatnya yang memiliki keindahan dengan nama-namanya, menceritakan sifat-siftanya, mentafsirkan penjelmaan namanya-namanya, menggambarkan akan kecintaannya kepada makhluk-makhluknya dan pengenalan akannya kepada ciptaannya, iaitu cintanya dan pengenalannya. 

Dan ketika mana kamu mendengar penyaksian yang seumpama ini daripada sekuntum bunga, maka bayangkanlah sekiranya kamu dapat mendengar semua bunga-bungaan yang ada di taman-taman Tuhan atas muka bumi, dan kamu mendengar bagaimana ia mengisytiharkan dengan kuat akan wajibnya wujud Pembuat yang Memiliki Keagungan dan keeasaanNya, adakah keraguan di sisi kamu akan kekal, was-was kamu atau kelalaian kamu? Sekiranya ia kekal, adakah kamu dapat mengatakan diri kamu seorang manusia yang punya kesedaran dan pengetahuan?!

Marilah dan perhatikan sebatang pokok dengan penuh teliti, kamu akan dapati bukaannya yang halus ketika dedaunannya terbuka dengan tersusun pada musim bunga, bunga-bungaannya mengembang dengan seimbang, buah-buahannya tumbuh dengan dengan penuh kebijaksanaan dan rahmat, dan ketika pohon tersebut menari-nari di sisi tangan-tangan dedahannya seumpama kanak-kanak yang tidak berdosa bila mana angin bertiup, bagaimana timbangan yang adil pada undang-undang yang bijaksana yang digambarkan oleh lisan daun-daun yang dihijaukan oleh tangan kemurahan hati, dan lisan bunga-bungaan yang tersenyum dengan keterujaan kebaikan, dan dengan kata-kata buah-buahan yang ketawa dengan ekspresi rahmat, dan pesona serta ukiran-ukiran yang terperinci dan seimbang aturannya yang menunjukkan kepada keadilan, dan pelbagai rasa kemanisan yang menunjukkan rahmat dan kebaikan pada ukiran dan perhiasan yang indah, dan bahawasanya biji-bijian dan benih-benih tumbuhan yang masing-masing adalah merupakan keajaiban kekuasaan pada bau-bauan yang harum lagi suci dan rasa kemanisan yang pelbagai; menunjukkan dengan terlalu jelas akan wajibnya wujud Pembuat Yang Maha Bijaksana, Maha Mulia, Maha Mengasihani, Maha Baik, Memberi Nikmat, Maha Mencantikkan, dan Maha Melebihkan (sesuatu atas sesuatu yang lain), keesaanNya, keindahan rahmatNya dan kesempurnaan ketuhananNya. 

Maka sekiranya kamu mampu mendengar lisan perilaku pokok-pokok atas muka bumi semuanya sekali; kamu akan dapati dan fahami pada khazanah: “Bertasbih kepada Allah apa yang ada di langit dan apa yang ada di bumi” (At Taghabun: 1) terdapat permata nilai yang berharga yang tidak ternilai.

Maka wahai si lalai yang berduka lara yang menyangka dirinya bebas dalam kekufuran dan kejahilan, sekiranya tidak ada keinginan untuk mengenali Yang Maha Mulia yang Memliki Keindahan yang mengenalkan diriNya kepada kamu dan membuatkannya cinta akan pengetahuan itu dengan lisan yang tidak terbatas setakat ini; maka wajiblah diam kesemua lisan ini, disebabkan ia tidak boleh didiamkan, maka tidak dapat tidak ia mesti didengari, maka kamu tidak akan dapat meloloskan diri daripadanya walaupun telinga kamu tertutup dengan kelalaian; kerana kejadian-kejadian ini tidak diam, dan kerana makhluk-mukhuk yang wujud ini tidak akan senyap sekiranya kamu menutup telingamu, kamu tidak (akan dapat) mencabut daripada saksi-saksi keesaan suaranya, bahkan ia akan menjadi saksi melawan kamu, dan menghukum perbuatan kamu. 


436. Page

Jendela Ke – Dua Puluh 

“Maha Suci (Tuhan) yang di dalam genggamanNya pentadbiran setiap sesuatu” Surah Yasiin: 83

“Dan tidak ada sesuatupun melainkan pada sisi Kami sahaja perbendaharaannya dan Kami tidak menurunkannya melainkan dengan menurut kadar dan masa yang tertentu. Dan Kami hantarkan angin sebagai pembawa air dan pemindah benih; maka dengan itu Kami menurunkan air (hujan) dari langit, kemudian Kami berikan kamu meminumnya; dan bukanlah kamu yang (berkuasa menurunkannya atau) menyimpannya” Surah Al Hijr: 21-22

Sepertimana yang diperhatikan pada bahagian-bahagian kecil, hasil-hasil dan sub-sub bahagian adalah kesempurnaan kebijaksanaan dan keindahan pembuatan dan kreativiti; begitu jualah keadaan unsur-unsur keseluruhan dan makhluk-makhluk yang besar yang seolah-olah bercampur-baur, rumit, dan bersifat kebetulan pada zahirnya; ia juga mengambil tempat dengan bijaksana dan kreatif, kilauan cahaya itu merupakan pameran ciptaan-ciptaan Ilahi dan deklarasi tentangnya di muka bumi dengan izin Tuhan berdasarkan petunjuk khidmat-khidmatnya yang lain yang bijaksana, oleh itu sesungguhnya cahaya itu digunakan oleh Pembuat Yang Maha Bijaksana, Dialah yang menzahirkan dengan cahaya tersebut karya seninya di pameran-pameran pasaran dunia.

Dan lihatlah sekarang kepada ‘angin’; kamu akan dapatinya bertiup untuk menunaikan tugas-tugas yang teramat penting dengan bukti kebaikan-kebaikannya dan tugas-tugasnya yang lain yang bijaksana, oleh itu sesungguhnya gelombang-gelombang ini adalah ditugaskan, dibuat dan digunakan oleh Pembuat Yang Maha Bijaksana, tiupan dan gelombangnya adalah usaha kuat untuk menyempurnakan perintah Tuhan dengan segera. 

Dan lihatlah kini kepada ‘mata-mata air, anak-anak sungai dan sungai-sungai’, terpancarnya ia daripada tanah dan gunung-ganang bukanlah satu kebetulan; kerana ditunjukkan dengan kesaksian apa yang berlanjutan daripadanya iaitu manfaat-manfaat dan buah-buahan yang merupakan kesan-kesan rahmat, pemerolehan manfaat penyimpanannya di gunung-ganang dengan timbangan keperluan, dan petunjuk penghantarannya dengan timbangan kebijaksanaan; bahawa ia dikawal dan disimpan oleh Tuhan Yang Maha Bijaksana, manakala pemancarannya (daripada tanah dan gunung-ganang) adalah permisalannya kepada perintahNya Yang Maha Tinggi dengan kerinduan dan semangat.

Dan lihatlah sekarang kepada semua jenis ‘batu-batuan, permata-permata, dan galian’ yang ada di bumi; nescaya kamu akan dapati manfaatnya yang bijaksana berkaitan dengannya, dan penyediaannya serta pemprosesannya mengikut maslahat-maslahat kehidupan, kelaziman-kelaziman manusia dan keperluan-keperluan binatang, menunjukkan bahawa perhiasan-perhiasannya dan ciri-cirinya yang bermanfaat dihiasi, ditadbir, disusun dan dibentuk oleh Pencipta Yang Maha Bijaksana. 


437. Page

Dan lihatlah (pula) sekarang kepada ‘bunga-bungaan dan buah-buahan’ kamu akan dapati senyumannya, rasanya, kecantikannya, ukirannya, dan bau wangiannya; ia adalah pengenalan dan jemputan kepada hidangan Pencipta Yang Maha Bijaksana, Maha Pemurah, Yang Mengurniakan Nikmat, Yang Maha Mengasihani, dan diurniakan kepada setiap jenis daripadanya sebagai pengenalan dan seruan dengan warna, bau, dan rasanya yang pelbagai. 

Dan lihatlah sekarang kepada ‘burung-burung’, sesungguhnya dalil mutlak bahawa percakapan dan kicauannya berpunca daripada penuturan Pembuat Yang Maha Bijaksana dan percakapannya adalah mereka saling bertukar perasaan dan meluahkan harapan sesama mereka dengan menggunakan bunyi-bunyian ini yang mana ia mencetuskan rasa kagum dan terkejut. 

Dan lihatlah sekarang kepada ‘awan’, sesungguhnya dalil mutlak bahawa suara hujan bukanlah suara yang lompong daripada makna, dan bahawasanya guruh bukanlah bunyi yang sia-sia; ia adalah penciptaan keajaiban-keajaiban tersebut di langit yang kosong, dan penghasilan titisan-titisan air yang seperti air yang membangkitkan kehidupan daripadanya, dan penyusuan hidupan-hidupan yang memerlukan dan merindukannya di bumi, yang menunjukkan bahawa suara hujan dan bunyi itu memiliki makna dan hikmah yang banyak, bila mana hujan itu menghiburkan perindu-perindunya dengan perintah Tuhan Yang Maha Pemurah dan mengekspresikan pengertian: Berita gembira untuk kamu, di sini kami datang (kepadamu)!

Dan lihatlah kini kepada ‘langit’, dan perhatikan pada ‘bulan’ sahaja di antara objek-objek yang tidak terbatas di langit, nescaya kamu akan dapati pergerakannya adalah dengan perintah Yang Maha Kuasa lagi Maha Bijaksana, dan padanya hikmah-hikmah yang amat penting yang berkaitan dengannya dan penting bagi bumi. Dan seperti yang kami telah terangkan di tempat yang lain, maka kami berhenti setakat ini di sini.

Kesemua unsur-unsur keseluruhan yang kami sebutkan bermula dengan cahaya dan berakhir dengan bulan membuka Jendela yang amat luas pada skala yang amat luas, dan ia menunjukkan keesaan Yang Wajib Wujud, kesempurnaan kudratNya dan keagungan kuasaNya, serta mengisytiharkan (ini semua). 

Wahai si lalai, sekiranya kamu dapat membungkam gema resonan ini seperti guruh, dan memadamkan cahaya yang cerah ini seperti cahaya matahari, maka lupakanlah Allah, kalau tidak, kembalilah kepada petunjukmu, dan ucapkanlah: “Maha Suci (Tuhan) yang bertasbih kepadaNya langit yang tujuh, bumi dan apa yang ada di dalamnya”.


438. Page

Jendela Ke – Dua Puluh Satu

“Dan matahari itu beredar ke tempat yang telah ditetapkan baginya, itu adalah ketentuan Yang Maha Perkasa lagi Maha Mengetahui” Surah Yaasin: 38

Sesungguhnya matahari yang merupakan pelita alam ini; adalah Jendela bercahaya yang terang terbuka kepada kewujudan Pencipta alam ini dan keesaanNya. 

Ya; sesungguhnya dua belas planet termasuk sfera bumi kita yang dipanggil “Sistem Solar”, dengan jisimnya yang pelbagai daripada kecil dan besar, dan kedudukannya yang sangat tidak sekata dari segi dekat dan jauhnya daripada satu sama lain, dan kepantasan pergerakan dan peredarannya dengan sesempurna peraturan, kebijaksanaan, dan kesempurnaan timbangan tanpa ada silap walaupun sesaat, dan keterikatannya bersama matahari dengan undang-undang Ilahi yang bernama hukum graviti, iaitu pengikatannya dengan ketuanya; menunjukkan pada kadar yang besar akan keagungan kudrat Ilahi dan keesaan Tuhan; kerana peredaran objek-objek kaku dan jisim-jisim besar tanpa sedar ini, aplikasinya yang dengan sebaik-sebaik peraturan dan dalam timbangan kebijaksanaaan dengan bentuk, jarak, dan pergerakan yang berbeza-beza, membuktikan kekuasaan dan kebijaksanaan dalam apa keadaan sekalipun, dan kamu boleh anggarkan julatnya sekiranya berlaku kemalangan sekecil atom dalam sistem yang agung ini, ia akan menyebabkan letupan yang menghancurkan alam semesta; kerana sekiranya perlanggaran ini menghentikan salah satu daripadanya walaupun selama satu minit, ia akan menyebabkan planet tersebut terkeluar daripada orbitnya, lantas menyebabkannya berlanggar dengan yang lain. Kamu boleh anggarkan kadar kedahsyatan dan keterukan bila objek-objek besar berlanggar dengan sfera bumi kita sebanyak seribu kali. 

Sebahagian kecil keajaiban sistem solar iaitu dua belas planet yang merupakan pengikut matahari dan hasil-hasilnya, sehingga kepada ilmu Tuhan yang meliputi, dan kita lihat sahaja kepada bumi yang merupakan planet kita dan ia berada depan mata kita, nescaya kita akan dapati bahawa planet kita ini telah diamanahkan dengan perintah Tuhan, perjalanan dan pengembaraan yang panjang mengelilingi matahari adalah demi khidmat agung dengan gambaran yang menunjukkan agungnya kebesaran Tuhan dan megahnya kekuasaan Tuhan serta sempurnanya rahmat dan hikmah seperti mana yang diterangkan dalam ‘Buku Ketiga’, dan ia seperti bahtera Tuhan yang dipenuhi dengan keajaiban ciptaan-ciptaan Ilahi, dan diletakkan di atasnya tempat tinggal yang bergerak, seolah-olah ia adalah tempat menonton dan berkelah bagi mereka yang mempunyai kesedaran dari kalangan hamba-hamba Allah Taala. Dan bulan juga dihubungkan dengannya dengan perkiraan-perkiraan yang teliti dan hikmah-hikmah yang agung, seperti jarum jam yang menunjukkan masa dan kira-kira, dan ditentukan baginya perjalanan dan pengembaraan yang di orbit yang lain.  


439. Page

Maka keadaan sfera bumi kita yang diberkati ini membuktikan wajibnya kewujudan Yang Maha Berkuasa Mutlak dan keesaanNya dengan pembuktian yang kuat, sekuat bumi kita. 

Oleh sebab planet kita ini sebegini rupa; kamu boleh mengiaskannya dengan sistem solar. 

Kemudian, peredaran matahari yang seperti kincir dan gelendong dengan perintah Yang Maha Kuasa yang Memiliki Keagungan bertujuan mewujudkan tali-tali maknawi yang dinamakan graviti atas paksi matahari yang berputar, dan menghubungkan planet-planet tersebut serta mengaturnya dengan tali-tali maknawi itu, dan disusun matahari bersama kesemua planetnya ke arah menara Hercules mengikut salah satu daripada ketentuan-ketentuanNya atau ke arah matahari segala matahari dengan pantas yang memotong jarak lima jam kepada satu saat; tidak dapat tidak, ini terjadi dengan kekuasaan Yang Maha Kuasa yang Memiliki Keagungan yang merupakan Sultan Keazalian dan Keabadian dan dengan perintahNya. Seolah-olah Dia menyusun tentera sistem solar ini yang merupakan askar-askar yang mematuhi arahan-arahanNya untuk menunjukkan dan menzahirkan keagungan ketuhananNya. 

Maka wahai yang mendakwa tahu akan ilmu falak, kebetulan manakah yang dapat mencelah ke dalam perkara-perkara ini, dan faktor manakah yang dapat mencapainya, dan kekuatan manakah yang mampu mendekatinya, sebutkanlah? 

Adakah mungkin Sultan Yang Memiliki Keagungan seperti ini akan membenarkan sesuatu yang lain untuk masuk campur dalam kerajaannya lantas menzahirkan kelemahanNya? Atau adakah mungkin untuk diserahkan urusan semua yang benda hidup yang merupakan hasil kejadian alam semesta, natijah dan kesimpulannya kepada selain daripada Yang Maha Suci? Adakah Dia akan membenarkan selainNya untuk masuk campur dalam urusan-urusan tersebut? Adakah mungkin Dia akan membiarkan manusia yang mana dialah yang mengumpulkan hasil tuaian tersebut, menyempurnakan natijah itu dan juga merupakan khalifahNya di bumi serta merupakan seorang tetamu yang melaksanakan peranan cerminan dan meninggalkannya dengan sia-sia? Dan adakah mungkin urusanNya diserahkan kepada alam semula jadi dan kebetulan, lalu menjunamkan kehebatan wilayah kekuasaanNya hingga ke jurang yang dalam dan meranapkan kesempurnaan kebijaksanaanNya? 


440. Page

Jendela Ke – Dua Puluh Dua 

“Tidakkah Kami jadikan bumi ini sebagai hamparan. Dan gunung-gunung sebagai pasak-pasak. Dan Kami ciptakan kamu berpasang-pasangan.” Surah An Naba’: 6-8

“Lihatlah kepada kesan-kesan rahmat Allah bagaimana Dia menghidupkan bumi setelah kematiannya” Surah Ar Rum: 50 

Sesungguhnya sfera bumi ini adalah satu kepala yang mempunyai seratus ribu mulut, dan pada setiap mulut, terdapat seratus ribu lidah, dan pada setiap lidah, terdapat seratus ribu dalil, yang setiap satu daripadanya membuktikan dengan banyak cara akan wajibnya kewujudan Yang Wajib Wujud, Tunggal, Esa, Yang Berkuasa atas setiap sesuatu dan Maha Mengetahui tentang setiap perkara, keesaanNya, sifat-sifatNya yang suci dan nama-namaNya yang baik. 

Baiklah; (mari) kita lihat kepada permulaan kejadian Bumi, kita akan dapati bahawa ia dulu adalah bahan cair dan bertukar menjadi bendalir, diciptakan daripadanya batuan, daripada batu dijadikan tanah. Sekiranya ia dalam keadaan bendalir, ia tidak sesuai dijadikan tempat tinggal, dan sekiranya bendalir tersebut menjadi padat seperti besi setelah mana ia berubah menjadi batuan, maka ia tidak sesuai diambil manfaat daripadanya, maka tidak dapat tidak, yang mengurniakan keadaan ini adalah kebijaksanaan Pencipta Yang Maha Bijaksana yang melihat keperluan penduduk Bumi dan memenuhinya buat mereka. 

Seterusnya, sesungguhnya lapisan tanah telah diletakkan di atas pasak-pasak gunung, sehingga gempa bumi bernafas akibat daripada pergolakan dalaman di dalamnya melalui pergunungan, dan gempa ini memesongkan Bumi daripada pergerakan dan fungsinya, menyelamatkan tanah daripada tenggelam dalam laut, lalu menjadi khazanah-khazanah keperluan yang diperlukan oleh benda hidup, menyisir udara dan membersihkannya daripada gas yang berbahaya sehingga ia sesuai untuk dihirup, menakung air dan menyimpannya, dan ia menjadi punca dan sumber untuk galian-galian yang diperlukan oleh makhluk-makhluk, maka keadaan ini adalah menjadi saksi yang pasti dan sangat kuat akan wajibnya wujud Yang Berkuasa Mutlak, Maha Bijaksana lagi Maha Mengasihani dan keesaanNya. 

Wahai yang mendakwa arif tentang ilmu geografi, dengan apa kamu dapat menafsirkan semua ini? Kebetulan manakah yang dapat menciptakan bahtera ketuhanan yang penuh dengan keajaiban ciptaan-ciptaan pameran keajaiban, dan memusingkannya dengan kepantasan yang memintas dalam satu tahun jarak dua puluh empat ribu tahun tanpa menjatuhkan apa-apa yang disusun dan diatur atas permukaannya? 

Kemudian lihatlah ciptaan-ciptaan menakjubkan di permukaan bumi, bagaimana unsur-unsur tersebut diperlakukan dengan bijak, dan bagaimana ia menjaga tetamu-tetamu Tuhan atas muka bumi penjagaan yang baik atas perintah Yang Maha Kuasa lagi Maha Bijaksana, serta berusaha berkhidmat kepada mereka. 


441. Page

Lihatlah pula antara kejadian-kejadian yang menakjubkan itu, kepada garis-garis dan tanda-tanda yang mengagumkan, bijak, diukir dan diwarnai dengan pelbagai warna atas muka bumi, bagaimana Dia Yang Maha Suci menjadikan sungai, anak-anak sungai, lautan, saliran air, gunung-ganang dan bukit-bukau tempat tinggal yang sesuai dan medium pengangkutan buat hamba-hambaNya dan makhluk-makhlukNya yang pelbagai ragam. 

Kemudian, ia diisi dengan beratus-ratus ribu spesis tumbuh-tumbuhan dan haiwan dengan kesempurnaan kebijaksanaan dan ketelitian, dikurniakan kepadanya kehidupan, ditebarkan kegembiraan di dalamnya, dikosongkan dari semasa ke semasa dan melepaskannya dengan kematian, kemudian bumi diisi semula dengan cara tersusun pada hari kebangkitan setelah kematian, semua ini memberi penyaksian dengan seribu lisan atas wajibnya wujud Yang Maha Kuasa yang Memiliki Keagungan dan Yang Maha Bijaksana yang Memiliki Kesempurnaan serta keesaanNya. 

Natijah: Sesungguhnya Bumi yang permukaannya adalah merupakan pameran keajaiban ciptaan, tempat kebangkitan keganjilan makhluk-makhluk, tempat laluan kafilah-kafilah segala yang wujud, dan tempat sujud dan berdiri bagi saf-saf hamba Allah, ia adalah teras alam semesta keseluruhannya; oleh itu ia menzahirkan cahaya keesaan seluas alam semesta. 

Maka wahai yang mendakwa tahu akan ilmu geografi, sesungguhnya kepala Bumi ini jika ia mengenalkan Allah Taala dengan seratus ribu mulut yang ada padanya, pada setiap mulut ada seribu lidah, dan kamu masih tidak mengenalNya dan membenamkan kepalamu dalam paya alam semula jadi, fikirkan sejauh mana kesilapan kamu, dan ketahui bagaimana ia membuat kamu layak menerima seksaan yang berat, maka sedarlah dan keluarkan kepalamu daripada paya, dan ujarkanlah: Aku beriman kepada Allah yang di tanganNya pentadbiran setiap sesuatu. 


442. Page

Jendela Ke – Dua Puluh Tiga

“Yang menciptakan kematian dan kehidupan” Surah Al Mulk: 2

Sesungguhnya kehidupan adalah mukjizat paling bersinar dan indah daripada mukjizat-mukjizat kekuasaan Tuhan, bukti paling kuat dan terang antara bukti-bukti keesaan, serta cerminan paling menyeluruh dan jelas antara cerminan-cerminan manifestasi keabadian. 

Ya; hidup itu sendiri mengkhabarkan tentang yang Yang Maha Hidup dan Berdiri Sendiri dengan segala nama-namaNya dan keadaanNya; kerana hidup adalah cahaya dan penawar seperti makjun yang dibuat daripada campuran sifat-sifat yang sangat banyak. Sepertimana gabungan tujuh warna dalam cahaya, dan gabungan ubat-ubatan yang pelbagai dalam penawar; begitu juga hidup adalah hakikat yang diperbuat daripada sifat-sifat yang sangat banyak, dan satu bahagian daripada sifat-sifat yang terkandung didalam hakikat ini terhampar dan tersingkap dengan jalan perasaan dan pancaindera, berbeza daripada sifat-sifat yang lain, dan bahagian yang paling besar daripadanya memberitahu dirinya sendiri akan rasa dalam bentuk pancaindera dan memberitahu tentang dirinya dalam bentuk aliran perjalanan kehidupan. 

Maka kehidupan adalah termasuk didalamnya rezeki, rahmat, penjagaan dan kebijaksanaan yang meliputi pentadbiran alam semesta dan pengurusannya, seolah-olah kehidupan mengheretnya ke mana sahaja ia masuk, contohnya; sekiranya kehidupan masuk ke dalam tubuh badan; terjelma padanya nama ‘Al Hakim (Yang Maha Bijaksana) juga, dan ia membina sarangnya dan menyusunnya dengan bijaksana dan hebat, pada masa yang sama terjelma padanya nama Al Karim (Yang Maha Pemurah) juga dan ia menyusun dan menghias tempat tinggalnya mengikut keperluannya, dan pada masa yang sama disaksikan manifestasi nama Ar Rahim (Yang Maha Mengasihani) memberikan nikmat dan berkatnya yang pelbagai untuk mengekalkan kehidupan tersebut dan kesempurnaannya, dan pada yang sama juga terlihat padanya manifestasi nama Ar Razzaq (Yang Mengurniakan Rezeki); yang mana memanjangkan hidup dengan makanan fizikal dan maknawi yang diperlukan untuk kelangsungan dan pertumbuhannya, serta mengumpul dan menyimpan sebahagian daripadanya dalam badan.  


443. Page

Jadi, hidup adalah seperti titik fokus di mana sifat berbeza bertindih, bahkan sebahagiannya menjadi mata kepada sebahagian yang lain, dan seolah-olah hidup adalah perkara praktikal semata, dan ia adalah keupayaan, kebijaksanaan dan rahmat dalam masa yang sama, dan begitulah, hidup adalah cerminan keabadian yang mencerminkan urusan Tuhan dari segi tabiatnya yang menyeluruh. 

Dan daripada misteri ini, sesungguhnya Yang Wajib Wujud yang Maha Hidup dan Berdiri Sendiri menciptakan kehidupan dan menyebarkannya, mempersembahkannya dengan banyak dan melimpah-ruah, dan mengumpulkan segala sesuatu di sekeliling kehidupan serta menjadikannya pelayan buatnya; sesungguhnya fungsi kehidupan itu agung. 

Baiklah, melaksanakan fungsi cerminan keabadian bukanlah perkara yang mudah, dan bukan juga pekerjaan yang biasa. Maka mendapatkan apa yang tidak terbatas daripada jumlah kehidupan baru yang diperbaharui yang kita lihat sepanjang masa dihadapan mata kita, dan roh-roh yang merupakan asal-usul kehidupan dan jiwanya, dan kemunculannya kepada kewujudan secara tiba-tiba dalam keadaaan sekaligus daripada tiada apa-apa, serta pengusirannya daripada kehidupan, menunjukkan akan wajibnya wujud Yang Wajib Wujud dan Yang Maha Hidup lagi Berdiri Sendiri, dan juga akan sifat-sifatNya yang kudus dan nama-namaNya yang baik, seperti mana kilauan cahaya menunjukkan kewujudan matahari.

Seperti orang yang tidak percaya dengan kewujudan matahari dan tidak menerimanya, harus menafikan cahaya yang memenuhi siang; begitu jugalah orang yang tidak percaya dengan kewujudan matahari keesaan Yang Maha Hidup, Berdiri Sendiri, Yang Menghidupkan dan Yang Mematikan; hendaklah dia menafikan kewujudan kehidupan yang mengisi muka bumi, bahkan yang mengisi masa lalu dan masa hadapan, lalu dia patut direndahkan darjatnya seratus kali ganda lebih rendah daripada haiwan, bahkan dia patut jatuh lebih rendah daripada martabat kehidupan dan dia menjadi orang paling jahil. 


444. Page

Jendela Ke – Dua Puluh Empat 

“Tiada Tuhan selain Dia yang semuanya binasa kecuali wajahNya, bagiNya (segala) perhitungan dan kepadaNya lah kamu semua akan dikembalikan” Surah Al Qasas: 88

Sesungguhnya mati itu adalah bukti ketuhanan, dan hujah yang sangat kuat tentang keesaan seperti mana kehidupan, dan mati berdasarkan firman Allah (Yang menciptakan kematian dan kehidupan) bukanlah ketiadaan, peniadaan, kefanaan, penghapusan dan bukan juga kepupusan tanpa pelaku, bahkan ia adalah pengecualian daripada khidmat oleh Pelaku Yang Maha Bijaksana, penukaran tempat, penggantian badan, dan pelepasan tugas, pembebasan daripada penjara tubuh badan, dan kesan kebijaksanaan yang indah seperti mana yang diterangkan dalam ‘Buku Pertama’. 

Ya; seperti mana permukaan bumi yang bersinar dengan kehidupan, ciptaan-ciptaan dan benda-benda hidup di atasnya membuktikan wajibnya wujud Pencipta Yang Maha Bijaksana dan keesaanNya; begitu jugalah benda-benda hidup itu bersaksi dengan kematiannya akan keabadian Yang Maha Hidup lagi Maha Kekal dan keesaanNya, dan ini telah dibuktikan dan diterangkan pada ‘Kata-kata Ke – Dua Puluh Dua’ bahawa kematian adalah dalil yang sangat kuat tentang keesaan dan hujah buat keabadian. Maka kami rujuk perbahasan ini kepada kata-kata tersebut, dan kami terangkan ini sebagai poin pentingnya seperti berikut: 

Sebagaimana benda-benda hidup membuktikan dengan kewujudannya akan kewujudan Yang Wajib Wujud; begitu jugalah kehidupan-kehidupan itu bersaksi dengan kematiannya akan keabadian Yang Maha Hidup lagi Maha Kekal dan ketunggalanNya, misalnya: 

Sesungguhnya permukaan bumi yang ia – adalah organisma hidup yang tunggal – seperti mana ia menunjukkan kepada Pencipta dan sistem-sistemNya serta hal ehwalNya; maka ketika ia mati – iaitu ketika musim sejuk menutup permukaan bumi yang mati dengan kain kapannnya yang berwarna putih – mengalihkan pandangan manusia daripadanya, dan menunjukkan ke arah pemandangan yang lebih luas, atau meluaskan penglihatan melangkaui jenazah musim bunga yang pergi ke masa lalu dan menunjukkan pemandangan yang lebih luas, yang mana keempat-empat musim ini – seperti semua musim-musim bunga yang berlalu yang telah memenuhi bumi dengan kehidupan yang setiap satunya adalah mukjizat kekuasaan (Tuhan) dengan sendirinya – menunjukkan akan datang makhluk-makhluk bumi yang hidup mengisi musim bunga akan datang yang mana ia adalah keajaiban kudrat dan bumi yang hidup, dan menjadi saksi akan kewujudannya; oleh itu, ia – iaitu empat musim yang berlalu – membuktikan secara luas dengan pembuktian yang kuat dan terang akan wajibnya wujud Pencipta Yang Memiliki Keagungan dan Maha Berkuasa Yang Memiliki Kesempurnaan serta Berdiri Sendiri lagi Maha Kekal, matahari keabadian, keesaanNya, kekalanNya, dan keabadianNya, dan ia menzahirkan bukti-bukti yang terang lagi bersinar yang memaksa manusia untuk mengatakan dengan jelas: “ Aku beriman kepada Allah Yang Maha Tunggal dan Esa” sama ada dia mahu atau tidak mahu. 



445. Page

Natijah: Seperti mana bumi yang hidup ini bersaksi berdasarkan rahsia dalam firman Allah (Dia menghidupkan bumi setelah kematiannya) akan kewujudan Pencipta pada musim bunga, maka dengan kematiannya, ia mengalihkan pandangan kepada mukjizat-mukjizat kuasa Pencipta yang beratur di atas dua sayap masa; masa lalu dan masa hadapan, lalu diperlihatkan beribu-ribu empat musim dan bukannya (hanya) satu musim bunga (sahaja), dan setiap satu, dan ia menunjukkan beribu-ribu mukjizat kekuasaanNya dan bukan satu mukjizat, dan setiap musim bunganya membuktikan akan kewujudan Pencipta dengan pembuktian yang lebih kuat daripada pembuktian musim bunga sekarang; kerana empat musim yang berlalu, pergi bersamanya ciri-cirinya, dan hadir kemudiannya musim-musim baru yang akan menggantikan tempatnya. Oleh itu, jika kita melihat pada ciri-ciri sahaja maka ianya tidak bernilai dan tidak penting, melainkan jikakalau musim bunga menzahirkan bahawasanya Yang Maha Berkuasa lagi Memiliki Keagungan menciptanya kemudian menghantarnya bersilih-ganti dengan sebab-sebab dengan hikmah-hikmah yang tersendiri. Manakala permukaan bumi yang hidup dan suci pada masa depan, ia membuktikan dengan seterang-terang pembuktian akan kewujudan Pencipta Yang Maha Suci lagi Maha Tinggi; kerana bumi akan dicipta semula daripada tiada dan ia akan datang semula, diletakkan di atas muka bumi dan ia akan melaksanakan tugasannya, kemudian akan pergi sekali lagi.  

Maka wahai si lalai yang tenggelam dalam alam semula jadi, dan wahai yang hampir lemas dalam paya alam semula jadi, bagaimana orang yang tidak memiliki tangan ghaib yang bijak, berkuasa dan mencapai masa lalu dan masa depan sekaligus mampu masuk campur dalam kehidupan muka bumi ini? Adakah kebetulan dan alam semula jadi yang tidak punya nilai dan kepentingan seperti kamu boleh masuk campur dalamnya? Sekiranya kamu mahu berlepas diri, maka katakan: “Sesungguhnya alam semula jadi tidaklah ia melainkan rekod kekuasaan Tuhan, manakala kebetulan pula adalah tirai tersembunyi kebijaksanaan Tuhan yang menutup kejahilan kita”, maka kamu mendekati kebenaran. 



446. Page

Jendela Ke – Dua Puluh Lima

Sebagaimana yang dipukul mewajibkan adanya pemukul, ciptaan yang hebat mewajibkan kewujudan si pencipta, si anak menuntut kewujudan si ayah, kebawahan menuntut kewujudan keatasan, dan seterusnya; begitu juga kebolehan melihat pada bahagian-bahagian-bahagian kecil dan besar dalam alam semesta – seperti semua benda yang berpasangan yang saling memerlukan antara satu sama lain – menunjukkan kemestian adanya bahagian-bahagian yang tersirat, maka apa yang terlihat pada bahagian-bahagian kecil dan besar dalam alam semesta adalah sebahagian daripada tindak balas yang menunjukkan kepada perbuatan, apa yang disaksikan pada keduanya daripada kemahkhlukan menunjukkan kepada kewujudan kepenciptaan, dan apa yang disaksikan pada gabungan kedua-duanya daripada kelimpahan dan komposisi menuntut kewujudan kesatuan. Kemestian, perbuatan, kepenciptaan dan kesatuan memerlukan dengan sangat jelas akan kewujudan si pemunya sifat yang bukannya kebetulan, yang bukan banyak, bukan berangkai dan bukan juga makhluk. 

Oleh itu semua kemungkinan, semua tindak balas, semua makhluk dan semua kelimpahan dan komposisi di seluruh alam semesta membuktikan kewujudan Yang Wajib Wujud, Si Pelaku yang melakukan apa sahaja yang Dia kehendaki, Pencipta segala sesuatu dan Yang Satu dan Maha Esa. 

Natijah: Seperti mana disaksikan kemestian melalui kemungkinan, perbuatan melalui tindak balas, kesatuan melalui kelimpahan, dan kewujudan semua ini menunjukkan secara pasti akan kewujudan (perkara-perkara) itu; begitu juga sesungguhnya apa yang disaksikan pada apa yang ada daripada sifat-sifat seperti kemahlukan dan kedapatan rezeki menunjukkan dengan pasti akan kewujudan keadaan-keadaan seperti kepenciptaan dan kekasihanan. Maka kewujudan sifat-sifat ini pada lainnya menunjukkan dengan sangat jelas akan kewujudan Pencipta yang Maha Mengasihani, lagi Maha Berkuasa Menciptakan apa sahaja dan Yang Mengurniakan Rezeki.  

Oleh itu, setiap benda yang mempunyai ratusan ciri-ciri membuktikan ratusan Asmaul Husna bagi Yang Wajib Wujud, jika pembuktian ini tidak diterima; maka hendaklah ditolak seluruh ciri-ciri segala yang wujud di dunia ini.


447. Page

Jendela Ke – Dua Puluh Enam

Sesungguhnya kebaikan dan kecantikan yang berpanjangan yang diperbaharui pada wajah-wajah makhluk yang wujud di alam semesta menunjukkan bahawa keduanya berterusan sebagai manifestasi-manifestasi keindahan yang abadi. 

Ya; sebagaimana bersinarnya buih-buih yang timbul di sungai setelah bersinar dan beredarnya buih-buih yang sebelumnya menunjukkan bahawa ia adalah cermin-cermin buat sinaran matahari yang berterusan; begitu juga sinaran-sinaran keindahan yang menyinari makhluk-makhluk yang bergerak di atas sungai masa yang mengalir pada lainnya menunjukkan kepada keindahan yang kekal abadi, dan seolah-olah ia adalah tanda-tandanya. 

Seterusnya, cinta yang mendalam dalam kalbu alam semesta menunjukkan kewujudan kekasih yang tidak bisa melepaskan.

Ya; sesungguhnya cinta Tuhan yang mendalam pada spesis manusia yang merupakan buah perasaan buat pohon alam semesta menunjukkan – dalam erti kata bahawa secara asasnya apa tidak ada pada sebatang pokok, ia tidak akan ada pada buahnya – bahawa disana terdapat cinta dan kasih yang hakiki pada setiap kejadian, akan tetapi dalam bentuk yang pelbagai, maka kasih hakiki dan cinta hakiki dalam kalbu alam semesta ini kedua-duanya menunjukkan kewujudan kekasih azali. 

Kemudian tarikan-tarikan, daya penarikan dan graviti yang muncul dalam pelbagai bentuk di dada alam semesta menzahirkan kepada hati-hati yang sedar bahawa tidaklah ia melainkan tarikan hakikat Tuhan yang menariknya. 


448. Page

Seterusnya, pemberitahuan kepada ahli kasyaf dan wilayah – yang merupakan kelompok makhluk paling tercerah baik secara teori mahupun praktikal – yang bersetuju dan bersandar dengan rasa dan bukti bahawa mereka beroleh penjelmaan-penjelmaan yang Maha Indah yang Memiliki Keagungan, dan mereka dapat merasai pengenalan dan sifat disayangi Yang Maha Agung yang Memiliki Keindahan akan diriNya sendiri; Dia pada keadaan yang lain bersaksi dengan penyaksian yang sabit akan wujudnnya Yang Wajib Wujud dan Yang Maha Indah yang Memilki Keagungan dan pengenalan akan DiriNya sendiri kepada manusia. 

Sesungguhnya pena penambahbaikan dan hiasan yang bekerja pada wajah makhluk-makhluk dan objek-objek yang wujud menzahirkan dengan jelas keindahan nama-nama pemilik pena tersebut.

Dan begitulah kecantikan yang terdapat pada wajah alam raya, dan kecintaan dihatinya, tarikan pada dadanya, singkapan dan saksi-saksi dimatanya, dan keindahan dan hiasan pada keadaanya; ia membuka Jendela cahaya yang amatlah halus, dengannya diperlihatkan akal dan hati yang waspada dan sedar akan kewujudan Yang Maha Indah yang Memiliki Keagungan, Kekasih Yang Tidak Luput, Yang Disembah lagi Abadi yang semua nama-namaNya maha indah. 

Maka, wahai si lalai yang menggelepar dalam kekeliruan yang menyesakkan, dan dalam kegelapan ilusi material, kembalilah kepada petunjuk mu, dan naik lah ke taraf apa yang bersesuaian dengan jiwa insan, dan lihatlah menerusi empat Jendela ini dan saksikanlah keindahan keesaan Tuhan, berimanlah dengan sesempurna iman, dan jadilah manusia yang sebenar!


449. Page

Jendela Ke – Dua Puluh Tujuh

“Allahlah pencipta setiap sesuatu dan Dia adalah wakil bagi setiap sesuatu” Surah Az Zumar: 62

Kita lihat kepada perkara-perkara yang kelihatannya adalah sebab dan musabab dalam alam semesta, kita akan dapati bahawa sebab yang paling besar tidak mampu untuk menciptakan semudah-mudah musabab. Jadi, sebab-sebab itu tidak lain adalah Cuma merupakan penghadang, dan yang mencipta musabab-musabab bukanlah sebab-sebab, sebagai contoh separa sahaja daripada sebahagian ciptaan-ciptaan yang tidak terbatas; kira lihat kepada kekuatan ingatan manusia yang dimasukkan kedalam kepalanya di kedudukan sekecil biji sawi, kita melihatnya sebagai sebuah buku yang komprehensif bahkan seperti sebuah perpustakaan; yang ditulis didalamnya semua peristiwa kehidupan manusia tanpa silap dan salah, maka sebab apakah yang dapat dijelaskan mampu menciptakan keupayaan ini? 

Adakah lingkaran-lingkaran otak? Atau atom-atom sel yang tidak mempunyai kesedaran dan pengetahuan? Atau angin-angin kebetulan? 

Kebenarannya adalah bahawa mukjizat penciptaan dan kreativiti ini tidak mungkin terjadi melainkan ianya adalah buatan pencipta yang bijaksana yang menghasilkan rekod kecil daripada rekod besar amal-amal manusia yang akan disebarkan di Hari Kebangkitan untuk mengingatkan manusia ketika hari perhitungan bahawa setiap apa yang dikerjakannya dan dilakukannya ditulis dan direkod, lalu dituliskan rekod ini dan diberikan kepada minda manusia. 

Maka ukurlah semua telur, teras dan biji benih pada kekuatan memori manusia, dan ukurlah seluruh musabab-musabab pada mukjizat-mukjizat kecil ini; kerana jika kamu melihat kepada mana-mana musabab dan makhluk, kamu akan dapati padanya kreativiti yang menakjubkan yang mana kalau berkumpul setiap sebab akan terserlah kelemahannya, bukan sahaja sebabnya yang biasa semata-mata, contohnya matahari yang yang disangka adalah sebab yang agung, sekiranya dikatakan kepadanya – dengan syarat ia mempunyai pilihan dan kesedaran – adakah engkau mampu mencipta jisim seekor lalat? Ia akan menjawab sesungguhnya di gudang aku ada banyak cahaya, warna dan kepanasan dengan kurniaan nikmat Allah Taala, akan tetapi pada badan seekor lalat ada mata, telinga, hidup dan lain-lain lagi yang mana ia tidak wujud di gudang aku, dan ia bukan dalam lingkungan keupayaan aku. 

Dan seperti mana penciptaan dan perhiasan yang indah dan mempesonakan pada musabab menyingkirkan sebab dan menunjukkan kepada kewujudan Yang Wajib Wujud yang merupakan penyebab kepada sebab-sebab dan menyerahkan urusan kepadaNya dengan rahsia, firman Allah: (Dan kepadaNya lah dikembalikan setiap perkara)  Surah Hud: 123, begitu juga semua natijah, matlamat dan manfaat yang tergantung kepada musabab-musabab menunjukkan dengan jelas bahawa ia adalah perbuatan Tuhan Yang Maha Pemurah dan Pencipta Yang Maha Mengasihani, Dia berada di belakang tabir asbab; ini kerana sebab-sebab yang tidak berperasaan dan tidak mempunyai kesedaran tidak mungkin dapat berfikir tentang sesuatu matlamat dan bekerja berdasarkan matlamat tersebut. 


450. Page

Akan tetapi, kita melihat bahawa setiap makhluk hadir kepada kewujudan dan mereka tidak hadir melainkan Dia mengurus matlamat yang banyak, manfaat-manfaat yang melimpah ruah dan hikmah-hikmah yang melebat, dan bukanlah satu matlamat atau tujuan sahaja. Oleh itu, Tuhan Yang Maha Bijaksana lagi Maha Pemurah adalah Dia yang menciptakan perkara-perkara tersebut dan menghantarkannya, serta menjadikan manfaat – manfaat tersebut sebagai matlamat kewujudannya. Sebagai contoh; hujan yang turun, tetapi dimaklumi bahawa sebab-sebab yang menghasilkan hujan secara zahirnya sangat jauh daripada pemikiran haiwan-haiwan, dan rahmat buatnya serta belas kasihan atasnya, jadi ia dihantar dengan kebijaksanaan Pencipta Yang Maha Mengasihani yang mencipta binatang-binatang dan menanggung rezeki mereka, sehingga hujan dinamakan rahmat; kerana ia mengandungi banyak kesan rahmat dan manfaat, seolah-olah rahmat itu menjelma dalam bentuk hujan yang turun titis demi titis. 

Kemudian, perhiasan tumbuh-tumbuhan dan binatang-binatang yang dihiasi yang tersenyum pada wajah semua makhluk menunjukkan dengan jelas akan wajibnya kewujudan dan keesaan Pentadbir Yang Maha Agung disebalik tabir keghaiban yang mahu mengenalkan diriNya dan menjadikan diriNya dikasihi dengan keajaiban-keajaiban yang terhias indah ini, oleh itu, situasi-situasi yang menghiasi benda-benda dan keadaan-keadaannya yang indah padanya membuktikan dengan pasti akan sifat pengenalan diri dan disayangi. Manakala sifat disayangi dan pengenalan diri membuktikan dengan jelas akan wajibnya kewujudan Pencipta Yang Maha Berkuasa, Maha Penyayang lagi dikenali, dan keesaanNya. 

Natijah: Dan kerana sebab adalah sangat mudah dan lemah dan musabab yang disandarkan kepadanya pula adalah sangat hebat dan bagus, maka ia menyingkirkan sebab, dan matlamat musabab serta manfaatnya pada lainnya menggantikan sebab-sebab yang jahil lagi stasik, lalu menyerahkannya ke tangan Pencipta Yang Maha Bijakasana. Seterusnya, perhiasan dan kemahiran yang terdapat pada wajah musabab menunjukkan kepada Pencipta Yang Maha Bijaksana yang mahu mengenalkan diriNya kepada orang-orang yang mempunyai kesedaran dengan kudrat peribadinya dan menjadikan diriNya dikasihi oleh mereka. 

Maka, wahai si miskin yang menyembah asbab, bagaimana kamu dapat mentafsirkan tiga hakikat penting ini? Bagaimanakah kamu dapat menipu diri kamu sendiri? Jika kamu punya akal, maka koyaklah hijab asbab dan katakanlah : “Dia Esa tidak ada sekutu bagiNya”, lalu kamu berlepas diri daripada kekaburan yang tiada batasnya. 


451. Page

Jendela Ke – Dua Puluh Lapan 

“Dan di antara tanda-tandaNya adalah penciptaan langit dan bumi, dan perbezaan bahasa kamu dan warna kulit kamu. Sesungguhnya pada perkara tersebut terdapat tanda-tanda bagi orang yang mengetahui” Surah Ar Rum: 22

 Sesungguhnya (apabila) kita melihat pada alam semesta, kita akan mendapati di sana terdapat hikmah dan susun atur yang meliputi setiap sesuatu, bermula daripada sel-sel tubuh badan dan berakhir pada alam semesta keseluruhannya, kita dapat lihat pada sel-sel yang sangat kecil ini pentadbiran yang mementingkan perintah dan peraturan orang yang mengambil kira kepentingan tubuh badan dan mengurusnya. Dan seperti mana sebahagian daripada rezeki di simpan dalam perut dalam bentuk lemak dan digunakan bila mana ia diperlukan; begitu jugalah sel-sel kecil tersebut dalam keadaan ini dari segi penjimatan dan penyimpanan. 

Kita lihat kepada tumbuh-tumbuhan, kita akan dapati padanya penjagaan dan pentadbiran yang paling bijaksana, dan kita lihat pula kepada binatang-binatang, kita akan dapati penjagaan dan pemberian makan yang paling pemurah. Kita lihat pula kepada objek-objek alam raya yang besar, kita akan dapati peredaran dan pencahayaan yang menguntungkan demi tujuan-tujuan yang penting dan kita lihat pula kepada seluruh alam dan kita dapati padanya terdapat susun atur yang indah demi hikmah-hikmah yang agung dan tujuan-tujuan yang mahal, seolah-olah ia seperti sebuah negeri, atau istana yang tersusun, atau bandar yang tersusun. 

Sebagaimana yang kami jelaskan dalam ‘Kedudukan Pertama’ dalam ‘Kata-Kata Ke – Tiga Puluh Dua’ dan dibuktikan didalamnya; sesungguhnya setiap sesuatu, bermula daripada satu zarah dan berakhir dengan bintang-bintang, tidak meninggalkan satu ruang sekalipun buat syirik walau sekadar satu zarah, dan ia saling berkait dengan satu sama lain dengan hubungan-hubungan maknawi yang mana sesiapa yang tidak menundukkan semua bintang-bintang kepada perintahNya dan tidak memilikinya tidak mungkin dapat menundukkan walau sebiji zarah kepada ketuhananNya, iaitu dakwaan ketuhanan dengan benar bagi sebiji zarah menuntut kepemilikan atas semua bintang-bintang yang wujud. 

Sebagaimana yang diterangkan di ‘ Kedudukan Kedua’ pada ‘Kata-Kata Ke – Tiga Puluh Dua’ dan dibuktikan dalamnya; sesungguhnya siapa yang tidak berupaya menciptakan langit seluruhnya dan menyama ratakan kedudukannya tidak akan berupaya mencetak individualiti pada diri manusia, iaitu siapa yang bukan Tuhan langit seluruhnya maka dia tidak berupaya untuk mencipta ukiran yang merupakan tanda-tanda perbezaan pada wajah seorang manusia. 

Dan inilah dia yang memiliki Jendela yang sebesar alam semesta seluruhnya, sekiranya manusia melihat kepada alam semesta menerusinya, mereka akan dapat melihat dengan mata akal bahawa tanda-tanda dalam firman Allah (Allahlah pencipta setiap sesuatu dan Dia adalah wakil atas setiap sesuatu. Dia memiliki kunci-kunci langit dan bumi) Surah Az Zumar: 62-63 akan tertulis atas helaian muka surat alam semesta dengan aksara yang besar; maka sesiapa yang tidak dapat melihatnya, sama ada dia tidak punya akal, atau dia tidak punya hati, atau dia adalah seekor haiwan menjelma dalam bentuk manusia. 


452. Page

Jendela Ke – Dua Puluh Sembilan 

‘Sesungguhnya setiap sesuatu tidaklah ia melainkan bertasbih dengan memujiNya.’ Surah Al Israa’: 44

Aku telah keluar melancong pada musim bunga dalam keadaan asing dan berfikir, dan ketika aku berada di kaki sebuah bukit, aku ternampak sekuntum bunga berwarna kuning terang, lantas ia mengingatkan aku kepada bunga-bunga kuning sepertinya yang aku telah lihat pada masa lalu di negeri aku dan negeri-negeri yang lain. Terlintas di hati akan pengertian ini: Siapakah yang mengambil bunga ini dijadikan hiasan di rambutnya, ditangannya, di bajunya dan dijadikan ukirannya, maka tanpa keraguan semua bunga yang berada di atas muka bumi adalah perhiasan baginya. Dan setelah berkhayal tentang cop ini, terlintas kepadaku akan gambaran ini:

Sesungguhnya mana-mana cop mohor yang ditandakan di atas sekeping surat menunjukkan kepada pemilik surat tersebut, begitu juga; bunga ini ia adalah cop mohor Tuhan, dan bukit ini tertulis di atasnya pelbagai ukiran dan garisan-garisan tumbuh-tumbuhan yang mempunyai makna yang pada lainnya adalah sekeping surat oleh Pencipta bunga ini, dan ia sendirinya adalah sebuah cop mohor, begitu jugalah apa yang dilalui oleh padang pasir ini, dan ini adalah bentuk surat Tuhan yang mudah. 

Dan terlintas di fikiran ini gambaran tersebut akan hakikat ini: sesungguhnya setiap sesuatu adalah berada pada kedudukan cop mohor Tuhan, ia menyandarkan setiap perkara kepada penciptanya, dan membuktikan bahawa ia adalah surat penulisnya. 

Dan begitulah setiap perkara adalah merupakan Jendela tauhid yang menyandarkan semua benda kepada Yang Maha Tunggal lagi Maha Esa; iaitu pada setiap sesuatu, khususnya benda-benda hidup, terdapat ukiran yang indah dan kreativiti yang menakjubkan. Maka orang yang menciptanya dalam bentuk ini dan menghiaskannya dengan ukiran yang indah ini berupaya mencipta semua perkara, dan seharusnya ia adalah pencipta semua perkara. Oleh itu, orang yang tidak mampu untuk mencipta semua perkara tidak berupaya untuk mewujudkan satu benda. 

Wahai si lalai, lihatlah kepada alam semesta ini, siapakah yang dapat mendustakan penyaksian helaian-helaian muka surat makhluk-makhluk yang wujud yang dianggap sebagai risalah-risalah keabadian yang saling bersilang tanpa batas, dan bukti-bukti cop mohor yang dicop pada setiap surat dengan cop-cop Tauhid tidak terbatas? Kekuatan manakah yang dapat mendiamkannya? Sekiranya kamu mendengar salah satu daripadanya dengan hati kamu, kamu akan mendengar mereka berkata “Aku bersaksi bahawa tiada tuhan selain Allah”. 


453. Page

Jendela Ke – Tiga Puluh 

“Setiap sesuatu itu akan binasa melainkan wajahNya, bagiNya lah segala perhitungan dan kepadaNya kamu semua dikembalikan” Surah Al Qasas: 88 

Jendela ini adalah Jendela semua ahli kalam yang diasaskan atas bukti ‘kemungkinan’ dan ‘kejadian’, menjadikan mereka bersungguh dalam usaha membuktikan kewujudan Yang Wajib Wujud, dan kami bentangkan butirannya dalam kitab-kitab yang besar buat para pencari kebenaran seperti ‘ Syarh Al Mawaqif’ (Penerangan Kedudukan) dan ‘Syarh Al Maqasid’ (Penerangan Matlamat), dan kami sebutkan disini sinaran-sinaran yang terpancar ke atas ruh Al Quran Al Karim, dan Jendela ini ialah: 

Syarat ‘kepemerintahan’ dan ‘keketuaan’ ialah tidak menerima kewujudan pesaing, menolak kebersekutuan, dan membanteras campur tangan; oleh itu sekiranya terdapat dua orang penghulu dalam sebuah kampung yang kecil, maka keduanya akan membinasakan ketenangan dan sistem dalam kampung tersebut. Sekiranya terdapat dua orang ketua dalam sebuah pusat, dan dua orang pemerintah dalam sebuah negeri, maka kekacauan dan kekecohan akan berleluasa. Dan sekiranya terdapat dua orang raja dalam sebuah kerajaan, maka kedua-duanya akan menyebabkan ribut huru-hara. 

Jika naungan yang lemah dalam ‘kekuasaan’ dan ‘pemerintahan’ berada dikalangan manusia yang lemah dan memerlukan, menolak pertolongan campur tangan pesaing dan seteru serta yang sama sepertinya; maka ukurlah berdasarkan ini, bagaimana hukum menolak campur tangan ini juga berdiri tegak dalam wilayah kekuasaan Yang Maha Berkuasa Mutlak yang merupakan kekuasaan dan pemerintahan yang mutlak pada peringkat pemerintahan Tuhan.

Oleh itu ciri-ciri ketuhanan yang paling ketat dan mesti adalah keesaan dan kebersendirian, dan bukti nyata serta dalil jelas tentang perkara ini ialah keteraturan yang paling sempurna dan keharmonian yang paling indah yang terdapat pada alam semesta. Pada setiap perkara, bermula daripada dua sayap pada seekor lalat berakhir pada pelita-pelita langit, terdapat satu sistem yang hebat, yang akal akan berkata lantaran kekagumannya dan pemujiannya terhadap sistem ini: SubhanAllah! Ma Sya Allah! BarakAllah! Lalu ia bersujud di hadapannya. 


454. Page

Walaupun sekiranya ada satu tempat untuk seorang sekutu walaupun sebesar zarah, atau sekutu tersebut masuk campur daripada tempat itu; akan binasalah sistem yang ada pada alam semesta, akan berubahlah rupa bentuknya, akan terlihatlah kesan-kesan kehancuran berdasarkan petunjuk ayat suci (sekiranya pada keduanya langit dan bumi, ada tuhan-tuhan selain Allah, maka keduanya akan rosak binasa), dan realitinya adalah penglihatan manusia jika ia berusaha untuk mencari kecacatan, ia tidak akan dapat menjumpai satu kecacatan sekalipun di mana-mana tempat berdasarkan petunjuk dan ekspresi dua ayat ini: (Maka ulangilah pandangan kamu, adakah kamu melihat sebarang kecacatan? Kemudian ulangi semula pandangan kamu berkali-kali, nescaya penglihatan kamu akan kembali kepada kamu dalam keadaan hampa sedang ia pula bertambah lesu.) (Surah Al Mulk: 3 – 4). Ia kembali dalam keadaan letih kepada penglihatannya yang merupakan rumahnya, dan ia berkata kepada akal kritis yang menghantarnya: aku penat dengan sia-sia. Tidak ada di sana satu kecacatan pun, menunjukkan bahawa sistem dan keteraturan adalah jelas dan sempurna. Jadi, keteraturan alam adalah bukti yang jelas akan keesaan Tuhan. 

Manakala ‘kejadian’ pula, berkata ahli kalam tentangnya: sesungguhnya alam ini berubah, dan setiap yang berubah adalah baharu, dan setiap yang baharu ada yang menjadikan; iaitu yang mengadakan. Oleh itu, alam ini ada yang mengadakannya yang qadim. 

Dan kami katakan: baiklah; sesungguhnya alam ini adalah baharu; kerana kita mendapati pada setiap zaman, bahkan setiap tahun, dan setiap musim, alam semesta berjalan, dan pergi ke satu alam dan datang ke alam yang lain. Jadi, di sana terdapat yang Maha Berkuasa Yang Memiliki Keagungan yang mengadakan alam ini daripada tiada. Dia mencipta satu alam daripada pelbagai alam pada setiap tahun, bahkan pada setiap musim dan setiap hari, dan Dia memperlihatkan kepada pemilik kesedaran dan pengetahuan. Dia mendatangkan yang lainnya menggantikan tempatnya, iaitu satu mengikut yang lain, dan menggantungkannya pada pita zaman secara berturutan. Maka tidak syak lagi bahawa setiap musim bunga – yang keadaannya sering diperbaharui seperti alam ini – ia pada lainnya adalah mukjizat kekuasaan Yang Maha Kuasa lagi Maha Suci, yang mewujudkan depan mata kita alam-alam berikut daripada tiada dan yang telah berlalu. Maka yang mencipta setiap waktu alam baru dalam alam yang sedia ada dan menggantikannya, pastilah dia adalah yang menciptakan alam ini, dan pastilah dia yang telah menjadikan alam ini dan permukaan bumi mesra tetamu buat tetamu-tetamu agung. 


455. Page

Manakala ‘kemungkinan’ pula, telah berkata ahli kalam tentangnya: sesungguhnya kemungkinan menyamai dua pihak, iaitu bila mana ia menyamai setiap ketiadaan dan kewujudan, maka hendaklah wujud pengkhusus, pentarjih dan pewujud; kerana kemungkinan-kemungkinan tidak mungkin mewujudkan satu sama lain secara berturutan, atau mewujudkan ini dan itu secara bergilir; disana pasti ada yang wajib wujud untuk mewujudkan kemungkinan ini. 

Ahli kalam telah menafikan kewujudan giliran dan turutan ini dengan dua belas dalil yang nyata dan mashyur, dipanggil dengan nama-nama seperti ‘Dalil Arasy’ dan ‘Dalil Bertingkat’, dan menjelaskan bahawa turutan ini adalah sesuatu yang mustahil, lalu mereka memotong turutan sebab-sebab, dan mereka membuktikan kewujudan Yang Wajib Wujud. 

Maka kami pula mengatakan bahawa: daripada memotong sebab-sebab tersebut dengan bukti-bukti turutan yang terdapat pada penghujung alam ini, penzahiran wujudnya cop mohor khas Pencipta pada setiap sesuatu atas setiap perkara adalah lebih kuat, lebih tegas dan lebih mudah. Semua ‘Jendela’ dan ‘kata-kata’ melalui Al Quran mengikut jalan ini. Dengan ini, dalil kemungkinan mempunyai keluasan yang tidak terbatas; ia menunjukkan kepada kewujudan Yang Wajib Wujud daripada arah yang tak terbatas bilangannya, dan ia tidak terhad kepada jalan memotong turutan tersebut, itulah laluan yang luas yang dilalui oleh ahli kalam. Bahkan ia membawa kepada pengetahuan tentang Yang Wajib Wujud dengan jalan-jalan yang tidak terbatas dan tidak terhitung jumlahnya. Dan ia adalah seperti berikut: 

Walaupun setiap sesuatu dalam kewujudannya, sifat-sifatnya dan tempoh kekalnya ia dalam kehidupan teragak-agak dalam kemungkinan-kemungkinan yang tidak ada had, dan jalan-jalan serta arah-arah yang sangat banyak, sekiranya dengan kita melihat ia mengikut dalam arah-arah yang tidak terbatas itu satu jalan yang selamat lagi lurus dari segi kewujudan, dan ia dikuniakan setiap sifat yang khusus baginya, dan sifat-sifat serta situasi-situasi yang ia gantikan sepanjang tempoh hayatnya yang mana ia pada lainnya dikurniakan kepadanya dengan sifat-sifat yang sama, jadi, kehendak pengkhusus, tarjih pentarjih dan penwujudan oleh yang mewujudkan yang Maha Bijaksana adalah apa yang membawanya melalui jalan yang bijak di antara jalan-jalan yang tidak terbatas, dan menanggalkan sifat-sifat dan keadaan-keadaan yang bagus dan teratur, kemudian mengeluarkannya daripada kebersendirian, dan menjadikannya satu bahagian daripada satu komposisi tubuh badan, lalu bertambahlah kemungkinan; kerana ia boleh didapati pada tubuh badan ini dalam beribu macam bentuk, tidaklah ia melainkan dikurniakan padanya keadaan yang berguna dan berfaedah, khusus buatnya antara keadaan-keadaan yang gersang dan tidak berguna; yang mana ia digunakan untuk melaksanakan tugas-tugas dan manfaat-manfaat yang penting dan berguna buat tubuh badan tersebut. Kemudian tubuh badan tersebut dijadikan satu bahagian untuk tubuh badan yang lain pula, maka kemungkinan-kemungkinan pun bertambah dengan lebih banyak; boleh jadi ia wujud dalam beribu macam bentuk, dan sementelah daripada itu, dikurniakan kepadanya antara beribu macam keadaan, satu keadaan tertentu, dan dengan keadaan ini, ia digunakan untuk melaksanakan tugas-tugas yang mustahak. 


456. Page

Begitulah, setiap kali kamu mengikuti satu perkara, kamu akan dapati bahawa setiap perkara memperlihatkan wajibnya wujud Yang Maha Bijaksana, yang mentadbir dengan cara yang lebih nyata, dan mengkhabarkan bahawa ia disusun dengan perintah oleh Pemerintah Yang Maha Mengetahui. Maka semua komposisi ini yang merupakan satu jisim pada sesebuah jisim, atau sebahagian daripada bahagian-bahagian komposisi lain yang saling bertindih seperti berikut: 

Seperti mana tentera mempunyai fungsi khas, hubungan yang strategik, dan khidmat yang teratur dalam setiap bahagiannya, kumpulannya, barisannya, brigednya, panjinya dan perajuritnya, dan sebagaimana setiap sel anak mata kamu ada hubungannya dengan mata kamu dan punya peranan di dalamnya, dan ia juga mempunyai fungsi dan khidmat yang bijak dalam kepala kamu secara keseluruhan, sekiranya ia silap sedikit sahaja maka akan rosaklah kesihatan tubuh badan dan pengurusannya. Ia juga punya fungsi khas yang tertentu dan keadaan yang bijak pada urat-urat darah dan saraf-saraf deria rasa dan pergerakan, bahkan pada satu badan seluruhnya, dan dikurniakan baginya keadaan yang tertentu itu berdasarkan kebijaksanaan Pencipta Yang Maha Bijaksana antara beribu kemungkinan; begitu jugalah objek-objek yang wujud dalam alam semesta, setiap satunya pada zat, sifat dan kewujudannya yang khas adalah antara jalan-jalan kemungkinan yang banyak, dan bentuknya yang penuh hikmah, serta sifat-sifatnya yang bermanfaat, seperti mana ia membuktikan kewujudan Yang Wajib Wujud; begitu jugalah ia mewarwarkan tentang penciptanya dengan lisan yang lain pada setiap rangkaian komposit sekiranya bila ia masuk ke dalam rangkaian-rangkaian komposit, ia ada pada setiap komposisi daripada yang kecil hinggalah kepada yang besar, daripada teras sehingga kepada lapisan yang meliputinya, mengikut fungsi dan khidmatnya membuktikan wajibnya wujud Pencipta Yang Maha Bijaksana, pilihanNya dan kehendakNya; kerana yang menggerakkan perkara dalam seluruh tubuh badan yang berangkai dengan memelihara hubungannya yang bijak tidak mungkin melainkan Pencipta semua rangkaian komposit tersebut. Oleh itu, sesungguhnya satu objek yang ada, seolah-olah ia bersaksi tentangnya dengan beribu-ribu lisan, iaitu terdapat penyaksian-penyaksian akan wujudnya Yang Wajib Wujud dari segi kemungkinan-kemungkinan, dan ia bukanlah sebanyak bilangan makhluk-makhluk yang wujud di alam semesta semata-mata, bahkan sebanyak sifat-sifat pada makhluk-makhluk ini dan komposisinya!

Maka wahai si lalai, katakan padaku demi Tuhanmu, tidakkah orang yang tidak mendengar penyaksian-penyaksian dan butiran-butiran ini yang memenuhi alam raya adalah orang yang pekak dan tolol?!


457. Page

Jendela Ke – Tiga Puluh Satu 

“Sesungguhnya, telah Kami ciptakan manusia dengan sebaik-baik bentuk” Surah At Tin: 4


“Dan pada bumi terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang yakin. Dan pada diri kamu, apakah kamu tidak memerhatikan?” Surah Adz Dzariyaat: 20 – 21

Jendela ini adalah Jendela insan, dan ia adalah kejiwaan, kami bentangkan pendetilan Jendela ini daripada segi jiwa-jiwa kepada buku-buku terperinci buat ketua-ketua editor, tetapi kami tunjukkan di sini sebahagian asas yang diinspirasikan daripada limpahan Al Quran Al Karim, seperti berikut:

Sesungguhnya manusia, sepertimana diterangkan dalam ‘Kata-Kata Ke Sebelas’, adalah merupakan naskhah komprehensif yang mana Allah Taala memberitahunya semua nama-namaNya yang baik melalui diri, dan kami bentangkan keterangan perkara tersebut dalam surat-surat yang lain. Kami tunjukkan ‘tiga perkara’ sahaja: 

Perkara Pertama: Sesungguhnya manusia adalah cermin nama-nama Tuhan dalam tiga rupa bentuk:

Bentuk Pertama: sepertimana kegelapan menonjolkan cahaya pada waktu malam; begitu juga manusia dengan kelemahannya, ketidakupayaannya, kemiskinannya, keperluannya, kekurangannya dan kelangkaannya menonjolkan kudrat Yang Maha Berkuasa yang Memiliki Keagungan dan kekuatanNya, kekayaanNya dan rahmatNya. Dia membuat yang demikian dengan ketercerminan buat sifat-sifat Tuhan yang sangat banyak, sehinggakan diri manusia dengan pencariannya sentiasa dalam ketidakberdayaan yang tidak terbatas dan kelemahan yang tidak berkesudahan daripada titik pergantungan dalam menghadapi musuh-musuhnya yang tidak terbatas, ia menghadap Yang Wajib Wujud, dan dia, kerana kemiskinan tidak terbatas yang tidak dapat dielakkan dan keperluan-keperluannya yang tidak berkesudahan pada pencarian titik kelangsungan di hadapan matlamat-matlamat yang tidak berkesudahan, lalu diri datang dari titik ini dengan naungan Tuhan Yang Maha Kaya, Maha Pengasih lagi Maha Suci, dan dia mengangkat tapak tangan rayuan, dengan berdoa. 

Oleh itu, pada setiap diri daripada segi titik pergantungan dan titik kelangsungan terbuka dua Jendela kecil ke arah pintu rahmat Yang Maha Berkuasa lagi Maha Pengasih, dapat dilihat selalu melalaui keduanya. 


458. Page

Bentuk Kedua: Bahawasanya manusia, dengan sifat-sifat separa yang dikurniakan kepadanya seperti pengetahuan, keupayaan, penglihatan, pendengaran, pemilikan dan pengadilan yang merupakan contoh; menjalankan fungsi cerminan buat pengetahuan Pemilik alam semesta, keupayaanNya, pendengaranNya, penglihatanNya, kehakimanNya dan ketuhananNya, dan dia mengetahui akan sifat-sifat tersebut dan mengenalkannya. Contohnya: seperti mana aku membina rumah ini, aku mengetahui cara-cara untuk membinanya dan aku melihatnya, dan aku memilikinya dan mengurusnya; begitu juga buat istana alam semesta yang sangat besar lagi agung, ada pembinanya, Dia mengetahuinya, melihatnya, membinanya dan mengurusnya, dan yang seumpama dengannya. 

Bentuk Ketiga: Sesungguhnya insan itu adalah cermin buat nama-nama Tuhan yang disaksikan inskripsinya padanya. Telah dijelaskan dalam pendahuluan ‘Kedudukan Ketiga’ pada ‘Kata-Kata Ke Tiga Puluh Dua’ bahawasanya pada diri manusia yang menyeluruh, terdapat lebih daripada tujuh puluh nama daripada nama-nama yang terpampang inskripsinya. Sebagai contoh: Manusia menzahirkan nama Yang Maha Membuat dan Maha Pencipta menerusi penciptaannya, daripada keelokan rupa parasnya nama Yang Maha Pemurah dan Maha Pengasih, daripada keelokan jagaannya nama yang Maha Pemurah dan Maha Santun, dan begitulah seluruh anggota-anggota tubuh badannya, alat-alat dan perkakasnya, pancainderanya, kehalusannya, semangat dan pengertiannya, dan derianya serta perasaannya memperlihatkan inskripsi yang berbeza bagi nama yang pelbagai. Sebagaimana di antara Asmaul Husna ada nama yang paling agung; begitu juga pada setiap inskripsi nama-nama tersebut ada inskripsi lain yang lebih agung, dan ia adalah insan. 

Maka wahai manusia yang mendakwa dirinya seorang manusia, bacalah diri kamu, jika tidak, kamu akan menjadi manusia yang menyerupai haiwan atau benda yang tidak bernyawa. 

Perkara Kedua: Menunjukkan rahsia penting keesaan, iaitu: 

Seperti mana roh manusia mempunyai hubungan dengan jasadnya secara keseluruhan, yang mana ia menyusun atur semua anggotanya dan bahagiannya untuk berkerjasama dengan satu sama lain, dan tidak ada satu anggota tubuh pun yang menghalang roh untuk melaksanakan daripada mengurus anggota-anggota ini, mendengar suara-suara maknawinya, atau memenuhi keperluannya, yang mana roh – merupakan undang-undang perintah dan halus bertuhan, memakaikan kewujudan luaran dengan perintah daripada perintah-perintah kejadian yang merupakan manifestasi kudrat Ilahi –, dan roh tidak terkeliru. 


459. Page

Anggota yang dekat dan yang jauh sama sahaja bagi roh, dan tidak ada satupun daripadanya menjadi penghalang tanpa yang lain. Sekiranya ia mahu, ia menghalakan kebanyakannya untuk menyelamatkan satu daripadanya, dan sekiranya ia mahu, ia mengetahui akan setiap bahagian tubuh badan dan ia merasai serta mengurus, bahkan sekiranya ia beroleh kecerahan dengan banyak, nescaya ia dapat melihat dengan seluruh bahagian tubuh badan dan mendengar dengannya; begitu juga “Allahlah yang paling sempurna”, disebabkan roh adalah hukum perintah Allah Taala yang menzahirkan keadaan ini pada tubuh dan anggota badan manusia yang merupakan alam kecil, maka mestilah perbuatan yang tidak terhad, gema yang tidak terhad, seruan yang tidak terhad, dan amal perbuatan yang tidak terhad selamanya tidak pernah berat pada seluruh iradat Yang Wajib Wujud dan kudratNya yang mutlak pada alam raya ini yang merupakan alam yang maha besar, tidak menghalangNya sesuatu pun daripada sesuatu yang lain, sesuatu pun tidak menyibukkan Pencipta Yang Memiliki Keagungan itu, dan ia tidak mengelirukanNya. Maka Dia melihatnya secara pukal, mendengar semua suara-suara secara pukal, jauh dan dekat sama sahaja, sekiranya Dia kehendaki, Dia menghalakan semuanya untuk menyelamatkan satu daripadanya, dan Dia berkuasa melihat semua perkara di semua bahagiannya, mendengar suara-suaranya dan mengetahui setiap sesuatu dengan segala perkara-perkaranya, dan sebagainya. 

Perkara Ketiga: Sesungguhnya kehidupan itu mempunyai hakikat yang sangat penting dan fungsi yang agung, tidaklah ia melainkan topik ini telah dinyatakan penjelasannya pada ‘Jendela Kehidupan’ dalam ‘Kata-Kata Yang Ke Lapan’ daripada ‘Kitab Ke Dua Puluh’. Oleh itu kami soroti keduanya, dan mengingatkan di sini hanya kepada yang berikut: 

Sesungguhnya ukiran-ukiran bercampur yang memancar dalam bentuk perasaan dan emosi menunjukkan kepada banyak nama-nama Allah dan hal ehwal dirinya, dan ia menjadi cermin kepada keadaan-keadaan diri Yang Maha Hidup dan Berdiri Sendiri dengan amat jelas sekali. 

Pencerahan rahsia ini tidak lagi sampai masanya buat orang-orang yang tidak mengenal Allah Taala dan orang-orang yang tidak percaya dengan kewujudanNya dengan sebenar-benar percaya; oleh sebab itu, kami tutup bab ini. 


460. Page

Jendela Ke-Tiga Puluh Dua

“Dialah yang mengutuskan rasulNya dengan petunjuk dan agama kebenaran untuk memenngkannya atas atas seluruh agama (yang lain), dan cukuplah Allah sebagai saksi’ Surah Al Fath: 28 

“Katakanlah (wahai Muhammad): “wahai sekalian manusia, sesungguhnya aku adalah utusan Allah kepada kamu semua, yang memiliki kerajaan langit dan bumi, tidak ada Tuhan selain Dia, yang menghidupkan dan mematikan”” Surah Al A’raaf: 158 

Jendela ini adalah Jendela Saiyidina Muhammad – selawat dan salam ke atas baginda – yang merupakan matahari kerasulan, bahkan matahari segala matahari. 

Jendela yang terang lagi agung dan bercahaya ini, telah dibuktikan dengan banyak sejauh mana kecerahan dan kejelasannya dalam ‘Kata-Kata Ke Tiga Puluh Satu” dan ia adalah ‘Risalah Mi’raj’, dan dalam ‘Kata-Kata Ke Sembilan Belas’ dan ia adalah ‘Risalah Kenabian Muhammad’, serta di dalam ‘Kitab Ke Sembilan Belas’ yang mempunyai sembilan belas bukti. Dan kami bawakan dua kalimah ini, dan ‘kitab’ tersebut serta ‘Petunjuk Yang Ke Sembilan Belas’ di tempat ini; oleh itu kami bentangkan penjelasan tentang risalah-risalah itu dan kami sebutkan setakat ini sahaja: 

Sesunggguhnya Rasul – selawat dan salam ke atas baginda – yang merupakan bukti bercakap bagi tauhid; telah menzahirkan dan mewarwarkan keesaan Tuhan dengan seluruh kekuatannya sepanjang hayatnya dengan dua sayap risalah dan wilayah; iaitu kekuatan yang mengandungi ijmak semua para nabi – ‘alaihimus salam – yang datang sebelum baginda. Itu adalah ijmak yang bertahap mutawatir dan bersambung sanad tanpa terputus di kalangan para wali dan orang-orang yang soleh yang datang selepas baginda, itu adalah kesinambungan sanad yang berada pada tahap ijmak. Dan dia membuka Jendela yang terang bercahaya dan luas, seluas alam Islam kepada mengenal Allah, yang mana melaluinya, berjuta-juta pencari kebenaran, orang-orang soleh, orang-orang yang benar seperti Imam Al Ghazali, Imam Al Rabbani, Syeikh Muhyiddin Ibn ‘Arabi dan Syeikh Abdul Qadir Al Jilani rahimahumullah, dan menjadikan yang lain melihat melalui Jendela ini juga. 

Maka lihatlah, adakah di sana terdapat tirai yang dilabuhkan atas Jendela ini dan menutupnya? Adakah orang yang menuduhnya dah tidak melihat menerusinya punya akal fikiran? Engkau adililah!



461. Page

Jendela Ke – Tiga Puluh Tiga

“Segala puji bagi Allah yang menurunkan kepada hambaNya kitab dan tidak menjadikannya bengkok – ia lurus …” Surah Al Kahf: 1-2

“Alif Lam Ra, kitab yang Kami turunkan kepadamu (wahai Muhammad) untuk mengeluarkan manusia daripada kegelapan kepada cahaya” Surah Ibrahim: 1

Perhatikan semua Jendela-Jendela yang telah dinyatakan sebelum ini, tidaklah ia melainkan beberapa titik daripada lautan Al Quran, kemudian engkau akan menyedari betapa banyaknya cahaya tauhid di dalam Al Quran yang ianya seperti air yang membangkitkan kehidupan, sehinggakan kalau kita melihat dengan cara yang amat menyeluruh dan cara yang paling mudah pada Al Quran yang merupakan sumber semua Jendela-Jendela tersebut, punca galiannya dan asalnya, kita akan dapati bahawa begitu jugalah Jendela yang menggabungkan semua kecahayaan dan kecerahan. Kami tunjukkan tahap kecahayaan Jendela tersebut, kecerahan dan kekuatannya dalam risalah ‘I’jaz Al Quran’ (Kemukjizatan Al Quran) iaitu ‘Kata-Kata Ke Dua Puluh Lima’ dan dalam ‘Petunjuk Ke Lapan Belas’ daripada ‘Kitab Ke Sembilan Belas’, dan kami merendah diri kepada Arasy Tuhan dan kepada yang telah menurunkan kepada kami Al Quran Al Karim, maka kami katakan: 

“Wahai Tuhan kami, janganlah Engkau hitung dosa kami jika kami terlupa atau tersalah. Wahai Tuhan kami, janganlah Engkau pesongkan hati kami setelah Engkau beri kami petunjuk. Wahai Tuhan kami, kabulkan permintaan kami, sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. Dan terimalah taubat kami, sesungguhnya Engkau Maha Menerima Taubat lagi Maha Mengasihani.”

Perhatian: Sesungguhnya ‘Kitab Ke Tiga Puluh Tiga’ mempunyai tiga puluh tiga Jendela yang memandu orang yang tidak punya iman kepada beriman, dengan izin Allah, dan ia menguatkan iman orang yang lemah iman, menjadikan iman orang yang kuat iman atau beriman dengan iman ikut-ikutan iman yang benar, dan meluaskan iman orang yang punya iman yang benar, serta mengangkat darjat yang luas imannya dalam mengenal Allah yang merupakan sumber semua kesempurnaan yang hakiki dan asas. Ia juga membuka buatnya pemandangan yang paling bercahaya dan paling terang; oleh itu engkau tidak boleh mengatakan sesungguhnya satu Jendela sudah mencukupi bagiku; kerana akalmu sekiranya ia yakin dan diuntungi dengan bahagiannya, sesungguhnya hatimu dan rohmu menuntut bahagian masing-masing, bahkan imaginasi juga adalah bahagian lain yang akan menuntut bahagiannya daripada cahaya tersebut, oleh itu setiap Jendela mempunyai faedah yang berbeza dan tersendiri. 

Audien asal dalam ‘Risalah Mi’raj’ adalah orang yang beriman, dan ateis pula adalah audien sekunder yang cuma mendengar. Manakala dalam risalah ini, audien sasaran adalah orang yang ingkar, dan yang berada di bangku mendengar adalah orang yang beriman, maka hendaklah kamu mengambil perhatian tentang perkara ini apabila melihat risalah ini. 


462. Page

Perdebatan-Perdebatan


Formula buat benua besar bernasib malang, 

negara mulia bernasib buruk,

dan kaum mulia yang tidak berpelindung. 


Atau 

Perdebatan-Perdebatan Badi’uzzaman 





Karya

Badi’uzzaman Said Nursi