NAVIGATION
85. Page
RISALAH HUJJATULLAH AL-BALIGHAH
HUJJAH KEIMANAN PERTAMA: AYATUL KUBRA MAKAM KEDUA
بِسْــــــــــــــــــــــمِ اللّٰهِ الرَّحْمٰنِ الرَّح۪يمِ
تُسَبِّحُ لَهُ السَّمٰوَاتُ السَّبْعُ وَالْاَرْضُ وَمَنْ فِيهِنَّ وَ اِنْ مِنْ شَيْئٍ اِلاَّ يُسَبِّحُ بِحَمْدِه۪ وَلٰكِنْ لَاتَفْقَهُونَ تَسْبِيحَهُمْ اِنَّهُ كَانَ حَلِيمًا غَفُورًا
Maqam kedua ini di samping menafsirkan ayat agung di atas, ia turut menerangkan burhan, hujah, terjemahan dan makna Maqam Pertama yang berbahasa Arab yang dilangkaui.
Terdapat banyak ayat al-Quran seperti ayat agung ini, pada sudut alam ini memberitahu tentang al-Khaliqnya menyebut langit yang merupakan mukasurat tauhid yang paling terang yang sentiasa dipandang oleh semua orang dengan kehairanan lalu dikaji dengan kelazatan di tempat paling awal, maka awal-awal memulakan dengannya adalah bersesuaian.
Ya, setiap musafir/tetamu yang datang ke negara dunia dan dewan pertamuan ini, sebaik saja dia membuka mata memandang, dia akan nampak yang merupakan sebuah tempat jamuan yang sangat pemurah dan tempat pameran yang sangat berseni, sebuah kem latihan tentera yang sangat hebat, tempat berjalan dan bersiar yang sangat menghairankan dan menyeronokkan dan tempat kajian yang sangat bermakna dan berhikmah, ketika amat tertanya-tanya untuk mengenali dan mengetahui pemilik dewan pertamuan yang indah, penulis kitab yang besar dan Sultan negara yang hebat ini, mula-mula kelihatan wajah indah langit yang ditulis dengan saduran nur. Ia akan berkata, lihat kepadaku saya akam memberitahu apa yang kamu cari.
Dia juga akan memandang dan nampak satu hakikat yang terjadi/terdiri/terbentuk daripada taskhir, tadbir, tadwir, tanzim, tanzif dan tauzif yang kelihatan di dalam satu penjelmaan rububiyyah yang memutar/menggerakkan/memusingkan ratusan ribu jirim langit tidak bertiang yang sebahagiannya seribu kali lebih besar daripada bumi kita dan sebahagian yang besar itu tujuh pulh tahap lebih laju/pantas daripada peluru meriam tanpa menjatuhkannya, memperjalankan dengan kelajuan di luar upaya dan bersama-sama tanpa melanggarkan satu sama lain, sentiasa menyalakan lampu-lampu yang tidak terkira itu tanpa minyak dan tenapa terpadam, menguruskan ketulan-ketulan besar yang tidak terhitung itu tanpa mengeluarkan sebarang bunyi dan kerosakan, menggerakkan makhluk-makhluk besar yang sangat banyak itu dengan tugasan tanpa sebarang bantahan seperti tugas matahari dan bulan, mengurus secara bersama dan tanpa kekurangan dalam kejauhan yang tidak terkira yang tidak boleh memuati angka-angka matematik dalam daerah/lingkungan dua kutub pada masa yang sama, kekuatan yang sama, cara yang sama, landasan fitrah yang sama dan dalam bentuk yang sama, menyebabkan mereka yang membawa kekuatan melampau yang sangat besar mentaati undang-undangnya tanpa melakukan kelampauan, memperbersih wajah langit yang seperti tempat buangan sesak yang tidak berkesudahan tanpa memberi ruang kepada sampah-sampah yang boleh mengotorkannya dengan sangat terang dan sangat cantik, menjalankan dengan
86. Page
bentuk kem/berkelompok seperti kem tentera yang tersusun dan memperlihatkanbentuk-bentuk hakiki dan khayalan kem yang hebat itu dalam bentuk yang lain setiap malam dan setiap tahun seperti layar wayang kepada makluk-makhluknya melalui pergerakan bumi, dan secara jelas menjadi saksi kepada kewajipan wujud dan keesaan al-Khaliq langit itu dan bahawa kewujudannya adalah lebih zahir daripada kewujudan langit melalui keagungan dan keluasan cakupannya.
Melalui makna di atas, maka telah disebutkan/dinyatakan pada anak tangga pertama Maqam pertama:
لَااِلٰهَ اِلاَّ اللّٰهُ الْوَاجِبُ الْوُجُودِ الَّذ۪ى دَّلَ عَلٰى وُجُوبِ وُجُودِه۪ ف۪ى وَحْدَتِهِ السَّمٰوَاتُ بِجَمِيعِ مَا فِيهَا بِشَهَادَةِ عَظَمَةِ اِحَاطَةِ حَق۪يقَةِ التَّسْخ۪يرِ وَ التَّدْب۪يرِ وَ التَّدْو۪يرِ وَ التَّنْظ۪يمِ وَ التَّوْظ۪يفِ الْوَاسِعَةِ الْمُكَمَّلَةِ بِالْمُشَاهَدَةِ
Kemudian, cakerawala yang dinamakan/disebut jawwis Sama’ (ruang udara) dan merupakan mahsyar al-Ajaib bergema sambil bercakap/berkat melalui gempita guruh kepada pengembara dan tetamu yang datang ke dunia itu, ia berkata:“Pandanglah kepada saya! Melalaui aku juga kamu boleh menemui penghantar kamu ke sini yang kamu cari dengan perasaan teruja/persoalan/kebingungan. Tetamu itu melihat ke wajah cakerawala yang masam tetapi penyayang, mendengar gempitanya yang dahsyat tetapi membawa berita gembira dan melihat bahawa awan yang tergantung/terawang-awang di antara bumi dan langit mengairi/menyirami kebun bumi secara sangat berhikmah dan penyayang, membawa air kehidupan kepada penghuni/penduduk bumi, menggantikan/meredakan bahang iaitu kepanasan api kehidupan dan memberi/membawa bantuan ke setiap tempat berdasarkan keperluan. Di samping melakukan banyak tugas seperti tugas-tugas ini, awan besar itu yang memenuhi ruang udara boleh bersembunyi secar tiba-tiba seperti satu pasukan tentera yang memunculkan dan menyembunyikan diri berdasarkan arahan segera para ketua. Ia membawa semua bahagian-bahagiannya berehat/beristirehat. Langsung tidak kelihatan sebarang kesan. Kemudian apabila menerima arahan “Bergerak untuk menurunkan hujan!”, maka dalam satu jam bahkan dalam tempoh beberapa minit ia berkumpul lalu memenuhi ruang udara. I aberhenti seperti menunggu arahan dari komander.
Kemudian pengembara itu memandang kepada ribut/angin di udara dan dia melihat bahawa; dengan tugas-tugas sebanyak itu udara digunakan dengan penuh hikmah dan kepemurahan sehingga bagaikan/seolah-olah setiap zarah daripada zarah-zarah udara kaku yang tiada perasaan itu mendengar dan mengetahui arahan yang datang daripada Sultan alam semesta ini. Tanpa meninggalkan walaupun satu daripadanya di belakan, dengan keadaan yang boleh melakukan dengan kekuatan komander itu dan membawa kesemuanya di tempatnya, ia digunakan dengan penuh perasaan, penuh pengetahuan dan penuh prihatin dengan kehidupan oleh tangan ghaib dalam banyak tugas dan khidmat yang menyeluruh seperti memberi nafas kepada semua penduduk bumi, memindahkan unsur-unsur seperti haba, cahaya dan elektrik serta suara dan menjadi perantaraan untuk menyuburkan tanaman/tumbuhan.
Kemudian dia memandang kepada hujan dan melihat bahawa pada titis-titis yang halus, jernih dan manis yangdihantar daripada tiada dan daripada khazanah rahmat yang ghaib itu terdapat hadiah-hadiah dan tugas-tugas ar-Rahman yang sangat
87. Page
banyak sehingga oelh kerana seolah-olah rahmat telah bertubuh/berjasad dengan makna dalam bentuk titisan yang mengalir daripada khazanah Rabbani, maka hujan telah diberi nama rahmat.
Kemudian si pengembara memandang kepada petir dan mendengar guruh dan melihat/nampak bahawa ia dikerjakan dalam khidmat-khidmat yang sangat ajaib dan menghairankan/ menakjubkan. Seterusnya dia menutup matanya dan memandang akalnya lalu berkata kepada diri-sendiri bahawa awan yang kaku dan tiada perasaan yang seperti kapas yang dicampak ini tentunya tidak pernah mengetahui kami dan tidak pernah berlari membantu kami keran berasa kasihan, tidak pernah muncul ke lapangan dan bersembunyi tanpa arahan, bahkan ia bergerak dengan perintah/arahansatu komander yang sangat Qadir dan Rahim, maka ia boleh bersembunyi tanpa meninggalkan kesan dan muncul ke lapangan secara tiba-tiba, mula bekerja lalu waktu demi waktu/dari masa ke semasa memenuhi udara dunia dengan firman dan kekuatan Sultan yang sangat fa’aal dan Mutaal dan sangat jelas dan hebat lalu mengosongkannya dan sentiasa menulis dengan hikmah dan meninggalkan/memadamkan papan hitam dan papan al-mahw wal isbatnya. Seterusnya mengubah bentuk/rupa Hasyir dan Qiamat lalu menunggangi/menaiki udara dengan urusan al-Hakimul Mudabbir yang sangat penyantun, memberi kurniaan, sangat pemurah dan menjaga rububiyyah lalu menumpangkan khazanah-khazanah hujan yang seperti bukit dan menyampaikannya ke tempat yang memerlukan. Seolah-olah berasa kasihan kepada mereka lalu datang dengan air mata mereka lalu mentertawakan mereka dengan bunga-bungaan, menyamankan kepanasan bahang mentari dan menyiram/memerah air ke kebun-kebun mereka seperti span lalu membasuh wajh dunia dan membersihkannya.
Pengembara yang tertanya-tanya/teruja/risau/bingung itu berkata kepada akalnya sendiri-sendiri bahawa ratusan ribu kerja-kerja, kurniaan dan bantuan yang sangat berhikmah, penyayang dan berseni yang muncul/terhasil/wujud melalui tabir udara yang kaku, tiada perasaan, sentiasa bergelora, tidak tetap, meribut, bergelombang tidak kukuh dan tiada tujuan itumdan dengan bentuk yang zahir ini mengisbatkan dengan jelas bahawa tiada satupun pergerakan angin yang rajin dan petugas yang bergerak secara sendiri, bahkan bergerak dengan perintah/arahan ketua yang sangat al-Qadir, al-Alim dan sangat al-Hakim dan al-Karim. Seolah-olah setiap zarahnya mengetahui setiap kerjanya, memahami dan mendengar setiap perintah ketua itu, dan seperti seorang askar dia mendengar dan mentaati setiap perintah Rabbani yang berputar/berlangsung di dalam udara sehingga say melihat bahawa ia dikerjakan/digerakkan oleh satu tangan hikmah untuk menyampaikan bahan-bahan/unsur-unsur yang diperlukan untuk pernafasan semua haiwan dan kehidupannya, kesuburan tumbuhan dan tumbesarannya dan kehidupannya, untuk mendorong/membawa/memandu dan mengurus awan, untuk peredaran dan perjalanan kapal-kapal yang tiada api, terutamanya/ untuk menghubungkan suara dan lebih-lebih lagi percakapan melalui telefon tanpa wayar, telegraf dan radio serta khidmat-khidmat seperti ini, selain daripada khidmat-khidmat umum dan menyeluruh, walaupun zarah-zarah udara yang terjadi/terdiri daripada dua bahan ringkas seperti nitrogen dan oksigen terdapat dalam ratusan ribu jenis ciptaan-ciptaan Rabbani di muka bumi dengan penuh teratur. Maknanya melalui kejelasan ayat [وَتَصْرِيفِ الرِّيَاحِ وَالسَّحَابِ الْمُسَخَّرِ بَيْنَ السَّمَآءِ وَالْاَرْضِ] ia berkata bahawa yang menggunakan udara dalam khidmat Rabbani
88. Page
yang tidak terkira melalui penggerakan angin, penugasannya dalam kerja-kerja ar-Rahman melalui pentaskhiran awan dan menjadikan udara dalam bentuk itu hanyalah al-Wajibul Wujud, al-Qadiru kulli syai’, al-Alimu kulli Syai’ dan Rabb Zuljalali wal Ikram. Dan ayat ini menetapkannya secara putus/muktamad.
Kemudian dia memandang kepada hujan dan nampak bahawa di dalamnya terdapat manfaat sebanyak butir-butir hujan, tajalli ar-Rahman sebanyak titis-titisnya dan hikmah-hikmah sebanyak renjisan/percikannya.dan titis-titis yang menawan, halus/lembut dan berkat itu dijadikan dengan sangat tersusun dan cantik/indah sehingga, khususnya ketulan ais yang datanh di musim panan dihantar dan turun dengan sukatan dan susunan yang sangat terperinci sehingga angin-angin deras yang berputar dan berlanggar dengan benda-benda besar tidak merosakkan perkiraan dan susunan mereka, tidak menjadikan titis-titis berlanggar dengan satu sama lain dan berhimpun tidak menjadi butiran yang berbahaya. Seperti ini semua, air ini yang terbentuk daripada dua unsur yang ringkas seperti hidrogen dan oksigen yang ringkas, kaku dan tiada perasaan yang diperkerjakan dalam banyak kerja-kerja yang berhikmah, terutamanya pada benda-benda hidup, digunakan dalam ratusan ribu khidmat dan ciptaan yang berhikmah dan ada perasaan. Maknanya hujan yang merupakan mata air rahmat yang telah berbentuk/bertubuh hanya dibuat dalam/pada khazanah ghaib rahmat ar-Rahmanur Rahim. Melalui penurunannya secara maddah/topikal ia mentafsirkan ayat [وَهُوَ الَّذ۪ى يُنَزِّلُ الْغَيْثَ مِنْ بَعْدِ مَا قَنَطُوا وَيَنْشُرُ رَحْمَتَهُ].
Kemudian pengembara itu mendengar guruh dan memandang petir/kilat. Di samping dua kejadian ajaib di udara ini secara sepenuhnya mentafsirkan ayat يُسَبِّحُ الرَّعْدُ بِحَمْدِه۪]] dan [وَيَكَادُ سَنَا بَرْقِهِ يَذْهَبُ بِالْاَبْصَارِ] secara maddi, ia memberitahu bahawa hujan sedang datang/akan turun lalu ia memberikan khabar gembira kepada semua yang berhajat. Ya, melalui keadaan-keadaannya yang berhikmah dan menakjubkan seperti mempercakapkan udara dengan suara gempita yang hebat daripada tiada secara tiba-tiba, memenuhkan ruang udara yang gelap dengan cahaya melalui cahaya dan api yang luarbiasa dan mengapikan awan-gemawan yang seperti gunung, umpama kapas dan ibarat pam ais, salji dan air menghentam/mengetuk kepala insan ghafil yang bawah kepala seperti tukul.
Angkatlah kepalamu, pandanglah kepada kerja-kerja hebat Zat yang al-Fa’al dan berkuasa yang mahu memperkenalkan diri-Nya. Sebagaimana kamu tidak terbiar, kejadian-kejadian ini juga tidak mungkin terbiar. Setiap satunya diperlarikan di belakang tugas-tugas yang sangat berhikmah. Justeru pengembara yang teruja/tertanya-tanya ini mendengar penyaksian/pengakuan hakikat yang tinggi dan terang yang terdiri daripada taskhir awan di ruang udara, daripada tasrif angin, daripada tanzil dan daripada tadbir peristiwa-peristiwa/ kejadian-kejadian di udara lalu melafazkan Amantu Billah. Fikrah
[لَٓا اِلٰهَ اِلَّا اللّٰهُ الْوَاجِبُ الْوُجُودِ الَّذ۪ى دَّلَ عَلٰى وُجُوبِ وُجُودِهِ الْجَوُّ بِجَم۪يعِ بِشَهَادَةِ مَا فِيهِ عَظَمَةِ اِحَاطَةِ حَق۪يقَةِ التَّسْخ۪يرِ وَ التَّصْر۪يفِ وَ التَّنْز۪يلِ وَ التَّدْب۪يرِ الْوَاسِعَةِ الْمُكَمَّلَةِ بِالْمُشَاهَدَةِ]
pada maqam pertama mengifadahkan penyaksian pengembara ini mengenai ruang udara yang disebutkan.
89. Page
Peringatan: saya memang mahu menjelaskan sebahagian tiga puluh tiga martabat tauhid yang disebutkan dalam maqam pertama, tetapi dari sudut keadaan dan hal saya sekarang ini tidak membenarkannya/mengizinkannya, maka saya terpaksa berpada hanya dengan burhan dan terjemahannya yang sangat ringkas. Oleh kerana dalam setiap risalah sebahagian martabat daripada tiga puluh tiga martabat ini telah diterangkan melalui dalil-dalilnya dan dalam bentuk yang berbeza-beza dalam tiga puluh bahkan seratus risalah-risalah Risalatun Nur, maka perinciannya telah dipindahkan ke sana.
Kemudian, melalui lisanul halnya bebola bumi berkata kepada tetamu yang berfikir yang terbiasa dengan pengembaraan imaginasi itu bahawa: mengapa kamu mengembara/menjelajah/bersiar-siar di langit, cakerawala dan di ruang udara? Mari, saya akan memperkenalkanmu kepadamu apa yang kamu cari. Pandanglah kepada tugas-tugas yang aku lakukan dan bacalah lembaran-lembaranku. Dia pun memandang dan nampak bahawa seperti seorang maulawi yang jazbah, melalui dua pergerakanna, ia melukis/mencoret satu bulatan dan medan mahsyar agung yang menjadi asas kepada kejadian hari, tahun dan musim di sekitarnya/sekelilingnya. Dengan mengambil seratus ribu jenis benda hidup berserta semua rezeki dan keperluannya ke dalamnya, ia adalah kapal Rabbani yang hebat dan ditugaskan memperjalankan semua benda hidup di lautan udara dan belayar di sekeliling matahari dengan kesempurnaan / penuh imbangan dan susunan.
Kemudian dia memandang kepadalembaran-lembarannya dan nampak bahawa setiap mukasurat pada bab-babnya memperkenalkan Rabb dunia melalui ribuan ayatnya. Oleh kerana dia tidak menemui waktu untuk membaca keseluruhannya, maka dia hanya memandang kepada pewujudan dan pentadbiran dalam musim bunga benda hidup yang merupakan satu lembaran dan menyaksikan bahawa rupa bentuk anggota yang tidak terkira bagi seratus ribu jenis, dibuka dengan sangat tersusun daripada satu bahan yang ringkas dan dididik dengan penuh kerahiman kemudian secar penuh mukjizat ia memberi sayap-sayap kecil kepada sebahagian benih-benihnya lalu dibiakkan dengan cara/bentuk bagaikan diterbangkan. Diuruskan dengan penuh kepekaan, dibela dan diberi makan dengan penuh kasih sayang dan disampaikan/dihantar rezeki yang tidak terkira, bermacam-macam, lazat dan manis daripad tiada, dari tanah yang kering, dari akar-akar yang menyerupai satu sama lain dan perbezaannya sedikit serta seperti tulang, daripada biji-bijian dan daripada titis-titis air dengan penuh kerahiman dan keprihatinan. Bagaikan satu gerabak, setiap musim bunga dipenuhi/dimuatkan dengan seratus ribu jenis makanan dan keperluan lalu dihantar kepada benda hidup dengan penuh tersusun. Terutamanya menghantar tin-tin/kotak-kotak susu yang dihantar kepada anak-anak kecil di dalam paket-paket rezeki dan tiub-tiub susu manis yang ditapis/diperah daripada/dalam hati para ibu yang pengasih itu, kelihatan di dalam kasih-sayang, marhamah dan hikmah sebanyak itu sehingga secara jelas mengisbatkan bahawa ia adalah tajalli rahmat dan kurniaan ar-Rahmanur Rahim yang sanat pengasih dan prihatin.
Hasilnya: dengan memperlihatkan seratus ribu contoh dan perumpamaan Hasyir agung, sebagaiman lembaran kehidupan musim bunga ini mentafsirkan ayat [فَانْظُرْ اِلَى آثَارِ رَحْمَتِ اللّٰهِ كَيْفَ يُحْيِى الْاَرْضَ بَعْدَ مَوْتِهَا اِنَّ ذٰلِكَ لَمُحْيِى الْمَوْتَى وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْئٍ قَدِيرٌ] dengan amat jelas secara maddi, ayat ini juga mengifadahkan makna-makna hebat
90. Page
lembaran ini. Dia memahami bahawa dengan semua lembarannya, dunia/bumi melafazkan [لَا اِلٰهَ اِلَّا هُوَ] yang pada nisbah kebesaran dunia dan kekuatannya. Justeru, melalui penyaksian ringkas ole satu wajah daripada dua puluh wajah satu lembaran daripada lembaran-lembaran besar bebola bumi yang melebihi dua puluh, sebagai makan penyaksian pengembara itu pada lembaran-lembaran wajah yang lain dan untuk mengifadahkan penyaksian-penyaksiannya itu, maka telah disebut pada martabat ketiga maqam pertama seperti berikut:
لَٓا اِلٰهَ اِلَّا اللّٰهُ الْوَاجِبُ الْوُجُودِ الَّذ۪ى دَّلَ عَلٰى وُجُوبِ وُجُودِه۪ ف۪ى وَحْدَتِه۪ الْاَرْضُ بِجَم۪يعِ مَا ف۪يهَا وَ عَلَيْهَا بِشَهَادَةِ عَظَمَةِ اِحَاطَةِ حَقِيقَةِ التَّسْخ۪يرِ وَ التَّدْبِيرِ وَ التَّرْب۪يَةِ وَ الْفَتَّاحِيَّةِ وَ تَوْز۪يعِ الْبُذُورِ وَ الْمُحَافَظَةِ وَ الْاِدَارَةِ وَالْاِعَاشَةِ لِجَم۪يعِ ذَوِى الْحَيَاةِ وَ الرَّحْمَانِيَّةِ الْعَامِلَةِ الشَّامِلَةِ الْمُكَمَّلَةِ بِالْمُشَاهَدَةِ
Kemudian, apabila pengembara yang mutafakkir itu membaca setiap muka surat, keimanan yang merupakan anak kunci kebahagiaan dikuatkan dan makrifah yang merupakan miftah peningkatan maknawi bertambah dan hakikat al-imanu billah yang merupakan asas dan sumber semua kesempurnaan terbongkar/terdedah suatu tahap lalu apabila dia memberikan banyak kenikmatan dan kelazatan maknawi, oleh kerana ia membangkitkan keterujaan dengan kuat/deras/bersangatan, maka apabila ia berkata [هَلْ مِنْ مَز۪يدْ] walaupun telah mendengar pengajaran-pengajaran langit, udara dan bumi yang sempurna dan muktamad, dia mendengar zikir-zikir deruan lautan dan sungai-sungai besar yang mengasyikkan dan suara-suaranya yang sayu dan merdu. Melalui lisanul hal dan lisanul maqal mereka berkata : “pandanglah kepada kami dan bacalah kami juga.” Maka dia pun memandang dan nampak bahawa lautan yang pada fitrah sentiasa bergelora, diserakkan, ditumpahkan dan menguasai secara hidup menakluk bumi lalu, walaupun diperlarikan bersama-sama bumi dalam satu pusingan sejauh dua puluh lima ribu tahun dalam setahun dalam bentuk yang sangat laju, mereka tidak pernah berserak, tumpah dan juga tidak pernah melampaui tanah/daratan yang merupakan jiran mereka. Maknanya mereka berhenti, berjalan/bersiar/beredar dan dipelihara dengan perintah dan kekuatan Zat yang sangat berkuasa dan agung.
Kemudian dia melihat ke dalam/dasar laut, dia nampak bahawa, selain daripada permata-permata yang sangat cantik, menawan dan tersusun, pemberian makanan ribuan jenis haiwan dan pengurusannya serta kelahiran dan kematian mereka adalah sangat tersusun, rezeki dan makanan mereka yang diberikan daripada air yang pahit/masin adalah sangat sempurna sehingga secara jelas mengisbatkan bahawa ia berlaku dengan pengurusan dan pemberian makanan oleh al-Qadir Zuljalal danar-Rahim Zuljamal.
Kemudian, tetamu itu memandang kepada sungai-sungai dan nampak bahawa manfaat-manfaat, tugas-tugas, hasil dan alirannya adalah sangat berhikmah dan penuh kerahmatan lalu secara jelas mengisbatkan bahawa semua sungai, mata air, kali dan sungai-sungai besar keluar/muncul/terbit dan mengalir daripada khazanah rahmat ar-Rahman Zuljalali wal Ikram. Hatta, ia dimanfaatkan dan digunakan dengan begitu luar biasa sehingga telah diriwayatkan bahawa “empat batang sungai datang dari syurga...” yakni, oleh kerana mereka mengatasi semua sebab zahir, maka maknanya ialah, mereka mengalir dari khazanah sebuah syurga yang maknawi dan hanya daripada limpahan sumber yang ghaib dan tidak luak.
Contoh: Sungai Nil Mubarak yang mengubah negara padang pasir Mesir kepada sebuah syurga mengalir secara berterusan tanpa henti/luak seperti sebuah lautan
91. Page
kecil dari sebuah gunung bernama Jabal Qamar (Gunung Bulan). Sekiranya penghasilannya selama enam bulan dikumpul dan dibekukan dalam bentuk gunung, ia akan menjadi lebih besar daripada gunung itu. Walhal tempat dan gudang yang bercambah kepadanya daripada gunung itu tidak boleh menjadi satu bahagian daripada enam bahagiannya. Hasil-hasilnya pula, hujan yang sangat sedikit turun/datang ke kawasan yang panas itu dan sangat sedikit pergi ke simpanan kerana tanah yang kehausan cepat menelannya, sudah tentu kerana tidak dapat memelihara imbangan yang luas itu, riwayat bahawa Nil yang Mubarak itu terbit/muncul dari syurga yang ghaib di atas/mengatasi/melangkaui adat bumi, mengifadahkan suatu hakikat yang sangat bermakna dan indah.
Justeru, dia telah melihat satu daripada seribu hakikat dan penyaksian lautan dan sungai yang seperti lautan. Dia memahami bahawa kesemuanya secara ijma’ berkat/menyebut لَا اِلٰهَ اِلَّا هُوَ dengan kekuatan pada nisbah keluasan lautan dan memperlihatkan para saksi sebanyak makhluk lautan kepada penyaksian ini. Pada makna mengifadahkan dengan cara menghendaki semua penyaksian lautan dan sungai, telah disebutkan pada martabat keempat Maqam pertama seperti berikut:
[لَٓا اِلٰهَ اِلَّا اللّٰهُ الْوَاجِبُ الْوُجُودِ الَّذِى دَلَّ عَلَى وُجُوبِ وُجُودِهِ فِى وَحْدَتِهِ جَمِيعِ الْبِحَارِ وَ الْاَنْهَارِ بِجَمِيعِ مَا فِيهَا بِشَهَادَةِ عَظَمَةِ اِحَاطَةِ حَقِيقَةِ التَّسْخِيرِ وَ الْمُحَافَظَةِ وَ الْاِدِّخَارِ وَ الْاِدَارَةِ الْوَاسِعَةِ الْمُنْتَظَمَةِ بِالْمُشَاهَدَةِ]
Kemudian gunung-ganang dan padang-padang pasir memanggil pengembara yang berada dalam perjalanan fikiran itu dan berkata: “baacalah juga lembaran kami!” dia pun memandang dan nampak bahawa tugas-tugas menyeluruh gunung-ganang dan khidmat-khidmat umumnya adalah sangat agung dan berhikmah dan meninggalkna/menyebabkan akakl-akal berada dalam kehairanan. Contoh: Kemunculan gunung-ganag daripada/dari bumi dengan perintah Rabbani dan dengan menenangkan debaran, kemarahan dan kebencian bumi yang lahir daripada perubahan dalaman di perut bumi melalui kemunculannya, maka melalui letusan dan rongga gunung-ganang itu bumi bernafas lalu terselamat daripada gegaran yang berbahaya dan gempa yang bermusibah kemudian ia tidak merosakkan kerehatan para penghuni pada tugas pusingan/rondaannya. Maknanya sebagaimana tiang-tiang kapal dibina diatasnya untuk mencegahnya daripada kegoncangan dan untuk memelihara imbangannya, sama seperti itu jugamelaui banyak ayat al-Quran seperti [وَ الْجِبَاَلَ اَوْتَادًا] [وَ الْجِبَاَلَ اَرْسَيهَا] [وَاَلْقَيْنَا فِيهَا رَوَاسِىَ] berfirman tentang gunung-ganang menjadi tiang-tiang yang berkhazanah untuk bahtera bumi pada makna ini.
Contohnya lagi, setiap jenis sumber, air, galian, unsur dan ubat yang diperlukan oleh benda hidup di dalam/di atas gunung-ganang telah dihimpun, disediakan dan dirapikan dengan cara yang sangat berhikmah, peka, pemurah dan berhati-hati sehingga secara jelas boleh mengisbatkan bahawa mereka adalah khazanah, gedung dan petugas al-Qadir yang qudrat-Nya tiada batasan dan hikmah-Nya tidak terhingga. Begitulah dia memahaminya. Dengan mengkiaskan yang selainnya kepada dua permata daripada tugas dan hikmah-hikmah padang pasir dan gunung-ganang yang sebanyak gunung, penyaksian yang dibawa oleh mereka melalui semua hikmah gunung-ganang dan padang-pasir terutamanya dari sudut penggunaannya secara berhati-hati dan tauhid لَا اِلٰهَ اِلَّا هُوَ yang dinyatakan oleh mereka, dia melihatnya adalah pada kekuatan gunung-ganang dan kekukuhannya,
92. Page
seluas dan sebesar padang pasir, lalu berkata Amantu Billah. Justeru untuk mengifadahkan makna ini, pada martabat kelima maqam pertama telah disebutkan:
[لَٓا اِلٰهَ اِلَّا اللّٰهُ الْوَاجِبُ الْوُجُودِ الَّذِى دَلَّ عَلٰى وُجُوبِ وُجُودِه۪ جَمِيعُ الْجِبَالِ وَ الصَّحَارٰى بِجَم۪يعِ مَا ف۪يهَا وَ عَلَيْهَا بِشَهَادَةِ عَظَمَةِ اِحَاطَةِ حَق۪يقَةِ الْاِدِّخَارِ وَ الْاِدَارَةِ وَ نَشْرِ الْبُذُورِ وَ الْمُحَافَظَةِ وَ التَّدْبِيرِ الْاِحْتِيَاطِيَّةِ الرَّبَّانِيَّةِ الْوَاسِعَةِ الْعَامَّةِ الْمُنْتَظَمَةِ الْمُكَمَّلَةِ بِالْمُشَاهَدَةِ
Kemudian, ketika pengembara itu bersiar di gunung-ganang dan padang pasir melalui fikiran, pintu alam pokok dan tumbuhan telah terbuka kepada fikirannya. Mereka memanggailnya ke dalam. Mereka telah berkata “mari! Bersiarlah juga di daerah kami. Bacalah juga tulisan-tulisan kami! Maka dia pun telah masuk dan nampak bahawa mereka telah membentuk satu majlis tahlil dan tauhid serta halaqah zikir dan kesyukuran. Daripada lisanul hal mereka dia memahami bahawa semua jenis pokok dan tumbuhan bagaikan bersama-sama menyebut/melafazkan لَا اِلٰهَ اِلَّا اللّٰهِ secara ijma’. Ini kerana, melalui lidah daun-daun mereka yang ada sukatan/teratur dan fasih serta melalui kata-kata bunga-bunga mereka yang menarik dan lancar serta bersama-sama kalimah buah-buahan mereka yang tersusun dan berbalaghah, dia telah melihat bahawa semua pohon dan tumbuhan yang berbuah membawa penyaksian yang penuh tasbih dan penyucian dan telah nampak tiga hakikat yang memberi petunjuk dan penyaksian kepada apa yang mereka katakan.
Pertama: Sebagaimana pada setiap satunya mana dan hakikat in’am dan ikram yang qasdi, ihsan dan imtinan yang ikhtiari dalam bentuk yang sangat jelas/zahir, dalam himpunannya juga kelihatan seperti cahaya matahari ketika ia menyinsing/terbit.
Kedua: Makna dan hakikat tamyiz dan tafriq yang qasdi dan berhikmah serta tazyin dan taswir yang ikhtiari dan penuh kerahiman yang tiada sebarang sudut kemungkinan diserahkan kepada tasaduf/kebetulan kelihatan dengan jelas seperti siang pada jenis-jenis dan setiap diri/orang serta memperlihatkan bahawa ia adalah kesan/karya dan ukiran as-Saniul Hakim.
Ketiga: rupa bentuk ciptaan/masnuat yang tidak terhitung yang seratus ribu macam dan dalam jenis dan bentuk yang berbeza-beza itu, di samping sangat tersusun, teratur dan berhias,
Terbuka dan terbelahnya bentuk semua anggota dua ratus ribu jenis itu daripada benih-benih dan butiran-butiran kecil yang mahdud/terbatas dan ma’dud/boleh dibilang, yang satu sama lainnya sama, ringkas dan kaku, satu sama lainnya serupa atau sedikit berbeza dan bercampur dalam keadaan yang berasingan, tersusun, berbeza-beza, seimbang, hidup, berhikmah, tanpa kesalahan dan kesilapan pula adalah satu hakikat yang sangat hebat sehingga ia adalah lebih terang daripada matahari. Dia mengetahui bahawa terdapat saksi-saksi sebanyak bunga, buah, daun dan maujudat musim bunga mengisbatkan hakikat itu. Lalu dia berkata/mengucapkan اَلْحَمْدُ لِلّٰهِ عَلٰى نِعْمَةِالْا۪يمَانِ
Justeru, dengan makna mengifadahkan hakikat-hakikat dan penyaksian-penyaksian yang disebutkan ini, pada martabat keenam Maqam Pertama telah disebutkan
[لَٓا اِلٰهَ اِلَّا اللّٰهُ الْوَاجِبُ الْوُجُودِ الَّذِى دَلَّ عَلٰى وُجُوبِ وُجُود۪ه۪ فِى وَحْدَتِه۪ اِجْمَاعُ بِجَمِيعِ اَنْوَاعِ الْاَشْجَارِ وَ النَّبَاتَاتِ الْمُسَبِّحَاتِ النَّاطِقَاتِ بِكَلِمَاتِ اَوْرَاقِهَا الْمَوْزُونَاتِ الْفَصِيحَاتِ وَ اَزْهَارِهَا الْمُزَيَّنَاتِ الْجَزِيلاَتِ وَ اَثْمَارِهَا الْمُنْتَظَمَاتِ الْبَلِيغَاتِ بِشَهَادَةِ عَظَمَةِ اِحَاطَةِ حَق۪يقَةِ الْاِنْعَامِ وَ الْاِكْرَامِ وَ الْاِحْسَانِ بِقَصْدٍ وَ رَحْمَةٍ وَ
93. Page
حَق۪يقَةِ التَّمْي۪يزِ وَ التَّزْي۪ينِ وَ التَّصْو۪يرِ بِاِرَادَةٍ وَ حِكْمَةِ مَعَ قَطْعِيَّةِ دَلاَلَةِ حَق۪يقَةِ فَتْحِ جَم۪يعِ صُوَرِهَا الْمَوْزُونَاتِ الْمُزَيَّنَاتِ الْمُتَبَايِنَةِ الْمُتَنَوِّعَةِ الْغَيْرِ الْمَحْدُودَةِ مِنْ نُوَاتَاتٍ وَ حَبَّاتٍ مُتَمَاثِلَةٍ مُتَشَابِهَةٍ مَحْصُورَةٍ مَعْدُودَةٍ]
Kemudian, pengembara dunia yang teruja dan semakin bertambah kenikmatan dan keseronokan melalui peningkatan yang berada dalam perjalanan secara fikiran itu datang setelah mengambil sejambak makrifah dan keimanan daripada taman musim bunga sebanyak musim bunga, pintu alam haiwan dan burung terbuka kepada akalnya yang melihat hakikat dan fikirannya yang tahu makrifah. Mereka memanggilnya ke dalam dengan seratus ribu suara yang berbeza-beza dan bahasa yang bermacam-macam. Merka berkata silakan. Dia pun masuk dan nampak bahawa semua jenis, kelompok dan bangsa haiwan dan burung melafazkan لَا اِلٰهَ اِلَّا هُوَ melalui lisanul maqal dan lisanul hal mereka secara sepakat lalu mengubah rupa muka bumi menjadi sebuah dewan zikir dan sebuah majlis tahlil yang agung. Dia melihat bahawa setiap mereka yang masing-masing sememangnya ibarat qasidah Rabbani, kalimah Subhani dan huruf Rahmani yang bermakna berada dalam keadaan menyifatkan dan memuja muji as-Sani’ mereka. Seolah-olah perasaan, deria, kelengkapan, anggota dan alat-alat haiwan dan burung-burung itu adalah kalimah-kalimah yang teratur dan mauzun/kemas dan kata-kata yang tersusun dan sempurna. Dia menyaksikan tiga hakikat yang besar dan luas yang secara muktamad menunjukkan bahawa melalui semua ini mereka telah mendatangkan kesyukuran kepada al-Khallaq dan ar-Razzaq dan pengakuan kepada keesaan-Nya.
Pertama: Hakikat pewujudan daripada tiada secara penuh hikmah, rekaan penuh kesenian, penciptaan dan pembinaan yang penuh pilihan dan penuh kealiman, pemberian roh/nyawa yang memperlihatkan tajalli ilmu, hikmah dan iradah dari dua puluh sudut dan menghidupkan yang tidak mungkin diserahkan kepada kebetulan/tasaduf yang lintang-pukang, kekuatan yang buta dan tabiat yang tiada perasaan dari mana-mana sudut yang merupakan satu burhan yang jelas yang mempunyai saksi sebanyak bilangan benda bernyawa menjadi saksi kepada kewajiban wujud, sifat yang tujuh dan keesaan Zat al-Hayyul Qayyum.
Kedua: daripada tamyiz, tazyin dan taswir masnuat yang tidak terkira itu yang dari segi rupa berbeza daripada satu sama lain dan berhias, dari segi bilanagn/kadar adalah teratur dan dari segi bentuk adalah tersusun, kelihatan satu hakikat yang sangat agung dan kuat iaitu: tiada sesuatupun selain daripada al-Qadiru Kulli Syai’ dan al-Alimu Kulli Syai’ mampu menjadi pemilik perbuatan yang merangkumi/meliputi segalanya yang memperlihatkan ribuan kehebatan dan hikmah dari setiap sudut dan tiada sebarang kemungkinan dan kebarangkalian untuk itu.
Ketiga: membuka dan menetaskan/membelah bentuk-bentuk haiwan yang tidak terhitung daripada telur, telur kecil dan daripada titisan air yang dipanggil nutfah/mani yang terbatas dan terhad yang seperti dan persis satu sama lain atau sedikit berbeza atau serupa dengan satu sama lain yang terdapat dalam ratusan ribu aneka jenis dan pada bentuk/perihal masing-masing adalah mukjizat hikmah dengan cara yang sangat tersusun, seimbang dan tanpa kesilapan adalh satu hakikat yang sangat terang sehingga surat akuan dan dalil sebanyak bilangan haiwan boleh menerangi hakikat itu.
Justeru, dengan kesepakatan tiga hakikat ini/di atas, dia melihat bahawa semua jenis haiwan dalam bentuk bersama-sama melafazkan لَا اِلٰهَ اِلَّا هُوَ yang sangat hebat lalu mendatangkan syahadah sehingga muka bumi seolah-olah insan yang besar dan
94. Page
dengan menyebut لَا اِلٰهَ اِلَّا هُوَ pada nisbah kebesarannya, mereka memperdengarkannya kepada penghuni langit lalu orang itu mendapat satu pengajaran yang sempurna. Maka untuk mengifadahkan hakikat-hakikat yang disebutkan ini, telah dikatakan pada martabat ketujuh Maqam pertama seperti berikut:
[لَٓا اِلٰهَ اِلَّا اللّٰهُ الْوَاجِبُ الْوُجُودِ الَّذِى دَلَّ عَلٰى وُجُوبِ وُجُود۪ه۪ فِى وَحْدَتِه۪ اِتِّفَاقُ جَمِيعِ اَنْوَاعِ الْحَيْوَانَاتِ وَ الطُّيُورَاةِ الْحَامِدَاتِ الشَّاهِدَاتِ بِكَلِمَاتِ حَوَاسِّهَا وَ قُوَاهَا وَ حِسِّيَّاتِهَا وَ لَطَائِفِهَا الْمَوْزُونَاتِ الْمُنْتَظَمَاتِ الْفَص۪يحَاتِ وَ بِكَلِمَاتِ جِهَازَاتِهَا وَ جَوَارِحِهَا وَ اَعْضَائِهَا وَاٰلاَتِهَا الْمُكَمَّلَاتِ الْبَل۪يغَاتِ بِشَهَادَةِ عَظَمَةِ اِحَاطَةِ حَقِيقَةِ اَلْا۪يجَادِ وَ الصُّنْعِ وَ الْاِبْدَاعِ بِالْاِرَادَةِ وَ حَق۪يقَةِ التَّمْي۪يزِ وَ التَّزْي۪ينِ بِالْقَصْدِ وَ حَق۪يقَةِ التَّقد۪يرِ وَ التَّصْو۪يرِ بِالْحِكْمَةِ مَعَ قَطْعِيَّةِ دَلاَلَةِ حَق۪يقَةِ فَتْحِ جَم۪يعِ صُوَرِهَا الْمُنْتَظَمَةِ الْمُتَخَالِفَةِ الْمُتَنَوِّعَةِ الْغَيْرِ الْمَحْصُورَةِ مِنْ بَيْضَاتٍ وَ قَطَرَاتٍ مُتَمَاثِلَةٍ مُتَشَابِهَةٍ مَحْصُورَةٍ مَحْدُودَةٍ]
Kemudian, untuk pergi lebih jauh di dalam martabat makrifat Ilahi yang tiada sempadan dan kenikmatan serta nur-nurnya yang tiada penghujung, ketika pengembara yang kuat berfikir itu mahu memasuki alam insan dan dunia manusia, mula-mula para Anbiya’ telah menjemputnya ke dalam. Maka dia pun masuk. Mula-mula dia memandang kepada rumah masa lalu dan dia nampak bahawa semua para Rasul yang merupakan golongan manusia yang paling nurani dan paling sempurna secara ijma’ bersama-sama melafazkan لَا اِلٰهَ اِلَّا هُوَ dan berzikir. Dia melihat bahawa melalui kekuatan mukjizat mereka yang tiada batasan yang sangat tenang dan diakui, mereka mendakwa/menyeru kepada ketauhidan. Untuk mengeluarkan manusia daripada martabat kehaiwanan kepada darjat kemalaikatan, mereka menyeru dan mengajar mereka tentang al-Imanu billah. Maka dia juga bersimpuh duduk untuk belajar di madrasah nurani itu.
Dia melihat bahawa, oleh kerana terdapat mukjizat-mukjizat yang menjadi lambang pembenaran/kebenaran yang di berikan oleh al-Khaliqul Kainat pada tangan setiap seorang guru itu yang merupakan manusia-manusia masyhur yang paling tinggi dan paling ternama, dan oleh kerana satu golongan dan satu umat dari kalangan manusia membenarkan dan telah beriman melalui perkhabaran setiap mereka, dia dapat mengkiaskan betapa kuat dan muktamadnya hakikat yang telah diputuskan dan dibenarkan oleh seratus ribu zat yang bersungguh-sungguh/serius/tulus dan betul itu. Dia memahami betapa ahli kesesatan yang mengingkari hakikat yang diakui dan diisbatkan melalui mukjizat tanpa batasan oleh para pengkhabar yang benar seramai ini melakukan satu kesilapan dan jenayah yang sangat besar dan sangat berhak kepada suatu azab yang sangat dahsyat. Dia juga tahu betapa hak dan benarnya mereka yang membenarkan dan beriman dengan mereka.
Maka satu lagi martabat keimanan kudus yang besar kelihatan kepadanya. Ya, selain daripada mukjizat tidak terkira yang ibarat pembenaran secara perbuatan daripada Allah Taala terhadap para nabi, selain daripada tamparan samawi yang sangat banyak yang memperlihatkan kebenaran mereka dan menimpa ke atas para penentangnya, selain daripada kesempurnaan peribadi dan pemakluman perkara yang benar yang menunjukkan bahawa mereka adalah hak, selain daripada kekuatan iman, kesungguhan yang sempurna, sikap sanggup berkorbanmereka dan kitap-kitap dan suhuf-suhuf suci yang berada di tangan mereka yang menjadi saksi bahawa mereka adalah benar dan selain daripada para pengikut dan para pelajar yang sangat
95. Page
ramai yang telah menemui hakikat, kesempurnaan dan cahaya/nur yang menjadi saksi bahawa merka adalah benar dan hak, ijma’, kesepakatan, tawatur, tawafuk dalam pengisbatan, persandaran dan kemuafakatan mereka dan para pengkhabar yang sangat bersungguh/beria-ia itu dalam masalah-masalah musbat/positif adalah suatu hujah dan kekuatan yang sangat kukuh bahawa tiada satu pun/sebarang kekuatan di dunia yang dapat menyanggahnya dan ia tidak meninggalkan/membiarkan sebarang keraguan dan kesangsian. Dia memahami bahawa pembenaran semua nabi juga termasuk di dalam rukun keimanan dan menjadi sumber kekuatan yang besar bagi pembenaran itu. Dia mendapat banayk limpahan keimanan daripada ajaran-ajaran mereka. Justeru, pada makna mengifadahkan pengajaran yang disebutkan oleh pengembara ini, dalam martabat kelapan Maqam pertama telah disebutkan:
[لآَاِلٰهَ اِلاَّاللّٰهُ الَّذ۪ى دَلَّ عَلٰى وُجُوبِ وُجُودِه۪ ف۪ى وَحْدَتِه۪ اِجْمَاعُ جَم۪يعِ الْاَنْبِيَاءِ بِقُوَّةِ مُعْجِزَاتِهِمُ الْبَاهِرَةِ الْمُصَدَّقَةِ الْمُصَدَّقَةَ
]
Kemudian, ketika pelajar berkelana yang mendapat satu kenikmatan hakikat yang tinggi daripada kekuatan iman itu datang dari majlis Para Nabi Alaihimussalam, melalui dalil-dalil muktamad dan kukuh para ulama yang dalam bentuk ilmal yaqin serta para muhakkik yang sangat luas imunya dan mujtahi yang disebut sebagai asfiya’ dan siddiqin yang mengisbatkan dakwah dan seruan para nabi telah memanggilnya ke kelas-kelas/madrasah mereka. Dia pun masuk dan melihat bahawa melalui perincaian-perincian mendalam yang tidak meninggalkan sebarang keraguan walau sebesar sehelai rambut oleh ribuan bijak pandai dan ratusan ribu muadkkik dan ahli tahkik yang tinggi mengisbatkan masalah-masalah keimanan musbat/positif yang dimulai dengan wujubul wujud dan keesaan.
Ya, walaupun persediaan dan maslak mereka adalah berlainan, kesepakatan sebulat suara mereka dalam usuk dan rukun keimanan serta persandaran setiap mereka kepada burhan-burhan yang kuat dan meyakinkan adalas satu hujah yang kukuh sehingga jika sekiranya adalah mungkin untuk menjadi empunya kebijaksanaan dan kemampuan akal setahap bilangan/kumpulan mereka dan memiliki burhan sebanyak burhan mereka, maka barulah mereka dapat disanggah. Jika tidak, para pengingkar itu hanya boleh menyanggah mereka hanya dengan kejahilan, kebodohan dan pengingkaran serta dengan cara berdegil dan menutup/memejamkan mata dalam masalah-masalah manfi yang tidak dapat diisbatkan. Mereka yang menutup/memejamkan mata menyebabkan siang menjadi malam hanya kepada diri sendiri. Di madrsah/kelas yang hebat dan luas ini, pengembara ini mengetahui bahawa nur-nur yang disebarkan oleh guru-guru yang mulia dan luas ilmunya ini telah menerangi separuh bumi lebih daripada seribu tahun. Dia menemui satu kekuatan/deria maknawi yang begitu hebat sehingga jika semua ahli ingkar berhimpun, ia tidak akan mengelirukan dan menggoyahkannya. Justeru, sebagai satu isyarat pendek kepada apa yang dipelajari oleh pengembara ini daripada kelas/madrasah tersebut maka dalam martabat kesembilan Maqam Pertama telah disebutkan:
[لَٓا اِلٰهَ اِلَّا اللّٰهُ الَّذ۪ى دَلَّ عَلٰى وُجُوبِ وُجُودِه۪ ف۪ى وَحْدَتِه۪ اِتِّفَاقِ جَمِيعِ الْاَصْفِيَائِ بِقُوَّةِ بَرَاه۪ينِهِمِ الظَّاهِرَةِ الْمُحَقَّقَةِ الْمُتَّفِقَةِ]
Kemudian , ketika pengembara yang banyak berfikir yang sangat rindu untuk melihat nur-nur dan rasa-rasa pada kelebihkuatan keimanan dan perkembangannya/kemajuannya serta pada pendakian/peningkatan daripada tahap ilmal yakin ke tahap
96. Page
aynal yakin itu datang dari madrasah, ribuan dan jutaan mursyid suci yang berusaha kepada hakikat, yang sampai kepada hakikat dan yang mencapai ke tahap ilmal yakin di sebuah surau yang penuh limpahan dan bercahaya yang seluas padang pasir yang meluas kerana gabungan langgar dan zawiat kecil, di sebuah asrama persinggahan, di sebuah dewan zikir, di sebuah pusat bimbingan dan di bawah bayangan jalan besar Muhammad S.A.W. dan Mi’rajul Muhammad S.A.W. telah memanggilnya ke pintu. Dia pun masuk dan nampak bahawa sambil melafazkan لَا اِلٰهَ اِلَّا هُوَ secara sebulat suara dengan ijma’ dengan bersandarkan kepada kasyfiyat, penyaksian dan karomah mereka, para ahli kasyaf dan mursyid-mursyid yang ada karomah itu mengumumkan kewajiban dan keesaan Rabbani. Sebagaimana mengenali matahari melalui tujuh warna dalam cahayanya, dia menyaksikan secara aynal yakin bahawa satu hakikat yang diakui/ditandatangani dengan ijma’ dan kesepakatan oleh para cendekiawan yang suci dan para arifin yang nurani yang terdapat dalam tujuh puluh warna bahkan pada warna-warna yang beraneka macam yang terjelma daripada cahaya mentari keazalian sebanyak bilangan Asmaul Husna, dan dalam pelbagai warna yang bercahaya, dalam tariqat-tariqat hakiki yang bermacam-macam , pada maslak-maslak benar yang berlainan dan dalam masyrab-masyrab yang banyak jenis adalah sangat zahir dan jelas. dia melihat bahawa ijma para nami alaihimussalam, kesepakatan para asfiya’, muafakat para wali dan kesepakatan sekaligus tiga ijma’ ini adalah lebih terang daripada cahaya siang yang memperlihatkan matahari. Justeru, sebagai satu isyart pendek kepada limpahan yang diambil oleh pengembara/tetamu ini, dalam martabat kesepuluh Maqam Pertama telah disebutkan
[لَٓا اِلٰهَ اِلَّا اللّٰهُ الَّذ۪ى دَلَّ عَلٰى وُجُوبِ وُجُودِه۪ ف۪ى وَحْدَتِه۪ اِجْمَاعِ الْاَوْلِٓيَاءِ بِكَ شْفِيَّاتِهِمْ وَكَرَامَاتِهِمُ الظَّاهِرَةِ الْمُحَقَّقَةِ الْمُصَدَّقَةِ].
Kemudian dengan seluruh kekuatan dan latifahnya serta melalui fikiran ingin meningkat lebih tinggi dalam kekuatan iman dan percambahan makrifah, pengembara dunia yang mengetahui bahawa mahabbatullah yang lahir daripada iman kepada Allah dan makrifatullah adalah perkara terpenting dan terbesar bagi kesempurnaan insan bahakan sumber dan asas bagi kesempurnaan insan itu mengangkat kepalanya dan memandang ke langit. Dia berkata kepada akalnya sendiri. Memandangkan perkara yang paling bernilai di alam semesta ialah kehidupan dan maujudat alam semesta diperintah/ditugaskan untuk hidup dan memandangkan benda hidup yang paling bernilai ialah benda bernyawa dan benda bernyawa yang paling bernilai adalah makhluk yang ada perasaan dan memandangkan kerana kebernilaian ini, untuk membiakkan/memperbanyak benda hidup, setiap kurun dan setiap tahun bebola bumi dipenuhi dan dikosongkan. Sudah tentu dan semestinya, langit yang hebat dan berhias ini juga mempunyai penhuni dan penduduk yang sesuai dengannya yang terdiri daripada benda hidup, mempunyai roh dan ada perasaan. Maka peristiwa-peristiwa/kejadian-kejadian melihat para malaikat dan bercakap dengan mereka seperti kemunculan Jibril Alaihissalam yang dilihat oleh para sahabat R.A. di hadapan Nabi Muhammad S.A.W. dinukil dan driwayatkan sejak sekian lama dalam bentuk yang mutawatir. Ketika berfikir dengan berkata, “Jika begitu, kalaulah saya dapat bertemu juga dengan penghuni/ahli langit dan mengetahui apakah pada fikiran mereka kerana kata-kata yang paling penting tentang al-Khaliq alam semesta adalah kata-kata
97. Page
mereka...” tiba-tiba dia mendengar suara samawi seperti berikut: “Memandangkan kamu mahu berjumpa dengan kami dan mendengar ajaran kami, ketahuilah bahawa kamilah yang paling awal beriman dengan masalah-masalah keimanan yang datang dengan perantaraan kami mula-mula kepada Nabi Muhammad S.A.W. iaitu al-Quran Mukjizul Bayan dan kepada sekalian Rasul. Seterusnya dengan muncul dan kelihatan kepada manusia dan roh-roh baik yang dari kalangan kami, yanpa pengecualian dan secara sepakat menjadi saksi kepada kewajiban wujud, keesaan dan sifat-sifat kudus al-Khaliq alam semesta ini telah mengkhabarkannya dengan cara selari dan bertepatan dengan satu sama lain. Tawafuk dan tatabuk (ketepatan/keselarian) perkhabaran yang tiada had ini adalah satu pedoman kepadamu yang seperti matahari.” Dia tahu, begitulah kata-kata yang diucapkan mereka. Lalu nur keimananya telah bersinar. Dari bumi, dia telah naik ke langit. Justeru, sebagi satu isyarat pendek kepada pelajaran yang diambil oleh pengembara ini daripada para malaikat, pada martabat kesebelas Maqam pertama, telah disebutkan:
[لَٓا اِلٰهَ اِلَّا اللّٰهُ الْوَاجِبُ الْوُجُودِ الَّذ۪ى دَلَّ عَلٰى وُجُوبِ وُجُودِه۪ ف۪ى وَحْدَتِه۪ اِتِّفَاقِ الْمَلٓئِكَةِ الْمُتَمَثِّل۪ينَ لِاَنْظَارِ النَّاسِ وَ الْمُتَكَلِّم۪ينَ مَعَ خَوَاصِّ الْبَشَرِ بِاِخْبَارَاتِهِمُ الْمُتَطَابِقَةِ الْمُتَوَافِقَةِ]
Kemudian, ketika musafir yang penuh persoalan dan kerinduan itu mengharapkan satu kembara dan kupasan hakikat melalui mutalaah di alam ghaib dan hatta di alam barzah daripada lidah golongan yang terkhusus pada sudut alam syahadah, jasmani dan maddi serta daripada lisanul hal mereka, pintuakal yang mustaqim dan bercahaya serta hati yang sejahtera dan nurani yang berada pada setiap golongan manusia, menjadi buah alam semesta, ibarat benih insan dan berserta kekerdilannya boleh memanjang/menganjal seluas alam semesta secara maknawi telah ter/dibuka. Dia tengok bahawa mereka ialah barzah kemanusiaan di tengah alam ghaib dan alam syahadah dan oleh kerana dia nampak bahawa/melihat bahawa kerapatan dan muamalah dua alam dengan satu sama lain jika dinisbahkan kepada insan adalah berlaku pada noktah-noktah itu, maka dia telah berkata kepada hati dan akal hatinya sendiri. Katanya: Mari, jalan yang menuju hakikat adalah lebih pendek daripada perumpamaan kalian. Ia tidak seperti pelajaran yang kita dapat daripada lidah-lidah di jalan lain, bahkan melalui mutalaah kita, kita perlu beristifadah daripada penyifatan-penyifatan pada noktah keimanannya dan daripada cara dan warna-warnanya. Kemudian mutalaah pun bermula.
Dia melihat bahawa iktikad semua akal yang istiqamah dan bercahaya yang persediaan mereka sangat berlainan, mazhab mereka jauh dan berkhilaf daripada satu sama lain memiliki sifat dan kukuh pada iman dan tauhid itu bertawafuk dan sifat qanaah dan keyakinan mereka yang teguh dan tenang bertatabuk. Maknanya mereka telah bersandar kepada satu hakikat yang tidak berubah dan berpegang dengannya. Akar-akarnya pula telah memasuki hakikat yang teguh dan tidak terungkai. Jika begitu, ijma’ mereka pada noktah keimanan, kewajiban dan tauhid mereka ini ialah rantaian nurani yang tidak akan terungkai dan jendela bercahaya yang dibuka kepada hakikat.
Dia juga melihat bahawa kekasyafan dan penyaksian semua hati yang sejahtera dan nurani itu yang maslak mereka jauh daripada satu sama lain dan masyrab mereka bertentangan kepada satu sama lain yang sepakat, tenang dan menarik pada rukun keimanan adalah bertawafuk dengan satu sama lain. Di dalam tauhid pula ia muncul bertatabuk dengan satu sama lain. Maknanya, hati-hati bercahaya yang masing-masing merupakan singgahsana makrifah Rabbani yang kecil dan cermin as-Samad
98. Page
yang syumul ini adalah jendela-jendela yang dibuka di hadapan mentari hakikat dan adalah cermin teragung seperti laut yang semuanya secara sekata menjadi cerminan kepada matahari. Kesepakatan dan ijma’ mereka ini pada kewajiban, kewujudan dan keesaan adalah satu pedoman paling sempurna dan mursyid paling besar yang tiada keliruan dan tidak mengelirukan. Ini kerana tiada sebarang kemungkinan dan kebarangkalian dari mana-mana sudut bahawa waham selain daripada hakikat, fikiran yang tiada hakikat dan sifat yang tiada asal usul dapat memperdaya semua mata yang sangat besar dan tajam yang berterusan dan seteguh ini dan menyebabkan mereka tersalah. Dia memahami bahawa melalui akal yang telah rosak dan mereput yang memberi kebarangkalian kepada perkara ini para skeptis bodoh yang mengingkari alam semesta ini juga tidak akan redha dan akan menolaknya. Mereka telah berkata اٰمَنْتُ بِاللّٰهِ bersama dengan akal dan hati mereka. Justeru, sebagai satu isyarat pendek kepada makrifah keimanan yang telah diambil istifadah oleh pengembara ini daripada akal-akal mustaqim dan hati-hati bercahaya, pada martabat ketiga belas Maqam pertama telah disebutkan:
[لَٓا اِلٰهَ اِلَّا اللّٰهُ الْوَاجِبُ الْوُجُودِ الَّذِى دَلَّ عَلٰى وُجُوبِ وُجُودِه۪ ف۪ى وَحْدَتِهِ اِجْمَاعُ الْعُقُولِ الْمُسْتَق۪يمَةِ الْمُنَوَّرَةِ بِاِعْتِقَادَاتِهَا الْمُتَوَافِقَةِ وَ بِقَنَاعَاتِهَا وَ يَق۪ينَاتِهَا الْمُتَطَابِقَةِ مَعَ تَخَالُفِ الْاِسْتِعْدَادَاتِ وَ الْمَذَاهِبِ وَ كَذَا دَلَّ عَلٰى وُجُوبِ وُجُودِه۪ ف۪ى وَحْدَتِه۪ اِتِّفَاقُ الْقُلُوبِ السَّل۪يمَةِ النُّورَانِيَّةِ بِكَشْفِيَّاتِهَا الْمُتَطَابِقَةِ وَ بِمُشَاهَدَاتِهَا الْمُتَوَافِقَةِ مَعَ تَبَايُنِ الْمَسَالِكِ وَ الْمَشَارِبِ]
Kemudian, pengembara yang memandang ke alam ghaib dari dekat dan mengembara di dalam akal dan hati itu telah mengetuk pintu itu dengan fikiran yang tertanya-tanya tentang agaknya apakah kata alam ghaib. Yakni, memandangkan di alam jasmani alam syahadah ini, difahami bahawa satu Zat yang mahu memperkenalkan diri-Nya melalui masnuat tidak terkira yang secantik dan berseni setahap ini, mahu mempercintakan diri-Nya melalu nikmat tidak berpenghujung yang manis dan berhias setahap ini, yang mahu memberitahu tentang kesempurnaan tersembunyi-Nya melalui karya-karya tidak terkira-Nya yang bermukjizat dan mahir setahp ini, yang mengingini hasrat ini dalam bentuk perbuatan yang lebih zahir daripada kata-kata dan percakapan dan memberitahu melalui lisanul hal berada di sebalik tirai ghaib. Sudah tentu dan walau bagaiman sekalipun sebagaimana secara perbuatan dan keadaan, Dia juga bercakap dengan kata-kata dan percakapan, memperkenal dan mempercintakan diri-Nya. Dia berkata. “Jika begitu, kita perlu mengetahui-Nya dari sudut alam ghaib dan daripada kezahirannya. Hatinya telah masuk ke dalam dan dengan mata akalnya dia melihat bahawa hakikat wahyu melalui kezahiran yang sangat kuat berkuasa di setiap penjuru alam ghaib dan di setiap masanya. Penyaksian kewujudan dan ketauhidan yang sangat kuat daripada penyaksian alam semesta dan makhluk datang melalui/dengan hakikat-hakikat wahyu dan ilham dari al-‘Allamul Ghuyub. Dia tidak meninggalkan diri-Nya, kewujudan dan keesaan-Nya kepada penyaksian masnuat-Nya sahaja. Dia sendiri bercakap dengan kalam azali yang layak dengan diri-Nya. Kalam-Nya yang sedia/hadir dan segar melalui ilmu dan kudrat-Nya di setiap tempat juga adalah tiada penghujung. Sebagaimana makna kalam-Nya memberitahu tentang-Nya, percakapan-Nya juga memberitahu melalui sifat-Nya. Ya, melalui tawatur seratus ribu Rasul, melalui kespakatan perkhabaran mereka pada noktah penerimaan wahyu Ilahi, dan melalui petunjuk dan mukjizat-meukjizat kitab-kitab suci dan suhuf-suhuf samawi yang merupakan tanda penerimaan majoriti daripada bangsa manusia,
99. Page
pedomannya, ikutannya, buah wahyunya dan wahyu yang disaksikan, dia mengetahui bahawa tahakkuk dan kesabitan hakikat wahyu ke tahap yang terang. Dia memahami bahawa/tentang hakikat wahyu mengifadah dan melimpahkan lima hakikat suci.
Pertama: [اَلتَّنَزُّلاَتُ الْاِلٰٓهِيَّةُ ِالٰى عُقُولِ الْبَشَرِ]yang bermakna bercakap menurut/berdasarkan akal dan kefahaman manusia adalah tanazzul/wahyu Ilahi. Ya, Rabb yang mempercakapkan semua makhluk yang berroh dan mengetahui/memahmi percakapan mereka, sudah tentu campur tangan-Nya sendiri kepada percakapan-percakapan itu melalui percakapan-Nya juga adalah kehendak Rububiyyah.
Kedua: Zat yang mencipta alam semesta yang dari mula sampai akhir di dalam kehebatan untuk memperkenalkan diri-Nya melalui perbelanjaan tidak terkira sebegini dan memperucapkan kesempurnaan-Nya melalui ribuan lidah, sudah tentu akan memperkenalkan juga diri-Nya melalui kata-kata-Nya sendiri.
Ketiga: Sebagaimana Allah menerima munajat dan kesyukuran insan-insan hakiki yang merupakan maujudat paling terpilih, paling berhajat, paling manja dan paling merindu dengan perbuatan, menerima dengan melalui kalm-Nya juga adalah urusan penciptaan-Nya.
Keempat: Sifat bercakap (kalam) yang merupakan kelaziman yang perlu dan penjelmaan yang bercahaya bagi ilmu dan kehidupan sudah tentu pada Zat yang memiliki ilmu yang meluas dan kehidupan yang sarmadi akan ditemui dalam bentuk yang meluas dan sarmadi.
Kelima: Zat yang memberikan kelamahan dan kerinduan, kefakiran dan keperluan, kerisauan masa depan, mahabbah dan sanjungan kepada makhluk-makhluk-Nya yang paling menawan, pengasih, dan risau, paling berhakat kepada noktah sandaran, paling rindu untuk menemui pemilik dan al-Maliknya serta fakir dan lemah, sudah tentu merasakan kewujudan-Nya sendiri melalui percakapan-Nya kepada mereka adalah kehendak/kewajaran Uluhiyyah. Justeru, dia memahami bahawa petunjuk-petunjuk kepada kewujudan dan keesaan al-Wajibul Wujud melalui ijma’ semua wahyu samawi yang mengandungi hakikat-hakikat tanazzul Ilahi, taarruf Rabbani, penerimaan Rahmani, percakapan Subhani dan pewujudan rasa Samadani adalah satu hujah yang sangat kuat yang lebih kuat daripada penyaksian/pengakuan sinaran matahari pada waktu siang kepada matahari.
Kemudian dia memandang ke sudut ilham-ilham. Dia nampak bahawa sebenarnya dari satu sudut ia menyerupai wahyu dan sejenis mukalamah/percakapan Rabbani. Tetapi ada dua perbezaan.
Perbezaan Pertama: Kebanyakan wahyu yang lebih tinggi daripada ilham adalah melalui perantaraan malaikat dan kebanyakan ilham adalah tanpa perantaraan. Contoh: sebagaimana seorang raja mempunyai dua jenis percakapan dan perintah.
Pertama: dengan kelebihan/kemuliaan kehebatan kerajaan dan penguasaan umum, baginda mengahntar seorang pesuruhnya kepada gabenor/datuk bandar. Kadang-kadang, untuk memperlihatkan kehebatan kekuasaan dan kepentingan perintah baginda mengadakan perjumpaan/pertemuan bersama dengan perantara. Kemudian titah disampaikan.
Kedua: Percakapan khususnya melalui telefon khususnya yang bukan dengan gelaran sultan dan bukan atas nama raja umum, bahkan dengan petugas/khadam khas atau seorang rakyat umumnya yang mempunyai hubungan yang khusus dan muamalah yang juz’i dengan dirinya. Begitulah juga sebagaimana terdapat percakapan Sultan Azali melalui wahyu dengan nama Rabb seluruh alam
100. Page
dan gelaran pencipta alam semesta serta melalui ilham-ilham syumul yang melihat/melaksanakan khidmat wahyu, terdapat satu jenis percakapan-Nya menurut penerimaan/kemampuan setiap makhluk hidup dalam bentuk yang khusus tetapi di sebalik tabir melalui kemuliaan-Nya/kelebihan-Nya menjadi Rabb dan al-Khaliq setiap diri benda hidup.
Perbezaan Kedua: wahyu adalah tanpa bayangan, murni dan khusus untuk golongan khawas. Ilham pula ada bayangan, berwarna-warni dan umum. Ia menjadi tapak asas untuk memperbanyak kalimah Rabbani sebanyak titisan lautan melalui jenis-jenis ilham yang bermacam-macam dan sangat banyak seperti ilham malaikat, ilham manusia dan ilham haiwan. Dia memahami bahawa ia mentafsirkan satu wajah ayat [لَوْ كَانَ الْبَحْرُ مِدَادًا لِكَلِمَاتِ رَبّّ۪ى لَنَفِدَ الْبَحْرُ قَبْلَ اَنْ تَنْفَدَ كَلِمَاتُ رَبِّ۪ى]
Kemudian, dia memandang kepada perihal, hikmah dan penyaksian ilham. Dia nampak bahawa perihal, hikmah dan natijahnya terdiri daripada empat cahaya.
Pertama: Sebagaimana Tawaddudul Ilahi mempercintakan diri-Nya kepada makhluk dengan perbuatan, mempercint dengan kata-kata, kehadiran dan perbualan juga adalah kewajaran keWadudan dan keRahmanan.
Kedua: Sebagaimana Dia memberi jawapan kepada doa hamba-hamba-Nya dengan perbuatan, pemberian jawapan dengan kata-kata di sebalik tabir juga adalah urusan keRahiman.
Ketiga: Sebagaimana Dia memberi bantuan dengan perbuatan kepada permintaan bantuan, rintihan dan tadharru’ makhluk yang jatuh ke dalam ujian-ujian yang berat dan hal-hala yang dahsyat, membantu/menghantar bantuan melalui kata-kata ilham yang ibarat satu percakapan-Nya juga adalah kelaziman Rububiyyah.
Keempat: Sebagaimana Dia merasakan secara perbuatan tentang kewujudan, kehadiran dan penjagaan-Nya kepada masnu’-masnu’-Nya yang bernyawa yang sangat lemah, daif, fakir, berhajat, sangat perlu dan rindu untuk mencari/menemui al-Malik (Pemilik), al-Hami (Pelindung), al-Mudabbir (Pentadbir) dan al-Hafiz (Pemelihara)nya, merasakan kehadiran dan kewujudan-Nya melalui telefon hatinya yang berdasarkan kemampuannya dengan kata-kata yang terkhusus pada tabir sebahagian ilham yang benar yang dikira sebagai sejenis mukalamah Rabbani dan pada sudut khas yang memandangkepada makhluk juga adalah kewajaran yang perlu dan wajib bagi kasih-sayang Uluhiyyah dan rahmat Rububiyyah. Begitulah yang pengembara itu fahami.
Kemudian dia memandang kepada penyaksian ilham, dia nampak sebagaimana seandainya matahari mempunyai perasaan dan kehidupan khayalan dan semasa itu sekiranya tujuh warna pada cahayanya menjadi tujuh sifatnya, nescaya melalui sinaran dan tajallinya yang ada pada cahayanya dalam sudut itu akan terdapat satu jenis percakapannya. Dalam keadaan ini sebagaimana kewujudan perumpamaan dan biasannya pada benda-benda yang lutsinar, percakapannya berdasarkan kepada kemampuan pada setiap cermin, pada setiap benda yang bersinar, pada cebisan kaca, pada buih-buih, pada titisan-titisan hatta pada zarah-zarah yang lutsinar, pemberian jawapan kepada hajat mereka, penyaksian semua itu kepada kewujudan matahari, setiap kerja tidak menjadi penghalang kepada kerja yang lain dan satu percakapannya tidak mengganggu percakapan yang lain akan kelihatan dengan jelas, sama seperti itu juga, percakapan Sultan Zuljalal keazalian dan keabadian, al-Khaliq Zisya’n Zuljamal semua maujudat yang merupakan Mentari Sarmadi juga, difahamu dengan jelas bahawa tajalli-Nya yang menyeluruh dan meluas berdasarkan kepada kemampuan setiap benda seperti ilmu dan qudrat-Nya, tidak
101. Page
pernah menjadi penghalang dan menyerabutkan satu soalan kepada soalan yang lain, satu kerja kepada kerja yang lain dan satu khitab kepada khitab yang lain. Lalu pengembara itu mengetahui/memahami dengan ilmal yakin yang hampir dengan aynal yakin bahawa semua tajalli, percakapan dan ilham satu persatu dan sepakat bersama-sama menunjukkan dan menjadi saksi kepada kehadiran, kewajiban wujud, keesaan dan keAhadan-Nya. Justeru, sebagai isyarat pendek kepada pengajaran makrifah yang diambil oleh tetamu yang teruja/tertanya-tanya itu daripada alam ghaib, maka pada martabat keempat belas dan kelima belas Maqam pertama telah disebutkan:
[لَٓا اِلٰهَ اِلَّا اللّٰهُ الْوَاجِبُ الْوُجُودِ الْاَحَدُ الَّذ۪ى دَلَّ عَلٰى وُجُوبِ وُجُودِه۪ ف۪ى وَحْدَتِه۪ اِجْمَاعِ جَمِيعِ الْوَحْيَاتِ الْحَقَّةِ الْمُتَضَمِّنَةِ لِلتَّنَزُّلاَتِ الْاِلٰهِيَّةِ وَ لِلْمُكَالَمَاتِ السُّبْحَانِيَّةِ وَ لِلتَّعَرُّفَاتِ الرَّبَّانِيَّةِ وَ لِلْمُقَابَلاَتِ الرَّحْمَانِيَّةِ عِنْدَ مُنَاجَاةِ عِبَادِه۪ وَلِلْاِشْعَارَاتِ الصَّمَدَانِيَّةِ لِوُجُودِه۪ لِمَخْلُوقَاتِه۪ وَ كَذَا دَلَّ عَلٰى وُجُوبِ وُجُودِه۪ ف۪ى وَحْدَتِه۪ اِتِّفَاقُ الْاِلْهَامَاتِ الصَّادِقَةِ الْمُتَضَمِّنَةِ لِلتَّوَدُّدَاتِ الْاِلٰهِيَّةِ وَ لِلْاِجَابَاتِ الرَّحْمَانِيَّةِ لِدَعَوَاتِ مَخْلُوقَاتِه۪ وَ لِلْاِمْدَادَاتِ الرَّبَّانِيَّةِ ِلاِسْتِغَاثَاتِ عِبَادِه۪ وَ لِلْاِحْسَاسَاتِ السُّبْحَانِيَّةِ لِوُجُودِه۪ لِمَصْنُوعَاتِه۪]
Kemudian, pengembara dunia itu berkata kepada akalnya sendiri. Memandangkan aku mencari al-Malik (Pemilik) dan al-Khaliq (Pencipta)ku melalui maujudat alam semesta ini, sudah tentu sebelum semua perkara kita perlu bersama-sama pergi ke ‘Asrus Sa’adah (Kurun Kebahagiaan) untuk menziarahi Muhammad al’Arabi Sollallhu ‘Alaihi wa Sallam yang merupakan maujudat termasyhur, paling sempurna hatta menurut pengakuan musuh-musuhnya, komander tertinggi, hakim/penguasa/cendekiawan ternama, paling tinggi dari sudut kata-kata, paling bersinar dari sudut akal dan menerangi empat belas kurun dengan kelebihan dan al-Qurannya dan bertanyakan tentang apa yang aku cari daripadanya. Dengan berkata begitu, dia bersama akalnya telah memasuki kurun itu. Dia nampak bahawa seseungguhnya melalui Zat itu, kurun itu telah menjadi satu kurun kebahagiaan manusia. Ini kerana melalui perantaraan nur yang telah dibawanya, baginda telah menjadikan satu kaum yang paling badwi dan buta huruf sebagai guru dan pemerintah kepada dunia dalam satu tempoh masa yang singkat. Dia juga berkata kepada akalnya; “Mula-mula, kita perlu mengetahui sedikit tentang nilai baginda yang hebat ini, kebenaran kata-katanya dan kesahihan perkhabarannya. Kemudian dengan berkata, “Kita perlu bertanya tentang al-Khaliq kita daripadanya...” dia mula menyiasat. Di sini hanya akan diisyaratkan kepada sembilan daripada dalil-dalil muktamad tidak terkira yang telah ditemuinya.
Pertama: melalui riwayat yang qat’ie seperti tentang kewujudan semua akhlak dan pekerti mulia pada diri baginda hatta melalui pengakuan musuh-musuhnya juga, keterbelahan bulan kepada dua melalui isyarat sebatang jarinya melalui penjelasan ayat [وَ انْشَقَّ الْقَمَرُ] dan [وَمَا رَمَيْتَ اِذْ رَمَيْتَ وَلٰكِنَّ اللّٰهَ رَمٰى], ketempiaran musuh akibat kemasukan sekepal tanah yang sedikit yang dilempar oleh baginda ke atas tentera musuh ke dalam mata mereka semua dan kisah baginda memberi minum air yang mengalir daripada lima jari baginda seperti kausar dalam jumlah yang mencukupi kepada tenteranya sendiri yang telah kehausan dan sesetengahnya melalui tawatur adalah kezahiran ratusan mukjizat di tangan baginda. Oleh kerana satu bahagian lebih daripada tiga ratus mukjizat ini telah diterangkan dengan dalil-dalilnya yang muktamad di dalam satu risalah yang hebat dan berkaromah bernama Mukjizat al-Ahmadiyyah yang merupakan maktub kesembilan belas, dengan menyerahkan itu
102. Page
semua kepadanya dia berkata: sudah tentu bersama dengan akhlak hasanah dan kesempurnaan sebanyak ini, zat yang mempunyai mukjizat yang terang sebanyak /seperti ini adalah seseorang yang mempunyai kata-kata yang paling benar. Penurunannya kepada helah/muslihat/penipuan dan kesalahan adalah tidak dapat diterima.
Kedua: Kewujudan sebuah firman bagi pemilik alam semesta ini di tangannya dan penerimaan serta pengakuan oleh lebih daripada tiga ratus juta manusia pada setiap kurun ke atas firman itu adalah kehebatan al-Quran Azimus Sya’n yang merupakan firman itu melalui tujuh wajah. Bersama dengan dalil-dalil yang kuat bahawa al-Quran ini adalah mukjizat dalam empat puluh wajah dan mempunyai kata-kata al-Khaliq (pencipta) alam semesta, oleh kerana ia telah diterangkan secara terperinci dalam sebuah risalah yang masyhur yang merupakan satu matahari Risalah an-Nur yang dinamakan Kalimah Kedua Puluh Lima dan Mukjizatul Quraniyyah, dengan menyerahkannya kepadanya, dia berkata tidak mungkin berlaku dan terdapat penipuan yang ibarat jenayah kepada firman itu dan pengkianatan kepada Pemiliknya pada zat S.A.W. yang menjadi penterjemah dan penyampai firman yang merupakan sumber kebenaran dan hakikat sebegini.
Ketiga: Zat S.A.W. itu telah keluar ke medan dengan satu syariat, Islam, perhambaan, doa, dakwah/seruan dan keimanan sehingga bukan sahaja tiada yang seumpamanya bahkan tidak akan ada. Tidak pernah dan tidak akan dijumpai perkara yang lebih sempurna daripada semua itu. Ini kerana pemerintahan syariat yang muncul pada zat S.A.W. yang buta itu selama emap belas kurun, ke atas satu perlima manusia secara adil di atas kebenaran dan penuh terperinci melalui undang-undangnya yang tidak terkira tidak akan menerima bandingan. Islam yang keluar daripada perbuatan, perkataan dan keadaan zat S.A.W. yang ummi, dari sudut ia menjadi pedoman dan rujukan tiga ratus lima puluh juta insan pada setiap kurun, muallim dan mursyid akal mereka, penerang dan pemurni hati mereka, murabbi dan penyuci hati mereka, dan asas kemajuan dan sumber peningkatan roh mereka, tidak akan ada seumpamanya dan tidak pernah (boleh berlaku) ada.
Keterkehadapanan baginda dalam semua jenis ibadah yang ada dalam agamanya, ketaqwaannya yang lebih tinggi berbanding semua orang, rasa takutnya kepada Allah, penjagaan secara sempurna oleh baginda terhadap rahsia-rahsia ubudiyyah hatta yang paling halus di dalam mujhadah/perjuangan berterusan yang luarbiasa dan dalam kehuru-haraan dan perlakuan baginda dengan makna yang sebenar yang tanpa meniru sesiapa, sebagai pelopor tetapi yang paling sempurna serta dengan menggabungkan antara pemulaan dan penamat, sudah tentu tidak akan dilihat seumpamanya dan tidak pernah dilihat.
Baginda mensifatkan Rabbnya dengan cara yang sangat hebat melalui ribuan doa dan Jaushanul Kabir daripada munajt-munajatnya dan melalui satu makrifah Rabbaniyyah yang hebat sehingga ketidak upayaan ahli makrifat dan ahli walayah yang datang dari zaman itu untuk mengatasi sama ada martabat makrifah ataupun darjat pensifatan itu walaupun bergabung fikiran dan pandangan menunjukkan bahawa di dalam doa juga tiada yang seumpama baginda. Orang yang melihat kepada tempat satu makna yang pendek bagi satu fikrah daripada sembilan puluh sembilan fikrah jaushanul kabir yang diterangkan di permulaan Risalah Munajat akan berkata tidak akan ada lagi yang seperti Jaushan.
Baginda telah menunjukkan keteguhan, ketabahan dan keberanian yang sangat tinggi di dalam penyampaian risalah dan dalam menyeru manusia kepada kebenaran
103. Page
sehingga walaupun negara-negara besar, agama-agama besar hatta kaum, kabilah dan bapa saudaranya sangat memusuhi baginda, tindakannya tidak memperlihatkan kesan keraguan, kebimbangan dan ketakutan walaupun sebesar zarah, bersendirian mencabar seluruh dunia dan berjaya dan menjulang Islam ke puncak dunia mengisbatkan bahawa di dalam penyampaian dan dakwah juga tidak pernah ada yang seumpamanya dan tidak mungkin ada.
Di dalam keimanan, baginda telah membawa kekuatan yang begitu luar biasa, keyakinan yang hebat, perkembangan/kemajuan yang bermukjizat dan iktiqad tinggi/agung yang menerangi buana sehingga walaupun semua pemikiran, akidah/kepercayaan, hikmah bijak pandai, ilmu ketua-ketua rohani yang menguasai dunia ketika itu menentang dan mengingkarinya, tidak memberikan sebarang keraguan, kesangsian, kedaifan dan rasa was-was sama ada kepada keyakinan, iktiqad, pergantungan dan ketenangan baginda, pengambilan limpahan daripada martabat keimanannya setiap waktu oleh semua ahli walayah yang diketuai oleh para sahabat yang meningkat dalam kerohanian dan martabat keimanan dan pengakuan mereka bahawa baginda di darjay tertinggi secara jelas menunjukkan bahawa keimanan baginda juga adalah tiada bandingan.
Justeru, pengembara itu memahami bahawa syariat yang tiada bandingan, keislaman yang tiada sepertinya, ubudyyah yang hebat, doa yang luarbiasa dan dalam dakwah yang universal dan pada pemilik keimanan yang mengkagumkan sebegini tentunya tidak boleh menjadi penipuan dari mana-mana sudut dan tidak akan memperdaya. Akalnya turut membenarkannya.
Keempat: Sebagaimana ijma para nabi adalah dalil yang sangat kukuh kepada kewujudan dan keesaan Ilahi, begitu juga, ia adalah penyaksian yang sangat kukuh kepada kebenaran dan risalah Zat S.A.W. ini. Ini kerana, sebanyak mana sigat, mukjizat dan tugas yang menjadi asas kepada kebenaran dan kerasulan para nabi Alaihimusssalam, menurut sejarah adalah terbukti Bahawa yanag ada pada diri zat S.A.W. itulah yang paling terkehadapan. Maknanya, sebagaimana mereka telah memberitahu dan memberikan khabar gembira kepada manusia tentang kedatangan baginda di dalam Taurat, Injil Zabur dan suhuf-suhuf melalui lisanul Maqal yang lebih daripada dua puluh isyarat yang mempunyai khabar gembira itu pada kitab-kitab suci dan bahagian yang sangat zahir telah diterangkan dan diisbatkan dengan baik di dalam Maktub Kesembilan Belas, seperti itu juga, melalui lisanul hal mereka, iaitu melalui kenabian dan mukjizat mereka, mereka membenarkan zat S.A.W. ini sebagai yang paling terkehadapan dan paling sempurna dalam tugas dan tanggungjawab mereka dan mengakuinya/menyetujuinya. Maka pengembara itu memahami bahawa sebagaimana mereka menunjukkan kepada keesaan Allah melalui lisanul maqal dan ijma’, melalui lisanul hal dan kesepakatan pula mereka menjadi saksi kepada kebenaran/kejujuran/keluhuran zat S.A.W. ini.
Kelima: Sebagaimana ribuan wali yang mencapai kepada kebenaran, hakikat, kesempurnaan, kekasyafan dan penyaksian dengan durtur-dustur, tarbiah baginda, mengikut dan pergi di belakang baginda menunjukkan kepada keesaan, melalui ijma’ dan kesepakatan mereka menjadi saksi kepada kebenaran dan risalah Zat S.A.W. ini yang merupakan guru mereka. Maka pengembara itu melihat bahawa penyaksian mereka melalui nur kewalian ke atas sebahagian khabar yang mereka sampaikan daripada alam ghaib dan iktikad dan pembenaran mereka kepada semuanya melalui nur keimanan dalam bentuk sama ada ilmal yaqin atau aynal
104. Page
yaqin atau haqqal yakin memperlihatkan darjat kebenaran dan kesahihan bagindayang merupakan guru mereka ini seperti matahari.
Keenam: Sebagaimana jutaan asfiya’ mudaqqiqin, siddiqin muhaqqiqin, bijak pandai cendekiawan mukminin yang mencapai maqam yang paling tinggi pada martabat keilmuan melalui pengajaran/ajaran dan latihan hakikat-hakikat suci yang telah dibawa oleh Zat S.A.W. ini, ilmu-ilmu tinggi yang dipelopori/dirintisnya dan makrifah Ilahi yang telah didedahkan oleh baginda berserta dengan keummiannya mengisbatkan dan membenarkan keesaan Ilahi yang merupakan asas utama dakwah Zat S.A.W. ini melalui burhan-burhan yang kuat secara sepakat, penyaksian mereka secara sepakat kepada kebenaran muallim teragung dan guru terhebat ini dan kepada kehakikatan kata-kata baginda adalah hujah kerasulan/risalah dan kebenarannya. Contoh, seratus cebisan Risalah an-Nur adalah satu burhan kepada kejujuran Zat S.A.W. ini.
Ketujuh: Di penghujung penyiasatan, penyelidikan dan penelitian semua hal Zat S.A.W. ini yang tersembunyi dan terang, fikirannya dan keadaannya dengan penuh keterujaan, sangat terperinci dan amat bersungguh-sungguh oleh taifah agung yang bernama ‘Al’ dan ‘Ashab’ yang merupakan bangsa manusia yang paling masyhur dengan firasat, dirayat dan kesempurnaan selepas para nabi, yang paling mulia, paling ternama, paling beragama dan paling tinggi pandangannya, pengembara itu memahami bahawa pembenaran/pengakuan mereka yang tidak pernah goyah serta keimanan mereka yang kuat melalui kesepakatan dan ijma’ bahawa Zat S.A.W. ini adalah yang paling benar/jujur, paling tinggi, paling benar dan berhakikat adalah dalil seperti siang yang menunjukkan kepada cahaya matahari.
Kelapan: Sebagaimana alam semesta ini menunjukkan kepada as-Sani’, Penulis dan Pengukirnya yang mewujudkan, mentadbir dan menyusunnya dan menguruskannya seperti sebuah istana, sebuah buku, sebuah pameran dan tempat bersiar dengan taswir, taqdir dan tadbir, seperti itu juga, dari sudut ia mengingini, mewajarkan/menghendaki dan setiap masa ia tunjukkan kepada kewujudan seorang juruhebah/penghebah yang tinggi, pendedah yang benar, guru yang muhaqqiq dan muallim yang benar yang akan mengetahui dan memberitahu maksud-maksud Ilahi pada/dalam penciptaan alam semesta, mengajarkan hikmah-hikmah Rabbani pada perubahan-perubahannya, memberitahu iktibar-iktibar natijah-natijah pada pergerakannya yang ada tugasan/tersusun, mengumumkan nilainya pada perihalnya dan kesempurnaannya di dalam maujudat dan akan mengifadahkan makna-makna kitab besar itu, pengembara itu meyakini sudah tentu ia menjadi saksi kepada kebenaran Zat S.A.W. ini yang melakukan tugas-tugas ini lebih daripada yang lain dan bahawa baginda adalah seorang pegawai tertinggi dan paling benar bagi al-Khaliq alam semesta ini.
Kesembilan: Memandangkan di sebalik tabir terdapat seseorang yang mahu mempamerkan kebolehan-Nya sendiri melalui masnuat-Nya yang berseni dan berhikmah ini dan kesempurnaan kesenimanan-Nya, mahu memperkenalkan dan mempercintakan diri-Nyadengan makhluk-Nya yang cantik dan berhias, menjadikan hamba-Nya bersyukur dan memuji melalui nikmat-nikmat tidak terhitung-Nya yang lazat dan berharga ini, memperibadatkan dengan penuh rasa terhutang budi, bersyukur dan sanjungan terhadap Rububiyyah-Nya sendiri melalui tarbiah dan penghidupan umum yang penuh kasih-sayang dan perlindungan hatta melalui makanan dan jamuan/hidangan Rabbani yang disediakan dalam bentuk yang akan menenangkan/mencukupkan rasa paling halus bagi mulut dan setiap jenis selera,
105. Page
menjadikan mereka beriman, menyerah, tunduk dan taat kepada uluhiyyah itu dengan menzahirkan Uluhuiyyah-Nya melalui urusan-urusan dan tindakan yang agung dan hebat serta kegiatan dan penciptaan yang dahsyat dan berhikmah seperti penggantian musim dan perubahan dan persilihgantian malam dan siang dan seterusnya memperlihatkan kebenaran dan keadilan-Nya dari sudut menjaga kebaikan dan mereka yang baik, menghapuskan keburukan dan mereka yang buruk dan memadamkan para zalim dan penipu dengan tamparan-tamparan samawi, sudah tentu dan tidak dapat tidak, pasti akan terdapat Zat S.A.W. ini yang merupakan makhluk tecinta di sisi Zat yang tidak kelihatan itu, hamba-Nya yang paling benar, merungkai dan membongkar misteri dan rahsia penciptaan alam semesta dengan cara melakukan tugas/khidmat untuk semua maksud-Nya yang telah disebutkan, sentiasa bertindak atas nama al-Khaliq itu, meminta bantuan daripada-Nya, mahukan kejayaan, menjadi tempat zahir kepada bantuan dan kejayaan daripada-Nya dan yang dipanggil Muhammad al-Quraisyi.
Pengembara itu turut berkata kepada akalnya, memandangkan sembilan hakikat yang disebutkan ini menjadi saksi kepada kebenaran Zat S.A.W. ini, sudah tentu baginda S.A.W. ini adalah asas/punca kemuliaan bani Adam dan asas kebanggaan alam ini. Maka gelaran Fakhrul ‘Alam (Kebanggaan Alam) dan Kemuliaan Bani Adam ke atas baginda adalah amat sesuai/munasabah/layak. Penguasaan kehebatan kesultanan maknawi al-Quran Mukjizul Bayan yang merupakan Firman ar-Rahman ke atas separuh bumi yang berada di tangan baginda, kesempurnaan peribadinya dan akhlak/pekertinya yang tinggi menunjukkan bahawa inilah insan terpenting/paling utama di alam ini. Kata-kata yang paling penting/utama tentang al-Khaliq kita ialah miliknya.
Justeru mari tengok! Dengan bersandarkan kepada kekuatan ratusan mukjizat muktamad yang zahir dan terang bagi Zat S.A.W yang hebat ini dan kepada ribuan hakikatnya yang tinggi dan berasas dalam agamanya, maka asas semua dakwahnya dan tujuan seluruh kehidupannya adalah untuk menunjuk dan menjadi saksi kepada kewujudan, keesaan dan sifat al-Wajibul Wujud dan mengisbat, mengumum dan memberitahu tentang al-Wajibul Wujud.
Maknanya, mentari maknawi alam semesta ini dan burhan paling terang bagi al-Khaliq kita ialah Zat yang dinamakan Habibullah ini kerana terdapat tiga ijma’ besar yang tidak pernah tertipu dan menipu yang mengukuhkan, mengakui dan menyetujui penyaksian baginda S.A.W.
Pertama: Pengakuan melalui ijma’ oleh jamaah nurani yang terkenal seluruh alam yang menghimpunkan ribuan aqtab dan awliya’ agung yang memiliki pandangan yang tajam dan mata yang boleh melihat perkara ghaib seperti Imam Ali Radhiallahu Anhu yang berkata sekiranya tirai ghaib diselak’dibuka keyakinanku tidak akan bertambah dan Ghausul A’zam qaddasa sirrahu yang melihat Arasy teragung dan rupa besar Israfil Alaihissalam ketika masih di bumi dan bernama Al Muhammad (keluarga/keturunan Muhammad /Ahlul Bait).
Kedua: Pengakuan dengan keksepakatan kekuatan iman yang mengorbankan harta, bapa dan kaum keluarga oleh jemaah masyhur yang berada dalam kaum yang badwi/mundur dan dalam suasana yang ummi (buta huruf), kosong daripada siyasah, tanpa kitab dan di dalam kegelapan kurun fatrah (terputusnya kenabian) yang dalam tempoh yang singkat selepas itu mentadbir dunia dengan mencabar seluruh buana dari timur ke barat sebagai guru, pedoman, diplomat dam pemerintah
106. Page
adil kepada/ke atas bangsa-bangsa dan kerajaan yang termaju dalam ketamadunan, bermaklumat, di dalam kehidupan masyarakat dan siyasah.
Ketiga: Pengakuan dengan tawafuk dan di tahap ilmal yakin oleh jamaah agung para ulama tidak terkira yang muhaqqiq dan melaut ilmunya yang terdapat ribuan ahlinya pada setiap kurun, memacu/menerajui dengan bijaksana dalam setiap ilmu, berkerja dalam maslak yang berlaian dan lahir di kalangan ummatnya.
Maknanya penyaksian zat S.A.W. ini kepada keesaan Allah bukanlah berbentuk peribadi dan juz’i, bahkan Umum dan menyeluruh dan tidak dapat digugat dan sekiranya semua syaitan berkumpul, mereka tidak boleh meuncul menentangnya dari mana-mana sudut adalh satu penyaksian. Begitulah yang diputuskannya. Justeru sebagai satu isyarat pendek kepada pengajaran yang dimabil oleh musafir dunia dan pengembara hidup yang mengembara bersama akalnya di Asrus Saadah itu daripda madarsah nurani itu, dalam martabat keenam belas Maqam Pertama telah disebutkan seperti berikut:
[لَٓا اِلٰهَ اِلَّا اللّٰهُ الْوَاجِبُ الْوُجُودِ وَاحِدُ الْاَحَدُ الَّذ۪ى دَلَّ عَلٰى وُجُوبِ وُجُودِه۪ ف۪ى وَحْدَتِه۪ فَخْرُ الْعَالَمِ وَشَرَفُ نَوْعِ بَن۪ى آدَمَ بِعَظَمَةِ سَلْطَنَةِ قُرْآٰنِه۪ وَ حَشْمَةِ وُسْعَةِ د۪ينِه۪ وَ كَثْرَةِ كَمَالاَتِه۪ وَ عُلْوِيَّةِ اَخْلاَقِه۪ حَتَّى بِتَصْد۪يقِ اَعْدَائِه۪ وَ كَذَاشَهِدَ وَ بَرْهَنَ بِقُوَّةِ مِاٰتِ مُعْجِزَاتِهِ الظَّاهِرَةِ الْبَاهِرَةِ الْمُصَدِّقَةِ الْمُصَدَّقَةِ وَ بِقُوَّةِ آلاَفِ حَقَائِقِ د۪ينِهِ السَّاطِعَةِ الْقَاطِعَةِ بِاِجْمَاعِ آٰلِهِ ذَوِى الْاَنْوَارِ وَ بِاِتِّفَاقِ اَصْحَابِه۪ ذَوِى الْاَبْصَارِ وَ بِتَوَافُقِ مُحَقِّق۪ينَ اُمَّتِه۪ ذَوِى الْبَرَاه۪ينِ وَ الْبَصَائِرِ النَّوَّارَةِ]
Kemudian pengembara yang tidak pernah letih dan tidak pernah kenyang/puas yang mengetahui bahawa tujuan kehidupan di dunia dan nyawa bagi kehidupan adalah keimanan ini berkata kepada hatinya sendiri. Mari kita merujuk kitab bernama al-Quran Mukjizul Bayan yang dikatakan kata-kata dan kalam zat yang kita cari, paling masyhur, paling terang dan paling bijak di dunia dan dalam setiap kurun mencabar setiap orang tidak menyerah kepadanya lalu kita ketahui apa yang diujarkannya. Dengan mengatakan “Tetapi sebelum itu/mula-mula kita perlu mengisbatkan bahawa kitab ini adalah milik al-Khaliq kita”, pengembara itu mula menyiasat. Oleh kerana pengembara ini berada di zaman ini, paling awal dia melihat kepada Risalah an-Nur yang merupakan kilauan kemukjizatan maknawi al-Quran dan dia nampak bahawa seratus tiga puluh risalahnya adalah ulasan, cahaya dan tafsiran berasas ayat-ayat al-Furqan. Oelh kerana tiada sesiapa yang dapat keluar menentangnya walaupun ia telah menyebarkan hakikat-hakikat al-Quran ke setiap sudut dalam kurun yang muannid dan mulhid seperti ini mengisbatkan bahawa guru, sumber , rujukan dan mataharinya adalah al-Quran Samawi, bukan kalam manusia. Hatta Kalimah Kedua Puluh Lima dan penghujung Maktub Kesembilan Belas yang merupakan satu hujah al-Quran daripada ratusan hujah Risalah an-Nur telah mengisbatkan dengan mantap bahawa al-Quran adalah mukjizat dengan empat puluh wajah sehingga sekiranya sesiapa telah melihatnya dia tidak mengkritik dan menyanggah bahkan mengkagumi pengisbatannya dan banyak memujinya dengan penghargaan. Dengan menyerahkan sudut mengisbatkan wajah kemukjizatan al-Quran dan bahawa ia adalah Kalamullah yang benar kepada Risalah an-Nur dia memerhatikan/memperincikan beberapa noktah yang memperlihatkan kebesarannya hanya dengan satu isyarat yang pendek.
Noktah Pertama: Sebagaimana dengan/melalui semua mukjizatnya dan semua hakikat yang menjadi dalil kepada kebenarannya al-Quran adalah satu mukjizat Nabi Muhammad Sollallahu Alaihi wa Sallam, seperti itu jua, Nabi Muhammad
107. Page
Sollallahu Alaihi wa Sallam juga , melalui semua mukjizatnya, dalil kenabiannya dan kesempurnaan ilmunya adalah satu mukjizat al-Quran dan satu hujah muktamad bahawa al-Quran adalah Kalamullah.
Noktah Kedua: Di samping telah malakukan pnggantian kehidupan bermasyarakat dalam bentuk yang begitu nurani, membahagiakan dan berhakikat, al-Quran telah melakukan perubahan yang begitu hebat dalam jiwa, hati, roh, akal, kehidupan peribadi, kehidupan bermasyarakat dan kehidupan siyasah manusia, telah meneruskannya dan telah menguruskannya sehingga dalam tempoh empat belas kurun enam ribu enam ratus enam puluh enam ayatnya dibaca paling tidak melalui lidah lebih daripada seratus juta manusia dalam setiap minit dan mentarbiah insan, menyucikan jiwa mereka dan memurnikan hati mereka. Ia memberi kemajuan dan peningkatan kepada roh, istiqamah dan nur kepada akal dan memberikan nyawa dan kebahagiaan kepada kehidupan. Sudah tentu tiada kitab yang seumpama kitab ini,kerana ia hebat, luarbiasa dan adalah mukjizat.
Noktah Ketiga: Dari kurun itu sehingga sekarang, al-Quran telah memperlihatkan balaghah yang begitu hebat sehingga ia telah menurunkan qasidah-qasidah yang masyhur dengan nama Muallaqatus Sab’ah sasterawan termasyhur yang ditulis dengan tinta emas di dinding Kaabah ke tahap yang rendah sehingga ketika menurunkan kasidah bapanya anak permpuan Labid telah berkata: Di hadapan Ayat-ayat al-Quran, tiada lagi nilai qasidah-qasidah ini.” Ketika ayat [فَاصْدَعْ بِمَا تُؤْمَرُ] dibaca, apabila seorang saterawan badwi mendengarnya dia telah bersujud. Mereka bertanya kepadanya, adalkha kamu telah menjadi Muslim? Dia menjawab, tidak, aku sujud kepada balaghah/kesusasteraan ayat itu. Ribuan imam yang bijaksana dan sasterawan berilmu seperti Abdul Qahi al-Jurjani, Saqqaqi dan Zamahsyari daripada bijak pandai ilmu balaghah telah memberikan keputusan dengan ijma’ dan kesepakatan bahawa:
Balaghah al-Quran adalah di atas/luar keupayaan manusia, tidak boleh ditandingi. Sejak zaman itu ia sentiasa menyeru ke medan perdebatan/cabaran, menyentuhnya kepada perasaan/urat para saterawan dan ahli balaghah yang sombong dan pentingkan diri, ia berkata dengan cara yang boleh mematahkan keangkuhan mereka: walaupun ia telah mengumumkan “Sama ada kalian datangkan satu Surah seumpamanya ataupun terimalah kemusnahan dan kehinaan di duania dan akhirat...” dengan tidak mendatangkan satu Surah seumpamanya, para ahli balaghah yang degil pada kurun itu meninggalkan penentangan yang merupakan jalan pendek dan memilih jalan peperangan yang panjang yang mencampakkan jiwa dan harta mereka ke dalam kebinasaan/bahaya, mengisbatkan bahawa pergi di jalan yang pendek itu adalah mustahil/tidak mungkin. Dengan minat untuk menyamai dan meniru al-Quran, para sahabat al-Quran dan musuh-mushnya juga dengan minat untuk menentang dan mengkritik al-Quran, jutaan kitab berbahasa Arab yang mereka telah tulis dan ditulis sejak zaman itu dan meningkat/bertambah dengan gabungan pemikiran berlegar di tengah-tengah. Bahawa tiada ada seorang pun yang dapat mengatasinya, hatta jika seorang manusia yang paling biasa mendengarnya nescaya dia akan berkata: “Al-Quran ini tidak pernah menyerupai semua ini dan bukan pada tahap itu semua. Sama ada ia di bawah mereka ataupun di atas kesemuanya. Tidak adak seorang pun manusia, orang kafir hatta seorang yang bodoh boleh berkata ia di bawah kesemuanya. Maknanya martabat balaghahnya adalah di atas kesemuanya. Hatta seseorang telah membaca ayat [سَبَّحَ لِلّٰهِ مَا فِى السَّمٰوَاتِ وَالْاَرْضِ]. Dia berkata:
108. Page
“Aku tidak dapat melihat balaghah ayat yang dianggap hebat ini.” Lalu dikatakan kepadanya, “kamu juga pergilah kezaman itu seperti pengembara ini. Dengarlah di sana. Mak dia pun mengkhayalkan bahawa dirinya di sana sebelum al-Quran turun. Dia nampak bahawa maujudat alam berada di sebuah dunia yang tidak tetap dan fana di ruang udara yang kosong, tiada batasan dan tiada sempadan,dalam keadaan sengsara, gelap dan kaku tiada perasaan. Tiba-tiba ketika dia mendengar ayat di atas dari lidah al-Quran dia nampak bahawa ayat ini telah membuka satu tabir dan menerangi dengan begitu jelas di atas alam semesta di muka bumi sehingga titah azali dan firman sarmadi ini memberi pengajaran kepada makhluk yang punya perasaan yang disusun dalam barisan kurun dan memperlihatkan bahawa alam semesta ini ibarat sebiah masjid besar. Sebagai permulaan ia menjadikan langit dan bumi serta semua makhluk berada dalam keadaan yang bahagia dan gembira dengan riang ria di dalam zikir dan tasbih yang hidup dan dalam penunaian tugas. Begitulah yang disaksikannya. Dengan menikmati darjat balaghah ayat ini dan dengan mengkiaskan ayat-ayat al-Quran yang lain kepada perkara ini dia memahami tentang zamzam/telaga balaghah al-Quran menguasai separuh bumi dan satu perlima bangsa manusia, kehebatan kesultanan yang diteruskan tanpa henti selama empat belas kurun dengan penuh penghormatan adalah satu hikmah daripada ribuan hikmah.
Noktah Keempat: Al-Quran telah memperlihatkansatu kemanisan yang begitu berhakikat sehingga sesiapa yang bosan daripada benda yang paling manis juga/pun banyak mengulang, bukan membosankan untuk mereka yang membaca al-Quran, bahkan kepada orang-orang yang hatinya belum reput dan minatnya belum rosak menambahkan kemanisan pengulangan bacaannya telah dikira sebagai bidalan perumpamaan yang telah diterima oleh semua orang sejak masa dahulu. Ia turut memperlihatkan satu kesegaran, kemudaan, keremajaan dan keanehan/kepelikan yang hebat sehingga walaupun ia telah hidup empat belas kurun dan masuk ke tangan semua orang dengan senang, ia tetap memelihara kesegarannya bagaikan baru diturunkan sekarang/di masa ini. Setiap kurun telah melihat seolah-olah ia berkhitab kepadanya dalam kemudaan. Walaupun ia sentiasa menghimpunkan setiap kelompok ilmu di sisinya dengan banyak/kerap dan usaha untuk beristifadah daripadanya dan telah mengikut dan mencontohi uslub ifadahnya, ia tetap memelihara keanehan/keluarbiassannya yang sama pada uslub dan pada cara penerangannya
Noktah Kelima: Sebagaimana satu sisi al-Quran di masa lalu dan satu sisinya di masa depan, akar dan satu sayapnya menjadi hakikat kesepakatan para Rasul terdahulu, perkara ini membenarkan dan mengkukuhkan mereka dan mereka juga membenarkan perkara ini melalui lisanul hal tawafuq, seperti itu juga, buah-buahnya yang mengambil nyawa daripadanya seperti para wali dan asfiya’ melalui penyempunaannya yang hidup, semua tariqat yang benar bagi walayah/kewalian yang dipupuk dan hidup di bawah perlindungan sayap kedua yang menunjukkan bahawa pohon mubarak mereka adalah hidup, melimpah dan menjadi punca hakikat dan semua ilmu Islam yang benar menjadi saksi bahawa al-Quran adalah sumber kebenaran dan himpunan hakikat serta satu kehebatan yang tiada tandingan pada kesyumulannya.
Noktah Keenam: Enam sudut al-Quran adalah nurani dan memperlihatkan kejujuran dan kebenaran. Ya, sebagaimana tiang-tiang hujah dan burhan di bawahnya, kilauan-kilauan mohor kemukjizatan di atasnya, hadiah-hadiah
109. Page
kebahagiaan dua dunia di hadapan dan pada tujuannya, hakikat-hakikat wahyu samawi noktah persandaran di belakangnay, pembenaran akal-akal mustaqim yang tiada sempadan/tidak terkira melalui dalil-dalil di kanannya dan ketenangan sebenar, tarikan sejati dan penyerahan hati-hati yang sejahtera dan sanubari-sanubari yang bersih di kirinya membuktikan/mengisbatkan bahawa al-Quran adalah kubu langit dan bumi yang luarbiasa, hebat, kukuh dan tidak dapat diserang, juga sebagaimana al-Mutasarrif alam semesta ini memperakui bahawa al-Quran juga adalah sumber kebenaran dan benar daripada enam maqam, bukan kalam manusia serta tidak salah, yang mula-mula mengambil adat menzahirkan kecantikan kekal di alam semsta ini, melindungi kebaikan dan kebenaran serta memadam dan menghapuskan kepalsuan dan para pemfitnah/penuduh sebagai dustur tindakan membenarkan dan memperakuinya dengan memberikan satu maqam penghormatan dan martabat kejayaan yang paling makbul, paling tinggi dan paling bijaksana di dunia kepada al-Quran itu, iktiqad dan penghormatan oleh zat S.A.W. yang merupakan penterjemah sumber keIslaman dan al-Quran kepadanya, kewujudannya di dalam keadaan yang lena seperti tidur ketika penurunannya, ketidakcapaian sekalian kalamnya kepadanya, ketidakserupaan walau sedikit, penerangannya dengan ketenagan dan tanpa kesangsian melalui al-Quran secara ghaib tentang peristiwa alam masa lalu dan masa hakan datang yang benar bersama dengan keummiannya, keimanan dan pembenaran penterjemah yang tidak kelihatan sebarang keadaan bermuslihat dan bersalah di bawah pandangan mata-mata yang sangat teliti kepada setiap hukum al-Quran dengan segala kekuatannya dan ketidakupayaan apa saja menyilapkan/mengelirukannya memperakui bahawa al-Quran adalah samawi, benar dan kalam al-Khaliqur Rahimnya sendiri.
Kaitan bagaikan tertarik dan beragama satu perlima bangsa manusia bahkan sebahagian besarnya kepada al-Quran di hadapan mata itu dan pemberian telinga oleh mereka kepadanya dengan penuh sanjungan dan penuh kerinduan dan melalui penyaksian banyak tanda, peristiwa dan kekasyafan tentang perhimpunan para jin, malikat dan rohaniyyun secara sangat menyanjungi kebenaran di sekitarnya seperti kelkatu/kipas semasa dibaca adalah perakuan kepada kekabulannya dari seluruh alam semesta dan al-Quran berada di maqam yang paling tinggi.
Pengambilan sepenuh habuan daripada ajaran al-Quran oleh setiap lapisan bangsa manusia setiap orang daripada yang paling dungu dan buta sehingga kepada yang paling pandai dan alim, kefahaman mereka tentang hakikat-hakikat yang paling dalam dan pengistikhrajan (proses mengeluarkan) semua hajat dan jawapanmereka yang berkaitan dengan ilmu kelompok masing-masing daripada al-Quran seperti mujtahid besar ratusan sains dan ilmu Islam terutamanya syariat agung dan bijak pandai muhaqqiq Usuluddin dan ilmu Kalam adalah satu perakuan bahawa al-Quran adalah sumber kebenaran dan punca hakikat.
Para sasterawan Arab yang paling terkehadapan dari segi kesusasteraan, walaupun mereka sangat berhajat kepada penentangan, istinkaf mereka ketika untuk mendatangkan satu surah seumpama balagah al-Quran yang merupakan hanya satu wajah daripada tujuh wajah besar kemukjizatan al-Quran yang ada, ketidakmampuan para ahli balaghah dan bijak pandai berilmu yang masyhur yang sampai sekarang mahu terkenal dengan perdebatan untuk berhadapan dengan mana-mana wajah kemukjizatannya serta kebisuan mereka dalam keadaan lemah adalah satu perakuan bahawa al-Quran adalah mukjizat dan di atas/di luar kemampuan manusia.
110. Page
Ya, daripada noktah kezahiran nilai, ketinggian dan balaghah satu kalam dari sudut ia dikatakan datang daripada siapa, kepada siapa dan kenapa, tidak mungkin boleh ada yang seumpama al-Quran dan tidak mungkin dapat dipintas/diatasi. Ini kerana al-Quran ialah khitab Rabb dan al-Khaliq seluruh alam, percakapan-Nya dan perbualan-Nya yang tidak mempunyai tanda yang boleh merasakan peniruan dan kepura-puraan pada mana-mana sudut. Sudah tentu mendatangkan sesuatu yang seumpama al-Quran yang memiliki pemilik mukhatab yang dibangkitkan/diutuskan atas nama semua/sekalian manusia bahkan atas nama seluruh makhluk dan merupakan bangsa manusia yang paling masyhur dan ternama, diturunkan dengan penerimaan kepada mukhatabat as-Samad dengan mencalonkan kekuatan dan keluasan iman mukhatab itu tentang Islam yang luas dan meninggikan mukhatab itu ke maqam Qaba Qausain, menerang dan menjelaskan tentang masalah-masalah yang merujuk berkenaan dengan kebahagiaan dua dunia, natijah penciptaan alam semesta dan maksud-maksud Rabbani padanya dan tentang keimanan tertinggi dan terluas bagi mukhatab itu yang membawa semua hakikat Islam dan dengan memperlihatkan dan mengubah setiap pelusuk alam semesta seperti peta, jam dan dewan lalu mengifadahkan dan mengajar dengan perlakuan kesenian Zat yang melakukan semua itu adalah tidak mungkin dan darjat kemukjizatannya tidak mungkin diatasi.
Penzahiran dan pengisbatan khabar-khabar ghaib yang banyak dari jenis keistimewaan, ulasan, kekhususan, rahsia, makna-makna tinggi dan perkara-perkara ghaib yang tidak terkira pada al-Quran yang telah diterangkan melalui surat akuan dan dalil-dalilnya oleh ribuan ulama pakar mudaqqiq yang mempunyai kebijaksanaan yang tinggi yang mentafsirkan al-Quran dan sebahagiannya menulis tafsir sebanyak tiga ke empat puluh jilid hatta tujuh puluh jilid, terutamanya pengisbatan setiap seratus tiga puluh kitab Risalah an-Nur tentang satu kelebihan dan ulasannya dengan burhan-burhan yang qat’i, terutamanya Risalah Mukjizat Al-Quran dan penzahiran satu hakikat al-Quran dan nurnya oleh setiap bahagian Risalah an-Nur seperti Maqam Kedua Kalimah Kedua Puluh yang mengistikhrajkan banyak benda daripada kehebatan kemajuan seperti kerta api dan kapl terbang daripada al-Quran, Sinaran Pertama yang bernama Isyarat Al-Quran yang emberitahu tentang isyarat ayat-yat yang mengisyaratkan kepada Risalah an-Nur dan elektrik, lapan risalah kecil bernama Rumuzat As-Samaniyyah (Simbol yang Lapan) yang memperlihatkan betapa huruf al-Quran adalah tersusun, mempunyai rahsia dan bermakna dan satu risalah kecil yang mengisbatkan kemukjizatan ayat terakhir Surah al-Fath dari sudut perkhabaran ghaib dengan lima wajah, adalah perakuan bahawa tiada yang seumpama al-Quran, bahawa ia adalah mukjizat dan hebat dan memiliki lidah alam Ghaib di alam syahadah dan kalam al-‘Allamul Ghuyub.
Justeru kerana/untuk keistimewaan dan kekhususan al-Quran yang disebutkan yang diisyaratkan dalam enam noktah, enam sudut dan enam maqam, kelangsungannya dengan penuh penghormatan dengan cara kebijaksanaan/penguasaan nuraninya yang hebat dan kesultanan/kekuasaan sucinya yang agung mencahayai wajah-wajah kurun dan menerangi muka bumi juga seribu tiga ratus tahun, serta kerana kekhususan itulah, al-Quran memperoleh keistimewaan yang kudus seperti pemberian paling tidak sepuluh pahala dan sepuluh kebaikan dan sepuluh buah yang kekal oleh setiap hurufnya, hatta pemberian seratus, seribu dan lebih lagi oleh setiap huruf bagi sesetengah ayat dan surahnya, dan peningkatan cahaya dan pahala setiap
111. Page
hurufnya daripada sepuluh kepada ratusan pada masa-masa yang berkat. Begitulah yang difahami oleh pengembara dunia itu. Lalu dia berkata kepada hatinya, “jusetru al-Quran ini yang bermukjizat melalui setiap sudut yang begini, telah menjadi saksi yang hebat dalam bentuk pengisbatan melalui dalil-dalil kepada kewujudan, keesaan , sifat dan nama-nama Zat al-Wajibul Wujud melalui ijma’ surah-surahnya, kesepakatan ayat-ayatnya, kemuafakatan rahsia dan cahayanya dan keselarian buah dan kesan-kesannya sehingga penyaksian yang tidak terkira oleh semua ahli Iman telah mencedok daripada penyaksiannya. Justeru, sebagai satu isyarat pendek kepada pengajaran tauhid dan keimanan yang diambil oleh pengembara ini daripada al-Quran, maka martabat ketujuh belas Maqam Pertama telah disebutkan
[لَٓا اِلٰهَ اِلَّا اللّٰهُ الْوَاجِبُ الْوُجُودِ اَلْوَاحِدُ الْاَحَدُ الَّذ۪ى دَلَّ عَلٰى وُجُوبِ وُجُودِه۪ ف۪ى وَحْدَتِهِ الْقُرْآٰنِ الْمُعْجِزُ الْبَيَانِ الْمَقْبُولُ الْمَرْغُوبِ لَاَجْنَاسِ الْمَلَكِ وَ الْاِنْسِ وَ الْجَآنِّ اَلْمَقْرُوءُ كُلُّ اٰيَاتِه۪ ف۪ى كُلُّ دَق۪يقَةِ بِكَمَالِ الْاِحْتِرَامِ بِاَلْسِنَةِ مِآٰتِ مِلْيُونٍ مِنْ نَوْعِ الْاِنْسَانِ الدَّائِمِ سَلْطَنَتِهِ الْقُدْسِيَّةِ عَلٰٓى اَقْطَارِ الْاَرْضِ وَ الْاَكْوَانِ وَ عَلٰى وُجُوهِ الْاَعْصَارِ وَ الزَّمَانِ وَ الْجَار۪ى حَاكِمِيَّتِهِ الْمَعْنَوِيَّةِ النُّورَانِيَّةِ عَلٰى نِصْفِ الْاَرْضِ وَ خُمْسُ الْبَشَرِ فِٓى اَرْبَعَةَ عَشْرِ عَصْرًا بِكَمَالِ الْاِحْتِشَامِ .. وَ كَذَاشَهِدَ وَ بَرْهَنَ بِاِجْمَاعِ سُوَرِهِ الْقُدْسِيَّةِ السَّمَاوِيَّةِ بِاِتِّفَاِقِ اٰيَاتِهِ النُّورَانِيَّةِ الْاِلٰهِٓيَّةِ وَ بِتَوَافُقُ اَسْرَارِه۪ وَ اَنْوَارِه۪ وَ بِتَطَابُقُ حَقَائِقِه۪ وَ ثَمَرَاتِه۪ وَ اٰثَارِه۪ بِالْمُشَاهَدَةِ وَ الْعَيَانِ]
112. Page
HUJJAH KEIMANAN KEDUA: MAUQIF PERTAMA KALIMAH KETIGA PULUH DUA
Mauqif Pertama:
[بِسْـمِ اللّٰهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحيمِ]
[لَوْ كَانَ فِيهِمَا آلِهَةٌ اِلاَّ اللّٰهُ لَفَسَدَتَا لَا اِلهَ اِلاَّ اللّٰهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ لَهُ الْمُلْكُ وَ لَهُ الْحَمْدُ يُحْيِى وَ يُمِيتُ وَ هُوَ حَى لَا يَمُوتُ بِيَدِهِ الْخَيْرُ وَ هُوَ عَلَى كُلِّ شَيْئٍ قَدِيرٌ وَ اِلَيْهِ الْمَصِيرُ]
Pada suatu malam di bulan Ramadhan, aku telah menyatakan bahawa pada tiap-tiap ayat daripada sebelas ayat kalam tauhid ini terdapat satu martabat tauhid dan khabar gembira.
Daripada martabat-martabat itu, hanya makna pada ayat [لاَ شَرِيكَ لَهُ] sahaja aku nyatakannya dalam bentuk perbualan perumpamaan dan perdebatan andaian yang boleh difahami oleh orang awam yang biasa. Lisanul hal-nya (bahasa yang difahami melalui keadaan) adalah dalam bentuk lisanul qal (bahasa yang dituturkan dengan lidah). Aku menulis perbualan tersebut atas permintaan dan hasrat saudara-saudara yang berkhidmat denganku dan sahabat-sahabatku di masjid yang dihargai. Ia adalah seperti berikut:
Kita mengandaikan seorang peribadi yang mewakili para sekutu yang disangkakan (wujud) oleh semua golongan yang syirik, kufur dan sesat seperti penyembah tabiat (alam), penyembah asbab dan musyrikin.
Peribadi andaian itu mahu menjadi Rabb kepada salah satu benda di kalangan maujudat alam dan dia mendakwa bahawa dia adalah pemilik yang hakiki. Justeru, pendakwa itu mula-mula berjumpa dengan sebutir zarah yang merupakan maujudat terkecil. Kepada zarah, melalui lisan tabiat dan lidah falsafah dia menyatakan bahawa dia adalah Rabb dan pemilik hakikinya.
Maka zarah itu juga berkata melalui lisan hakikat dan lidah hikmah Rabbani: “Aku melakukan tugas-tugas yang tidak terkira. Aku masuk dan bekerja ke dalam ciptaan yang berbeza-beza. Sekiranya padamu terdapat ilmu dan kekuatan yang boleh menjadikan aku melakukan semua tugas itu serta di dalam zarah-zarah sepertiku
113. Page
yang tidak terkira dan terhitung yang berlegar dan melakukan kerja bersama;(5) sekiranya padamu terdapat satu hukum dan kekuasaan yang boleh menggunakan semua zarah sepertiku itu lalu mengambilnya ke bawah perintahmu; sekiranya engkau boleh menjadi pemilik dan pentadbir hakiki kepada maujud-maujud yang aku menjadi sebahagian daripadanya contohnya sel-sel merah dalam darah dengan kesempurnaan penyusunan, maka dakwalah kepadaku bahawa engkau adalah Rabb dan sandarkanlah aku kepada selain Allah Taala. Jika tidak diam! Sebagaimana engkau tidak boleh menjadi Rabb kepadaku, engkau juga tidak boleh campur tangan.
Ini kerana terdapat satu penyusunan yang begitu sempurna pada tugas-tugas dan pergerakan kami sehingga sesuatu yang tidak memiliki hikmah yang tidak berkesudahan dan ilmu yang luas tidak mungkin campur tangan. Sekiranya ia masuk campur, ia akan mencelarukannya. Sedangkan seseorang yang kaku, lemah dan buta sepertimu dan dua tangannya berada di tangan benda yang buta seperti tasaduf (unsur kebetulan) dan tabiat (alam), tidak dapat menghulurkan tangan pada mana-mana sudut.”
Lalu pendakwa itu berkata seperti apa yang dikatakan oleh Maddiyyun: “Jika begitu engkau jadilah pemilik kepada dirimu sendiri! Mengapakah engkau menyatakan bahawa engkau bekerja untuk yang lain?”
Sebagai jawapan, zarah berkata kepadanya: “Kalaulah aku mempunyai otak sebesar matahari, ilmu yang meluas seperti sinarannya, qudrat yang menyeluruh seperti bahangnya, perasaan yang luas seperti tujuh warna pada sinarannya, wajah yang memandang, mata yang sentiasa melihat kepada setiap tempat yang aku lawati dan setiap kerja yang aku lakukan dan sekiranya aku memiliki kata-kata yang sentiasa dituruti, maka (ketika itu) mungkin aku telah melakukan kebodohan sepertimu lalu aku mendakwa bahawa aku adalah pemilik kepada diriku sendiri. Cepat, berambus dari sini, engkau tidak akan dapat apa-apa daripadaku/ usahamu hanya sia-sia di sini!”
Maka apabila wakil mereka yang syirik itu berputus asa daripada zarah, dengan berkata bahawa aku akan mendapat hasil daripada sel darah merah, dia berjumpa dengan sel darah merah yang ada dalam darah. Atas nama sebab-sebab dan melalui lisan tabiat dan falsafah, dia berkata: “Aku ialah Rabb dan pemilikmu!
Maka sel darah merah yakni makhluk merah yang bulat itu menjawab kepadanya melalui lisan hakikat dan lidah hikmah Ilahi: “Aku tidak bersendirian. Sekiranya
114. Page
engkau boleh menguasai semua yang sepertiku dalam tentera darah yang lencana, tugas dan peraturan kami adalah satu/sama; sekiranya padamu terdapat hikmah yang teliti dan qudrat yang agung yang boleh menjadi pemilik kepada semua sel badan di mana kami telah lalui dan kami digunakan dengan penuh hikmah, maka perlihatkanlah! Sekiranya engkau boleh memperlihatkannya, mungkin di dalam dakwaanmu terdapat suatu makna. Sedangkan si bingung sepertimu dan melalui tabiat yang tuli dan kekuatan yang buta di tanganmu, engkau bukan sahaja tidak mampu menjadi pemilik bahkan engkau tidak dapat campur tangan walau sebesar zarah. Ini kerana penyusunan pada kami adalah sangat sempurna sehingga yang boleh menguasai kami hanyalah satu zat yang nampak, mendengar, mengetahui dan melakukan hampir semua benda.”
“Justeru diamlah! Tugasku adalah sangat penting dan penyusunanku adalah sangat sempurna sehingga aku tidak mempunyai waktu untuk memberi jawapan kepadamu dan kepada kata-katamu yang celaru sebegini” kata sel darah merah lagi lalu menghalau wakil kesesatan itu.
Kemudian, oleh sebab tidak dapat memperdayakan sel darah merah, maka pendakwa itu menemui rumah kecil pada tubuh yang dinamakan sebagai sel. Melalui lisan falsafah dan tabiat dia berkata: “Aku tidak dapat memahamkan maksudku kepada zarah dan sel darah merah. Ada kemungkinan engkau akan memahami kata-kataku. Ini kerana engkau telah dijadikan daripada beberapa benda seperti sebuah rumah yang kecil. Oleh itu aku boleh menjadikanmu.” “Engkau adalah ciptaan dan milikku yang sebenar,” katanya lagi.
Sebagai jawapan, sel itu berkata kepadanya melalui lisan hikmah dan hakikat: “Secara zahir aku adalah satu benda yang kecil. Tetapi terdapat tugas-tugasku yang sangat besar, hubungan-hubunganku yang sangat halus dan kaitan-kaitanku yang terikat dengan semua sel badan dan bentuk himpunannya. Sebagai contoh aku mempunyai tugas-tugas yang sangat dalam dan sempurna terhadap urat-urat vena (awridah) dan arteri (syarayin), kepada saraf-saraf yang sensitif dan menggerakkan serta daya-daya seperti jazibah (penarik), dafi’ah (penolak), muwallidah (penghasil) dan musawwirah (pembayang/penggambar).
Sekiranya padamu terdapat satu kuasa dan ilmu yang boleh membentuk, menyusun dan menggunakan seluruh badan dan seluruh urat, saraf dan deria; sekiranya padamu terdapat satu kuasa yang telus, hikmah yang menyeluruh yang boleh menguruskan semua yang sepertiku dan sel-sel badan yang merupakan saudara kami dari segi ciptaan dan bentuk, maka perlihatkan! Kemudian dakwalah: “Aku boleh menjadikan kamu!” Jika tidak, ayuh pergi! Sel darah merah membawa rezeki kepadaku. Sel darah putih pula melawan penyakit-penyakit yang menyerangku. Aku ada kerja, janganlah engkau menyibukkanku. Malah sesuatu yang lemah, kaku, pekak dan buta sepertimu tidak boleh mengkucar-kacirkan keadaan kami dari mana-
115. Page
mana sudut. Ini kerana pada kami terdapat satu susunan(6) yang sangat halus dan teliti serta sempurna sehingga sekiranya al-Hakimul Mutlaq, al-Qadirul Mutlaq dan al-‘Alimul Mutlaq yang menguasai kami tiada, maka penyusunan kami akan rosak dan aturan kami akan bercelaru.”
Lantas pendakwa (ketuhanan diri sendiri) itu turut berputus asa dengannya. Maka dia beredar lalu bertemu dengan tubuh badan seorang manusia. Sekali lagi melalui lisan tabiat yang buta serta falsafah yang dungu dia berkata seperti apa yang dikatakan oleh Tabiiyyun. “Engkau adalah milikku. Akulah yang menjadikanmu. Ataupun padamu terdapat hakku.”
Bentuk umum darah pula memiliki dua tugasan umum.
Pertama: Memperbaiki kerosakan sel di dalam tubuh badan.
Kedua: Menghimpunkan sisa-sisa sel lalu membersihkan tubuh. Terdapat dua jenis urat yang bernama vena dan arteri. Satunya membawa dan mengagihkan darah yang bersih dan ia merupakan laluan/aliran darah yang bersih. Satu bahagian lagi ialah laluan darah yang tercemar yang menghimpunkan sisa-sisa. Jenis urat yang kedua ini pula membawa darah kepada tempat nafas diambil yang dipanggil paru-paru.
As-Sani’ul Hakim telah menjadikan dua unsur di udara. Yang pertama nitrogen dan yang kedua ialah oksigen. Oksigen pula apabila ia bersentuh dengan darah di dalam nafas, ia menarik unsur legap karbon yang mengotorkan darah kepada dirinya sendiri seperti ambar. Keduanya bergabung/bersebati dan mengubahnya kepada satu bahan udara beracun yang dinamakan asid karbonik. Ia juga menghasilkan haba/suhu badan/tubuh serta membersihkan darah. Ini kerana as-Sani’ul Hakim telah memberikan satu hubungan yang kuat yang dinamakan sebagai afiniti iaitu tarikan kimia dalam ilmu Kimia kepada oksigen dan karbon kerana apabila dua unsur tersebut berada hampir dengan satu sama lain, melalui undang-undang Ilahi itu dua unsur tersebut bergabung. Adalah sabit dari sudut Sains bahawa haba terhasil daripada gabungan/sebatian tersebut.
Ini kerana, sebatian adalah sejenis kebakaran. Hikmah kepada rahsia ini ialah terdapat pergerakan yang berbeza bagi zarah-zarah bagi setiap satu daripada dua unsur itu. Semasa bersebati setiap dua zarah yakni zarahnya bersebati dengan zarah dari pihak satu lagi lalu bergerak dengan satu pergerakan. Menjadi satu pergerakan yang tergantung/terapung. Ini kerana, sebelum bersebati terdapat dua pergerakan namun sekarang dua zarah telah menjadi satu. Maka setiap dua zarah bergerak bagaikan satu zarah .
Pergerakan yang satu lagi, melalui undang-undang as-Sani’ul Hakim berubah menjadi haba. Lagipun pergerakan memang menghasilkan kepanasan/haba. Ia adalah peraturan yang diakui. Justeru berdasarkan kepada rahsia ini, sebagaimana suhu tubuh pada badan manusia dipastikan melalui sebatian kimia ini, oleh sebab karbon dalam darah telah diambil maka darah juga menajdi bersih. Justeru, semasa nafas masuk ke dalam tubuh, di samping membersihkan air kehidupan tubuh, ia juga menyalakan api kehidupan. Apabila ia keluar, ia memberikan buah-buah kalimah yang merupakan mukjizat qudrat Ilahi pada mulut. [فَسُبْحَانَ مَنْ تَحَيَّرَ ف۪ي صُنْعِهِ الْعُقُولُ]
116. Page
Sebagai jawapan, badan manusia itu berkata melalui lidah hakikat dan hikmah serta lisanul hal penyusunan: “Sekiranya padamu terdapat kuasa dan ilmu yang boleh menjadi pengurus hakiki kepada semua yang sepertiku dan kepada semua badan manusia yang mempunyai tanda kekuasaan dan cop fitrah yang sama dengan apa yang ada di atas wajah kami. Sekiranya engkau memiliki satu harta dan penguasaan yang boleh menjadi pemilik kepada gedung-gedung rezekiku daripada air dan udara sampai kepada tumbuhan dan haiwan, serta sekiranya padamu terdapat kuasa yang tidak berpenghujung dan hikmah yang tiada batasan yang boleh menggunakan latifah-latifah maknawi seperti roh, hati dan akal yang sangat luas dan tinggi yang aku menjadi pembalutnya/kulitnya dengan penuh hikmah lalu memperibadatkannya dengan menempatkannya dalam sarung yang sempit dan rendah sepertiku, maka tunjukkanlah kemudian katakanlah aku telah menjadikan kamu. Jika tidak, diam! Serta melalui penyaksian peyusunan paling sempurna padaku dan melalui isyarat lambang keesaan pada wajahku, as-Sani’ku iaitu zat yang al-Qadir dan al-Alim kepada setiap benda, nampak dan mendengar segalanya. Jari si bingung dan lemah sepertimu tidak dapat mengacau hasil seninya dan tidak boleh masuk campur walaupun sebesar zarah.
Wakil golongan syirik itu tidak dapat menemui tempat untuk campur tangan pada tubuh juga, lalu dia pergi menjumpai bangsa manusia. Dia berkata dalam hati: “Kemungkinan dalam kumpulan yang berserabut dan bercampur aduk ini, sebagaimana syaitan mengganggu perbuatan-perbuatan ikhtiari (pilihan) dan ijtimai (kemasyarakatan) mereka, kemungkinan aku juga boleh mengganggu keadaan tubuh dan fitrah mereka dan akan menemui satu tempat yang boleh aku campur tangan. Apabila aku menemui satu tempat padanya, maka aku boleh melaksanakan keputusanku ke atas badan dan sel-sel tubuh yang menghalau aku.” Oleh sebab itu sekali lagi dia berkata dengan lisan tabiat yang pekak dan falsafah yang bingung: “Kalian kelihatan seperti sesuatu yang sangat bercelaru.” “Aku ialah Rabb dan pemilik kalian ataupun memahami kalian.” Katanya lagi.
Waktu itu melalui lisan hak dan hakikat serta melalui lidah hikmah dan penyusunan insan berkata: “Sekiranya padamu terdapat satu kuasa dan hikmah yang boleh menjadikan kemeja yang dipakaikan kepada bumi dan ditenun dan dijahit dengan penuh hikmah daripada semua ratusan ribu jenis haiwan dan tumbuhan yang seperti kami dan daripada tenunan serta benang yang berwarna-warni serta permaidani kecil yang dihampar di atas muka bumi, ditenun daripada ratusan ribu jenis benda hidup dan dijadikan dalam bentuk yang sangat berukir serta memperbaharui lalu menyegarkan setiap masa;
Sekiranya padamu terdapat kuasa yang meliputi dan hikmah yang menyeluruh yang boleh menguruskan alam bebola bumi yang kami merupakan buahnya dan alam yang kami merupakan benihnya;
Serta boleh menghantar bahan-bahan yang diperlukan dalam kehidupan kami dengan neraca hikmah daripada seluruh pelosok alam kepada kami,
serta sekiranya padamu terdapat satu keupayaan yang boleh menjadikan semua makhluk sepertiku yang telah pergi dan akan datang yang mempunyai tanda kekuasaan yang sama dengan apa yang ada di wajah kami, mungkin engkau boleh mendakwa satu rububiyyah kepadaku. Jika tidak, cepat diam! Janganlah engkau
117. Page
memandang kepada keserabutan pada bangsaku lalu mengatakan: “Aku boleh campur tangan”.
Ini kerana penyusunan adalah sempurna. Keadaan yang engkau sangka bercampur aduk itu ialah satu penyalinan melalui kesempurnaan susunan menurut kitab taqdir qudrat. Ini kerana kesempurnaan penyusunan haiwan dan tumbuhan yang jauh lebih rendah daripada kami dan di bawah pemantauan kami memperlihatkan bahawa keserabutan pada kami adalah sejenis penulisan.
Mungkinkah sama sekali bahawa yang meletak dan menyusun benang pakan yang terhampar ke semua penjuru sebidang permaidani kecil dengan penuh berseni itu adalah orang lain, bukannya pakar pembuat permaidani? Mungkinkah Pencipta sebiji buah bukannya pencipta pokok? Mungkinkah yang menjadikan benih adalah bukan pencipta jisim yang berbiji?
(Sebenarnya) Mata engkau adalah buta. Engkau tidak nampak mukjizat qudrat pada wajah kami dan keluarbiasaan fitrah pada perihal kami. Sekiranya engkau nampak engkau akan faham bahawa as-Sani-’ku ialah dzat yang seperti berikut: Tiada sebarang benda dapat bersembunyi daripada-Nya. Tiada sebarang benda pun boleh bermalas-malas dengan-Nya lalu menyusahkan-Nya. Kepada-Nya bebintang adalah semudah zarah-zarah. Dia boleh mewujudkan musim bunga semudah menjadikan sekuntum bunga. Dia adalah zat agung yang meletakkan faharasat alam semesta yang agung di dalam perihalku dengan susunan yang sempurna. Adakah sesuatu yang kaku, lemah, buta dan pekak sepertimu boleh mencampuri ciptaaan zat yang sebegini? Oleh itu diamlah engkau! Berambus!” lalu menghalau peribadi andaian itu.
Kemudian. Pendakwa itu pergi kepada permaidani luas yang dihamparkan di atas muka bumi dan kemeja yang sangat terhias dan terukir yang dipakaikan kepada bumi lalu atas nama sebab-sebab, melalui lisan tabiat dan lidah falsafah, dia berkata: “Aku boleh bertindak ke atas kamu. Aku pemilikmu atau padamu ada hakku.” Begitulah dakwaannya.
Waktu itu, atas nama hak dan hakikat serta melalui lisan hikmah, kemeja dan permaidani itu berkata kepada pendakwa itu: “Sekiranya padamu terdapat kuasa dan kesenian yang boleh menenun dan mewujudkan semua kemeja dan permaidani(7) yang dipakaikan kepada bumi sebanyak tahun dan kurun, kemudian ditanggalkan secara tersusun lalu digantung kepada tali masa lalu dan akan dipakaikan semula, kemudian program-program dan jenis-jenisnya dilakar dan ditentukan dalam daerah taqdir dengan kesempurnaan penyusunan, dipasang kepada pita masa hadapan dan mempunyai ukiran yang berbeza-beza secara tersusun dan berhikmah; Sekiranya engkau mempunyai dua tangan maknawi yang berhikmah dan berkuasa yang boleh sampai daripada penciptaan bumi sehingga kemusnahannya bahkan daripada keazalian sehingga keabadian; Sekiranya padamu terdapat satu keupayaan dan hikmah yang boleh mewujudkan semua yang ada pada semua selendangku dan
118. Page
boleh membaiki dan memperbaharuinya dengan kesempurnaan susunan dan hikmah; jika engkau boleh menggenggam dan mewujudkan bebola bumi yang merupakan peraga yang memakai kami dan menjadikan kami sebagai cadarnya, maka dakwalah rububiyyah kepadaku. Jika tidak, ayuh keluar! Engkau tidak akan mendapat tempat di sini.
Malah pada kami terdapat tanda wahdaniyyah (keesaan) dan lambang ahadiyyah (ketunggalan). Sesiapa yang seluruh alam semesta bukan di dalam genggaman urusannya, tidak dapat melaksanakan semua benda dengan semua urusannya secara sekaligus, tidak dapat melakukan kerja-kerja yang tidak terkira secara serentak, tidak berada dan memandang di setiap tempat, tidak bebas daripada tempat, tidak memiliki hikmah, ilmu dan kuasa yang tidak terhingga tidak boleh menjadi tuan kami dan tidak boleh mencampuri urusan kami.”
Kemudian pendakwa itu pergi. Dia berkata, mungkin aku boleh menipu bebola bumi(8) lalu mendapat peluang di sana. Lalu dia pun pergi. Sekali lagi kepada bebola bumi juga dia berkata atas nama sebab-sebab dan melalui lisan tabiat. “Oleh sebab engkau bersiar tanpa hala tuju/bingung begini, engkau memperlihatkan bahawa engkau tiada pemilik. Jika begitu, engkau boleh menjadi milikku.”
Maka waktu itu atas nama hak dan melalui lidah hakikat, bebola bumi berkata kepadanya dengan satu suara seperti bunyi guruh: “Jangan mengarut! Bagaimana pula aku boleh menjadi tiada hala tuju dan tidak bertuan? Adakah engkau telah menjumpai mana-mana noktah dan tali yang paling kecil dalam pakaianku dalam keadaan tidak teratur? Adakah engkau dapati sesuatu yang tidak berhikmah dan tiada seni (padanya) sehingga engkau mengatakan kepadaku bahawa aku tidak bertuan dan tiada hala tuju? Sekiranya engkau boleh menjadi pemilik sebenar kepada lingkungan besar yang aku lalui dalam setahun dalam satu jarak sejauh lebih kurang dua puluh lima ribu tahun (9) berdasarkan pergerakan tahunanku dan aku laksanakan tugas khidmatku dengan neraca dan hikmah yang sempurna; serta kepada saudara-saudaraku dan sepuluh planet yang ada tugasan sepertiku dan kepada semua lingkungan yang mereka lalui; sekiranya padamu terdapat satu hikmah dan kuasa yang tidak terhingga yang boleh mewujudkan lalu menempatkan matahari yang merupakan imam kami dan kami berkait dengannya dan kami terikat kepadanya melalui tarikan rahmat serta boleh mengikatku dan bintang-bintang siarah kepadanya seperti batu tarbil dan boleh memutarkan dan menggunakannya
119. Page
dengan susunan dan hikmah yang sempurna, maka dakwalah rububiyyah kepadaku. Jika tidak pergi jahanam denganmu! Aku ada kerja. Aku mahu pergi menjalankan tugasku.
Susunan-susunan yang hebat, pergerakan-pergerakan yang dahsyat serta pengerahan-pengerahan yang berhikmah pada kami semua juga memperlihatkan bahawa Pencipta kami adalah seperti berikut: Semua maujudat daripada zarah kepada bintang-bintang dan matahari-matahari ibarat askar yang taat dan patuh kepada perintah-Nya. Dia adalah al-Hakim Zul Jalal dan al-Hakimul Mutlaq yang boleh mengatur matahari dengan planet-planet dengan senang sebagaimana Dia menyusun dan menghias sebatang pokok dengan buah-buahnya.”
Kemudian, oleh sebab tidak mendapat peluang di bumi, pendakwa itu pergi kepada matahari. Dia berkata di dalam hati: “Benda ini adalah sesuatu yang sangat besar. Kemungkinan dengan menemui satu lubang padanya aku boleh membuka satu jalan. Maka aku juga dapat menundukkan bumi.” Atas nama kesyirikan dan melalui lisan falsafah yang telah kesyaitanan, dia berkata seperti yang dikatakan oleh golongan Majusi: “Engkau adalah sultan dan pemilik dirimu sendiri. Engkau boleh bertindak seperti yang engkau mahu.”
Maka atas nama hak dan melalui lisan hakikat dan menerusi lidah hikmah Ilahi, matahari menjawab kepadanya: “Hasya! Seratus ribu kali Hasya wa Kalla! Aku adalah petugas yang patuh. Aku adalah pelita di rumah tamu Majikanku. Aku tidak boleh menjadi pemilik yang sebenar kepada lalat bahkan kepada sayapnya pun. Ini kerana pada tubuh lalat terdapat permata maknawi dan hasil seni antik seperti mata dan telinga yang begitu unggul. Sedangkan itu semua tiada di kedaiku. Ia juga adalah di luar daerah kekuasaanku,” katanya lagi lalu menempelak pendakwa itu.
Kemudian pendakwa itu kembali dan berkata melalui lisan falsafah yang telah kefiraunan. “Memandangkan engkau bukanlah pemilik dan empunya kepada dirimu sendiri, dan engkau adalah khadam, maka atas nama sebab-sebab engkau adalah milikku.” Waktu itu, atas nama hak dan hakikat dan melalui lisan ubudiyyah ia berkata: “ Aku hanya boleh dimiliki oleh zat yang yang menjadikan semua bebintang yang tinggi sepertiku, lalu menempatkannya di langit-langit-Nya dengan hikmah yang sempurna, memutarkannya dengan kehebatan yang sempurna dan menghiasinya dengan hiasan yang sempurna.”
Kemudian pendakwa itu berkata dari hatinya: Bintang-bintang adalah sangat sesak, kelihatan berselerak dan bercampur aduk. Kemungkinan di dalam mereka, atas nama mereka yang mewakilkanku aku boleh mendapat sesuatu. Lalu dia masuk ke dalam gugusan bintang. Atas nama sebab-sebab, untuk mereka yang syirik dan melalui lisan falsafah yang telah meliar, dia berkata seperti yang dikatakan oleh golongan Sabiiyyun yang menyembah bintang. “Oleh sebab kalian sangat berselerak maka kalian berada di bawah penguasaan pemerintah yang berlainan.”
Waktu itu atas nama semua bintang sebutir bintang berkata: “Engkau ini adalah seorang yang sangat bingung/bebal, tiada otak, bodoh dan tiada mata. Adakah engkau tidak nampak dan memahami tanda keesaan dan lambang ahadiyyah
120. Page
(ketunggalan) pada wajah kami? Adakah engkau tidak mengetahui aturan tinggi dan undang-undang ubudiyyah kami sehingga engkau menyangka kami tidak teratur?
Kami semua adalah hasil ciptaan dan petugas bagi al-Wahidul Ahad yang memegang langit yang merupakan lautan kami dan alam semesta yang merupakan pohon kami dan ruang angkasa alam yang tidak berpenghujung yang merupakan tempat kami berlegar/bersiar/mengembara di dalam genggaman urusan-Nya. Seperti lampu-lampu elektrik untuk keramaian, kami semua adalah para saksi nurani yang memperlihatkan kesempurnaan rububiyyah-Nya serta burhan-burhan bercahaya yang mengumumkan kekuasaan Rububiyyah-Nya. Tiap-tiap kelompok kami adalah para petugas nurani yang memperlihatkan kehebatan kekuasaan-Nya dan memberikan cahaya pada kediaman-kediaman tinggi, rendah, duniawi, barzakh dan ukhrawi di dalam daerah kekuasaan-Nya. Ya, setiap kami ialah mukjizat qudrat al-Wahidul Ahad, buah tersusun pohon penciptaan, burhan bercahaya wahdaniyyah (keesaan), kediaman bagi para malaikat, pesawat dan masjidnya, lampu alam-alam tinggi dan mataharinya, saksi kekuasaan rububiyyah, hiasan ruang angkasa alam, istana dan bunganya, seekor ikan bercahaya di laut langit dan mata indah(10) di wajah langit. Dalam ketenangan kerangka himpunan kami terdapat satu kesenyapan, dalam hikmah terdapat pergerakan, di dalam kehebatan terdapat satu hiasan, di dalam penyusunan terdapat suatu keindahan ciptaan, di dalam keseimbangan terdapat kesempurnaan hasil ciptaan.
Walaupun kami telah mengumumkan keesaan, keahadan, kesamadan, sifat-sifat jamal, jalal dan kamal as-Sani’ Zul jalal kami ke seluruh alam semesta melalui lidah-lidah yang tidak terhitung, engkau telah menuduh para petugas yang sangat suci, bersih, taat dan patuh seperti kami dengan kecelaruan, keserabutan dan ketiadaan tugas hatta tidak bertuan. Maka sesungguhnya engkau berhak/layak menerima penampar,” katanya lagi. Seperti merejam syaitan, sebutir bintang memberi tamparan yang dahsyat ke wajah pendakwa itu sehingga ia mencampaknya daripada bintang sehingga ke dasar neraka. Ia mencampakkan tabiat(11) yang bersamanya ke lembah-lembah waham, mencampak tasaduf ke lubang ketiadaan, para pensyirik ke dalam gelap ketidaklogikan dan kemustahilan serta falsafah ke darjat asfala safilin. Berserta dengan semua bintang, bintang itu membaca firman suci [لَوْ كَانَ فِيهِمَا آلِهَةٌ اِلاَّ اللّٰهُ لَفَسَدَتَا]. Mereka mengumumkan bahawa bermula daripada
121. Page
sayap lalat sehingga kandil-kandil langit tiada tempat untuk kesyirikan walaupun sebesar sayap lalat untuk ia campur tangan.
[سُبْحَانَكَ لَا عِلْمَ لَنَٓا اِلَّا مَا عَلَّمْتَنَا اِنَّكَ اَنْتَ الْعَل۪يمُ الْحَك۪يمُ اَللّٰهُمَّ صَلِّ وَ سَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ سِرَاجِ وَحْدَتِكَ فِى كَثْرَةِ مَخْلُوقَاتِكَ وَ دَلاَّلِ وَحْدَانِيَّتِكَ فِى مَشْهَرِ كَائِنَاتِكَ وَ عَلَى آلِهِ وَ صَحْبِهِ اَجْمَعِينَ]
122. Page
[بِسْــمِ اللّٰهِ الرَّحْمٰنِ الرَّح۪يمِ
فَانْظُرْ اِلَى آثَارِ رَحْمَتِ اللّٰهِ كَيْفَ يُحْيِى الْاَرْضَ بَعْدَ مَوْتِهَا]
Di bawah ini ialah petikan berbahasa Arab yang mengisyaratkan kepada sekuntum bunga di taman keazalian ayat yang telah dinyatakan di atas.
[حَتَّى كَاَنَّ الشَّجَرَةَ الْمُزَهَّرَةَ قَصِيدَةٌ مَنْظُومَةٌ مُحَرَّرَةٌ]
[وَ تُنْشِدُ لِلْفَاطِرِ الْمَدَائِحَ الْمُبَهَّرَةَ اَوْ فَتَحَتْ بِكَثْرَةٍ عُيُونُهَا الْمُبَصَّرَةَ]
[لِتُنْظِرَ للِصَّانِعِ الْعَجَائِبَ الْمُنَشَّرَةَ اَوْ زَيَّنَتْ لِعِيدِهَا اَعْضَائَهَا الْمُخَضَّرَةَ]
[لِيَشْهَدَ سُلْطَانُهَا آثَارَهُ الْمُنَوَّرَةَ وَ تُشْهِرَ فِى الْمَحْضَرَةِ مُرَصَّعَاتِ الْجَوْهَرِ]
[وَ تُعْلِنَ لِلْبَشَرِ حِكْمَةَ خَلْقِ الشَّجَرِ بِكَنْزِهَا الْمُدَخَّرِ مِنْ جُودِ رَبِّ الثَّمَرِ]
[سُبْحَانَهُ مَا اَحْسَنَ اِحْسَانَهُ مَا اَزْيَنَ بُرْهَانَهُ مَا اَبْيَنَ تِبْيَانَهُ]
[خَيَاْ بِينَدْ اَزِينْ اَشْجَارْ مَلاَئِكْرَا جَسَدْ آمَدْ سَمَاوِى بَا هَزَارَانْ نَىْ]
[اَزِينْ نَيْهَا شُنِيدَتْ هُوشْ سِتَايِشْهَاىِ ذَاتِ حَىْ]
[وَرَقْهَارَا زَبَانْ دَارَنْد هَمَه هُو هُو ذِكْر آرَنْد بَدَرْ مَعْنَاىِ حَىُّ حَىْ]
[چُو لَٓا اِلٰهَ اِلَّا هُو بَرَابَرْ مِيزَنَدْ هَرْشَىْ دَمَادَمْ جُويَدَنْد يَاحَقْ]
[سَرَاسَرْ گُويَدَنْد يَا حَىْ بَرَابَرْ مِيزَنَنْداَللّٰهْ]
[وَ نَزَّلْنَا مِنَ السَّمَاءِ مَاءً مُبَارَكًا]
Hingga akhir ayat.
Terjemahan petikan berbahasa Arab:
Setiap pohon yang mekar bunganya itu bagaikan,
Qasidah tersusun yang tertulis indah,
Qasidah itu mengalunkan madah mendalam al-Fatir Zul jalal,
lantas ia menyatakannya lewat lisanul hal bagaikan penyair,
Ataupun, tiap pohonan yang mekar bunganya itu,
telah membuka ratusan ribu mata yang memandang,
Agar sekalian mata itu memandang keajaiban ciptaan as-Sani’ Zul jalal yang dicambah dan dipamerkan,
bukan melalui satu atau dua mata, bahkan melalui ribuan mata.
Agar ia menyebabkan mereka yang teliti memandang begitu.
Ataupun tiap pohon yang mekar bunganya itu
telah mendandan dirinya dengan hiasan yang paling menawan
di atas anggotanya yang telah kehijauan,
di dalam perayaannya yang khusus
123. Page
di dalam musim bunga yang merupakan perayaan umumnya
dan dalam satu detik yang bagaikan perarakan rasmi.
Sehinggalah ia menyaksikan as-Sultan Zul jalal,
hadiah-hadiah dan kesantunan yang dikurniakan kepadanya dan kesan-kesan nuraninya.
Serta mempamerkan kegemilangan rahmat-Nya kepada pandangan makhluk di musim bunga dan di atas muka bumi yang merupakan tempat pameran kesenian Ilahi.
Ia mengumumkan hikmah penciptaan pohon kepada manusia.
Biarlah ia memperlihatkan kesempurnaan qudrat Ilahi dengan memperlihatkan bahawa
di dahannya yang halus terdapat khazanah-khazanah yang sangat penting,
dan pada buah-buah kurnia Ilahi terdapat harta-harta yang sangat penting.
124. Page
Sedikit Tambahan bagi Mauqif Pertama.
Dengarlah kepada ayat: [ اَفَلَمْ يَنْظُرُوا اِلَى السَّمَاءِ فَوْقَهُمْ كَيْفَ بَنَيْنَاهَا وَ زَيَّنَّاهَا] sehingga ke akhirnya.
[ ثُمَّ انْظُرْ اِلَى وَجْهِ السَّمَاءِ كَيْفَ تَرَى سُكُوتًا فِى سُكُونَةٍ حَرَكَةً فِى حِكْمَةٍ ] [تَلَئْلاُءً فِى حِشْمَةٍ تَبَسُّمًا فِى زِينَةٍ الخ مَعَ اِنْتِظَامِ الْخِلْقَةِ مَعَ اِتِّزَانِ الصَّنْعَةِ تَشَعْشُعُ سِرَاجِهَا تَهَلْهُلُ مِصْبَاحِهَا تَلَئْلاُءُ نُجُومِهَا تُعْلِنُ ِلاَهْلِ النُّهَى سَلْطَنَةً بِلاَ اِنْتِهَاءٍ]
Ungkapan di atas ialah terjemahan berbahasa Arab bagi ayat [اَفَلَمْ يَنْظُرُوا اِلَى السَّمَاءِ فَوْقَهُمْ كَيْفَ بَنَيْنَاهَا وَ زَيَّنَّاهَا] sehingga akhir.
Berikut pula ialah perincian terjemahannya:
[ثُمَّ انْظُرْ اِلَى وَجْهِ السَّمَاءِ كَيْفَ تَرَى سُكُوتًا فِى سُكُونَةٍ] Yakni ayat mulia ini mengalihkan pandangan perhatian kepada wajah langit yang terhias indah. Supaya melalui pandangan yang teliti, mereka yang memandang itu akan nampak satu kesenyapan di dalam ketenangan yang luarbiasa lalu memahami bahawa ia mendapat keadaan itu kerana perintah dan suruhan al-Qadirul Mutlaq. Jika tidak, sekiranya mereka tiada hala tujuan, sepatutnya jirim-jirim dahsyat yang tidak terkira, bebola-bebola yang sangat besar itu dan pergerakan mereka yang sangat laju di antara satu sama lain mengeluarkan suatu keriuhan yang boleh memekakkan telinga alam semesta. Malah nescaya berlaku kecelaruan di dalam gempa kehuru-haraan yang sangat dahsyat sehingga boleh menghancurkan alam semesta. Sudah dimaklumi bahawa apabila dua puluh ekor kerbau bergerak di kalangan satu sama lain maka ia menyebabkan keriuhan yang sangat bising. Sedangkan para pengkaji bintang memberitahu bahawa di kalangan bintang terdapat bintang-bintang yang seribu kali lebih besar daripada bumi dan tujuh puluh kali lebih laju daripada peluru meriam. Justeru, fahamilah darjat qudrat dan suruhan as-Sani’ Zul jalal dan al-Qadir Zul kamal daripada kesenyapan jirim-jirim di dalam ketenangan serta darjat kepatuhan dan ketaatan bintang-bintang kepada-Nya.
[حَرَكَةً فِى حِكْمَةٍ] Ayat memerintahkan juga supaya melihat satu pergerakan di dalam hikmah di wajah langit. Ya, pergerakan yang sangat menakjubkan dan agung adalah di dalam hikmah yang sangat teliti dan luas. Sebagaimana seorang seniman yang memutarkan roda-roda kilang dan almari-almarinya di dalam suatu hikmah memperlihatkan tahap kesenian dan kemahirannya pada darjat kebesaran dan penyusunan kilang, begitulah juga darjat qudrat dan hikmah al-Qadir Zul jalal yang memberikan keadaan seperti kilang kepada matahari yang besar berserta dengan planet-planet dan memutarkan bebola-bebola besar yang menggerunkan di sekitarnya itu umpama batu tarbil dan seperti roda-roda kilang. Ia akan terzahir kepada pandangan menurut nisbah itu.
125. Page
[تَلَئْلاُءً فِى حِشْمَةٍ تَبَسُّمًا فِى زِينَةٍ] yakni: di wajah langit, di dalam kehebatan yang hebat sebegitu terdapat satu sinaran dan satu senyuman di dalam satu hiasan. Ia memperlihatkan bahawa as-Sani’ Zul jalal memiliki satu kekuasaan yang sangat agung dan satu kesenian yang sangat indah. Sebagaimana lampu-lampu elektrik yang banyak di hari-hari keramaian memperlihatkan darjat kehebatan sultan dan darjat kesempurnaan pada kemajuan tamadun, begitulah juga langit-langit luas memperlihatkan kesempurnaan kekuasaan dan keindahan seni as-Sani’ Zul jalal melalui bintang-bintangnya yang hebat dan berhias itu kepada pandangan perhatian.
[مَعَ اِنْتِظَامِ الْخِلْقَةِ مَعَ اِتِّزَانِ الصَّنْعَةِ] Ia juga berkata: “Lihat dan fahamilah ketersusunan makhluk di wajah langit dan keseimbangan masnuat di dalam neraca-neraca yang halus/teliti supaya engkau tahu bahawa as-Sani’ mereka adalah sangat al-Qadir dan al-Hakim. Ya, sebagaimana mereka telah memperlihatkan tahap keupayaan dan hikmah Zat yang menggerakkan jirim-jirim ataupun haiwan-haiwan yang kecil dan berlainan, memutarkannya untuk satu tugas, mendorong setiap satunya di jalan yang tertentu melalui satu neraca yang khusus serta memperlihatkan tahap ketaatan dan kepatuhan jirim-jirim yang bergerak kepada-Nya, langit yang luas, bersama dengan kebesarannya yang dahsyat, bintang-bintangnya yang tidak terhitung, bintang-bintang itu juga dengan kebesarannya yang dahsyat serta melalui pergerakannya yang pantas, ketidakmelampauan mereka daripada had walaupun sebesar zarah dan walaupun sedetik, tidak berlengah dengan tugas mereka walaupun selewat sepersepuluh minit memperlihatkan bahawa as-Sani’ Zul jalal mereka menjalankan urusan rububiyyah-Nya dengan satu neraca khusus yang sangat teliti kepada pandangan perhatian.
Malah sebagaimana Surah an-Naba’ dan ayat-ayat lain membicarakan tentang penundukan matahari, bulan dan bintang, ungkapan [تَشَعْشُعُ سِرَاجِهَا تَهَلْهُلُ مِصْبَاحِهَا تَلَئْلاُءُ نُجُومِهَا تُعْلِنُ لِاَهْلِ النُّهَى سَلْطَنَةً بِلاَ اِنْتِهَاءٍ] pula adalah tentang memasang satu lampu yang memberikan cahaya dan memanaskan seperti matahari di atap langit yang terhias, menjadikan matahari sebagai wadah cahaya untuk penulisan maktubat as-Samad di atas muka surat-muka surat/lembaran musim sejuk dan musim panas melalui khat-khat malam dan siang dan menjadikan rembulan di kubah langit yang seumpama jarum-jarum yang bersinar bagi jam-jam besar di menara dan bangunan yang tinggi sebagai sebatang jarum jam untuk jam terbesar masa, meninggalkan seolah-olah satu hilal yang berlainan kepada setiap malam dalam bentuk hilal yang bermacam-macam kemudian menghimpun dan mengembalikannya kepada keadaannya yang asal, menggerakkannya di kediaman-kediamannya dengan kesempurnaan neraca dan perkiraan yang teliti serta menyadur wajah langit yang indah dengan bebintang yang bersinar dan tersenyum di kubah langit tentunya satu syiar kekuasaan rububiyyah yang tidak berpenghujung. Ia adalah isyarat satu Uluhiyyah yang hebat yang merasakannya kepada mereka yang berakal. Maka ia menyeru ahli fikir kepada keimanan dan tauhid.
Perhatikanlah pada lembaran warna kitab alam semesta,
Lihatlah apa yang pena emas qudrat coretkan?
Tiada lagi noktah gelap pada hati pemilik basirah,
126. Page
Bagaikan Tuhan telah menulis ayat-ayat-Nya dengan nur.
Perhatikan! Betapa alam semesta yang menghairankan adalah hikmah yang sangat bermukjizat.
Perhatikan! Betapa cakerawala alam semesta adalah satu tatapan yang tinggi.
Dengarlah juga akan bebintang, kepada khutbahnya yang menawan itu,
Perhatikanlah warkah cahaya, apakah yang telah diakui oleh hikmah?
Semuanya telah bertutur, berkata dengan lidah kebenaran.
Kami adalah burhan pemancar nur kepada kehebatan kekuasaan al-Qadir Zul jalal
Kami juga para saksi kepada kewajipan as-Sani’, keesaan dan kekuasaan-Nya.
Kami adalah ribuan mata yang teliti, memandang bumi langit ini dan memerhatikan syurga untuk menonton para malaikat mukjizat indah yang menyaduri muka bumi.
Kamilah ribuan buah cantik yang dipasang dengan tangan hikmah al-Jamil Zul jalal daripada Tuba penciptaan kepada bahagian langit dan semua dahan Bima Sakti.
Tiap-tiap kami adalah masjid bergerak, rumah berputar, sarang yang tinggi,
Lampu bersinar, bahtera gergasi dan pesawat terbang bagi penghuni langit ini.
Tiap-tiap kami adalah mukjizat qudrat al-Qadir Zul kamal, al-Hakim Zul jalal, kehebatan ciptaan al-Khaliq, keajaiban hikmah, kebijaksanaan penciptaan dan cahaya alam.
Kami memperlihatkan seratus ribu burhan melalui seratus ribu bahasa sebegini,
kami memperdengarkannya kepada insan yang benar-benar insan.
Moga butalah mata mereka yang tidak beragama.
Mereka tidak nampak wajah kami. Mereka tidak mendengar kata-kata kami.
Sedangkan, kamilah ayat-ayat yang menyatakan kebenaran.
Mohor kami satu, tanda kami satu, kami patuh kepada Tuhan kami. Kami pentasbih dan berzikir dengan penuh pengabdian. Kamilah mereka yang jazbah yang tergolong dalam halaqah agung Bima Sakti.”
127. Page
HUJJAH KEIMANAN KETIGA: KILAUAN KEDUA PULUH TIGA (RISALAH ALAM)
Kilauan Kedua Puluh Tiga
Sebenarnya Kilauan ini ialah Nota Keenam Belas dalam Kilauan Ketujuh Belas. Tetapi kerana kepentingannya, ia telah menjadi Kilauan Kedua Puluh Tiga. Ia membunuh fikiran kufur yang datang daripada falsafah alam semula jadi dalam bentuk tidak boleh dihidupkan lagi. Ia menghuru-harakan batu asas kekufuran.
Peringatan: Dalam nota ini, melalui sembilan kemustahilan yang mengandungi tidak kurang daripada sembilan puluh kemustahilan telah diterangkan bahawa wajah sebenar yang dilalui oleh bahagian para pendokong falsafah alam semula jadi yang mungkir adalah sangat jauh daripada akal, sangat jelik dan sangat mengarut. Oleh sebab kemustahilan itu telah diterangkan secara tidak lengkap dalam risalah-risalah lain, di sini dengan cara yang amat ringkas, sesetengah anak tangga telah dilangkaui.
Kerana itu, tiba-tiba terlintas di kepala bagaimanakah para ahli falsafah yang bijak boleh menerima khurafat yang jelas dan terang sebegini dan pergi di jalan itu. Ya, mereka tidak nampak wajah sebenar jalan mereka. Oleh sebab itulah hakikat jalan mereka dan keperluan dan kehendaknya, maka ia telah ditulis.
Saya bersedia untuk menjelaskan dan mengisbatkan secara terperinci kepada mereka yang ragu dengan dalil-dalil yang sangat jelas dan muktamad bahawa intisari mazhab mereka(12) yang jelik, jijik, tidak logik yang diterangkan di puncak setiap kemustahilan itu adalah keperluan dan kewajaran yang tidak dapat dielakkan bagi jalan mereka.
بِسْمِ اللّٰهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيم
قَالَتْ رُسُلُهُمْ اَفِى اللّٰهِ شَكٌ فَاطِرِ السَّمٰوَاتِ وَالْاَرْضِ
Dengan menyatakan bahawa tidak boleh ada sebarang keraguan tentang Allah Subhanahu wa Taala dan sepatutnya tiada, melalui kaedah istifham inkari, ayat al-Quran di atas menunjukkan bahawa kewujudan dan keesaan Allah adalah di tahap yang sangat jelas. Sebelum menerangkan rahsia tersebut terdapat satu peringatan.
Peringatan: Pada tahun seribu tiga ratus tiga puluh lapan iaitu dua belas tahun sebelum ini, aku telah pergi ke Ankara.
128. Page
Aku nampak bahawa satu pemikiran zindiq yang sangat dahsyat telah berusaha dengan penuh muslihat untuk memasuki, merosakkan dan meracuni pemikiran ahli iman yang berseronok dengan kemenangan tentera Islam ke atas Yunani.
Aku berkata, Alangkah bahayanya! Naga ini akan mengganggu rukun-rukun iman. Maka, pada waktu itu aku mendapatkan bantuan daripada ayat al-Quran di atas kerana ia memahamkan tentang kewujudan dan keesaan pada tahap yang sangat jelas lalu aku telah menulis satu dalil yang kuat yang diambil daripada al-Quranul Hakim yang boleh menceraikan kepala kezindiqan dalam risalahku yang berbahasa Arab.
Aku telah mencetakkannya di kilang percetakan Yeni Gun di Ankara. Tetapi sayangnya, disebabkan mereka yang tahu berbahasa Arab adalah sedikit dan mereka yang mempedulikannya juga hanyalah segelintir dan ditambah dengan keadaan risalah itu yang sangat ringkas dan pendek, dalil yang kukuh itu tidak dapat menunjukkan kesannya.
Apa yang dikesalkan, di sudut yang lain, pemikiran tiada agama itu telah berkembang dan mendapat kekuatan. Maka, mahu tidak mahu aku perlu menerangkan dalil itu dalam bahasa Turki.
Oleh kerana sesetengah cebisan dalil itu telah diterangkan dengan sempurna dalam sesetengah risalah, di sini ia akan ditulis secara ringkas. Banyak dalil yang telah dibahagikan dalam risalah-risalah lain bersatu dengan dalil-dalil ini secara tidak lengkap. Setiap satunya seperti sebahagian daripada risalah ini.
Mukadimah
Wahai insan! Ketahuilah dengan yakin bahawa terdapat ungkapan-ungkapan dahsyat yang keluar daripada mulut insan dan berbau ketidakberagamaan. Tanpa disedari ahli iman menggunakannya. Kami akan menerangkan tiga patah perkataan yang penting seperti berikut:
Pertama: “اَوْجَدَتْهُ الْاَسْبَابُ” iaitu sebab-sebablah yang mewujudkan benda ini.
Kedua: “تَشَكَّلَ بِنَفْسِهِ” iaitu ia terbentuk, terjadi dan muncul dengan sendiri.
Ketiga: “اِقْتَضَتْهُ الطَّبِيعَةُ” iaitu ia adalah semula jadi. Alam memerlukan lalu mewujudkannya.
Ya, memandangkan maujudat ada, ia tidak dapat diingkari. Malahan setiap maujud muncul dengan penuh kesenian dan hikmah. Memandangkan ia bukanlah qadim (sedia ada) maka ia adalah baharu.
Kemungkinannya wahai mulhid! Engkau akan berkata maujud ini contohnya haiwan ini sama ada sebab-sebab alam yang menjadikannya, yakni apabila sebab-sebab berhimpun maujud itu menemui kewujudan, ataupun ia terjadi secara sendiri, ataupun sebagai kehendak alam, ia datang kepada kewujudan melalui pengaruh alam dan ataupun ia dijadikan dengan qudrat al-Qadir Dzul Jalal.
Menurut akal, tiada jalan selain empat jalan ini. Oleh sebab itu, sekiranya tiga jalan yang pertama adalah mustahil, batil, jauh dari akal dan tidak dapat diterima dapat diisbatkan secara muktamad, maka tidak dapat tidak dan secara jelas, sesungguhnya tanpa syak dan keraguan, jalan keesaan yang merupakan jalan keempat adalah benar.
129. Page
Ungkapan Pertama: Pembentukan benda dan kewujudan makhluk melalui perhimpunan sebab-sebab alam. Daripada kemustahilannya yang banyak aku hanya akan menerangkan tiga sahaja.
Kemustahilan Pertama: Sebuah farmasi dipenuhi dengan bahan-bahan yang sangat berlainan di dalamnya. Terdapat ratusan balang kaca. Daripada ubat-ubat itu, satu adunan yang hidup telah diminta dan dimestikan supaya penawar yang bernyawa dan hebat diperbuat daripada itu semua.
Kita sampai ke farmasi itu dan telah melihat banyak bekas adunan yang hidup dan penawar bernyawa itu. Kita telah meneliti tiap-tiap adunan tersebut. Kita nampak bahawa bahan-bahan (ramuan) telah diambil daripada setiap balang kaca itu. Satu atau dua gram daripada yang ini, tiga atau empat gram daripada yang satu lagi serta enam atau tujuh gram daripada yang lainnya dalam perkiraan yang berbeza dengan sukatan yang tertentu dan begitulah seterusnya.
Sekiranya daripada salah satunya telah diambil kurang atau lebih satu gram, adunan itu tidak akan hidup dan kehilangan khasiatnya sebagai penawar. Kita juga telah meneliti penawar yang bernyawa itu. Daripada setiap balang bagi satu bahan dengan sukatan yang tertentu telah diambil sehingga sekiranya kadarnya kurang atau lebih sezarah ia akan kehilangan khasiatnya.
Seperti mana bahan-bahan ramuan telah diambil dengan sukatan yang tertentu daripada setiap balang - balang-balang itu lebih daripada lima puluh - ia juga telah diambil dalam kadar yang berbeza-beza.
Agaknya adakah sebarang kemungkinan dan kebarangkalian pada mana-mana sudut supaya kadar-kadar berlainan yang diambil daripada bekas-bekas kaca itu berpunca daripada bergoleknya balang-balang kaca itu kerana pertembungan yang pelik atau tiupan angin yang kuat, lalu kadar yang diambil daripada setiapnya sahaja yang mengalir, bersama-sama pergi, berhimpun lalu membentuk adunan itu?
Agaknya adakah perkara yang lebih khurafat dan batil daripada ini? Sekiranya keldai bertambah berkali ganda kekeldaiaannya kemudian menjadi insan akan berkata aku tidak akan menerima pemikiran ini lalu akan melarikan diri.
Justeru, seperti contoh tadi, sudah tentu setiap yang bernyawa adalah adunan yang hidup dan setiap tumbuhan adalah seperti penawar bernyawa yang dijadikan daripada bahan-bahan yang berbeza, berlainan dan diambil dengan sukatan yang sangat teliti daripada banyak bahan.
Sekiranya ia disandarkan kepada sebab-sebab dan bahan-bahan dan jika dikatakan sebab yang telah menjadikannya, maka ia adalah seratus tahap jauh daripada akal, mustahil dan batil seperti kewujudan adunan kerana tergoleknya balang-balang kaca di farmasi itu.
Kesimpulan: Dalam farmasi besar alam ini, bahan-bahan hidup yang diambil dengan neraca qadha’ dan qadar hanya boleh wujud melalui hikmah yang tiada sempadan, ilmu yang tiada batasan dan iradah yang meliputi segalanya.
Si malang yang mengatakan bahawa ia adalah kerja unsur-unsur, alam dan sebab-sebab yang buta, bisu, tiada sempadan dan mengalir seperti banjir dan yang berkata bahawa penawar menakjubkan itu muncul dan terjadi secara sendiri kerana tergoleknya balang-balang kaca adalah tukang karut yang gila dan lebih bodoh daripada seorang bodoh yang mabuk.
130. Page
Ya, kekufuran adalah kemengarutan yang penuh kebodohan, penuh kemabukan dan gila.
Kemustahilan Kedua: Sekiranya semua perkara tidak diserahkan kepada al-Qadir Dzul Jalal yang al-Wahidul Ahad bahkan jika disandarakan kepada sebab-sebab, maka sepatutnya akan terdapat campurtangan anasir dan sebab-sebab alam yang sangat banyak dalam kewujudan setiap benda hidup.
Walhal, perhimpunan sebab-sebab yang berlainan, berlawanan dan bertentangan antara satu sama lain dengan susunan yang sempurna, dengan sukatan yang sangat teliti dan dengan kesepakatan yang sempurna pada wujud makhluk yang kecil seperti lalat adalah kemustahilan yang sangat zahir sehingga apa saja yang ada akal sebesar sayap lalat akan berkata “ini adalah mustahil dan tidak boleh berlaku!”
Ya, tubuh lalat yang amat kecil mempunyai kaitan dengan kebanyakan unsur dan sebab alam semesta bahkan adalah intisarinya.
Sekiranya ia tidak diberikan kepada qudrat azali, nescaya sebab-sebab maddi itu sendiri perlu berada di sisi tubuhnya itu. Bahkan perlu memasuki tubuhnya yang sangat kecil itu. Bahkan unsur dan sebab itu harus masuk ke dalam sel pada mata lalat yang merupakan contoh kecil tubuhnya.
Ini kerana, jika sebab adalah maddi, ia perlu berada di sisi dan di dalam musabbab.
Dalam keadaan itu, maka perlu diterima bahawa rukun-rukun dan unsur-unsur alam berada secara maddi dan bekerja seperti tukang di dalam sel kecil yang tidak termuat oleh dua jari lalat yang seperti hujung jarum itu. Justeru, golongan skeptis yang paling bodoh juga malu dengan jalan yang seperti ini.
Kemustahilan Ketiga: Melalui kaedah yang telah ditetapkan iaitu “اَلْوَاحِدُ لَايَصْدُرُ اِلاَّ عَنِِ الْوَاحِدِ”, sekiranya ada unsur kesatuan bagi satu maujud, sudah tentu ia terhasil daripada sesuatu yang satu dan tangan yang satu.
Lebih-lebih lagi sekiranya maujud itu memiliki penyusunan yang sangat sempurna, sukatan yang sangat teliti dan kehidupan yang syumul.
Sesungguhnya menyandarkan maujud yang seimbang tersusun dan satu itu kepada tangan-tangan serabut bagi sebab-sebab alam yang buta dan bisu dalam keserabutan yang tiada batasan, jumud (tiada perasaan), jahil, melampau dan tiada akal adalah jauh daripada akal seperti menerima seratus kemustahilan secara sekaligus. Ini kerana kebutaan dan kebisuaan sebab-sebab itu akan bertambah melalui perhimpunan dan percampuran pada jalan-jalan kemungkinan yang tidak terkira. Sedangkan secara jelas telah ditunjukkan bahawa ia tidak muncul daripada tangan-tangan yang banyak yang menjadi punca perselisihan dan kecelaruan bahkan muncul daripada satu tangan yang sangat berkuasa dan berhikmah.
Mari, dengan tidak memandang kepada kemustahilan ini, kesan-kesan daripada sebab-sebab maddiyah tentunya berlaku melalui pergaulan dan sentuhan. Sedangkan sentuhan sebab-sebab alam semula jadi itu adalah melalui zahir maujudat yang bernyawa.
Walhal kita melihat bahawa batin benda bernyawa itu yang tidak dapat dicapai dan disentuh oleh tangan sebab-sebab maddi adalah sepuluh kali ganda lebih tersusun, lebih halus dan lebih sempurna dari segi keseniannya berbanding zahirnya.
Walaupun benda-benda bernyawa dan haiwan-haiwan amat kecil yang tidak dapat dimuati oleh tangan-tangan dan peralatan sebab-sebab maddi dari mana-mana
131. Page
sudut bahkan tidak dapat disentuh zahirnya secara sempurna adalah lebih ajaib dari segi kesenian dan dalam bentuk yang unggul dari segi penciptaan berbanding makhluk-makhluk yang paling besar, menyandarkannya kepada sebab-sebab yang jumud, jahil, kasar, jauh, besar, berlawanan antara satu sama lain, bisu dan buta itu hanya boleh berlaku dengan menjadi seratus kali ganda buta dan seribu kali ganda bisu.
Ungkapan Kedua: Tasyakkala Binafsihi. Iaitu, maujudat menjadikan dirinya sendiri.
Justeru, ayat ini juga mempunyai kemustahilan yang banyak. Ia adalah batil dan mustahil dari banyak sudut. Sebagai contoh kami akan menerangkan tiga daripada kemustahilan-kemustahilannya.
Kemustahilan Pertama: Wahai si ingkar yang keras kepala! Sifat keakuan dalam dirimu telah sangat membodohkanmu sehingga engkau memutuskan untuk menerima seratus kemustahilan secara sekaligus. Ini kerana engkau adalah maujud. Engkau juga bukanlah benda yang biasa, kaku dan tidak berubah. Bahkan engkau adalah seperti jentera yang sangat tersusun yang sentiasa diperbaharui dan seperti istana luar biasa yang sentiasa berubah.
Zarah-zarah pada tubuhmu bekerja setiap waktu. Kewujudanmu adalah berhubung dengan alam semesta terutamanya dengan rezeki dan dari sudut kelangsungan jenis. Terdapat jual belinya. Zarah-zarah yang bekerja di tubuhmu berwaspada untuk tidak merosakkan kaitan dan tidak memutuskan hubungan itu. Maka mereka melangkah secara begitu berhati-hati. Seolah-olah mereka memandang seluruh alam semesta. Mereka melihat kaitanmu pada alam semesta lalu mereka bertindak berdasarkannya.
Melalui deria zahir dan batinmu, engkau boleh beristifadah berdasarkan keadaan luar biasa zarah-zarah itu. Sekiranya engkau tidak menerima bahawa zarah-zarah pada tubuhmu itu adalah para petugas kecil al-Qadirul Azali yang bergerak menurut kanun-Nya ataupun satu bala tentera-Nya, ataupun mata-mata pena taqdir-Nya, yakni setiap zarah adalah mata pena dan ataupun noktah-noktah pena qudrat yakni setiap zarah adalah noktah, maka pada masa itu untuk setiap zarah yang bekerja di tubuhmu memerlukan sepasang mata yang dapat melihat setiap sudut tubuhmu hatta seluruh alam yang berkait denganmu dan perlu memberikan akal seratus bijak pandai yang akan mengetahui dan mengenali masa lalu dan masa depanmu, zuriat dan keturunanmu serta sumber-sumber anasirmu (unsur-unsur kejadianmu) serta punca-punca rezekimu.
Sesungguhnya perbuatan memberikan ilmu dan kefahaman sebanyak seribu Plato kepada satu zarah bagi orang yang tiada akal walau sebesar zarah dalam masalah masalah sebegini seperti kamu adalah seribu tahap kemengarutan yang gila.
Kemustahilah Kedua: Tubuhmu menyerupai sebuah istana hebat yang memiliki seribu kubah yang batuan pada setiap kubahnya saling berganding bahu dan tergantung tanpa tiang. Bahkan tubuhmu adalah seribu kali lebih ajaib daripada istana sebegini.
Ini kerana istana tubuh itu sentiasa diperbaharui dengan penuh tersusun. Tanpa melihat kepada roh, hati dan latifah-latifah maknawi yang sangat menakjubkan, setiap anggota pada tubuhmu itu pun adalah ibarat tempat tinggal yang berkubah.
132. Page
Seperti batu-batu di kubah itu, zarah-zarah tubuhmu berganding bahu dengan penuh keseimbangan dan tersusun lalu memperlihatkan binaan yang hebat, kesenian yang luar biasa dan satu persatu mukjizat qudrat yang menakjubkan seperti mata dan lidah.
Sekiranya zarah-zarah ini tidak menjadi petugas yang patuh kepada arahan pakar yang mencipta alam ini, pada masa itu, di samping setiap zarah menjadi hakimul mutlaq (penguasa yang mutlak) kepada semua zarah pada tubuh itu, zarah-zarah itu juga merupakan mahkumul mutlaq (hamba yang mutlak) kepada setiap satunya, sama seperti setiap satunya, berlawanan pada noktah penguasaan, menjadi sumber dan punca bagi kebanyakan sifat yang hanya terkhusus kepada al-Wajibul Wujud dan dalam keadaan yang sangat muqayyad (terikat) dan sangat mutlaq (bebas).
Maka sesiapa yang memiliki perasaan sebesar zarah akan menyedari bahawa menyandarkan ciptaan yang berseni yang satu yang sangat tersusun yang boleh berlaku melalui kesan al-Wahidul Ahad dengan rahsia keesaan kepada zarah yang tidak terkira itu adalah satu kemustahilan yang sangat zahir bahkan adalah seratus kemustahilan.
Kemustahilah Ketiga: Sekiranya tubuhmu bukanlah apa yang ditulis dengan pena al-Qadirul Azali yang al-Wahidul Ahad dan benda yang dinisbahkan kepada alam dan sebab-sebab serta benda yang dicetak olehnya, pada waktu itu bermula daripada sel-sel badan pada tubuhmu, perlu terdapat acuan-acuan alam sebanyak ribuan dakwat seperti bulatan di dalam satu sama lain. Ini kerana, sebagai contoh, jika kitab di tangan kita ini adalah benda yang ditulis, maka sebatang pena boleh menulis semuanya setelah bersandar kepada ilmu penulisnya.
Jika ia tidak ditulis dan tidak diserahkan kepada pena penulis itu dan dikatakan ia terjadi sendiri atau diserahkan kepada alam semula jadi, maka pada waktu itu, seperti kitab yang dicetak, sebatang pena besi diperlukan untuk setiap hurufnya supaya ia boleh dicetak. Ini sepertimana terdapat huruf-huruf besi sebanyak bilangan huruf di kilang percetakan, kemudian huruf-huruf pada kitab itu muncul, pada waktu itu sebagai gantian kepada sebatang pena, perlu ada pena sebanyak bilangan huruf.
Bahkan di dalam huruf-huruf itu sepertimana yang kadang-kadang berlaku, jika satu muka surat telah ditulis dengan khat yang halus dengan pena yang kecil di dalam satu huruf yang besar, ribuan pena diperlukan untuk satu huruf.
Bahkan dengan memasuki ke dalam satu sama lain dengan cara yang tersusun, lalu jika huruf-huruf itu berbentuk seperti tubuhmu, pada waktu itu untuk setiap ruangan dan setiap juzuk diperlukan acuan-acuan sebanyak dakwat.
Mari, sekiranya kamu menyatakan cara ini yang berada di dalam seratus kemustahilan adalah mungkin sekalipun, namun untuk membuat huruf-huruf besi berseni yang tersusun, acuan-acuan yang sempurna dan pena-pena ini, jika tidak diberikan kepada sebatang pena sekalipun, untuk pembuatan pena-pena, acuan-acuan dan huruf-huruf besi itu, tetap diperlukan pena, acuan dan huruf sebanyak bilangan itu semua.
Ini kerana, itu semua juga telah dijadikan dan mempunyai kesenian yang tersusun dan begitulah ia akan pergi selagi berkesinambungan.
Justeru, kamu juga fahamilah! Ini adalah fikiran yang di dalamnya terdapat kemustahilan dan khurafat sebanyak bilangan zarahmu. Wahai pengingkar Allah yang keras kepala! Malulah dan bebaskanlah dirimu daripada kesesatan ini!
133. Page
Ungkapan Ketiga: Iqtadhothu at-Tabi’ah yakni alam yang mewajarkannya dan alam yang buat. Justeru perkara ini mempunyai kemustahilan yang banyak. Sebagi contoh, kami akan menyebut tiga daripadanya.
Kemustahilan Pertama: Sekiranya kesenian dan kewujudan yang dilakukan dengan melihat dan berhikmah yang kelihatan pada maujudat terutamanya pada benda yang bernyawa tidak diberikan kepada pena taqdir dan qudrat bagi Syamsul Azali (Mentari Azali yakni Allah), bahkan jika keduanya disandarkan kepada hukum alam dan kekuatan yang buta, bisu dan tiada fikiran maka sepatutnya alam mewujudkan jentera dan kilang-kilang percetakan maknawi yang tidak terkira pada semua benda untuk kewujudan. Ataupun ia perlu menetapkan qudrat dan hikmah yang boleh mencipta dan menguruskan alam semesta dalam setiap benda.
Ini kerana, sebagaimana tajalli matahari dan pantulannya kelihatan pada cebisan-cebisan kaca di muka bumi dan pada titisan-titisan air, jika matahari-matahari kecil yang misali dan memantul itu tidak disandarkan kepada satu-satunya matahari di langit, maka perlu menerima kewujudan luaran matahari yang tabii dan fitrah serta memiliki sifat-sifat matahari yang zahirnya kecil tetapi sangat dalam maknanya pada cebisan-cebisan kaca sebesar zarah yang tidak dapat dimasuki oleh kepala mancis, sepertimana perlu menerima matahari-matahari alam yang sebanyak zarah-zarah kaca.
Sama seperti perumpamaan ini, jika maujudat dan benda hidup seperti contoh ini tidak diberikan secara langsung kepada tajalli nama Syamsul Azali (Allah), perlu menerima kekuatan alam yang membawa kuasa dan kehendak yang tidak terbatas dan ilmu dan kebijaksanaan yang tiada penghujung pada setiap maujud terutamanya pada benda hidup, seolah-olah satu tuhan ada di dalamnya.
Cara fikir sebegini pula, adalah fikiran yang paling batil dan paling mengarut bagi kemustahilan-kemustahilan di alam semesta. Insan yan memberikan kesenian al-Khaliqul Kainat -yang diberikan kepada lalat- kepada alam yang tidak nyata, tidak penting dan tiada perasaan sudah tentu menunjukkan bahawa dia adalah seratus kali ganda lebih haiwan daripada haiwan dan lebih tidak berakal.
Kemustahilan Kedua: Sekiranya maujudat yang sangat tersusun dan seimbang, berseni dan berhikmah tidak diberikan kepada Dzat yang sangat Qadir dan Hakim yang tiada batasan, bahkan jika disandarkan kepada alam, adalah perlu bahawa alam menyediakan jentera dan kilang percetakan sebanyak kilang percetakan dan kilang seluruh Eropah pada setiap cebisan tanah supaya cebisan tanah itu boleh menjadi penyebab kepada pertumbuhan dan pembentukan bunga dan buah yang tidak terkira yang tanah itu merupakan tempat tumbuh dan makmalnya.
Ini kerana keupayaan membina dan membentuk rupa dan bentuk semua bunga yang amat berbeza daripada satu sama lain yang benih-benihnya ditaburkan dengan giliran ke dalam sekepal tanah yang menjalankan tugas pasu untuk bunga-bungaan memang jelas kelihatan.
Sekiranya ia tidak diberikan kepada al-Qadir Dzul Jalal, pada waktu itu, sekiranya tidak terdapat satu jentera maknawi, berbeza dan tabii untuk setiap bunga pada tanah dalam pasu itu, hal ini tidak akan wujud. Ini kerana bahan-bahan benih adalah sama seperti nutfah (mani) dan telur. Yakni, ia terdiri daripada campuran
134. Page
seperti adunan yang tidak tersusun dan tiada bentuk bagi hidrogen, oksigen, karbon dan nitrogen.
Di samping itu, oleh kerana udara, air, kepanasan dan cahaya juga yang setiap satunya biasa dan tiada perasaan dan boleh melalui semua benda seperti banjir, kemunculan pembentukan bunga yang tidak terkira daripada tanah dengan cara yang berbeza-beza, sangat tersusun dan berseni itu, secara jelas dan tuntas mewajarkan bahawa pada tanah yang ada di dalam pasu itu terdapat kilang percetakan dan kilang maknawi dalam saiz kecil yang seluas Eropah. Ini supaya ia boleh menenun kain-kain bernyawa sebanyak ini dan ribuan tekstil yang berbeza coraknya.
Justeru, kiaskanlah betapa fikiran kufur para pendokong falsafah alam semulajadi telah keluar daripada lingkungan kewarasan.
Lihatlah juga betapa orang-orang mabuk yang bodoh dalam bentuk manusia - yang mengatakan kami berilmu dan bijak - yang menyangka bahawa alam menjadikan terjerumus ke dalam perkara yang amat jauh dari akal dan sains. Lihatlah juga (betapa salahnya) khurafat yang tidak logik dan tidak mungkin dari mana-mana sudut yang mereka jadikan jalan kepada diri sendiri. Kemudian gelakkan dan ludahilah mereka!
Jika kamu berkata: Jika maujudat disandarkan kepada hukum alam, kemustahilan yang ajaib ini berlaku dan menjadi susah setahap imtina’. Agaknya bila diberikan kepada Dzat al-Ahadus Samad, bagaimanakah kepayahan itu hilang? Bagaimanakah imtina’ yang susah itu boleh bertukar kepada kewajipan yang senang?
Jawapan: Walaupun benda-benda yang bermula daripada kaca sekecil zarah sehingga sebesar permukaan laut memperlihatkan tajalli pantulan matahari, limpahan dan kesannya dengan penuh kesenangan dan tanpa kesusahan melalui matahari-matahari kecil yang misali dalam kemustahilan pertama, namun jika kaitannya dengan matahari diputuskan, pada waktu itu kebolehjadian tubuh zahir matahari kecil yang tabii dan sebenar dengan kesusahan setahap imtina’ perlu diterima pada setiap zarah kecil.
Begitulah juga, jika setiap maujud diberikan secara langsung kepada Dzat al-Ahadus Samad, setiap sesuatu yang perlu kepada setiap maujud dapat disampaikan kepadanya melalui kemudahan, kesenangan, penisbahan dan tajalli pada tahap wajib.
Jika penisbahan itu diputuskan dan jika penugasan itu kembali kepada keadaan tanpa tujuan dan jika setiap maujud dibiarkan kepada dirinya sendiri dan alam, waktu itu perlu mengandaikan dengan seribu kesusahan dan kepayahan setahap imtina’ bahawa hukum alam yang buta di dalamnya yang mewujudkan jentera kewujudan yang sangat hebat yang merupakan intisari kecil bagi makhluk bernyawa dan alam semesta seperti lalat itu adalah pemilik qudrat dan hikmah yang boleh mencipta dan mentadbir. Ini pula bukanlah satu kemustahilan bahkan ribuan kemustahilan.
Kesimpulannya: Sebagaimana kewujudan sekutu dan bandingan Dzat Wajibul Wujud adalah tidak logik dan mustahil, begitu jugalah campurtangan yang lain di dalam rububiyyah-Nya dan penciptaan benda juga adalah tidak logik dan mustahil seperti kemustahilan sekutu bagi zat-Nya.
135. Page
Tetapi kesusahan pada kemustahilan kedua pula, sebagaiman telah diisbatkan dalam banyak risalah, sekiranya semua benda diberikan kepada al-Wahidul Ahad, semua benda adalah mudah dan senang seperti satu benda. Sekiranya diberikan kepada sebab-sebab dan hukum alam, maka satu benda menjadi susah seperti semua benda telah diisbatkan dengan dalil-dalil yang banyak dan muktamad.
Kesimpulan bagi salah satu dalil adalah seperti berikut: Jika seseorang bernaung kepada Sultan dari sudut ketenteraan atau tugasan, dengan kekuatan naungan itu, petugas dan askar tersebut dapat melakukan kerja-kerja yang seratus ribu kali lebih banyak daripada kekuatan dirinya. Atas nama Sultan kadang-kadang dia boleh menahan seorang raja. Ini kerana dia tidak membawa sendiri peralatan dan kekuatan kerja-kerja yang dia laksanakan dan kesan-kesan tindakannya dan dia tidak terpaksa untuk membawanya.
Dengan kaitan naungan itu, perbendaharaan Sultan dan tentera di belakangnya yang menjadi noktah sandarannya membawa kekuatan dan kelengkapan itu. Maknanya, kerka-kerja yang dilakukannya boleh menjadi hebat seperti urusan seorang Sultan dan kesan-kesan yang diperlihatkannya menjadi luarbiasa seperti kesan pasukan tentera.
Sebagaimana semut meruntuhkan istana firaun dengan tugasan itu. Lalat pula, dengan naungan itu dapat membunuh Namrud. Dengan naungan itu juga, benih pohon Pain yang seperti butir gandum boleh menyediakan semua kelengkapan pohon Pain yang besar. (13)
Sekiranya naungan itu terputus dan ia dilepaskan daripada tugas itu, ia terpaksa membawa kelengkapan dan kekuatan semua kerja yang akan dilakukannya di pinggang dan tangannya. Pada waktu itu ia hanya dapat melakukan kerja yang hanya sebanyak kekuatan pada tangannya yang kecil itu dan sebanyak alat pertahanan (senjata, peluru dan bom) di pinggangnya.
Sekiranya kerja-kerja yang dapat dilakukannya dengan amat mudah dalam keadaan sebelum ini diminta dalam keadaan ini, sudah tentu ia perlu memikul kekuatan satu bala tentera ke tangannya dan kilang kelengkapan peperangan seorang raja di pinggangnya.
Para badut yang menceritakan cerita khurafat dan kisah-kisah dongeng dengan tujuan untuk mentertawakan orang lain juga merasa malu daripada khayalan ini.
Kesimpulannya: Dalam memberi setiap maujud kepada al-Wajibul Wujud terdapat kemudahan setahap wajib. Dalam memberi pewujudan kepada alam terdapat kesusahan setahap imtina’ dan adalah di luar lingkungan akal.
Kemustahilah Ketiga: Merupakan dua contoh yang diterangkan dalam sesetengah risalah yang akan menerangkan kemustahilan ini.
Contoh Pertama: Seseorang yang kolot telah memasuki sebuah istana yang telah disempurnakan dan dihiasi dengan unsur-unsur kemodenan dan dibina serta
136. Page
didirikan di sebuah padang pasir yang tandus. Orang itu telah memerhatikan dalamannya. Dia telah nampak ribuan barangan yang tersusun dan berseni.
Kerana kekolotan dan kebodohannya, tanpa melibatkan sesiapa dari luar, dia mula menyiasat dengan mengatakan bahawa salah satu daripada barang-barang di dalam istana itulah yang telah menjadikan istana tersebut berserta kelengkapannya.
Akalnya yang kolot itu juga tidak dapat menerima hakikat bahawa apa jua yang diperhatikannya itu dapat melakukan semua itu.
Kemudian dia melihat sebuah buku catatan yang di dalamnya tertulis tentang pelan pembinaan, senarai barangan dan undang-undang pengurusannya. Secara zahirnya buku catatan yang tiada tangan, mata dan tukul itu juga, seperti benda-benda lain di dalamnya tidak memiliki sebarang kebolehan untuk membentuk dan menghias istana itu. Tetapi, kerana terpaksa, tidak dapat tidak, dari sudut ia adalah tanda undang-undang keilmuan, oleh kerana dia melihat buku itu ada kaitan dengan keseluruhan istana itu berbanding benda-benda lain, dengan berkata:
“Nampaknya, buku catatan inilah yang membentuk, menyusun dan menghias istana ini dan telah membuat, memasang dan menempatkan barang-barang ini” maka dia telah mengubah kekolotannya kepada kemengarutan mereka yang bodoh dan mabuk.
Justeru sama seperti contoh ini, seorang manusia kolot yang membawa fahaman alam semula jadi yang pergi dengan pengingkaran uluhiyyah masuk ke istana alam ini yang tidak terkira lebih tersusun, lebih sempurna daripada istana dalam contoh yang disebut dan sekitarnya penuh dengan hikmah yang bermukjizat.
Tanpa memikirkan bahawa istana alam ini adalah karya seni Dzat Wajibul Wujud yang di luar daerah kemungkinan dan dengan memalingkan wajah daripada-Nya dia nampak satu himpunan undang-undang Ilahi dan sebuah senarai ciptaan berseni Rabbani yang ibarat papan coretan taqdir Ilahi dan boleh menjadi sebuah buku catatan yang mengganti dan mengubah dalam peraturan urusan qudrat Ilahi dan dinamakan dengan nama hukum alam yang sangat banyak kesalahan dan kesilapan di dalam daerah kemungkinan.
Dia berkata: “Memandangkan benda ini memerlukan sebab dan tiada suatu benda pun yang kelihatan mempunyai kaitan seperti buku ini, -secara zahirnya, akal tidak boleh menerimanya dari mana-mana sudut bahawa buku yang tiada mata, tiada perasaan dan tiada kuasa ini tidak boleh mewujudkan yang merupakan kerja rububiyyah mutlak dan mewajarkan qudrat yang tiada batasan. Tetapi,- memandangkan aku tidak menerima as-Sani’ul Qadim, jika begitu yang paling sesuainya ialah aku mengatakan bahawa buku ini telah melakukannya dan boleh melakukannya.”
Kita juga boleh menjawab: “Wahai si bodoh mabuk yang telah bodoh lebih daripada orang yang paling bodoh di kalangan mereka yang bodoh! Keluarkanlah kepalamu daripada kubang falsafah alam semula jadi.
Tolehlah ke belakangmu! Lihatlah as-Sani’ Dzul Jalal yang disaksikan oleh semua maujudat daripada zarah sehingga planet kepada kewujudan-Nya melalui lidah mereka dan diisyaratkan oleh jari mereka. Lihatlah tajalli an-Naqqashul Azali yang membuat istana itu dan menulis plan istana itu kepada buku itu. Perhatikanlah firman-Nya dan dengarlah al-Quran-Nya. Selamatkanlah diri daripada kekarutan itu.
137. Page
Contoh Kedua: Seseorang yang sangat kolot memasuki suatu kawasan kem tentera yang besar. Dia melihat latihan umum dan bersama bagi satu bala tentera yang tersusun dan melihat pergerakan mereka yang tersusun.
Dia menyaksikan satu batalion, satu rejimen dan satu divisyen berdiri, duduk, pergi dengan pergerakan seorang tentera dan menembak dengan arahan tembaknya. Oleh sebab akalnya yang cetek dan kolot tidak memahami dan mengingkari bahawa perintah seorang komander adalah berdasarkan peraturan negara dan undang-undang sultan, dia membayangkan bahawa askar-askar itu terikat dengan tali-tali antara satu sama lain. Dia memikirkan betapa hebatnya tali khayalan itu dan dia ketakjuban.
Kemudian dia pergi. Pada hari Jumaat, dia masuk ke sebuah masjid yang besar seperti Aya Sofya. Dia menyaksikan bahawa Jemaah Islam itu bangun, tunduk, sujud dan duduk dengan suara seseorang.
Oleh kerana dia tidak memahami syariat yang merupakan himpunan undang-undang maknawi dan samawi serta dustur-dustur maknawi yang datang daripada perintah Empunya syariat, dengan membayangkan bahawa jamaah itu terikat dengan tali-tali maddi dan tali-tali ajaib itu mengikat dan menggerakkan mereka, dia beredar keluar dengan fikiran lucu yang boleh mentertawakan binatang-binatang liar yang berupa seperti manusia.
Justeru, sama seperti contoh ini, seorang pengingkar yang membawa fahaman alam semula jadi yang merupakan kekolotan itu sendiri memasuki alam ini yang merupakan sebuah kem yang hebat bagi tentera Sultan Azali dan Abadi yang tidak terkira banyaknya dan alam semesta ini yang merupakan sebuah masjid al-Ma’budul Azali yang tersusun.
Dia menggambarkan bahawa undang-undang maknawi bagi peraturan alam semesta yang datang daripada hikmah Sultan Azali itu masing-masing adalah unsur yang maddi. Dia juga mengkhayalkan bahawa hukum-hukum dan dustur-dustur syariat fitrah yang agung bagi al-Ma’budul Azali itu yang maknawi hanya mempunyai wujud ilmu itu masing-masing adalah maujud jasmani dan bahan yang maddi. Kemudian sebagai gantian kepada qudrat Ilahi, dia menegakkan undang-undang yang datang daripada ilmu dan kalam dan hanya mempunyai wujud ilmu itu dan menyerahkan urusan pewujudan kepada tangan undang-undang tersebut.
Kemudian dia memakaikan nama hukum alam kepada undang-undang tersebut dan menerima kekuatan yang hanya merupakan tajalli qudrat Rabbani sebagai si berkuasa yang berkuasa dan bebas.
Sesungguhnya setiap perbuatannya sebelum ini adalah kekolotan yang seribu kali ganda lebih rendah berbanding kekolotan dalam contoh.
Kesimpulannya: Perkara tidak nyata dan tidak berasas yang dinamakan hukum alam oleh para pendokong falsafah itu, paling tidak dan sekiranya memiliki hakikat luaran hanya boleh menjadi satu ciptaan seni. Tidak boleh menjadi as-Sani’. Ia adalah ukiran, tidak boleh menjadi an-Naqqash (Pengukir). Ia adalah hukum. Tidak boleh menjadi al-Hakim (Penghukum). Ia adalah syariat yang fitrah. Tidak boleh menjadi asy-Syari’ (Pensyariat). Ia adalah tabir kemuliaan yang dicipta. Tidak boleh menjadi al-Khaliq (Pencipta). Ia adalah fitrah yang dibuat, tidak boleh menjadi pembuat yang al-Fatir. Ia adalah undang-undang, bukan kuasa. Maka ia tidak boleh menjadi al-Qadir. Ia adalah mistar (pembaris), tidak boleh menjadi masdar (sumber).
138. Page
Kesimpulannya: Memandangkan ada maujudat, memandangkan selain daripada empat jalan kewujudan maujud tidak boleh dikhayalkan melalui jalan pembahagian akal sepertimana disebutkan dalam permulaan Nota Keenam Belas, maka kebatilan tiga daripada empat sudut itu telah diisbatkan dengan muktamad melalui tiga kemustahilan bagi setiap satunya.
Sudah tentu, tidak dapat tidak dan dengan jelas, jalan keesaan yang merupakan jalan keempat terbukti dalam bentuk yang muktamad. Jalan keempat itu pula, ayat “اَفِى اللّٰهِ شَكٌ فَاطِرِ السَّمٰوَاتِ وَالْاَرْضِ” pada permulaan memperlihatkan uluhiyyah Dzat al-Wajibul Wujud dan bahawa semua benda secara langsung keluar daripada tangan qudrat-Nya serta langit dan bumi berada dalam genggaman urusan-Nya tanpa syak dan keraguan di tahap yang jelas.
Wahai manusia lemah yang memuja sebab dan terjerumus dalam fahaman falsafah alam semula jadi! Ciri semua benda adalah makhluk seperti semua benda kerana ia berseni dan baharu dijadikan. Malah, seperti setiap musabbab, sebab zahirnya juga adalah hasil seni.
Kewujudan semua benda berhajat kepada kelengkapan dan alat yang banyak maka terdapat al-Qadirul Mutlaq yang menjadikan alam dan mencipta sebab itu. Maka, apakah keperluan al-Qadirul Mutlaq itu untuk Dia menyekutukan perantara-perantara yang lemah ke dalam rububiyyah dan urusan pewujudan-Nya. Hasya! Tidak sama sekali.
Bahkan dengan mencipta musabbab dan sebab bersama secara langsung, untuk memperlihatkan tajalli nama dan hikmah-Nya, untuk menjadi tempat rujukan kepada kekurangan zahir pada benda-benda, kekejaman dan kecacatan mereka dengan memberikan penyebab dan perbandingan yang zahir melalui satu tertib dan penyusunan, Dia telah menjadikan alam sebagai tabir kepada tangan qudrat-Nya dan Dia telah memelihara kemuliaan-Nya dengan cara itu.
Agaknya, adakah seorang tukang jam membuat roda-roda gendeng jam, kemudian menyusun jam itu dengan reroda dan mengaturnya adalah lebih senang atau adakah membuat satu mesin yang hebat di dalam reroda itu, kemudian memberikan pembuatan jam itu kepada tangan-tangan kaku mesin itu supaya tangan-tangan kaku itu membuat jam itu adalah lebih senang? Bukankah hal ini di luar kemungkinan? Ayuh, katakanlah dan jadilah hakim dengan akalmu yang tidak betul itu!
Ataupun seorang penulis telah membawa pena, kertas dan dakwat. Adakah menulis sendiri kitab itu dengan apa yang telah dibawanya adalah lebih mudah? Ataupun dia perlu mencipta mesin tulis yang lebih seni dan lebih sulit berbanding dengan kitab tersebut di dalam kertas, dakwat dan pena yang hanya terkhusus untuk kitab itu. Seterusnya dia berkata: “ayuh tulis!” kepada mesin itu namun tidak boleh masuk campur dalam urusannya. Adakah ini lebih mudah? Bukankah ia seratus kali ganda lebih susah daripada menulis?
Jika kamu berkata: Ya, menjadikan mesin yang menulis sebuah buku adalah seratus kali lebih susah daripada buku itu. Tetapi, dari sudut mesin itu menjadi perantaraan untuk menulis banyak naskhah bagi kitab yang sama juga terdapat suatu kemudahan.
139. Page
Jawapan: Dengan sentiasa memperbaharui tajalli nama-nama-Nya yang tidak terhitung untuk memperlihatkan dengan cara yang berbeza-beza melalui qudrat-Nya yang tidak terkira, An-Naqqashul Azali telah mencipta identiti-identiti dan rupa-rupa yang khusus pada benda-benda dengan cara yang tiada satu pun tulisan Samadani dan tiada satu pun kitab Rabbani dapat menyamai satu sama lain secara sempurna.
Walaubagaimanapun, untuk mengifadahkan makna yang berbeza-beza, akan terdapat rupa yang lain. Jika kamu ada mata, perhatikan dan lihatlah wajah manusia. Ini kerana dari zaman Nabi Adam ‘Alaihis Salam sampai sekarang bahkan selama-lamanya, adalah sabit secara muktamad bahawa pada wajah yang kecil ini, berserta dengan kesepakatan anggota-anggota asas, setiap wajah, dengan dinisbahkan kepada wajah-wajah lain, pada setiap satunya terdapat satu tanda pembeza. Kerana ini tiap-tiap wajah adalah sebuah kitab yang berlainan.
Cuma, untuk peyusunan seni ia memerlukan set tulisan yang berbeza dan aturan serta tulisan yang berlainan. Untuk membawa dan menempatkan bahan-bahannya serta untuk meletakkan semua benda yang diperlukan untuk tubuh, kesemuanya memerlukan makmal yang berasingan.
Mari, sebagai andaian kemustahilan kita menganggap alam ini seperti kilang percetakan. Tetapi aturan dan proses percetakan yang merupakan milik kilang percetakan, yakni selain daripada memasukkan penyusunan yang khusus ke dalam acuan, dalam mewujudkan penyusunan itu, untuk menjadikan dan mendatangkan bahan-bahan dalam tubuh benda hidup daripada seluruh alam melalui neraca yang tertentu dan penyusunan yang khusus dan memberikannya ke tangan kilang percetakan yang seratus kali ganda lebih susah menjadikannya, ia tetap berhajat kepada qudrat dan iradat (kehendak) al-Qadirul Mutlaq yang menjadikan kilang percetakan itu. Maknanya kemungkinan dan andaian kewujudan kilang percetakan ini adalah kekarutan yang tiada makna sama sekali.
Justeru, seperti contoh jam dan buku tadi; as-Sani’ Dzul Jalal dan al-Qadiru kulli syai’ telah mencipta sebab-sebab dan turut menjadikan musabbab juga. Dengan hikmah-Nya Dia mengaitkan musabbab kepada sebab-sebab. Dengan iradah-Nya Dia telah menentukan satu tajalli syariat fitrah agung Ilahi yang terdiri daripada undang-undang ‘adatullah yang berkenaan penyusunan pergerakan alam semesta dan telah menentukan sifat benda-benda yang hanya menjadi cerminan dan pantulan kepada tajalli pada benda-benda itu. Dengan qudrat-Nya, Dia telah menjadikan wajah sifat yang menzahirkan wujud jasmaninya. Dia telah menciptakan benda-benda itu di atas watak itu dan telah mengadun satu sama lain.
Agaknya, adakah menerima hakikat-hakikat ini yang sangat maakul dan merupakan natijah dalil-dalil yang tidak terkira adalah lebih mudah dan bukankah perlu di tahap wajib ataupun memberikan kelengkapan dan alat-alat tidak terkira yang diperlukan untuk kewujudan setiap benda kepada bahan-bahan yang kalian katakan sebagai sebab dan hukum alam yang kaku, tiada akal, diciptakan, dijadikan dengan seni dan ringkas lalu menyuruhnya melakukan sendiri kerja-kerja itu yang penuh dengan hikmah dan ketelitian itukah yang lebih mudah?
Bukankah ia di luar kemungkinan yang setahap tidak logik? Maka aku mengubah akalmu yang tidak insaf itu kepada keinsafannya.
Mereka yang ingkar dan memuja alam berkata: Memandangkan kamu menyeruku kepada keinsafan, maka aku juga berkata dan mengakui bahawa jalan salah yang kami lalui sampai sekarang ini adalah jalan yang mustahil seratus tahap,
140. Page
amat memudaratkan serta terlalu jelik. Sesiapa ada akal sebesar zarah daripada pembuktian kamu yang lalu akan memahami bahawa menyerahkan pewujudan kepada sebab-sebab dan alam adalah tidak logik dan mustahil. Menyerahkan segala-galanya kepada Dzat al-Wajibul Wujud secara langsung adalah wajib dan tidak dapat dielak. Maka, aku beriman dengan berkata اَلْحَمْدُ لِلّٰهِ عَلَى الْاِيمَانِ
Cuma ada satu keraguanku, aku menerima bahawa Allah adalah al-Khaliq. Tetapi apakah kemudaratan yang boleh diberikan oleh campur-tangan sesetengah sebab yang juz’i kepada benda-benda yang tidak penting dan kepada pewujudan serta pemerolehan secebis puja dan puji oleh sebab-sebab itu kepada kesultanan Rububiyyah-Nya? Adakah ia mengurangkan kesultanan-Nya?
Jawapan: Sebagaimana kami telah mengisbatkan dengan muktamad dalam sesetengah risalah, ciri-ciri kekuasaan ialah menolak campur tangan. Hatta seorang penguasa dan petugas yang paling rendah juga tidak menerima campur tangan puteranya dalam daerah penguasaannya. Hatta dengan tanggapan campur tangan terhadap penguasaannya, hukuman bunuh ke atas anak mereka sendiri yang tidak berdosa oleh sesetengah raja yang bertaqwa walaupun mereka adalah khalifah, menunjukkan bahawa undang-undang menolak campur tangan ini adalah sangat tegas dilaksanakan dalam pemerintahan. Bermula daripada dua ketua dalam satu kawasan sehingga dua raja dalam sebuah negara, undang-undang menegah campur tangan yang diwajarkan oleh kebebasan dalam pemerintahan telah menunjukkan kekuatannya dengan kehuru-haraan yang dahsyat dalam sejarah manusia.
Perhatikan dan lihatlah bagaimana satu bayangan bagi pengetuaan dan pemerintahan pada insan-insan yang lemah dan berhajat kepada bantuan menolak campur tangan dan menghalang campur-tangan yang lain serta tidak menerima sekutu dalam pemerintahannya dan berusaha memelihara kebebasannya pada jawatannya dengan ketaksuban yang tiada batasan setahap ini.
Kemudian sekiranya kamu boleh mengkiaskan, kiaskanlah betapa penolakan campur tangan, halangan penyekutuan dan penjauhan sekutu adalah keperluan yang daruri dan kewajaran yang wajib bagi penguasaan itu pada Dzat Dzul Jalal yang memiliki pengetuaan mutlak di tahap rububiyyah, pemerintahan mutlak di tahap uluhiyyah, kebebasan mutlak pada tahap keesaan dan kekayaan mutlak pada tahap keupayaan mutlak.
Keraguanmu yang kedua: Sekiranya sesetengah sebab menjadi rujukan untuk ubudiyyah sesetengah perkara juz’i, apakah kekurangan yang datang kepada ubudiyyah makhluk daripada zarah kepada planet yang menghadap kepada Dzat Wajibul Wujud yang al-Ma’budul Mutlaq itu?
Jawapan: Al-Khaliqul Hakim alam semesta ini telah mencipta alam semesta seperti sebatang pohon, buahnya yang paling sempurna ialah makhluk yang mempunyai akal. Di kalangan yang memiliki akal, Dia telah menjadikan insan sebagai buahnya yang paling lengkap dan telah menjadikan syukur dan ibadat yang merupakan natijah penciptaan, tujuan fitrah dan buah kehidupan insan yang paling penting. Maka adakah al-Hakimul Mutlaq, al-Amirul Mustaqil dan al-Wahidul Ahad yang mencipta alam semesta itu menyerahkan insan yang merupakan buah seluruh alam semesta dan menyerahkan syukur dan ibadat yang merupakan buah insan yang paling tinggi kepada tangan-tangan lain untuk mempercintakan dan memperkenalkan diri-Nya?
141. Page
Adakah Dia akan mensia-siakan natijah penciptaan dan buah alam semesta dengan cara yang berlawanan dengan hikmah-Nya secara keseluruhan? Hasya! Tidak sama sekali! Adakah Dia akan meredhai pemberian ibadat makhluk kepada tangan-tangan lain dengan cara yang boleh menyebabkan pengingkaran kepada hikmah dan rububiyah-Nya dan adakah Dia akan izinkan sama sekali? Malah walaupun Dia memperlihatkan usaha mempercintakan dan memperkenalkan diri-Nya dalam tahap yang tidak terkira dengan perbuatan-Nya, adakah Dia juga akan menyebabkan zat-Nya dilupai dengan menyerahkan kesyukuran dan rasa terhutang budi makhluk-makhluk-Nya yang paling sempurna, kecintaan dan ubudiyyah mereka kepada sebab-sebab yang lain lalu maksud-maksud tinggi-Nya di alam semesta diingkari?
Wahai teman yang telah meninggalkan pemujaan alam! Ayuh, katakan olehmu!
Dia berkata: اَلْحَمْدُ لِلّٰهِ bersama dengan terlerainya dua keraguanku ini, kamu telah memperlihatkan dua dalil yang sangat kukuh dan terang tentang keesaan Ilahi dan bahawa Dia adalah al-Ma’bud Bilhaq dan ibadah kepada selain-Nya adalah tidak layak sehingga mengingkari itu semua adalah satu kesombongan seperti mengingkari matahari dan waktu siang.
Said Nursi
142. Page
HUJJAH KEIMANAN KEEMPAT: NUKTAH KEDUA KILAUAN KETIGA PULUH
Nuktah Kedua
بسم الله الرحمن الرحيم
وَإِن مِّن شَيْءٍ إِلَّا عِندَنَا خَزَائِنُهُ وَمَا نُنَزِّلُهُ إِلَّا بِقَدَرٍ مَّعْلُومٍ
“Dan tidak ada sesuatupun melainkan pada sisi Kami-lah khazanahnya, dan Kami tidak menurunkannya melainkan dengan ukuran yang tertentu.” (Qs. Al-Hijr [15]: 21)
Di balik terali besi Eskisyehir, terlihatlah oleh aku dari kejauhan salah satu tajalli nama al-‘Adl (Maha Adil) yang merupakan salah satu poin ayat ini, juga nama agung, atau satu di antara enam cahaya-Nya, seperti halnya poin pertama sebelumnya. Sebagai perumpamaan agar lebih mudah difahami, berikut kami sampaikan:
Alam semesta ini adalah istana menawan. Di dalamnya ada kota yang kadang dirosak dan dibangun tanpa henti. Di kota itu, ada sebuah negeri di mana peperangan dan migrasi selalu bergolak setiap waktu. Di negeri itu, ada sebuah alam di mana kematian dan kehidupan bergulir silih berganti setiap saat. Namun di istana, kota, negeri, dan alam itu terdapat keseimbangan dan neraca menakjubkan dan mencengangkan, yang secara pasti menegaskan bahawa perubahan, segala sesuatu datang-pergi bergantian di antara semua wujud yang ada tanpa batas, ditimbang dan ditakar dengan neraca milik dzat Yang Maha Esa lagi Tunggal, yang melihat seluruh alam semesta dan wujud yang ada setiap waktu, memberlakukan seluruhnya dengan penuh pengawasan.
Tanpa itu, andai seluruh sebab berusaha merosak keselarasan dan menguasai keselarasan ini secara kasar dengan seratus ribu sel telur untuk seekor ikan, duapuluh ribu biji satu bunga seperti bunga poppy misalnya, dengan serangan berbagai unsur dan perubahan bak aliran air. Andai seluruh sebab ini dibiarkan bebas, atau dibilang sebagai hal kebetulan tanpa batas dan tanpa tujuan, atau dikaitkan dengan kekuatan buta yang tidak memiliki ukuran, dikaitkan dengan alam gelap yang tiada memiliki perasaan, tentu keselarasan segala sesuatu dan keseimbangan alam semesta ini rosak, hingga akan mengacaukan sunnatullah, bahkan dalam hitungan satu hari. Maknanya, lautan dipenuhi oleh segala sesuatu yang bersifat random dan menjijikkan, udara pasti terkontaminasi gas-gas berbahaya, bumi pun pasti berubah menjadi tumpukan sampah, tempat sembelihan, lumpur, dan membuat dunia ini menyesakkan nafas.
Segala sesuatunya diatur dan ditakar dengan neraca sensitif, dengan takaran jeli, mulai dari sel-sel tubuh haiwan, mulai sel-sel darah merah dan putih, mulai dari perubahan-perubahan zarah yang selaras dengan organ-organ tubuh, berakhir hingga perolehan dan pengunaan hasil lautan, hingga sumber-sumber air di bawah tanah yang datang dan pergi, hingga kelahiran dan kematian haiwan serta tumbuh-tumbuhan, hingga kematian tanaman pada musim gugur dan kebangkitannya pada musim semi, hingga pengabdian dan pergerakan berbagai unsur dan bintang-bintang, hingga perubahan kematian dan kehidupan, terang dan gelap, pertentangan
143. Page
panas dan dingin, di mana akal manusia sama sekali tidak melihat adanya tindakan berlebihan ataupun sia-sia di titik mana pun. Bahkan hikmah manusia juga melihat dan memperlihatkan keteraturan yang amat indah dan keseimbangan yang begitu menawan. Bahkan hikmah manusia sendiri tidak lain merupakan bahagian dari manifestasi keteraturan dan keseimbangan itu, juga sebagai interpretasi dari keduanya!
Sekarang mari kita memperhatikan keseimbangan antara matahari dan duabelas bintang yang pelbagai. Apakah gerangan keselarasan ini tidak menunjukkan keberadaan Sang Pencipta Yang Maha Adil lagi Kuasa dengan jelas seterang matahari?!
Mari kita perhatikan kapal kita secara khusus, bumi maksudnya, yang merupakan salah satu planet yang bergerak dan berotasi dalam lingkup seluas duapuluh empat ribu tahun. Meski dengan kecepatan luar biasa seperti ini, segala sesuatu di muka bumi tidak berhamburan dan tidak terguncang. Andai kecepatannya ditambah atau dikurangi sedikit, tentu akan melemparkan para penghuni di bumi ini ke luar angkasa. Andai keseimbangannya rosak dan tidak berjalan dalam hitungan satu minit saja, atau bahkan satu detik saja, tentu rosaklah dunia kita ini, bahkan tidak menutup kemungkinan bertubrukan dengan planet lain, dan terjadilah kiamat.
Seperti itu juga keseimbangan kelahiran dan kematian 400 ribu kelompok haiwan dan tumbuh-tumbuhan di muka bumi dan kehidupannya melalui rahmat, semuanya menunjukkan keberadaan Yang Maha Adil, Maha Penyayang, Maha Esa, dan Maha Tunggal seperti cahaya sebagai petunjuk adanya matahari.
Seperti itu juga halnya dengan anggota tubuh, organ-organ, dan indera adalah individu tersendiri tanpa batas di antara berbagai individu golongan makhluk hidup tanpa batas, semuanya berjalan selaras dan seimbang satu sama lain dengan timbangan yang sensitif, yang secara pasti menunjukkan adanya Sang Pencipta Yang Maha Adil dan Bijaksana.
Keseimbangan jeli dan menawan juga ada di balik sel-sel tubuh seekor haiwan di antara sekian banyak haiwan lainnya, ada di balik aliran-aliran darah, ada di balik sel-sel darah, ada di balik bahagian-zarah dalam sel-sel darah. Semua ini secara pasti menunjukkan bahawa ia dirawat dan diatur dengan neraca, aturan, dan ketentuan yang Maha Esa, Maha Pencipta, Maha Adil, Maha Bijaksana yang kendali segala urusan berada di tangan-Nya, kunci segala sesuatu berada dalam genggaman-Nya, apapun tidak menghalangi-Nya untuk melakukan dan menciptakan sesuatu, Ia mengatur segala sesuatu dengan mudah layaknya mengatur satu hal.
Siapa pun yang menganggap bahawa amalan-amalan jin dan manusia akan ditimbang dengan neraca keadilan terbesar di Mahkamah terbesar di padang Mahsyar kelak sebagai sesuatu yang mustahil, andai saja ia mencermati keselarasan terbesar yang ia lihat di dunia ini dengan mata kepala dan mata hati secara seksama, tentu anggapan mustahil itu pasti hilang.
Wahai manusia celaka, berlebihan, dan boros, wahai orang zalim yang tidak adil, wahai makhluk kotor yang tidak bersih, kau menyalahi seluruh wujud yang ada kerana kau tidak menjalankan prinsip hemat, kebersihan, dan keadilan yang merupakan undang-undang penggerak seluruh wujud yang ada. Kerana itulah kau menerima kebencian, murka dan amarah maknawi dari semua wujud yang ada.
Apa yang kau jadikan sandaran sampai-sampai seluruh wujud murka padamu kerana perlakuan zalim, tidak menegakkan keadilan, sikap berlebihan, dan tidak bersih?!
144. Page
Hikmah menyeluruh di balik alam semesta ini yang merupakan tajalli terbesar nama al-Hakim (Maha Bijaksana), berporos di atas prinsip hemat dan tidak berlebihan, serta memerintahkan kita untuk bersikap sederhana. Keadilan menyeluruh di alam raya ini yang merupakan tajalli nama terbesar al-Adl (Maha Adil), berporos di atas prinsip keseimbangan segala sesuatu, dan memerintahkan kita untuk berbuat adil. Kata neraca keseimbangan yang disebut sebanyak empat kali, yang mengisyaratkan tempat tingkatan dan empat jenis timbangan dalam surat ar-Rahman:
وَالسَّمَاءَ رَفَعَهَا وَوَضَعَ الْمِيزَانَأَلَّا تَطْغَوْا فِي الْمِيزَانِوَأَقِيمُوا الْوَزْنَ بِالْقِسْطِ وَلَا تُخْسِرُوا الْمِيزَانَ
“Dan Allah meninggikan langit dan Dia meletakkan neraca (keadilan). Supaya kamu jangan melampaui batas tentang neraca itu. Dan tegakkanlah timbangan itu dengan adil dan janganlah kamu mengurangi neraca itu.”(Qs. Al-Rahman [55]: 7-9)
Ini menunjukkan tingkatan timbangan yang begitu agung di jagat raya, juga menunjukkan nilai pentingnya yang amat besar.
Seperti halnya sikap berlebihan dalam segala sesuatu tidak patut ada, maka tidak ada pula kezaliman hakiki dan ketidakseimbangan dalam segala sesuatu. Pembersihan dan kebersihan yang berasal dari tajalli nama terbesar al-Quddus (Maha Suci), membersihkan dan memperindah seluruh wujud di alam semesta ini, hingga tidak terlihat apa pun yang kotor dan jelek secara hakiki di balik segala sesuatu, asalkan tidak ada campur tangan manusia yang kotor di sana.
Maka fahamilah bagaimana keadilan, sikap hemat dan kebersihan yang merupakan bahagian dari hakikat al-Qur'an dan hukum Islam; hukum mendasar dan mengakar dalam kehidupan manusia.
Ketahuilah sejauh mana ikatan hukum-hukum al-Qur'an dengan jagat raya, bagaimana hukum-hukum ini mengakar di relung-relung alam raya, bagaimana ia melingkupi jagat raya. Kerosakan hakikat-hakikat ini mustahil terjadi, seperti mustahilnya kerosakan alam semesta dan tercorengnya wujud alam raya ini.
Mungkinkah hakikat kuat, mengakar, dan meliputi segala sesuatu, seperti rahmat, pertolongan, keadilan, hikmah, kesederhanaan, dan kebersihan yang menguasai seluruh wujud yang ada, berubah menjadi kekerasan, kezaliman, lenyapnya hikmah, sikap berlebihan, tidak adanya kebersihan, dan kesia-siaan kerana tidak adanya penghimpunan dan akhirat, sementara ratusan hakikat yang melingkupi, seperti rahmat, perhatian, dan penjagaan yang mengharuskan adanya penghimpunan dan akhirat, layaknya tiga cahaya agung ini?! Seratus ribu kali tidak mungkin.
Apakah gerangan rahmat dan hikmah yang menjaga hak hidup seekor lalat dengan rahmat menyia-nyiakan hak kehidupan tanpa batas seluruh makhluk yang berperasaan, dan hak-hak seluruh wujud tanpa batas tanpa adanya penghimpunan seluruh makhluk?
Jika boleh dibilang, mungkinkah keagungan rububiyah yang menampakkan sensitiviti dan kejelian tanpa batas dalam rahmat, kasih sayang, keadilan, hikmah dan kuasa uluhiyah yang menghiasi alam semesta dengan ciptaan dan nikmat-nikmat-Nya yang begitu menawan tanpa batas dengan tujuan untuk menunjukkan kesempurnaan kuasa, untuk memperkenalkan dan membuat diri-Nya dicintai seluruh makhluk. Mungkinkah keagungan seperti ini memperkenankan tidak adanya penghimpunan seluruh makhluk yang berertimeruntuhkan kesempurnaan-
145. Page
kesempurnaan seluruh makhluk yang ertinya mengingkari rububiyah dan uluhiyah-Nya?
Mustahil! Keindahan mutlak ini sama sekali tidak memungkinkan keburukan mutlak seperti ini.
Siapa pun yang bermaksud mengingkari akhirat, terlebih dahulu harus mengingkari keberadaan dunia secara keseluruhan dengan semua hakikatnya. Atau dunia dengan seluruh hakikat akan mengingkarinya melalui seratus ribu lisan dan bahasa. Kebohongan orang seperti ini telah disebutkan dalam “Kalimah Kesepuluh” yang secara pasti menyebutkan keberadaan akhirat melalui dalil-dalil qath’i, seperti kepastian keberadaan dunia.
HUJJAH KEIMANAN KELIMA: NUKTAH KETIGA KILAUAN KETIGA PULUH
Nuktah Ketiga
Poin ini mengisyaratkan cahaya ketiga di antara enam cahaya nama agung
بِسْمِ اللّٰهِ الرَّحْمٰنِ الرَّح۪يمِ
اُدْعُ اِلٰي سَب۪يلِ رَبِّكَ بِالْحِكْمَةِ
“Serulah (manusia) kepada jalan Tuhan-mu dengan hikmah.” (Qs. Al-Nahl [16]: 125)
Saat berada di balik terali besi Eskisyehir di bulan Ramadhan, terlihatlah oleh aku sebuah poin ayat di atas, salah satu tajalli nama al-Hakam (Maha Bijak) yang merupakan nama agung, atau satu di antara enam cahaya-Nya. Poin ketiga –yang terdiri dari lima poin- ditulis secara cepat sebatas isyarat terhadap poin yang dimaksud, namun sayangnya sampai saat ini masih berupa coretan.
بِاسْمِه۪ سُبْحَانَهُ
Dengan Nama-Nya, Maha Suci Dia
Poin Pertama
Seperti yang diisyaratkan dalam “ kalimah Kesepuluh,” tajalli terbesar nama al-Hakam (Maha Bijak) menjadikan alam semesta ini sebagai buku, di mana setiap halamannya ditulis ratusan buku, di setiap baris kalimahnya terselip ratusan halaman, di setiap katanya terselip ratusan baris kalimah, di setiap hurufnya terselip ratusan kata, setiap titik-titiknya terselip katalog kecil. Setiap halaman, baris kalimah, dan bahkan titik-titik buku ini menunjukkan keberadaan Sang Pengukir dan Penulisnya secara jelas melalui seratus sisi, di mana menyaksikan buku alam semesta ini menguatkan keberadaan dan keesaan Sang Penulis, seratus kali lebih dari petunjuk akan keberadaan buku itu sendiri, kerana jika satu huruf saja mengungkapkan isi hatinya sendiri, maka satu baris kalimah dalam buku ini mengungkapkan keberadaan Sang Penulis.
Satu halaman buku besar ini adalah permukaan bumi. Dengan mata kepala, satu halaman ini dapat dilihat bahawa buku-buku ditulis sebanyak bilangan
146. Page
kelompok haiwandan tumbuh-tumbuhan di musim semi secara bersamaan, saling merasuk satu sama lain tanpa adanya salah tulis. Satu baris kalimah halaman buku ini adalah taman.
Dengan mata kepala, kita dapat melihat kasidah teruntai indah ditulis sebanyak bilangan bunga, pepohonan, dan tanaman di dalam taman itu saling merasuk satu sama lain tanpa kesalahan.
Satu kata dalam rangkaian kalimah ini adalah pohon berbunga dan rindang yang sudah hampir waktunya berbuah.
Kata dalam buku ini adalah rangkaian-rangkaian kalimah dengan kandungan makna pujian dan sanjungan untuk Yang Maha Bijaksana sebanyak bilangan dedaunan, bunga, dan buah-buahan yang tertata rapi, ditakar dan dihias. Seperti halnya dengan pohon lain pada umumnya, pohon ini seakan kasidah nan tertata rapi yang tidak lagi memerlukan pujian untuk Sang Pengukir. Dengan ribuan pasang mata, ia seakan ingin melihat jejak-jejak Yang Maha Bijaksana nan menawan, bernilai, dan luar biasa yang Ia perlihatkan di tempat pameran bernama bumi yang seakan memiliki bentuk berhias, seimbang, tertata rapi dan memiliki banyak makna, diberi bentuk bijak untuk menampakkan hadiah, ciri, dan tempaannya di hadapan pandangan Penguasa azali di musim semi –yang merupakan hari raya khusus dan pameran umum bumi- yang keberadaan nama-nama Sang Pengukir bersaksi akan keberadaan-Nya melalui banyak sekali wajah dan bahasa yang saling merasuk satu sama lain di setiap bunga dan buahnya.
Contoh, di dalam setiap bunga dan buah terdapat sebuah neraca, di dalam neraca ini terdapat sebuah aturan, di dalam aturan ini terdapat penataan dan keseimbangan yang selalu diperbarui, penataan dan keseimbangan ini memiliki keindahan dan keelokan, keindahan dan keelokan ini memiliki sejumlah makna dan rasa yang memiliki hikmah. Untuk itu, setiap bunga mengisyaratkan keberadaan Yang Maha Kuasa dengan isyarat-isyarat sebanyak bilangan bunga pepohonan tersebut, di mana ia laksana satu huruf pohon ini yang merupakan satu kata. Ia adalah kotak kecil berisi catalog dan program pohon tersebut secara keseluruhan.
Mengacu pada analogi di atas, seluruh baris kalimah dan halaman-halaman buku alam semesta laksana tajalli nama al-Hakam (Maha Bijak) dan al-Hakim (Maha Bijaksana), di mana bukan hanya setiap halamannya saja, tapi juga setiap baris kalimah, setiap kata, setiap huruf, bahkan setiap titiknya dijadikan mukjizat, yang seandainya seluruh sebab menyatu, tentu tetap tidak mampu untuk membuat satu pun titik buku itu, tentu tidak mampu menandingi ataupun menantangnya.
Setiap ayat kauniyah di antara ayat-ayat al-Qur'an alam semesta menampakkan mukjizat sebanyak bilangan titik dan huruf-hurufnya. Untuk itu, kebetulan acak, kekuatan buta, alam nan bisu, yang mempunyai hubungan, pertimbangan ataupun perasaan, jelas sekali tidak mungkin dapat ikut campurdalam neraca keseimbangan yang rapi dan istimewa tersebut sertadalam keteraturannya yang akurat dan mempesona. Andai teori-teori seperti itu ikut campur dalam aturan ini, jelas menimbulkan jejak-jejak kerosakan di titik tertentu, padahal nyatanya tidak ada satu pun kerosakan di bahagian manapun di alam semesta ini.
Poin Kedua
Poin ini terdiri dari dua masalah:
Masalah pertama
147. Page
Seperti yang telah dijelaskan dalam “ kalimah Kesepuluh,” keindahan yang mencapai puncak kesempurnaan dan kesempurnaan yang mencapai puncak keindahan menginginkan untuk melihat, memperlihatkan, dan memamerkan dirinya. Ini adalah kaedah yang mengakar dalam-dalam. Berdasarkan aturan yang mengakar dan menyeluruh ini, Sang Pengukir Azali kitab alam semesta yang besar ini memperlihatkan dan menarik seluruh makhluk untuk menyukai keindahan kesempurnaan-Nya dan kesempurnaan keindahan-Nya melalui berbagai lisan seluruh wujud yang ada, mulai dari benda paling kecil, hingga yang paling besar, demi memperkenalkan diri-Nya, agar kesempurnaan-kesempurnaan-Nya diketahui, demi menampakkan keindahan-Nya dan menarik seluruh wujud untuk mencintai diri-Nya melalui alam semesta ini.
Untuk itu, wahai manusia yang lalai! Yang Maha Bijaksana ingin memperkenalkan diri dan menarik seluruh wujud untuk mencintai-Nya melalui setiap makhluk laksana model dan bentuk menawan tanpa batas. Namun kau tidak mengetahuinya dengan iman untuk membalas perkenalan-Nya. Jika kau tidak mendorong diri untuk mencintai-Nya melalui ubudiyah, maka kau perlu tahu dan sedar sejauh mana kebodohan dan kerugian berlipat tanpa batas.
Masalah kedua
Tidak ada ruang campur tangan dalam kekuasaan Sang Pencipta Yang Maha Kuasa lagi Bijaksana di alam semesta ini, kerana wujud yang amat teratur dalam segala sesuatu tidak mahu menerima adanya campur tangan, kerana jika ada banyak tangan ikut campur dalam urusan tertentu, tentu benda tersebut pasti hancur. Seperti halnya jika ada dua raja dalam satu kerajaan, dua penguasa dalam satu kota, dua pemimpin dalam satu kampung, pasti akan memperlihatkan kehancuran dalam setiap urusan kerajaan, kota, dan perkampungan tersebut, seperti itu juga pekerja paling rendah sekalipun yang mendapat perintah, tentu tidak mahu adanya campur tangan orang lain dalam pekerjaan yang ia lakukan. Ini secara khusus menunjukkan bahawa kekuasaan adalah independensi dan aksi tunggal.
Dengan demikian, keteraturan menunjukkan kesatuan, dan kekuasaan menunjukkan keesaan.
Jika bayangan kekuasaan seorang manusia nan lemah yang memerlukan bantuan orang lain saja menolak campur tangan seperti ini, maka jelas sekali campur tangan dalam kekuasaan hakiki di tingkatan rububiyah dzat Yang Maha Kuasa secara mutlak, tentu tertolak sepenuhnya.
Jika ada campur tangan seukuran zarah pun, tentu rosaklah aturan itu, padahal alam semesta ini diciptakan dengan cara di mana Pencipta satu biji-bijian harus memiliki kemampuan untuk menciptakan sebuah pohon secara utuh, dan Pencipta sebuah pohon harus memiliki kemampuan untuk menciptakan jagat raya. Jika ada sekutu di alam semesta yang ikut campur menciptakan, tentu mengharuskan si sekutu tersebut mempunyaiandil dalam menciptakan biji-bijian yang paling kecil juga, kerana biji-bijian tersebut adalah contoh alam semesta ini.
Dengan demikian, dua rububiyah yang tidak termuat dalam alam semesta nan amat besar ini, harus termuat dalam satu biji-bijian kecil, bahkan satu zarah. Ini namanya kemustahilan dan hayalan batil yang paling tidak bermutu, bahkan paling mustahil di antara hal-hal mustahil.
Maka ketahuilah, bagaimana kesyirikan dan kekafiran yang mengharuskan kelemahan Yang Maha Kuasa secara mutlak –padahal Ia yang memegang kendali
148. Page
seluruh keadaan dan perihal alam semesta secara keseluruhan dalam neraca keadilan dan kebijaksanaan- bahkan dalam satu biji-bijian adalah kesalahan, dan kebohongan hingga batas paling jauh, dan bagaimana tauhid adalah haq dan kebenaran hingga batas paling jauh. Ketahuilah ini lalu ucapkan, “Alhamdulillah atas nikmat iman.”
Poin Ketiga
Melalui nama al-Hakam (Maha Bijak) dan al-Hakim (Maha Bijaksana), Sang Pencipta menyelipkan ribuan alam yang tertata rapi dan menawan di dalam alam ini, dan penciptaan manusia –di mana sebahagian besar hikmah alam semesta ini tampak pada sosoknya- sebagai pusatnya.
Hikmah lingkup dan manfaat alam semesta yang paling utama merujuk dan mengarah pada manusia. Dalam lingkup manusia, rezeki dijadikan sebagai pusat, di mana sebahagian besar hikmah dan maslahat alam manusia mengarah kepada rezeki dan tampak dengannya, tajalli nama al-Hakim (Maha Bijaksana) terpampang jelas dalam sosok manusia melalui perasaan dan perantara daya rasa rezeki. Setiap ilmu di antara ratusan ilmu –yang diungkap melalui perasaan dan kesedaran manusia- secara jelas mengenal nama al-Hakam (Maha Bijak) di balik satu jenis makhluk.
Contoh: misalkan ilmu kedoktoran ditanya, apa alam semesta itu?
Disiplin ilmu ini tentu menjawab, alam semesta adalah apotik besar yang tertata rapi, menawan dan indah, segala ubat sudah dipersiapkan di sana dan diracik secara profesional dan ahli.
Misalkan ilmu kimia ditanya, apakah bumi itu?
Disiplin ilmu ini tentu menjawab, bumi adalah laboratorium kimia yang amat menawan dan indah.
Disiplin ilmu arsitektur tentu menjawab, bumi adalah kilang yang amat indah, tanpa kekurangan dan tanpa aib.
Disiplin ilmu pertanian tentu menjawab, bumi adalah ladang yang menawan dan menakjubkan, kebun yang indah dan sangat subur untuk berbagai produk tanaman, menumbuhkan berbagai biji-bijian pada musimnya.
Disiplin ilmu bisnis tentu menjawab; bumi adalah sebuah pameran indah, market yang tertata rapi dan teratur, toko yang menyediakan barang-barang menawan.
Disiplin ilmu pangan tentu menjawab; bumi adalah tempat penyimpanan yang tertata sangat rapi berisi berbagai macam makanan.
Disiplin ilmu rezeki tentu menjawab; bumi adalah dapur rabbani, kawah rahmani, di mana ratusan ribu makanan lazat dimasak secara bersamaan dan tertata rapi.
Tentu disiplin ilmu tentera menjawab; bumi adalah berek tentera, di sana terdapat empatratus ribu golongan pasukan yang baru diangkat sebagai prajurit di setiap musim bunga, khemah-khemah tentera dipasang di muka bumi. Meski demikian, rezeki masing-masing berbeza, sepak terjang dan senjata masing-masing juga berbeza, latihan dan bebas tugas masing-masing juga tidak sama, semuanya diatur dan ditata secara sempurna dan rapi atas perintah Panglima Besar Yang Maha Esa, atas kekuatan dan rahmat-Nya tanpa melupakan satu pun dari mereka, tanpa terjadi satu pun percampuran dan ketidakjelasan.
Andai ilmu eletrik ditanya, tentu menjawab;
149. Page
Atap istana alam semesta yang menawan ini dihiasi dengan lampu-lampu eletrik tanpa batas dengan tertata rapi dan seimbang. Ini tentu saja ditata dan diseimbangkan secara menawan, kerana lampu-lampu langit –khususnya matahari yang ribuan kali lebih besar dari bumi- selalu menyala, meski demikian keseimbangan matahari tidak pernah rosak ataupun menimbulkan permasalahan, juga tidak menimbulkan kebakaran meski dengan fungsi tanpa batas.
Dari manakah gerangan sumber, minyak, bahan bakar dan pemantik apinya?! Mengapa sumber, minyak, bahan bakar dan pemantik apinya tidak habis-habis? Mengapa keseimbangan nyala apinya tidak rosak?! Padahal lampu kecil saja dapat rosak jika tidak dijaga dengan rapi.
Perhatikan hikmah dan kuasa Yang Maha Bijaksana yang menyalakan matahari yang satu juta kali lebih besar dan lebih dulu ada sebelum bumi kita ini yang konon menurut ilmu astronomi satu juta tahun, matahari yang hidup sejak lebih dari sejuta tahun, Allah menyalakannya tanpa bahan bakar, tanpa arang, tanpa minyak, namun tidak padam. Perhatikan lalu ucapkan, “Subhanallah!” Ucapkan, “MasyaAllah, barakallah, la ilaha illallah,”tulis arab sebanyak bilangan jarum minit yang berputar selama umur matahari.
Dengan demikian, di balik lampu-lampu langit ini terdapat keteraturan yang begitu menawan. Semua ini tentu saja dijaga dan diperhatikan secara jeli, seakan tungku uap tumpukan api nan amat besar dan banyak, seakan pelita-pelita bercahaya yang banyak tanpa batas ini adalah neraka Jahanam yang tidak pernah padam panasnya, kerana panas dikirim ke sana tanpa cahaya, sementara mesin, pusat, dan kilang lampu-lampu elektrik ini berada di syurga abadi, kerana cahaya dan sinarnya dikirim ke sana, nyala apinya terus bertahan secara teratur sebagai tajalli nama terbesar al-Hakam (Maha Bijak) dan al-Hakim (Maha Bijaksana).
Mengacu pada berbagai disiplin ilmu di atas, alam semesta ini dihiasi dengan berbagai hikmah dan maslahat tanpa batas di balik aturan paling sempurna tanpa adanya kekurangan, berdasarkan kesaksian pasti setiap disiplin ilmu di antara ratusan disiplin ilmu yang ada.
Al-Hakam (Maha Bijak) dan al-Hakim (Maha Bijaksana) juga menyelipkan berbagai macam keteraturan di dalam wujud makhluk hidup yang paling kecil, di dalam benih tanaman yang paling kecil dengan ukuran-ukuran paling kecil pula, di manaaturan inilah yang menata seluruh alam semesta dengan hikmah-Nya yang luar biasa dan meliputi segalanya.
Seperti diketahui secara pasti, menjaga tujuan, hikmah dan manfaat secara berkesinambungan dan teratur rapi, mustahil terjadi tanpa adanya kehendak dan maksud. Mustahil jika semua ini terjadi kerana faktor campur tangan sebab-akibat dan faktor alam yang sama sekali tidak mempunyai pilihan, kehendak, maksud, kesedaran mahupun perasaan. Mustahil faktor alam turut campur dalam semua penataan ini.
Dengan demikian, mengingkari atau tidak mengetahui adanya Pelaku yang berbuat atas dasar kerelaan, Pencipta Yang Maha Bijaksana, di mana keberadaan-Nya ditunjukkan oleh berbagai macam keteraturan dan kebijakan yang ada di balik seluruh wujud di alam semesta ini, betapa merupakan kebodohan dan penyakit gila aneh yangtidak dapat dihuraikan!
Jika pun ada sesuatu yang mengundang rasa hairan di alam ini, tentu pengingkaran seperti ini, kerana di luar sana ada banyak sekali saksi-saksi tanpa batas yang bersaksi akan keberadaan Allah dan keesaan-Nya dengan berbagai
150. Page
hikmah dan keteraturan di seluruh wujud alam semesta ini. Meski demikian, manusia yang paling buta dan bodoh mengetahui bahawa tidak melihat, tidak mengenal dan tidak mengetahui-Nya adalah sebuah kebutaan dan kebodohan.
Bahkan dapat aku bilang bahawa para penganut sophisme yang dikiranya sebagai orang-orang dungu di antara orang-orang kafir kerana mengingkari keberadaan alam raya, mereka justeru orang-orang kafir yang paling berakal, kerana menerima keberadaan alam semesta namun mengingkari keberadaan Allah, tentu mustahil dan tidak dapat diterima. Kerana itu, mereka mulai mengingkari keberadaan jagat raya, mengingkari keberadaan diri mereka sendiri, merosak fungsi akal mereka sendiri seraya mengingkari keberadaan segala sesuatu, mereka terlepas dari kebodohan tanpa batas orang-orang yang mengingkari dan bersembunyi di balik tirai akal, lalu mereka mendekati akal dalam batas tertentu.
Poin Keempat
Seperti telah diisyaratkan dalam “ kalimah Kesepuluh” bahawa ketika seorang pencipta yang bijak dan arsitek yang sangat ulung memperhatikan ratusan hikmah dalam sebuah kamar istana tertentu secara cermat, namun kemudian tidak membangun atap untuk kamar tersebut dan dibiarkan begitu saja, tentu akan mengabaikan begitu banyak hikmah tanpa batas, kerana istana tersebut pasti ditinggal tanpa penghuni. Ini tentu tidak dapat diterima oleh siapapun yang mempunyai kesedaran. Demikian halnya dengan Yang Maha Bijaksana secara mutlak, Ia menyimpan ratusan ton manfaat, tujuan, dan hikmah secara jeli di balik satu biji kecil seukuran wang dirham, sehingga mustahil dari sisi manapun jika Ia melakukan tindakan bodoh dengan memberikan asupan-asupan makanan yang begitu banyak seperti yang diperlukan sebuah pohon sebesar gunung hanya untuk membuahkan manfaat kecil seukuran wang wang dirham, sehingga hanya memunculkan satu buah saja. Langkah seperti ini tentu menyalahi dan menafikan hikmah-Nya secara menyeluruh.
Seperti halnya gambaran tersebut tidak mungkin terjadi, seperti itu pula Sang Pencipta yang menyelipkan ratusan hikmah di setiap wujud yang ada di alam semesta ini. Ia persiapkan ratusan tugas untuk setiap wujud, bahkan Ia menyelipkan banyak sekali hikmah pada setiap pohon sebanyak bilangan buah-buahan dan tugas-tugasnya, juga sebanyak bunga-bunganya. Tentu tidak patut bagi-Nya jika menyia-nyiakan seluruh hikmah tanpa batas, menyia-nyiakan peranan dan tugas tanpa batas, kerana tidak membangkitkan manusia di hari kiamat dan di hari penghimpunan kelak, memandangkan tindakan sia-sia seperti ini maknanya mengaitkan kelemahan mutlak pada kuasa Yang Maha Kuasa nan sempurna, juga mengaitkan hal sia-sia dan berbahaya pada kesempurnaan kebijaksanaan Yang Maha Bijaksana secara mutlak, mengaitkan keburukan tanpa batas pada keindahan rahmat Yang Maha Penyayang secara mutlak, mengaitkan kezaliman mutlak pada kesempurnaan keadilan Yang Maha Adil secara mutlak, seakan mengingkari hikmah, rahmat dan keadilan yang dapat dilihat oleh siapapun di alam ini. Inilah kemustahilan yang paling aneh kerana mengandung banyak sekali kebatilan tanpa batas.
Kerana itu, orang-orang sesat harus memperhatikan dan melihat, bagaimana kesesatan mereka adalah kegelapan pekat yang menakutkan, kesesatan mereka adalah sumur dan lubang yang penuh berisi ular dan kalajengking, seperti kuburan yang akan mereka masuki. Hendaklah mereka memikirkannya, selanjutnya hendaklah mereka mengetahui bahawa keimanan terhadap akhirat adalah jalan
151. Page
indah dan bercahaya laksana syurga, selanjutnya hendaklah mereka memasuki keimanan.
Poin Kelima
Poin ini terdiri dari dua permasalahan:
Masalah pertama: Adanya Sang Pencipta memilih bentuk paling sederhana, jalan paling singkat, cara paling mudah, dan model paling bermanfaat dalam segala sesuatu sesuai konsekwensi nama al-Hakim (Maha Bijaksana), ini menunjukkan bahawa di dalam fitrah tidak ada yang namanya sifat berlebihan, tindakan sia-sia, ataupun berbahaya, kerana sebagaimana sikap berlebihan berseberangan dengan nama al-Hakam (Maha Bijak), maka sikap sederhana adalah sebuah keharusan dan undang-undang dasar bagi-Nya.
Wahai manusia yang berlebihan dan tidak bersikap sederhana, ketahuilah sejauh mana engkau menyalahi hakikat kerana tidak berlaku sederhana yang merupakan undang-undang paling mengakar dalam seluruh jagat raya. Fahamilah ayat berikut:
كُلُوا وَ اشْرَبُوا وَ لاَتُسْرِفُوا
“Makan dan minumlah, dan janganlah berlebih-lebihan.” (Qs. Al-A’raf [7]: 31)
Fahamilah bagaimana ayat ini mengajarkan sebuah undang-undang menyeluruh, meliputi segala sesuatu, luas, dan mengakar.
Masalah kedua: dapat dikatakan bahawa nama al-Hakam (Maha Bijak) dan al-Hakim (Maha Bijaksana) secara pasti menunjukkan dan mengharuskan risalah Rasulullah Sollallahu ‘Alaihi wa Sallam
Ya. Kerana sebuah kitab dengan makna-makna yang begitu banyak mengharuskan adanya seorang guru yang mengajarkan kitab tersebut, keindahan luar biasa mengharuskan adanya cermin sehingga ia dapat melihat dirinya dari balik cermin itu atau memperlihatkan diri pada cermin, dan memandangkan ciptaan menawan dan sempurna mengharuskan keberadaan orang yang menyeru kepadanya, maka diperlukan adanya seorang mursyid paling lengkap dan guru paling sempurna di antara para umat manusia yang menjadi lawan bicara kitab besar alam semesta ini, di mana setiap hurufnya memuat ratusan makna dan hikmah, agar si guru dapat mengajarkan hikmah-hikmah suci dan hakiki yang ada di dalam kitab ini, juga untuk menyampaikan hikmah-hikmah yang ada di jagat raya, seperti halnya ia akan menjadi tempat munculnya seluruh tujuan Tuhan dalammenciptakan alam, juga untuk menunjukkan kesempurnaan penciptaan Sang Khaliq dan keindahan nama-nama-Nya yang ingin Ia tampakkan di seluruh isi alam semesta dengan sepenuh perhatian, dan menjadi cermin bagi keduanya.
ولا شك أن وجود من يقابل التجليات الواسعة للربوبية بعبودية واسعة باسم ذوي الشعور لإرادةِ الخالقِ تحبيبَ نفسِه إلى جميعِ الموجوداتِ، وإرادتِه مقابلةَ مَنْ مخلوقاتُه ذاتُ شعورٍ ووعيٍ، ويصرف أنظار ذوي الشعور والوعي إلى صانع تلك الصنائع بصيحة إعلان وتقديس تبعث النشوة في البر والبحر، وتدوّي في السماوات والأرض، ويجعل بدروس وأوامر قدسية آذانَ جميع أهل العقول مصغيةً إليه، ويُظهر بالقرآنِ العظيمِ الشأن مقاصدَ الصانعِ الحكمِ الحكيمِ الإلهيةَ في أفضل طريقة، ويقابل جميع تجليات حِكَمَه وتجلياته الجمالية والجلالية بأفضل مقابلة؛ أقول لا شك أن وجود من يقوم بجميع
152. Page
هذه الأمور في هذا الكون لازم وضروري كوجود الشمس؛ وإن الذي يقوم بهذه الحقائق ويؤدي جميع هذه الوظائف في أكمل وجه، هو بالمشاهدة الرسول الأكرم عليه الصلاة والسلام.
ve o Hâlık, bütün mevcudatla kendini sevdirmek istediğinden ve zîşuur mahluklarından mukabele istediğinden, o zîşuurların namına birisi o geniş tezahürat-ı rububiyete karşı geniş bir ubudiyetle mukabele edip, berr ve bahri cezbeye getirecek, Semavat ve Arz'ı çınlatacak bir velvele-i teşhir ve takdis ile, o zîşuurların nazarını, o san'atların Sâni'ine çevirecek.. ve kudsî dersler ve talimatlarla bütün ehl-i aklın kulaklarını kendine çevirecek ve bir Kur'ân-ı Azîmüşşan'la, o Sâni'-i Hakem-i Hakîm'in makasıd-ı İlahiyesini en güzel bir surette gösterecek.. ve bütün hikmetlerinin tezahürüne ve tezahürat-ı cemaliye ve celaliyesine karşı en ekmel bir surette mukabele edecek bir zât, Güneş'in vücudu gibi bu kâinata lâzımdır ve zaruridir. Ve öyle yapan ve en ekmel bir surette o vazifeleri yerine getiren, bilmüşahede Resul-i Ekrem Aleyhissalâtü Vesselâm'dır
Dengan demikian, keberadaan makhluk yang membalas tajalli rububiyah dengan ubudiyah yang luas atas nama makhluk-makhluk yang memiliki perasaan atas kehendak Sang Khaliq membuat dzat-Nya disukai seluruh wujud yang ada, mengalihkan perhatian seluruh makhluk yang memiliki perasaan dan kesedaran kepada Sang Pencipta dengan teriakan pemberitahuan yang membangkitkan rasa mabuk cinta di darat dan lautan, menggema di langit dan bumi, dengan pelajaran dan perintah-perintah suci-Nya. Sang guru membuat telinga seluruh orang-orang berakal mendengar, dengan al-Qur'an, sang guru memperlihatkan tujuan-tujuan Sang Pencipta melalui cara terbaik, membalas seluruh manifestasi hikmah, keindahan dan keluhuran-Nya dengan cara terbaik. Maka dengan tegas aku nyatakan bahawa keberadaan dzat yang mengatur segala hal tersebut di alam semesta ini adalah sebuah keharusan pasti seperti kepastian adanya matahari, dan manusia yang menjalankan hakikat-hakikat dan tugas-tugas ini dengan sempurna, dia adalah Rasul mulia Sollallahu ‘Alaihi wa Sallam.Sollallahu ‘Alaihi wa Sallam
Kerana itu, hikmah-hikmah yang ada di alam semesta ini mengharuskan adanya risalah Muhammad Sollallahu ‘Alaihi wa Sallam secara pasti, seperti halnya matahari mengharuskan adanya sinar, dan sinar mengharuskan adanya siang hari secara pasti.
Seperti halnya tajalli terbesar nama al-Hakam (Maha Bijak) dan al-Hakim (Maha Bijaksana) mengharuskan adanya risalah Muhammad Sollallahu ‘Alaihi wa Sallam dalam tingkatan yang paling agung, seperti itu juga nama-nama Allah yang begitu banyak, seperti al-Rahman (Maha Pengasih), al-Rahim (Maha Penyayang), al-Wadud (Maha Belas kasih), al-Mun’im (Maha Pemberi nikmat), al-Karim (Maha Mulia), al-Jamil (Maha Indah), al-Rabb, dan lainnya, masing-masing mengharuskan adanya risalah Muhammad Sollallahu ‘Alaihi wa Sallam secara pasti dan dalam tingkatan terbesar yang dapat disaksikan di alam raya ini.
Contoh, rahmat luas yang merupakan tajalli nama al-Rahman (Maha Pengasih), memantul dalam diri sosok yang menjadi rahmat bagi seluruh alam. Cinta Ilahi dan pengenalan rabbani yang merupakan tajalli nama al-Wadud (Maha Belas kasih) membuahkan sosok kekasih Rabb seluruh alam. Seluruh bentuk keindahan yang merupakan tajalli nama al-Jamil (Maha Indah) maksudnya keindahan dzat Ilahi, keindahan nama-nama, keindahan ciptaan, juga dapat disaksikan melalui cermin sosok Muhammad Sollallahu ‘Alaihi wa Sallam di mana
153. Page
keindahan-keindahan itu terpampang di sana. Tajalli agung rububiyah dan kekuasaan uluhiyah terlihat, dapat disaksikan, difahami dan dipercaya melalui risalah rasul mulia Sollallahu ‘Alaihi wa Sallam yang menyeru menuju kekuasaan rububiyah.
Dan begitu seterusnya, kerana masing-masing di antara sebahagian besar nama-nama Allah yang indah sama seperti contoh-contoh di atas, semuanya merupakan bukti nyata risalah Muhammad Sollallahu ‘Alaihi wa Sallam.
Kesimpulan
Kerana alam semesta adalah wujud yang tidak mungkin diingkari, maka hakikat-hakikat yang terpampang nyata, seperti hikmah, pertolongan, rahmat, keindahan, aturan, neraca (keadilan), dan hiasan yang laksana warna-warni, hiasan, cahaya, kehidupan dan ikatan alam raya ini, juga mustahil diingkari secara mutlak.
Kerana semua sifat dan perbuatan tersebut tidak mungkin diingkari,maka Dzat yang disifati dengan sifat-sifat itu, Pelaku dari semuaperbuatan itu, dan Cahaya mentari dari semua sinar itu jugatidak dapat diingkari. Dia adalah Dzat Allah Yang Maha Suci, Maha Agung,dan Wajibul Wujud di mana Dia Maha Bijaksana, Maha Penyayang,Maha Indah, dan Maha Adil. Juga mustahil mengingkari risalah Muhammad Sollallahu ‘Alaihi wa Sallam yang merupakan sebab munculnya sifat-sifat dan perbuatan-perbuatan itu, bahkan sebab kesempurnaan dan perwujudannya. Dialah guru terbesar, pendidik paling sempurna, da’i paling agung, pemecah teka-teki jagat raya, cermin shamadani, dan kekasih ar-Rahman. Risalah baginda adalah cahaya paling bersinar bagi alam semesta ini, laksana sinar alam hakiki dan hakikat jagat raya.
عَلَيْهِ وَعَلٰٓي اٰلِه۪ وَصَحْبِهِ الصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ بِعَدَدِ عَاشِرَاتِ الْاَيَّامِ وَذَرَّاتِ الْاَنَامِ
Selawat teriring salam semoga terlimpah kepadanya, keluarga dan para sahabat, sebanyak bilangan putaran jarum jam dan zarah-zarah manusia.
154. Page
HUJJAH KEIMANAN KEENAM: HAKIKAT KESEMBILAN KALIMAH KESEPULUH
Hakikat Kesembilan:
Bab Ihya’ dan Imatah (urusan menghidup dan mematikan) sebagai tajalli nama al-Hayyul Qayyum, al-Muhyi dan al-Mumit.
Mungkinkah sama sekali bahawa al-Qadirur Rahim, al-‘Alimul Hakim menghidupkan sebuah bumi besar yang telah mati, telah kering; membangkitkan dan menyebarkan lebih daripada tiga ratus ribu jenis makhluk yang setiap satunya ajaib seperti kebangkitan manusia lalu menunjukkan qudrat-Nya dalam penghidupan tersebut; menunjukkan keluasan keilmuan-Nya dengan pembezaan dan pengasingan yang sangat hebat dalam percampuran dan kebauran yang tidak berpenghujung di dalam pembangkitan dan penyebaran itu; mengalih pandangan semua hamba-Nya kepada kebahagiaan abadi dengan menjanjikan Hasyir manusia melalui semua firman samawi-Nya; menyebabkan semua maujudat bekerjasama, berganding bahu, berpimpin tangan lalu menggerakkannya dalam daerah perintah dan kehendak-Nya, serta menunjukkan keagungan rububiyyah-Nya dengan menjadikan mereka pembantu dan penolong antara satu sama lain, menunjukkan bahawa Dia sangat memberi perhatian kepada manusia dengan menjadikan semua benda berkhidmat kepadanya dengan cara menjadikan manusia sebagai sebiji buah yang paling syumul, paling rapuh, paling halus, paling lembut dan paling manja bagi pohon alam semesta dan mengambilnya sebagai mukhatab kepada diri-Nya sendiri namun Dia tidak mendatangkan Qiamat? Tidak menjadikan dan tidak boleh menjadikan Hasyir? Tidak menghidupkan atau tidak boleh menghidupkan manusia? Tidak boleh membuka mahkamah tertinggi? Tidak boleh mencipta syurga dan neraka? Tidak sama sekali tidak!
Ya al-Mutasarrif Zisha’n (Pemilik urusan) bagi alam ini mewujudkan di atas muka bumi yang sempit dan sementara ini misal-misal, contoh-contoh dan tanda-tanda yang amat banyak bagi Hasyrul Akbar (kebangkitan terbesar) dan medan qiamat pada setiap kurun, pada setiap tahun dan pada setiap hari,.
Contohnya: Pada Hasyir musim bunga, kita melihat bahawa Dia membangkitkan dan menyebarkan lebih daripada tiga ratus ribu jenis haiwan dan tumbuh-tumbuhan yang kecil dan besar dalam tempoh lima enam hari. Dia menghidupkan lalu mengembalikan semula akar semua pokok dan rumput dan sebahagian binatang sama dengan sebelumnya. Dan mewujudkan yang lainnya dalam satu bentuk keserupaan pada peringkat kesamaan. Walhal, benih-benih kecil yang perbezaan dari segi maddi (bahan) amat sedikit itu dihidupkan dalam tempoh enam hari atau enam minggu dengan kesempurnaan peraturan dan neraca, dengan kecepatan, keluasan dan kesenangan yang hebat serta dengan kesempurnaan pembezaan dan pengenalpastian walaupun ia sangat bercampur aduk.
Maka mungkinkah sama-sekali bahawa sesuatu itu boleh menjadi berat kepada Zat yang melakukan kerja-kerja ini? Mungkinkah Dia tidak boleh menciptakan langit dan bumi dalam masa enam hari dan tidak boleh membangkitkan manusia dengan satu laungan? Tidak sama sekali!
155. Page
Andaikata terdapat seorang penulis yang luar biasa. Dia boleh menulis semula tiga ratus ribu kitab yang huruf-hurufnya sama ada telah rosak atau telah terpadam, dalam satu muka surat tanpa bercampur aduk, tanpa kesalahan, tanpa kesilapan dan tanpa kekurangan. Dia menulis semuanya bersama-sama dalam satu jam secara sangat cantik. Kemudian seseorang berkata kepada engkau bahawa penulis itu akan menulis semula kitab engkau yang telah jatuh ke dalam air yang telah ditulis oleh dirinya sendiri daripada ingatannya dalam tempoh satu minit. Maka bolehkah engkau berkata bahawa dia tidak akan boleh melakukannya dan aku tidak akan percaya?!
Ataupun, engkau melihat seorang raja yang sangat hebat. Untuk menunjukkan kekuasaannya atau untuk dijadikan iktibar dan tatapan, baginda mampu mengangkat gunung-ganang, menukar ganti (keadaan) negara dan mengubah laut kepada daratan hanya dengan satu isyarat.
Kemudian engkau melihat seketul batu yang besar telah bergolek ke lembah di kaki antara dua bukit, lalu menghalang laluan para tetamu yang telah dijemputnya ke majlis jamuannya sendiri dan mereka tidak boleh melintasinya. Jika seseorang berkata kepadamu: raja itu, akan mengangkat atau menghancurkan batu itu tidak kira sebesar manapun ia dengan satu isyarat. baginda tidak akan membiarkan para tetamunya tersangkut di jalan. Maka adakah engkau boleh mengatakan bahawa baginda tidak akan atau tidak boleh mengangkatnya?
Ataupun, seorang komander boleh membentuk semula satu pasukan tentera yang besar dalam tempoh satu hari, jika seseorang berkata: “Komander itu boleh menghimpunkan batalion-batalion yang anggotanya telah bersurai untuk berehat dengan satu bunyi semboyan, maka batalion-batalion tersebut akan masuk ke bawah peraturan dan perintahnya.” Jika engkau berkata: “Aku tidak percaya!” Maka engkau akan memahami betapa gilanya tindakan yang telah engkau lakukan.
Justeru, jika engkau telah memahami tiga perumpamaan ini, lihatlah an-Naqqashul Azali mengubah sahifah putih musim sejuk lalu membuka helaian hijau musim bunga dan musim panas lalu menulis lebih tiga ratus ribu jenis makhluk di atas sahifah muka bumi, dengan pena qudrat dan taqdir-Nya dalam sebaik-baik bentuk di hadapan mata kita. Dia menulis semuanya bersama-sama, dalam satu sama lain tetapi tidak bercampur aduk, tidak menjadi penghalang kepada satu sama lain. Walaupun dari segi rupa bentuk antara satu sama lain adalah berlainan, tetapi Dia tidak pernah tersilap dan tersalah tulis.
Ya, al-Hakimul Hafiz yang menetapkan dan menjaga program roh bagi sebatang pokok yang paling besar dalam sebiji benih yang paling kecil seperti satu noktah; adakah boleh dikatakan bagaimanakah Dia boleh menjaga roh-roh bagi mereka yang telah mati? Serta al-Qadir Yang memutar bebola bumi seperti seketul batu tarbil (lastik). Adakah boleh dikatakan bagaimanakah Dia akan mengangkat atau menghancurkan dunia ini yang berada di jalan para tetamu-Nya yang menuju ke Akhirat?
156. Page
Zat Zul Jalal yang mendaftar lalu menempatkan semula pasukan tentera bagi semua benda hidup dan zarah-zarah pada batalion-batalion bagi semua tubuh mereka dengan kesempurnaan aturan daripada tiada dengan perintah “كُنْ فَيَكُونُ”, yang mewujudkan pasukan-pasukan tentera. Adakah boleh dikatakan bagaimanakah Dia boleh menghimpunkan zarah-zarah asasi dan bahagian-bahagian asli bagi tubuh yang seumpama batalion yang mengenali antara satu sama lain dengan masuk ke bawah peraturan tubuh dengan satu laungan?
Serta engkau melihat dengan matamu betapa banyak ukiran yang telah dihasilkan-Nya untuk menjadi contoh, perumpamaan dan tanda kepada Hasyir pada setiap putaran masa dunia, dalam setiap kurunnya, hatta dalam penukaran siang dan malam hatta dalam pewujudan dan penghilangan awan di ruang udara yang menyerupai Hasyir musim bunga.
Hatta, sekiranya engkau mengandaikan secara khayalan diri engkau pada seribu tahun sebelumnya, kemudian engkau membandingkan masa lalu dan antara masa depan yang merupakan dua sayap bagi masa; engkau akan nampak contoh-contoh bagi perumpamaan Hasyir dan Qiamat sebanyak bilangan kurun dan hari. Kemudian jika engkau mengingkari dengan menganggap Hasyir jasmani adalah jauh daripada akal lalu menghindarinya padahal engkau telah menyaksikan begitu banyak contoh dan perumpamaannya, engkau juga akan memahami bahawa itu suatu perkara yang amat gila.
Lihat! Apakah yang dikatakan Firman Agung berhubung tentang hakikat yang telah kita bincangkan:
فَانْظُرْ اِلَى آثَارِ رَحْمَتِ اللّٰهِ كَيْفَ يُحْيِى الْاَرْضَ بَعْدَ مَوْتِهَا اِنَّ ذٰلِكَ لَمُحْيِى الْمَوْتَى وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْئٍ قَدِيرٌ
Kesimpulan: Tiada suatu pun yang menjadi halangan kepada Hasyir. Yang mewajarkannya pula adalah semua benda. Ya, Rububiyyah yang hebat dan sarmadi dan Hakimiyyah yang agung dan menyeluruh sebegini bagi satu Zat yang mematikan dan menghidupkan dunia besar ini yang merupakan Mahsyar keajaiban seperti seekor haiwan yang biasa, menjadikannya satu buaian dan sebuah kapal yang mendamaikan kepada manusia dan haiwan, menjadikan matahari lampu yang memberi cahaya serta memanaskan mereka dalam dewan pertamuan ini dan menjadikan planet-planet sebagai pesawat kepada para malaikat-Nya, sudah tentu tidak dibina dan tidak berdiri di atas urusan-urusan dunia yang sementara, tidak kekal, tidak tetap, tidak penting, berubah-ubah, tidak baqa’, kurang dan tidak sempurna begini sahaja.
Maknanya, ada sebuah negara lain yang berterusan, tetap, tidak akan lenyap dan hebat yang sesuai dengannya. Terdapat sebuah negara baqanya yang lain.
Dia memperkerjakan kita untuknya dan menjemput kita ke sana. Semua ashab arwah an-nayyirah (roh yang bercahaya), semua aqtab qulub al-munawwarah (kutub hati yang diterangi) dan semua arbab ‘uqul an-nuraniyyah (rubub akal yang nurani) yang menyeberang daripada zahir kepada hakikat dan dimuliakan dengan qurbul hudhur-Nya menyaksikan bahawa Dia akan memindahkan kita ke sana.
157. Page
Mereka juga memberi khabar secara sepakat bahawa Allah telah menyediakan satu ganjaran serta balasan. Secara berulangkali mereka memberitahu bahawa Dia memberi janji yang sangat kuat dan ancaman yang sangat dahsyat.
Memungkiri wa’ad adalah kerendahan dan kehinaan. Ia tidak akan boleh menghampiri Jalalul Qudsiyyah-Nya dengan apa cara sekalipun. Manakala Memungkiri wa‘id pula datang daripada sama ada kemaafan ataupun kelemahan. Sedangkan kekufuran adalah jenayah yang mutlak, tidak layak kepada kemaafan. Manakala al-Qadirul Mutlaq, (14) adalah munazzah dan muqaddas daripada kelemahan. Manakala para penyaksi dan pengkhabar; walaupun mereka berbeza dalam maslak, masyrab dan mazhab mereka sendiri, namun pada dasar masalah ini mereka bersatu dengan kesempurnaan kesepakatan. Berdasarkan bilangan, mereka berada pada darjat Tawatur. Berdasarkan mutu, mereka berada pada kekuatan Ijma’. Berdasarkan kedudukan, setiap seorang mereka adalah sebutir bintang bagi bangsa manusia, mata bagi satu golongan dan pembesar bagi satu bangsa. Berdasarkan kepentingan, mereka adalah ahli ikhtisas dan juga ahli isbat. Sedangkan dalam ilmu atau seni, dua orang ahli ikhtisas adalah diutamakan ke atas ribuan yang lain. Dalam pemberian khabar, dua pengisbat diutamakan ke atas ribuan para penafi. Contohnya: Dua orang yang mengkhabarkan kewujudan anak bulan Ramadhan, mensia-siakan penafian ribuan pengingkar.
Kesimpulan: Tidak akan ada satu pun berita yang lebih benar, dakwaan yang lebih kukuh dan hakikat yang lebih nyata daripada ini di dunia. Maknanya, tanpa kesangsian dunia adalah ladang. Mahsyar pula ialah tempat pengumpulan dan himpunan hasil. Manakala syurga dan neraka, masing-masing adalah sebuah gudang.
158. Page
HUJJAH KEIMANAN KETUJUH: JENDELA KETUJUH BELAS SURAT KETIGA PULUH TIGA
﴿إِنَّ فِي السَّمَوَاتِ وَالأَرْضِ لآيَاتٍ لِلْمُؤْمِنِينَ﴾
“Sesungguhnya pada langit dan bumi terdapat tanda-tanda bagi orang-orang beriman” Surah al-Jathiyah: 3
Sesungguhnya kita melihat muka bumi pada musim panas dan kita dapati ‘kemurahan hati’ yang tidak terbatas, dan ‘kepemurahan’ yang mutlak yang memerlukan kekeliruan dalam mewujudkan sesuatu dan menyebabkan kekacauan; dilihat pada kesempurnaan keseragaman dan ketelitian, maka lihatlah semua tumbuhan-tumbuhan yang menghiasi permukaan bumi seluruhnya.
Kemudian, ‘kelajuan mutlak’ yang memerlukan kekerasan dan kekasaran, ketidak seimbangan dan ketidak telitian dalam mewujudkan sesuatu; dilihat pada kesempurnaan keseimbangan, maka lihatlah semua buah-buahan yang menghiasi permukaan bumi seluruhnya.
Kemudian, ‘kelimpahan mutlak’ yang memerlukan keremehan, bahkan kehodohan; dilihat pada kesempurnaan pembuatan yang baik dan kreativiti, maka lihatlah semua bunga-bungaan yang menghiasi permukaan bumi seluruhnya dan menjadikannya indah.
Kemudian, ‘kemudahan mutlak’ yang memerlukan keringkasan dan ketiadaan kualiti dalam mewujudkan sesuatu; disaksikan pada kesempurnaan pembuatan, kemahiran, ketelitian, dan perhatian, maka perhatikanlah dengan teliti semua biji dan benih yang merupakan peti-peti kecil yang bercambah daripadanya organ-organ pokok-pokok dan tumbuh-tumbuhan yang tertanam di dalam tanah, dalam perkembangan perjalanan hidupnya.
Kemudian, sesungguhnya ‘kejauhan mutlak’ yang memerlukan perbezaan dan perpecahan, disaksikan pada kesepakatan yang mutlak, maka lihatlah semua jenis biji-bijian yang ditanam di atas seluruh permukaan bumi.
Kemudian, sesungguhnya ‘percampuran’ yang sempurna yang memerlukan keserabutan dan kekeliruan; disaksikan apa yang sepenuhnya berlawanan pada kesempurnaan perbezaan dan perpecahan, maka lihatlah biji dan benih yang dicampak ke bawah tanah dalam keadaan bercampur-campur dan hampir serupa pada bahannya, bagaimana ia dapat berbeza dan terpisah-pisah dengan sempurna pada waktu ia bercambah, dan bahan yang meresap masuk ke dalam pokok-pokok, bagaimana ia dapat berbeza dan terpisah-pisah dengan sempurna pada daun, bunga dan buahnya, serta bahan makanan yang bercampur-baur yang masuk ke dalam perut, bagaimana ia dapat berbeza dan terpisah-pisah dengan sempurna mengikut anggota tubuh badan dan sel-sel yang berlainan, lihatlah semua ini dan saksikanlah kesempurnaan keupayaan dalam kesempurnaan kebijaksanaan!
Kemudian, ‘kelimpahan’ yang tidak berpenghujung, dan ‘kemudahan’ yang tidak terbatas yang memerlukan keremehan, dan ketiadaan kualiti serta nilai; kedua-duanya dapat dilihat di bumi dengan sebaik-baik kualiti dan nilai dari segi buatan
159. Page
dan kekreatifannya. Maka lihatlah keajaiban kreativiti dan pembuatan yang tidak terbatas sehinggalah kepada jenis-jenis buah mulberi yang merupakan kotak gula-gula kekuasaan Tuhan dalam hidangan bumi-Nya, dan saksikanlah kesempurnaan rahmat pada kesempurnaan pembuatan dan kreativiti!
Dan ‘kemurahan’ yang tidak terbatas ini bersama dengan setinggi-tinggi nilai atas muka bumi ini, dan ‘keunikan’ dan ‘perbezaan’ yang yang tidak terbatas bersama dengan seteruk-teruk kekeliruan dan percampuran, dan sebagus-bagus ‘keserasian dan kesamaan’ bersama dengan sejauh-jauh kelainan dan perbezaan, dan penciptaan yang penuh ketelitian bersama dengan ketermudahan dalam keserupaan yang paling dekat, dan ‘tiadanya pembaziran’ dan sebaik-baik ‘keseimbangan dan timbangan’ bersama dengan kepantasan mutlak pada sebagus-bagus pembuatan dan kreativiti, dan sebagus-bagus ‘pembuatan dan kreativiti’ bersama dengan kemewahan dan kelimpahan dalam keadaan paling ekonomi dan tiada pembaziran, dan ‘keteraturan mutlak’ bersama dengan kemurahan mutlak pada sebagus-bagus pembuatan dan kreativiti; semua itu membuktikan akan wajibnya kewujudan yang Maha Berkuasa yang memiliki keagungan, dan Maha Bijaksana yang memiliki kesempurnaan, dan Maha Mengasihani yang memiliki keindahan, serta kesempurnaan kuasa-Nya, keindahan sifat ketuhanan-Nya, keesaan-Nya dan ketunggalan-Nya seperti mana waktu siang membuktikan kewujudan cahaya, dan cahaya membuktikan kewujudan matahari, lantas menerangkan rahsia firman Allah
"له الأسماء الحسنى" ‘bagi-Nya nama-nama yang paling baik’.
Maka wahai si lemah yang miskin, lagi lalai, derhaka dan tidak berguna, dengan apa kamu dapat jelaskan hakikat yang agung ini? Dan dengan apa kamu dapat terangkan keadaan yang ajaib dan aneh yang tidak punya batas ini? Dan kepada apa kamu dapat sandarkan semua ciptaan dan keindahan yang menakjubkan tanpa batasan ini? Dan manakah tirai daripada tirai-tirai kelalaian yang kamu dapat letak pada jendela yang seluas permukaan bumi ini untuk menutupnya? Di manakah kebetulan kamu, dan di manakah teman kamu yang tidak sedar itu, dan sandaran serta sahabat kamu dalam kesesatan yang kamu bergantung kepadanya dan percaya dengannya, dan yang kamu namakan dia ‘alam semula jadi’?
Tidakkah kebetulan pada perkara-perkara ini adalah kemustahilan dan seribu macam kemustahilan? Tidakkah dengan menyandarkan satu daripada seribu perkara yang aneh dan ajaib ini adalah kemustahilan daripada seratus kemustahilan? Atau adakah alam semula jadi yang statik lagi lemah mempunyai mesin-mesin dan pencetak-pencetak untuk semua benda pada kadar bilangan semua benda yang diciptakan?
160. Page
HUJJAH KEIMANAN KELAPAN: SINARAN KETIGA
Pancaran Ketiga
Risalah Munajat
Muqaddimah
Sesungguhnya risalah “Pancaran Ketiga” ini yang mana ia merupakan hujjah keimanan ke-8 sebagaimana ia juga menunjukkan ke atas wajibnya kewujudanNya Subhanah dan keesaanNya; maka begitulah juga ia menunjukkan ke atas Rububiyyahnya yang meliputi, dan keagungan qudrat Nya dengan dalil-dalil yang yang qat’i. dan ia menunjukkan ke atas HakimiyyahNya yang meliputi serta RahmatNya yang syumul serta ia mensabitkan kedua-duanya.dan ia turut mensabitkan HikmahNya yang menyeluruh serta ilmuNya yang syumul akan setiap bahagian-bahagian alam.
Kesimpulan: sesungguhnya di sana terdapat “lapan natijah” bagi setiap muqaddimah daripada muqaddimah-muqaddimah hujjah keimanan yang kelapan ini. dan setiap muqaddimah daripada muqaddimah-muqaddimah yang lapan tersebut mensabitkan natijah yang lapan itu dengan dalil-dalinya, dan daripada segi ini sesungguhnya di sana terdapat keistimewaan-keistimewaan yang tinggi untuk hujjah keimanan yang ke-8 ini.
Munajat
بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
﴿إِنَّ فِي خَلْقِ السَّمَوَاتِ وَالأَرْضِ وَاخْتِلاَفِ اللَّيْلِ وَالنَّهَارِ وَالْفُلْكِ الَّتِي تَجْرِي فِي الْبَحْرِ بِمَا يَنفَعُ النَّاسَ وَمَا أَنزَلَ اللهُ مِنَ السَّمَاءِ مِن مَّاءٍ فَأَحْيَا بِهِ الأرْضَ بَعْدَ مَوْتِهَا وَبَثَّ فِيهَا مِن كلّ دَآبَّةٍ وَتَصْرِيفِ الرِّيَاحِ وَالسَّحَابِ الْمُسَخَّرِ بَيْنَ السَّمَاءِ وَالأَرْضِ لآيَاتٍ لِّقَوْمٍ يَعْقِلُونَ﴾(البقرة:164).
“Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, silih bergantinya malam dan siang, bahtera yang berlayar di laut membawa apa yang berguna bagi manusia, dan apa yang Allah turunkan dari langit berupa air, lalu dengan air itu Dia hidupkan bumi sesudah mati (kering)-nya dan Dia sebarkan di bumi itu segala jenis haiwan, dan peredaran angin dan awan yang dikendalikan antara langit dan bumi; sungguh (terdapat) tanda-tanda (keesaan dan kebesaran Allah) bagi kaum yang memikirkan.” (Al-Baqarah: 164).
161. Page
Ya Ilahi Ya Rabbi, sesungguhnya aku melihat dengan pandangan keimanan dan dengan ta’lim/ajaran Al-Qur’an serta cahayanya, dan dengan ajaran Rasul yang mulia s.a.w., dan dengan paparan nama Al-Hakim bahawasanya tiada sesuatu pusingan dan tiada sesuatu pergerakan di langit kecuali ia menunjukkan dengan susunannya ini kepada kewujudanMu dan menjadi dalil ke atasnya.
Tiadalah sebarang jirim-jirim langit kecuali ia bersaksi ke atas RububiyyahMu dan WahdahMu dan menunjukkan kepada kedua-duanya dengan ketenangannya dan dengan pelaksanaannya terhadap tugas-tugasnya tanpa dan dengan berdirinya ia tanpa tiang.
Tiadalah sebarang bintang kecuali menunjukkan kepada keagungan UluhiyyahMu dan WahdaniyyahMu, dan ia bersaksi ke atasnya dengan ciptaannya yang seimbang dan dengan kedudukannya yang tersusun, dan dengan senyumannya yang bercahaya serta dengan cop keseumpamaan dan keserupaannya dengan seluruh bintang-bintang.
Tiada sebarang planet yang bergerak daripada seluruh 12 planet-planet yang bergerak kecuali ia bersaksi ke atas wajibnya kewujudanmu, dan menunjukkan kepada kesultanan UluhiyyahMu dengan pergerakan-pergerakannya yang penuh hikmah, dengan penundukannya dalam ketaatan, dengan tugas-tugasnya yang tersusun serta dengan kelengkapan-kelengkapannya dan cabangan-cabangannya yang utama.
Ya; wahai Pencipta langit-langit dan bumi, sebagaimana bahawa langit-langit itu bersaksi dengan kesaksian yang zahir ke atas wajibnya kewujudanMu begitu juga seluruh penduduknya dan setiap seorang daripadanya secara individu, begitu juga ia bersaksi bersama-sama badan pertubuhan keseluruhannya secara nyata. Wahai yang mentadbir zarah-zarah dengan susunan-susunannya yang teratur, dan yang menguruskannya, wahai yang menjalankan bintang-bintang yang bergerak itu bersama kelengkapan-kelengkapannya satelitnya yang tersusun, dan yang memanaskannya dan menundukkannya terhadap arahan-arahanNya, sesungguhnya ia bersaksi ke atas WahdahMu dan AhadMu dengan penyaksian yang kuat, sehinggakan bukti-bukti yang bercahaya serta dalil-dalil yang mengujakan sebanyak bilangan bintang-bintang seluruh langit membenarkan persaksian tersebut.
Begitu juga seluruh langit yang suci bersih lagi indah bersama dengan seluruh jirim-jirimnya yang besar luar biasa dan sangat cepat -dari segi penzahirannya ibarat hal keadaan tentera yang tersusun, dan armada kesultanan yang dihiasi lampu-lampu elektrik- menjadi suatu dalil yang zahir lagi jelas ke atas keagungan RububiyyahMu, dan keagungan qudrat Mu yang mewujudkan segala sesuatu, dan mengisyaratkan dengan isyarat yang kuat kepada keluasan HakimiyyahMu yang meliputi dengan apa yang tiada had baginya daripada langit-langit, dan rahmatMu yang melindungi seluruh kehidupan, dan ia bersaksi -tanpa syak- ke atas keluasan IlmuMu akan segala sesuatu, ilmu itu yang terkait dengan
162. Page
setiap urusan dan keadaan-keadaan seluruh makhluk langit, dan Dia yang memegangnya dengan genggamanNya dan menyusunnya, dan ke atas meluasnya hikmahNya terhadap segala sesuatu, dan sesungguhnya kesaksian dan tanda tersebut adalah nyata lagi jelas sehinggakan seluruh bintang-bintang ibarat kalimat-kalimat kesaksian bagi seluruh langit yang bersaksi, dan dalil-dalilnya yang bercahaya lagi tersenyum.
Adapun seluruh bintang di medan langit dan di lautannya serta di angkasanya maka ia menzahirkan keagungan keSultanan UluhiyyahMu dengan hal-ehwal yang serupa dengan seluruh para askar yang taat, serta kapal-kapal yang tersusun, kapal-kapal terbang yang indah dan lampu-lampu yang menakjubkan. dan sebahagian daripada bintang-bintang tersebut yang mana merupakan seluruh kawan-kawan matahari menghadap dan memandang kepada alam-alam akhirat dengan dalil dan peringatan terhadapa tugas-tugas matahari kita -yang mana ia merupakan satu unit daripada unit-unit bala tentera tersebut- pada planet-planet yang beredar, dan pada glob bumi kita, dan ia bukanlah tanpa tugas, bahkan ia dalah matahari-matahari alam-alam yang kekal.
Wahai Wajibal Wujud, wahai Al-Wahidul Ahad, sesungguhnya bintang-bintang yang indah ini serta matahari-matahari dan bulan-bulan yang menakjubkan itu sesungguhnya telah ditundukkan, disusunkan dan ditugaskan dalam kerajaanMu dan dalam langitMu dengan arahanMu, kekuatanMu, qudrat Mu, pengurusanMu dan pentadbiranMu, sesungguhnya seluruh jirim-jirim yang tinggi tersebut bertasbih dan bertakbir membesarkan Al-Khaliq Al-Wahid Al-Ahad yang telah menciptakannya, memutarkannya dan mengurusnya, dan ia berkata dengan lisan-lisan halnya “SubhanAllah (Maha Suci Allah)” “Allahu Akbar (Allah Maha Besar)”, dan aku dengan tugasku mensucikanMu dengan seluruh tasbih-tasbihnya.
Wahai Yang Maha Berkuasa Wahai yang mempunyai keagungan wahai yang tersembunyi disebabkan kesangatan jelasNya, dan tertutup disebabkan keagungan KebesaranNya, wahai yang Maha Berkuasa Mutlak, sesungguhnya aku memahami dengan ajaran Qur’anMu yang Al-Hakim, dan dengan ajaran RasulMu yang mulia -s.a.w.- bahawasanya: sebagaimana seluruh lelangit dan bintang bersaksi atas kewujudanMu dan keesaanMu; maka begitulah juga udara langit bersama seluruh awannya, kilat-kilatnya, guruh-guruhnya, anginnya dan hujannya bersaksi atas kewajiban kewujudanMu dan keesaanMu.
Ya; sesungguhnya awan yang beku yang tiada kesedaran dan tiada perasaan baginya tidak membangkitkan hujan -yang mana ia merupakan air kehidupan- bagi memanjangkan kehidupan segala yang memerlukan kecuali dengan rahmatMu dan HikmahMu, dan ia tidak mungkin secara tiba-tiba dan rambang untuk masuk campur dalam urusan ini.
Adapun kilat -yang mana ia merupakan tenaga elektrik teragung dan yang menggalakkan agar mengambil faedah daripadanya dengan menunjukkan kepada
163. Page
faedah-faedah pencahayaan bagi tenaga elektrik- maka ia menyalakan qudrat Mu yang terjelma pada angkasa dengan gambaran yang terbaik.
Adapun guruh-guruh yang memberikan khabar gembira dengan kedatangan hujan, dan yang menyebutkan angkasa yang luas lagi besar serta yang menderingkan seluruh langit dengan gema-gema tasbih-tasbihnya, maka ia bertasbih mensucikanMu dengan menyebut dengan lisan yang diucapkannya, dan ia bersaksi atas RububiyyahMu.
Adapun angin-angin yang mana ia merupakan rezeki-rezeki paling banyak keperluan untuk kehidupan bagi seluruh yang hidup, dan yang paling mudah untuk dimanfaatkan, dan yang ditugaskan dengan tugas-tugas yang sangat banyak, seperti memberikan nafas-nafas dan memulihkan pernafasan, sebagaimana ia menunjukkan keapda keaktifan dan perjalanan qudrat Mu dan bersaksi atas kewujudanMu dengan mengubahkan perjalanan udara -berdasarkan sesuatu hikmah- kepada papan tanda penghapusan dan pensabitan, yakni ia ibarat sebuah papan tulis yang ditulis di atasnya serta menerangkan kemudian dipadam, maka begitulah rahmat tersebut -yakni hujan- yang dihasilkan(15) daripada awan dengan RahmatMu dan dihantar kepada seluruh yang hidup; lalu ia bersaksi dengan kalimat titisan-titisan yang seimbang lagi tersusun atas keluasan Rahmat dan kasihan belasMu.
Wahai pelaksana wahai yang aktif melakukan wahai yang melimpah ruahkan wahai yang Maha Tinggi, sebagaimana setiap satu daripada awan, kilat, guruh, angin dan hujan bersaksi di atas kewajiban kewujudanMu, maka begitulah juga seluruh bentuknya menunjukkan satu isyarat yang kuat kepada WahdahMu dan AhadiyyahMu dari segi kesatuan dan kebersamaan serta pertindihan dan saling bantu-membantu terhadap tugas-tugas sebahagiannya dengan sebahagian, sedangkan setiap satu daripadanya adalah jauh dari yang lain daripada segi prosesnya, dan berlawanan sebahagiannya daripada segi hakikatnya, dan sebagaimana setiap satu daripadanya bersaksi atas keagungan RububiyyahMu yang menjadikan angkasa yang besar lagi luas itu tempat berkumpul segala keajaiban, dan yang memenuhinya dan mengosonginya beberapa kali dalam sebahagian hari, dan atas keagungan Qudrat Mu yang melaksanakan pada ruang udara yang luas lagi besar dan seolah-olah ia adalah papan besar yang ditulis di atasnya dan dipadamkan apa yang ada padanya, dan span yang diperah akannya dan diberi minum dengannya oleh taman Bumi, dan bahawasanya ia meliputi segala sesuatu, maka begitulah juga ia menunjukkan kepada keluasan yang mutlak buat RahmatMu dan HakimiyyahMu yang mana kedua-duanya memelihara Bumi seluruhnya dan makhluk-makhluk semuanya di bawah hijab udara, dan kedua-duanya menguruskannya, dan berasaskan bahawasanya kedua-duanya memahami setiap sesuatu. dan ruang udara di angkasa digunakan dalam tugas-tugas yang penuh hikmah, serta awan dan hujan
164. Page
digunakan dalam faedah-faedah dengan penggunaan yang mendedahkan akan ilmu; yang mana kalaulah bukan di sana terdapat ilmu yang meliputi akan setiap sesuatu, dan hikmah yang menyeluruh yang meliputi setiap sesuatu; bagaimanalah terdapatnya segala penggunaan dan perkhidmatan tersebut.
Wahai yang melaksanakan apa sahaja yang Dia kehendaki, sesungguhnya qudrat Mu yang membangunkan aktiviti-aktiviti di ruangan udara angkasa adalah sebagaimana keinginan pelbagai bentuk pengumpulan dan kiamat pada setiap lahzah/ketika, dan perubahan musim panas kepada musim sejuk dan dari musim sejuk kepada musim panas dalam lingkungan hanya sekadar sejam, dan mendatangkan suatu alam dan menghantar yang lain kepada keghaiban, menunjukkan bahawasanya ia akan menukarkan dunia kepada akhirat, dan akan zahirlah urusan-urusan abadi padanya.
Wahai yang maha berkuasa lagi mempunyai keagungan, sesungguhnya ruang udara, awan, hujan, petir dan guruh di ruang angkasa ditundukkan dan ditugaskan dalam kerajaanMu dengan perintahMu, dayaMu, kekuatanMu dan qudrat Mu, sesungguhnya makhluk-makhluk ruang angkasa ini -yang mana setiap satu daripadanya jauh daripada yang lain dari segi hakikatnya- mensucikan Pemerintahnya dan Hakimnya yang menjadikannya mentaati arahan-arahan yang sangat cepat lagi serta-merta, dan kawalan-kawalan yang laju lagi segera, dan ia memuji rahmatNya dan memujanya.
Wahai Pencipta bumi dan seluruh langit wahai yang memiliki keagungan, sesungguhnya aku telah beriman dan mengetahui serta mengerti dengan ajaran Qur’anMu yang Al-Hakim, dan dengan ajaran RasulMu yang mulia -s.a.w.- bahawasanya sebagaimana seluruh langit bersaksi bersama bintang-bintangnya dan ruang angkasa bersama apa yang ada di dalamnya terhadap wajibnya kewujudanMu dan ke atas AhadiyyahMu dan WahdahMu; maka begitulah juga bumi bersama seluruh makhluknya dan keadaannya bersaksi atas kewujudanMu dan WahdahMu dan mengisyaratkan kepada kedua-duanya dengan kesaksian-kesaksian dan isyarat-isyarat sebanyak seluruh kewujudannya.
Ya; tiada sebarang perubahan di atas muka bumi, dan tiada sebarang pertukaran -secara keseluruhan atau cabangan- pada pokok-pokoknya dan haiwan-haiwannya sepeti pertukaran pakaian-pakaiannya setiap tahun kecuali ia mengisyaratkan dengan sistem-sistemnya yang teratur kepada kewujudanMu dan WahdahMu.
Tiada sebarang haiwan kecuali ia bersaksi atas kewujudan dan WahdahMu dengan pengurniaan rezeki buatnya dengan rahmat berdasarkan darjat kelemahannya dan keperluannya, dan dengan memberinya anggota yang daruri untuk kehidupannya dengan hikmah.
Tiada sebarang tumbuhan dan haiwan yang didapati dan yang diciptakan pada setiap musim bunga di hadapan mata kita kecuali ia mengenalkanMu dengan
165. Page
ciptaannya yang ajaib, dan hiasannya yang lembut, serta keunikannya yang sempurna, dan susun aturnya dan keseimbangannya.
Sesungguhnya penciptaan seluruh makhluk -yang memenuhi muka bumi dan yang dinamakan sebagai tumbuhan dan haiwan yang mana ia merupakan keindahan-keindahan dan mukjizat-mukjizat qudrat Mu- suatu penciptaan yang indah tanpa kesilapan, dan seimbang serta unik dengan alamat/tanda-tanda yang membezakan antara semua telur, semua telur kecil, semua titisan, semua bijian, semua bijian kecil dan semua biji benih yang tertentu yang hampir serupa yang mana bahannya adalah satu; benar-benar merupakan kesaksian yang kuat ke atas kewujudan Penciptanya yang Maha Bijaksana dan WahdahNya, hikmahNya dan qudrat nya yang tiada had baginya dan ia lebih kuat dan lebih jelas daripada kesaksian pancaran cahaya ke atas (wujudnya) matahari.
Tiada satu unsur pun seperti udara, air, cahaya, api dan tanah kecuali ia bersaksi ke atas WahdahMu dan kewujudanMu dengan bangunnya ia dan penunaiannya terhadap tugas-tugas tersebut dengan penuh Itqan (sempurna) refleksi perasaan dan kesedaran sedangkan ia tidak punya sebarang perasaan dan kesedaran, dan dengan mendatangkan buah-buahan serta hasil-mahsul yang pelbagai dan sangat indah daripada khazanah ghaib sedangkan ia begitu ringkas, dikuasai, tidak tersusun dan berterabur di sini sana.
Wahai Fatir (Pencipta) wahai Qadir (Yang berkuasa) wahai Fattah (yang Maha Pembuka) wahai ‘Allam (yang Maha Mengetahui) wahai Fa’’al (yang Maha Pelaksana) wahai Khallaq (yang Maha Pencipta)! Sebagaimana bahawasanya bumi bersama seluruh penduduknya bersaksi ke atas (hakikat) bahawasanya Penciptanya itu wajib wujud; begitulah ia bersaksi secara jelas ke atas wahdahMu dan AhadiyyahMu wahai Wahid (Yang Satu) wahai Ahad (Yang Esa) wahai Hannan (Yang Maha Lemah Lembut) wahai Mannan (Yang Maha Mengurnia) wahai Wahhab (Yang Maha Pemberi) wahai Razzaq (Yang Maha Memberi Rezeki) dengan relnya yang wujud di atas wajahnya (bumi), dan rel-rel/cop yang wujud di atas wajah-wajah penduduknya, dan dari segi Wahdah, Ittihad (kesatuan), saling masuk dan saling membantu di antara mereka serta Wahdah nama-nama Rububiyyah dan perbuatan-perbuatannya yang menuju kepadanya dan menjaganya, bahkan bersaksi sebanyak bilangan seluruh yang wujud.
Dan sebagaimana muka bumi menunjukkan ke atas kehebatan dan keagungan RububiyyahMu dan pelaksanaan qudrat Mu dalam setiap sesuatu, dengan keadaannya di tempat kem, kawasan lapang dan tempat latihan, dan dengan pemberian alatan-alatan yang berbeza-beza lagi berlainan dengan tersusun buat empat ratus ribu jenis daripada umat-umat yang wujud dalam kumpulan-kumpulan tumbuhan dan haiwan, begitu juga sesungguhnya pemberian rezeki-rezeki yang berbeza-beza lagi berlainan bagi seluruh yang hidup tanpa had daripada tanah yang kering lagi ringkas pada waktunya yang sesuai secara sempurna dan dengan bentuk
166. Page
rahimah (penuh kasih sayang) lagi karimah (sangat pemurah), dan ketaatan individu-individu tersebut yang tiada had terhadap perintah-perintahMu yang Rabbaniyyah dengan kesempurnaan ketundukan menzahirkan bahawa rahmatMu merangkumi setiap sesuatu, dan HakimiyyahMu meliputi setiap sesuatu.
Dan yang menjadi dalil ke atas rangkuman IlmuMu dan HikmahMu ialah tiadanya kemampuan untuk memandu dan mengurus kafilah-kafilah segala makhluk yang sentiasa bertukar di muka bumi, dan tiadanya putaran kematian bersama kehidupan, dan tiadanya pengurusan dan pentadbiran seluruh haiwan dan tumbuhan, kecuali dengan Ilmu yang berkaitan dengan setiap sesuatu, dan dengan hikmah yang tiada had yang mengenakan hikmah-hikmahnya atas setiap sesuatu.
Sesungguhnya pemberian perhatian yang tinggi di dunia ini -yang mana ia merupakan tempat latihan dan bumi ini merupakan kem sementara, dan dalam pameran yang sementara ini- buat manusia yang bangun menunaikan tugas-tugas yang tiada had baginya di bumi dalam waktu yang singkat, dan yang dilengkapkan peralatan-peralatan maknawi dan persediaan-persediaan seolah-olah dia akan hidup pada suatu waktu yang tiada pengakhiran baginya, dan yang melaksanakan pada segala kewujudan-kewujudan bumi, dan menukarkan kadar ini daripada segala kos-kos perbelanjaan yang tidak terhad, dan jelmaan-jelmaan Rububiyyah yang tiada pengakhiran, dan ucapan-ucapan Subhaniyyah ini yang tidak terhad, dan Ihsan-ihsan Ilahiyyah tersebut yang tidak terhad; tidak syak lagi bahawa setiap yang demikian itu tidak terbatas dalam umur yang pendek menyedihkan lagi suram ini, dan dalam kehidupan yang kabur dan berkeladak ini, dan dalam dunia yang fana tersebut yang punya segala bala ujian, bahkan ia mengisyaratkan kepada ihsan-ihsan ukhrawi yang wujud di alam Baqa’ (kekal) dari segi adalah ia (ihsan-ihsan) dianugerahkan buat umur lain yang abadi, dan buat Dar Sa’adah yang kekal, bahkan ia bersaksi ke atasnnya.
Wahai Pencipta setiap sesuatu, sesungguhnya makhluk-makhluk bumi semuanya dalam kerajaanMu dan dalam bumiMu digerakkan dan ditundukkan dengan kekuasaanMu, kekuatanMu, qudrat Mu, kehendakMu, ilmuMu dan hikmahMu, sesungguhnya Rububiyyah yang menyaksikan keaktifan-keaktifannya dan perjalana-perjalanannya di atas muka bumi kelihatan meliputi dan menyeluruh, dan sesungguhnya pengurusannya, pentadbirannya dan tarbiyahnya indah lagi sensitif, dan tindakan-tindakannya di setiap tempat adalah berada dalam wahdah (kesatuan), ittihad (penyatuan) dan keserupaan; yang mana ia menunjukkan bahawa di sana terdapat tindakan Rububiyyah dalam hukum “Kull” tidak menerima segala bentuk pengasingan dan dalam hukum “Kulli” tidak mungkin dibahagi-bahagikannya, sesungguhnya bumi mensucikan dan bertasbih terhadap Penciptanya bersama seluruh penduduknya dengan lisan-lisan yang tiada had baginya yang lebih jelas daripada lisan maqal (kata-kata), dan ia bertahmid terhadap Razzaqnya yang
167. Page
mempunyai keagungan dan memujiNya serta memujaNya dengan lisan-lisan ahwal (hal-ehwal keadaan) nikmat-nikmatNya yang tiada had baginya.
Wahai Dia yang Maha Suci yang tersembunyi kerana tersangat zahirnya Dia, dan terhijab kerana keagungan Kibriya’Nya, sesungguhnya aku mensucikanmu dengan setiap taqdis-taqdis bumi dan tasbih-tasbihnya daripada setiap kekurangan, kelemahan dan sekutu-sekutu, dan aku memuji dan mensyukurimu dengan seluruh tahmid-tahmidnya dan puji-pujiannya.
Wahai Tuhan daratan dan lautan, sesungguhnya telah aku fahami dengan ajaran al-Qur’an dan didikan Rasul yang mulia -saw- bahawasanya: Sebagaimana seluruh langit dan ruang angkasa serta bumi bersaksi ke atas WahdahMu dan WujudMu; maka begitulah juga seluruh lautan, sungai,(16) mata air dan anak-anak sungai bersaksi dengan penuh jelas ke atas wajibnya kewujudanMu dan wahdahMu.
Ya; tiada satupun kehidupan, bahkan tiada satupun titisan air di seluruh lautan yang mana ia adalah dalam hukum pot-pot(17) bagi wap, dan yang mana ia merupakan sumber keajaiban-keajaiban untuk dunia kita ini kecuali ia mengenal Penciptanya, dengan kewujudannya, pengurusannya, manfaat-manfaatnya dan keadaan-keadaannya.
Dan tiada satu makhlukpun daripada seluruh makhluk-makhluk yang unik yang diberikan rezeki-rezekinya daripada tanah pasir yang ringkas dan daripada air yang ringkas atas rupa dan bentuk yang paling sempurna, dan tiada satu haiwan pun daripada seluruh haiwan lautan yang diciptakan pada tahap tertinggi kreativiti dan kesempurnaan, dan secara khususnya seluruh ikan-ikan yang mana seekor daripadanya memakmurkan dan menghias lautan dengan bermilion daripada telur-telurnya kecuali ia mengisyaratkan kepada Penciptanya, dan bersaksi ke atas Pemberi Rezekinya dengan fitrahnya dan tugasnya, dan pengurusannya, penghidupannya, pentadbirannya dan tarbiyahnya.
Dan tiada satupun batu permata daripada seluruh batu-batu permata yang berharga lagi bernilai yang dihias lagi mempunyai ciri-ciri istimewa di seluruh lautan kecuali ia memperkenalkanMu dengan keindahan ciptaannya dan fitrahnya yang menarik serta ciri-cirinya yang bermanfaat.
Dan sebagaimana bahawasanya setiap satu daripada mereka itu bersaksi atas WahdahMu secara individunya; maka begitu jugalah ia bersaksi dengan kumpulannya dari segi kebersamaan dan pertindihan serta Wahdah dalam rel (18) ciptaan, dan mudahnya dalam mewujudkan dan banyaknya individu-individu, dan ia
168. Page
mengisyaratkan kepada kewujudanMu, dan kepada bahawasanya Engkau itu adalah Wajib al-Wujud (wajib wujud) isyarat-isyarat sebanyak bilangan yang wujud secara kumpulannya, dan ia bersaksi ke atas kedua-duanya dari segi menjadikan glob bumi ini bersama daratannya dan lautannya yang meliputi dengannya tergantung pada ruang angkasa dan menjadikannya beredar sekeliling matahari tanpa limpahan dan tanpa serakan dan halangan tanpa penguasaan lautan ke atas daratan, dan penciptaan segala haiwan yang pelbagai bentuk dan batu-batu permata yang pelbagai lagi berjenis-jenis lagi indah daripada airnya dan pepasirnya yang ringkas, dan pengurusan rezeki-rezekinya dan seluruh urusan-urusannya secara kulliyyah/menyeluruh dan sempurna, serta pentadbiran urusan-urusannya, dan tiadanya apa-apa kesan jenazah daripada seluruh jenazah yang tiada had yang mana sepatutnya ia wujud di atas muka bumi dan lautan, dan sebagaimana bahawa setiap makhluk-makhluk ini menunjukkan dalil yang sangat zahir ke atas keagungan dan kehebatan Sultan RububiyyahMu, dan keagungan qudrat Mu yang meliputi setiap sesuatu; maka begitu juga ia menunjukkan ke atas apa yang tiada pengakhiran baginya daripada keluasan rahmatMu dan HakimiyyahMu yang sampai kepada setiap sesuatu dan memerintah setiap sesuatu bermula daripada bintang-bintang yang besar lagi indah lagi sangat seimbang di atas lelangit, dan berakhir kepada seluruh ikan-ikan yang sangat kecil dan diberikan rezeki dengan tersusun di kedalaman-kedalaman lautan, dan ia mengisyaratkan kepada IlmuMu yang meliputi setiap sesuatu, dan hikmahMu yang menyeluruh buat setiap sesuatu, dengan susunannya, faedah-faedahnya, hikmah-hikmahnya, mizannya dan keseimbangannya.
Sesungguhnya kewujudan kolam-kolam rahmat seperti ini di rumah tamuMu -dunia- untuk para tetamuMu yang bermusafir, dan keadaannya yang ditundukkan untuk perjalanan dan pelancongan manusia dan untuk bahteranya dan untuk mengambil faedahnya; untuk mengisyaratkan bahawa yang memuliakan dengan kadar ini daripada hadiah-hadiah yang lautan buat tetamuNya yang mana mereka menetap semalaman di dalam hotel yang telah dibina di jalanan tidak syak lagi bahawa Dia memenuhi lautan rahmat abadi di penempatan kekuasaanNya yang abadi; yang mana sesungguhnya contoh-contoh ini adalah fana dan kecil dibandingkan yang demikian.
Ya; sesungguhnya kewujudan lautan di sekeliling bumi dengan rupa yang indah seperti ini dengan bentuk yang menakjubkan, dan pengurusan serta tarbiyah makhluk-makhluk lautan dengan pengurusan dan pentarbiyahan pada tahap tertinggi susunan dan kesempurnaan; untuk menunjukkan secara jelas bahawasanya ia ditundukkan untuk perintahMu dalam kerajaanMu dengan kekuatanMu, qudrat Mu, iradah/kehendakMu dan pentadbiranMu hanya Engkau satu-satunya, dan bahawasanya ia mensucikan Penciptanya dengan lisan-lisan hal-ehwalnya, dan ia berkata: "الله أكبر" (Allah Maha Besar).
169. Page
Wahai Yang Maha Berkuasa wahai yang mempunyai keagungan wahai yang telah menjadikan gunung-ganang sebagai pasak yang mempunyai khazanah-khazanah buat bahtera bumi, Sesungguhnya aku telah memahami daripada ajaran Rasul yang mulia s.a.w. dan daripada ajaran Qur’anMu yang Al-Hakim (Penuh hikmah) bahawasanya sebagaimana lautan mengenaliMu dan memperkenalkanMu dengan keajaiban-keajaibannya; maka gunung-ganang juga mengenaliMu dan memperkenalkanMu dengan hukumnya dan khidmat-khidmatnya yang mana ia menunaikannya demi kerukunan bumi dan ketetapannya di hadapan kesan gempa-gempa bumi, dan diamnya ia di hadapan ribut-ribut pertukaran-pertukaran dalaman yang berlaku di perutnya, dan melepaskannya daripada penguasaan lautan ke atasnya, dan membersihkan udara daripada gas-gas yang berbahaya, dan memelihara air dan penyimpanannya, serta menyimpan khazanah galian-galian yang penting buat kehidupan.
Ya; tiada satupun jenis daripada jenis-jenis batu di gunung-ganang, dan tiada satu pun bahagian daripada bahagian-bahagian bahan-bahan yang mana ia merupakan ubat bagi pelbagai bentuk penyakit, dan tiada satu jenis pun daripada jenis-jenis galian yang sangat pelbagai dan yang mana ia sangat penting buat kehidupan lebih-lebih lagi manusia, dan tiada satu jenis pun daripada jenis-jenis tumbuh-tumbuhan yang menghiasi gunung-ganang dan sahara-sahara dengan bunga-bungaannya dan mengindahkannya dengan buah-buahannya kecuali ia bersaksi dengan jelas ke atas wajibnya kewujudan Pencipta yang berkuasa mutlak, dan hakim mutlak, dan rahim mutlak, dan karim mutlak, dengan hikmah-hikmahNya dan susun aturNya, dan keindahan ciptaanNya, dan manfaat-manfaatNya yang tidak mungkin penisbahannya kepada kebetulan, khasnya dengan perbezaan rasa bahan-bahan galian tersebut dengan perbezaan yang besar sedangkan ia hampir serupa pada bentuknya seperti garam, garam lemon, sulfat dan tawas, dan dengan lebih khusus dengan jenis-jenis tumbuhan yang pelbagai yang terhasil daripada tanah yang ringkas, dan dengan bunga-bungaannya serta buah-buahannya yang bertukar-tukar, dan ia turut bersaksi atas Wahidiyyah As-Sani’ (Pencipta) dan AhadiyyahNya dengan apa yang dalam kumpulannya daripada kesatuan pengurusan dan kesatuan pentadbiran, yang mana kesatuan pada tempat tumbuh, tempat tinggal, ciptaan, pembuatan, kreativiti, kemudahan, kesenangan, banyak serta kecepatan dalam penciptaan.
Dan sebagaimana bahawa pembuatan segala yang dibuat yang berada di atas permukaan gunung-ganang dan di perutnya, dan setiap jenis daripada jenis-jenis yang bertebaran di setiap pelusuk bumi, pada waktu yang sama dan dengan cara yang sama, dan tanpa sebarang kesilapan dan di tahap tertinggi kreativiti dan kecepatan, dan mengadakannya tanpa bercampur-baur sedangkan ia bercampur-baur dengan jenis-jenis yang lain, dan tanpa suatu perbuatan menghalang suatu perbuatan; kami katakan sebagaimana bahawa setiap yang demikian itu
170. Page
menunjukkan ke atas keagungan RububiyyahMu dan ke atas keagungan Qudrat Mu yang tidak menyukarkan ke atasnya apa-apa; begitu juga sesungguhnya memenuhkan permukaan gunung-ganang dan perutnya dengan pepokok dan tumbuh-tumbuhan serta bahan-bahan galian yang indah lagi tersusun sempurna dengan bentuk yang memenuhi segala hajat yang tiada had buat seluruh kehidupan daripada seluruh para makhluk yang wujud di atas muka bumi, bahkan sehingga mengenyangkan rasa-rasa mereka yang pelbagai dan keinginan-keinginannya yang berbeza-beza, bahkan sehingga menyembuhkan penyakit-penyakit yang pelbagai, dan menundukkan pepokok tersebut dan tumbuh-tumbuhan serta bahan-bahan galian untuk seluruh yang berhajat/memerlukan; untuk menunjukkan ke atas luasnya RahmatMu yang tiada had untuk keluasannya, dan ke atas keluasan HakimiyyahMu yang tiada pengakhiran untuk keluasannya, dan sesungguhnya menghadirkan pepokok, tumbuh-tumbuhan dan bahan-bahan galian juga berdasarkan hajat-hajat keperluan dengan ilmu, basirah dan susun atur dan tanpa lalai serta tanpa kesilapan sedangkan ianya tersembunyi, dan dalam kegelapan-kegelapan dan percampuran di bawah lapisan-lapisan tanah untuk menjadi dalil ke atas meliputinya IlmuMu yang berkait dengan setiap sesuatu, dan ke atas syumulnya HikmahMu -yang menyusun setiap sesuatu- segala sesuatu, dan sesungguhnya menghadirkan ubat-ubatan dan penyimpanan bahan-bahan galian begitu juga mengisyaratkan suatu isyarat yang jelas, dan menjadi dalil yang zahir ke atas keelokan-keelokan pentadbiran-pentadibiran RububiyyahMu yang sempurna dengan Rahmat dan Karam/kemuliaan, dan ke atas kelembutan-kelembutan yang diliputi dengan Inayah/bantuanMu.
Sesungguhnya kejadian gunung-ganang yang besar sebagai penyimpan-penyimpan yang berjaga-jaga lagi sempurna untuk segala sesuatu yang daruri/penting buat para musafir tetamu-tetamu di hotel dunia ini dan keperluan-keperluan mereka yang akan datang, dan keadaannya sebagai khazanah-khazanah bagi segala alatan, dan khazanah yang indah untuk barang-barang simpanan yang banyak lagi daruri untuk kehidupan, untuk mengisyaratkan bahkan menjadi dalil bahkan bersaksi ke atas bahawasanya ia semestinya daripada As-Sani’ Al-Karim Al-Muhib kepada tetamu hingga ke tahap ini, Al-Hakim Al-Muhib untuk kasihan-belas sehingga kadar ini, dan Al-Qadir Al-Muhib untuk Rububiyyah sehingga had ini; (Dia memiliki) khazanah-khazanah abadi untuk ihsan-ihsan abadi di alam abadi buat seluruh tetamu tersebut yang Dia mencintai mereka dengan kecintaan yang bersangatan, maka seluruh bintang-bintang di sana menunaikan tugas-tugas yang demikian itu sebagai ganti kepada gunung-ganang di sini.
Wahai yang Berkuasa ke atas setiap sesuatu, sesungguhnya gunung-ganang dan apa yang ada di dalamnya daripada makhluk-makhluk yang ditundukkan dan disimpan dalam kerajaanMu hanya Engkau dengan kekuatanMu, Qudrat Mu,
171. Page
ilmuMu dan HikmahMu hanya Engkau, dan ia mensucikan dan bertasbih terhadap Khaliq/Penciptanya yang telah menugaskannya dan menundukkannya atas bentuk ini.
Wahai Khaliq wahai Rahman dan wahai Tuhan wahai Rahim, sesungguhnya aku telah fahami dengan ajaran RasulMu yang mulia s.a.w. dan dengan ajaran Qur’anMu al-Hakim bahawasanya sebagaimana langit, ruang angkasa, bumi, lautan dan gunung tersebut mengenaliMu dan memperkenalkanMu dengan seluruh apa yang dikandungnya dan dengan makhluk-makhluknya, maka sesungguhnya seluruh pepokok dan tumbuh-tumbuhan yang berada di bumi memperkenalkanMu dan mengenalimu secara jelas dengan dedaunnya, bunga-bungaannya dan buah-buahannya, dan setiap helai daun daripada daun-daun setiap pokok dan tumbuhan yang menggetarkan memori dalam ketarikan perhatian, dan setiap bunga daripada bunga-bungaannya yang mensifatkan dan memperkenalkan dengan hiasannya nama-nama Penciptanya, dan setiap buah daripada buah-buahannya tersenyum daripada kemudahannya dan daripada jelmaan rahmat ke atasnya;
يا خالق يا رحمن، ويا رب يا رحيم، لقد فهمتُ بتعليم الرسول الأكرم عليه الصلاة والسلام وبدرس قرآنك الحكيم أنه كما أن السماء والفضاء والأرض والبحر والجبل تَعرِفك وتُعرِّفك بجميع ما تحتويه وبمخلوقاتها، فإن جميع الأشجار والنباتات التي في الأرض تُعرِّفك وتَعرِفك بالبداهة بأوراقها وأزهارها وثمارها، وكل ورقة من أوراق كلّ الأشجار والنباتات التي تهتزّ ذاكرة في جذبة، وكل زهرة من أزهارها التي تصف وتعرّف بزينتها أسماء صانعها، وكل ثمرة من الثمار المتبسمة من لطافتها ومن تجلي الرحمة عليها؛
sebagaimana ia bersaksi atas wajibnya kewujudan as-Sani’ ar-Rahim al-Karim yang tiada pengakhiran untuk rahmatNya, karamNya dengan tahap kejelasan, dan dengan apa yang tidak mungkin nisbahnya kepada kebetulan dengan mana-mana bentuk sekalipun daripada sistem-sistemnya yang menjamin kreativiti yang indah, dan apa yang ada di dalam sistem tersebut daripada mizan/timbangan, dan apa yang ada dalam mizan tersebut daripada hiasan, dan apa yang ada di dalam hiasan tersebut daripada ukiran, dan apa yang ada dalam ukiran tersebut daripada bau-bau yang wangi yang berbeza-beza lagi pelbagai, dan apa yang ada dalam bau-bauan tersebut daripada rasa-rasa yang berbeza-beza lagi pelbagai untuk buah-buahan; maka sesungguhnya ia bersaksi secara jelas
begitu juga secara gabungan ke atas Wahidiyyah dan Ahadiyyah As-Sani’/Pencipta yang mana Dia wajib wujud daripada segi kesatuannya, wahdahnya, keserupaan sebahagiannya dengan sebahagian yang lain, keserupaannya dalam cop ciptaan, keserasiannya dalam pentadbiran dan pengurusan, dan dengan
172. Page
keselariannya dalam af’al/perbuatan-perbuatan Ijad (pewujudan) dan nama-nama Rabbaniyyah yang berkaitan dengannya, dan pengurusannya untuk yang tiada had baginya daripada unit-unit yang saling bercampur-baur untuk seratus jenis tanpa silap dan juga tanpa lalai.
كما أنها تشهد على وجوب وجود صانع رحيم كريم لا نهاية لرحمته وكرمه بدرجة البداهة، وبما لا يمكن نسبته إلى المصادفة بأي وجه من الوجوه من نظامها الذي تضمن الإبداع الرائع، وما في ذلك النظام من ميزان، وما في ذلك الميزان من زينة، وما في تلك الزينة من نقوش، وما في تلك النقوش من روائح طيبة مختلفة متنوعة، وما في تلك الروائح من طعوم مختلفة ومتنوعة للثمار؛ فإنها تشهد بالبداهة كذلك مجتمعةً على واحدية وأحدية الصانع الذي هو الواجب الوجود من حيث اتحادها، ووحدتها، وتشابه بعضها مع بعض، وتشابهها في ختم الخلق، وتناسبها في التدبير والإدارة، وبتوافقها في أفعال الإيجاد والأسماء الربانية التي تتعلق بها، وإدارتها لما لا حد له من الأفراد المتداخلة لمائة ألف نوع بلا خطأ ولا سهو معًا.
Kemudian sepertimana bahawa ia - seluruh maujudat yang disebutkan itu - bersaksi atas wajibnya kewujudan-Mu dan wahdah-Mu; maka sesungguhnya ia juga menunjukkan penghidupan dan pengurusan unit-unit yang tiada had bagi tentera makhluk-makhluk bernyawa yang terdiri daripada empat ratus ribu (400,000) umat di atas muka bumi dengan suatu pengurusan dan penghidupan yang menakjubkan dengan ratusan ribu cara dan bentuk tanpa sebarang kealpaan dan kekeliruan ke atas keagungan Rububiyyah-Mu dalam al-Wahdaniyyah (keesaan), dan ke atas keagungan qudrat-Mu yang mewujudkan musim bunga dengan mudah seperti mewujudkan sekuntum bunga, dan ke atas kaitannya dengan setiap sesuatu, dan ia juga menunjukkan ke atas keluasan yang mutlak bagi Rahmat-Mu yang disediakan untuk haiwan-haiwan-Mu yang tidak terkira dan untuk manusia pelbagai jenis makanan yang berbeza yang tiada had baginya di setiap tempat di atas muka bumi yang besar lagi luas itu.
Sesungguhnya perjalanan perkara-perkara tersebut dengan kesempurnaan susunan, pemberian-pemberian nikmat, pengurusan, penghidupan dan proses-proses yang tiada had baginya, dan ketaatan setiap sesuatu, pematuhannya dan penundukannya -sehinggakan zarah-zarah- terhadap perintah-perintah tersebut dan proses-proses tersebut benar-benar menunjukkan suatu dalil yang qat’i/pasti ke atas keluasan yang mutlak buat Hakimiyyah-Mu,
dan sesungguhnya pembuatan setiap sesuatu dan setiap perkara dengan ilmu dan penglihatan bagi setiap daun dan bagi setiap bunga dan bagi setiap buah dan bagi setiap akar, dahan, cabang daripada pokok-pokok dan tumbuh-tumbuhan
173. Page
tersebut mengikut pengambilan berat terhadap segala faedah, maslahat dan hikmah benar-benar menunjukkan suatu dalil yang sangat zahir dan mengisyaratkan dengan isyarat yang tiada had baginya daripada jari-jari tidak mampu dikira oleh jari ke atas meluasnya liputan Ilmu-Mu terhadap setiap sesuatu, dan syumulnya hikmah-Mu akan setiap sesuatu.
Ia memuji dan memuja keindahan ciptaan-Mu dengan lidah-lidahnya yang tidak terkira yang mana ia berada di puncak kesempurnaan, dan kesempurnaan nikmat-Mu yang berada di puncak keindahan.
Sesungguhnya apa yang dibentangkan buat kita dengan tangan-tangan pokok-pokok dan tumbuh-tumbuhan di tempat yang sementara ini dan tempat tamu yang fana, dan dalam zaman yang singkat dan umur yang sedikit kepada had ini daripada pelbagai jenis ihsan dan in’am (pemberian nikmat), dan tindakan-tindakan yang bernilai lagi berharga ke tahap ini, dan pelbagai jenis ikram (pemberian kemuliaan) yang tiada yang serupa dengannya untuk menunjukkan bahkan bersaksi atas bahawasanya Ar-Rahim Al-Qadir Al-Karim yang membentangkan di sini buat para tetamunya pelbagai jenis rahmat ini, dan tindakan-tindakan yang bernilai lagi berharga ini ke had ini; tidak syak lagi dan semestinya bahawasanya Dia sesungguhnya telah menyediakan buat hamba-hambaNya yang mana mereka akan dikekalkan di alam abadi dan di kerajaan abadi di syurga-syurganya yang kekal daripada khazanah-khazanah rahmatNya yang abadi pokok-pokok berbuah, dan tumbuh-tumbuhan berbunga yang kekal sesuai dengan syurga tersebut, sehingga
Dia tidak menukarkan natijah-natijah kecintaan dan pengenalan tersebut kepada yang sebaliknya, yakni sehingga seluruh makhluk tidak akan berkata dan tidak akan membuat mereka berkata:
“Sesungguhnya Dia merasakan kepada kami akan tetapi Dia meniadakan kami sebelum Dia membenarkan kami makan, dan agar ia berpindah tanpa jatuhnya kesultanan Uluhiyyah, dan agar ia tidak mengingkari RahmatNya yang mutlak, dan tidak menjadikan yang lain-lain mengingkarinya, dan agar Dia tidak menukarkan seluruh para pencintaNya kepada musuh dengan mengharamkan mereka daripada nikmat-nikmat tersebut, kerana nikmat-nikmat tersebut yang berada di sini tiadalah ia melainkan sampel-sampel yang dibentangkan di hadapan para pelanggan.”
Tambahan pula sesungguhnya seluruh pokok-pokok dan tumbuh-tumbuhan sebagaimana ia mensucikan-Mu dan bertasbih untuk-Mu dan memuji-Mu dengan kalimat-kalimat seluruh dedaunnya, bunga-bungaannya dan buah-buahannya; maka sesungguhnya setiap kalimah daripada kalimat-kalimat tersebut ia yang lain pula
174. Page
yang mensucikan-Mu dengan zatnya, dan lebih-lebih lagi isi buah-buahan yang hebat dan penciptaannya yang sangat berbeza-beza serta benih-benihnya yang sangat menakjubkan, dan tasbih-tasbihnya yang mana ia merupakan lisan maqalnya dari segi perutusan bahan-bahan makanan yang hebat dan ciptaan yang sempurna tersebut kepada tetamu-tetamu-Nya yang hidup dengan menyimpannya di tangan pokok, dan meletakkannya di kepala-kepala tumbuh-tumbuhan, maka ia terangkat kepada tahap lisan maqal daripada segi kemunculan tersebut.
Setiap kemudahan-kemudahan tersebut dalam kerajaan-Mu Engkau satu-satunya, dan dengan kekuatan dan qudrat-Mu satu-satunya, dan dengan iradah-Mu dan Ihsan-Mu satu-satunya, dan dengan rahmat-Mu dan Hikmah-Mu, dan yang mentaati bagi setiap perintah-perintahMu.
Wahai Sani’ wahai Hakim, dan wahai Khaliq wahai Rahim, dan wahai yang tersembunyi kerana kezahirannya yang bersangatan, dan wahai yang tersorok dan terhijab kerana Kibriya’ (kebesaran keagungannya), sesungguhnya aku mensucikan-Mu daripada segala kekurangan dan kelemahan dan sekutu dengan lisan-lisan seluruh dedaun segala pepokok dan tumbuh-tumbuhan serta bunga-bungaannya, buah-buahannya dan dengan sebanyak bilangannya, dan aku memuji dan memujaMu.
Wahai al-Fatir wahai/dan al-Qadir, wahai al-Mudabbir wahai al-Hakim wahai al-Murabbi wahai al-Rahim, sesungguhnya aku benar-benar fahami dengan ajaran Rasul yang mulia s.a.w. dan dengan ajaran Al-Qur’an al-Hakim dan aku telah beriman bahawasanya sebagaimana segala tumbuh-tumbuhan dan pepokok mengenaliMu, dan memperkenalkan sifat-sifat-Mu yang suci dan Asma’Mu al-Husna/nama-namaMu yang mulia; begitu juga tiada satu individu pun daripada seluruh manusia dan haiwan yang mana mereka itu bahagian yang mempunyai roh daripada kalangan yang hidup, kecuali dan ia bersaksi atas wajibnya kewujudan-Mu, dan ke atas hak/benarnya sifat-sifatMu dengan anggota-anggota jisimnya dalaman dan luaran yang bekerja dan digunakan dengan tahap tertinggi sistem/susun atur seperti jam-jam, dan dengan apa yang berada di dalam badannya daripada alat-alat dan perasaan-perasaan yang dimasukkan dan disusunkan serta dikumpulkan dalam tahap tertinggi ketelitian, dan dengan mizan dalam tahap tertinggi sensitiviti, dan dengan faedah-faedah yang sangat penting, dan dengan alatan-alatan badannya yang dimasukkan dan disimpan dalam jisimnya dalam suatu pembuatan yang berada dalam tahap tertinggi kreativiti dan dalam suatu hamparan dalam tahap tertinggi hikmah, dan dalam mizan dalam tahap tertinggi ketelitian. kerana sesungguhnya tidak mungkin bagi kekuatan buta, dan semulajadi yang tiada perasaan baginya, dan kebetulan yang tiada makna untuk masuk campur sedikit pun dalam penciptaan yang halus lagi teliti tersebut yang bersifat dengan Al-Basirah sehingga had ini, dan hikmah yang teliti yang sihat daripada segala perasaan, dan keseimbangan yang sempurna yang bersifat dengan pentadbiran, dan tidak mungkin bagi perkara-
175. Page
perkara ini merupakan daripada perbuatannya (kekuatan buta, semulajadi dan kebetulan) selama-lamanya.
Adapun pembentukannya dengan dirinya sendiri maka ia adalah terhalang/mustahil dalamnya halangan-halangan/kemustahilan-kemustahilan yang banyak; kerana setiap zarah daripada zarah-zarahnya dalam keadaan ini akan mengetahuia dan melihat serta mampu untuk melakukan setiap sesuatu yang khusus untuknya dan setiap urusan daripada urusan-urusannya, dan membentuk jasadnya, bahkan setiap sesuatu yang berkaitan dengannya dalam dunia ini, dan baginya ada ilmu dan qudrat yang meliputi dan seolah-olah ia adalah Tuhan, kemudian selepas itu mungkin diubah kepadanya pengumpulan dan pembentukan jasad tersebut, dan dikatakan sesungguhnya ia membentuk dengan dirinya sendiri.
Dan tiada satu cara pun dalam kumpulannya daripada kesatuan pentadbiran dan kesatuan pengurusan dan kesatuan jenis dan kesatuan jantina, dan daripada al-Wahdah dalam cop fitrah yang disaksikan dengan seluruh persetujuan dalam wajah-wajah segala-galanya daripada mata, telinga dan mulut, dan al-Ittihad dalam cop hikmat yang disaksikan dalam ciri-ciri wajah setiap individu daripada individu-individu setiap jenis, dan perkongsian dalam penghidupan dan pewujudan, dan daripada saling bercampur sebahagiannya dengan sebahagian yang lain; kecuali dan ia bersaksi dengan kesaksian yang qat’i/pasti ke atas wahdaniyyahMu, an mengisyaratkan kepada AhadiyyahMu dalam Al-Wahidiyyah dengan kewujudan jelmaan seluruh nama-nama yang menuju kepada alam buana dalam setiap individu daripada individu-individunya.
Kemudian sesungguhnya seratus ribu jenis daripada haiwan-haiwan yang bertebaran di atas setiap muka bumi bersama manusia sebagaimana ia menunjukkan ke atas tahap keagungan Rububiyyah dengan penyediaannya, latihannya, pentaatannya dan penundukannya dan seolah-olah ia adalah bala tentera yang tersusun, dan dengan perjalanan perintah-perintah Rububiyyah dengan tersusun dalam setiap sesuatu bermula daripada sekecil-kecilnya dan berakhir kepada yang sebesar-besarnya, dan begitu juga ia menunjukkan ke atas tahap keagungan qudrat dengan penciptaannya dan menjadikannya makhluk hebat yang punya nilai bersama dengan banyaknya yang banyak, dan dengan mewujudkannya dalam tahap terakhir kecepatan bersama dengan kesempurnaan yang kamil/sempurna, dan Dia menyebarkannnya dalam tahap tertinggi kemudahan bersama dengan kereativiti yang luar biasa; maka sesungguhnya ia menunjukkan juga ke atas keluasan mutlak buat RahmatMu yang menyampaikan rezeki-rezeki kepada setiap makhluk-makhluk tersebut bermula daripada kuman dan berakhir kepada badak, dan daripada lalat yang paling kecil kepada burung yang paling besar, yang demikian itu yang telah tersebar daripada timur ke barat dan daripada utara ke selatan, dan penunaian setiap satu daripadanya tugasnya yang fitrah seperti seorang tentera yang mematuhi segala perintah, dan keadaan muka bumi sebagai kem tentera yang direkrut sekali lagi pada
176. Page
setiap musim bunga sebagai ganti mereka yang telah dilepaskan pada musim luruh menjadi dalil yang qat’i ke atas keluasan yang tiada akhir buat HakimiyyahMu.
Kemudian sesungguhnya ia sebagaimana penciptaan setiap satu daripada haiwan-haiwan yang mana ia merupakan cetakan kecil dan contoh yang dikecilkan untuk alam buana, dengan ilmu yang sangat mendalam, dan dengan hikmah yang sangat teliti, dan tanpa silap dan tanpa lalai dan tanpa kurang, tanpa bercampur juzu’-juzu’ yang bertindan-tindan lagi bercampur-baur tersebut, dan tanpa kekeliruan rupa-rupa bentuk yang berbeza-beza lagi istimewa bagi seluruh haiwan; mengisyaratkan sebanyak bilangannya kepada liputan luas ilmuMu dengan setiap sesuatu, dan kesyumulan hikmahMu untuk setiap sesuatu; maka begitu juga penciptaan setiap satu daripadanya mengisyaratkan dengan penciptaannya suatu ciptaan yang hebat lagi sempurna -sehingga tahap bahawa ia menjadi ciptaan mukjizat lagi hikmah luar biasa- kepada kesempurnaan keindahan ciptaanMu Rabbaniyyah dan kecantikan yang luar batas bagi ciptaan tersebut yang mana Engkau mencintainya dengan kecintaan yang amat dan Engkau ingin membentangkannya, dan setiap satu daripadanya menunjukkan dengan isyarat-isyarat yang tiada had baginya ke atas keindahan inayahMu yang sangat lembut, lebih-lebih lagi dengan memberi makan anak-anak kecil dengan pemberian makanan yang sangat lemah lembut, dan dengan mengenyangkan keinginannya dan harapan-harapannya.
Wahai Rahman wahai Rahim wahai Yang Benar JanjiNya Al-Amin dan wahai Pemilik hari Pembalasan, sesungguhnya aku telah mengetahui dengan ajaran RasulMu yang mulia s.a.w. dan dengan petunjuk Qur’anMu yang Al-Hakim apa yang berikut:
Oleh sebab bahawa keagungan tertinggi natijah yang dipilih untuk alam ialah kehidupan, dan bahawa keagungan tertinggi bagi rumusan yang dipilih bagi kehidupan ialah Roh, dan bahawa bahagian-bahagian yang paling banyak yang terpilih daripada yang punya roh ialah mereka yang mempunyai perasaan, dan bahawa pemilik perasaan yang paling menyeluruh ialah manusia, dan bahawa alam buana itu secara keseluruhan ditundukkan untuk kehidupan dan berusaha deminya, dan bahawa yang hidup itu ditundukkan untuk yang punya roh, dan demi mereka mereka dihantar ke dunia, dan bahawa yang punya roh itu ditundukkan untuk manusia dan membantunya, dan bahawa manusia itu mencintai Penciptanya secara fitrah dengan kecintaan yang benar, dan bahawa Penciptanya mencintainya dan menjadikan jiwanya mencintainya dengan setiap cara, dan bahawa persediaan manusia dan alatan-alatannya yang maknawi tertuju kepada alam yang lain yang kekal, dan kepada kehidupan abadi yang lain, dan bahawa jiwa manusia dan perasaannya menginginkan baqa’(kelangsungan hidup) dan keabadian dengan setiap kekuatannya, dan bahawa lisannya tunduk kepada Penciptanya dengan apa yang tiada had baginya daripada doa-doa demi keabadian. maka tiada syak dan tiada
177. Page
keraguan bahawasanya adalah tidak mungkin Dia melukakan perasaan-perasaan manusia yang mencintai dan dijadikan mereka mencintai (kehidupan abadi) dengan pemusuhan keabadian dengan mematikan mereka dengan pematian yang tiada kebangkitan selepasnya, sedangkan mereka diciptakan demi kecintaan abadi,
bahkan mereka diutuskan ke dunia ini dengan hikmah demi mereka beramal sehingga mereka berjaya dengan kehidupan yang bahagia di alam abadi yang lain, dan jelmaan-jelmaan nama-nama yang terjelma ke atas manusia di kehidupan yang fana lagi singkat ini mengisyaratkan kepada jelmaan-jelmaannya yang abadi yang akan terjelma ke atas manusia yang mana mereka akan menjadi cerminan-cerminan buatNya di alam yang kekal abadi.
Ya; sesungguhnya Al-Khalil As-Sadiq teman sejati untuk keabadian yang selama-lamanya lagi abadi adalah kekal selama-lamanya lagi abadi, dan semestinya cerminan keabadian yang mempunyai perasaan itu adalah turut kekal abadi.
Sesungguhnya difahami daripada riwayat-riwayat yang sahih bahawa roh-roh haiwan akan kekal abadi, dan bahawasanya sebahagian individu-individu yang khas daripada haiwan-haiwan tersebut akan kembali ke alam abadi dengan roh-rohnya dan jasad-jasadnya seperti Hud-hud Sulaiman dan semutnya, unta Saleh, dan anjing Ashabul Kahfi, dan bahawasanya bagi setiap jenis akan ada satu jasad untuk jenis tersebut menggunakannya kadang-kadang, tambahan daripada bahawa hikmah, hakikat, rahmat dan Rububiyyah menuntut yang demikian.
Wahai Qadir wahai Qayyum, sesungguhnya semua yang hidup dan yang mempunyai roh serta yang mempunyai perasaan sesungguhnya telah ditugaskan dalam kerajaanMu dengan tugas-tugas fitrah, dan mereka ditundukkan untuk perintah-perintah RububiyyahMu dengan kekuatanMu dan qudrat Mu Engkau satu-satunya, dan sebahagian daripadanya ditundukkan untuk manusia daripada pihak/disebabkan Rahmat tersebut bukan kerana kekuatan manusia dan kemenangannya bahkan kerana kelemahan dan ketidakmampuannya secara fitrah, dan setiap satu daripadanya menunaikan ibadat-ibadatnya yang khas dengannya untuk mensucikan Penciptanya dan Sembahannya daripada segala kekurangan dan sekutu, dan untuk bersyukur dan memujiNya atas nikmat-nikmat-Nya dengan lisan halnya dan lisan maqalnya.
Maha Suci Engkau wahai yang Maha Suci yang tersembunyi kerana bersangatan zahirnya, dan wahai yang tertutup dengan terhijab kerana keagungan kibriya’Nya, sesungguhnya aku mensucikanMu dengan tasbih-tasbih seluruh yang mempunyai roh, dan aku berniat dan aku berkata: "سُبْحَانَكَ يَا مَنْ جَعَلَ مِنَ المـَاءِ كلّ شَيْءٍ حَيٍّ" “Maha Suci Engkau wahai yang telah menjadikan daripada air setiap sesuatu itu hidup”.
178. Page
Wahai Tuhan semesta alam, dan wahai Tuhan mereka yang awal dan mereka yang akhir, dan wahai Tuhan seluruh langit dan bumi, sesungguhnya aku telah fahami dengan ajaran Rasul yang mulia s.a.w. dan dengan ajaran Al-Qur’an Al-Hakim dan aku telah beriman bahawasanya sebagaimana langit, angkasa, bumi, daratan, lautan, pokok, tumbuhan dan haiwan secara individunya, bahagian-bahagiannya dan zarah-zarahnya mengenaliMu, dan bersaksi serta menunjukkan ke atas kewujudanMu dan WahdaniyyahMu dan mengisyaratkan kepada kedua-duanya; maka sesungguhnya para Nabi, para Wali dan para Sufi yang mana mereka itu intipati manusia yang mana ia yang terpilih daripada seluruh yang hidup yang mana mereka adalah intipati alam yang bersaksi dan memberitahu tentang wajibnya kewujudanMu, wahdaniyyahMu dan ahadiyyahMu dengan penyaksian-penyaksian hati-hati mereka dan akal-akal mereka -yang mana ia adalah intipati mereka dan -. kasyaf-kasyafnya, ilham-ilhamnya dan hasil-hasil dapatannya sebagai satu pengkhabaran yang qat’i/pasti dengan kekuatan ratusan ijma’ dan ratusan tawatur, dan mereka mensabitkan pengkhabaran-pengkhabaran mereka dengan mukjizat-mukjizat mereka dan karamah-karamah mereka dan dengan bukti-bukti mereka yang secara yakin.
Ya; tiada satu pun daripada lintasan ghaib dalam hati-hati itu yang menuju kepada siapa yang mengilhamkan lintasan-lintasan di balik hijab ghaib, dan tiada satu pun ilham yang benar menarik perhatian-perhatian kepada siapa yang mengilhamkan, dan tiada satu pun iktiqad/pegangan yang secara yakin yang menyingkap sifat-sifatMu yang suci dan Asma’ Al-HusnaMu dengan singkapan secara Haqqul Yaqin, dan tiada satupun daripada hati nurani dalam para Nabi dan para Wali yang menyaksikan cahaya-cahaya Al-Wajib Al-Wujud dengan Ainul Yaqin, dan tiada satupun akal bercahaya dalam orang-orang suci dan Siddiqin yang membenarkan dengan Ilmul Yaqin dan mensabitkan ayat-ayat wajibnya kewujudan Pencipta bagi setiap sesuatu dan bukti-bukti WahdaniyyahNya; kecuali dan dia bersaksi ke atas wajibnya kewujudanMu dan sifat-sifatMu yang suci, an WahdahMu dan AhadiyyahMu, dan Asma’ Al-HusnaMu, dan menunjukkan ke atasnya serta mengisyaratkan kepadanya, dan secara khusus tiada satupun mukjizat yang hebat yang membenarkan pengkhabaran Rasul yang mulia s.a.w. yang mana baginda ialah imam seluruh para Nabi, para Wali, para Sufi dan para Siddiqin serta ketua mereka dan intipati mereka, dan tiada satu pun hakikat yang tinggi yang menunjukkan bahawasanya Dia adalah Haq/benar, dan tiada satu pun daripada ayat tauhidiyyah yang qat’i, dan tiada satu pun daripada isu imaniyyah qudsiyyah bagi al-Qur’an Al-Mukjiz Al-Bayan yang mana ia merupakan intipati daripada intipati seluruh kitab-kitab suci yang benar; kecuali dan ia bersaksi atas wajibnya kewujudanMu dan sifat-sifatMu yang suci, dan ke atas WahdahMu dan AhadiyyahMu serta Asma’ Al-HusnaMu dan menunjukkan ke atasnya serta mengisyaratkan kepadanya.
179. Page
Dan sebagaimana bahawa seluruh mereka yang mengkhabarkan lagi benar yang menyampaikan ratusan ribu yang bersaksi atas kewujudanMu dan WahdaniyyahMu yang bersandar kepada mukjizat-mukjizat mereka dan karamah-karamah mereka serta hujjah-hujjah mereka; maka sesungguhnya mereka mengisytiharkan dan mengkhabarkan serta mensabitkan juga secara ijmak dan ittifaq sejauhmana keagungan RububiyyahMu yang beroperasi bermula daripada pengurusan urusan-urusan kulliyyah untuk ‘Arasy Yang Agung lagi meliputi segala sesuatu dan berakhir kepada ilmu yang menyembunyi lintasan-lintasan hati, harapan-harapannya, keinginan-keinginannya dan doa-doanya yang kebanyakannya bersifat juziyyah, dan pendengarannya serta pengurusannya, dan mereka mengisytiharkan dan mengkhabarkan serta mensabitkan sejauh mana keagungan kuratMu yang mewujudkan apa yang tiada had baginya daripada segala sesuatu yang berbeza-beza di hadapan mata-mata kita secara sekaligus, dan yang menciptakan sebesar-besar sesuatu dengan semudah penciptaan sekecil-kecil lalat tanpa perbuatan yang menghalang sesuatu perbuatan.
Dan sebagaimana mereka mengkhabarkan berkenaan keluasan yang mutlak untuk RahmatMu yang telah menjadikan alam buana ini seluruhnya sebagai istana yang indah untuk yang hidup dan lebih-lebih lagi manusia, dan yang telah menyediakan syurga dan kebahagiaan abadi untuk jin dan manusia, dan yang tidak lupa akan sekecil-kecil yang hidup, dan yang berusaha untuk mengenyangkan dan berlemah-lembut terhadap selemah-lemah hati, dan mereka mensabitkannya dengan mukjizat-mukjizat mereka dan hujjah-hujjah mereka,
dan mereka yang mengkhabarkan tentang keluasan yang tiada akhir buat HakimiyyahMu yang telah menundukkan untuk urusan-urusannya dan memudahkan serta menugaskan seluruh jenis-jenis makhluk bermula daripada zarah-zarah dan berakhir kepada planet-planet, dan mereka mensabitkannya; maka sesungguhnya mereka bersaksi dan menunjukkan secara ijmak dan ittifaq atas meliputinya ilmuMu dengan setiap sesuatu dan mengisyaratkan kepadanya, itulah ilmu yang telah menjadikan alam buana itu satu kitab yang besar yang di dalamnya terdapat risalah-risalah sebanyak bilangan juzu’-juzu’nya,
dan yang telah merakamkan dan menulis segala apa yang akan terjadi untuk semua yang wujud di dalam “Al-Imam Al-Mubin” dan “Al-Kitab Al-Mubin” yang mana kedua-duanya merupakan rekod Lauh Mahfuz, dan yang telah merekodkan isi-isi kandungan seluruh pepokok dan program-programnya dalam seluruh benih dan biji-bijian, dan yang telah merekodkan secara terperinci dan sempurna sejarah kehidupan yang mempunyai perasaan-perasaan dalam kekuatan memori dalam kepala-kepala mereka tanpa silap, dan mereka bersaksi dan menunjukkan kepada kesyumulan hikmahMu yang suci bagi segala sesuatu, dan mengisyaratkan
180. Page
kepadanya, itulah hikmah yang meletakkan setiap yang wujud itu begitu banyak aripada hikmah-hikmah, sehinggakan sesungguhnya ia telah menjadikan setiap pokok memberikan natijah-natijah sebanyak bilangan buahnya, dan yang memelihara pada setiap makhluk yang hidup maslahah-maslahah sebanyak bilangan anggota-anggotanya bahkan sebanyak bilangan sel-selnya, bahkan ia membekalkan lidah manusia dengan mizan-mizan kecil untuk merasakan sebanyak bilangan rasa-rasa makanan, sedangkan ia telah menugaskan lisan ini dengan tugas-tugas yang banyak, dan bersaksi dan menunjukkan juga ke atas jelmaan-jelmaan nama-namaMu yang agung lagi indah yang menyaksikan contoh-contoh di dunia ini akan turut berkekalan dalam keabadian yang abadi dengan gambaran yang paling jelas, dan mereka mengisyaratkan juga kepada berterusan dan berkekalannya ihsan-ihsanMu yang disaksikan contoh-contohnya di alam yang fana ini dengan pengekalan secara gambaran yang lebih bercahaya dan lebih agung di Dar as-Sa’adah, dan kepada iringan para perindu yang telah menyaksikannya di dunia ini dan turut bersama-sama mereka buatnya dalam alam abadi.
Kemudian sesungguhnya seluruh para Nabi yang mana mereka merupakan pemilik roh-roh yang bersinar, dan para Wali yang mana mereka merupakan kutub-kutub hati-hati yang bercahaya, dan orang-orang suci yang mana mereka merupakan para pengurus akal-akal yang bercahaya -dan ketua mereka ialah Rasul yang mulia s.a.w. yang bersandar kepada ratusan mukjizat-mukjizatnya yang hebat, dan Al-Qur’an Al-Hakim bersandarkan kepada ratusan daripaa ayat-ayatNya yang jazim/tegas -yang memberi berita gembira dengan kebahagiaan abadi untuk jin dan manusia yang bersandarkan kepada janjiMu dan ancamanMu yang telah Engkau ulanginya dengan banyak dalam seluruh suhuf dan kitab-kitab suci, dan berpegang atas sifat-sifatMu dan urusan-urusanMu yang suci seperti qudrat , rahmat, inayah, hikmah, jalal/keagungan, jamal/keindahan, dan atas izzahMu dan keagunganMu dan kesultanan RububiyyahMu, memberikan berita gembira buat mereka dengan kasyaf-kasyaf mereka, penyaksian-penyaksian mereka dan iktiqad mereka dengan ilmu yaqin, dan mereka mengkhabarkan dan mengisytiharkan tentang wujudnya Jahannam untuk ahli kesesatan, mereka beriman dengan hal ini seluruhnya dan bersaksi atasnya.
Wahai Qadir wahai Hakim, dan wahai Rahman wahai Rahim, dan wahai Sadiqul Wa’dul Karim, dan wahai Qahhar zal Jalal dan wahai yang memiliki Izzah, keagungan dan Jalal, sesungguhnya Engkau disucikan engan setiap penyucian dan dibersihkan dan tinggi dengan kebersihan dan ketinggian yang besar daripada pembohongan berkenaan bilangan daripada kalangan wali-waliMu yang benar dan janji-janjiMu dan sifat-sifatMu dan urusan-urusanMu yang suci, dan daripada penolakan apa yang sepatutnya kesultanan RububiyyahMu menjadikannya qat’i, dan penolakan apa yang tiada had baginya daripada doa-doa dan seruan-seruan yang tiada had bagi mereka daripada hamba-hambaMu yang berbudi lagi soleh lagi
181. Page
diterima yang mana Engkau cintai mereka dan mereka menjadikan diri mereka mencintaiMu dengan membenarkanMu dan mentaatiMu, dan daripada pembenaran ahli kesesatan dan ahli kekufuran -dalam pengingkaran mereka terhadap hari kebangkitan- yang mana mereka terdedah buat keagungan Kibriya’Mu, dan mereka terdedah buat izzahMu dan keagunganMu, mereka terdedah buat kehebatan dan keagungan serta Izzah UluhiyyahMu, mereka terdedah terhadap kasihan belas RububiyyahMu dengan kekufuran mereka dan kemaksiatan mereka serta pendustaan mereka terhadapMu dalam janjiMu, sesungguhnya aku mensucikan keadilanMu, keindahanMu dan rahmatMu yang mutlak daripada kezaliman dan keburukan mutlak seperti ini, dan aku ingin membacakan ayat ﴿سُبْحَانَهُ وَتَعَالَى عَمَّا يَقُولُونَ عُلُوًّا كَبِيرًا﴾ “Maha Suci Dia dan Maha Tinggi daripada apa yang mereka katakan dengan ketinggian yang besar” (Al-Isra’: 43) dengan sebanyak bilangan seluruh zarah-zarah jisimku.
Bahkan sesungguhnya Rasul-rasulMu yang benar dan para NabiMu yang mana mereka merupakan para pendakwah kesultananMu yang benar mereka bersaksi dengan Haqqul Yaqin dan Ainul Yaqin serta Ilmul Yaqin atas kewujudan khazanah-khazanah rahmat Mu yang ukhrawi, dan atas peti-peti harta ihsan-ihsanMu dalam alam Baqa’/kekal, dan atas jelmaan-jelmaan yang indah lagi cantik untuk Al-Asma’ Al-HusnaMu yang terjelma dengan jelamaan yang sempurna di negeri bahagia (syurga), mereka bersaksi atasnya dan mengisyaratkan kepadanya serta memberi berita gembira dengannya, dan mereka beriman bahawa sinaran teragung bagi nama kebenaran yang mana ia merupakan tempat kembali segala kebenaran dan mataharinya serta pelindungnya ialah hakikat Al-Hasyr/ Hari Pengumpulan yang besar ini, dan mereka mengajarkannya kepada hamba-hambaMu.
Wahai Tuhan para Nabi dan para Siddiqin, sesungguhnya mereka semua yang ditundukkan dan ditugaskan dalam kerajanMu Engkau, dengan arahanMu dan qudrat Mu Engkau, serta kehendakMu dan pentadbiranMU Engkau, serta IlmuMu dan hikmahMu Engkau, dan sesungguhnya mereka telah menzahirkan dengan taqdis, takbir, tahmi dan tahlil akan glob bumi seperti tempat teragung untuk berzikir, dan alam buana ini seperti sebuah masjid yang besar.
Wahai Tuhanku, dan wahai Tuhan seluruh langit dan bumi, wahai Penciptaku, dan wahai Pencipta setiap sesuatu!
Dengan hak qudrat Mu, iradahMu, hikmahMu, hakimiyyahMu dan rahmatMu yang telah menundukkan seluruh langit dan bintang-bintangnya, dan bumi dengan apa yang terkandung di atasnya, dan seluruh makhluk dengan seluruh kaifiyatnya; tundukkanlah untukku nafsuku, dan tundukkanlah untukku kehendakku, dan tunukkanlah hati-hati manusia untuk “risalah-risalah An-Nur” demi khidmat
182. Page
terhadap Al-Qur’an dan keimanan, dan anugerahkanlah kepadaku dan saudara-saudaraku keimanan yang sempurna dan husnul khatimah (pengakhiran yang baik).
Dan sebagaimana Engkau telah tundukkan laut untuk Musa a.s., dan api untuk Ibrahim a.s., dan gunung-ganang serta besi untuk Daud a.s., dan manusia serta jin untuk Sulaiman a.s., dan Engkau telah tundukkan matahari dan bulan untuk Muhammad s.a.w.; maka tundukkanlah seluruh hati dan akal untuk “risalah-risalah An-Nur”.
Dan jagalah aku dan jagalah pelajar-pelajar risalah-risalah An-Nur daripada kejahatan nafsu dan syaitan dan daripada azab kubur dan daripada neraka Jahannam, dan bahagiakanlah kami dalam syurga-syurga Firdaus, amin, amin, amin.
﴿سُبْحَانَكَ لاَ عِلْمَ لَنَا إِلاَّ مَا عَلَّمْتَنَا إِنَّكَ أَنْتَ الْعَلِيمُ الحْكِيمُ﴾
Maha Suci Engkau tiadalah sebarang ilmu bagi kami kecuali apa yang telah Engkau ajarkan kepada kami sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.
﴿وَآخِرُ دَعوَاهُم أن الحَمْدُ للهِ رَبِّ العَالَمِينَ﴾
Dan akhir doa mereka ialah segala pujian milik Allah Tuhan semesta alam.
إن هذا الدرس الذي تلقيته من القرآن الكريم ومن الجوشن الكبير الذي هو مناجاة نبوية، أقدمه لبابك يا ربي الرحيم كعبادة تفكرية، فإن كنت قد قصرت في هذا، فإني أرجو من رحمتك العفو عني مستشفعًا بالقرآن الكريم والجوشن الكبير.
Sesungguhnya pelajaran ini yang telah aku pelajari daripada Al-Qur’an Al-Karim dan daripada dada yang besar iaitu munajat Nabawiyyah, aku bentangkannya buat pintuMu wahai Tuhanku yang Maha Pengasih sebagai ibadah pemikiran, maka sesungguhnya aku benar-benar telah kurang dalam (hal) ini, maka sesunggunya aku memohon daripada rahmatMu kemaafan akan aku dengan memohon syafaat Al-Qur’an Al-Karim dan dada yang besar tersebut.
183. Page
HUJJAH KEIMANAN KESEMBILAN: MUKADIMAH HARI KEBANGKITAN SINARAN KESEMBILAN
184. Page
HUJJAH KEIMANAN KESEPULUH: MAQAM PERTAMA SURAT KEDUA PULUH
Daripada Himpunan Tongkat Nabi Musa
Maqam Pertama Surat Kedua Puluh
“بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمِنِ الرَّحِيم”
لآ اِلَهَ اِلاَّ اللَّهُ وَحْدَهُ لآشَرِيكَ لَهُ لَهُ الْمُلْكُ وَ لَهُ الْحَمْدُ يُحْيِى وَيُمِيتُ”
“وَهُوَ حَىٌّ لَا يَمُوتُ بِيَدِهِ الْخَيْرُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَىْءٍ قَدِيرٌ وَاِلَيْهِ الْمَصِيرُ
Ayat tauhid di atas yang mempunyai amat banyak fadhilat sekiranya diulang-ulang selepas solat Subuh dan Maghrib dan dalam satu riwayat yang sahih mengandungi martabat Isim al-A’zam ini mempunyai sebelas kalimah.
Dalam tiap-tiap kalimahnya terdapat satu khabar gembira dan satu martabat tauhid Rububiyyah. Pada noktah Isim al-A'zam pula, terdapat satu keagungan wahdahdan satu kesempurnaan wahdaniyyah.
Penjelasan bagi hakikat-hakikat yang agung dan tinggi ini telah diserahkan kepada risalah-risalah lain, maka buat masa ini, atas satu perjanjian, kami akan membuat faharasat untuknya melalui dua maqam dan satu mukadimah dalam bentuk kesimpulan yang ringkas.
Mukadimah
Wahai manusia! Ketahuilah dengan yakin bahawa tujuan penciptaan yang paling tinggi dan natijah fitrah yang paling agung ialah al-imanu billah (beriman kepada Allah).
Martabat keinsanan yang paling tinggi dan maqam kemanusiaan yang paling besar ialah makrifatullah (mengenali Allah) dalam beriman kepada Allah.
Kebahagiaan jin dan manusia yang paling gemilang dan nikmatnya yang paling manis ialah mahabbatullah (cinta kepada Allah) dalam makrifatullah itu.
Kegembiraan yang paling khalis (murni) untuk roh manusia dan keseronokan yang paling safi untuk hati manusia ialah kelazatan rohani dalam mahabbatullah itu.
Ya, semua kebahagiaan yang hakiki, kegembiraan yang khalis, nikmat yang menawan dan kelazatan yang murni tidak lain dan tidak bukan adalah dalam makrifatullah dan mahabbatullah.
Semua itu tidak boleh wujud tanpa kedua-duanya. Sesiapa yang mengenali dan mencintai Allah akan mendapat kebahagiaan, nikmat, cahaya-cahaya dan rahsia-rahsia yang tiada hadnya sama ada dengan keupayaan atau perbuatan.
Sesiapa yang tidak benar-benar mengenali dan mencintai-Nya akan ditimpa dengan penderitaan, kesakitan dan waham tidak berpenghujung secara maknawi atau maddi.
Ya, apa faedahnya jika seorang manusia yang lemah dan miskin menjadi sultan seluruh dunia di dunia yang sengsara, dalam bangsa manusia yang tiada tujuan, dalam kehidupan yang sia-sia dan dalam keadaan yang tiada pemilik dan pelindung ini?
185. Page
Justeru, jika manusia tidak mengenal Tuannya dan tidak menemui Pemiliknya dalam bangsa manusia yang tiada tujuan dan di dunia fana yang sengsara ini, maka semua orang memahami bahawa dia adalah si buntu yang sangat keliru.
Jika dia menemui Tuannya dan mengenali Pemiliknya, pada waktu itu dia akan berlindung kepada rahmat-Nya dan bersandar kepada qudrat-Nya. Dunia yang menakutkan itu akan bertukar menjadi tempat persiaran dan pusat perdagangan.
Maqam Pertama
Dalam setiap sebelas kalimah bagi ungkapan tauhid ini terdapat satu khabar gembira. Pada khabar gembira itu terdapat satu penawar dan pada setiap penawar terdapat satu kelazatan maknawi.
Kalimah Pertama: “لآ اِلَهَ اِلاَّ اللَّهُ”.
Padanya terdapat khabar gembira berikut:
Dalam kalimah ini, roh manusia yang diuji dengan hajat yang tidak terkira dan menjadi sasaran serangan musuh yang tidak terhitung akan menemui satu noktah bantuan yang boleh membuka pintu khazanah rahmat yang dapat memastikan semua hajatnya tercapai dan dapat menemui noktah persandaran yang boleh memberitahu dan memperkenalkan al-Ma’bud dan al-Khaliq-nya yang memiliki qudrat mutlak yang boleh mengamankannya daripada kejahatan semua musuhnya dan boleh memperlihatkan tuannya dan menunjukkan siapakah al-Malik-nya. Dengan menunjukkan hal yang sedemikian, kalimah ini akan menyelamatkan hati daripada ketakutan mutlak dan menyelamatkan roh daripada kesedihan yang menyakitkan serta ia menjamin kedamaian abadi dan kegembiraan yang berkekalan.
Kalimah Kedua: “وَحْدَهُ”.
Dalam kalimah ini, terdapat khabar gembira yang memiliki penawar dan kebahagiaan. Ia seperti berikut:
Roh manusia dan hati insan yang berkait dengan sebilangan besar makhluk alam semesta dan sampai ke tahap lemas dalam penderitaan dan huru-hara kerana keberkaitan itu menemui tempat berlindung dan sang penyelamat dalam kalimah “وَحْدَهُ”.Lantaskalimah ini menyelamatkannya daripada semua huru-hara dan kesengsaraan itu.
Yakni, secara maknawi, kalimah “وَحْدَهُ”berkata: “Allah adalah esa. Janganlah memenatkan diri dengan merujuk kepada yang selain-Nya. Janganlah menghina diri dengan merasa terhutang budi kepada mereka. Janganlah mengampu dan tunduk kepada mereka. Janganlah mengikut belakang mereka dan menyusahkan diri. Janganlah takut dan menggigil daripada mereka. Ini kerana Sultan alam semesta adalah Esa. Kunci semua perkara ada di sisi-Nya. Semua tali kendali pada tangan-Nya. Setiap masalah diselesaikan dengan arahan-Nya. Jika kamu menemuinya, ertinya kamu telah menemui setiap kehendakmu. Kamu telah terselamat daripada rasa terhutang budi dan ketakutan yang tidak terkira.”
Kalimah Ketiga: “لآشَرِيكَ لَهُ”
Yakni, sebagaimana Allah tidak mempunyai sekutu pada uluhiyyah dan kekuasaan-Nya maka Allah hanyalah satu dan tidak boleh berbilang-bilang. Begitulah juga Dia tidak mempuyai sekutu dalam rububiyyah, urusan-urusan dan kerja-kerja-Nya yang berkaitan dengan penciptaan.
186. Page
Kadang-kadang berlaku bahawa seorang sultan adalah tunggal dan tiada sekutu dalam pemerintahannya. Tetapi dalam urusan-urusannya (yang lain) orang-orang suruhannya dianggap sebagai sekutu dan mereka menjadi penghalang kepada setiap orang yang ingin menghadap baginda. Orang-orang suruhan itu berkata: “Sila temui kami dahulu”.
Tetapi, sebagaimana Al-Haq Subhanahu wa Ta’ala yang merupakan Sultan keazalian dan keabadian tidak mempunyai sekutu dalam pemerintahan-Nya, Dia juga tidak berhajat kepada para pembantu dan sekutu di dalam urusan Rububiyyah-Nya. Jika tiada perintah dan iradah-Nya, kuasa dan kekuatan-Nya, maka tiada sebarang perkara pun boleh mencampuri perkara yang lain. Segalanya secara langsung merujuk kepada-Nya.
Oleh sebab Dia tidak mempunyai sekutu dan pembantu, maka “dilarang masuk” atau “kamu tidak boleh masuk untuk mengadap-Nya” tidak akan dikatakan kepada orang yang mahu mengadap-Nya.
Justeru, bagi roh manusia, kalimah itu memberikan khabar gembira seperti berikut:
“Roh manusia yang memiliki keimanan boleh masuk ke hadrat al-Jamil Dzul Jalal dan al-Qadir Dzul Kamal yang azali dan abadi dan menjadi Pemilik khazanah-khazanah rahmat dan Empunya dafinah (harta tersembunyi) kebahagiaan pada setiap keadaan, pada apa jua kehendak-Nya, pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja tanpa penghalang, tanpa campur tangan, tanpa tabir, dan tanpa rintangan boleh menyatakan hajatnya. Dia akan menemui rahmat lalu dengan bersandarkan qudrat-Nya, dia dapat memperoleh kedamaiandan kegembiraan yang sempurna.
Kalimah Keempat:“لَهُ الْمُلْكُ”
Yakni, secara keseluruhan semua pemilikan adalah milik-Nya. Kamu pula di samping menjadi milik-Nya kamu juga adalah hamba-Nya dan bekerja dalam pemilikan-Nya. Kalimah ini memberi khabar gembira yang berpenawar seperti berikut dan berkata:
“Wahai insan! Janganlah kamu menganggap dirimu adalah pemilik kepada dirimu sendiri. Ini kerana, kamu tidak boleh menguruskan dirimu sendiri. Beban itu adalah berat. Kamu tidak boleh memeliharanya secara bersendirian. Kamu tidak boleh menghindari musibah-musibah dan mendapatkan segala keperluanmu. Oleh itu, janganlah jatuh ke dalam keluh-kesah secara sia-sia dan menanggung azab. Pemilikan adalah kepunyaan yang lain. Al-Malik itu adalah al-Qadir dan ar-Rahim. Bersandarlah kepada qudrat-Nya. Janganlah menyalahkan rahmat-Nya. Buanglah kesedihan dan nikmatilah keseronokan. Lemparlah kesusahan dan temuilah kerehatan.”
Kalimah ini juga menyatakan:
“Alam semesta yang dicintaimu secara maknawi, ada hubungan denganmu, menyebabkan kamu bersedih kerana kesengsaraannya serta kamu tidak boleh memulihkannya ini adalah milik al-Qadir ar-Rahim. Maka serahkanlah pemilikan kepada Empunya-nya. Tinggalkanlah kepada-Nya. Janganlah rasai kepayahannya tetapi nikmatilah kerehatannya. Dia adalah al-Hakim dan ar-Rahim. Dia boleh melakukan dan mengubah apa sahaja menurut kemahuan-Nya dalam pemilikan-Nya. Apabila kamu merasa amat takut, katakanlah seperti yang diucapkan oleh Ibrahim Hakki:
“Mari kita lihat apa yang Tuhan lakukan,
187. Page
Apa jua yang Dia lakukan Dia lakukannya dengan baik.”
Lihatlah dari jendela; janganlah masuk ke dalamnya.”
Kalimah Kelima:“لَهُ الْحَمْدُ”
Yakni, kesyukuran dan pujian, pemujaan dan rasa terhutang budi adalah khusus untuk-Nya dan hanya layak kepada-Nya. Maknanya, semua nikmat adalah milik-Nya dan datang daripada khazanah-Nya. Khazanah-Nya pula adalah berkekalan. Justeru, kalimah ini memberi khabar gembira berikut dan berkata:
“Wahai insan! Janganlah merasai kesakitan daripada kelenyapan nikmat. Ini kerana khazanah rahmat tidak akan luak. Janganlah memikirkan kelenyapan kelazatan dan meraung daripada kesakitan itu. Ini kerana buah nikmat itu adalah buah rahmat yang tidak berpenghujung. Pohonnya adalah baqa. Jika ada buah yang lenyap, akan ada yang menjadi penggantinya. Dalam (mengecap) kelazatan nikmat, memikirkan satu kurniaan rahmat yang seratus kali ganda lebih lazat daripada kelazatan itu (sendiri) dengan kesyukuran dapat meningkatkan kelazatan itu daripada satu kepada seratus tahap.
Sebagaimana kelazatan sebiji epal yang diberikan oleh seorang raja pemilik kemuliaan kepadamu mengatasi seratus bahkan seribu kelazatan epal yang lain dan merasakan dan mengurniakan kelazatan kurniaan Sultan, demikianlah juga, melalui kalimah “لَهُ الْحَمْدُ” yakni dengan pujian dan syukur, iaitu dengan merasai pemberian nikmat daripada nikmat, iaitu dengan cara mengenali al-Mun’im dan memikirkan pemberian nikmat oleh-Nya, yakni dengan memikirkan kurniaan rahmat-Nya, tawajjuh kasih-Nya dan pemberian nikmat yang tidak pernah putus oleh-Nya itu akan membuka kepadamu pintu kelazatan maknawi yang seribu kali ganda lebih lazat daripada nikmat itu sendiri.”
Kalimah Keenam:“يُحْيِى”
Yakni, Dialah yang memberikan kehidupan. Dialah juga yang meneruskan kehidupan dengan rezeki. Dialah juga yang menyediakan keperluan-keperluan hidup. Tujuan-tujuan kehidupan yang tinggi juga adalah milik-Nya dan natijah-natijahnya yang penting merujuk kepada-Nya. Sembilan puluh sembilan peratus buah kehidupan adalah milik-Nya. Justeru, kalimah ini menyeru, memberi khabar gembira dan berkata kepada manusia yang fana dan lemah sebegitu:
“Wahai Insan! Janganlah memikul tanggungjawab kehidupan yang berat di bahumu lalu menyusahkan diri. Janganlah jatuh dalam kesedihan dengan memikirkan kefanaannya. Janganlah mempamerkan kekesalanmu datang ke dunia hanya setelah melihat buah-buah duniawi yang tidak penting. Bahkan, jentera kehidupan di dalam bahtera tubuhmu itu adalah milik al-Hayy al-Qayyum. Dia menanggung segala perbelanjaandan keperluannya. Terdapat tujuan dan natijah yang amat banyak bagi kehidupan itu dan ia adalah milik-Nya. Kamu adalah seorang askar yang bertugas sebagai jurumudi di atas kapal itu. Laksanakanlah tugasmu dengan baik. Ambillah upahnya dan nikmatilah ia. Fikirkanlah betapa berharganya bahtera kehidupan itu, betapa baik faedah-faedah yang diberikannya dan betapa Karim (Pemurah) dan Rahim-nya (Pengasih) pemilik bahtera itu lalu bergembira dan bersyukurlah. Fahamilah juga bahawa apabila kamu melaksanakan tugasmu dengan istiqamah, semua natijah yang diberikan oleh kapal itu akan
188. Page
tercatat ke dalam buku amalanmu. Ia menjamin satu kehidupan yang baqa’ untukmu dan menghidupkanmu selama-lamanya.
Kalimah Ketujuh: “وَيُمِيتُ”
Yakni Dialah yang mematikan; iaitu Dia melepaskanmu daripada tugas kehidupan dan menggantikan tempatmu di dunia yang fana dan menggugurkanmu daripada beban tugasan. Iaitu Dia akan membawamu daripada kehidupan yang fana kepada kehidupan yang baqa’. Justeru, kalimah ini menyeru kepada jin dan insan yang fana dan berkata seperti berikut:
“Khabar gembira untuk kalian! Kematian bukanlah hukuman bunuh, bukan kesia-siaan, bukan kefanaan, bukan penghapusan, bukan pemadaman, bukan perpisahan abadi, bukan ketiadaan, bukan kebetulan dan bukan pelenyapan tanpa pelaku. Bahkan, ia merupakan perlepasan dan penggantian tempat oleh Pelaku yang al-Hakim dan ar-Rahim dan penghantaran ke daerah kebahagiaan abadi dan ke negara asal mereka. Ia adalah pintu penghubung ke alam Barzakh yang merupakan tempat perhimpunan sembilan puluh sembilan peratus para kekasih.”
Kelapan:“وَهُوَ حَىٌّ لَا يَمُوتُ”
Yakni sesungguhnya Pemilik kecantikan, kesempurnaan dan ihsan yang melebihi kesempurnaan keindahan, dan ihsan yang kelihatan pada maujudat (segala yang dijadikan oleh Allah) seluruh alam semesta dan menjadi wasilah mahabbah dengan tahap tidak terhingga serta al-Ma’bud lam yazal dan al-Mahbub la yazal yang satu tajalli keindahan-Nya adalah cukup untuk menggantikan semua kekasih memiliki kehidupan kekal yang abadi dan azali yang berterusan. Ini kerana Dia adalah suci daripada buruknya kelenyapan dan kefanaan dan bebas daripada rosaknya kekurangan dan kecacatan.
Justeru, kalimah ini mengumumkan kepada jin dan manusia dan semua yang memiliki kesedaran dan ahli mahabbah dan cinta:
“Khabar gembira kepada kalian! Ini kerana kalian mempunyai al-Mahbub al-Baqi yang merawat dan menyapu ubat kepada luka-luka perpisahan kalian yang tidak terkira (banyaknya) akibat perpisahan daripada para kekasih kalian. Memandangkan Dia adalah wujud dan baqa’, maka janganlah kalian risau walau apa pun yang terjadi kepada yang lain. Bahkan, kecantikan dan ihsan, kelebihan dan kesempurnaan pada para kekasih yang merupakan sebab mahabbah kalian itu adalah bayangan bagi bayangan yang sangat lemah yang melintasi banyak tabir daripada tajalli keindahan yang baqa’ bagi al-Mahbub al-Baqi itu.
Janganlah kelenyapan mereka menyakitkan hati kalian. Ini kerana itu semua adalah sejenis cerminan. Penukaran cermin-cermin dapat memperbaharu tajalli seri keindahan dan mencantikkannya. Memandangkan Dia ada, maka semua ada.”
Kalimah Kesembilan: “بِيَدِهِ الْخَيْرُ”
Yakni semua kebaikan adalah dalam genggaman-Nya. Setiap kebajikan yang kalian lakukan dicatat dalam buku catatan-Nya. Setiap amalan soleh yang kalian kerjakan tercatat di sisi-Nya.
Justeru kalimah ini menyeru kepada jin dan manusia lalu memberikan khabar gembira dan berkata: “Wahai mereka yang buntu! Apabila kalian berpindah ke pusara, janganlah kalian berkata: Aduhai! Harta kami sudah musnah, usaha kami telah menjadi sia-sia” dan “kita telah berlalu daripada dunia yang cantik dan luas itu
189. Page
dan telah masuk ke dalam tanah yang sempit. Janganlah kalian merintih dan berputus asa. Ini kerana, semua yang kalian miliki dipelihara oleh-Nya. Setiap amalan kalian telah ditulis. Segala bakti khidmat kalian telah dicatat. Dzat Dzul Jalal yang akan memberi ganjaran semua khidmat kalian, yang semua kebajikan di tangan-Nya dan boleh melakukan semua kebajikan itu akan menarik kalian dan memberhentikan kalian di bawah tanah buat sementara waktu. Kemudian Dia akan membawa kalian ke hadrat-Nya.
Alangkah gembiranya kalian kerana telah menyempurnakan khidmat dan tugas kalian! Kesusahan kalian telah tamat dan kalian menuju kerehatan dan kerahmatan. Kepayahan khidmat telah tamat. Kalian dalam perjalanan untuk mengambil upah.
Ya, al-Qadir Dzul Jalal inilah yang memelihara biji-biji dan benih-benih yang merupakan muka surat buku amalan musim bunga yang telah berlalu dan merupakan peti-peti kecil tugasan dan yang menjaga dan menyebarkannya pada musim bunga kedua dalam bentuk yang lebih gemilang, bahkan lebih berkat berbanding dengan yang asal. Maka sudah tentu seperti itu jugalah Dia menjaga natijah-natijah kehidupan kalian dan akan memberi ganjaran kepada khidmat kalian dengan lebih banyak.
Kalimah Kesepuluh:“وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَىْءٍ قَدِيرٌ”
Yakni, Dia adalah Maha Esa dan Maha Tunggal. Dia berkuasa ke atas semua perkara. Tiada satu pun perkara yang berat pada-Nya. Bagi-Nya, menjadikan sebuah musim bunga adalah semudah mencipta sekuntum bunga. Mencipta syurga adalah semudah menjadikan satu musim bunga. Ciptaan-ciptaan berseni yang tidak terkira yang diciptakan daripada tiada oleh-Nya pada setiap hari, setiap tahun dan setiap kurun menjadi saksi kepada qudrat-Nya yang tidak bersempadan melalui lidah yang tidak terkira.
Justeru, kalimah ini juga memberi khabar gembira dan berkata seperti berikut:
“Wahai manusia, khidmat yang kamu lakukan dan ‘ubudiyyah yang kamu tunaikan tidak akan pergi sia-sia. Sebuah negara ganjaran dan tempat kebahagiaan telah disediakan untukmu. Sebagai gantian kepada duniamu yang fana ini, sebuah syurga yang baqa’ menantimu. Beriman dan yakinlah kepada janji al-Khaliq Dzul Jalal yang kamu sembah dan kenali. Bagi-Nya, memungkiri janji adalah mustahil. Pada qudrat-Nya tiada sebarang kekurangan dari mana-mana sudut. Kelemahan tidak boleh mencampuri kerja-kerja-Nya. Sebagaimana Dia telah mencipta kebunmu yang kecil, Dia juga boleh menjadikan syurga untukmu bahkan telah menjadikannya dan Dia telah berjanji kepadamu. Oleh sebab Dia telah berjanji, maka sudah tentu Dia akan memasukkanmu ke dalamnya.
Memandangkan kita menjadi saksi bahawa Dia membangkitkan dan menyebarkan semula lebih daripada tiga ratus ribu jenis bangsa haiwan dan tumbuhan di muka bumi setiap tahun secara penuh teratur dan tersusun serta dengan cara yang sangat pantas dan senang, sudah tentu al-Qadir Dzul Jalal yang sebegini berkuasa untuk menunaikan janji-Nya.
Memandangkan al-Qadir al-Mutlaq begini turut menjadikan ribuan bentuk contoh Hari Kebangkitan dan syurga pada setiap tahun dan telah menjanjikan kebahagiaan abadi dan memberi khabar gembira tentang syurga melalui semua firman samawi-Nya; malah memandangkan semua urusan dan tindakan-Nya adalah hak dan kebenaran serta dengan benar dan serius; serta memandangkan melalui penyaksian kesan-kesan-Nya, segala kesempurnaan menjadi petunjuk dan saksi
190. Page
kepada kesempurnaan-Nya yang tiada batasan dan tidak ada pada-Nya sebarang kekurangan dan kecacatan dari mana-mana sudut; dan memandangkan perbuatan memungkiri janji dan tidak menunaikan, menipu dan memperdaya adalah sikap yang paling buruk dan merupakan kekuranagn dan kecacatan, maka sudah tentu dan semestinya al-Qadir Dzul Jalal, al-Hakim Dzul Kamal dan ar-Rahim Dzul Jamal itu akan menunaikan janji-Nya. Dia akan membuka pintu kebahagiaan abadi dan akan memasukkan kalian - wahai ahli iman - ke dalam syurga yang merupakan tanahair asal bapa kalian Nabi Adam ‘Alaihis Salam .
Kalimah Kesebelas: “وَاِلَيْهِ الْمَصِيرُ”
Yakni, selepas menjalankan perniagaan mereka, menyelesaikan tugasan dan menyempurnakan khidmat mereka, insan-insan yang dihantar ke dunia yang merupakan negara ujian ini dengan tugas-tugas penting untuk perniagaan dan khidmat, akan kembali semula kepada al-Khaliq Dzul Jalal yang menghantar mereka dan akan berjumpa semula dengan al-Maula Karim mereka.
Yakni, mereka akan pergi daripada negara yang fana ini lalu akan dimuliakan dengan pertemuan agung (menghadap Allah di hadrat-Nya yang agung) di negara yang baqa’.
Yakni mereka terselamat daripada sebab-sebab kegelisahan dan daripada tabir-tabir kegelapan bagi perantara-perantara lalu dapat berjumpa semula dengan Rabb ar-Rahim mereka di pusat pemerintahan abadi-Nya tanpa tabir.
Semua orang secara langsung akan mengetahui dan menemui siapakah al-Khaliq, al-Ma’bud, Rabb, Sayyid dan al-Malik-nya.
Justeru, kalimah ini memberi khabar gembira mengatasi semua khabar gembira yang lain dan berkata:
“Wahai Insan! Adakah kamu tahu ke manakah kamu sedang menuju dan ke manakah kamu dibawa?
Sebagaimana telah disebutkan di penghujung Kalimah Ketiga Puluh Dua, kamu dalam perjalanan menuju ke daerah rahmat dan martabat hadrat al-Jamil Dzul Jalal yang seribu tahun kehidupan dunia yang gembira tidak akan menyamai kehidupan sesaat di syurga dan seribu tahun kehidupan syurga itu juga tidak akan menyamai sesaat melihat keindahan-Nya.
Kalian sedang menuju ke daerah hadrat al-Ma’bud lam yazal dan al-Mahbub la yazal yang kecantikan dan keindahan-Nya pada kekasih majazi dan pada semua maujudat dunia yang telah kamu ketagihi, gilakan dan rindui adalah sejenis bayangan tajalli keindahan dan kecantikan nama-Nya; semua syurga dengan semua kehalusannya adalah tajalli rahmat-Nya; dan semua kerinduan dan mahabbah serta ketertarikandan benda-benda yang menarik adalah kilauan mahabbah-Nya.
Kalian juga diundang ke syurga yang merupakan tempat pertamuan abadi.
Jika begitu kalian sepatutnya memasuki pintu kubur sambil tertawa bukannya menangis.”
Kalimah ini juga memberi khabar gembira berikut dengan berkata:
“Wahai insan! Janganlah kalian menyangka dan memikirkan bahawa kalian menuju kepada kefanaan, ketiadaan, kesia-siaan, kegelapan, kelupaan, kereputan, kehancuran dan kelemasan dalam perkara yang banyak! Kalian tidak menuju kefanaan bahkan kepada kebaqaan. Bukan kepada ketiadaan bahkan dibawa kepada kewujudan yang berkekalan. Bukan kepada kegelapan bahkan kalian memasuki alam cahaya. Kalian menuju ke pihak as-Sahib dan al-Malik al-Haqiqi
191. Page
dan kembali ke singgahsana Sultan al-Azali. Bukan kepada kelemasan dalam perkara yang banyak bahkan kalian akan bernafas dalam daerah keesaan. Bukan kepada perpisahan bahkan kalian menuju pertemuan.”
192. Page
HUJJAH KEIMANAN KESEBELAS: MAQAM PERTAMA KALIMAH KEDUA PULUH DUA