Kilauan Kedua Puluh

193. Page

KILAUAN KEDUA PULUH


Kilauan Kedua Puluh

Tentang keikhlasan


Sebenarnya lam’ah ini ialah noktah pertama daripada lima noktah yang terkandung dalam masalah kedua pada Nota Ketujuh Belas bagi Lam’ah Ketujuh Belas. 

Kerana kepentingannya, ia dijadikan sebagai Lam’ah Kedua Puluh.


Catatan: Catatan ini adalah satu pujian yang berupa penghargaan kepada Isparta yang diberkati. Ini kerana, berbanding tempat-tempat lain, pertelingkahan akibat persaingan antara ahli-ahli Taqwa, ahli Tarikat dan Ahli Ilmu tidak kelihatan di sini. Sebenarnya jika tiada kasih sayang dan kesatuan sebenar yang sepatutnya pun, jika dinisbahkan dengan tempat-tempat lain, perselisihan dan persaingan yang merugikan juga adalah tiada.


بِسْمِ اللّٰهِ الرَّحْمٰنِ الرَّح۪يمِ

Ayat di bawah:

]اِنَّا اَنْزَلْنَا اِلَيْكَ الْكِتَابَ بِالْحَقِّ فَاعْبُدِ اللّٰهَ مُخْلِصًا لَهُ الدِّينَ اَلاَ لِلّٰهِ الدِّينُ الْخَالِصُ[

dan hadith berikut:

[هَلَكَ النَّاسُ اِلاَّ الْعَالِمُونَ وَهَلَكَ الْعَالِمُونَ اِلاَّ الْعَامِلُونَ وَهَلَكَ الْعَامِلُونَ اِلاَّ الْمُخْلِصُونَ وَالْمُخْلِصُونَ عَلَى خَطَرٍ عَظِيمٍ]

Au kama qaala S.A.W. 

menunjukkan bahawa ikhlas ialah satu asas yang sangat penting dalam Islam. Kami hanya akan menerangkan lima noktah daripada ulasan-ulasan masalah ini yang tidak terhitung banyaknya.


Noktah Pertama: Satu soalan yang penting dan dahsyat. 


Mengapakah semasa ahli dunia dan ahli ghaflah, hatta orang-orang yang sesat dan munafik bersatu tanpa persaingan; para agamawan, ilmuwan dan ahli tarikat yang merupakan golongan yang benar dan betul masih bertelagah akibat persaingan? Ketika kesepakatan merupakan hak milik Ahli Wifaq (Islam) dan ketika perselisihan merupakan kelaziman ahli nifaq, mengapakah kebenaran ini telah berpindah ke sana dan kebatilan itu telah datang ke sini?


Jawapan: Kami akan menerangkan tujuh sebab daripada sebab yang sangat banyak bagi peristiwa dahsyat yang amat pedih dan sedih (tragis) serta bisa menitiskan airmata ahli hamiyah (para pejuang kebenaran) ini.


Sebab Pertama: Sebagaimana perselisihan ahli hak tidak berpunca daripada kebatilan, kesepakatan ahli ghaflah juga tidak berpunca daripada kebenaran. Bahkan dalam lapisan hidup bermasyarakat seperti ahli dunia, ahli politik dan ahli maktab, tugas-tugas golongan, jamaah dan kumpulan yang sibuk dengan tugasan dan 


194. Page

khidmat khas yang tertentu masing-masing telah ditentukan dan diagihkan. Bahkan upah-upah maddi yang akan mereka peroleh sebagai balasan tugas-tugas tersebut dari sudut kehidupan serta ganjaran-ganjaran maknawi yang mereka akan dapat dari sudut perhatian manusia(20) seperti hubbu jah, pangkat dan kehormatan juga telah ditentukan dan diasingkan. Maka tiadalah perkongsian yang akan melahirkan perlumbaan, perbalahan dan persaingan. Kerana itu sekiranya mereka ini berada dalam kerja yang seteruk mana sekalipun mereka masih boleh berpakat antara satu sama lain.


Manakala ahli Din, ashabul Ilmi dan arbab tarikat pula, sepertimana tugas semua mereka ini memandang kepada umum, ganjaran segera mereka juga tidak ditentukan dan tidak dikhususkan dan oleh kerana habuan setiap mereka pada kedudukan dalam masyarakat, pada perhatian manusia dan pada baik penerimaan (sokongan) juga tidak dikhususkan maka terlalu ramai calon untuk satu kedudukan. Terlalu banyak tangan yang boleh dipanjangkan kepada setiap ganjaran maddi dan maknawi. Maka dari sudut itu kesesakan/perseteruan dan persaingan akan lahir dan menggantikan wifaq kepada nifaq dan ittifaq kepada ikhtilaf. 


Justeru penyembuh dan ubat bagi penyakit yang dahsyat ini ialah keikhlasan. Iaitu mengamalkan petua/rahsia اِنْ اَجْرِىَ اِلاَّ عَلَى اللّٰهِ dengan cara mengutamakan sikap mengikut kebenaran ke atas sikap menurut nafsu dan dengan cara kepentingan hak mengalahkan kepentingan nafsu dan sifat pentingkan diri lalu mengamalkan petua وَمَا عَلَى الرَّسُولِ اِلاَّ الْبَلاَغْ dengan cara tidak memerlukan(21) ganjaran maddi dan maknawi yang datang daripada manusia seterusnya meyakini bahawa sudut-sudut perolehan husnu Kabul (penerimaan), husnu ta’sir (keberkesanan) dan perhatian manusia 


(20) Peringatan: Perhatian manusia tidak boleh diminta bahkan diberi. Jika diberikan pun tidak boleh seronok dengannya. Jika rasa seronok dia akan kehilangan ikhlas dan masuk kepada riya’. Manakala perhatian manusia yang datang dengan keinginan pangkat dan keormatan bukanlah upah dan ganjaran bahkan satu hukuman dan balasan yang disebabkan oleh ketiadaan ikhlas. Ya, oleh kerana sebagai balasan satu kelazatan sedikit dan sementara iaitu perhatian manusia, pangkat dan kehormatan yang sekadar ke pintu kubur yang merosakkan keikhlasan yang merupakan nyawa amalan soleh, telah mendapat sesuatu yang tidak menyeronokkan seperti azab kubur di sebelah sana, sepatutnya kita tidak menginginkan perhatian manusia bahkan kita perlu berasa ngeri dan menjauhkan diri daripadanya. Mudah-mudahan telinga para pengejar kemasyhuran dan mereka yang berlari di belakang pangkat dan kehormatan itu berdengung.


(21) Menjadikan sifat Itsar yang menyebabkan para sahabat mendapat pujian al-Quran sebagai pedoman. Iaitu mengutamakan yang lain apabila menerima hadiah dan sedekah, meyakini bahawa manfaat maddi yang datang sebagai balasan khidmat agama adalah kurniaan Ilahi semata-mata tanpa menginginkan dan tanpa menuntutnya dengan hati dan tidak menolak rasa terhutang budi dari manusia dan tidak mengambil apa-apa sebagai balasan khidmat agama. Ini kerana apa-apa pun tidak wajar diminta di dunia sebagai balasan khidmat agama supaya keikhlasan tidak hilang. Sebenarnya hak mereka ada tetapi masyarakat yang perlu memastikan sara hidup mereka terjaga. Mereka juga berhak kepada zakat. Tetapi semua ini tidak boleh diminta bahkan diberi. Apabila diberi juga tidak boleh dikatakan sebagai upah/ganjaran khidmat. Dengan cara mengutamakan orang lain yang lebih layak dan berhak ke atas diri sendiri menerusi rasa qanaah/berpada sedaya mungkin dan dengan cara mengamalkan rahsia [يُؤْثِرُونَ عَلَى اَنْفُسِهِمْ وَلَوْ كَانَ بِهِمْ خَصَاصَةٌ] seseorang itu akan terselamat daripada bahaya yang dahsyat ini dan dapat memperoleh keikhlasan.


195. Page

merupakan tugas dan kurniaan Allah Subhanahu Wataala dan tidak termasuk dalam tabligh yang menjadi tugasnya sendiri dan tidak perlu dan tidak dipertanggungjawabkan dengannya dia akan mendapat keikhlasan. Jika tidak dia akan kehilangan ikhlas./keikhlasannya akan hilang.


Sebab Kedua: Kesepakatan ahli kesesatan berpunca daripada kehinaan dan perselisihan ahli hidayah berpunca dari kemuliaannya. Iaitu oleh kerana ahli dunia dan ahli sesat yang merupakan ahli ghaflah tidak bersandar kepada hak dan hakikat mereka adalah dhaif dan hina. Kerana hina mereka perlu mendapatkan kekuatan. Dalam keperluan ini mereka akan berpegang bersungguh-sungguh kepada bantuan dan kesepakatan yang lain. Walau kerja-kerja mereka sesat sekalipun, mereka tetap memelihara kesepakatan. Seolah-olah di dalam kebatilan itu wujud suatu kebenaran, dalam kesesatan itu ada suatu keikhlasan, dalam sikap tidak beragama itu terdapat suatu ketaksuban yang penuh kekufuran dan di dalam nifaq itu mereka boleh bersatu dan berjaya. Ini kerana keikhlasan yang sejati, walaupun pada kejahatan akan membuahkan hasil. Ya, jika sesiapa/seseorang itu meminta dengan keikhlasan Allah akan memberi.(22)


Tetapi oleh kerana Ahli Hidayah dan agama, ahli ilmu dan tariqat bersandar kepada hak dan hakikat dan oleh kerana di jalan kebenaran setiap mereka hanya memikirkan Allah semata-mata lalu pergi dengan bergantung kepada taufiq-Nya, secara maknawinya terdapat kemuliaan mereka yang datang daripada jalan itu. Apabila mereka merasa dhaif, sebagai gantian manusia, mereka merujuk kepada Allah dan meminta bantuan daripada-Nya. Maka disebabkan perbezaan masyrab mereka tidak akan benar-benar merasai keperluan memberi bantuan kepada mereka yang berbeza masyrab dengannya dan tidak akan melihat keperluannya kepada kesepakatan. Bahkan jika ada sifat mementingkan diri dan ananiah dengan menyangka bahawa dirinya benar dan orang yang berbeza dengannya itu salah, sebagai ganti kesepakatan dan kasih-sayang, perselisihan dan persaingan akan masuk ke tengah. Dia akan kehilangan ikhlas dan tugasnya menjadi lintang pukang. 


Justeru satu-satunya cara untuk tidak melihat natijah-natijah prasangka yang dilahirkan oleh sebab yang dahsyat ini dan untuk memperoleh keihlasan dan untuk melaksanakan tanggungjawabnya dengan tepat ialah melalui sembilan perkara berikut:


Pertama: Melakukan tindakan yang positif. Iaitu bertindak dengan kasih sayang maslaknya sendiri. Jangan biarkan permusuhan dan kutukan pihak lain memasuki fikiran dan amalannya dan janganlah dia sibuk dengan mereka.

Kedua: Memikirkan bahawa terdapat ikatan-ikatan kesatuan yang banyak dalam daerah keislaman yang boleh menjadi sumber kasih-sayang, persaudaraan dan kesepakatan tidak kira dalam masyrab mana sekalipun lalu bersepakat/bersatu.

Ketiga: Menjadikan prinsip keinsafan sebagai pedoman iaitu setiap pemilik maslak yang benar berhak dan boleh berkata “maslak saya adalah benar” ataupun “lebih baik” tanpa mengganggu maslak yang lain,. Tetapi sama sekali tidak boleh 

 

(22) Ya, [مَنْ طَلَبَ وَ جَدَّ وَجَدَ] adalah satu dustur kebenaran. Sifatnya yang menyeluruh dan keluasannya boleh meliputi/merangkumi maslak kita juga.


196. Page

menyatakan “kebenaran itu hanyalah maslak saya” ataupun “yang baik itu hanyalah masyrab saya” yang menunjukkan kebatilan ataupun kejelikan maslak lain.

Keempat: Memikirkan bahawa bersepakat dengan ahli hak ialah sebab bagi taufiq Ilahi dan asas bagi kemuliaan dalam agama.

Kelima: Berusaha memelihara kebenaran dengan cara memahami bahawa apabila berhadapan dengan serangan peribadi maknawi kesesatan dan kebatilan yang kuat hasil daripada persandaran ahli-ahlinya dalam bentuk jamaah, kerana kebijaksanaannya, penentangan secara berseorangan yang paling kuat akan tewas di hadapan peribadi maknawi tersebut lantas menonjolkan seorang peribadi maknawi menerusi kesepakatan di pihak ahli hak untuk menghadapi peribadi maknawi yang dahsyat itu.


Keenam: Dengan meninggalkan nafsu,

Ketujuh: Meninggalkan sifat keakuan,

Kelapan: Meninggalkan kemegahan yang telah salah difikirkan/disalah anggapi dan

Kesembilan: Meninggalkan perasaan persaingan yang tidak penting untuk menyelamatkan kebenaran daripada serangan kebatilan seseorang itu akan mendapat keikhlasan dan dapat melaksanakan tugasnya dengan sempurna. (23)


Sebab Ketiga: Perselisihan ahli hak bukanlah disebabkan oleh sifat tidak bersemangat dan rendah diri dan kesepakatan ahli kesesatan bukanlah berpunca daripada semangat yang tinggi bahkan tetapi perselisihan ahli hak berpunca daripada penyalahgunaan semangat yang tinggi manakala kesepakatan ahli sesat disebabkan oleh kedhaifan dan kelemahan yang datang daripada ketiadaan semangat. Ini kerana sifat tamakkan pahala dan rasa tidak cukup dalam tugas ukhrawi yang dikira sebagai sifat terpuji dari sudut pandangan akhirat mendorong ahli hidayah daripada ketinggian azam kepada penyalah gunaan seterusnya kepada perselisihan dan persaingan muncul daripada sudutnya. Iaitu mengambil satu keadaan yang penuh persaingan seperti berkata “biarlah aku yang mendapat pahala ini..” ataupun “biarlah aku yang membimbing insan-insan ini...” atau “biarlah mereka mendengar kata-kataku...” kepada saudara sebenar yang dihadapannya dan kepada seseorang yang sangat berhajat kepada kasih-sayang, bantuan, persaudaraan dan pertolongannya. Daripada kata-kata seperti “mengapakah murid-muridku pergi ke sisinya?...” ataupun “mengapakah aku tidak memiliki murid seramai muridnya?...” sifat ananiyyahnya mendapat peluang lantas mencenderungkannya kepada hubbub jah (cintakan nama) yang merupakan satu akhlak keji, menghilangkan keikhlasannya dan membuka pintu sifat riya’.


(23) Justeru, penawar bagi kesilapan, luka dan penyakit rohani yang parah ini ialah perkara berikut:


197. Page

Keredhaan Allah diperolehi dengan keikhlasan. Bukannya dengan pengikut yang ramai dan kejayaan yang banyak. Oleh kerana perkara ini adalah tugas Ilahi ia tidak boleh diingini. Bahkan kadang-kadang diberi.


Ya, kadang-kadang satu perkataan sahaja boleh menjadi sebab keselamatan dan punca keredhaan. Kepentingan bilangan yang ramai sepatutnya tidak menjadi tumpuan sebanyak itu. Ini kerana kadang-kadang membimbing seseorang boleh menjadi punca (mengundang) keredhaan Ilahi bagaikan membimbing seribu orang. Keikhlasan dan kebenaran pula, sentiasa berpihak kepada pengistifadahan muslim tidak kira dari mana dan siapa dia. Pemikiran seperti “biarlah mereka belajar daripada saya dan mendapat pahala dengannya” adalah muslihat nafsu dan ananiyyah. 


Wahai insan yang tamak kepada pahala dan tidak berpuashati pada amalan ukhrawi! Para rasul, sesetengah mereka telah datang (ke dunia). Walaupun tidak mempunyai pengikut selain beberapa orang yang boleh dikira, mereka tetap mendapat ganjaran yang tidak terhitung bagi tugas suci kenabian itu. 


Maknanya, kemahiran bukanlah dengan ramainya pengikut. Bahkan kemahiran itu adalah dengan mendapat keredhaan Allah. Siapakah engkau sehingga untuk melupakan tugasmu dengan berkata “semua orang perlu mendengar (kata-kata) saya!..” lalu mencampuri urusan Ilahi dengan ketamakan sebegini? Urusan penerimaan dan menghimpunkan orang-ramai di sekelilingmu adalah kerja Allah. Laksanakanlah tugasmu dan janganlah mencampuri urusan Allah. Tambahan pula, bukan manusia sahaya yang mendengar hak dan hakikat dan memperolehkan pahala kepada yang berkata. Makhluk-makhluk Allah yang memiliki perasaan, para rohaniyyin dan malaikat-Nya telah memenuhi alam semesta dan telah memeriahkan setiap pelusuknya/penjuru/ruangnya. Memandangkan engkau inginkan pahala yang banyak, berpeganglah dengan keikhlasan/jadikanlah keikhlasan sebagai asas dan fikirkanlah keredhaan Allah semata-mata. Supaya setiap kalimah berkat yang keluar dari mulutmu hidup dan bernyawa dengan keikhlasan dan ketulusan niat di udara lalu pergi kepada telinga-telinga makhluk yang memiliki perasaaan yang tidak terkira lalu meneranginya dan mendapatkan pahala bagi pihakmu. Ini kerana contohnya engkau menyebut اَلْحَمْدُ لِلّٰهِ; dengan izin Ilahi kalimah ini bersama jutaan kalimah اَلْحَمْدُ لِلّٰهِ yang kecil dan besar ditulis di udara. Oleh kerana an-Naqqqash al-Hakim tidak melakukan perkara yang sia-sia, Dia telah menjadikan telinga-telinga untuk mendengar yang tidak terkira sebanyak kalimah-kalimah itu. Sekiranya kalimah-kalimah di udara itu hidup dengan keikhlasan dan ketulusan, ia akan memasuki telinga para Rohaniyyin seperti buah-buahan yang lazat. Sekiranya keredhaan Ilahi dan keikhlasan tidak memberi kehidupan kepada kalimah-kalimah di udara itu, kalimah-kalimah itu tidak akan didengari. Pahala juga hanya terbatas kepada kalimah di dalam mulut. 


Semoga berdengunglah telinga para hafiz yang bosan/tertekan dengan suara yang tidak berapa elok dan daripada pendengar yang sedikit!


198. Page

Sebab Keempat: Sebagaimana Ikhtilaf ahli hidayah yang bagaikan persaingan tidak disebabkan oleh sikap tidak memikirkan akibat dan keterbatasan pandangan, kesepakatan ahli sesat yang bagaikan kejujuran juga bukanlah disebabkan oleh memikirkan akibat dan pandangan yang tinggi. Bahkan walaupun tidak dihanyutkan oleh perasaan nafsu yang buta akibat kesan hak dan hakikat, tetapi oleh kerana ahli hidayah tidak dapat memelihara istiqamah dan keikhlasan akibat mengikut kecenderungan hati dan akal yang resah memikirkan masa hadapan, mereka tidak dapat menjaga maqam yang tinggi itu lalu terjerumus ke dalam ikhtilaf. 


Ahli kesesatan pula, kerana kesan hawa nafsu dan dengan dorongan perasaan yang buta dan tidak melihat akibat serta mengutamakan sedirham kelazatan segera (sedia ada) ke atas satu tan kelazatan di hadapan, demi satu manfaat yang segera dan satu kelazatan yang sedia ada dengan mempercayai antara satu sama lain, mereka bersatu padu secara bersungguh-sungguh. 


Ya di sekeliling kelazatan dan manfaat duniawi yang segera (sedia ada), para pemuja nafsu yang rendah dan tiada perasaan bersepakat dan bersatu dengan erat. Oleh kerana melalui dustur hati dan akal yang tinggi Ahli Hidayah menumpukan kepada buah-buah ukhrawi dan kesempurnaan yang merujuk kepada akhirat dan berhubung kait dengan masa hadapan, ketika satu istiqamah yang berasas, satu keikhlasan yang sempurna dan satu kesatuan dan kesepakatan yang sangat memerlukan pengorbanan boleh berlaku; oleh kerana mereka tidak dapat membebaskan diri daripada ananiyyah dan akibat sikap ifrat dan tafrit (melampau), mereka kehilangan kesepakatan yang merupakan sumber kekuatan yang tinggi, keikhlasan turut rosak dan tugas-tugas ukhrawi juga turut tercedera. Maka keredhaan Allah tidak dapat diperoleh dengan mudah. 


Ubat dan penawar bagi penyakit yang teruk ini: berbangga untuk berdampingan dengan mereka yang berada di jalan kebenaran, pergi di belakang mereka, membiarkan kemuliaan imam kepada mereka, berundur dari ananiyyah dengan menganggap bahawa sesiapa sahaja yang berada di jalan kebenaran adalah lebih baik daripada dirinya sendiri lalu memperoleh keikhlasan dengan rahsia  اَلْحُبُّ ف۪ي اللّٰهِ dan dengan mengetahui bahawa satu amalan seberat satu dirham yang dilakukan dengan keikhlasan adalah lebih utama daripada amalan-amalan seberat bertan-tan tanpa keikhlasan dan dengan mengutamakan tabiat mengikut berbanding diikuti yang juga satu tanggungjawab dan berbahaya, dia akan terselamat daripada penyakit tersebut dan memperoleh keikhlasan serta dapat melakukan tugas ukhrawinya dengan sebenar-benarnya/sempurna.


Sebab Kelima: Sebagaimana perselisihan ahli hidayah dan ketidaksepakatan mereka bukan disebabkan kelemahan; kesepakatan ahli sesat yang kuat juga bukanlah daripada kekuatan mereka. Bahkan sebagaimana ketidaksepakatan ahli hidayah muncul daripada noktah persandaran yang datang daripada iman yang sempurna dan kekuatan yang lahir daripada noktah persandaran; kesepakatan ahli ghaflah dan ahli sesat pula muncul daripada kedhaifan dan kelemahan mereka kerana tidak dapat menemui noktah persandaran maknawi. Ini kerana, memandangkan mereka yang dhaif berhajat kepada kesepakatan, mereka bersepakat dengan teguh. Oleh kerana mereka yang kuat tidak merasai keperluan (untuk 


199. Page

bersepakat), maka kesepakatan mereka itu lemah. Oleh kerana binatang-binatang seperti singa dan musang tidak berhajat kepada kesepakatan, binatang-binatang itu hidup bersendirian. Manakala untuk menyelamatkan diri daripada serigala, kambing-kambing liar membentuk satu kawanan/ kumpulan. Ini bermakna sebagaimana perhimpunan mereka yang lemah dan peribadi maknawinya adalah kuat, (24) perhimpunan mereka yang kuat dan peribadi maknawinya pula adalah lemah.


Satu isyarat halus dan satu ulasan Quraniyyah yang tersirat melalui firman-Nya وَ قَالَ نِسْوَةٌ ف۪ى الْمَدِينَةِ yang mana walaupun kumpulan para perempuan adalah dua kali ganda, ungkapan fiil muzakkar iaitu قَالَ kepada mereka serta melalui firman-Nya وَ قَالَتِ الْاَعْرَابُ kepada kumpulan para lelaki dengan menggunakan ungkapan قَالَتْ iaitu fiil muannas, secara halus mengisyaratkan bahawa: 


Apabila kumpulan para wanita yang dhaif, halim dan lembut semakin kuat lalu mendapat kekerasan dan kekuatan maka mereka memperoleh suatu rajuliyyah (kejantanan). Oleh kerana ia melazimkan fiil muzakkar, maka ungkapan وَ قَالَ نِسْوَةٌ adalah sangat cantik dan bertepatan. Manakala bagi para lelaki, terutamanya jika mereka adalah orang badawi atau arab; oleh kerana mereka bergantung kepada kekuatan mereka sendiri, maka kumpulan mereka menjadi dhaif lalu akibat mereka bersikap berhati-hati dan berlembut, kerana mereka memakai suatu sifat kewanitaan serta kerana ia melazimkan fiil muannas, dengan mengatakan قَالَتِ الْاَعْرَابُ menerusi fiil muannas, ungkapannya menjadi tepat.


Ya, melalui tawakkal dan taslim yang datang daripada noktah sandaran yang sangat kuat iaitu al-imanu billah, ahli hak tidak akan menunjukakn keperluan kepada yang lain dan meminta bantuan dan pertolongan mereka. Kalau meminta pun mereka tidak akan berserah kepadanya bulat-bulat. Manakala ahli dunia, oleh kerana mereka lalai daripada noktah persandaran sebenar mereka dalam urusan dunia, mereka jatuh kepada kedaifan dan kelemahan lalu mereka merasakan keperluan yang bersangatan kepada para pembantu. Maka mereka akan bersepakat dengan erat bahkan berserah bulat-bulat. Justeru oleh kerana ahli Hak tidak memikirkan dan mencari kekuatan sebenar dalam kesepakatan, mereka terjerumus ke dalam ikhtilaf yang batil dan berbahaya. Manakala oleh kerana ahli kesesatan yang batil merasai kekuatan kesepakatan melalui kelemahan mereka, mereka berjaya memperoleh kesepakatan yang merupakan satu wasilah tujuan yang sangat penting. 


Justeru ubat dan penawar bagi penyakit ikhtilaf yang batil bagi ahli hak ini ialah menjadikan larangan keras Allah dalam ayat وَلاَ تَنَازَعُوا فَتَفْشَلُوا وَتَذْهَبَ رِيحُكُمْ dan perintah Ilahi yang sangat berhikmah bagi kehidupan bermasyarakat dalam ayat 


(24)  Kesanggupan pengorbanan yang kuat yang ditunjukkan oleh kumpulan hak asasi dan kebebasan wanita yang diasaskan oleh para wanita yang merupakan makhluk lembut, daif dan lemah/manja di Amerika yang menjadi golongan yang paling dahsyat, paling berkesan dan yang paling kuat pada satu sudut dalam kesatuan Eropah serta golongan Ermen yang lemah dan sedikit di kalangan bangsa-bangsa lain di dunia menguatkan dakwaan kami ini.


200. Page

وَتَعَاوَنُوا عَلَى الْبِرِّ وَالتَّقْوَى sebagai dustur tindakan dan memikirkan betapa bahayanya ikhtilaf kepada Islam dan betapa mudahnya ahli sesat boleh mengalahkan ahli hak lalu menyertai kafilah ahli hak secara sanggup berkorban dan setia dengan penuh kedaifan dan kelemahan serta mendapat keikhlasan dengan cara membebaskan diri daripada riya’ dan kepura-puraan dengan melupakan (kepentingan) peribadi/diri sendiri.


Sebab Keenam: Sebagaimana ikhtilaf ahli hak tidak berlaku kerana kebaculan, ketiadaan semangat dan ketidakhebatan mereka; kesepakatan ahli sesat yang erat dalam urusan-urusan duniawi juga bukanlah daripada keberanian, kehebatan dan semangat mereka. Bahkan dengan sering memikirkan faedah-faedah akhirat, kehebatan, semangat dan keberanian ahli hak terhadap masalah-masalah yang penting dan banyak itu menjadi berbelah bahagi. Oleh kerana dia tidak membelanjakan waktunya yang merupakan modal hakikinya kepada satu masalah, kesepakatannya dengan sahabat satu maslaknya menjadi tidak kukuh. Ini kerana masalah adalah banyak dan lingkungan juga adalah luas. 


Ahli dunia yang lalai pula, oleh kerana mereka hanya memikirkan kehidupan dunia, dalam bentuk yang rakus/bersangatan mereka memeluk masalah-masalah yang bersangkut paut dengan kehidupan dunia dengan seluruh perasaan, dengan roh dan hati mereka. Mereka berpaut/melekat kukuh dengan mereka yang membantu mereka dalam masalah tersebut. 


Kepada masalah yang tidak sampai/bernilai walaupun satu sen pada noktah pandangan hakikat dan tidak diberikan nilai walaupun sepuluh sen oleh ahli hak, sebagaimana seorang tukang emas yahudi yang gila yang membayar lima lira/ringgit kepada serpihan kaca bernilai lima sen, mereka menumpukan masa mereka yang bernilai lima ratus ringgit itu kepada masalah tersebut. 


Sudah tentu membayar harga sebanyak ini dan memeluknya dengan penuh perasaan, walaupun di jalan kebatilan, tetapi oleh kerana ia adalah keikhlasan yang jujur, mereka boleh berjaya dalam masalah tersebut dan dapat mengalahkan ahli hak. Di penghujung kemenangan ini ahli hak terjerumus ke dalam kehinaan, penindasan, kepura-puraan dan riya’ lalu kehilangan keikhlasan. Mereka terpaksa mengampu sesetengah ahli dunia yang bacul, tidak bersemangat dan tidak hebat itu.


Wahai ahli hak! Wahai ahli syariat, ahli hakikat dan ahli tarikat yang menyanjung kebenaran! Berhadapan dengan penyakit ikhtilaf yang parah ini, janganlah kalian melihat kekurangan satu sama lain. Pejamkanlah mata kalian terhadap keaiban masing-masing! Beradablah dengan adab al-Furqan وَاِذَا مَرُّوا بِاللَّغْوِ مَرُّوا كِرَامًا. Jadikanlah meninggalkan perbalahan dalaman kalian ketika diserang musuh dari luar dan menyelamatkan ahli hak daripada kejatuhan dan kehinaan sebagai tugas ukhrawi yang paling utama dan terpenting. Hidupkanlah ukhuwwah, kasih sayang dan taawun yang sangat diperintahkan oleh ratusan ayat al-Quran dan hadis nabawi. Bersatulah dengan teman-teman maslak dan saudara-saudara seagamamu dalam bentuk yang lebih kukuh berbanding ahli dunia dengan sepenuh hati dan janganlah kalian jatuh ke dalam ikhtilaf! Janganlah kalian melemahkan kesepakatan ini


201. Page

dengan berkata “aku akan memanfaatkan waktuku yang sangat penting itu dengan perkara-perkara yang berguna seperti zikir dan fikir berbanding menghabiskannya untuk masalah-masalah kecil seperti ini...”! Ini kerana dalam jihad maknawi, perkara yang kalian anggap kecil boleh menjadi sangat besar. Kadang-kadang, sepertimana tugas seseorang di bawah keadaan-keadaan tertentu dalam tempoh satu jam yang penting diibaratkan/seperti setahun ibadah, di zaman kekalahan ahli hak ini, dalam urusan-urusan mujahadah maknawi, satu hari berhargamu yang dihabiskan untuk suatu perkara yang kecil boleh mendapat nilai seribu darjat/kali ganda seperti satu jam (tugasan) orang tersebut. Satu harimu boleh menjadi seribu hari. 


Memandangkan ia adalah لِوَجْهِ اللّٰهِ , kecil atau besar dan penting atau tidak penting kerja tersebut tidak pernah dipandang. Di jalan keikhlasan dan keredhaan Ilahi, zarah menjadi seperti bebintang. Ia tidak dipandang kepada perihal/bentuk/keadaan wasilahnya tetapi dipandang kepada natijahnya. Memandangkan natijahnya ialah keredhaan Allah dan patinya ialah keikhlasan, ia bukanlah/tidaklah kecil tetapi besar.  


Sebab Ketujuh: Sebagaimana ikhtilaf dan persaingan ahli hak dan hakikat tidak datang daripada rasa irihati dan sikap tamakkan dunia; kesepakatan ahli dunia dan ahli ghaflah juga bukanlah daripada sifat mulia dan pemurah. Bahkan oleh kerana ahli hakikat tidak dapat memelihara sifat pemurah dan ketinggian himmah yang datang daripada hakikat dan perlumbaan yang dipuji dalam jalan kebenaran dan oleh sebab mereka menyalahgunakannya akibat kemasukan mereka yang tidak pakar, mereka terjerumus ke dalam ikhtilaf yang penuh persaingan lalu ia menjadi masalah/bahaya yang utama kepada diri mereka sendiri dan kepada jamaah Islam.


Manakala ahli ghaflah dan ahli sesat, untuk tidak melepaskan manfaat-manfaat yang mereka damba dan untuk menjaga perasaan para ketua dan sahabat yang mereka sanjungi, disebabkan oleh kehinaan, kebaculan dan ketidak hebatan mereka, mereka bersatu secara ikhlas dengan seluruh rakan-rakan mereka walaupun keji, pengkhianat dan berbahaya dan Mereka yang berkerumun di sekitar manfaat dalam apa jua keadaan sekalipun mereka boleh bersepakat dengan para sekutu secara bersungguh-sungguh. Sebagai natijah kesungguhan mereka boleh beristifadah/ mendapat manfaat.


Justeru, wahai ahli hak dan ashab hakikat yang telah jatuh ke dalam musibah dan ikhtilaf! Oleh kerana kalian telah kehilangan ikhlas di zaman musibah ini dan kerana kalian tidak menjadikan tujuan matlamat demi Keredhaan Ilahi semata-mata, kalian telah menjadi penyebab kehinaan dan kekalahan ahli hak. Sepatutnya tidak berlaku persaingan, mengumpat, hasad dan irihati dalam urusan agama dan ukhrawi dan tidak boleh ada pada noktah pandangan hakikat. Ini kerana sifat irihati dan hasad berpunca daripada banyak tangan yang dipanjangkan kepada satu benda, banyak mata yang dipacakkan kepada satu kedudukan dan banyak perut yang mahu kepada sebuku roti lantas dengan sebab kesibukan, perbalahan dan perlumbaan mereka terjerumus ke dalam umpat-mengumpat seterusnya iri hati. Oleh kerana terlalu ramai yang menghendaki benda yang satu di dunia dan oleh kerana dunia adalah sempit dan sementara, ia tidak boleh menenangkan/meredakan kehendak-


202. Page

kehendak insan yang tidak terkira. Akibatnya mereka terjatuh/terjebak/terjerumus kepada persaingan. 


Tetapi dengan isyarat pengurniaan sebuah syurga yang seluas lima ratus tahun kepada seorang insan, (25) penganugerahan tujuh puluh ribu mahligai dan bidadari serta kegembiraan dengan penuh keredhaan daripada habuan setiap orang daripada ahli syurga di akhirat diperlihatkan bahawa di akhirat tiada punca persaingan. Persaingan juga tidak akan berlaku. Jika begitu, dalam amalan soleh yang merujuk kepada akhirat juga persaingan tidak boleh berlaku dan bukanlah tempat untuk berasa irihati. Orang yang iri hati, samada dia riya kerana dia mencari natijah amalan soleh dalam bentuk duniawi ataupun dia benar-benar jahil kerana dia tidak tahu kemanakah amalan soleh melihat dan dia tidak menyedari bahawa keikhlasan adalah roh dan asas bagi amalan soleh. Dengan membawa sejenis permusuhan terhadap para wali Allah dalam bentuk persaingan dia menuduh/ tidak berpuas hati dengan keluasan rahmat Ilahi. 


Satu peristiwa yang menyokong hakikat ini:


Seorang daripada sahabat lama kami, bermusuh dengan seseorang. Di sisi orang itu, musuhnya telah disifatkan dengan amalan soleh hatta kewalian. Orang itu tidak irihati dan tidak tertekan. Kemudian seseorang berkata: “Musuh kamu itu berani dan kuat.” Kami melihat bahawa satu urat/rasa persaingan yang sangat irihati telah terjaga/terbit/mengalir/lahir pada orang itu. Kami berkata kepadanya: “Kewalian 


(25) Satu soalan yang penting daripada satu pihak. Terdapat dalam riwayat (hadits) bahawa di syurga sebuah taman syurga seluas lima ratus tahun diberikan kepada seorang penghuninya/manusia. Bagaimanakah hakikat ini boleh bertempat/difahami oleh ruang akal duniawi?
Jawapan: Sebagaimana terdapat sebuah dunia yang khusus dan sementara seluas dunia bagi setiap orang di dunia dan tiang/pasak bagi dunia itu ialah kehidupannya. Dia beristifadah daripada dunianya melalui perasaan-perasaan zahir dan batinnya. Dia boleh berkata “matahari ialah lampuku” dan “bebintang ialah lilin-lilinku.” Sebagaimana kewujudan makhluk dan pemilik roh yang lain tidak menjadi penghalan kepada pemilikan orang itu, sebaliknya mereka memeriahkan dan menghiasi dunianya yang khusus/tersendiri itu. Sama seperti itu juga bahkan ribuan kali ganda lebih tinggi, selain daripada taman khasn setiap mukmin yang mengandungi ribuan istana/mahligai dan bidadari, terdapat syurga khusus masing-masing yang seluas lima ratus tahun selain syurga yang umum. Dia boleh beristifadah dalam bentuk yang layak/sesuai dengan syurga dan keabadian melalui deria-derianya yang terbuka/terdedah berdasarkan kepada darjat/martabatnya. Sebagaimana penyertaan yang lain tidak mengurangkan kepemilikan dan istifadahnya, mereka juga memberikan kekuatan. Mereka menghiasi syurganya yang khusus/tersendiri dan luas. Ya sebagaimana seorang manusia beristifadah daripada sebuah taman seluas satu jam, persiaran seluas satu hari, sebuah negeri seluas sebulan dan pengembaraan selama setahun di sebuah tempat perjalanan di dunia ini menerusi mulut, telinga, mata, perasaan, rasa dan seluruh derianya, sama seperti itu juga deria bau dan rasa di negeri fana ini yang hanya beristifadah daripada sebuah taman seluas satu jam akan melakukan istifadah yang sama di sebuah taman seluas setahun di negara baqa’ itu. Manakala deria penglihatan dan pendengaran yang hanya boleh beristifadah daripada sebuah tempat kelana seluas setahun akan beristifadah daripada perjalanan di tempat kelana seluas lima ratus tahun di sana dalam bentuk yang sesuai dengan negara hebat yang indah berhias dari hujung ke hujung itu. Setiap mukmin akan mengecap, menikmati kelazatan dan beristifadah melalui deria-derianya yang terbentang dan terbuka berdasarkan darjat/martabatnya serta berdasarkan pahala dan amal kebajikan yang diperolehinya di dunia.


203. Page

dan kebajikan adalah kekuatan dan ketinggian seperti kilauan kehidupan abadi yang tiada hujungnya. Kamu tidak irihati kepada perkara dan sudut ini. Jika dinisbahkan kepada kewalian dan kesolehan, memiliki kekuatan duniawi yang ada pada seladang dan keberanian yang ada pada binatang liar, kekuatan dan keberanian itu adalah seperti nisbah satu serpihan kaca dengan permata. Orang itu berkata: Kedua-dua kami telah memacakkan mata/bertumpu kepada satu noktah dan satu maqam. Untuk naik ke sana, perkara-perkara seperti kekuatan dan keberanian ialah anak-anaktangga kami. Kerana itulah saya berasa cemburu/irihati. Maqam-maqam akhirat adalah tidak berpenghujung. Walaupun dia adalah musuh saya di sini, di sana dia boleh menjadi kekasih dan saudara saya yang sejati.


Wahai ahli hak dan tarikat! Khidmat kepada kebenaran adalah ibarat membawa dan memelihara harta karun/perbendaharaan yang besar dan berat. Jika lebih banyak tangan yang gagah berlari membantu mereka yang memikulnya di bahu, bertambahlah keseronokan dan kegembiraan. Biarlah irihati berhenti/terhenti begini; ketika perlu bertepuk tangan kerana bangga dengan kekuatan yang semakin bertambah dan kesan-kesan dan bantuan-bantuan yang semakin banyak daripada diri mereka yang datang dengan kasih sayang yang sangat sejati, mengapakah saudara-saudara hakiki dan pembantu-pembantu yang sanggup berkorban itu dipandang dengan penuh persaingan dan keikhlasan hilang dengan hal itu? Kalian boleh ditohmah dalam tugas kalian dan pada pandangan ahli sesat, kalian terdedah kepada tuduhan-tuduhan dahsyat seperti mendapat dunia dengan agama serta menyara hidup dengan ilmu hakikat dan bersaing di jalan ketamakan dan kehalobaan yang seratus kali lebih rendah daripada kalian dan daripada maslak kalian.


Satu-satunya penyembuh kepada penyakit ini ialah menyalahkan nafsumu bukan kepada nafsumu dan sentiasa menyokong teman maslak yang berada di hadapanmu. Dustur kebenaran dan keinsafan di kalangan ulama’ ilmu sastera dan ilmu Munazarah ialah perkara berikut: “Sekiranya menyokong (tertegaknya) kebenaran kata-kata sendiri dalam perdebatan lalu menyukai (tertegaknya) kebenaran diri sendiri dan berasa gembira dengan kebatilan dan kesilapan seterumu, ia bukanlah keinsafan. Ia akan memberi mudarat. Ini kerana apabila dia muncul sebagai yang benar, dia tidak mempelajari sesuatu yang tidak diketahuinya dalam perdebatan tersebut. Dengan kemungkinan (lahirnya) sifat sombong, ia boleh memberikan mudarat. Sekiranya kebenaran muncul di pihak lawannya; ia tidak bermudarat. Dia mempelajari perkara yang tidak diketahui lau boleh mengambil manfaat dan akan terselamat daripada kebongkakan nafsu. Bermakna demi kebenaran, penyanjung kebenaran yang insaf mematahkan kemahuan nafsunya. Sekiranya dia melihat kebenaran di tangan lawannya, dia tetap menerimanya dengan redha kemudian dia menyokongnya dan akan berasa gembira.


Justeru, sekiranya ahli din, ahli hakikat, ahli tarikat dan ahli ilmu menjadikan dustur ini sebagai pedoman, mereka akan memperoleh keikhlasan. Mereka akan berjaya dalam tugas-tugas ukhrawi mereka. Dengan rahmat Ilahi mereka akan terselamat dari kejatuhan yang teruk dan musibah masa kini ini.


سُبْحَانَكَ لَاعِلْمَ لَنَا اِلاَّ مَا عَلَّمْتَنَا اِنَّكَ اَنْتَ الْعَلِيمُ الْحَكِيمُ 


204. Page