NAVIGATION
228. Page
menghimpunkan nikmat-nikmat yang tidak terhitung. Hatta, untuk mengenali hanya satu rasa daripada begitu banyak jenis-jenis rezeki, melalui satu alat bernama deria rasa yang terdapat pada lidah, telah diletakkan neraca-neraca maknawi yang halus sebanyak bilangan makanan. Ini bermakna, hakikat yang paling menakjubkan, paling kaya, paling menghairankan, paling menawan, paling lengkap dan paling unggul adalah pada rezeki.
Sekarang kita nampak bahawa sebagaimana setiap benda berhimpun di sekitar rezeki dan memandang kepadanya, demikianlah juga rezeki. Semua jenisnya secara maknawi dan maddi, keadaan dan kata-kata, berdiri dengan kesyukuran, terhasil daripada kesyukuran, menghasilkan kesyukuran dan memperlihatkan kesyukuran. Ini kerana, selera dan keinginan terhadap rezeki adalah sejenis kesyukuran fitrah. Manakala merasai kelazatan dan kenikmatan adalah satu kesyukuran berbentuk bukan perasaan. Dan kesyukuran ini terdapat pada semua haiwan. Cuma manusia yang mengubah perihal kesyukuran fitrah itu melalui kesesatan dan kekufuran. Ia pergi daripada kesyukuran kepada kesyirikan.
Malah bentuk dan rupa yang terhias indah, bau-bauan yang sangat harum, rasa-rasa yang sangat sedap pada nikmat-nikmat yang berupa rezeki adalah para penyeru (kepada) kesyukuran. Ia mengundang benda hidup kepada kegembiraan dan melalui kegembiraan ia mendorong kepada sejenis penghargaan dan penghormatan lalu melahirkan kesyukuran maknawi. Ia menarik pandangan makhluk yang berakal kepada pengamatan dan menggalakkannya kepada penghargaan. Nikmat-nikmat-Nya menggalakkannya kepada penghormatan. Melaluinya, ia membimbing kepada kesyukuran berbentuk kata-kata dan perbuatan, melahirkan kesyukuran dan merasakan kepadanya kelazatan dan kenikmatan yang paling tinggi dan manis di dalam kesyukuran. Yakni, melalui kesyukuran, ia memperlihatkan bahawa rezeki dan nikmat yang lazat itu, bersama-sama dengan kelazatan zahirnya yang singkat dan sementara, ia memperolehkan tolehan ar-Rahman yang mengandungi kelazatan dan kenikmatan yang berterusan, hakiki dan tiada batasan. Yakni, ia membuatkan manusia memikirkan tolehan lazat yang tiada taranya oleh al-Malikul Karim khazanah rahmat, lalu merasakan secara maknawi suatu kenikmatan syurga yang kekal di dunia ini lagi.
Justeru rezeki, merupakan satu khazanah lengkap yang sangat bernilai dan kaya melalui perantaraan syukur. Manakala melalui kekufuran nikmat manusia akan jatuh ke tahap yang paling rendah.
Sebagaimana telah diterangkan dalam Kalimah Keenam: Apabila deria rasa menghadap kepada rezeki atas nama Allah Taala, yakni melalui tugas kesyukuran yang maknawi, maka deria rasa pada lidah itu bagaikan penyiasat yang bersyukur dan pemantau yang tinggi pangkatnya di dapur yang tidak terkira bagi Rahmat Ilahi yang tiada kesudahan.
Sekiranya ia digunakan atas nama nafsu, yakni mengahadap kepada rezeki tanpa memikirkan kesyukuran kepada Pemberi nikmat rezeki, maka daripada kedudukan sebagai pemantau yang tinggi pangkatnya, deria rasa pada lidah itu jatuh ke tahap sebagai penghalang di kilang perut dan penjaga pintu kandang perut. Sebagaimana khadam rezeki ini jatuh ke tahap tersebut kerana tidak bersyukur, demikianlah juga perihal rezeki dan sekalian pembantunya juga akan jatuh nilainya. Daipada kedudukan yang paling tinggi, mereka jatuh ke tahap yang paling rendah. Mereka jatuh dalam keadaan yang berlawanan dan bertentangan dengan hikmah al-Khaliq
229. Page
alam semesta.
Kayu ukur kesyukuran ialah rasa qanaah dan iqtisad, keredhaan dan kegembiraan. Neraca ketidaksyukuran pula ialah ketamakan, pembaziran, kebiadapan terhadap nikmat dan memakan apa jua yang ditemui tanpa mengira halal dan haram. Ya, ketamakan adalah sebab keterhalangan sebagaimana merupakan ketidaksyukuran. Malah merupakan perantara kehinaan. Hatta semut yang mempunyai kehidupan bermasyarakatnya yang tersendiri juga, seolah-olah dipijak di bawah tapak kaki akibat ketamakan. Ini kerana, ia tidak merasa cukup. Ketika beberapa butir gandum adalah mencukupi untuk setahun, ia mahu mengumpulkan sehingga ribuan sekiranya mampu. Seolah-olah pula, lebah yang diberkati terbang di atas kepala kerana sifat qanaahnya. Kerana ia berqanaah, maka dengan perintah Ilahi, ia mengurniakan madu kepada manusia sebagai makanan.
Ya, nama “ar-Rahman” Allah yang merupakan nama yang paling agung selepas lafaz “Allah” yang merupakan panji sejati dan nama teragung bagi Dzat tersuci memandang kepada rezeki dan sampai kepada-Nya melalui kesyukuran pada rezeki. Malah nama yang paling zahir bagi ar-Rahman ialah ar-Razzaq.
Di sana terdapat jenis-jenis syukur. Yang paling lengkap dan menjadi faharasat umum bagi jenis-jenis itu ialah solat. Malah terdapat keimanan yang murni dalam kesyukuran dan ada tauhid yang tulus. Ini kerana, orang yang memakan epal dan mengucapkan Alhamdulillah, mengumumkan menerusi kesyukuran itu bahawa epal itu adalah cenderamata tangan qudrat dan hadiah khazanah rahmat secara langsung. Dengan mengatakan dan beriktiqad begitu, orang itu menyerahkan setiap benda sama ada juzi atau kulli kepada tangan qudrat-Nya. Dan dia meyakini bahawa terdapat jilwah rahmat pada setiap benda. Ia menerangkan keimanan yang hakiki dan ketauhidan yang tulus dengan kesyukuran.
Kami akan menerangkan hanya satu wajah daripada banyak sudut betapa manusia yang lalai jatuh ketahap yang sangat rendah akibat mengkufuri nikmat. Ia adalah seperti berikut:
Sekiranya manusia memakan satu nikmat yang lazat, lalu dia bersyukur, maka melalui kesyukurannya itu, nikmat yang dimakannya itu menjadi satu nur dan buah syurga yang ukhrawi. Melalui kelazatan yang diberikan, dengan memikirkan bahawa ia adalah hasil tolehan rahmat Allah Taala, ia memberikan kelazatan dan kenikmatan yang besar dan berterusan. Ia menghantar intisari-intisari, pati-pati dan bahan-bahan maknawi seperti ini ke kedudukan yang tinggi lalu perkara-perkara maddi, hampas, dan kulit, yakni bahan-bahan yang telah melaksanakan tugasnya menjadi tidak berguna lagi, maka ia berubah menjadi asli yakni menjadi unsur. Sekiranya ia tidak bersyukur, kelazatan sementara itu meninggalkan satu kesakitan dan kesedihan melalui kelenyapan dan ia sendiri menjadi bahan buangan. Nikmat yang berperihal berlian akan berubah menjadi arang. Dengan kesyukuran, rezeki yang telah lenyap memberikan kelazatan-kelazatan yang berterusan dan buah-buah yang kekal. Nikmat yang tidak disyukuri, berubah daripada rupa yang paling indah kepada rupa yang paling hodoh. Ini kerana, pada pandangan orang yang lalai itu, akibat rezeki selepas kelazatan yang sementara ialah menjadi sisa.
Ya, rezeki mempunyai satu rupa yang layak kepada kecintaan. Itu pun dapat dilihat melalui kesyukuran tersebut. Jika tidak kecintaan mereka yang lalai dan sesat kepada rezeki adalah satu kebinatangan. Kiaskanlah lagi kepada perkara ini betapa ruginya mereka yang sesat dan lalai.
Dalam kalangan jenis benda hidup, yang paling berhajat kepada rezeki ialah
230. Page
manusia. Allah Taala telah mencipta manusia sebagai cermin lengkap kepada semua nama-Nya, dan mukjizat qudrat yang memiliki peralatan-peralatan yang boleh menimbang, mengenali perbendaharaan khazanah semua rahmat-Nya, serta sebagai Khalifah Bumi yang mempunyai alat-alat yang boleh menimbang jilwah semua nama-Nya, dan kehalusan hasil seni-Nya. Kerana itu, Allah memberikan keberhajatan yang tidak berpenghujung kepada manusia lalu ia menjadikan manusia memerlukan pelbagai jenis rezeki maddi dan maknawi yang tidak terkira.
Maka perantara untuk menaikkan manusia ke tahap ahsanu taqwim yang merupakan kedudukan tertinggi bagi kumpulan/ kelengkapan ini ialah kesyukuran. Jika tiada kesyukuran, maka manusia akan jatuh ke asfala safilin dan melakukan satu kezaliman yang besar.
Kesimpulannya: Asas yang paling besar daripada empat asas jalan ‘ubudiyyah dan mahbubiyyah yang merupakan jalan yang paling tinggi dan paling mulia ialah kesyukuran. Empat asas itu diungkapkan seperti berikut:
]درطريق عجزمندى لازم آمد چارچيز [
]عجزمطلق فقرمطلق شو مطلق شكرمطلق اي عزيز[(34)
[اَللّٰهُمَّ اجْعَلْنَا مِنَ الشَّاكِرِينَ بِرَحْمَتِكَ يَا اَرْحَمَ الرَّاحِمِينَ]
[سُبْحَانَكَ لَا عِلْمَ لَنَٓا اِلَّا مَا عَلَّمْتَنَا اِنَّكَ اَنْتَ الْعَل۪يمُ الْحَك۪يمُ]
[اَللّٰهُمَّ صَلِّ وَ سَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ سَيِّدِ الشَّاكِرِينَ وَ الْحَامِدِينَ وَ عَلَى آلِهِ وَ صَحْبِهِ اَجْمَعِينَ آمِينْ]
[وَ آخِرُ دَعْوَيهُمْ اَنِ الْحَمْدُ لِلّٰهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ]