Risalah Iqtisad

217. Page

KILAUAN KESEMBILAN BELAS: RISALAH IQTISAD


Kilauan Kesembilan Belas

Risalah Iqtisad (Ekonomi/Berjimat cermat)


Risalah ini adalah mengenai ekonomi/sikap berjimat cermat, sifat qana’ah, pemborosan dan pembaziran.


بِسْمِ اللّٰهِ الرَّحْمٰنِ الرَّح۪يمِ *]

[كُلُوا وَ اشْرَبُوا وَ لَاتُسْرِفُوا


Ayat suci di atas secara muktamad memerintahkan sikap berjimat cermat dan melarang pemborosan dalam bentuk larangan yang jelas, ia memberikan pengajaran hikmah yang sangat penting. Terdapat tujuh nuktah dalam masalah ini.


Nuktah Pertama: Al-Khaliqur Rahim mengingini kesyukuran sebagai balasan kepada nikmat-nikmat yang telah diberikan-Nya kepada bangsa manusia. Pemborosan pula adalah berlawanan dengan syukur. Ia merupakan suatu peremehan yang merugikan terhadap nikmat. Iqtisad pula ialah penghormatan yang menguntungkan terhadap nikmat. Ya, selain merupakan kesyukuran maknawi, iqtisad juga ialah penghormatan terhadap rahmat Ilahi pada nikmat-nikmat, sebab keberkatan dalam bentuk yang muktamad, punca kesihatan seperti diet kepada badan, sebab kemuliaan yang akan menyelamatkan diri daripada mengemis secara maknawi dan sebab yang kuat untuk merasai kelazatan dalam nikmat serta untuk mengecap kelazatan pada nikmat yang secara zahir kelihatan tidak lazat. Pemborosan pula, oleh sebab ia adalah bertentangan dengan hikmah-hikmah yang disebutkan maka ia memiliki natijah-natijah yang berbahaya/memudaratkan/berat.


Nuktah Kedua: Al-Fatirul Hakim telah menjadikan tubuh insan seperti sebuah istana yang sempurna dan umpama bandar yang tersusun/sistematik. Deria rasa pada mulut ibarat penjaga pintu. Urat dan saraf seperti wayar-wayar telefon dan telegraf yang menjadi pusat komunikasi/perhubungan/interaksi di antara deria rasa dengan perut yang berada di pusat/di bahagian tengah tubuh. Deria rasa itu mengkhabarkan apa yang datang kepada mulut melalui urat-urat itu. Jika tiada keperluan kepada badan dan perut, ia kan berkata: “Tidak boleh masuk! Dilarang!” lalu menghalaunya/mencampaknya keluar/mengeluarkannya. Kadang-kadang juga sekiranya makan itu berbahaya dan pahit/pedas di samping tidak memberi manfaat kepada badan, ia kan terus mencampaknya keluar dan meludahkannya. Justeru, memandangkan deria rasa di mulut ialah penjaga pintu dan perut pula adalah seperti tuan dan penguasa pada noktah pengurusan tubuh, maka sekiranya hadiah yang diberikan kepada istana itu ataupun kepada penguasa oleh mereka yang datang ke bandar itu adalah bernilai seratus tahap, penjaga hanya berjaya mendapat lima tahap dari jenis tip/upah, tidak mungkin lebih. Supaya penjaga pintu tidak berbangga dan lupa diri/naik lemak serta melupakan tugasnya. Serta supaya dia tidak menyumbat para penjajah yang memberi tip yang lebih ke dalam istana. Maka, berdasarkan rahsia ini, sekarang kita mengandaikan dua suap/jemput makanan. Sekiranya suap/jemput pertama ialah daripada bahan berkhasiat seperti keju dan telur yang berharga 


218. Page

empat puluh sen, manakala suap/jemput yang satu lagi pula dari jenis baklawa (sejenis manisan di Turki) yang paling mahal berharga sepuluh dirham, sebelum memasuki mulut menurut badan adalah tiada perbezaan. Keduanya adalah sama. Selepas melintasi kerongkong juga, keduanya masih sama dari sudut memberi khasiat/faedah kepada tubuh, bahkan keju yang berharga empat puluh sen lebih baik memberi khasiat. Cuma, terdapat perbezaan sebanyak setengah minit pada noktah membelai/menyenangkan deria rasa. Maka kiaskanlah betapa menaikkan/membayar harga sepuluh dirham untuk sesuatu yang berharga empat puluh sen demi setengah minit (kelazatan) adalah pemborosan yang tidak bermakna dan merugikan. Sekarang, memberikan tip /upah yang sembilan kali ganda lebih tinggi kepada penjaga pintu walaupun hadiah yang datang kepada pemilik istana adalah empat puluh sen akan menyebabkan penjaga pintu itu menjadi lemak/lupa diri. Keadaan itu akan menyebabkan penjaga pintu itu mengatakan bahawa dialah yang berkuasa. Sesiapa yang memberi upah dan kelazatan yang lebih banyak, maka dia akan meyumbat orang itu ke dalam. Dia akan menyebabkan kerosakan dan akan menyalakan kebakaran. Dia akan menyebabkan pemilik istana terpaksa berkata: “Tolong! Panggilkan doktor, suruhlah dia meredakan kepanasan serta memadam api (dalam tubuh) saya.”


Justeru, iqtisad dan qanaah adalah tindakan yang bertepatan dengan hikmah Ilahi. Sikap ini menjaga/mengekalkan deria rasa sebagai penjaga pintu dan memberi upah yang sesuai dengan tugasnya. Pemborosan pula oleh kerana ia bertindak bertentangan dengan hikmah itu, maka ia cepat memakan penampar. Ia menyebabkan perut mual/bergelodak dan menghilangkan selera hakikinya. Ia menyuap makanan dengan selera dusta tiruan yang datang daripada kepelbagaian makanan. Ia menyebabkan ketidakhadaman dan mendatangkan penyakit.


Nuktah Ketiga: Dalam nuktah kedua sebelum ini kami telah menyatakan bahawa deria rasa ialah penjaga pintu. Benar, untuk ahli ghaflah dan sesiapa yang tidak meningkat dari segi kerohanian serta mereka yang tidak maju dalam bidang kesyukuran, ia adalah seperti penjaga pintu. Untuk kelazatannya sepatutnya tidak berlaku pemborosan dan pembayaran harga dari satu tahap ke sepuluh tahap/ yang sepatutnya bernilai satu dengan harga sepuluh. Tetapi, deria rasa ahli syukur, ahli hakikat dan ahli hati yang hakiki, (sebagaimana telah diterangkan dalam perbandingan dalam Kalimah Keenam) adalah ibarat pemantau dan peneliti dapur-dapur rahmat Ilahi. (Tugasnya ialah) menimbang dan mengenali jenis-jenis nikmat Ilahi lalu memberitahu kepada jasad dan tubuh menggunakan neraca-neraca kecil sebanyak makanan pada deria rasa itu dalam bentuk satu kesyukuran maknawi. Justeru, deria rasa yang dalam bentuk ini tidak hanya memandang kepada jasad maddi. Bahkan melalui sudut yang pandangnya kepada hati roh dan akal juga mempunyai ketetapan dan kedudukan yang lebih tinggi daripada perut. Dengan syarat tidak boros dan dari segi melaksanakan tugas kesyukuran semata-mata dan merasai serta mengenali jenis-jenis nikmat Ilahi, juga dengan syarat ia adalah perkara yang telah disyariatkan dan tidak menjadi wasilah kepada kehinaan dan perbuatan mengemis, barulah ia boleh memantau/mencerap kelazatannya. Namun, untuk menggunakan lidah yang memiliki deria rasa itu dalam kesyukuran maka ia boleh mengutamakan makanan-makanan yang lazat. Berikut adalah satu peristiwa dan karomah kewalian yang mengisyaratkan/menerangkan tentang hakikat ini.


219. Page

Suatu masa, anak lelaki seorang wanita tua yang cerewet berada di bawah tarbiah Syeikh Abdul Qadir Jailani. Wanita tua yang mulia itu telah pergi ke bilik anak lelakinya. Dia melihat anak lelakinya sedang memakan secebis roti kering yang hitam. Tubuhnya telah kurus kerana latihan itu. Keadaannya itu telah menyentuh perasaan kasih ibunya. Ibunya telah berasa kasihan kepadanya. Kemudian dia telah pergi kepada Syeikh Abdul Qadir untuk mengadu. Dia melihat bahawa Syeikh Abdul Qadir sedang memakan seekor ayam yang telah digoreng. Kerana sifat mengadanya dia telah berkata; “Wahai Ustaz! Anak lelaki saya hampir mati kerana kelaparan tetapi kamu memakan ayam!” Lantas Syeikh Abdul Qadir berkata kepada ayam goreng itu, [قُمْ بِاِذْنِ للّٰهِ] bangunlah dengan izin Allah. Tulang-tulang ayam yang telah dimasak itu berkumpul lalu melompat keluar dari bekas makanan itu. Peristiwa ini telah diceritakan secara tawatur dengan muktamad dan dipercayai oleh ramai ulama sebagai keramat luar biasa yang masyhur di seluruh dunia. Syeikh Abdul Qadir telah berkata: Bila anak lelaki puan juga sampai ke tahap ini, maka pada waktu itu dia juga boleh memakan ayam. Justeru, maksud daripada perintah Syeikh Abdul Qadir ini ialah seperti berikut: Apabila roh anak lelaki kamu juga menguasai tubuhnya, hatinya menguasai nafsunya, akalnya menguasai perutnya dan jika dia meminta kelazatan untuk bersyukur, maka waktu itu dia boleh memakan makanan yang lazat.


Nuktah Keempat: Menurut rahsia Hadis [لاَ يَعُولُ مَنِ اقْتَصَدَ] yang bermaksud: "Orang yang beriqtisad tidak akan mendapat musibah kemiskinan dari sudut sara hidup (memberi pengertian seperti berikut):

 

Sesiapa yang beriqtisad tidak akan merasai banyak kesusahan dari segi sara hidup. Ya, terdapat terlalu banyak dalil yang menunjukkan bahawa iqtisad ialah sebab keberkatan yang muktamad dan punca kehidupan yang baik sehingga tidak dapat dikira dan dihitung. Sebagai contoh: Melalui apa yang saya nampak pada diri saya sendiri dan melalui penyaksian mereka yang berkhidmat kepada saya dan bersahabat dengan saya, saya menyatakan bahawa melalui perantaraan iqtisad, kadang-kadang saya dapati sepuluh keberkatan untuk satu dan teman-teman saya (juga) telah melihatnya. Hatta sembilan tahun sebelum ini, sebahagian daripada ketua-ketua (kumpulan) yang dibuang daerah ke Burdur bersama-sama saya, telah banyak berusaha menyuruh saya menerima zakat mereka supaya saya tidak jatuh hina dan rendah kerana ketiadaan wang belanja. Maka saya telah berkata kepada para ketua yang kaya itu: “Sebenarnya duit saya memang sedikit. Tetapi saya ada beriqtisad (berjimat-cermat). Saya telah terbiasa berpada (berqanaah). Saya lebih kaya daripada kalian.” Saya telah menolak tawaran mereka yang berulangkali dan mendesak itu. Apa yang menarik perhatian ialah, selepas dua tahun, sebahagian mereka yang menawarkan zakat mereka kepada saya telah berhutang kerana tidak berjimat cermat.  لِلّٰهِ الْحَمْدْ sehingga tujuh tahun selepas itu, dengan keberkatan sikap berjimat cermat, duit yang sedikit itu menjadi cukup buat saya. Sikap ini tidak pernah menumpahkan/menjatuhkan air muka saya dan tidak memaksa saya untuk meminta keperluan daripada orang ramai. Ia tidak merosakkan prinsip hidup saya iaitu jangan meminta daripada manusia.


220. Page

Ya, mereka yang tidak berjimat cermat bakal terjerumus ke dalam kehinaan dan kepengemisan serta kerendahan secara maknawi. Di zaman ini, duit yang boleh menjadi punca kepada pemborosan adalah sangat mahal. Sebagai balasannya/ kerana itu, kadang-kadang kehormatan dan maruah diambil sebagai rasuah. Kadang-kadang kesucian agama diambil sebagai balasan. Kemudian duit yang hina itu diberikan. Maknanya harta maddi sebanyak seratus sen dibeli dengan kerugian maknawi sebanyak seratus lira. Sekiranya seseorang beriqtisad lalu memendekkan, mengawal dan membataskan kepada hajat-hajat yang dharuri, maka dengan rahsia ayat [اِنَّ اللّٰهَ هُوَ الرَّزَّاقُ ذُو الْقُوَّةِ الْمَتِينُ] dan dengan keterangan ayat [وَمَا مِنْ دَابَّةٍ ف۪ى الْاَرْضِ اِلاَّ عَلَى اللّٰهِ رِزْقُهَا] dia akan mendapat rezeki sebanyak yang boleh meneruskan hidup dalam bentuk yang tidak disangka-sangka. Ini kerana ayat di atas telah menjanjikannya. 


Ya, terdapat dua jenis rezeki: 


Pertama: Rezeki hakiki iaitu dengannya seseorang itu akan hidup. Melalui ketetapan/hukum ayat ini rezeki itu adalah di bawah janji Allah. Sekiranya ikhtiar/pilihan yang buruk bagi manusia tidak campur tangan, rezeki yang dharuri itu dapat ditemui dalam apa jua keadaan. Dia tidak akan terpaksa mengorbankan sama ada agama, maruah atau kemuliaannya.


Kedua: Rezeki majazi iaitu hajat/keperluan yang tidak penting menjadi hajat/keperluan yang penting akibat penyalah gunaan/ disalahguna, kemudian menjadi ketagihan lalu tidak boleh dilepaskan akibat bala kebiasaan/ kerana sudah menjadi adat. Justeru, oleh kerana rezeki ini bukan di bawah janji Rabbani, maka (untuk) memperoleh rezeki ini terutamanya di zaman ini adalah sangat mahal. Hatta kadang-kadang/sesetengah orang mengorbankan kemuliaan dirinya lalu mengambil/mendapat harta hina/tercela yang tidak berkat itu dengan cara menerima kehinaan yang kadang-kadang dengan cara jatuh ke kedudukan pengemis yang sanggup mencium kaki sesetengah orang yang hina dan kadang-kadang dengan cara mengorbankan kesucian agamanya yang merupakan nur kehidupan abadinya. Di zaman yang susah dan darurat ini juga, kepedihan yang datang melalui kelembutan hati kepada sanubari ahli wijdan kerana kesakitan/penderitaan mereka yang lapar dan berhajat, sekiranya dia mempunyai nurani, maka kelazatan yang dikecapinya melalui duit yang diperoleh secara haram adalah menyakitkan/memahitkannya. Di zaman yang dahsyat seperti ini, adalah perlu untuk tidak menggunakan harta yang meragukan. Ini kerana menurut rahsia [اِنَّ الضَّرُورَةَ تُقَدَّرُ بِقَدَرِهَا] harta-harta yang haram boleh digunakan secara terpaksa sekadar darurat, tidak boleh diambil melebihi keperluan. Ya, seseorang yang terpaksa, tidak boleh memakan daging bangkai sehingga kenyang. Bahkan hanya boleh memakan sekadar untuk hidup/tidak mematikan. Malah, di samping seratus orang yang lapar, dia tidak boleh makan banyak dengan penuh kelazatan.


Satu peristiwa yang menunjukkan bahawa iqtisad ialah sebab kemuliaan dan kesempurnaan. Suatu masa, Hatim at-Tai yang masyhur di seluruh dunia dengan sifat dermawan mengadakan satu jamuan. Setelah dia memberi hadiah yang sangat banyak kepada para tetamu, dia pergi bersiar di padang pasir. Dia perhatikan 


221. Page

bahawa seorang lelaki fakir yang tua memikul satu beban rumput dan lalang yang berduri ke pinggangnya. Duri dan lalang itu mencucuk dan melukai tubuhnya. Lantas Hatim berkata kepadanya: “Hatim at-Tai mengadakan satu jamuan berserta hadiah yang penting. Kamu juga pergilah ke sana, sebagai ganti kepada beban rumputmu yang bernilai lima kurush itu kamu boleh mendapat lima ratus kurush.” Lalu si lelaki tua yang berjimat itu menjawab: “Saya boleh menanggung dan mengangkat beban saya yang berduri ini dengan kemuliaan saya. Saya tidak mahu berasa terhutang budi kepada Hatim at-Tai.” Kemudian mereka bertanya kepada Hatim at-Tai. Siapakah yang kamu temui lebih pemurah dan mulia daripadamu? Hatim menjawab: “Sesungguhnya saya mendapati bahawa lelaki tua yang saya temui secara tiba-tiba di padang pasir itulah yang lebih mulia, lebih tinggi dan lebih pemurah daripada saya.”


Nuktah Kelima: Daripada kesempurnaan sifat pemurah Allah, sifat iqtisad menjadikan orang yang paling fakir merasai kelazatan nikmat seolah-olah orang yang paling kaya dan kuli bagaikan raja. Ya, kelazata yang dikecap oleh si fakir daripada secebis roti hitam kering (kerana kelaparan dan iqtisad) adalah lebih lazat berbanding dengan kelazatan yang dikecap daripada baklawa yang paling mahal yang dimakan oleh seorang raja dan orang kaya dengan kebosanan dan tanpa rasa selera yang berpunca daripada pemborosan. Apa yang menghairankan adalah, sesetengah mereka yang boros dan membazir menuduh mereka yang beriqtisad sebegini sebagai kedekut. Hasya! (Tidak sama sekali!)


Iqtisad ialah kemuliaan dan kepemurahan. Sifat kedekut dan hina adalah wajah sebenar ahli israf dan ahli tabzir yang luarannya kelihatan hebat. Ada satu peristiwa yang pernah berlaku di dalam bilik kurungan saya yang mengukuhkan hakikat ini. Ia seperti berikut: 


Dengan cara yang bertentangan dengan kaedah dan dustur saya, seorang murid saya mendesak supaya saya menerima hadiah iaitu madu yang hampir dua setengah okka. Walaupun saya berulangkali menegaskan kaedah dan prinsip saya, dia tetap tidak berpuas hati/dia tidak menerima. Kerana terpaksa saya berkata “kalian ambillah” kepada tiga saudara di samping saya supaya tiga orang mereka dapat makan daripada madu itu dengan iqtisad selama tiga ke empat puluh hari daripada bulan Syaban dan Ramadhan dan supaya orang yang membawanya turut mendapat pahala dan supaya kalian tidak tinggal tanpa manisan/tetap mempunyai manisan. Terdapat juga satu okka madu milik saya. Tiga orang sahabat saya itu sebenarnya adalah dari kalangan mereka yang istiqamah dan menghargai/mengamalkan iqtisad. Tetapi walau bagaimanapun kerana sifat yang mulia pada sudut ingin membelanja satu sama lain, membelai/menyenangkan hati sesama mereka dan mengutamakan sahabat ke atas diri sendiri mereka telah terlupa tentang iqtisad. Dalam tiga malam, mereka telah menghabiskan dua setengah okka madu. Sambil tersenyum saya berkata: “Sebenarnya saya mahu memberi madu itu kepada kalian selama tiga ke empat puluh hari. Kalian telah menurunkannya daripada tiga puluh hari kepada tiga hari. Selamat menjamu selera.” 


Tetapi saya telah menggunakan satu okka madu saya sendiri dengan iqtisad. Sepanjang bulan Syaaban dan Ramadhan, di samping saya memakannya لِلّٰهِ الْحَمْدْ 


222. Page

saya turut memberikannya kepada setiap saudara saya itu sesudu besar teh pada waktu berbuka lalu ia menjadi punca kepada pahala yang banyak/besar. Mereka yang melihat keadaan/sikap saya itu mungkin menganggap saya kedekut dan menganggap keadaan tiga orang lagi saudara saya selama tiga malam itu sebagai sifat pemurah. Tetapi pada noktah hakikat, kami melihat bahawa di bawah sifat kedekut secara zahir itu tersembunyi kemuliaan yang tinggi, keberkatan yang banyak dam pahala yang besar. Di bawah kepemurahan dan pemborosan itu, kalaulah tidak dihentikan, nescaya ia akan menghasilkan natijah yang jauh lebih rendah daripada sifat kedekut seperti sifat mengemis dan memandang kepada tangan orang lain dengan perasaan tamak dan haloba.


Nuktah Keenam: Terdapat banyak perbezaan antara iqtisad dan sifat kedekut. Ia adalah seperti tawadhuk merupakan akhlak terpuji yang berbeza dari segi makna dengan tazallul yang merupakan akhlak yang buruk namun secara zahir adalah sama. Juga sepertimana waqar iaitu sifat yang terpuji yang berbeza dari segi makna dengan takabbur yang merupakan akhlak yang buruk tetapi sama dari segi luaran. Begitu juga, iqtisad yang merupakan salah satu daripada akhlak mulia Rasul Sollallahu ‘Alaihi wa Sallam bahkan salah satu daripada sebab-sebab aturan nikmat Ilahi pula langsung tiada sebarang hubungan/kaitan dengan keburukan, kebakhilan, ketamakan dan sifat kedekut yang merupakan satu campuran daripada sifat haloba. Tetapi dari segi luaran terdapat persamaan. Berikut ialah satu peristiwa yang mengukuhkan hakikat ini:


Saidina Abdullah ibnu Umar Radhiyallahu ‘Anhuma yang merupakan salah seorang daripada Sahabat Nabi dengan Abadilah as-Sab’ah (Tujuh orang Abdullah) yang masyhur ialah anak lelaki yang paling penting dan besar bagi Saidina Umar al-Faruq yang menjadi khalifah Rasulullah Sollallahu ‘Alaihi wa Sallam dan juga adalah seorang yang paling hebat daripada para sahabat yang alim. Suatu hari di pasar, ketika beliau berjual beli, beliau telah membuat tawar-menawar dengan bersungguh-sungguh untuk satu barang yang berharga empat puluh sen, untuk iqtisad, dan untuk memelihara kepercayaan/keyakinan dan istiqamah yang menjadi asas perniagaan. Seorang sahabat telah memerhatikan beliau. Dengan menyangka bahawa tawar-menawar kerana empat puluh sen oleh anak lelaki Saidina Umar Radhiyallahu ‘Anhu yang merupakan khalifah agung mukabumi adalah sifat kedekut yang hebat, maka beliau mengekori imam tersebut untuk memahami keadaannya. Beliau melihat bahawa Saidina Abdullah memasuki kawasan rumahnya yang diberkati. Beliau melihat seorang lelaki yang fakir ada di depan pintu. Orang itu kelihatan gembira, kemudian dia pergi meninggalkan tempat itu. Kemudian beliau keluar dari pintu rumahnya yang kedua dan melihat ada seorang lagi orang miskin. Kemudian orang itu juga kelihatan gembira dan berlalu pergi. Sahabat yang melihat dari jauh itu tertanya-tanya. Beliau pergi bertanya kepada orang-orang miskin itu. Imam telah berdiri di tepi/samping kalian, apa yang beliau lakukan? Kedua-duanya berkata bahawa beliau telah memberikan saya sekeping emas. Sahabat itu berkata فسبحان اللّٰه beliau bertegang urat untuk empat puluh sen di pasar, kemudian di rumahnya beliau memberikan dua ratus kurusy dengan penuh kerelaan hati tanpa disedari oleh sesiapa. Begitulah yang difikirkannya. Kemudian dia pergi dan berjumpa dengan Saidina Abdullah ibnu Umar. Beliau berkata: Wahai Imam selesaikanlah masalah saya ini. Kamu melakukan sekian-sekian di pasar manakala di rumah kamu 


223. Page

melakukan perkara yang sedemikian pula. Sebagai jawapan Saidina Ibnu Umar berkata: “Keadaan di pasar ialah kerana iqtisad dan kesempurnaan akal dan ia adalah keadaan yang datang untuk memelihara kepercayaan dan kejujuran yang merupakan asas dan roh jual beli. Bukan kedekut. Keadaan di rumah saya adalah keadaan yang datang daripada kasih sayang hati dan kesempurnaan roh. Itu bukanlah kedekut dan ini bukanlah pembaziran.”


Sambil mengisyaratkan kepada rahsia ini, Imam A’zam Abu Hanifah telah berkata: [لاَ اِسْرَافَ ف۪ى الْخَيْرِ كَمَا لَاخَيْرَ ف۪ى الْاِسْرَافِ] iaitu sebagaimana tiada pembaziran pada kebaikan dan ihsan kepada yang berhak, pada pembaziran juga tiada sebarang kebaikan.


Nuktah Ketujuh: Pembaziran boleh menghasilkan sifat haloba. Sifat haloba (pula) memberikan tiga natijah. 


Natijah Pertama: Rasa tidak cukup dengan apa yang ada. Sifat ini pula mematahkan semangat untuk berkerja dan berusaha. Ia menggantikan kesyukuran dengan rungutan lalu mencampak seseorang itu kepada kemalasan. Maka orang itu meninggalkan perkara yang disyariatkan, halal dan sedikit(29) lalu dia mencari harta yang haram dan tidak membebankan. (Maka) di jalan itu dia mengorbankan kemuliaan bahkan kehormatannya.


Natijah Kedua: Kehilangan dan kerugian. (Iaitu) tidak dapat mencapai maksudnya dan terdedah kepada kesusahan tetapi terhalang daripada kemudahan dan bantuan. Hatta [اَلْحَرِيصُ خَائِبٌ خَاسِرٌ] yakni sifat haloba adalah sebab kepada kerugian dan ketidakberjayaan telah menjadi masodaq (realiti) kepada bidalan perumpamaan. Pengaruh sifat haloba dan sifat qanaah berlaku dengan satu dustur yang amat meluas di alam makhluk bernyawa. Sebagai contoh: Sebagaimana sifat qanaah yang berbentuk fitrah pada pokok-pokok yang berhajat kepada rezeki menyebabkan rezeki mereka berlari kepada mereka dan larian haiwan kepada rezeki dengan kesusahan dan kekurangan melalui sifat haloba (pula) memperlihatkan kerugian besar bagi sifat haloba dan manfaat agung sifat qanaah. Pengaliran makanan yang elok seperti susu dari tempat yang tidak disangka-sangka kepada anak-anak kecil (sama ada insan, haiwan atau tumbuhan) yang lemah kerana sifat qanaah menerusi lisanul hal mereka dan terkaman binatang buas kepada rezeki yang kurang dan tercemar menerusi sifat terburu-buru/haloba mereka secara jelas membuktikan dakwaan kami. Keadaan qanaah ikan-ikan gemuk yang menjadi punca kepada rezeki yang sempurna serta kerampingan dan kekurusan haiwan yang bijak seperti musang dan monyet akibat ketidakberhasilan mereka mendapat rezeki pada kadar yang cukup walaupun berlari di belakangnya/mengejarnya dengan haloba sekali lagi memperlihatkan setahap manakah sifat haloba menjadi


(29) Kerana tiada iqtisad maka pengguna bertambah ramai dan penghasil semakin berkuranag. Semua orang memacak mata mereka kepada kerajaan. Pada masa itu, perkilangan, perniagaan dan pertanian yang merupakan asas kehidupan bermasyarakat akan berkurangan. Bangsa itu juga akan mundur/menjadi hina lalu merosot dan jatuh miskin.


224. Page

Pemerolehan rezeki yang hina dan rendah dalam bentuk yang haram dan hanya sekadar cukup untuk hidup oleh bangsa Yahudi melalui sifat haloba serta almari riba dan muslihatnya; dan keadaan penuh qanaah para penghuni padang pasir, kehidupan mereka yang mulia dan pemerolehan rezeki yang cukup secara qat’i mengisbatkan dakwaan kami yang disebutkan.


Seterusnya, kejatuhan ramai ilmuwan(30) dan pujangga(31) ke dalam kefakiran akibat sifat haloba yang diberikan oleh kebijaksanaan mereka; dan kekayaan mereka yang bodoh dan tidak berupaya kerana keadaan qanaah berbentuk fitrah mereka, secara qat’i mengisbatkan bahawa rezeki halal datang berdasarkan kelemahan dan kefakiran. Bukannya dengan keupayaan dan pilihan. Bahkan, rezeki halal itu adalah nisbah terbalik/songsang dengan keupayaan dan pilihan. Ini kerana apabila muncul sahaja keupayaan dan pilihan pada kanak-kanak, maka rezeki mereka akan berkurangan, menjauh dan menjadi susah. Dengan rahsia hadis [اَلْقَنَاعَةُ كَنْزٌ لَايَفْنَى], sifat qanaah adalah harta tersembunyi bagi kehidupan yang baik dan kerehatan hidup. Kehalobaan pula adalah sumber kerugian dan kerendahan.


Natijah Ketiga: Kehalobaan merosakkan keikhlasan dan mencederakan amalan ukhrawi. Ini kerana jika seorang ahli taqwa memiliki sifat haloba dia akan mengingini perhatian manusia. Sesiapa yang mementingkan perhatian manusia dia tidak akan menjumpai keikhlasan yang sempurna. Natijah ini amat penting dan amat perlu diberi perhatian. 


Hasilnya: Pemborosan menatijahkan rasa tidak qanaah. Ketiadaan qanaah pula mematahkan semangat bekerja, mencampak kepada kemalasan, membuka pintu rungutan daripada kehidupan, akan sentiasa menjadi penyebab kepada rungutan,(32) merosakkan keihlasan dan membuka pintu riya’. Ia juga meruntuhkan kemuliaannya dan menunjukkan jalan kepada kepengemisan.


(30)  Seorang menteri, Nushirawan al-Adil yang merupakan salah seorang di kalangan raja-raja Iran yang adil telah bertanya kepada Buruzjumahr yang merupakan alim yang masyhur dengan kebijaksanaannya. “Mengapakah para ulama’ kelihatan di hadapan pintu para umara’ (pemimpin) tetapi para umara’ (pemimpin ) tidak kelihatan di pintu para Ulama’? walhal ilmu adalah di atas kepimpinan.” Sebagai jawapan, beliau telah berkata: “Para Ulamak keran ilmunya dan umara’ kerana kejahilannya. Yakni, kerana kejahilan para umara’ tidak mengetahui nilai ilmu maka mereka tidak pergi mencarinya di pintu para ulama. Para Ulama’ pula, kerana mereka tidak tahu nilai harta merka adalah daripada pengetahuan mereka, maka mereka mencarinya di pintu para umara’. Justeru Burzujumahr secara lembut telah memberikan jawapan dengan mentakwilkan kehalobaan yang menjadi sebab kepada kefakiran dan kehinaan di kalangan ulama’ dan natijah yang terdapat pada kepandaian mereka denag cara yang halus. -Husrau

(31)  Satu peristiwa yang mengukuhkan perkara ini ialah, di Peranchis satu sijil perakuan diberikan kepada orang-orang yang berpendidikan kerana mereka pandai melakukan kerja mengemis – Sulaiaman Rusydu

(32)  Ya, bila kamu melihat/berjumpa dengan mana-mana pemboros, kamu akan mendengar rungutan-rungutan. Walau sekayamana sekalipun mereka lidah mereka akan tetap merungut. Jika kamu bertemu dengan orang yang paling fakir tetapi qanaah kamu akan mendengar kesyukuran.

225. Page

Iqtisad pula menatijahkan qana’ah. Dengan rahsia Hadis asy-Syarif [عَزَّ مَنْ قَنَعَ ذَّلَ مَنْ طَمَعَ] qanaah menatijahkan kemuliaan. Ia menggalakkan untuk bekerja dan berusaha. Ia akan menambahkan semangat kamu dan menggerakkannya. Ini kerana, contohnya seseorang itu telah bekerja satu hari. Dengan rahsia qanaah dengan upah yang diambilnya pada waktu malam, dia akan terus bekerja pada hari kedua.


Yang pemboros pula, oleh kerana dia tidak qanaah, dia tidak akan bekerja lagi pada hari kedua. Jika dia bekerja pun, dia bekerja tanpa semangat. Qanaah yang datang daripada iqtisad membuka pintu kesyukuran dan menutup pintu rungutan. Dia akan sentiasa menjadi orang yang bersyukur di dalam hidupnya. Malah, pada sudut tidak meminta daripada manusia melalui qanaah, dia tidak akan mencari perhatian mereka. Maka terbukalah pintu keikhlasan dan tertutuplah pintu riya’.  


Saya telah menyaksikan kerugian-kerugian yang dahsyat bagi sikap tidak beriqtisad dan pemborosan dalam satu ruang lingkup yang luas. Ia seperti berikut:

 

Sembilan tahun sebelum ini, saya telah datang ke sebuah bandar yang diberkati. Oleh kerana ketika itu adalah musim sejuk, maka saya tidak dapat melihat sumber-sumber kekayaan bandar tersebut. Mufti bandar tersebut (mudah-mudahan Allah merahmatinya) telah berkata kepada saya beberapa kali; “Penduduk di sini adalah fakir/miskin.” Kata-kata ini telah menyentuh rasa kasihan/perasaan saya. Saya terus berasa kasihan kepada penduduk bandar itu sehingga lima atau enam tahun selepas itu. Lapan tahun selepas itu sekali lagi saya datang ke bandar itu pada musim panas. Saya telah memerhatikan kebun-kebun mereka. Lalu terlintas kata-kata almarhum mufti ke benak saya. Maka saya berkata فسبحان اللّٰه, hasil-mahsul kebun-kebun ini melebihi keperluan bandar ini. Sepatutnya sangat ramai penduduk bandar ini menjadi kaya. Saya kehairanan. Namun, menerusi satu lintasan hakikat yang tidak menipu dan menjadi pedoman saya untuk memahami hakikat-hakikat, maka saya telah faham bahawa kerana tidak beriqtisad dan pemborosan maka keberkatan telah diangkat walaupun memiliki sumber kekayaan sebanyak itu. (Kerana itulah) almarhum mufti itu mengatakan penduduk kami fakir. Ya, sebagaiman memberi zakat dan beriqtisad benar-benar menjadi sebab keberkatan melalui pengalaman, terdapat peristiwa yang sangat banyak menunjukkan bahawa pemborosan dan tidak memberi zakat adalah sebab terangkatnya keberkatan.


Plato bagi bijak pandai Islam, syeikh bagi mereka yang pakar, guru kepada ahli falsafah dan cendekiawan yang masyhur, Abu Ali Ibnu Sina, telah mentafsirkan ayat [كُلُوا وَ اشْرَبُوا وَ لَاتُسْرِفُوا] dari sudut perubatan sahaja telah berkata seperti berikut: 


جَمَعْتُ الطِّبَّ ف۪ى الْبَيْتَيْنِ جَمْعًا وَ حَسَنَ الْقَوْلِ ف۪ى قَصْرِ الْكَلاَمِ فَقَلِّلْ اِنَّ اَكَلْتَ وَ بَعْدَ اَكْلٍ تَجَنَّبْ * وَ الشِّفَاءُ ف۪ى الْاِنْهِضَامِ وَ لَيْسَ عَلَى النُّفُوسِ اَشَدُّ حَالاً مِنْ اِدْخَالِ الطَّعَامِ عَلَى الطَّعَامِ

Maksudnya: Aku menghimpunkan ilmu perubatan di dalam dua rangkap/baris. Keindahan kata-kata adalah pada keringkasannnya. Apabila kamu makan, makanlah dengan sedikit. Selepas makan jangan makan lagi selama empat atau lima jam. Penawar adalah pada kehadaman. Yakni, makanlah sekadar yang boleh 


226. Page

memudahkan proses penghadaman. Hal yang paling berat dan meletihkan kepada diri dan perut ialah memakan makanan ke atas makanan. (33)


سُبْحَانَكَ لَاعِلْمَ لَنَا اِلاَّ مَا عَلَّمْتَنَا اِنَّكَ اَنْتَ الْعَلِيمُ الْحَكِيمُ

Satu tawafuq yang menarik perhatian dan menjadi tempat renungan. Tiga daripadanya orang baru, lima atau enam penyalin telah menulis di tempat yang berbeza-beza, pada kertas/ naskhah yang berbeza-beza, walaupun jauh antara satu sama lain, khat juga berbeza daripada satu dengan yang lain, tanpa memikirkan langsung huruf alif, huruf-huruf alif pada setiap naskhah yang ditulis mereka adalah lima puluh satu tanpa doa dan lima puluh tiga dengan doa, di samping berlaku tawafuq, tawafuq tarikh penulisan Risalah Iqtisad ini dan penyalinannya yang pada tahun lima puluh satu Masihi yang bersamaan dengan tarikh Lima puluh tiga Hijri pula tanpa keraguan bukanlah kebetulan. Ia adalah satu isyarat bahawa keberkatan pada Iqtisad telah naik ke darjat karomah. Maka tahun ini layak dinamakan tahun Iqtisad (tahun berjimat cermat).


Ya selepas dua tahun melalui kelaparan, kemusnahan dan pemborosan ketika Perang Dunia Kedua di setiap penjuru dan keterpaksaan bangsa manusia dan semua orang telah mengisbatkan karomah iqtisad ini.


(33)  Yakni, perkara yang paling membahayakan tubuh ialah memakan makan tanpa memberi ruang selama empat atau lima jam ataupun memasukkan makanan yang bermacam-macam ke dalam perut kerana kelazatannya.

227. Page

SURAT KEDUA PULUH LAPAN: RISALAH SYUKUR


Risalah Syukur


Masalah kelima Maktub ke dua puluh lapan.


Risalah Syukur

[بِسْمِ اللّٰهِ الرَّحْمٰنِ الرَّح۪يمِ]

[وَ اِنْ مِنْ شَيْئٍ اِلاَّ يُسَبِّحُ بِحَمْدِه۪] 

Ayat-ayat seperti:

[لَئِنْ شَكَرْتُمْ َلاَزِيدَنَّكُمْ] * [وَسَنَجْزِى الشَّاكِرِينَ] * [اَفَلاَ يَشْكُرُونَ * اَفَلاَ يَشْكُرُونَ] 

* [بَلِ اللّٰهَ فَاعْبُدْ وَ كُنْ مِنَ الشَّاكِرِينَ] 

Yang diulang-ulang dalam Al-Quranul Karim menunjukkan bahawa perkara yang paling dikehendaki oleh al-Khaliqur Rahim daripada hamba-hamba-Nya ialah kesyukuran. Dalam al-Furqanul Hakim, Allah dan menyeru kepada kesyukuran dengan penuh perhatian. Allah memberi ancaman sebanyak tiga puluh satu kali dalam bentuk yang sangat keras dan dan dahsyat dalam Surah ar-Rahman melalui firman-Nya [فَبِاَىِّ آلاَءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ] yang memperlihatkan bahawa perbuatan tidak bersyukur adalah seperti mendustai dan mengingkari nikmat. Ini memperlihatkan bahawa perbuatan tidak bersyukur merupakan suatu pendustaan dan pengingkaran.

Ya, sebagaimana Al-Quranul Hakim memperlihatkan kesyukuran sebagai natijah penciptaan, alam semesta yang merupakan Al-Quran yang besar juga memperlihatkan bahawa natijah penciptaan alam yang terpenting ialah kesyukuran. Ini kerana, jika diperhatikan kepada alam semesta, maka kelihatan bahawa dalam pembentukan alam semesta setiap perkara boleh melahirkan kesyukuran, memandang dan menghadap kepada kesyukuran pada suatu tahap. Seolah-olah buah paling penting dan utama bagi pohon penciptaan ini ialah kesyukuran. Malah hasil terbaik dan paling tinggi yang dikeluarkan oleh kilang alam semesta ini ialah kesyukuran. Ini kerana, dalam penciptaan alam, kita Nampak bahawa maujudat alam dibentuk dalam bentuk lingkungan/ bulatan lalu di tengah-tengahnya kehidupan diciptakan sebagai titik pusat. Maka semua maujudat memandang kepada kehidupan, berkhidmat untuknya dan menghasilkan keperluan-keperluan kehidupan. Ini bermakna, Dzat yang mencipta alam semesta telah memilih kehidupan itu daripadanya. Kemudian kita lihat bahawa Dia menjadikan alam bagi benda-benda hidup dalam bentuk bulatan/ lingkungan. Kemudian Dia meletakkan manusia pada titik pusatnya. Bagaikan tujuan-tujuan yang dikehendaki daripada benda-benda hidup terhimpun dan bertumpu padanya. Dia menghimpunkan seluruh benda hidup di sekeliling manusia lalu menjadikan mereka berkhidmat dan tunduk kepadanya. Dia menjadikan manusia sebagai penguasa ke atas benda-benda hidup. Ini bermakna, al-Khaliq Dzul Jalal memilih manusia dari kalangan benda hidup lalu mengambil dan menentukannya di atas alam. Kemudian kita nampak bahawa alam manusia bahkan alam haiwan dibentuk seperti lingkungan dan rezeki diletakkan di titik pusat. Dia seoalah-olah menjadikan semua bangsa manusia hatta haiwan amat mencintai rezeki lalu menjadikan mereka keseluruhannya sebagai hamba dan budak suruhan rezeki. Maka yang menguasai mereka adalah rezeki. Malah Dia telah menjadikan rezeki pula sebagai khazanah yang sangat luas dan kaya sehingga