Surat Ketujuh

35. Page

Surat Ketujuh



بِاسْمِه۪ وَاِنْ مِنْ شَئٍ اِلَّا يُسَبِّحُ بِحَمْدِه۪

 

اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَ رَحْمَةُ اللّٰهِ وَ بَرَكَاتُهُ



Dengan nama Allah 

“dan tiada sesuatupun melainkan bertasbih dengan memuji-Nya;”


Assalamualaikum. 

Saudara-saudaraku yang dimuliakan, kamu telah berpesan kepada al-Ḥafiẓ Tawfīq al-Shāmī untuk disampaikan kepadaku dua perkara berikut:


Soalan pertama: Golongan sesat pada zaman ini telah mengkritik perkahwinan Rasulullah SAW dengan Saidatina Zainab RA seperti mana golongan munafik dahulunya mengaitkan perkahwinan baginda dengan faktor psikologi dan nafsu syahwat.!


Jawapan: Moga dijauhkan Allah seribu kali! Sekali-kali ‘tangan’ keraguan yang hina dan palsu ini tidak akan menyentuh kain Rasulullah SAW yang mulia!  


Rasulullah SAW yang sempurna maruahnya/karakternya dan terlindung daripada dosa itu diakui kawan dan lawan sepanjang masa mudanya sejak berumur lima belas tahun hingga empat puluh tahun, suatu tempoh kemuncak bagi nafsu syahwat manusia, hanya memperisterikan seorang wanita separuh usia seperti Saidatina Khadijah RA dan berpada dengannya. Sedangkan Rasullah mengahwini isteri-isteri yang lain selepas baginda berumur empat puluh tahun, iaitu selepas berakhirnya kemuncak nafsu syahwat ini. Maka ini adalah bukti yang sangat jelas bagi sesiapa sahaja yang benar-benar ikhlas bahawa perkahwinan-perkahwinan baginda bukan berlandaskan nafsu syahwat tetapi berdasarkan hikmah-hikmah yang lain.

36. Page

Antara hikmahnya adalah, segala perbuatan, keadaan, hal-ehwal dan pergerakan baginda SAW ialah sumber agama dan syarak serta sumber hukum seperti mana sabda baginda. Sebagaimana para sahabat adalah pembawa risalah baginda yang zahir, maka isteri-isteri baginda adalah periwayat dan pemegang rahsia-rahsia agama dan hukum-hakam syariat daripada keadaan baginda yang tersembunyi di sebalik kehidupan peribadi baginda. Para isteri baginda telah menjalankan tanggungjawab mereka dengan penuh amanah, apabila separuh daripada hukum dan rahsia agama datang daripada mereka. Maka tanggungjawab penting ini harus dipikul oleh isteri-isteri yang suci, ramai dan mempunyai kepelbagaian kecenderungan, tabiat dan tingkah laku. 


Manakala perkahwinan baginda dengan Zainab RA, telah ditulis berdasarkan ayat suci:

مَا كَانَ مُحَمَّدٌ اَبَٓا اَحَدٍ مِنْ رِجَالِكُمْ وَلٰكِنْ رَسُولَ اللّٰهِ وَ خَاتَمَ النَّبِيّ۪نَ 

“Bukanlah Nabi Muhammad itu (dengan sebab ada anak angkatnya) menjadi bapa yang sebenar bagi seseorang dari orang lelaki kamu, tetapi ia adalah Rasul Allah dan kesudahan segala Nabi-nabi.”

(surah al-Aḥzāb: ayat 40)

Salah satu contoh “cahaya ketiga” daripada “api pertama” bagi “al-Kalimāh” kedua puluh lima iaitu:


Satu ayat ini membawa makna yang pelbagai dari sudut pandang yang berbeza mengikut kepelbagaian kefahaman manusia. Antara kefahaman mereka ialah:



37. Page

Zaid RA sebagai seorang hamba kepada Rasulullah SAW sangat berbangga dipanggil “wahai anakku” oleh baginda. Zaid menyedari dirinya tidak sekufu dengan isterinya yang mulia dan berkedudukan tinggi, lalu beliau menceraikan isterinya sepertimana yang terdapat dalam riwayat-riwayat yang sahih berdasarkan pengakuan beliau sendiri. Zaid RA mengiktiraf bahawa Zainab RA diciptakan dengan akhlak yang tinggi dan mulia, lalu dengan firasatnya beliau yakin secara semula jadinya bahawa Zainab lebih layak menjadi isteri kepada Rasulullah SAW. Zaid RA merasakan bahawa beliau tidak layak menjadi suami Zainab RA lalu diceraikannya kerana tiada keharmonian maknawi antara mereka berdua. Zainab RA kemudiannya dinikahi oleh Rasulullah SAW dengan perintah Allah. Perkahwinan ini terjadi semata-mata dengan takdir yang luar biasa, di luar adat kebiasaan seperti yang ditunjukkan dalam ayat: “Kami kahwinkan engkau dengannya” (surah al-Aḥzāb: ayat 37) dengan menjelaskan bahawa ia akad ini adalah akad yang diturunkan dari langit, lalu Rasulullah SAW tunduk patuh dan mentaati ketentuan takdir, bukannya daripada kemahuan baginda itu sendiri. 


Ucapan “wahai anakku” daripada orang tua kepada yang lebih muda menurut ketentuan takdir dalam ayat suci ini: 

“supaya tidak ada keberatan atas orang-orang yang beriman untuk berkahwin dengan isteri-isteri anak-anak angkat mereka”

mengandungi hukum syarak, hikmah umum dan maslahat am yang penting dan lengkap. Iaitu perkara ini tidak haram seperti zihar – akibat kata-kata seorang suami kepada isterinya kamu bagiku ibarat belakang ibuku – sehingga berubah hukum. 


38. Page

Ucapan pemimpin kepada rakyatnya atau nabi kepada umatnya dengan pandangan seorang ayah adalah dari segi risalah kenabian, bukannya dari segi kemanusiaan insan. –Jika kita melihat ianya dari segi risalah kenabian, ianya menjadikan perkahwinan dengan mereka tidak sesuai –.


Manakala tahap kefahaman kedua pula ialah: 

Seorang pemimpin yang agung melihat kepada rakyatnya dengan pandangan kasih sayang dan belas kasihan seperti seorang bapa. Manakala kasih sayang seorang pemimpin rohani secara zahir dan batin pula mengatasi kasih sayang seorang bapa seratus kali ganda. Rakyatnya pula memandang pemimpin rohani mereka bagaikan imej seorang bapa dan seolah-olah mereka itu benar-benar anak-anaknya. Imej seorang bapa tadi tidak mungkin akan berubah menjadi imej seorang suami, begitu juga imej seorang anak perempuan tidak mungkin akan berubah menjadi seorang isteri dengan mudah. Maka perkahwinan Rasulullah SAW dengan isteri-isteri baginda dalam pemikiran orang awam adalah tidak bersesuaian berdasarkan rahsia ini. Oleh itu al-Quran cuba melenyapkan kekaburan ini:


Sesungguhnya Nabi SAW mengasihi dan mengasihani kamu dengan muamalah seorang ayah atas nama rahmat Ilahi, maka kamu semua bagaikan anak-anaknya dari sudut risalah kenabian. Namun Rasulullah SAW bukanlah bapa kamu dari sudut kemanusiaan hinggakan baginda tidak layak berkahwin dengan kamu semua. Panggilan baginda kepada kamu semua “wahai anakku” tidaklah menjadikan kamu semua anak-anaknya dari segi hukum syarak. 


Hanya Allah yang Maha Kekal yang kekal abadi.

Said Nursi