NAVIGATION
1. Page
SINARAN KESEBELAS: RISALAH BUAH
Risalah Buah
Risalah ini Merupakan kenyataan pertahanan Risalah an-Nur terhadap golongan zindiq dan kekufuran mutlak. Juga merupakan kenyataan pertahanan kita yang hakiki dalam penjara kita ini kerana untuk ini sahajalah kita berusaha.
Risalah ini merupakan buah dan kenangan daripada penjara Denizli. Ini adalah hasil kerja di antara dua hari Jumaat.
بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
فلبث في السجن بضع سنين
“Lalu ia (Yusuf) berada dalam penjara beberapa tahun” (Yusuf : 42)
Sesungguhnya Nabi Yusuf ‘Alaihis Salam adalah seorang pemimpin bagi para penghuni penjara dengan rahsia dan pemberitahuan yang disampaikan dalam ayat ini. Oleh itu penjara adalah sedikit sebanyak merupakan sebuah "sekolah ala nabi Yusuf AS".
Walau pun para pelajar risalah ini telah memasuki sekolah ini sebanyak dua kali dan dengan jumlah pelajar yang banyak, maka tidak syak bahawa adalah satu kemestian ke atasnya untuk mendapatkan pendidikan yang sempurna dengan pembelajaran dan pengajaran tentang pelbagai ringkasan yang pendek bagi pelbagai masalah yang telah ditetapkan diisbatkan oleh Risalah an-Nur, yang mana pelbagai masalah ini memiliki satu hubungan dengan penjara dalam sekolah yang memang dibuka untuk pendidikan ini. Maka kami akan menerangkan lima atau enam masalah daripada ringkasan tersebut.
Masalah Pertama
Sebagaimana yang telah diterangkan dalam "kalimah keempat" bahawa Pencipta kita selalu berbuat baik mengurniakan kepada kita setiap hari selama 24 jam berupa modal kehidupan, sehingga kita dapat membeli dengan modal ini segala yang menjadi kemestian bagi kedua-dua kehidupan kita (dunia dan akhirat). Maka setiap kesalahan yang kita lakukan apabila kita gunakan 23 jam daripada kehidupan dunia yang sangat pendek, dan kita tidak gunakan satu jam yang cukup bagi lima solat fardu bagi kehidupan ukhrawi kita yang sangat panjang.
2. Page
Berapakah hati dan ruh kita menderita sebagai natijah daripada kesalahan ini? Dan disebabkan oleh penderitaan ini maka rosaklah akhlak kita, dan kita menghabiskan kehidupan kita dalam keadaan berputus asa. Dan dari sanalah kita rugi dengan kerugian yang besar kerana tindakan kita yang bersalahan dengan pendidikan ini. Janganlah kamu kata bahawa kita tidak pernah menerima pendidikan itu pada asalnya. Namun hendaklah kita membuat perbandingan.
Dan jika kita gunakan sejam untuk lima solat fardu, maka setiap jam daripada banyak jam di penjara dan musibah kadang-kadang akan menjadi seperti ibadah sehari. Sejam yang sirna dari jam-jam tersebut akan menjadi seperti 23 jam yang selebihnya, dan hilanglah rasa putus asa dan penderitaan hati dan jiwa sedikit sebanyak. Sejam itu menjadi sebab kemaafan daripada pelbagai kesalahan yang mengheret kita ke penjara dan kaffarah (penebus) bagi kesalahan itu, dan kita menerima pendidikan yang merupakan hikmah penjara, Maka hendaklah setiap seorang berfikir bahawa ini adalah keuntungan yang ia perolehi daripada ujian, pengajaran dan pertemanan yang elok dan menyeronokkan bersama teman-temannya dalam musibah tersebut.
Sebagaimana yang telah disebut dalam "kalimah keempat" jika terdapat di sana seseorang membayar lima atau sepuluh Lira daripada 24 lira yang dimilikinya untuk judi Toto yang diikuti oleh seribu orang untuk memenangi satu hadiah yang bernilai seribu Lira, dan ia tidak membayar satu Lira pun daripada 24 Lira ini demi memenangi satu tiket khazanah pelbagai permata yang abadi sedangkan kemungkinan untuk memenangi seribu lira dalam judi loteri duniawi adalah 1 perseribu, kerana di sana terdapat seribu peserta selainnya, Sedangkan dalam undian ukhrawi bagi keupayaan manusia maka kebarangkalian berjayanya orang beriman yang mencapai husnul khatimah adalah 999 perseribu berdasarkan pemberitahuan para pemberitahu yang benar (jujur) yang tidak terhad bilangannya dalam kalangan para wali dan ahli sufi yang membenarkan berkenaan pelbagai pemberitahuan 124,000 para nabi dengan jalan ilmu kasyaf, maka hendaklah dibuat perbandingan bagaimanakah keadaan berlari (1) ke loteri pertama, dan berlari daripada loteri kedua adalah menyalahi maslahah (kepentingan).
Dari sudut ini maka sepatutnya para pengarah, para pengawal dan para penghuni bagi pelbagai penjara bahkan bagi para pentadbir negeri, para penjaga dan pegawal keselamatan bergembira dengan pengajaran yang terdapat dalam Risalah an-Nur ini, kerana sesungguhnya telah muncul dengan pengalaman bahawa menyelaras dan mengurus seribu orang yang komitmen dengan agama dan sesiapa yang mengingat akan penjara neraka jahanam pada setiap waktu adalah lebih mudah daripada menyelaras dan mengurus sepuluh orang yang tidak melaksanakan solat atau tidak memiliki kepercayaan, tidak memikirkan melainkan berkenaan penjara duniawi, tidak mengenal perkara yang haram dan halal, dan biasa melakukan tindakan secara melulu sedikit sebanyak.
Ringkasan Masalah Kedua
Sesungguhnya kematian (sebagaimana yang diterangkan oleh "mursyid asy-Syabab (Petunjuk bagi para pemuda)" dalam Risalah an-Nur satu penerangan yang cantik)
3. Page
adalah satu perkara yang diyakini kedatangannya, wujud kematian itu juga adalah tetap (thabit) dan jelas sampai ke tahap bahawa kematian itu akan menimpa kita sebagaimana datangnya malam pada hari ini, dan datangnya musim sejuk selepas musim luruh.
Sebagaimana penjara ini adalah sebuah rumah tumpangan bagi para tetamu yang sentiasa masuk dan keluar dari rumah itu, maka begitu juga muka bumi juga adalah masa berehat bagi persinggahan dan pemberangkatan di atas laluan pelbagai rombongan kafilah yang bergerak cepat.
Maka kematian yang mengosongkan setiap kota dan memindahkan kota itu ke tanah perkuburan sebanyak seratus kali, maka semestinya kematian itu banyak menghendaki daripada kita sesuatu yang lebih penting daripada kehidupan kita. Risalah an-Nur telah menyelesai dan menyingkap pelbagai sisi buta yang terdapat dalam hakikat yang besar dan mengagumkan ini.
Maka ringkasan yang paling pendek bagi hakikat ini adalah sebagai berikut:
Walaupun kematian ini tidak dibunuh, pintu kubur pula tidak ditutup, di sana terdapat satu jalan keluar untuk melepaskan diri daripada tangan ajal yang merupakan algojo yang besar ini, daripada penjara kubur sendirian yang disediakan untuk setiap individu, maka tidak syak bahawa isu ini adalah satu isu terbesar dan terpenting yang menimbulkan kesusahan dan kegelisahan terhadap seorang manusia. Baginya isu ini mengatasi segala sesuatu.
Ya, sesungguhnya isu ini memiliki jalan keluar. Dengan rahsia al-Quran, Risalah an-Nur telah menetapkan jalan keluar tersebut dengan satu penetapan yang Qat'i seperti penyelesaian dua kali dua adalah empat. Berikut ini adalah satu ringkasan yang pendek bagi jalan keluar ini:
Sesungguhnya kematian itu sama ada kematian itu adalah hukuman bunuh yang kekal dan tali gantung yang menjerut seorang manusia, semua kekasih dan kerabatnya, dan sama ada kematian itu adalah satu tiket pelepasan untuk pergi ke alam lain yang kekal, dan untuk memasuki istana kebahagiaan dengan watikah keimanan.
Adapun kubur, maka sama ada ia adalah pengurungan secara sendirian di penjara yang gelap gelita dan juga merupakan lubang yang tidak berdasar, atau sama ada ia adalah pintu yang terbuka dari penjara dunia ini ke negeri yang penuh dengan layanan mesra dan taman yang kekal yang penuh dengan nur. "Mursyid asy-Syabab (Petunjuk bagi para pemuda)" telah menetapkan hakikat ini dengan satu contoh.
Sebagai contoh: Pelbagai tali gantung telah dipacakkan untuk proses menggantung di laman penjara ini namun di belakang dinding yang disandarkan tiang gantung itu telah didirikan satu kawasan loteri yang sangat besar dan telah ikut serta di dalamnya semua individu yang ada di dunia. Mereka akan memanggil kami yang berjumlah lima ratus yang ada di dalam penjara ini seorang semi seorang dengan pasti dan tanpa sebarang pengecualian ke padang tersebut dan ke laman tersebut dan
4. Page
tiada tempat untuk melarikan diri daripadanya.
Dan diiklankan di setiap tempat, "Datanglah dan terimalah pengumuman hukuman mati dan naiklah ke tiang gantung atau peganglah watiqah pengurungan sendirian yang abadi dan masuklah daripada pintu yang terbuka ini".
Atau "Berita gembira buatmu, engkau telah memenangi satu tiket yang membuatkan engkau memenangi jutaan emas lira, datanglah dan ambillah."
Ketikamana, dengan jelas, kami melihat mereka menaiki tiang gantung seorang selepas seorang, melihat mereka digantung dan kami mengetahui bahawa sebahagian daripada mereka telah menjadikan tiang gantung sebagai tangga untuk naik ke daerah hadiah (dan seakan-akan kami melihat mereka dengan mata kepala) dengan pelbagai pemberitahuan yang qat'i daripada para pegawai tinggi yang amat bersungguh-sungguh yang mulia yang terdapat di sana. Tiba-tiba dua utusan telah memasuki penjara kami ini iaitu satu kelompok yang terdapat di tangan mereka pelbagai alat gesekan dan nyanyian, dan juga pelbagai jenis arak dan manisan yang sangat lazat pada zahirnya, dan mereka berusaha untuk memberi kami makan dengan makanan itu, namun pelbagai manisan itu adalah beracun, Syaitan manusia telah meletakkan racun di dalam manisan itu.
Kelompok kedua yang terdapat di tangan mereka pelbagai kitab dan risalah pendidikan, makanan halal, minuman yang diberkati yang mereka hadiahkan kepada kami, dan mereka berkata (secara serentak) kepada kami dengan sepakat dan dengan penuh kepastian dan kesungguhan yang sempurna, "Jika kamu sekalian mengambil hadiah-hadiah yang dipersembahkan kepada kamu semua oleh kelompok pertama (yang pada hakikatnya itu adalah ujian bagi kamu sekalian) dan kamu semua telah memakannya, maka kamu semua akan digantung seperti orang yang digantung di hadapan kamu semua di tiang gantung."
Dan jika kamu semua menerima pelbagai hadiah yang kami bawa dengan firman daripada penguasa negeri sebagai ganti daripada pelbagai hadiah daripada kelompok pertama, dan kamu semua telah membaca pelbagai doa dan wirid yang terdapat dalam pelbagai kitab dan risalah pendidikan, maka kamu semua akan terselamat daripada turut digantung, Dan mereka (kelompok pertama) berkeyakinan dengan satu keyakinan (seperti terangnya siang hari) bahawa setiap seorang daripada kamu semua akan mengambil satu tiket untuk memenangi jutaan lira emas dalam kawasan hadiah ini sebagai ihsan yang khas daripada penguasa tersebut. Jika kamu semua memakan pelbagai manisan yang haram, diragui dan beracun itu maka kamu semua juga akan menderita sakit perut akibat daripada kesan racun itu sehinggalah ketika kamu semua menaiki tiang gantung tersebut.
Dan demikianlah kami memberitahu kamu semua pelbagai perintah penguasa itu dengan satu pemberitahuan yang qat'i dan juga disepakati.
Maka sebagaimana yang terdapat dalam pemberian contoh di atas, 124 ribu para nabi ‘Alaihis Salam memberitahu kita (secara sepakat) yang mana mereka membawa di tangan mereka pelbagai mukjizat yang tidak terhad. Pelbagai mukjizat
5. Page
itu merupakan tanda kebenaran mereka. Dan lebih daripada 124 juta para wali yang saleh (semoga Allah mensucikan rahsia mereka) yang membenarkan (selepas tahap musyahadah mereka dengan ilmu kasyaf dan ilmu rasa) pelbagai Athar yang diberitahu oleh para nabi yang berupa pelbagai berita dan bayang Athar tersebut sebagaimana yang terdapat dalam panggung wayang, dan mereka menanda tangani pelbagai athar itu. Ribuan juta ulama penyelidik (1), mujtahidin (ahli ijtihad) dan siddiqin (ahli Siddiq) yang telah berlalu, dan telah tetapkan (secara sepakat) dengan pelbagai dalil qat'i menurut akal, dengan pelbagai hujah yang kuat menurut fikiran, dan dengan bentuk yang amat diyakini, dengan satu penetapan secara yakin apa-apa yang diberitahu oleh dua bahagian itu yang terdiri daripada golongan manusia yang terkenal, dan membenar dan menandatangan pelbagai berita itu bahawa akan terbit satu tiket yang akan membuatkan (dengan kebarangkalian seratus peratus) ahli iman dan ahli taat memenangi satu khazanah abadi yang tidak luak (2) iaitu loteri yang boleh dicapai oleh jenis manusia di sebalik tiang gantung ajal yang kita lihat pada setiap waktu dengan syarat husnul Khatimah. Dan sesungguhnya mereka yang berterusan dalam kedunguan, perkara haram, kefasikan dan tidak memiliki iktikad maka mereka akan mendapatkan sama ada pemberitahuan hukuman mati yang abadi jika mereka tidak bertaubat kepada Allah (Bagi orang yang tidak beriman pada hari akhirat) atau sama ada pemberitahuan pengurungan secara bersendirian yang kekal dan gelap dan kesengsaraan yang abadi (bagi orang yang beriman dengan kekalnya ruh namun mereka berterusan dalam kepoya-poyaan) dengan kebarangkalian yang pasti sebanyak 99 perseratus.
Tiada keraguan bahawa seorang yang tidak mendengar pada apa yang telah diberitahu (dengan Ijmak dan tawatur yang bersandarkan pada pelbagai firman) oleh tiga jemaah yang besar ini (yang individunya adalah mereka yang merupakan matahari, bulan atau bintang daripada jenis manusia). Ketiga-tiga kelompok ini adalah ahli hakikat, kelompok pertama ini adalah utusan yang tinggi dan agung dalam kalangan kelompok yang tiga (mereka adalah para pemimpin yang disucikan bagi manusia). Seorang manusia yang tidak menelusuri jalan yang lurus dan yang dipanjangkan ke kebahagiaan yang abadi yang merupakan jalan yang mereka tunjukkan, dan yang tidak memberi perhatian pada kebarangkalian bahaya yang besar dengan kadar 99 perseratus (sedangkan sesungguhnya ia mungkin meninggalkan satu jalan sebagaimana kata-kata seorang pembawa berita, "Sesungguhnya di jalan ini terdapat satu bahaya" dan ia menelusuri jalan lain yang lebih panjang daripada jalan sebelumnya). Kami katakan bahawa seorang manusia ini keadaannya adalah seperti berikut: "Sesungguhnya ia memilih jalan yang lebih banyak goncangan, lebih banyak kesusahan dan lebih panjang, yang membawa ke penjara neraka jahanam dan ke kesengsaraan yang kekal dengan kebarangkalian 99 per seratus, dan meninggalkan jalan yang lebih pendek dan lebih mudah yang membawa ke kebahagiaan yang abadi dengan kebarangkalian 100 per 100,
6. Page
bersandarkan pada pelbagai pemberitahuan yang qat'i yang diberitahu oleh para pemberitahu yang tidak terhad, sedangkan ia meninggalkan berkenaan dunia ini dengan pemberitahuan seorang pemberitahu (mungkin pemberitahuan ini adalah satu pembohongan) mengenai satu jalan yang lebih pendek daripada dua jalan itu kerana terdapat di dalamnya satu kebarangkalian terdapatnya bahaya dengan nisbah satu per seratus, dan satu kebarangkalian penjara bagi tempoh sebulan, dan ia memilih jalan yang lebih panjang yang tiada faedah di dalamnya hanya kerana ketiadaan kemudaratannya.
Permisalan seorang manusia dalam perkara ini adalah seperti seorang lelaki yang nyanyuk, nakal dan mabuk yang tidak memperduli pelbagai naga yang menakutkan yang dapat dilihat dari kejauhan dan yang mengancamnya, namun seorang manusia sibuk dengan lalat, dan perhatiannya hanya tertumpu pada lalat itu sahaja, seakan-akan ia akal, hati, ruh dan kemanusiaannya telah hilang.
Walaupun hakikat keadaannya adalah seperti ini, maka ke atas kita (iaitu kita yang terpenjara) untuk menerima pelbagai hadiah daripada utusan kedua yang diberkati itu sehingga kita dapat membalas dendam kita secara sempurna terhadap musibah yang terdapat dalam penjara ini, atau sebagaimana musibah ini telah memasukkan kita ke penjara ini bagi tempoh lima belas, lima, sepuluh, dua atau tiga tahun dengan sebab kelazatan niqmah (lawan nikmat) dalam masa seminit, dan dengan sebab pelbagai kelazatan kedunguan bagi beberapa minit, sejam atau dua jam, dan menjadikan dunia kita sebagai penjara bagi kita, maka wajib ke atas kita untuk membalas dendam secara sempurna terhadap musibah tersebut walaupun musibah itu tidak bersalah, walau pun dengan kedegilan yang dimiliki oleh musibah itu, dengan menukar satu atau dua jam daripada tempoh penjara itu menjadi ibadat sehari atau dua hari, dan dengan menukar dua atau tiga tahun daripada hukuman yang dijatuhkan ke atas kita menjadi 20 atau 30 tahun sisa umur dengan pelbagai hadiah yang dimiliki oleh kafilah yang diberkati itu, dan kita jadikan hukuman yang dijatuhkan ke atas kita di dalam penjara bagi tempoh sepuluh atau dua puluh tahun sebagai satu perantara bagi keselamatan kita daripada penjara jahanam yang berkekalan bagi jutaan tahun dalam keadaan kita mentertawakan sisa kehidupan kita sebagai ganti bagi tangisan dunia kita yang fana.
Dan kita mestilah menetapkan bahawa penjara adalah satu tempat pendidikan, dan kita mestilah berusaha agar kita menjadi orang beradab, mendatangkan keamanan dan bermanfaat pada negara dan bangsa sehingga para pegawai, para pengarah dan para pentadbir penjara mengetahui bahawa orang yang mereka sangka sebagai penjenayah, perompak, bangsat, pembunuh, dungu, orang yang suka berpoya-poya dan mendatangkan kemudaratan pada negara, pada hakikatnya adalah para pelajar yang belajar di sebuah sekolah yang diberkati, maka hendaklah mereka berasa bangga dan bersyukur kepada Allah SWT.
Masalah Ketiga
Ringkasan bagi peristiwa yang berpengajaran yang dijelaskan dalam "Mursyid asy-syabab" (petunjuk bagi para pemuda):
7. Page
Aku pernah duduk pada satu hari republik di hadapan jendela penjara Eskisehir (1) dan ketika itu budak-budak perempuan yang dewasa berada di laman sekolah menengah yang terletak bertentangan dengan penjara. Mereka sedang menari sambil ketawa, dan tiba-tiba terpampang bagiku dengan perantaraan panggung wayang maknawi berkenaan keadaan mereka selepas lima puluh tahun. Aku melihat bahawa 40 atau 50 daripada budak-budak dan pelajar-pelajar perempuan yang berjumlah 50 atau 60 orang tersebut telah bertukar ke tanah dan diazab di dalam kubur. Sepuluh daripada mereka mencapai umur 70 atau 80 tahun. Mereka kelihatan buruk dan hodoh. Mereka menimbulkan kejijikan bagi mata yang memandang. Mereka menanti kecintaan dan kasih sayang daripada mata tersebut sebagai akibat perbuatan mereka yang tidak menjaga kesucian ketika muda. Aku memang telah menyaksikan pemandangan yang berlaku ini. Aku tangisi keadaan mereka yang sangat memerlukan rahmat dan belas kasihan. Kemudian sebahagian temanku dalam penjara mendengar tangisanku. Mereka pun datang bertanya, lalu aku berkata kepada mereka, "Pergilah dan biarkanlah aku dengan urusanku sekarang."
Ya, sesungguhnya apa yang telah daku lihat adalah satu hakikat bukannya khayalan. Maka sebagaimana penghujung bagi musim panas dan musim luruh adalah musim sejuk, maka begitu juga selepas musim panas (zaman muda) dan musim luruh (zaman tua) terdapat musim sejuk (alam kubur dan alam barzakh).
Kalaulah terdapat di sana sebuah panggung wayang yang menayangkan pelbagai peristiwa yang berlaku pada masa hadapan iaitu yang berlaku selepas lima puluh tahun sebagaimana yang ditayangkan sekarang pelbagai peristiwa yang berlaku pada zaman lampau iaitu yang telah berlaku sebelum lima puluh tahun dengan perantaraan panggung wayang, dan ditayangkan ke atas ahli kesesatan dan kedunguan pelbagai keadaan yang mereka akan laluinya selepas lima puluh atau enam puluh tahun maka mereka akan menangis dengan perasaan jijik dan menderita atas tawa mereka sekarang dan atas keseronokan mereka yang tidak mengikut syariat itu sekarang.
Sementara aku sedang sibuk dengan pemandangan itu di dalam penjara Eskisehir, tiba-tiba muncul di hadapanku seorang manusia maknawi mempromosikan kedunguan dan kesesatan seakan-akan ia adalah syaitan yang berbentuk manusia lalu ia berkata kepadaku:
"Sesungguhnya kami ingin merasa dan membuatkan selain kami merasakan setiap bentuk daripada pelbagai kelazatan dan pelbagai keseronokan kehidupan. Oleh itu, tinggalkanlah kami dengan urusan kami dan janganlah engkau mencampuri urusan kami."
Lalu aku berkata sebagai balasan kepadanya:
“walaupun engkau tidak mengingati mati dengan sebab kelazatan dan rasa, dan engkau mencampakkan dirimu ke dalam kesesatan dan kedunguan. Maka ketahuilah dengan yakin bahawa zaman yang lampau secara keseluruhannya dengan sebab kesesatanmu adalah sesuatu yang mati, sesuatu yang tidak wujud, sebidang tanah perkuburan yang menakutkan dan telah hancur di dalamnya pelbagai jenazah."
8. Page
Ada yang kurang Maka sebagaimana pelbagai kesakitan yang terbit daripada perpisahan yang tiada had dan daripada kematian abadi bagi orang yang engkau cinta yang tiada hadnya, dan yang menyelesaikan (dengan sebab hubungan kemanusiaan dan dengan jalan kesesatan) dengan akal dan hatimu (jika akal dan hatimu itu masih ada dan belum mati lagi) menghapus kelazatan yang berbentuk sebahagian yang engkau merasai kelazatannya dalam keadaan mabuk dan dalam waktu yang amat pendek,
maka begitu juga masa hadapan juga tidaklah wujud, gelap, mati dan merupakan tempat ketakutan kerana ketiadaan keyakinanmu, maka golongan miskin yang datang dari sana dan yang memanjangkan kepala mereka ke alam kewujudan, dan yang melintasi zaman sekarang maka kepala mereka akan dipancung dengan parang alat memancung algojo yang mencabut nyawa lalu kepala itu dilempar ke ketiadaan. Oleh itu masa hadapan menghujani (secara berterusan ke atas kepalamu yang kosong daripada keimanan) pelbagai kegelisahan yang menyakitkan yang tiada had dengan sebab kesibukan akal dengannya secara berterusan. Pelbagai kegelisahan itu menghancurkan kelazatanmu yang bersifat sebahagian yang dungu itu.
Maka jika engkau meninggalkan kesesatan dan kedunguan dan engkau masuk ke daerah istiqamah dengan perantaraan keimanan yang sudah ditahqiq maka engkau akan dapat melihat dengan nur keimanan:
Sesungguhnya zaman lampau bukannya sesuatu yang tidak wujud dan bukannya kubur yang membusuk dan merosakkan setiap sesuatu, bahkan terpampang bahawa zaman lampau adalah satu alam yang wujud dan penuh dengan nur yang telah bertukar menjadi masa hadapan dan telah bertukar menjadi satu ruang menunggu bagi masuknya ruh yang kekal ke dalam istana kebahagiaan yang terdapat pada masa hadapan. Oleh itu zaman lampau tidak mewariskan pelbagai kesakitan, malah membuatkannya merasakan pelbagai kelazatan maknawi yang ada di syurga sedikit sebanyak walaupun masih berada di dunia sesuai dengan kekuatan keimanan.
Begitu juga seorang manusia menyaksikan dengan menggunakan panggung wayang keimanan bahawa masa hadapan bukanlah alam yang suram dan gelap, bahkan diperlihatkan dengan pandangan keimanan sesungguhnya telah dibentangkan dalam istana kebahagiaan abadi pelbagai hidangan Allah yang Maha pengasih lagi Maha Penyayang Yang memiliki keagungan dan kebesaran yang memiliki rahmat dan kemuliaan yang tiada had, yang menjadikan bagi setiap musim bunga dan setiap musim panas dengan satu hidangan, dan memenuhkan kedua-dua musim itu dengan pelbagai nikmat, dan dibukakan dalam kedua-dua musim itu pelbagai pameran ihsan-Nya, dan manusia dibimbing secara berkelompok ke sana. Oleh itu, seorang manusia dapat merasakan (sedikit sebanyak) pelbagai kelazatan alam yang kekal sesuai dengan tingkat keimanannya.
Oleh itu kelazatan hakiki yang tidak selubungi 2 sebarang kesakitan hanyasanya yang terdapat dalam keimanan sahaja dan tidaklah ia menjadi realiti melainkan dengan keimanan.
Dan kami menerangkan dengan satu permisalan (yang telah ditulis sebagai sisipan
9. Page
dalam "Mursyid asy-syabab" (petunjuk bagi pemuda) dengan kesesuaian dengan tajuk tersebut) satu faedah dan satu keseronokan daripada ribuan faedah dan natijah yang dianugerahkan oleh keimanan hatta walau pun masih di dunia, sebagai berikut:
Sebagai contoh, sementara anakmu yang tunggal yang engkau cintai dengan kecintaan yang amat sangat sedang berada dalam kesakitan sakaratul maut, dan engkau berfikir dalam keadaan putus asa berkenaan perpisahannya yang abadi lagi menyakitkan. Tiba-tiba datang seorang doktor seperti saidina al-Khidr atau Luqman al-Hakim lalu ia memberi anakmu satu tegukan rawatan sebagai penawar, lalu anakmu yang kamu cintai dan yang elok membuka kedua-dua matanya, dan terselamat daripada kematian, dan kamu dapati betapa keadaan ini menganugerahkanmu keseronokan dan kegembiraan kepadamu.
Dan begitu juga ketika jutaan manusia yang engkau cintai dan mereka yang engkau cintai seperti anak lelaki itu dan engkau mempunyai satu ikatan yang kuat dengan mereka namun mereka rosak dan binasa dalam kubur zaman lampau menurut pandanganmu. Namun tiba-tiba hakikat keimanan telah membangkitkan satu sinaran dari jendela hati (seperti Luqman al-Hakim) ke tanah perkuburan yang disangka bahawa tanah perkuburan adalah satu padang hukuman bunuh yang besar. Lalu dengan sinar tadi dibangkitkan seluruh manusia yang mati bermula daripada orang yang pertama sehingga orang yang terakhir, dan mereka berkata dengan lisan hal mereka, "sesungguhnya kami tidak mati, tidak akan mati dan kami akan menemui kamu semua sekali lagi. Sesungguhnya keimanan itu menetapkan (dengan pembangkitannya hatta di dunia ini pelbagai keseronokan dan kegembiraan yang tiada had baginya daripada pelbagai kata-kata mereka yang menimpamu (sesungguhnya hakikat keimanan itu adalah satu nukleus yang jika nukleus itu berjisim maka akan keluar satu syurga yang khas daripada nukleus itu, dan akan menjadi pokok tuba bagi nukleus itu.
Selepas aku katakan kata-kataku kepada seorang yang degil itu begini, ia pun kembali dan berkata kepadaku:
Kami akan hidup dengan kedunguan dan dengan berpoya-poya tanpa kami memikirkan mengenai perkara-perkara yang rumit ini. Maka biarkan kami menghabiskan kehidupan kami dengan keselesaan dan keseronokan paling kurang seperti haiwan."
Lalu aku membalasnya dengan jawaban: engkau tidak dapat menjadi seperti haiwan kerana haiwan tidak memiliki masa lampau atau masa hadapan. Sesungguhnya haiwan itu tidak menderita dan juga tidak berasa sedih berkenaan masa lampau. Haiwan juga tidak berasa risau atau takut mengenai masa hadapan. Maka haiwan berasa seronok dengan keseronokan yang sempurna dan hidup dalam keselesaan lalu tidur dan mensyukuri penciptanya. Bahkan haiwan yang disediakan untuk disembelih tidak merasakan sesuatu melainkan haiwan itu cuba untuk merasakan ketika saat pisau itu memotong, tetapi perasaan itu hilang dan sirna daripada haiwan itu juga, lalu haiwan itu terselamat daripada rasa sakit itu.
Oleh itu, sesungguhnya rahmat dan belas kasihan tuhan yang paling besar adalah tiadanya Allah menampakkan bagi kita perkara yang ghaib, bahkan menutup
10. Page
perkara yang berlaku. Perkara ini berlaku jelas dalam aspek yang paling sempurna khasnya bagi pelbagai haiwan yang tidak berdosa.
Akan tetapi, wahai insan! sesungguhnya engkau adalah dijauhkan secara sempurna daripada keselesaan haiwan yang terbit daripada terhijabnya perkara ghaib dengan sebab keluarnya masa lampau dan masa hadapanmu daripada perkara ghaib sedikit sebanyak dari sudut akal.
Maka pelbagai kesedihan dan pelbagai bentuk perpisahan yang menyakitkan yang terbit daripada masa lampau, dan pelbagai rasa takut dan pelbagai kerisauan yang terbit daripada masa hadapan menghilangkan kelazatanmu yang bersifat sebahagian dan menjatuhkanmu ke tahap yang lebih rendah daripada haiwan sebanyak seratus derajat dari sudut merasakan keseronokan.
Walaupun hakikat sebenar adalah seperti ini, maka, sama ada engkau mengeluar dan membuang akalmu, sehingga engkau menjadi haiwan yang tidak memiliki pelbagai beban ke atasnya atau sama ada engkau kembali menjadi waras dengan keimanan, dan mendengar al-Quran, lalu engkau berjaya meraih kelazatan yang suci dan murni, walaupun masih di dunia yang fana ini lebih daripada keseronokan haiwan sebanyak seratus darjah," maka dengan ini aku telah mendirikan hujah ke atasnya.
Lalu pemberontak itu datang semula dan berkata, "Oleh itu kami hidup seperti orang feringgi yang Ateis paling kurang!"
Aku menjawab, "engkau juga tidak dapat menjadi seperti orang feringgi yang ateis, kerana sesungguhnya mereka walau pun mereka mengingkari seorang daripada para nabi, namun mungkin mereka beriman dengan seluruh nabi AS, dan jika mereka tidak mengakui para nabi namun mereka mungkin beriman kepada Allah. Hatta jika mereka tidak mengakui Allah sekali pun maka mereka mungkin membawa sebahagian sifat mulia yang merupakan paksi pelbagai kesempurnaan.
Namun jika seorang muslim mengingkari nabi akhir zaman (Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam) yang merupakan penutup segala nabi (‘Alaihis Salam) dan yang paling agung, yang paling menyeluruh agama dan seruannya, yang menghurai tali gantung 1 dari lehernya, maka sesungguhnya dengan pengingkarannya ini ia tidak mengakui mana-mana nabi, bahkan tidak menerima kewujudan Allah kerana ia telah mengenal Allah dan seluruh nabi dan pelbagai kesempurnaan dengan perantaraannya (Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam) sahaja, maka mereka tidak kekal dalam hatinya tanpa nabi Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam. Oleh itu manusia dari setiap agama memeluk agama Islam sejak dahulu kala, tetapi tidak mungkin mana-mana muslim menjadi seorang yahudi, majusi atau nasrani yang hakiki, bahkan ia menjadi ateis. Sifat-sifat mulianya menjadi rosak, dan ia menjadi seorang yang memberi kemudaratan bagi negara dan manusia.
Dan aku telah tetapkan bagi pemberontak ini semua perkara ini, tiada yang tinggal bagi orang yang degil dan pemberontak ini sesuatu apa pun yang ia berpegang dengannya lalu ia mundur beredar dan pergi ke neraka.
11. Page
Wahai teman-temanku, para pelajar di sekolah nabi Yusuf ini, Walaupun hakikat ini begini, dan walau pun Risalah an-Nur ini telah menetapkan hakikat ini dengan penetapan yang jelas seperti jelasnya matahari sehingga ke tahap ia memecahkan kedegilan para pemberontak dan memasukkan mereka di dalam benteng Islam sejak 20 tahun yang lalu. Maka ke atas kita juga untuk menelusuri jalan keimanan dan istiqamah yang mana jalan ini adalah jalan yang lebih bermanfaat, lebih mudah dan lebih selamat bagi dunia, masa hadapan, akhirat, negara dan bangsa kita, dan mestilah bagi kita menghabiskan masa lapang kita dengan membaca pelbagai surah al-Quran kita hafal dan ketahui, dan mempelajari maknanya daripada teman-teman kita yang mengetahuinya, sebagai ganti daripada sibuk dengan pelbagai mimpi dan fikiran yang mengganggu, hendaklah kita mengqadha’ solat lima yang difardukan pada kita yang tidak kita laksanakan pada waktunya, dan hendaklah kita mengambil faedah daripada pelbagai sifat mulia (2) dan akhlak yang mulia antara kita satu dengan yang lain, lalu kita menukar penjara ini menjadi taman yang diberkati yang menumbuhkan anak benih yang memiliki pelbagai sifat yang baik, dan hendaklah kita untuk melaksanakan pelbagai amal soleh seperti ini agar setiap pengurus penjara dan semua orang yang bertanggungjawab dengan urusan penjara menjadi guru yang beristiqamah, menjadi pembimbing yang memiliki sifat belas kasihan yang diberi tugas berkenaan penyediaan rijal untuk syurga, dan diberi tugas untuk mengawasi pendidikan mereka dalam madrasah ala nabi Yusuf, dan mereka bukannya para pegawai yang bertanggungjawab untuk menyeksa seperti malaikat Zabaniyyah yang menyeksa semua penjenayah yang bersalah dan semua pembunuh.
Masalah Keempat
Sebagaimana yang telah dijelaskan dalam "Mursyid asy-syabab" (Pedoman Masa Muda), sesungguhnya telah ditujukan padaku satu pertanyaan oleh saudara-saudaraku yang berkhidmat padaku, "Engkau tidak disoal sejak 50 hari, (dan sekarang lebih daripada 7 tahun namun keadaannya adalah seperti itu juga (4) iaitu mengenai perang dunia yang menakutkan yang mengakibatkan huru-hara di atas muka bumi, yang mana ia memiliki hubungan dengan pelbagai keupayaan Islam, namun perkara itu tidak meresahkan perhatianmu, Sedangkan sebahagian daripada agamawan dan ulama meninggalkan jemaah dan masjid dan bergegas mendengar radio. Persoalannya, adakah di sana terdapat perkara yang lebih agung daripada itu? Atau, adakah di sana terdapat satu kerosakan berkenaan dengan menyibukkan diri dengan perkara ini?
1 Ar-Ribqah adalah tali yang terdapat di leher haiwan untuk mengikatnya atau memegangnya.
2 As-Sajaya adalah akhlak
3 Az-Zabaniyah adalah para malaikat yang menolak ahli neraka ke neraka jahanam
4 Ini diambil kira daripada zaman penulisan dan karangan risalah tersebut dan tidak diambil kira waktu kita ini.
Aku menjawab: Sesungguhnya modal umur adalah sangat sedikit, sedangkan perkara-perkara yang mesti dan perlu dilakukan adalah sangat banyak.
Dan di sana terdapat banyak daerah yang terdapat dalam dunia setiap insan seperti
12. Page
daerah-daerah yang saling menceroboh antara satu dengan yang lain, bermula daripada daerah hati dan perut, daerah jasad dan rumah, daerah kejiranan dan kota, daerah tanah air dan negara, daerah bumi dan jenis manusia sehinggalah daerah orang yang memiliki kehidupan dan dunia.
dan mungkin terdapat satu tugas bagi setiap manusia dalam setiap daerah sedikit sebanyak, akan tetapi tugas yang paling besar, paling kekal dan paling penting adalah tugas yang terdapat dalam daerah yang paling kecil.
Dan mungkin dalam daerah yang paling besar terdapat satu tugas yang paling kecil dan mungkin bersifat sementara dari satu masa ke masa yang lain.
atau mungkin pelbagai tugas menjadi saling bersesuaian dari sudut saiznya, kecil atau besar dengan pelbagai daerah dengan kesesuaian yang songsang menurut perbandingan ini.
Akan tetapi daerah yang paling besar memiliki daya tarik, dan dengan sebab daya tariknya itu, daerah itu membuat manusia sibuk dengan perbagai perkara yang tidak berkenaan dengannya yang terdiri daripada perkara tambahan dan lebihan, lalu pelbagai perkara ini menjadi penghalang terhadapnya daripada melaksanakan pelbagai khidmat dan tugas yang perlu dan penting yang terdapat dalam daerah yang kecil, lalu ia membuang dan mensia-siakan modal hidupnya dan juga mensia-siakan umurnya yang berharga dalam pelbagai perkara yang tidak bernilai.
Dan seseorang yang mengikuti pelbagai pertembungan yang berlaku dalam perang itu dengan penuh minat yang kadang-kadang hatinya mungkin condong pada satu daripada dua pihak yang bertelagah, tanpa memandang pada kezaliman pihak itu, malah menjadikannya rakan kongsi dalam kezaliman itu.
Ada pun jawapan mengenai noktah pertama ialah, Ya, sesungguhnya telah diangkat di hadapan setiap seorang lebih-lebih lagi kaum muslimin satu isu yang lebih besar daripada perang dunia itu, dan isu yang lebih penting daripada isu penguasaan ke atas seluruh muka bumi, yang mana jika setiap seorang daripada mereka memiliki kekayaan dan kekuatan dengan kadar kekayaan dan kekuatan orang Inggeris dan Jerman, dan ia memiliki akal maka ia akan belanjakan semuanya tanpa sebarang keraguan demi memenangi isu ini semata-mata.
Ada pun isu itu adalah: sesungguhnya 100 ribu tokoh dalam kalangan manusia yang hebat dan juga bintang yang tiada terhad dalam kalangan mereka serta para pembimbing mereka secara sepakat yang keseluruhannya bersandarkan pada pelbagai janji Allah yang merupakan pemilik dan pengatur alam semesta (yang sebahagian daripada mereka telah melihat dengan mata kepala mereka) memberitahu bahawa telah diangkat di hadapan setiap seorang daripada mereka (sebagai balasan bagi keimanan) isu kemenangan dan kekalahan satu ladang dan satu hak milik yang kekal abadi yang dihias dengan pelbagai taman dan pelbagai istana yang keluasannya adalah seperti keluasan muka bumi. Maka jika ia tidak memperolehi watiqah keimanan secara sempurna maka ia akan kalah dalam isu itu, yang mana pada zaman ini, ramai yang akan kalah dalam isu mereka itu kerana
13. Page
memiliki penyakit taun kebendaan. Seorang ahli kasyaf dan tahkik telah menyaksikan bahawa beberapa orang sahaja dalam kalangan 40 orang dalam satu-satu negeri, yang memenanginya ketika dalam ambang kematian mereka, sedangkan baki daripada 40 orang gagal memenanginya.
Persoalannya, jika seorang lelaki ini diberi kuasa ke atas seluruh alam semesta, maka adakah kekuasaan ini dapat menjadikan sesuatu sebagai pengganti bagi isu yang ia kalah dalamnya?
Dan kita (sebagai pelajar bagi Risalah an-Nur) berkeyakinan bahawa menyibukkan diri dengan pelbagai perkara remeh temeh yang tidak berkenaan dengan kita (seakan-akan kita akan kekal di dunia buat selama-lamanya) dengan meninggalkan pelbagai tugas yang menjadikan kita pemenang dalam isu itu, dan dengan meninggalkan pelbagai khidmat yang membawa pada pelantikan seorang peguam bela yang mahir yang tidak kalah dalam isu itu dengan pelantikan yang dibuat oleh 90 daripada seratus orang terhadap isu itu. Ini adalah satu kedunguan semata-mata.
Dengan itu terhasillah bagi kita satu sifat qanaah yang mana jika bertambah akal setiap seorang daripada kita sebanyak 100 derajat maka ia mesti menggunakannya dalam tugas itu sahaja.
Wahai saudara-saudaraku yang baharu (masuk) dalam musibah penjara, sesungguhnya kamu semua belum menjenguk ke Risalah an-Nur sebagaimana yang dilakukan oleh saudara-saudaraku yang lama yang telah memasuki penjara ini bersamaku. Aku katakan dan aku menjadikan mereka dan ribuan orang seperti mereka yang terdiri dalam kalangan pelajar Risalah an-Nur sebagai saksi atas kata-kataku. Dan aku tetapkan (dan aku memang telah tetapkan) bahawa Risalah an-Nur yang mengalir dan terbit dari kemukjizatan secara maknawi bagi al-Quran al-Karim, yang memenangkan isu yang besar ini, bagi 90 daripada 100 orang, yang menyampaikan keimanan yang ditahkik ke tangan 20 ribu orang dalam tempoh 20 tahun. Keimanan yang ditahkik ini adalah watiqah kemenangan bagi isu tersebut, sandaran kemenangan dan keterangan bahawa ia tidak bersalah. Risalah an-Nur adalah peguam bela yang paling utama pada zaman ini.
Walaupun musuh-musuhku, orang zindiq dan orang yang materialistik telah melakukan tipu daya terhadap kaki tangan kerajaan dengan pelbagai tipu daya yang khianat sejak 18 tahun kebelakangan ini. Mereka telah memasukkan kami ke dalam penjara terlebih dahulu kerana hendak memusnahkan kami sepertimana mereka memasukkan kami kali ini. Namun mereka tidak dapat menyentuh menjejaskan 130 bahagian yang terdapat di dalam istana keluli yang dimiliki oleh Risalah an-Nur melainkan dua atau tiga. Oleh itu, sesiapa yang ingin melantik seorang peguam bela maka akan cukup baginya untuk mendapatkan Risalah an-Nur.
Dan janganlah kamu semua berasa risau, Sesungguhnya Risalah an-Nur tidak akan diharamkan.
Pelbagai risalah yang penting dalam Risalah an-Nur selalu beredar (melainkan dua atau tiga) dengan kebebasan yang sempurna di tangan wakil rakyat dan kaki tangan
14. Page
kerajaan republik, dan Insya Allah akan datang satu hari yang mana para pengarah dan para pegawai yang bahagia mengedarkan risalah tersebut kepada penghuni penjara sebagaimana mereka mengedar roti dan ubat agar mereka menukar pelbagai penjara menjadi rumah pembaikan dan pendidikan.
Masalah Kelima
Sesungguhnya zaman muda pasti akan sirna sebagaimana dijelaskan dalam "mursyid asy-syabab" (petunjuk bagi pemuda) tanpa sebarang keraguan bahawa zaman muda akan bertukar menjadi masa tua dan kematian, seperti pastinya musim panas yang membuka ruang bagi musim luruh dan musim sejuk, dan juga bertukarnya siang ke petang dan malam.
Sesungguhnya semua firman samawi Allah memberi khabar gembira bahawa apabila seorang pemuda menggunakan zaman mudanya yang fana dan sirna dengan kesucian dalam kebaikan termasuk dalam daerah istiqamah maka ia telah memenangi zaman muda yang kekal abadi.
Sebagaimana pembunuhan yang berlaku dengan sebab kemarahan yang tempohnya seminit akan membuatkannya 1 merasa azab penjara selama jutaan minit, dan begitu juga setiap pemuda yang berakal akan membenarkan dengan pengalaman bahawa hiburan ketika muda dan pelbagai keseronokannya yang berada dalam daerah yang tidak mengikut syariat akan membawa pelbagai kesakitan dalam segala keseronokan itu lebih banyak daripada segala keseronokan itu sendiri, ditambah pula pembunuhan itu akan menyebabkan pemuda itu dipersoal pada akhirat kelak, azab di alam kubur, dan membuatkannya merasa pelbagai kesengsaraan yang lahir dari kesirnaan keseronokan, dan membawanya pada dosa dan hukuman duniawi. Itulah keadaannya apabila ia menggunakan zaman mudanya dalam hiburan dan kesesatan.
Sebagai contoh: Sesungguhnya di sana terdapat pelbagai halangan yang banyak dalam cinta yang dilarang seperti penderitaan cemburu, penderitaan perpisahan dan penderitaan tidak dibalasnya cinta dengan cinta sepertinya. pelbagai halangan ini menjadikan keseronokan yang bersifat sementara yang terselindung dalam cinta seperti madu yang beracun.
Dan jika engkau hendak mengetahui bagaimana para pemuda itu akan memasuki pelbagai hospital dengan sebab pelbagai penyakit yang berpunca daripada salah guna zaman muda mereka, dan juga memasuki pelbagai penjara dengan sebab tindakan melulu mereka, dan memasuki pelbagai bar, pelbagai tempat hiburan dan peleseran dan perkuburan dengan sebab kesempitan dan kesedihan yang lahir daripada ketiadaan makanan bagi hati dan ruh, dan tiada pemberian tugas kepada kedua-duanya (hati dan ruh) dalam pelbagai tugas kedua-duanya, maka pergilah tanya pada hospital, penjara, bar dan kubur, maka tidak syak lagi bahawa engkau akan mendengar pelbagai keluhan, jerit tangis dan rintihan penyesalan akibat pelbagai tamparan yang memukul mereka (secara kebanyakannya) adalah sebagai hukuman daripada penyalahgunaan zaman muda, kejahilan dan keseronokan mereka yang tidak menurut syariat.
15. Page
Maka segala kitab samawi dan firman Allah, terutamanya al-Quran al-Karim dengan ayat-ayat yang qat'i memberitahu dan memberi khabar gembira bahawa apabila seorang pemuda berterusan barada dalam daerah istiqamah maka zaman muda baginya akan menjadi satu nikmat ilahi yang amat belas kasihan dan amat baik, menjadi satu perantara pelbagai kebaikan yang manis dan kuat, dan pemuda itu diwariskan satu zaman muda yang segar dan kekal di akhirat kelak.
Walaupun hakikat itu seperti ini, walaupun daerah halal itu memadai bagi kebahagiaan, keseronokan dan kepuasan, walaupun keseronokan satu jam dalam daerah perkara yang diharamkan yang mengakibatkan hukuman penjara yang pada satu ketika tempohnya adalah setahun atau satu ketika lain tempohnya adalah sepuluh tahun, maka tidak syak bahawa adalah satu kemestian nikmat zaman muda yang manis dan elok itu digunakan dalam kesucian dan istiqamah sebagai tanda syukur atasnya.
Masalah Keenam
Masalah Ketujuh
Buah daripada satu hari Jumaat dalam penjara Denizli
بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
وما أمر الساعة إلا كلمح البصر أو هو أقرب
tiadalah hal kedatangan hari kiamat itu melainkan seperti sekelip mata, (Surah an-Nahl:77)
ما خلقكم ولا بعثكم إلا كنفس واحدة
(Bagi Allah Yang Maha Kuasa) soal menciptakan kamu semua (dari tiada kepada ada), dan soal membangkitkan kamu hidup semula sesudah mati, tidak ada apa-apa sukarnya, hanyalah seperti (mencipta dan menghidupkan semula) seorang manusia sahaja. Surah Luqman :28
فانظر إلى آثار رحمت الله كيف يحي الأرض بعد موتها إن ذلك لمحي الموت وهو على كل شيء قدير
Maka lihatlah olehmu kepada kesan-kesan rahmat Allah, bagaimana Ia menghidupkan bumi sesudah matinya (dengan tanaman-tanaman yang menghijau subur). Sesungguhnya Allah yang demikian kekuasaanNya, sudah tentu berkuasa menghidupkan orang-orang yang telah mati. Dan (ingatlah) Ia maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu. (Surah ar-Rum:50)
Para Penghuni penjara yang dapat berhubungan denganku di penjara Denizli telah
16. Page
membaca pelajaran yang telah aku sampaikan dengan lidah ilmu sekolah modern (dalam masalah keenam yang terdahulu), pada satu hari di Kastamonu kepada para pelajar sekolah menengah yang berkata, "perkenalkanlah tuhan kita kepada kami". Dan mereka telah berasa rindu pada hari akhirat sebagai akibat daripada sifat qanaah keimanan yang telah berlaku bagi mereka. Mereka juga berkata, "dan perkenalkan kepada kami berkenaan akhirat kita juga dengan satu pengenalan yang sempurna sehingga diri kami dan juga syaitan zaman ini tidak menyesatkan kami, sehingga mereka tidak memasukkan kami ke dalam penjara sekali lagi, sebagaimana keadaan kami sekarang." Maka perlu bagi kita untuk memberi penerangan berkenaan ringkasan rukun "Beriman pada hari akhirat" sesuai dengan permintaan para pelajar Risalah an-Nur di penjara Denizli dan permintaan mereka yang membaca keenam-enam masalah yang terdahulu, Dan aku berkata dengan satu ringkasan pendek dari Risalah an-Nur:
"Sesungguhnya sebagaimana kami bertanya kepada bumi dan langit mengenai pencipta kita dalam "masalah keenam" lalu (langit dan bumi) telah memperkenalkan bagi kita mengenai tuhan kita dengan jelas seperti jelasnya matahari dengan lidah sains, maka kita di sini juga bertanya terlebih dahulu kepada tuhan kita yang kita ketahui mengenai akhirat kita, kemudian kita bertanya kepada nabi kita Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam kemudian al-Quran yang diturunkan ke atas kita, kemudian seluruh nabi AS, dan pelbagai kitab suci, kemudian para malaikat dan kemudian alam semesta.
Pada peringkat pertama kita bertanya kepada Allah mengenai akhirat, Lalu Allah berfirman dengan setiap para nabi yang Allah utus mereka, dengan pelbagai firman-Nya dan dengan semua nama dan sifat-Nya, "Ya, hari akhirat itu memang ada, dan aku akan membimbing kamu semua ke hari akhirat".
"Kalimat kesepuluh" telah menetap dan menjelaskan dengan 12 hakikat yang bersinar yang qat'i berkenaan pelbagai jawapan bagi sebahagian asmaul Husna mengenai hari akhirat, adapun di sini kami tunjukkan pada hari akhirat dengan satu isyarat yang sangat pendek dan kami cukupkan dengan penjelasan itu.
Ya, walaupun tidaklah ada satu kekuasaan melainkan kekuasaan itu memiliki ganjaran bagi sesiapa yang mentaatinya dan juga hukuman bagi sesiapa yang mengingkarinya. Maka tidak syak bahawa kekuasaan yang kekal dalam martabat Rububiyah (ketuhanan) yang mutlak memiliki ganjaran yang sesuai dengan rahmat dan sifat jamal itu bagi mereka yang tergolong dalam kekuasaan itu dengan keimanan. Mereka berserah diri pada segala firman-Nya dengan ketaatan, dan kekuasaan itu juga memiliki hukuman yang sesuai dengan kemuliaan dan sifat jalal bagi mereka yang mengingkari kekuasaan itu yang memiliki kemuliaan dengan kekufuran dan kemaksiatan. Beginilah asmaul husna seperti رب العالمين (tuhan sekalian alam) dan السلطان الديان (sultan yang memiliki agama) menjawab.
Walaupun kita melihat dengan mata kita (sepertimana kita melihat matahari dan siang hari) satu rahmat yang umum serta belas kasihan dan kemuliaan yang menyeluruh di atas muka bumi.
17. Page
Sebagai contoh: tidak syak bahawa rahmat dan belas kasihan yang memakai dan menghias semua pokok dan tumbuh-tumbuhan yang berbuah seperti bidadari pada setiap musim bunga, dan kedua-duanya (rahmat dan belas kasihan) meletakkan di tangannya (iaitu di tangan semua pokok dan tumbuh-tumbuhan yang berbuah) setiap jenis buah, dan (rahmat dan belas kasihan) menjadikan semua pokok dan tumbuh-tumbuhan yang berbuah itu berkata kepada kita sambil menghulur tangannya, "Marilah ambil dan makan". Dan kedua-duanya (rahmat dan belas kasihan) memberi kita makan madu yang manis yang memiliki kesembuhan dengan tangan lalat yang beracun, (rahmat dan belas kasihan) memakaikan kita dengan sutera yang paling lembut dengan tangan serangga yang tidak memiliki tangan, dan (rahmat dan belas kasihan) menyembunyikan ribuan tan makanan dalam tunas dan benih yang kecil yang memenuhi tapak tangan, dan (rahmat dan belas kasihan) menggredkan makanan tersebut dalam pelbagai stor yang sangat kecil sebagai makanan simpanan, kami katakan bahawa rahmat dan belas kasihan ini tidak akan tidak memberi kesia-siaan atau tidak memberi kefanaan buat selama-lamanya bagi orang mukmin yang dicintai yang bersyukur yang beribadat yang kedua-duanya (rahmat dan belas kasihan) memberi mereka makan dengan kehalusan dan kelembutan ke tahap ini, bahkan (rahmat dan belas kasihan) melepaskan mereka daripada tugas kehidupan duniawi demi untuk (rahmat dan belas kasihan) memayungi mereka dengan rahmat yang paling luas, dan beginilah isim الرحيم (Maha Penyayang) dan isim الكريم (Yang Maha Pemurah) menjawab soalan kami dan kedua-dua isim ini berkata, "Sesungguhnya syurga itu adalah hak/benar."
Walaupun kita melihat dengan mata kita bahawa tangan hikmah berlaku pada semua makhluk ciptaan dan di atas muka bumi. Tangan itu juga mentadbir pelbagai pekerjaan dengan pelbagai timbangan keadilan yang mana akal manusia tidak dapat berfikir lebih baik daripada pelbagai timbangan itu.
Sebagai contoh: "Sesunguhnya hikmah yang bersifat azali yang menulis (termasuk pelbagai hikmah yang digantung atas ribuan anggota badan manusia) dalam daya ingatan kecil milik manusia yang ia adalah sebesar tunas yang kecil, setiap sejarah kehidupan dan biografinya, dan pelbagai peristiwa yang tidak terhad yang berlaku untuk kebaikannya, dan (hikmah itu) menjadikan daya ingatannya seperti sebuah perpustakaan, dan (hikmah itu) menyerahkannya (dengan rahsia peringatan pada setiap waktu) di tangan setiap manusia, dan (hikmah itu) meletakkannya ke dalam poket otaknya, sebagai satu sandaran kecil bagi buku catatan segala amalannya yang akan dihebah bagi penghakimannya di padang mahsyar.
Kami melihat bahawa keadilan yang kekal yang meletakkan pelbagai anggota bagi setiap buatan (makhluk) dengan pelbagai timbangan yang amat sensitif dan yang menzahirkan keserasian, perbandingan, keseragaman, kecantikan dan baiknya buatan dengan pelbagai ukuran yang tiada sikap berlebih-lebihan di dalamnya bermula daripada kuman dan berakhir pada badak, bermula daripada lalat dan berakhir pada burung Phoenix, bermula daripada tumbuh-tumbuhan yang mengeluarkan bunga dan berakhir pada bunga pada musim bunga yang menumbuhkan berbilion bahkan ribuan bilion bunga, yang (keadilan yang kekal) memberikan hak untuk hidup bagi setiap makhluk yang memiliki kehidupan dengan
18. Page
satu timbangan yang sempurna, dan (keadilan yang kekal) menjadikan pelbagai kebaikan membuahkan pelbagai natijah yang baik, sebagaimana (keadilan yang kekal) menjadikan pelbagai keburukan membuahkan pelbagai natijah yang buruk, dan (keadilan yang kekal) menampilkan dirinya dengan penampilan yang kuat dengan pelbagai tamparannya yang menampar pelbagai umat yang taghut dan zalim sejak zaman nabi Adam ‘Alaihis Salam ...
Aku berkata tanpa rasa syak dan tanpa keraguan bahawa hikmah yang bersifat azali ini dan keadilan yang kekal itu tidak berlaku tanpa adanya akhirat, sebagaimana matahari yang tidak wujud tanpa adanya siang, dan kedua-duanya (hikmah yang bersifat azali ini dan keadilan yang kekal) tidak membenarkan dengan apa sahaja aspek untuk melakukan penganiayaan 1 yang pedih yang tiada penghujung, dan juga tidak membenarkan kezaliman dan kekacauan dalam keadaan yang sama, sama ada pemergian (kematian) manusia yang paling zalim dan pemergian (kematian) orang yang dizalimi, dan beginilah isim الحكيم (Yang Maha Bijaksana), isim الحكم (Yang Maha Mengadili), isim العدل (Yang Maha Adil) dan isim العادل (Yang Maha Adil) menjawab soalan kita dengan jawaban yang qat'i.
Walaupun memang diberikan semua hajat bagi semua makhluk yang memiliki kehidupan, dan diberikan juga pelbagai tuntutan semula jadinya yang tidak berada dalam jangkauan kekuasaannya, dan tangan semua makhluk itu tidak dapat mencapainya, dan setiap perkara yang ia pinta dan waktu yang ia tuntut di dalamnya (dengan lidah persiapan semula jadi dan keperluan yang penting yang kedua-duanya adalah dikategorikan sebagai doa) terus dari tangan ghaib yang memiliki kemuncak rahmat, pendengaran dan belas kasihan. Dan diterima (sebagai menyalahi kebiasaan) enam atau tujuh daripada sepuluh doa pilihan bagi manusia. Lebih-lebih lagi doa orang khawas dalam kalangan mereka dan para nabi AS. maka difahami daripada setiap keterangan ini bahawa di sana terdapat satu dzat yang Maha Mendengar dan Maha Menjawab di belakang tabir yang mendengar pelbagai aduan dan pelbagai kesusahan setiap orang yang susah, doa setiap orang yang berhajat. Allah juga menunaikan hajat yang paling remeh bagi makhluk yang paling kecil yang memiliki kehidupan, dan mendengar aduan yang paling tersembunyi miliknya, mengasihaninya, menjawab doanya dengan pasti dan juga meredhainya.
Sesungguhnya nabi Muhammad Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam yang merupakan makhluk yang paling penting, dan (Nabi Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam) menyertakan pelbagai doa yang paling penting dan paling umum bagi jenis manusia sekitar kekekalan ukhrawi yang berkaitan dengan seluruh alam semesta dan seluruh asma' dan sifat tuhan, dan (Nabi Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam) menjadikan semua nabi yang merupakan matahari, bintang dan pemimpin manusia yang menyokong (Nabi Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam) dan mereka (semua Nabi) mengucapkan Amin Amin bagi doanya. Yang mana setiap individu yang berpegang teguh pada agama mengucapkan Amin pada setiap hari atas doanya dengan selawat ke atasnya berulang-ulang kali paling sedikit, bahkan semua makhluk ikut serta dalam doanya, dan berkata, "Ya, wahai tuhan kami, perkenankanlah doanya, dan kami juga memohon segala perkara yang ia pohon", Aku berkata tanpa syak dan tanpa keraguan bahawa ia tidak meninggalkan satu perkara yang syubhat dengan apa aspek sekali pun bahawa satu doa sahaja demi kekekalan ukhrawi dan kebahagiaan
19. Page
yang abadi (di bawah segala syarat yang tidak ditolak ini) bagi Nabi Muhammad Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam daripada pelbagai sebab yang tiada batas baginya yang memerlukan hari pengumpulan di padang mahsyar. sesungguhnya ia (doanya) adalah satu sebab yang cukup bagi wujudnya syurga. Perbuatan Allah mewujudkan akhirat yang ia adalah mudah atas kudrat-Nya SWT adalah seperti mudahnya mewujudkan musim bunga. Dan beginilah isim المجيب (yang Maha Menjawab doa) dan isim السميع (Yang Maha Mendengar) dan isim الرحيم (Yang Maha Penyayang) menjawab soalan kami.
Walaupun kematian dan pembangkitan yang menyeluruh dalam pertukaran pelbagai musim di atas muka bumi menunjukkan bahawa terdapat satu dzat yang bertindak di sebalik hijab, sebagaimana siang menampilkan matahari dengan jelas, dan mencipta bumi yang besar seperti sebidang taman dengan kesempurnaan keserasian bahkan dengan mudah dan keserasian sebatang pokok. Allah juga mencipta musim bunga yang luas dan agung seperti mudahnya mencipta sekuntum bunga dan dengan hiasannya yang seimbang. Dan kedua-duanya menampilkan bahawa di sana terdapat sebatang pena kudrat yang menulis di atas lembaran muka bumi berkenaan pelbagai kelompok tumbuhan dan haiwan yang ia adalah seperti tiga ratus ribu kitab yang mewakili tiga ratus ribu model dan contoh untuk pembangkitan dari kubur dan penghidupan semula.
Pena qudrah itu menulis pelbagai kelompok tumbuhan dan haiwan dalam keadaan yang unik, serasi dan memiliki pelbagai makna, sekaligus dan saling bertindih tanpa sebarang kesalahan, dan tidak bercampur-campur sedangkan ia bercampur, dan tanpa kekeliruan, kealpaan dan kesalahan sedangkan ia saling serupa. Pena qudrah itu berkerja dengan rahmat yang tiada had, dan dengan hikmah yang tiada penghujung dalam pelbagai urusan yang agung ini. Pena qudrah ini memberi 1 manusia kedudukan yang amat tinggi dengan menundukkan alam semesta yang besar ini baginya (manusia itu), menghiasinya (alam semesta) dan menambah perabot seakan-akan alam semesta ini adalah sebuah rumah miliknya. dan dengan menjadikannya sebagai khalifah di muka bumi dengan memberinya amanah yang paling besar, yang mana gunung, langit dan bumi takut untuk membawa amanah itu. Dan dengan memberi kemuliaan dengan pangkat pegawai polis (sedikit sebanyak) bagi seluruh makhluk hidup yang lain dan dengan pemberian kemuliaan padanya dengan pelbagai percakapan dan firman Allah, dan menjanjikan dan berikrar baginya kebahagiaan yang abadi dan kekekalan ukhrawi dengan janji yang qat'i dalam semua firman samawi, maka tidak syak dan tanpa syubhat dengan apa aspek sekali pun bahawa pena qudrah itu akan mengadakan dan membuka negeri kebahagiaan bagi golongan manusia yang diberi kemuliaan dan penghormatan itu, dan pena qudrah itu akan datang dengan hari pengumpulan di padang mahsyar dan hari kiamat. Dan sesungguhnya ini adalah sangat mudah atas kudrat Allah seperti mudahnya mencipta dan mengadakan musim bunga.
Dan beginilah isim المحي (Yang Maha Menghidupkan), المميت (Yang Maha Mematikan), الحي (yang maha Hidup), القيوم (Yang Maha berdiri sendiri), القدير (Yang Maha Berkuasa) dan العليم (Yang Maha Mengetahui) menjawab soalan kita mengenai pencipta kita.
20. Page
Ya, sesungguhnya qudrah yang menghidupkan pada setiap musim bunga(3) semua pokok dan akar bagi semua tumbuhan ada yang kurang dan mengadakan tiga ratus ribu model haiwan dan tumbuhan bagi pembangkitan dan penghidupan semula maka akan ditunjukkan bahawa qudrah itu menampilkan dalam dua ribu musim bunga seribu contoh bagi pembangkitan dan penghidupan semula, dan seribu dalil baginya apabila diletakkan secara khayalan seribu tahun yang digunakan Umat Muhammad Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam dibanding dengan seribu tahun yang digunakan oleh Umat Musa ‘Alaihis Salam dan difokuskan pandangan pada keduanya.
Maka pengecualian pembangkitan jasmani daripada qudrah ini adalah satu kebutaan dan kedunguan yang nyata.
Walaupun seratus dua puluh empat ribu nabi (yang mereka adalah manusia yang paling masyhur) telah membuat pengumuman secara sepakat mengenai kebahagiaan yang abadi dan kekekalan ukhrawi dengan bersandarkan pada ribuan janji dan ikrar Allah yang Maha benar, dan mereka menetapkan dengan pelbagai mukjizat mereka bahawa mereka adalah benar, dan juga bilangan yang tidak terkira dalam kalangan para wali yang menanda tangani di atas hakikat itu sendiri dengan ilmu kasyaf dan ilmu rasa, maka tidak syak bahawa hakikat itu adalah jelas seperti matahari, dan sesungguhnya sesiapa yang meragui mengenainya adalah gila dan tidak waras.
Ya, sebagaimana pelbagai hukum dan fikiran sama ada daripada seorang pakar atau ramai pakar dalam satu ilmu daripada pelbagai ilmu dan satu seni daripada pelbagai seni sekitar ilmu dan seni itu menolak 1 dan membatalkan pelbagai pemikiran yang menyalahi yang dimiliki seribu orang lelaki yang tidak pakar dalam ilmu ini dan seni itu hatta jika mereka mereka adalah ulama dan pakar dalam pelbagai limu lain, dan sebagaimana sesungguhnya dua orang yang menetapkan yang mengatasi dalam satu masalah ke atas seribu orang ingkar dan orang yang menafikan, dan mereka berdua memenangi isu itu, sebagai contoh, seperti masalah penetapan anak bulan ramadan pada hari syak, dan seperti satu dakwaan bahawa di bumi terdapat banyak ladang pokok kelapa yang menyerupai kotak susu, kerana sesungguhnya seorang yang menetapkan dakwaan itu dapat memenangi isu dengan mudah apabila ia menunjukkan sebuah kelapa sahaja, atau apabila ia menunjukkan pada ladang kelapa itu, sedangkan penafi dan pengingkar tidak dapat menetapkan isunya melainkan selepas penyelidikan yang panjang dan praktikal penelitian di setiap muka bumi untuk menunjukkan bahawa dakwaan itu tidak wujud di mana-mana.
Begitu juga seseorang yang memberitahu mengenai syurga dan negeri kebahagiaan dan menetapkan keduanya memenangi isu dengan menunjukkan satu kesan daripada kesan kedua-duanya, dan satu bayang daripada bayang-bayang kedua-duanya dengan satu penyingkapan sebagaimana di panggung wayang, dan satu curahan daripada pelbagai curahan kedua-duanya sahaja. Sedangkan yang menafi dan
21. Page
mengingkari kedua-duanya tidak dapat memenangi isu melainkan dengan menetapkan keingkaran dan penafiannya dengan ia sendiri melihat dan memperlihatkan pelbagai dali bagi penafian itu daripada semua alam semesta dan semua zaman sejak zaman azali buat selama-lamanya.
Bermula daripada titik tolak yang penting ini ahli tahkik telah bersepakat dan telah menerima sebagai undang-undang asas bahawa penafian dan pengingkaran yang tidak tertuju ke satu tempat yang khas, atau tidak tertuju ke semua alam sebagai pelbagai hakikat keimanan yang tidak mungkin ditetapkan kedua-duanya dan perkara itu tercapai dengan syarat kedua-duanya tidak mustahil pada dzat kedua-duanya.
Maka berdasarkan pada hakikat yang qat'i ini betapa kedunguan dan kegilaan yang dilakukan oleh orang yang terjatuh ke dalam syubhat berkenaan pelbagai rukun iman yang ditetapkan oleh 120 ribu pemberitahu yang benar dan bersepakat yang mana mereka adalah ahli khusus, dan mereka yang tidak terbilang dan tidak terhitung dalam kalangan ahli hakikat dan para pemilik tahkik yang merupakan para penetap yang pakar. Mereka yang berada dalam syubhat dengan sebab pengingkaran sebahagian ahli falsafah yang akal mereka condong ke mata mereka dan mereka tidak memiliki hati, mereka juga buta daripada pelbagai perkara maknawi dan berada jauh daripada perkara maknawi itu, sedangkan tidak wajib bagi pelbagai fikiran yang menentang untuk mewariskan daripada ribuan ahli falsafah sebarang syubhat dan waswas dalam pelbagai masalah keimanan seperti ini terhadap pemberitahuan seorang pemberitahu yang benar. Oleh itu buatlah perbandingan.
walaupun kita menyaksikan dengan mata kita dalam diri kita dan mengenai apa yang berlaku di sekitar kita satu rahmat yang umum, satu hikmah menyeluruh dan satu pertolongan yang kekal sebagaimana kita menyaksikan siang hari. Kita juga melihat pelbagai kesan dan pelbagai tajalli bagi kesultanan rububiyah yang mengagumkan dan menakutkan, dan satu keadilan yang tinggi dan teliti, dan juga pelbagai urusan jalaliyah yang memiliki kebesaran, hatta hikmah itu yang memberikan rantai leher 2 (pada satu pokok) pelbagai hikmah sebanyak bilangan buah dan bunganya, dan rahmat itu yang memberi setiap manusia pelbagai ihsan dan pelbagai pemberian nikmat sebanyak bilangan anggota badannya,
1. tadhadu : menolak dan membatalkan
2. memakaikannya satu rantai leher
dan pelbagai perasaan dan pelbagai kekuatannya, dan keadilan yang memiliki kebesaran dan pertolongan yang menampar pelbagai kaum yang bermaksiat seperti kaum nuh, Hud dan Salih serta kaum 'Ad, Thamud dan Firaun, dan menjaga pelbagai hak yang dimiliki oleh makhluk kecil yang memiliki kehidupan, dan ayat
وَمِنْ آيَاتِهِ أَنْ تَقُومَ السَّمَاءُ وَالْأَرْضُ بِأَمْرِهِ ثُمَّ إِذَا دَعَاكُمْ دَعْوَةً مِنَ الْأَرْضِ إِذَا أَنْتُمْ تَخْرُجُونَ
Dan antara tanda-tanda yang membuktikan keluasan ilmu-Nya dan kekuasaan-Nya, ialah terdirinya langit dan bumi (dalam keadaan yang menakjubkan itu) dengan perintah dan penentuan takdir-Nya; akhirnya apabila Ia menyeru kamu dengan satu
22. Page
seruan (supaya kamu bangkit hidup semula) dari bumi, kamu dengan serta merta keluar (dari kubur masing-masing). Surah ar-Rum : 25)
Setiap ayat ini berkata dengan ringkasan yang agung sebagaimana bahawa pelbagai tentera yang taat yang tidur dan tinggal di dua berek berlari dan bergegas ke pelbagai tugas mereka dengan seruan seorang pemimpin dengan suara gendang, maka begitu juga langit yang luas dan bumi yang besar menyerupai dua berek yang tersebut dalam contoh dalam mentaati pelbagai perintah, dan kedua-duanya (langit dan bumi) menempatkan pelbagai tentera sultan yang azali, maka apabila mereka yang tidur seperti tidur mati di berek itu dikumpulkan dengan tiupan terompet 1 saidina Israfil ‘Alaihis Salam maka mereka terus memakai baju jasad, dan melompat ke luar, kerana sesungguhnya berek bumi menetapkan ini dan membuktikannya dengan menunjukkan keadaan yang sama pada setiap musim bunga dengan satu tiupan malaikat petir.
Maka tidak syak dan tanpa keraguan (dan tanpa sebarang syubhat) tidak mungkin bagi kesultanan ketuhanan yang kekal untuk menerima (yang diperlihatkan dan ditemui keagungannya yang mutlak tanpa penghujung dengan keadaan bumi yang menunjukkan keadaan yang sama pada setiap musim bunga) tidak terbukanya negeri akhirat dan negeri pembangkitan dari kubur dan penghidupan semula yang dimestikan oleh rahmat, hikmah, pertolongan, keadilan dan kesultanan yang kekal dengan satu kemestian yang qat'i dan pasti (berdasarkan pada penetapan rahmat, hikmah, pertolongan, keadilan dan kesultanan yang kekal itu dalam "kalimah kesepuluh"), Oleh itu kesultanan ketuhanan yang kekal tidak menerima bertukarnya kecantikan rahmat yang tiada penghujung baginya ke satu kekasaran yang paling jijik, dan bertukarnya kesempurnaan hikmah yang tiada had baginya ke kesia-siaan yang paling tidak sempurna, dan bertukarnya kesempurnaan hikmah ke sifat berlebih-lebihan yang tidak berfaedah daripadanya, dan bertukarnya pertolongan itu yang ianya dalam kebaikan yang paling baik ke satu pengkhianatan yang paling sakit dan pedih. Dan bertukarnya keadilan itu yang ianya adalah yang paling seimbang, adil dan berhak ke satu kezaliman yang paling kejam. dan jatuhnya kekuasaan yang paling kekal yang ia adalah yang paling agung dan kuat. Ketika itu pastilah sirna keagungan kesultanan yang kekal secara keseluruhan, dan kesempurnaan ketuhanan diselubungi dengan kelemahan dan kelalaian dengan tidak datangnya hari penghidupan semula. Ini tidak mungkin dengan apa sahaja aspek dan apa sahaja akal tidak menerima satu kebarangkalian. Ini adalah mustahil seratus peratus. Ini adalah satu kebatilan, mustahil dan di luar daripada daerah kemungkinan.
Dan betapa ia adalah satu kezaliman, kekerasan dan pengkhianat tanpa sebarang rahmat yang merupakan hukuman bunuh yang dilakukan olehnya (dilakukan oleh rahmat, hikmah, pertolongan, keadilan dan kesultanan yang kekal) ke atas manusia dengan satu hukuman bunuh yang abadi, dengan menjaganya dengan jagaan yang sangat halus dan lembut. Dan pemberian inspirasi olehnya (oleh rahmat, hikmah, pertolongan, keadilan dan kesultanan yang kekal) kepada manusia dengan kerinduan pada kebahagiaan yang abadi dan pada kekekalan yang abadi pada hari akhirat dengan pelbagai peralatan seperti akal dan hati dan betapa ia menyalahi hikmah yang merupakan perbuatan sia-sia bagi semua peralatan dan persiapannya yang
23. Page
memiliki ribuan faedah, sebagai perbuatan sia-sia secara menyeluruh tanpa sebarang faedah, natijah atau hikmah dengan satu kematian terakhir yang tiada kebangkitan selepasnya sedangkan ratusan hikmah dan faedah digantung atas otaknya sendiri. Dan betapa ia menafikan bagi keagungan kesultanan itu dan kesempurnaan rububiahnya merupakan satu penzahiran kelemahan dan kejahilan (maha suci Allah) tanpa menunaikan ribuan janji dan ikrar yang dijanji dan diikrarkan.
Setiap yang memiliki perasaan memahami perkara itu. Oleh itu selaraskanlah pertolongan dan keadilan dengan membuat perbandingan atas perkara-perkara ini.
Dengan hakikat yang tersebut ini isim الرحمن (Yang Maha Pengasih), الحكيم (Yang Maha Bijaksana), العدل (Yang Maha adil), الكريم (Yang Maha Mulia) الحاكم (Yang Maha menghukum) menjawab soalan kami berkenaan pencipta kita mengenai akhirat, dan menetapkan akhirat tanpa syak atau syubhah seperti jelasnya matahari.
Walaupun kita menyaksikan dengan mata kita bahawa di sana terdapat sifat الحفيظ (Yang Maha Menjaga) yang mencakupi yang memiliki keagungan yang menghukum dan menjalankan pelbagai hukum keagungan itu. Sifat ini merakam dan menulis pelbagai gambar yang banyak bagi setiap entiti yang hidup dan setiap kejadian, merakam tugasnya yang semula jadi yang entiti itu laksanakan, merakam lembaran amalannya untuk pelbagai tasbih yang ia laksanakan dengan lisanul halnya terhadap pelbagai nama tuhan, merakam dan menulis setiap perkara ini di atas pelbagai papan tulis yang mithali, dalam tunasnya dan juga benihnya yang kecil dan di setiap penjaga yang merupakan model kecil bagi lauh mahfuz, dan lebih-lebih lagi dalam daya ingatan manusia yang merupakan perpustakaan yang sangat besar dan sangat kecil 1 yang dimilikinya dalam otaknya, dan dalam cermin pantulan yang material dan maknawi yang lain dan menjaganya dengan ketepatan dan rakaman, kemudian setiap kali datang waktunya menunjukkan semua tulisan maknawi itu dengan bentuk material di hadapan mata kita.
Setiap musim bunga (musim bunga itu merupakan satu bunga daripada pelbagai bunga kudrah) mengumumkan dengan bunganya yang besar di hadapan alam semesta dengan kekuatan jutaan contoh, dalil dan model, dan berbilion-bilion lidah mengenai pelbagai hakikat hari pembangkitan yang paling ajaib dalam ayat:
وإذا الصحف نشرت
Dan apabila surat-surat amal dibentangkan; at-Takwir ayat 10,
dan menetapkan dengan penetapan yang kuat bahawa segala sesuatu (terutamanya manusia) tidak tercipta untuk jatuh dalam fana, jatuh dalam al-'adam (ketiadaan) dan binasa dalam al-'adam (ketiadaan). Yang memiliki kehidupan terutamanya manusia tidak dicipta untuk dihukum bunuh, bahkan mereka dicipta untuk masuk ke dalam baqa dengan meningkatkan amalan, kekal dalam penyucian diri dan tugas yang kekal dengan persiapan.
Ya, Sesungguhnya kami menyaksikan dalam setiap musim bunga bahawa pelbagai tumbuhan yang tidak terhad itu yang mati ketika datangnya musim luruh, dan juga
24. Page
setiap pokok, setiap akar, setiap tunas dan setiap benih ketika dibangkit musim bunga, membaca ayat,
وإذا الصحف نشرت
Dan apabila surat-surat amal dibentangkan; at-Takwir ayat 10,
dan mentafsirkan satu makna daripada pelbagai maknanya dan satu individu daripada individunya, dengan lisannya, dan dengan pelbagai contoh tugas-tugasnya yang ia lakukan pada tahun-tahun yang telah berlalu. Oleh itu ia bersaksi ke atas sifat al-Hafiz yang agung, dan menzahirkan dalam setiap hakikat yang agung dalam ayat
هو الأول والآخر والظاهر والباطن
Dialah Yang Awal dan Yang Akhir dan Zahir dan Yang Batin: Surah al-Hadid :3
Dan mengajarkan kita sifat al-Hafiz itu dalam derajatnya yang paling agung dan mengajarkan kita bahawa penghidupan semula adalah mudah dan pasti seperti mudah dan pastinya musim bunga.
Ya, sesungguhnya pelbagai tajalli bagi keempat-empat asma al-Husna di atas tampak kelihatan dalam semua makhluk bermula daripada bahagian yang paling kecil dan berakhir dengan keseluruhan yang paling besar.
Sebagai contoh sebagaimana benih yang ia adalah punca bagi pokok ini adalah sebuah kotak peti mini yang mencakup (dengan tajalli isim al-Awal ke atasnya) untuk program yang unik bagi pokok itu. dan segala peralatan yang mengadakan pokok yang tiada kekurangan di dalamnya dan semua syarat pembentukannya, dan menetapkan keagungan sifat al-Hafiz. Dan sebagaimana buahnya yang berlaku tajalli ke atasnya isim al-Akhir (yang ia juga adalah) sebuah kotak mini yang mengandungi (dengan segala tunas yang ada dalamnya) indeks semua tugas semula jadi yang dilaksanakan oleh pokok itu, senarai pelbagai pekerjaannya dan juga pelbagai perlembagaan hidupnya yang kedua, dan ia bersaksi atas isim al-Hafiz dalam derajatnya yang paling agung.
Dan sebagaimana sesungguhnya gambaran jasmani bagi pokok itu yang isim az-Zahir melakukan tajalli ke atasnya, ia adalah bekas dan pakaian yang diselaras dengan unik, dan pakaian bidadari yang dihias dengan pelbagai corak, dengan pelbagai perhiasan, dan dengan pelbagai cop berwarna emas, dan seakan-akan ia berwarna dengan 70 puluh warna, dengan apa yang menunjukkan bagi mata akan keagungan qudrah, kesempurnaan hikmah dan kecantikan rahmat yang terdapat dalam isim al-Hafiz.
Dan sebagaimana mesin-mesin yang terdapat dalam pokok itu (ia adalah cermin bagi isim al-Batin) pokok itu adalah sebuah kilang dan makmal kimia yang unik dan hebat yang memiliki mukjizat. Pokok itu adalah satu bekas bagi pelbagai rezeki. bekas ini memiliki alat penimbang yang tidak meninggalkan mana-mana dahan,
25. Page
buah dan daun tanpa makanan, dengan apa yang menetapkan pelbagai perkara yang terkandung dalam isim al-Hafiz seperti kesempurnaan Qudrah, keadilan, kecantikan rahmat dan hikmah seperti matahari. Maka bola bumi 1 juga adalah sebatang pokok dari sudut musim yang ada dalam setahun.
Dan semua benih dan tunas yang tersimpan sebagai satu amanah bagi isim al-Hafiz dalam musim luruh dengan pelbagai tajalli isim al-Awal adalah pelbagai kelompok kecil bagi pelbagai perintah ilahi sekitar terbentuknya pokok di muka bumi yang berselimut dengan selimut musim bunga yang menumbuhkan berbilion-bilion dahan dan ranting, membuahkan berbilion-bilion buah dan mengeluarkan berbilion-bilion bunga.
Dan ia adalah pelbagai tiang bagi pelbagai perlembagaan yang datang daripada takdir, dan juga adalah satu lembaran amal, dan satu senarai kecil bagi pelbagai khidmat bagi pelbagai tugas yang dilaksanakan oleh musim panas yang lepas, yang mana ia menunjukkan dengan jelas bahawa Yang Maha Menjaga (Allah) yang memiliki kekuasaan dan keagungan melakukan setiap sesuatu dengan kudrat, iradat, hikmah dan rahmat yang tiada had.
Adapun pokok terakhir yang terdapat pada tahun itu maka ia menyimpan semua tugas-tugas yang dilakukan oleh pokok itu pada musim luruh kedua, dan setiap tasbih semula jadi yang dilakukan oleh pokok itu terhadap asma' tuhan, dan juga menyimpan segala lembaran amalnya yang bersedia bagi pembangkitan dalam penghidupan pada musim bunga yang akan datang, dan menyimpan semua ini dalam pelbagai kotak yang sangat kecil seperti zarrah, dan menyerahkannya pada tangan kebijaksanaan (Allah) Yang Maha Menjaga yang Memiliki kekuasaan dan keagungan, dan membaca di hadapan wajah alam semesta isim huwa al-akhir dengan lisan yang tiada had baginya.
Ada pun zahir pokok ini maka ia akan mengeluarkan 300 ribu bunga yang menyeluruh dan bermacam-macam yang menunjukkan 300 ribu contoh, model dan tanda bagi penghidupan semula. Zahir pokok ini juga menyampaikan pelbagai hidangan Allah yang bersifat ar-rahman, ar-razzaq dan ar-Rahim yang tiada bilangannya, lalu zahir pokok itu mengadakan pelbagai hidangan bagi makhluk yang memiliki kehidupan, dan dengan itu zahir pokok itu menyebut isim huwa az-Zahir dengan pelbagai lidahnya yang berjumlah bilangan buah, bunga dan makanannya. Zahir pokok itu juga memuja dan memuji isim az-Zahir dan menunjukkan hakikat وإذا الصحف نشرت seperti siang hari.
Ada pun batin bagi pokok yang besar dan tinggi ini maka ia adalah seperti sebuah bekas dan makmal yang menggerakkan dengan teliti dan sistem yang sempurna pelbagai mesin yang unik dan pelbagai kilang yang seimbang yang tidak terkira dan tidak terbilang yang mana ia memasak daripada wang satu dirham ribuan liter dan tan makanan dan mempersembahkannya bagi orang yang lapar. Batin pokok ini berkerja dengan timbangan dan teliti yang mana ia tidak meninggalkan satu ruang bagi masuknya satu ukuran zarrah daripada unsur kebetulan. Zahir pokok itu membuat pengumuman dan menetapkan isim huwa al-batin dengan aspek batin yang dimiliki oleh bumi dengan ratusan ribu jalan dan bentuk seperti sebahagian
26. Page
malaikat yang bertasbih dengan seratus ribu lidah.
Kemudian sesungguhnya bumi sebagaimana ia adalah satu pokok dari sudut kehidupannya pada setiap tahun, dan sebagaimana ia memperlihatkan isim al-Hafiz yang terdapat dalam keempat-empat Isim tersebut dan menjadikannya sebagai satu kunci bagi penghidupan semula. Begitu juga bumi adalah pokok yang unik yang pelbagai buahnya dikirim ke pasar akhirat dengan mengambil kira kehidupannya sepanjang masa dan di dunia. Bumi juga adalah satu tempat zahir dan cermin bagi asma al-Husna yang empat, dan ia membuka dan membelah satu jalan yang membawa ke akhirat, yang mana akal kita tidak mampu mencakupi keluasannya dan tidak mampu mengungkapnya, melainkan sesungguhnya kita katakan dengan kadar ini: Sebagaimana pelbagai jarum jam yang terdapat dalam seminggu yang mengira pelbagai saat, minit, jam dan hari, minggu yang sebahagian menyerupai sebahagian yang lain, dan sebahagian menetapkan sebahagian yang lain, dan terpaksa untuk membenarkan segala jarum jam yang menunjukkan pelbagai pergerakan saat, dan begitu juga kelihatan serupa hari-hari yang menghitung pelbagai saat yang berlaku di dunia ini yang ia (dunia) adalah jam yang paling besar bagi (Allah) Yang Maha Pencipta langit dan bumi yang juga Maha Memiliki keagungan, dan pelbagai tahun yang dikira pelbagai minitnya, dan pelbagai zaman yang menunjuk pada pelbagai jamnya, dan pelbagai kitaran yang memberitahu mengenai hari-harinya yang ia lalu, sebahagian menyerupai sebahagian yang lain, dan sebahagian menetapkan yang lain, dan memberitahu dengan pelbagai tanda yang tidak terhad mengenai kedatangan musim bunga yang kekal, dan pagi yang kekal bagi musim sejuk yang gelap bagi dunia yang fana', memberitahu mengenai ini dengan pastinya kedatangan pagi bagi malam ini dan musim bunga bagi musim sejuk ini.
Dan beginilah asma "huwa al-Awwal, al-Akhir, az-Zahir dan al-Batin bersama isim al-Hafiz menjawab soalan kita bagi pencipta kita sekitar isu al-Hasyr (penghidupan semula) dengan hakikat yang disebut.
Walaupun kita melihat dengan mata kita dan mengetahui dengan akal kita bahawa:
manusia adalah buah yang paling akhir dan paling menyeluruh bagi pokok alam semesta ini, dan ia adalah tunasnya yang asli dari sudut hakikat Muhamadiyah (selawat dan salam ke atas pemilik hakikat ini). Manusia adalah tanda kebesaran yang paling besar bagi al-Quran alam semesta, dan adalah ayat kursi bagi alam itu, yang mana manusia itu membawa ismul A'zam. Manusia adalah juga tetamu yang paling mulia dalam istana alam semesta. Manusia juga seorang makhluk yang diberi tugas yang diperintah dan yang paling bersemangat dalam istana itu. Manusia juga adalah makhluk yang diperbolehkan untuk melakukan tindakan ke atas seluruh penghuni di dalam istana itu. Manusia adalah seorang pengetua yang paling berharga dan paling tersebar kewibawaan, kemasyhuran dan tanggung jawab kerana ditambah dengan ratusan ilmu dan ribuan seni, dan diberi tugas dalam pengawasan dan penyeliaan ke atas pemasukan dan pengeluaran dan juga penanaman kebun dan ladang di kejiranan bumi dalam kota alam semesta. Manusia juga adalah pemeriksa bagi sultan azali dan abadi di daerah bumi di negeri alam semesta lalu ia bekerja di bawah pengawasan sultan. Manusia adalah seorang khalifah bagi sultan itu sedikit sebanyak. Manusia juga memiliki kuasa untuk bertindak bagi sultan yang dirakam segala pergerakannya yang bersifat sebahagian dan yang bersifat seluruh. Manusia
27. Page
juga adalah seorang hamba secara keseluruhan dan diberi beban taklif dengan kehambaan yang menyeluruh dan mencakupi. Manusia telah meletak di atas bahunya pelaksanaan amanah yang besar, yang mana langit, bumi dan gunung enggan membawanya, dan dibuka di hadapannya dua jalan yang ajaib, dalam satu daripada kedua-dua jalan itu terdapat pelbagai makhluk hidup yang paling sengsara. Dan di jalan lain terdapat pelbagai makhluk yang paling bahagia yang merupakan cermin yang paling mengumpulkan bagi setiap asma al-Husna. yang mana manusia mendapat bahagian tajalli ismul a'zam yang dimiliki oleh sultan alam semesta, dan orang yang diajak bercakap yang khas bagi-Nya.
Manusia adalah makhluk yang paling banyak kefahamannya dan yang paling banyak pengetahuan bagi ucapan dan firman-Nya. Manusia adalah makhluk yang memiliki kehidupan yang paling banyak keperluannya di alam semesta ini, makhluk yang memiliki kehidupan yang miskin. Manusia memiliki (dengan kelemahan dan kefakiran yang ia miliki yang tiada penghujungnya) tujuan dan keinginan yang tidak terhad. Manusia juga memiliki pelbagai musuh dan pelbagai perkara yang berbahaya yang menyakitinya. Manusia adalah makhluk yang paling kaya dalam kalangan mereka (iaitu orang yang memiliki kehidupan) dari sudut persiapan, dan yang paling banyak merasakan kesakitan dari sudut merasakan keseronokan dengan kehidupan, dan pelbagai kelazatannya itu dicemari dengan pelbagai kesakitan yang amat sangat. Manusia juga merupakan makhluk yang paling banyak kerinduan dan hajat pada kekekalan. Manusia juga merupakan makhluk yang paling layak dan berhak bagi kekekalan. Manusia juga merupakan makhluk yang memohon keabadian dan kebahagiaan yang abadi dengan pelbagai doa yang tiada had, dan bermunajat untuk memohonnya, yang mana jika manusia itu diberi semua keseronokan dunia, maka tidaklah semua keseronokan itu mengenyangkan keinginannya untuk kekal. Manusia juga adalah mukjizat bagi qudrah yang kekal, dan keajaiban ciptaan ilahi yang amat unik.
Manusia menyintai dzat (Allah) yang berbuat baik kepadanya sehingga sampai ke tahap ibadat, dan menjadikan dirinya dicintai (oleh Allah) lalu ia dicintai (oleh Allah). Manusia juga adalah makhluk yang memahami alam semesta, dan semua anggota badannya menjadi saksi bahawa ia dicipta untuk pergi ke keabadian. Manusia yang bergantung dan berkaitan dengan isim al-Hak yang merupakan satu daripada asma al-Husna dengan 20 hakikat yang menyeluruh seperti pelbagai hakikat ini.
Manusia juga merupakan makhluk yang secara berterusan mengimlak untuk ditulis dengan pelbagai perbuatannya yang berkaitan dengan alam semesta atas isim "al-Hafiz" bagi Allah yang Maha memelihara yang memiliki keagungan yang menunaikan hajat yang paling remeh bagi makhluk hidup yang paling kecil, dan Yang Maha mendengar doa, munajat dan permintaannya.
dan menjawab doanya dengan pasti, merakam pelbagai amalnya, dan yang memohon agar malaikat kiraman katibin untuk menulis bagi isim itu dengan pelbagai amalnya yang penting, yang menerima dan mendapat bahagian berupa pandangan ketelitian nama tersebut lebih banyak daripada benda yang lain.
Aku berkata tanpa syak, tanpa keraguan, tanpa halangan dan tanpa sebarang syubhat bahawa akan berlaku pembangkitan dan penghidupan semula bagi manusia dengan pelbagai hikmah yang terdapat dalam 20 hakikat itu dan akan diberi ganjaran atas
28. Page
pelbagai khidmat terdahulu yang ia persembahkan dan diazab atas segala kesalahannya sesuai dengan isim al-Hak. ia akan dihisab dan akan disoal atas semua amalnya yang dirakam secara sebahagian atau secara keseluruhan sesuai dengan isim al-Hafiz. Pintu-pintu penerimaan tetamu bagi kebahagiaan yang abadi dalam negeri yang kekal akan dibuka di hadapannya, dan pintu-pintu penjara kesembuhan yang abadi juga akan dibuka di hadapannya. Seorang pegawai polis yang telah memimpin pelbagai kelompok di alam ini tidak akan menghilang selama-lamanya, yang kemudiannya ia mencampuri urusan kelompok itu, merosakkan dan mencampur aduk pelbagai perkara kelompok ini dalam beberapa keadaan. Pegawai ini tidak akan menghilang masuk ke dalam tanah selama-selamanya, dan terbaring di dalamnya tanpa dibangunkan untuk disoal mengenai setiap amalannya.
Jika tidak maka sesungguhnya sangkaan yang salah bahawa Allah tidak mendengar pelbagai doa yang tiada had bagi pelbagai hak kemanusiaan yang menuju ke alam yang kekal, yang diangkat dengan 20 lisan hakikat yang tersebut, yang pantulan suaranya menggerincingkan arasy dan bumi 1 yang kekuatan pantulan suaranya adalah sekuat suara guruh (sedangkan Allah Maha mendengar suara lalat dan mendengar doanya dengan pasti dengan menganugerahkan hak untuk hidup bagi lalat itu) dan sesungguhnya sangkaan yang salah pensia-siaan pelbagai hak yang tidak terhad tersebut, dan pensia-siaan hikmah (yang mana hikmah itu tidak mensia-siakan sesuatu dan walau dengan kadar sebelah sayap dengan kesaksian keseragaman dan keunikan sayap lalat) adalah pensia-siaan secara menyeluruh terhadap pelbagai persiapan kemanusiaan yang mana semua hakikat itu serta pelbagai kehendak dan harapan manusia yang berlanjutan ke alam keabadian memang berkaitan dengannya, dan juga merupakan pensia-siaan secara menyeluruh juga bagi banyak perkara yang berkaitan dengan alam semesta dan pelbagai hakikatnya yang memberi makan kepada pelbagai persiapan dan kehendak itu. Kami katakan sesungguhnya sangkaan yang salah bahawa pensia-siaan setiap perkara ini secara keseluruhan adalah penganiayaan dan keburukan dalam kezaliman yang berada di luar daerah kemungkinan, yang mana sesungguhnya semua perkara yang ada yang bersaksi atas isim al-Hak (yang Maha Benar) dan al-Hafiz (yang Maha Menjaga), al-Jamil (Yang Maha Cantik) dan ar-Rahim (Yang Maha Mengasihani) menolak ini, dan berkata sesungguhnya: "ini adalah mustahil seratus peratus, dihalang dengan seribu aspek".
Lalu asma al-hak (Yang Maha benar) al-Hafiz (Yang Maha Memelihara) al-Hakim (Yang Maha Menghakimi) al-Jamil (Yang Maha Cantik) dan ar-Rahim (Yang Maha Mengasihani) menjawab soalan kita bagi pencipta kita mengenai hari pembangkitan dan asma ini berkata: Sebagaimana kami adalah satu perkara hak (benar) dan satu hakikat, maka sesungguhnya pembangkitan juga adalah benar dan dibenarkan seperti berlakunya pelbagai benda yang ada yang bersaksi ke atas kita.
Dan walaupun ...
Dahulunya, aku akan menulis lebih banyak daripada ini, tetapi aku ringkaskan kerana perkara ini adalah satu perkara yang jelas dan diketahui seperti jelasnya matahari.
29. Page
Maka sebagaimana setiap bahagian daripada pelbagai bahagian asma al-Husna yang seratus itu bahkan yang seribu yang menghadap ke alam semesta menetapkan dengan jelas pelbagai penama bagi nama itu (dibandingkan ke atas pelbagai hakikat yang disebut dalam pelbagai contoh yang terdahulu dan "walaupun" yang terdahulu) dengan perantaraan pelbagai cermin dan pelbagai tajalli bagi pelbagai nama tersebut di atas segala makhluk yang ada, maka sesungguhnya ia juga menunjuk pada hari pembangkitan dan hari akhirat, dan menetapkan keduanya dengan penetapan yang qat'i.
Sebagaimana tuhan kita menjawab dengan jawaban yang suci dan qat'i bagi jawaban yang kita tanyakan pada tuhan kita mengenai-Nya dengan setiap firman-Nya, dengan semua kitab yang Allah turunkan, dengan pelbagai asma-Nya yang Allah adalah penama bagi Asma tersebut. Allah juga menjawab dengan pelbagai lidah para malaikat-Nya atau dengan kata lain menjadikan para malaikat itu bercakap dengan jalan lain dan mereka menjawab di atas pertanyaan kita sambil berkata:
“Sesungguhnya terdapat pelbagai kejadian dan peristiwa yang banyak dengan kekuatan ratusan nas yang mutawatir agar kamu semua menyertai makhluk ruhaniyyun dan bersama kami sejak zaman Adam AS, dan juga terdapat pelbagai tanda dan bukti yang tiada had yang menunjukkan kewujudan dan kehambaan kami dan makhluk ruhaniyyun.
Kami telah katakan dan selalu kami katakan dengan sepakat dalam perkara yang kami sepakati bersama ketika kami bertemu dengan para pemimpin kamu semua: Sesungguhnya kami selalu berlegar-legar di pelbagai ruang tetamu akhirat dan di beberapa tempat persinggahannya". Oleh itu tiada syak bahawa pelbagai ruang tetamu yang kekal, unik dan indah ini yang kami berlegar-legar di dalamnya, dan pelbagai istana, dan pelbagai tempat persinggahan yang dipenuhi dengan perabut yang dihias yang ada di sebalik pelbagai ruang tetamu tersebut, menunggu kedatangan para tetamu yang mulia untuk mereka mereka sebagai tetamu dan tidaklah kami syak dalam perkara itu sama sekali.
Walau pun Pencipta kita telah menentukan bagi kita nabi Muhammad Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam sebagai pengajar yang paling agung, guru yang paling sempurna, pembimbing yang paling benar, tidak sesat dan tidak menyesatkan. Dan Allah mengutus (Nabi Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam) sebagai penutup bagi segala nabi AS, maka wajib ke atas kita buat pertama kali untuk bertanya dan sebelum segala sesuatu kepada guru kita ini berkenaan apa yang kita tanya kepada pencipta kita, semoga kita meningkat dari martabat ilmu yakin ke martabat ainul yakin dan hakkul Yakin, dan kita sampai pada tahap kesempurnaan. Maka sebagaimana Rasulullah Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam (yang ia adalah satu mukjizat daripada mukjizat al-Quran) menetapkan dengan seribu mukjizatnya yang setiap satu daripadanya adalah satu tanda pembenaran baginya (Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam) daripada Penciptanya bahawa al-Quran adalah benar (hak) dan sesungguhnya al-Quran adalah kalam Allah, maka al-Quran juga (adalah mukjizat yang paling besar yang dimiliki Nabi Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam) menetapkan dengan 40 jenis daripada pelbagai kemukjizatannya bahawa ia adalah benar dan dipercayai dan sesungguhnya ia adalah pesuruh Allah maka tidak syak bahawa hakikat hari pembangkitan yang
30. Page
didakwa dan ditetapkan oleh setiap satu daripada dua lidah dengan ribuan tanda kebesaran (pertama adalah lidah alam syahadah dan ia bermakna pembenaran oleh semua nabi dan wali dalam semua hayatnya, dan yang lain adalah lidah alam ghaib yang ia bermaksud pembenaran oleh semua firman samawi milik dan oleh pelbagai hakikat alam semesta) yang thabit dan diberi penekanan seperti matahari dan siang hari.
Ya, sesungguhnya satu isu seperti isu hari pembangkitan yang ia merupakan masalah yang paling ajaib dan paling bahaya yang ia berada di luar lingkungan akal, hanyasanya dirungkai dan difahami dengan pelbagai pelajaran daripada dua guru yang agung seperti dua guru ini.
Adapun sebab tiadanya penerangan daripada para nabi yang terdahulu mengenai hakikat ini bagi umat masing-masing sepertimana al-Quran jelaskan maka ia sesungguhnya pelbagai zaman itu adalah zaaman orang badawi dan primitif dinisbahkan pada manusia, dan penjelasan berlaku secara mudah seperti pelajaran budak sekolah rendah.
Hasil: walaupun kebanyakan Asma al-Husna memerlukan hari akhirat, maka tidak syak bahawa semua hujah yang menunjuk pada asma tersebut juga menunjukkan bahawa akhirat akan berlaku dari sudut satu sudut.
Walaupun para malaikat memberitahu bahawa mereka melihat pelbagai persinggahan akhirat dan alam baqa, maka tidak syak bahawa pelbagai dalil yang menjadi saksi atas kewujudan para malaikat, ruh dan makhluk ruhani dan kehambaan mereka menunjukkan juga wujudnya akhirat.
Walaupun dakwaan dan isu itu adalah asas dan yang paling kekal dalam kehidupan Nabi Muhammad Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam secara keseluruhannya adalah berkenaan akhirat selepas keesaan, maka tidak syak bahawa semua mukjizat dan hujah yang menjadi dalil atas kenabian dan kebenaran Nabi Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam dan menjadi saksi juga (dari satu sudut dan dengan satu cara yang tidak langsung) atas kenyataan akhirat dan kedatangannya.
Walaupun seperempat al-Quran adalah mengenai hari pembangkitan dan hari akhirat, dan berusaha menetapkan keduanya dengan ribuan ayatnya, dan memberitahu mengenai keduanya, maka tidak syak bahawa semua hujah dan dalilnya yang menjadi saksi dan dalil bahawa al-Quran adalah sesuatu yang hak dan menjadi dalil dan saksi juga dengan cara tidak langsung atas kewujudan, menjadi kenyataan dan terbukanya akhirat.
Maka lihatlah sekarang bagaimana rukun iman ini kuat dan qat'i dan lihatlah.
31. Page
Ringkasan masalah kelapan
Dahulu kami pernah hendak bertanya pelbagai maqam yang banyak mengenai hari pembangkitan dalam "masalah ketujuh", tetapi jawaban pencipta kita dengan asma al husna milik-Nya menganugerahkan kita satu keyakinan dan sifat qanaah yang kuat sampai satu tahap yang tidak meninggalkan bersamanya satu hajat pada pelbagai pertanyaan yang lain. Oleh itu cukuplah bagi kita dengan kadar ini di sana.
Sekarang akan diringkas dalam masalah ini satu perseratus daripada pelbagai faedah dan natijah yang direalisasikan oleh beriman pada hari akhirat sekitar kebahagiaan akhirat dan kebahagiaan dunia.
Sedangkan bahagian yang berkaitan dengan kebahagiaan akhirat maka kita pindahkan ke al-Quran yang memiliki kemukjizatan dan al-bayan (Penerang) yang mana pelbagai penjelasannya tidak meninggalkan satu keperluan pada penerangan lain, dan kami menerangkan di sini dengan (ringkasan yang pendek) tiga atau empat natijah sahaja daripada ratusan natijah yang berkaitan dengan kehidupan individu dan kemasyarakatan bagi manusia, dengan memindahkan penjelasan bahagian yang berkaitan dengan kebahagiaan duniawi ke Risalah an-Nur.
Faedah Pertama
Sesungguhnya manusia (berlainan dengan seluruh haiwan) sebagaimana ia memiliki hubungan dengan rumahnya ia juga memiliki hubungan dengan dunia. Begitu juga, sebagaimana ia memiliki hubungan dengan kerabatnya maka ia juga memiliki hubungan yang kemas, kuat yang bersifat semula jadi dengan jenis manusia. Sebagaimana ia memiliki keinginan untuk kekal secara sementara di dunia, maka ia juga memiliki keinginan yang sampai ke tahap kerinduan untuk kekal dalam negeri abadi. Sebagaimana ia berusaha untuk menyediakan hajat perutnya dengan menyediakan makanan, maka begitu juga ia terpaksa dengan fitrahnya untuk menyediakan pelbagai hidangan dan makanan yang luas seluas dunia bahkan berlanjutan ke keabadian bagi perut akal, hati, ruh dan kemanusiaan, dan ia memang berusaha untuk tujuan itu. Ia juga memiliki pelbagai keinginan dan tuntutan yang tiada sesuatu pun yang mengenyangkannya melainkan kebahagiaan yang abadi, dan sehingga aku bertanya pada satu hari kepada khyalanku semasa aku kecil
(sebagaimana yang ditunjukkan ke perkara itu dalam "kalimah kesepuluh") sambil berkata, "adakah engkau mengutamakan agar engkau diberi umur yang kekal selama seribu ribu tahun bersama kesultanan dunia, kemudian ia berakhir denganmu selepas itu ke alam kekosongan dan kefanaan, atau engkau mengutamakan satu kewujudan yang kekal tetapi biasa dan memiliki pelbagai kesusahan? maka aku melihatnya berkeinginan dalam perkara kedua dan membenci perkara pertama sambil berkata, "Aku ingin keabadian walaupun keabadian itu di jahanam."
Walaupun keseronokan dunia ini tidak mengenyangkan kekuatan khayalan yang ia merupakan satu khadam daripada pelbagai khadam bagi intipati manusia, maka tidak syak bahawa intipati manusia yang menyeluruh yang memiliki hubungan dengan fitrahnya dengan keabadian.
32. Page
Sesungguhnya beriman pada hari akhirat bagi seorang manusia yang fakir dengan kefakiran yang mutlak (yang merupakan modalnya adalah satu bahagian daripada pilihannya yang bersifat sebahagian, yang berkaitan dengan dengan pelbagai keinginan dan harapan yang tidak terhad itu) adalah satu buah dan satu faedah, yang mana sesungguhnya ia adalah khazanah yang agung yang cukup dan yang memadai, ia adalah paksi kebahagiaan dan keseronokan, tempat rujukan untuk mendapatkan pertolongan dan paksi hiburan terhadap kesedihan dunia yang tidak terhad. Oleh itu jika seorang manusia berkorban dengan kehidupan dunianya untuk memenangi dunia maka ia akan menjadi murah.
Buahnya yang kedua dan satu faedah daripada faedahnya yang fokus pada kehidupan peribadinya:
Ini adalah satu natijah yang amat penting yang telah dijelaskan dalam "masalah ketiga" dan dalam satu sisipan daripada pelbagai sisipan buku "Mursyid asy-syabab" (petunjuk bagi para pemuda).
Ya, sesungguhnya kesusahan yang paling menyusahkan fikiran setiap manusia secara berterusan adalah bagaimana cara untuk memasuki negeri yang dilaksanakan hukuman bunuh sebagaimana para kekasih dan kerabatnya yang telah memasuki kubur itu sebelumnya.
Sesungguhnya manusia yang mengharap belas kasihan ini berkorban dengan ruhnya demi seorang kekasih miliknya, ketika menyangka hukum bunuh ke atas ribuah bahkan jutaan dan ribuan juta kekasihnya dalam satu perpisahan abadi maka sesungguhnya ia mendapat azab yang lebih dahsyat daripada azab neraka jahanam dengan sebab pemikiran ini, Tiba-tiba beriman pada hari akhirat datang kepadanya, membuka penglihatannya, membuang tirai daripadanya dan berkata kepadanya, "lihatlah" lalu ia melihat dengan nur keimanan. Maka tiba-tiba ia berseronok dengan keseronokan ruhani yang tumbuh daripada keseronokan syurga dengan penyaksiannya bahawa para kekasihnya telah terselamat daripada kematian yang abadi dan kefanaan dan kehilangan 1, dan mereka menantinya dalam keadaan gembira di alam nurani.
dan kami cukupkan dengan kadar ini yang mana telah dijelaskan natijah ini dengan pelbagai hujah dalam Risalah an-Nur.
Faedah ketiga baginya yang berkaitan dengan kehidupan peribadi:
Sesungguhnya kelebihan manusia mengatasi semua yang memiliki kehidupan, kedudukannya yang tinggi dan ketinggian pangkatnya hanyasanya ia adalah dengan mengambil kira pelbagai sifat mulianya yang tinggi, persiapannya yang menyeluruh, ibadatnya yang menyeluruh, pelbagai daerah kewujudannya yang luas. Realitinya adalah manusia ini berhias dengan sifat-sifat yang mulia seperti sifat melindungi, cinta, persaudaraan dan kemanusiaan sesuai dengan zaman sekarang yang pendek dan terhad antara zaman dahulu dan masa hadapan yang kedua-duanya adalah tiada, mati dan gelap.
33. Page
Sebagai contoh ia mencintai dan memberi khidmat kepada bapa, saudara, isteri, umat dan negaranya yang tidak pernah ia kenali mereka sebelum ini, dan ia tidak dapat melihat mereka selepas berpisah dengan mereka, dan tidak diberi taufik dalam berteman dan keikhlasan yang sempurna dengan mereka melainkan sangat jarang sekali. Lalu menjadi kecillah pelbagai sifat dan kesempurnaannya bersesuaian dengan keseimbangan yang sesuai dengan itu, yang mana ia terbalik dan jatuh ke tahap yang paling rendah dan paling lemah daripada haiwan dari sudut akal sebagai ganti daripada ia menjadi lebih utama dan lebih mulia daripada haiwan itu. Oleh itu dengan beriman pada hari akhirat itu menyelamatkannya, dan menukar zamannya yang sempit seperti kubur ke zamannya yang sangat luas yang menampung zaman lampau dan zaman masa hadapan, dan memperlihatkannya satu daerah kewujudan yang luas seluas dunia, bahkan berlanjutan sejak zaman azali ke zaman abadi, dan ia menyintai bapanya hanya kerana ia adalah seorang bapa hatta ketika berada di negeri kebahagiaan dan di alam ruh, dan ia menyintai saudaranya dengan mengambil kira hubungan persaudaraan antara keduanya yang berlanjutan sehingga ke zaman abadi, dan ia menyintai isterinya dengan penuh keyakinan bahawa ia adalah teman hidup yang paling cantik di syurga juga, dan ia menghormati mereka, menaruh belas kasihan ke atas mereka, menolong dan menyokong mereka.
Dan tidaklah ia menjadikan pelbagai khidmat yang penting itu yang merupakan hubungan yang paling mulia dalam daerah kewujudan dan kehidupan yang agung dan luas sebagai satu alat bagi pelbagai perkara yang remeh yang terdapat di dunia, dan bagi pelbagai tujuan dan manfaat yang bersifat sebahagian, lalu ia diberi taufik dalam persahabatan yang benar dan keikhlasan yang sempurna, dan bermula pelbagai kesempurnaan dan pelbagai sifatnya
dengan kemuliaan (dengan kesesuaian yang pasti dengan itu dan setiap sesuatu sesuai dengan darjatnya) dan kemanusiaannya menjadi mulia, maka manusia ini yang tidak dapat untuk meningkat ke tahap burung dalam keseronokan dengan kehidupan, namun ia menjadi tetamu yang paling bahagia dan paling mulia di alam semesta dan di atas semua haiwan, dan ia juga menjadi seorang hamba yang paling utama dan paling dicintai bagi Pemilik alam semesta ini.
Diringkaskan di sini dengan mencukupi dengan penerangan natijah ini juga dengan hujahnya dalam Risalah an-Nur.
Faedah keempat baginya yang berkaitan dengan kehidupan bermasyarakat bagi seorang insan,
Sesungguhnya ringkasan bagi natijah itu yang diterangkan dalam "sinaran kesembilan" daripada Risalah an-Nur adalah:
Sesungguhnya budak-budak yang merupakan seperempat daripada jumlah manusia tidak mungkin bagi mereka untuk hidup dengan kehidupan yang layak bagi kemuliaan seorang manusia, dan membawa pelbagai persiapan kemanusiaan melainkan dengan keimanan pada hari akhirat. Jika tidak maka ia akan hidup dengan kehidupan yang secara melulu nakal, dan ia akan bermain dengan permainannya semasa kecil untuk menidurkan dirinya, dan ia lupa akan pelbagai
34. Page
kesusahannya dan keresahan yang menyakitkan, kerana kematian budak-budak sepertinya adalah berterusan di sekitarnya, dan memberi kesan pada otaknya yang lemah, dan memberi kesan pada hatinya yang lemah yang membawa pelbagai harapan yang jauh, dan memberi kesan pada ruhnya yang lemah yang tidak dapat melawan, dan ketikamana ia (kesan ini) menjadikan kehidupan dan akal sebagai alat untuk penyeksaan dan penyeksaan bagi orang yang miskin, dan tiba-tiba ia merasakan kegembiraan dan kelapangan dengan pelajaran beriman pada hari akhirat sebagai ganti bagi pelbagai kesengsaraan dan kegelisahan itu yang berselindung di sebalik permainannya sehingga ia tidak melihatnya, dan ia berkata, "Sesungguhnya saudaraku atau temanku ini telah mati lalu ia bertukar menjadi seekor burung yang banyak terdapat di syurga, dia lebih merasakan keseronokan lebih baik daripada kami, dan ia mengelilingi syurga. Ibuku juga telah mati tetapi ia telah pergi ke rahmat ilahi dan ia akan memelukku sekali lagi dan membelaiku, dan aku akan melihat ibuku yang kucintai yang penyayang". Dengan ini memungkinkan baginya untuk hidup dengan kehidupan yang sesuai dengan kemuliaan manusia.
Begitu juga orang tua yang merupakan seperempat daripada jumlah manusia tidak menemui hiburan semasa terpadamnya kehidupan mereka dalam masa yang dekat, masuknya mereka ke dalam tanah, dan tertutupnya dunia mereka yang cantik dan lembut melainkan dalam beriman pada hari akhirat. Jika tidak maka mereka yang terdiri daripada kaum bapa yang memiliki sifat belas kasihan dan dihormati, dan kaum ibu yang memiliki sifat belas kasihan yang berkorban akan menderitai dengan pelbagai jeritan ruh, dan pelbagai kesyugulan 1 dan pelbagai goncangan hati, menjadikan dunia sebagai satu penjara dalam kesedihan dan keputus asaan, dan kehidupan sebagai azab yang pedih kejam ke atas mereka.
Akan tetapi beriman pada akhirat berkata kepada mereka, "janganlah kamu semua berasa resah, sesungguhnya kamu semua memiliki zaman muda yang abadi yang akan datang, kehidupan yang bersinar, umur yang tiada penghujung yang menunggumu dan kamu semua akan saling bertemu dengan (dalam keadaan gembira) bersama anak-anak dan kaum kerabat kamu yang kamu berasa kehilangannya. Semua kebaikanmu turut terjaga dan kamu akan mengambil ganjaran bagi semua kebaikanmu".
Beginilah beriman pada hari akhirat menganugerahkan ketenangan dan kelapangan hatta jika berkumpul seratus ketuaan di atas setiap seorang daripada mereka maka tidaklah dapat ketuaan itu membuat mereka berputus asa.
Dan para pemuda yang merupakan sepertiga manusia yang mana hawa nafsu mereka bergelora, dan dikalahkan oleh pelbagai perasaan mereka, dan mereka tidak bergantung pada akal mereka yang bersifat berani sebahagian pada setiap waktu. Jika mereka kehilangan keimanan mereka pada hari akhirat, dan mereka tidak mengingat azab neraka jahanam maka sesungguhnya harta dan harga diri yang dimiliki oleh orang yang menjaganya dan rehatnya orang tua dan orang lemah dan kemuliaan mereka semuanya yang ada dalam masyarakat akan berada dalam bahaya, kerana sebahagian daripada mereka menghancurkan kebahagiaan satu keluarga yang bahagia demi satu keseronokan yang hanya kekal selama satu minit, lalu ia merasakan azab dalam penjara seperti ini, bagi tempoh masa empat atau lima
35. Page
tahun, dan menjadi seperti seekor haiwan liar.
Apabila beriman pada hari Akhirat menolongnya maka ia akan kembali ke kewarasannya dengan cepat, dan ia akan merasai belas kasihan dan penghormatan terhadap orang yang pernah menghendaki untuk menyakitinya secara zalim, dan ia akan berkata, "Sesungguhnya mata-mata kerajaan tidak melihatku dan aku dapat bersembunyi daripada mereka, tetapi malaikat sultan yang memiliki keagungan yang memiliki penjara seperti neraka jahanam melihatku dan mencatat pelbagai keburukanku, maka aku bukanlah seorang yang bebas merdeka, hanyasanya aku adalah seorang musafir yang memiliki banyak tugas, dan aku juga akan menjadi seperti mereka iaitu seorang tua dan seorang yang lemah.
Kami cukupkan sampai di sini sahaja dengan penjelasan makna ini begitu juga dalam Risalah an-Nur bersama bukti-buktinya.
Dan begitu juga mereka yang mewakili satu bahagian yang penting dalam kalangan manusia, dan mereka adalah para pesakit dan orang yang dizalimi dan manusia seperti kita dalam kalangan orang yang memiliki musibah, fakir dan yang terpenjara yang dihukum ke atas mereka dengan pelbagai hukuman keras. Jika beriman pada hari akhirat tidak menolong mereka maka kematian yang muncul secara berterusan di hadapan kedua mata seorang daripada mereka dengan mengingatkan pelbagai penyakit kepadanya dan pengkhianatan seorang zalim terhadap seseorang yang terpedaya yang tiada seorang pun daripada mereka dapat membalas dendam daripadanya, dan yang tidak dapat untuk menyelamatkan harga dirinya daripada diserang olehnya, dan sikap putus asa yang menyakitkan dan terbit daripada kehilangan anak-anak dan harta bendanya secara sia-sia dalam pelbagai tragedi yang besar, dan kesempitan yang membosankan yang terbit daripada azab penjara seperti penjara kita ini bagi tempoh lima atau sepuluh tahun demi kelazatan yang hanya kekal selama beberapa minit atau sejam atau dua jam, maka tidak syak bahawa setiap perkara itu menukarkan dunia pada penjara, dan kehidupan ke azab yang kejam ke atas orang miskin itu.
Dan apabila beriman pada hari akhirat menolong mereka, maka mereka akan menarik nafas lega dan akan sirna daripada mereka kesempitan, sifat putus asa, kegelisahan dan gejolak balas dendam mereka sedikit sebanyak, dan kadang-kadang setiap perkara itu sirna secara sempurna sesuai dengan darjah keimanan yang dimiliki oleh setiap satu daripada mereka.
Sehingga dapat aku katakan, "Jika beriman pada hari akhirat tidak memberi pertolongan kepada kami (aku dan beberapa saudaraku) dalam penjara kita ini yang kami telah memasukinya dengan tanpa sebarang sebab, dan dalam musibah kami yang menakutkan ini, maka beratlah ke atas kami memikulnya seperti beratnya kematian, dan itu telah membimbing kami untuk keluar 4 daripada kehidupan.
Tetapi aku mengucapkan pujian tahmid yang tiada penghujung kepada Allah, kerana walau pun aku menderita pelbagai penderitaan yang lahir daripada musibah itu demi saudara-saudaraku yang aku cintai melebihi cinta pada diriku sendiri, dan aku memohon maaf atas kehilangan dan tangisan bukuku yang amat berharga yang
36. Page
ditulis dengan emas dan dihias dengan pelbagai hiasan dan ribuan Risalah an-Nur yang lebih aku cintai daripada mataku. Walaupun sejak dahulu aku tidak dapat menanggung penghinaan dan penguasaan orang lain ke atasku walau sedikit,
Sesungguhnya aku menegaskan bagi kamu dengan bersumpah kepada Allah bahawa nur beriman pada hari akhirat dan kekuatannya telah menganugerahkanku kesabaran, daya tahan, kerehatan dan kecekalan bahkan mungkin keduanya menganugerahkanku keinginan, kesungguhan dan semangat agar aku memenangi ganjaran yang besar, dan bermujahadah dalam ujian yang memberi keuntungan, ketika aku menganggap diriku berada dalam sekolah yang bagus, baik dan diberkati yang layak disebut sebagai sekolah ala nabi Yusuf sebagaimana yang telah aku katakan di pembukaan risalah ini. Dan kalaulah bukan pelbagai penyakit yang menimpaku kadang-kadang, dan pelbagai penyakit alahan yang timbul akibat sakit tua, maka sudah pasti aku telah banyak mengulang kaji pelajaran, dan dengan kelapangan hati dan dengan gambaran yang menarik. Walau apa pun keadaannya sesungguhnya kami telah keluar daripada tajuk, sempena keadaan ini maka aku memohon kemaafan dan tidak mengambil hati.
Begitu juga sesungguhnya setiap manusia memiliki satu dunia yang kecil bahkan syurga yang kecil iaitu rumahnya, maka jika beriman pada hari akhirat tidak menguasai kebahagiaan rumah ini maka sudah tentu setiap individu dalam rumah ini berasa gelisah dan menderita dengan gambaran yang luar biasa sesuai dengan tingkatan rasa belas kasihan, kecintaan dan hubungannya dengan yang lain di dalam rumah itu. Maka bertukarlah syurga miliknya itu ke neraka jahanam, atau akalnya ditidurkan dengan kelalaian dan kedunguan sementara. Perbandingannya samalah seperti burung unta yang melihat pemburu namun burung itu tidak dapat melarikan diri atau terbang lalu burung itu memasukkan kepalanya ke dalam pasir sehinggalah pemburu itu tidak dapat melihatnya, maka begitu juga setiap individu rumah ini yang kosong daripada keimanan memasukkan kepala masing-masing ke dalam kelalaian sehingga kematian, kesirnaan dan perpisahan tidak dapat melihatnya, atau ia tidak menemui penyelesaian naif yang bersifat sementara seperti memansuh perasaan dan pancaindera secara sementara, kerana sesungguhnya seorang ibu sebagai contoh menggigil ketakutan 1 setiap kali ia melihat anak-anaknya (yang demi mereka ia mengorbankan ruhnya) terdedah pada bahaya, dan begitu juga anak-anak yang tidak dapat menyelamatkan bapa dan saudara mereka dari pelbagai bala dan musibah yang tidak putus-putus, mereka berasa sedih dan takut yang berterusan.
Jika dibuat perbandingan atas keadaan ini maka sesungguhnya kehidupan keluarga itu yang disangkakan bahawa keluarga itu adalah bahagia dalam kehidupan duniawi yang bergoncang yang tidak stabil ini yang kehilangan kebahagiaannya dari pelbagai sudut maka hubungan dan kekerabatan dalam satu kehidupan yang pendek tidak menganugerahkan satu persahabatan yang hakiki yang tiada keikhlasan yang sempurna dan tanpa khidmat dan kecintaan yang murni dan suci yang kosong daripada apa-apa tujuan. Lalu akhlak menjadi lemah dengan keseimbangan yang sempurna dengan perkara itu, bahkan jatuh dan menjadi rendah.
Apabila beriman pada akhirat telah memasuki rumah ini, maka beriman pada hari akhirat akan meneranginya pada ketika itu juga, maka tidak berlaku hubungan, rasa
37. Page
belas kasihan, kekerabatan dan kecintaan yang sementara antara individu rumah itu dengan mengambil kira tempoh yang sangat pendek yang mereka luangkan bersama, bahkan setiap satu daripada mereka menghormati yang lain dengan satu penghormatan yang hakiki dan mencintainya serta memberi belas kasihan ke atasnya, dan merasai dan menzahirkan satu persahabatan terhadapnya dengan mengambil kira berterusannya pelbagai hubungan itu sehingga dalam negeri akhirat dan dalam kebahagiaan yang abadi, dan memaafkan pelbagai kelalaiannya dan ia tidak merenung pada pelbagai kesalahannya, bahkan ia memaafkannya, dan seterusnya... dan ketika itu akhlak menjadi mulia Kemudian kebahagiaan hakiki bagi manusia mula berbunga di rumah ini. Cukup sampai di sini berdasarkan pada penjelasan bagi makna ini juga dalam Risalah an-Nur dengan pelbagai hujahnya.
Dan begitu juga setiap bandar adalah satu rumah yang luas bagi penduduknya, maka jika beriman pada hari akhirat tidak menguasai semua individu dalam keluarga besar itu, maka akan tersebarlah pelbagai keadaan dan perilaku seperti pelbagai niat yang buruk, pengambilan manfaat, penipuan, pemalsuan, sifat egosime, kepura-puraan, riyak, rasuah, tipu daya sebagai ganti daripada keikhlasan, kejujuran, keutamaan, adab, pengorbanan, ganjaran ukhrawi dan Redha Allah yang merupakan asas bagi akhlak mulia, dan ketika itu pelbagai makna keganasan dan kekezaliman dengan nama keselamatan secara zahir, dan dengan nama kemanusiaan. Kehidupan bandar itu menelan racun, budak-budak mula suka bertengkar, para pemuda mabuk, yang kuat menjadi zalim, orang tua hanya menangis.
Dibanding dengan ini maka negeri juga adalah sebuah rumah dan tanah air juga adalah sebuah rumah bagi keluarga umat, dan semata-mata beriman pada hari akhirat memerintah banyak rumah yang luas ini maka akan muncul dalam kehidupan itu sikap hormat yang murni, dan rasa belas kasihan yang bersungguh-sungguh, dan rasa cinta dan pemberian bantuan tanpa sebarang rasuah, pemberian khidmat dan pergaulan tanpa muslihat, pemberian ihsan dan keutamaan tanpa sebarang riya', serta keagungan dan keutamaan tanpa perasaan ego, yang mana (beriman pada hari akhirat berkata kepada budak-budak, "Sesungguhnya di sana ada syurga oleh itu tinggalkanlah pertengkaran. Lalu beriman pada hari akhirat membuatkan mereka matang dan mendidik mereka dengan pengajaran al-Quran, dan berkata kepada para pemuda, "Sesungguhnya di sana terdapat neraka jahanam, maka tinggalkanlah (arak) yang memabukkan. Lalu beriman pada hari akhirat menjadikan mereka kembali pada kewarasan mereka.
Dan Beriman pada hari akhirat berkata kepada seorang yang zalim, "Sesungguhnya di sana terdapat azab yang amat pedih dan engkau akan mendapatkan pelbagai tamparan." Lalu beriman pada hari akhirat menjadikannya tunduk pada keadilan.
Beriman pada hari akhirat berkata kepada seorang lelaki tua, "Sesungguhnya satu kebahagiaan ukhrawi yang kekal adalah lebih agung daripada semua bentuk kebahagiaanmu yang keluar dari tanganmu dan sesungguhnya satu zaman muda yang matang segar dan kekal sedang menunggumu, maka berusahalah untuk memenangi keduanya. Lalu beriman pada hari akhirat menukar tangisannya pada tawa."
38. Page
Dibandingkan dengan ini maka sesungguhnya kesan yang baik daripada beriman pada hari akhirat muncul dalam setiap kelompok daripada pelbagai kelompok sama ada menyeluruh atau sebahagian, dan menerangi pelbagai kelompok itu, maka hendaklah telinga golongan sosialis dan golongan moralis yang memiliki sikap prihatin terhadap kehidupan kemasyarakat bagi manusia untuk mendengar beriman pada hari akhirat.
Jika dibandingkan ribuan faedah lain yang dimiliki beriman pada akhirat ke atas lima atau enam model daripada apa yang telah kami isyaratkan maka difahami secara qat'i bahawa paksi kebahagiaan dua negeri (dunia dan akhirat) dan dua kehidupan adalah keimanan sahaja, tiada lain.
Kami katakan di sini dengan satu isyarat pendek sahaja terhadap kesamaan yang lemah dari sudut fizikalnya pembangkitan semula itu, memadailah dengan pelbagai jawaban yang kuat dalam "kalimah kedua puluh lapan" dan dalam seluruh Risalah an-Nur :
Sesungguhnya cermin yang paling mencakupi bagi asma ilahi adalah dalam perkara yang berkaitan dengan fizikal, dan tujuan yang paling kaya dalam pelbagai tujuan ilahiyah dalam penciptaan alam semesta dan pusatnya yang paling efektif adalah dalam perkara berkaitan dengan fizikal. Dan jenis-jenis perbuatan ihsan rabbani yang diberi corak yang paling banyak adalah dalam perkara yang berkaitan dengan fizikal, dan benih-benih yang lebat bagi pelbagai doa yang didoakan oleh manusia kepada penciptanya dengan pelbagai lidah keperluan dan kesyukuran yang mereka persembahkan bagi pencipta mereka ialah juga dalam perkara yang berkaitan dengan fizikal, dan pelbagai bentuk tunas yang paling banyak bagi pelbagai alam maknawi dan ruhani adalah ia juga dalam perkara yang berkaitan dengan fizikal.
Dibandingkan dengan ini dan oleh kerana ratusan hakikat menyeluruh berpusat pada perkara yang berkaitan dengan fizikal, maka sesungguhnya pencipta yang Maha bijaksana memakaikan pelbagai makhluk yang ada (satu kafilah mengikuti yang lain), satu kewujudan dengan efektifnya yang amat cepat dan amat luar biasa untuk memperbanyak perkara yang berkaitan fizikal di muka bumi, dan untuk menjadikannya tempat zahir bagi pelbagai hakikat tersebut, lalu ia mengirim mereka ke kemasyhuran itu, kemudian melepaskan mereka. Kemudian Allah mengutus orang lain di tempat mereka, dan dengan cara ini Allah menjadikan kilang alam semula jadi kekal berkerja, dan menyulam pelbagai hasil fizikal, dan menjadikan bumi sebagai tapak semaian bagi akhirat dan syurga, sehingga sesungguhnya ia agar menjadikan fizikal perut manusia puas, dan mendengar dan menerima (dengan kesempurnaan perhatian) permohonan perut itu demi kekekalannya dengan lisan halnya, dan agar mendengar dengan pasti demi kepentingannya, dan Allah menghadirkan kepada fizikal pelbagai makanan yang amat menarik, pelbagai nikmat yang amat bernilai dengan bilangan yang tiada had baginya, dan dengan ratusan ribu bentuk, dan dengan ribuan jenis keseronokan, setiap ini menunjukkan dengan jelas dan tanpa syak bahawa keseronokan syurga yang paling banyak dan jenisnya yang paling banyak dalam negeri akhirat adalah fizikal, dan nikmat yang paling penting (yang diinginkan dan dirindui oleh setiap orang) bagi kebahagiaan abadi adalah fizikal.
39. Page
Persoalannya adalah adakah di sana terdapat sebarang kebarangkalian dan sebarang kemungkinan supaya Allah yang Maha Berkuasa dan Maha Penyayang dan Allah Yang Maha Mengetahui dan Maha Mulia, (Yang menerima doa milik perut yang biasa itu, kerana kekalnya perut itu dengan lidah halnya, dan menjadikannya bahagia dan gembira, dengan pelbagai makanan yang berbentuk material yang memiliki pelbagai mukjizat yang tiada penghujung baginya, dan mendengar bagi kepentingannya dengan nyata dan berterusan, dan tanpa aspek kebetulan. Hanyasanya dengan tujuan (semua 3 doa yang keseluruhan yang mulia dan mencakupi tidak terhad yang dengannya manusia berdoa dengan perut kemanusiaan yang besar) dan ia (manusia) adalah natijah yang paling penting bagi alam semesta, khalifah Allah di muka bumi, makhluk yang lebih utama bagi Pencipta itu dan ia adalah hamba-Nya) bagi kepentingannya agar ia diberi pelbagai keseronokan jasmani yang ia hendaki dalam negeri kekekalan secara berterusan dan rindu padanya dan menghendaki dan menuntutnya secara fitrah? dan agar Allah tidak mendengar bagi kepentingannya secara pasti dengan pembangkitan secara fizikal? dan agar tidak menjadikannya bersyukur buat selama-lamanya?
Maka ia adalah seperti seorang yang mendengar suara seekor lalat namun tidak mendengar suara guruh, dan ia seperti seseorang yang mengambil perhatian pada perkara yang mesti dilakukan oleh seorang tentera biasa dengan perhatian yang sempurna dan tidak mengambil perhatian berkenaan seluruh pasukan tentera secara mutlak. Dan ini adalah mustahil dan tidak benar seratus peratus.
Ya sesungguhnya seorang manusia dengan nas ayat yang jelas dan qat'i:
وفيها ما تشتهيه الأنفس وتلذ الأعين
dan di dalam Syurga itu pula disediakan segala yang diingini oleh nafsu serta di pandang indah oleh mata;
Surah az-Zukhruf ayat 71
akan melihat dan merasa pelbagai keseronokan fizikal yang ia telah rindui melebihi segala sesuatu yang lain dan telah merasakan modelnya semasa di dunia dengan bentuk yang sama di syurga, dan akan diberikan ganjaran pelbagai ibadat yang khas dan kesyukuran yang murni yang dilakukan oleh pelbagai anggota badan seperti lidah, mata dan telinga dengan pelbagai kelazatan fizikal yang khas bagi anggota badan itu, maka al-Quran yang memiliki mukjizat dan penerangan menerangkan dengan satu gambaran yang terang terhadap pelbagai keseronokan fizikal yang mana tidak mungkin untuk mentakwil makna zahir dengan pelbagai pentakwilan yang menghalang untuk menerimanya.
maka buah beriman pada hari akhirat dan pelbagai natijahnya menunjukkan pelbagai perkara berikut:
Sebagaimana hakikat perut yang merupakan satu daripada anggota badan manusia dan segala keperluannya menunjukkan satu dalil yang qat'i atas kewujudan pelbagai makanan, maka begitu juga hakikat, kesempurnaan, keperluan fitrah, keinginan dan cita-cita seorang manusia yang abadi dan pelbagai hakikat beriman pada hari akhirat yang memerlukan pelbagai natijah dan faedah yang tersebut. Manakala pelbagai
40. Page
persiapannya menunjukkan dengan dalil yang lebih qat'i atas akhirat, syurga dan pelbagai keseronokan jasmani yang kekal dan menjadi saksi atas berlakunya dan pasti berlaku. Begitu juga pelbagai bahagian dalam Risalah an-Nur (lebih-lebih lagi kalimah kesepuluh daripada risalah tersebut, dua maqam daripada kalimah kedua puluh lapan dan kalimah kedua puluh sembilan serta sinaran kesembilan dan risalah munajat telah menetapkan dengan pelbagai hujah dan dengan gambaran yang cemerlang yang tidak meninggalkan satu ruang untuk syubhah bahawa hakikat pelbagai kesempurnaan alam semesta ini dan pelbagai tanda kebesaran peciptaannya yang memiliki pelbagai makna dan semua hakikat manusia yang memiliki satu hubungan dengan pelbagai hakikat yang tersebut menunjukkan dan menjadi saksi atas kewujudan negeri akhirat dan pasti berlakunya dan kedatangan hari pembangkitan dan terbukanya syurga dan jahanam, dan kami akan meringkaskan cerita yang panjang sambil memindahkan padanya.
Sesungguhnya pelbagai penerangan al-Quran sekitar neraka jahanam adalah jelas dan zahir sampai satu tahap bahawa pelbagai penerangan tersebut tidak meninggalkan satu hajat pun pada pelbagai penjelasan lain, melainkan kami akan menerangkan satu ringkasan yang sangat pendek bagi beberapa noktah yang menghilangkan sebahagian keraguan yang lemah, sambil memindahkan pelbagai perincian bagi perkara itu ke Risalah an-Nur.
Nuktah pertama:
sesungguhnya mafhum jahanam tidak menghilangkan (dengan menakut-nakutkannya terhadap seorang manusia) pelbagai keseronokan pelbagai buah yang terdahulu yang dimiliki oleh keimanan, kerana sesungguhnya rahmat Tuhan yang tidak terhad ketika engkau berkata kepada seorang yang berada dalam ketakutan, "datanglah kepadaku dan masuklah melalui pintu taubat" sehingga kewujudan neraka jahanam tidak menakutkanmu, Hanyasanya kewujudan neraka jahanam menjadikanmu mengenal keseronokan syurga secara sempurna, dan membalas dendam bagimu dan bagi pelbagai makhluk yang tidak terhad yang dilanggar pelbagai haknya lalu menyembuhkan sakit hatimu dan menjadikan kamu semua bahagia.
Jika engkau telah tenggelam dalam kesesatan, dan engkau tidak dapat menyelamatkan diri daripada kesesatan, maka kewujudan neraka jahanam adalah lebih baik daripada hukuman mati abadi sebanyak seribu derajat, dan juga ia adalah satu rahmat bagi orang kafir sedikit sebanyak. Oleh kerana seorang insan (hatta pelbagai haiwan yang memiliki anak kecil) berseronok dengan keseronokan dan kebahagiaan kaum kerabat, anak-anak dan orang yang ia kasihi dan berasa gembira dengan keseronokan dan kebahagiaan itu sedikit sebanyak. maka sekarang wahai orang yang tidak bertuhan, sama ada engkau akan berakhir ke kekosongan dengan hukuman bunuh yang abadi dari sudut kesesatan engkau atau sama ada engkau akan masuk neraka, ada pun kekosongan yang ia adalah kejahatan semata-mata maka kekosongan akan membakar ruh, hati, dan intipati engkau sebagai seorang manusia dan kekosongan lebih dahsyat daripada neraka jahanam sebanyak ribuan derajat, yang mana semua orang yang engkau cintai, semua kaum kerabatmu, ibu bapa, datuk nenek moyang dan keturunanmu (yang kamu berasa gembira dengan kebahagiaan mereka dan kamu gembira dengan mereka sedikit sebanyak) maka
41. Page
mereka akan berada dalam kekosongan denganmu.
Kerana jika tidak terdapat di sana neraka jahanam maka tidaklah terdapat di sana syurga juga, maka setiap sesuatu akan berakhir dengan sebab kekufuranmu ke kekosongan, ada pun jika engkau memasuki neraka dan engkau kekal dalam daerah kewujudan maka para kekasih dan kaum kerabatmu sama ada akan menjadi gembira di syurga dan sama ada mereka akan mendapat bahagian dengan sejenis rahmat dalam pelbagai daerah kewujudan, maka (pada setiap keadaan) wajiblah ke atasmu untuk condong ke kewujudan jahanam kerana pengambilan keadaan yang berlawanan dengan neraka jahanam adalah satu kecondongan ke kekosongan. Oleh itu kecondongan pada ketiadaan kebahagiaan para kekasih yang tidak terhad baginya.
Ya, adapun neraka jahanam maka ia adalah satu negeri yang ada dan mengagumkan yang memiliki kekuasaan yang melaksanakan peranan penjara dengan gambaran yang bijaksana dan adil bagi Allah yang Maha bijaksana yang memiliki kekuasaan bagi daerah kewujudan yang ia adalah kebaikan semata-mata. Jahanam ini memiliki pelbagai tugas lain yang banyak ditambah pula dengan melakukan tugas penjara dan neraka memiliki kebijaksanaan yang banyak dan pelbagai khidmat yang berkaitan dengan alam kekekalan. dan neraka adalah tempat tinggal yang memiliki kekuasaan bagi makhluk yang memiliki kehidupan yang jumlahnya sangat banyak seperti malaikat zabaniyah.
Nuktah kedua
sesungguhnya kewujudan neraka jahanam dan azabnya yang sangat pedih tidak menafikan rahmat yang tidak terhad, keadilan yang hakiki dan hikmah yang seimbang yang tidak terdapat sifat berlebih-lebihan di dalamnya, bahkan rahmat, keadilan dan hikmah yang ia memerlukan kewujudannya. Maka sebagaimana perbuatan mengenakan hukuman denda ke atas seorang zalim yang telah melanggar pelbagai hak ribuan orang yang tidak bersalah, dan perbuatan membunuh seekor binatang liar yang telah mengoyak ratusan haiwan yang dizalimi, hanyasanya ia adalah seribu rahmat bagi manusia yang dizalimi termasuk dalam keadilan. Sebagaimana kemaafan diberikan kepada seorang zalim itu dan pembebasan haiwan liar itu hanyasanya ia adalah kekasaran (sebanyak seratus derajat) bagi ratusan orang yang perlu dikasihani sebagai balasan bagi rahmat (yang bukan pada tempatnya) bagi seorang manusia. Maka begitu juga seorang kafir yang telah memasuki penjara neraka jahanam bersama mereka yang memasukinya dan mendapat hak bagi ancaman ayat
إِنَّ اللَّهَ لَا يَغْفِرُ أَنْ يُشْرَكَ بِهِ
Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa syirik mempersekutukanNya (dengan sesuatu apajua), Surah an-Nisa 48
dari sudut pelanggarannya (dengan kekufurannya yang mutlak) atas pelbagai hak asma al-Husna dengan keingkarannya pada pelbagai hak tersebut, dan kerana pelanggarannya atas pelbagai hak yang dimiliki oleh pelbagai makhluk yang ada
42. Page
yang menjadi saksi bagi pelbagai asma itu berkenaan pendustaannya terhadap pelbagai kesaksian pelbagai makhluk itu, dan kerana pelanggarannya ke atas pelbagai hak yang dimiliki oleh pelbagai makhluk berkenaan keingkarannya terhadap pelbagai tugas mulia yang dilakukan oleh pelbagai makhluk iaitu seperti pelbagai penyucian terhadap pelbagai Asma tersebut, dan dari sudut pelanggarannya terhadap pelbagai hak yang dimiliki oleh pelbagai entiti yang ada (sedikit sebanyak) dengan pendustaannya terhadap tujuan penciptaan, sebab kewujudan dan kekekalan pelbagai makhluk tersebut dan ia adalah sahutan mereka dengan kehambaan bagi pelbagai tajalli rububiyah dan ilahiyah dan keadaan mereka sebagai cermin 1 bagi pelbagai tajalli itu dan ini adalah satu jenayah yang besar dan satu kezaliman yang menjijikan yang tidak dapat dimaafkan.
dan ketiadaan memasukkannya ke neraka jahanam dengan sebab rahmat yang bukan pada tempatnya akan bertukar menjadi keras yang tiada had baginya ke atas para pengadu yang tidak terhad yang dilanggar pelbagai hak mereka, maka sebagaimana para pengadu itu menghendaki kewujudan neraka jahanam. Maka kebesaran kekuasaan dan kebesaran kesempurnaan juga menghendaki kewujudan neraka secara qat'i.
Ya, sebagaimana seorang lelaki yang bertindak melulu dan dalam keadaan bermaksiat telah melanggar pelbagai hak seorang penduduk di satu negeri, jika ia telah menyakiti penguasa negeri itu yang memiliki kekuasaan dan kemuliaan sambil berkata, "engkau tidak dapat memasukkanku ke dalam penjara, dan sama sekali tidak akan dapat memasukkanku." maka tidak syak lagi bahawa ia akan membina satu penjara bagi orang yang biadap ini lalu memasukkannya ke dalam penjara itu hatta walaupun tidak terdapat satu penjara pun di negeri itu. Maka begitu juga seorang kafir yang menyakiti (dengan kekafirannya yang mutlak) dengan satu perbuatan terhadap kemuliaan kekuasaan ilahi, dan ia menyakiti kebesaran kudrat-Nya dengan keingkarannya, dan ia menerima kesempurnaan rububiyahnya dengan melanggarnya, maka tidak syak bahawa penciptaan neraka jahanam bagi orang kafir seperti mereka dan memasukkan mereka ke dalam neraka adalah memang keadaan kemuliaan dan keagungan itu. hatta walau pun tidak terdapat di sana pelbagai sebab dan hikmah yang mewajibkan kewujudan neraka jahanam demi pelbagai tugas yang banyak.
Sesungguhnya intipati kekufuran juga memberitahu mengenai neraka jahanam, ya, sebagaimana jika intipati keimanan bertukar menjadi jisim maka ia memungkinkannya untuk menjadi (dengan pelbagai keseronokannya) dalam bentuk syurga yang khas, lalu intipati keimanan memberitahu satu pemberitahuan yang tersirat mengenai syurga dari sudut ini. Begitu juga telah ditetapkan dalam Risalah an-Nur dengan pelbagai dalil, dan telah diisyaratkan padanya dalam pelbagai masalah yang terdahulu bahawa terdapat di sana pelbagai rasa sakit yang gelap dan luar biasa dan azab maknawi bagi kekufuran. dan khasnya bagi kekufuran yang mutlak daripadanya, dan kemunafikan dan kemurtadan, yang mana jika pelbagai rasa sakit yang gelap dan luar biasa dan azab maknawi ini menjadi jisim maka ia akan menjadi neraka jahanam yang khas bagi individu yang murtad ini, lalu memberitahu secara tersirat mengenai neraka jahanam yang besar, tunas beracun ini menunjukkan pada pokok zakkum bertangkainya pelbagai hakikat yang dikecilkan
43. Page
ini yang terdapat di satu ladang atau satu tapak semaian yang terdapat di dunia di akhirat kelak dan berkata, "sesungguhnya aku adalah raginya dan sebiji buah daripada pelbagai buahku adalah model khas bagi pokok zakkum itu milik seorang yang sengsara yang membawaku dalam hatinya."
Walaupun kekufuran itu adalah satu pelanggaran ke atas pelbagai hak yang tidak terhad, maka tidak syak bahawa ia adalah satu perbuatan jenayah yang tiada had baginya, maka kekufuran menjadikan orang yang melakukan jenayah itu berhak untuk diazab yang tiada had baginya.
Walaupun keadilan kemanusiaan menerima hukuman penjara bagi tempoh hampir 80 juta minit yang terdapat dalam 15 tahun bagi sesiapa yang melakukan jenayah pembunuhan dalam satu minit, dan menganggapnya selaras dengan kepentingan dan hak awam, maka tidak syak bahawa satu minit daripada kekufuran mutlak menjadikan pemiliknya mendapat hampir 80 ribu juta minit, dari sudut keadaan kekufuran adalah seribu pembunuhan, dan pengazaban ini menjadi muwafik bagi untuk keadilan itu.
Dan sesiapa yang melakukan setahun daripada umurnya dalam kekufuran ini maka ia berhak diazab hampir dua trilion dan lapan ratus dan 80 ribu juta minit dan menerima dengan rahsia ayat
خالدين فيها أبدا
mereka kekal di dalamnya buat selama-lamanya
dan ayat-ayat seterusnya
Sesungguhnya pelbagai penjelasan yang memiliki mukjizat bagi al-Quran al-Hakim sekitar syurga dan neraka, dan pelbagai hujah yang terdapat dalam Risalah an-Nur (yang merupakan tafsir bagi al-Quran) dan terbit dari pelbagai keterangan al-Quran sekitar kewujudan syurga dan neraka jahanam, tidak meninggalkan sebarang keperluan bagi penerangan lain. Sesungguhnya terdapat banyak ayat seperti
وَيَتَفَكَّرُونَ فِي خَلْقِ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ رَبَّنَا مَا خَلَقْتَ هَذَا بَاطِلًا سُبْحَانَكَ فَقِنَا عَذَابَ النَّارِ
dan mereka berfikir dalam penciptaan langit dan bumi wahai tuhan kami tidaklah engkau mencipta ini dalam sia-sia maha suci engkau maka lindungilah kami daripada azab api neraka surah ali Imran ayat 191
رَبَّنَا اصْرِفْ عَنَّا عَذَابَ جَهَنَّمَ إِنَّ عَذَابَهَا كَانَ غَرَامًا .إِنَّهَا سَاءَتْ مُسْتَقَرًّا وَمُقَامًا
wahai tuhan kami jauhilah daripada kami azab neraka jahanam sesungguhnya azab neraka jahanam adalah gharam sesungguhnya neraka jahanam adalah tempat tinggal dan tempat bermukim paling buruk surah al-Furqan ayat 65-65
dan permohonon perlindungan oleh semua para nabi (dan didahului oleh Rasulullah
44. Page
Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam) dan ahli hakikat secara berkekalan daripada neraka jahanam yang memperoleh kepastian kewujudan bagi mereka berdasarkan pada wahyu dan penyaksian, sambil banyak berkata dalam pelbagai doa mereka
أجرنا من النار نجنا من النار خلصنا من النار
lindungi kami daripada api neraka, selamatkan kami daripada api neraka, lepaskanlah kami daripada api neraka
menerangkan bahawa isu yang paling besat bagi manusia adalah terselamat daripada api neraka, dan hakikat yang paling penting, besar dan dan dahsyat bagi alam semesta adalah neraka, yang mana sebahagian daripada ahli syuhud, ahli kasyaf dan ahli tahkik menyaksikan neraka dan sebahagian daripada mereka melihat pelbagai percikan dan pelbagai bayangannya, lalu mereka menjerit kerana kengeriannya sambil berkata, Selamatkan kami daripada neraka jahanam."
Ya sesungguhnya pertembungan antara kebaikan dan kejahatan, keseronokan dan penderitaan, terang dan gelap, panas dan sejuk, elok dan buruk, hidayat dan kesesatan, dan saling masuknya satu pasangan daripada keduanya, sebahagian dalam sebahagian yang lain dalam alam semesta ini, adalah demi satu hikmah yang sangat agung kerana jika tidak terdapat kejahatan maka tidak diketahui kebaikan, dan kalaulah tiadalah kesakitan maka tidak ditemui keseronokan, dan tiada pentingnya terang tanpa kegelapan, dan dengan adanya kesejukan maka berlaku tingkatan kepanasan, dan satu hakikat bagi keelokan bertukar menjadi seribu hakikat dengan wujudnya keburukan, dan ribuan jenis daripada martabatnya datang ke kewujudan, dan kekalnya keseronokan yang banyak bagi syurga tersembunyi tanpa neraka jahanam, dan dengan perbandingan di atas ini maka sesungguhnya segala sesuatu diketahui dengan lawannya dari satu sudut, dan satu hakikat bertambah tangkainya dan menjadi banyak hakikat.
Walaupun benda-benda yang ada dan saling bercampur ini mengalir dan berlalu dari negeri yang fana ke negeri yang baqa, dan sebagaimana segala sesuatu seperti kebaikan, keseronokan, cahaya, kecantikan dan keimanan mengalir ke syurga dan begitu juga benda-benda yang membahayakan seperti kejahatan, penderitaan, kegelapan, keburukan dan kekafiran mengalir ke neraka jahanam, maka tidak syak bahawa pelbagai aliran alam semesta yang bergelora dan berombak ini dalam keadaan kekal mengalir dalam dua telaga lalu berhenti di sana dan kami ringkaskan di sini dengan memindahkannya ke pelbagai noktah yang memiliki pelbagai rumusan di akhir "kalimat kesembilan" dan "kalimat kedua puluh".
Maka wahai teman-temanku sepembelajaran di sekolah ala Nabi Yusuf ini, sesungguhnya satu wasilah yang mudah dan jalan keluar bagi keselamatan daripada penjara abadi ini yang mengagumkan adalah (selain kita akan mengambil faedah dari penjara duniawi kita sesungguhnya kita pasti terselamat daripada pelbagai dosa yang tangan kita menjadi pendek daripadanya secara paksa) ucapan istighfar daripada pelbagai dosa yang terdahulu, pelaksanaan pelbagai amal fardu, dan dari sana penukaran setiap saat daripada umur kita ketika berada dalam penjara ini menjadi ibadah sehari.
45. Page
Ini adalah peluang yang paling utama bagi keselamatan kita daripada penjara abadi itu, dan untuk kemasukan kita ke syurga yang bercahaya itu, dan apabila kita hilangkan peluang ini maka akhirat kita akan menangis sebagaimana dunia kita telah menangis, dan kita akan menerima satu tamparan
خسر الدنيا والآخرة
Ia telah rugi dunia dan akhirat surah al-haj ayat 11
dan telah datang waktu aidil Adha ketika ditulis maqam ini dan aku telah berkhayal dan merasakan bahkan aku telah berasa puas bahawa perbuatan Allah menjadikan seperlima manusia (300 juta manusia) mengucapkan Allah maha Besar Allah maha Besar Allah Maha Besar dan laungan takbir orang yang mengerjakan haji yang bilangannya mereka lebih daripada dua puluh ribu orang pada hari raya Aidil Adha di padang Arafat dengan laungan Allah Maha Besar dan seakan-akan mereka memperdengarkan kalimat yang suci itu Allah Maha Besar iaitu kalimat yang besar sebesar bola bumi yang besar dan sebesar pelbagai planet lain di langit, ia adalah bertembung terhadap tajalli yang menyeluruh bagi rububiyah ilahi, dengan tajuk kebesaran رب الأرض رب العالمين
tuhan bumi, tuhan sekalian alam, surah al-Jathiyah ayat 36
dengan satu kehambaan yang luas dan menyeluruh seperti pantulan suara bagi kalimat Allah Maha Besar yang disabdakan Rasulullah Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam bersama kaum keluarga dan para sahabatnya sejak 1300 tahun yang lalu dan memerintahkan untuk mengucapkannya.
Kemudian aku berkata pada diriku, "Persoalannya adakah di sana terdapat hubungan bagi kalimat yang suci ini dengan masalah kita ini?" Lalu terlintas di benakku pada waktu itu juga bahawa seluruh kalimat yang banyak yang terdapat dalam masyair (terutamanya kalimat yang tersebut itu) seperti سبحان الله Maha Suci Allah, الحمد لله Segala pujian bagi Allah dan لا إله إلا الله tiada tuhan selain Allah yang membawa tajuk pelbagai amalan yang kekal dan salih memperingatkan dengan masalah kita secara sebahagian dan secara keseluruhan dan mengisyarat pada berlakunya pelbagai amalan itu. maka sebagai contoh sesungguhnya satu aspek daripada pelbagai makna Allah Maha Besar adalah bahawa kudrat Allah yang Maha Benar dan ilmunya adalah lebih besar dan lebih agung daripada segala sesuatu, yang mana tidak dapat keluar segala sesuatu daripada daerah ilmu-Nya, dan tidak dapat melarikan diri daripada tindakan kudrat-Nya dan tidak mungkin untuknya meloloskan diri, dan lebih besar daripada sesuatu yang paling besar yang kita takuti. Oleh itu ia adalah lebih besar daripada perbuatan mendatangkan hari pembangkitan, daripada tindakan menyelamatkan kami daripada ketiadaan, daripada pemberian-Nya bagi kami berupa kebahagiaan yang abadi, dan lebih besar daripada setiap sesuatu yang ajaib yang luar daripada akal, yang mana sesungguhnya pembangkitan jenis manusia dan penghidupannya semula adalah mudah atas kudrat itu seperti mudahnya pengadaan satu jiwa dengan nas ayat yang jelas dan qat'i,
مَا خَلْقُكُمْ وَلَا بَعْثُكُمْ إِلَّا كَنَفْسٍ وَاحِدَةٍ
46. Page
(Bagi Allah Yang Maha Kuasa) soal menciptakan kamu semua (dari tiada kepada ada), dan soal membangkitkan kamu hidup semula sesudah mati, tidak ada apa-apa sukarnya, hanyalah seperti (mencipta dan menghidupkan semula) seorang manusia sahaja. (surah Luqman ayat 38)
Berdasarkan pada makna ini setiap orang berkata seperti Allah Maha Besar Allah Maha Besar terhadap pelbagai musibah yang besar, pelbagai maksud dan tujuan yang besar maka menjadikan kalimat itu bagi dirinya hiburan dan kekuatan dan noktah sandaran baginya.
Ya, sebagaimana kalimat ini bersama dua kalimat lain, سبحان الله Maha Suci Allah, الحمد لله Segala pujian bagi Allah, adalah tunas dan ringkasan bagi Solat yang mana ia (ketiga-tiga kalimat itu) adalah satu indeks bagi semua ibadat dan dengan pengulangannya dalam solat dan dalam pelbagai tasbihnya untuk menguatkan makna solat. Sesungguhnya ia menunjukkan pada 3 hakikat yang agung, dan menjawab satu jawaban yang kuat bagi pelbagai soalan seorang manusia yang lahir daripada kebingungan, keseronokan dan ketakutan yang ia rasakan dan mendapatinya terhadap pelbagai benda yang ajaib, cantik, agung, yang mencarik adat yang ia lihat di alam semesta yang ia adalah paksi kekeliruan, kesyukuran, keagungan dan kebanggaan sebagaimana yang disebut dalam "kalimat kesembilan".
Sebagaimana yang dijelaskan dalam penghujung "kalimat keenam belas" bahawa kadang-kadang seorang tentera biasa boleh masuk bersama seorang marsyal menemui sultan pada satu hari raya, adapun dalam semua waktu maka ia tentera biasa akan mengenalinya melalui kedudukan pegawai atasannya, maka begitu juga setiap orang dalam haji mula mengenal Allah yang Maha benar dengan tandanya
رب الأرض ورب العالمين
tuhan bumi dan tuhan sekalian alam
seperti para wali sedikit sebanyak, dan setiap kali tersingkap pelbagai martabat kebanggaan untuk hatinya maka kalimat Allah Maha Besar menjawab atas semua soalan yang diulang-ulang, yang mengelirukan, yang mendesak yang selalu menguasai ruhnya.
Dan sebagaimana yang telah diterangkan dalam penghujung "sinaran ketiga belas":
Sesungguhnya kalimat "Allah Maha Besar" sebagaimana ia adalah yang mencabut pelbagai akar tipu daya yang paling bahaya milik syaitan dan menjawab padanya dengan satu jawaban yang qat'i, dan sebagaimana ia yang menjawab satu jawaban yang ringkas tetapi kuat bagi soalan kita sekitar hari akhirat, maka begitu juga kalimat الحمد لله segala pujian bagi Allah memperingatkan berkenaan hari pembangkitan dan memerlukannya dan berkata kepada kita, "Sesungguhnya makna milikku tidak menjadi sempurna tanpa akhirat, dan tidak kosong daripadanya kerana ucapan tahmid dan ucapan kesyukuran sejak zaman azali ke zaman abadi (walau
47. Page
bagaimana keadaan yang mengucapkan kesyukuran dan yang disyukuri) adalah miliknya dan khas baginya, yang mana sesungguhnya aku memberi faedah berupa makna ini maka sesungguhnya kepala semua nikmat adalah yang menjadikan pelbagai nikmat itu sebagai pelbagai nikmat yang hakiki dan yang menyelamatkan semua makhluk yang memiliki perasaan yang tidak terhad daripada pelbagai musibah ketiadaan hanyasanya ia adalah kebahagiaan yang abadi, dan kebahagiaan ini bertembung dengan maknaku yang menyeluruh.
Ya, sesungguhnya kata-kata setiap mukmin pada setiap hari lebih daripada 150 kali paling kurang selepas solat lima waktu, الحمد لله Segala puji bagi Allah الحمد لله segala puji Bagi Allah sebagaimana yang ditetapkan oleh syarak,
dan yang makna kata-kata ini mengandungi ucapan tahmid dan kesyukuran yang luas seluas azali dan abadi, tidak lain adalah upah berupa duit bagi syurga dan kebahagiaan yang abadi dan harga yang didahulukan bagi kedua-duanya (syurga dan keabadian yang abadi). Ungkapan segala puji bagi Allah tidak hanya terbatas pada pelbagai nikmat dunia yang pendek, fana dan dicampuri dengan pelbagai penderitaan, dan ia tidak khas bagi pelbagai nikmat itu. Hanyasanya seorang mukmin menghadap ke pelbagai nikmat itu kerana keadaannya sebagai sebab bagi pelbagai nikmat yang abadi, lalu ia mensyukuri pelbagai nikmat itu.
Adapun kalimat سبحان الله yang suci (yang memberi faedah bahawa Allah Yang maha benar adalah maha suci daripada rakan kongsi, kekurangan, kezaliman, kelemahan dan penganiayaan dan daripada berhajat dan tipu daya dan daripada semua kekurangan yang menyalahi kesempurnaan, kecantikan dan keagungan-Nya), lalu ia (kalimat ini) memberi peringatan berkenaan kebahagiaan yang abadi dan negeri akhirat yang ia adalah paksi bagi keagungan, kecantikan, kesempurnaan, keagungan dan kesultanan Allah yang Maha Benar dan syurga yang terdapat di dalamnya, yang negeri akhirat menunjuk dan mengisyaratkan pada syurga itu.
Jika tidak maka kalaulah tidak terdapat di sana kebahagiaan yang abadi (sebagaimana yang telah ditetapkan terdahulu) maka bercampurlah 1 kesultanan, kesempurnaan, keagungan, kecantikan dan rahmat-Nya dengan pelbagai campuran kekurangan.
Maka setiap satu daripada بسم الله dengan nama Allah, لا إله إلا الله tiada tuhan melainkan Allah dan seluruh kalimat yang diberkati (seperti tiga kalimat yang yang mulia) sebagaimana ia adalah tunas bagi pelbagai rukun keimanan dan intipatinya dan intipati bagi pelbagai hakikat al-Quran seperti intipati daging dan gula yang telah ditemui pada zaman kita ini, Dan sebagaimana ketiga ini adalah tunas solat dan tunas al-Quran dan ketiga-tiganya zahir dalam permulaan sebahagiaan surah seperti satu berlian yang bersinar, maka begitu juga ketiga-tiganya adalah logam yang hakiki bagi Risalah an-Nur (yang kebanyakan lintasannya bermula dengan pelbagai tasbih) dan juga adalah pelbagai asasnya dan tunas pelbagai hakikatnya.
Dan begitu juga ia adalah pelbagai wirid bagi tarikat muhammadiyah Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam (dari sudut kewalian ahmadiyah dan kehambaan Muhammadiyah Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam) dalam halaqah zikir dalam tasbih selepas solat, di
48. Page
mana diulang-ulang oleh lebih daripada seratus juta mukmin keseluruhannya pada setiap waktu solat dalam halaqah besar bagi zikir itu, dan di tangan mereka terdapat tasbih sambil berkata, سبحان الله maha suci Allah sebanyak 33 kali, الحمد لله segala pujian bagi Allah sebanyak 33 kali, الله أكبر Allah Maha Besar sebanyak 33 kali.
Maka tidak syak bahawa kamu semua telah menemui sampai di mana nilai bacaan tiga kalimat yang diberkati itu (yang ketiga-tiganya adalah merupakan pelbagai intipati dan tunas bagi al-Quran, keimanan dan solat sebagaimana yang telah kami terangkan sebelum ini) selepas solat 33 kali dalam halaqah zikir yang agung seperti itu dan sampai di mana pahalanya yang agung.
Sebagaimana "masalah pertama" di awal risalah ini adalah satu pelajaran yang cantik sekitar solat, maka begitu juga akhirnya menjadi satu pelajaran yang penting sekitar pelbagai tasbih dalam solat tanpa aku memikir atau merancang untuk itu, dan seakan-akan tanpa ikhtiar atau tujuan.
maka segala pujian bagi Allah di atas pemberian nikmatnya.
سُبْحَانَكَ لَا عِلْمَ لَنَا إِلَّا مَا عَلَّمْتَنَا إِنَّكَ أَنْتَ الْعَلِيمُ الْحَكِيمُ
Maha suci Engkau tiadalah ilmu bagi kami melainkan apa yang engkau ajarkan kami sesugguhnya engkau adalah yang Maha Mengetahui dan Maha Bijaksana.
49. Page
Masalah Kesembilan
Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
آمَنَ الرَّسُولُ بِمَا أُنْزِلَ إِلَيْهِ مِنْ رَبِّهِ وَالْمُؤْمِنُونَ كُلٌّ آمَنَ بِاللَّهِ وَمَلَائِكَتِهِ وَكُتُبِهِ وَرُسُلِهِ لَا نُفَرِّقُ بَيْنَ أَحَدٍ مِنْ رُسُلِهِ وَقَالُوا سَمِعْنَا وَأَطَعْنَا غُفْرَانَكَ رَبَّنَا وَإِلَيْكَ الْمَصِيرُ (285)
Rasulullah telah beriman kepada apa yang diturunkan kepadanya dari Tuhannya, dan juga orang-orang yang beriman; semuanya beriman kepada Allah, dan Malaikat-malaikat-Nya, dan Kitab-kitab-Nya, dan Rasul-rasul-Nya. (Mereka berkata): "Kami tidak membezakan antara seorang dengan yang lain Rasul-rasul-Nya". Mereka berkata lagi: Kami dengar dan kami taat (kami pohonkan) keampunan-Mu wahai Tuhan kami, dan kepada-Mu jualah tempat kembali". Surah al-Baqarah ayat 285 sehingga akhir ayat
Sesungguhnya satu soalan maknawi yang mengagumkan, dan satu keadaan yang telah terbit daripada kemunculan satu nikmat ilahi yang agung, telah menjadi sebab bagi penerangan satu noktah yang mencakupi, tinggi dan besar dan juga satu noktah yang menyeluruh yang panjang daripada pelbagai noktah bagi ayat ini. Perkara itu adalah bahaya secara maknawi ke atas ruh, mengapakah sesiapa yang mengingkari hakikat keimanan secara sebahagian menjadi kafir? Mengapakah sesiapa yang tidak menerima hakikat itu tidak menjadi muslim? Pada hal sepatutnya beriman pada Allah dan hari akhirat menghilangkan pelbagai kegelapan itu sebagaimana matahari menghilangkan kegelapan.
Kemudian mengapakah seseorang yang mengingkari satu rukun daripada rukun iman dan satu hakikat daripada pelbagai hakikat akan menjadi kafir? Mengapakah ia terjerumus ke dalam kekufuran mutlak? dan mengapakah sesiapa yang tidak menerima kedua-duanya keluar daripada islam? Pada hal jika ia beriman dengan rukun-rukun iman yang lain maka sepatutnya keimanan itu menyelamatkannya daripada kekufuran yang mutlak?
Jawaban: Sesungguhnya keimanan adalah satu hakikat keesaan yang lahir daripada keenam-enam rukunnya dan tidak menerima pemisahan, dan ia adalah menyeluruh yang tidak menerima pembahagian secara sebahagian, dan setiap satu tidak dapat dibahagi-bahagikan, kerana setiap rukun daripada rukun iman menetapkan pelbagai rukun yang lain dengan pelbagai hujahnya yang menetapkannya dirinya sendiri, dan setiap satu daripadanya menjadi satu hujah yang agung yang menyokong dan menguatkan rukun yang lain.
Oleh itu satu pemikiran yang batil tidak dapat menggoyahkan semua rukun dengan semua dalil-dalilnya, dan tidak dapat membatal dan mengingkari satu rukun bahkan satu hakikat daripada pelbagai hakikatnya dari aspek pandangan hakikat, bahkan mungkin pemikiran yang batil itu melakukan jenayah kekufuran yang berdasarkan kedegilan dengan memejamkan kedua matanya di bawah tirai "tidak menerima" dan jatuh satu persatu ke dalam kekufuran mutlak, dan dihapus kemanusiaannya lalu ia
50. Page
terjerumus ke dalam neraka jahanam, secara fizikal dan maknawi.
Maka kami di maqam ini akan menerangkan satu nuktah yang agung ini dalam 6 noktah dengan pelbagai ringkasan secara global dan pelbagai ringkasan yang ringkas dengan pertolongan Allah, sebagaimana telah kami terangkan dalam maqam ini dengan pelbagai isyarat yang paling ringkas dan ketika penetapan pembangkitan dalam "risalah buah" dengan pelbagai ringkasan yang sangat ringkas bahawa pelbagai rukun lain menetapkan hari pembangkitan juga.
Noktah pertama: Sesungguhnya "beriman pada Allah" menetapkan dengan pelbagai hujahnya terhadap pelbagai rukun yang lain dan menetapkan "beriman pada akhirat" kerana perkara itu telah dijelaskan dalam "masalah ketujuh" daripada "risalah buah" dengan satu penerangan yang jelas.
Ya, sesungguhnya kesultanan rububiyah yang azali lagi kekal dan kebijaksanaan uluhiyah yang abadi lagi kekal yang mengatur alam semesta yang tiada sempadan yang menghadkannya seperti istana, bandar atau negeri dengan setiap perkara yang mencakupi dan keperluan, dan mengelilingkannya dalam falak keseimbangan dan keserasian, dan memperbaharui dan menukarnya dengan pelbagai kebijaksanaan, dan mempersiapkan pelbagai atom, planet, lalat dan bintang dan mengurusnya sekali gus seperti satu pasukan tentera yang berdisiplin dan menggerakkannya dan membangkitkan di dalamnya semangat dengan latihan dan pemberian tugas termasuk latihan ketenteraan yang tinggi secara berterusan dalam daerah perintah dan kehendaknya, dan membawanya berjalan, dan membawanya mengelilinginya dan membawanya meninjau dan melancong dalam satu kehambaan. Aku berkata adakah mungkin, adakah akal menerima, adakah mungkin tiadanya kewujudan bagi negeri akhirat yang ia merupakan tempat tinggal yang kekal, paksi yang kekal dan tempat terbit yang kekal bagi kesultanan yang abadi dan kekal? Maha suci Allah daripada perkara tersebut sebanyak ribuan kali.
Oleh itu, sesungguhnya kesultanan Allah yang Maha Benar, sifat rububiyah-Nya dan kebanyakan asma'-Nya dan pelbagai hujah wajib kewujudannya menjadi saksi atas akhirat dan memerlukannya, sebagaimana yang telah diterangkan dalam "masalah ketujuh".
Maka lihatlah dan yakinilah noktah penyandaran yang kuat yang dimiliki oleh puncak kutub keimanan ini, dan berimanlah kepada-Nya seakan-akan engkau melihatnya.
Kemudian sesungguhnya beriman pada Allah ditambah pula bahawa ia tidak berlaku tanpa akhirat, begitu juga (sebagaimana yang telah diterangkan dalam "kalimat kesepuluh" dengan pelbagai isyarat pendek). Maka adakah mungkin dengan satu daripada pelbagai aspek, bahkan adakah akal menerima berkenaan hak Allah yang Maha disembah dan Maha Benar yang menjadikan alam ini sebagai satu kitab yang kekal dan berjisim demi menzahirkan ketuhanan dan keadaannya sebagai dzat yang disembah, yang mana setiap lembaran daripadanya memberi faedah dengan kadar pelbagai makna yang terdapat di dalam kitab, dan setiap baris daripadanya mengungkapkan dengan kadar pelbagai makna yang terdapat dalam lembaran, dan
51. Page
ia (Allah) menjadikannya sebagai satu al-Quran yang berjisim daripada Allah Yang maha Suci, yang mana setiap tanda kebesaran penciptaan alam semesta dan setiap perkataan bahkan hatta setiap noktah dan setiap huruf daripadanya adalah seperti mukjizat, dan menjadikannya sebagai satu masjid yang agung milik Allah yang Maha Pengasih yang dihias di dalam masjid tersebut dengan pelbagai ayat al-Quran yang tiada hadnya, dan dengan pelbagai ukiran yang memiliki pelbagai makna yang tiada penghujungnya, yang mana dalam setiap sudut daripada pelbagai sudut terdapat satu kelompok daripada pelbagai kelompok sibuk dengan satu jenis daripada pelbagai jenis ibadat yang diajarkan secara fitrah.. Aku berkata, "Adakah mungkin dengan satu daripada pelbagai aspek bahkan adakah akal menerima mengenai hak Allah yang disembah dan yang Maha Benar untuk tidak membangkitkan para guru sebagai rasul yang mengajarkan pelbagai makna bagi kitab yang besar itu, dan juga para pentafsir sebagai rasul yang mentafsir pelbagai ayat yang terdapat dalam al-Quran yang kekal itu? dan agar Allah tidak menentukan para imam bagi mereka yang beribadat dengan pelbagai ibadat yang bermacam-macam yang tidak terhad dalam masjid yang paling besar itu? dan untuk tidak menyerahkan pelbagai firman bagi para guru, ahli tafsir dan para imam? Maha suci Allah sebanyak seribu kali Maha Suci Allah.
Kemudian sesungguhnya Maha Pencipta yang Maha Penyayang dan Maha Mulia yang mencipta alam semesta ini sebagai tempat bagi para tetamu, tempat pameran dan tempat persiaran, dan telah disadur di dalamnya pelbagai nikmat yang lazat dan bermacam-macam yang tidak terhad, dan pelbagai seni dan barang kuno berharga yang unik yang tiada had baginya, Allah menciptanya untuk menzahirkan kecantikan (جمال) rahmat-Nya, keelokan حسن belas kasihannya dan kesempurnaan sifat rububiyah-Nya bagi makhluk-makhluk yang memiliki perasaan dan membimbing mereka untuk mengucapkan kesyukuran dan pujian. Adakah mungkin bahkan adakah akal menerima bahawa Allah tidak bercakap dengan pelbagai makhluk yang memiliki perasaan dalam tempat bagi para tetamu itu? Dan tidak dapat memberitahu mereka dengan perantaraan para rasul berkenaan pelbagai tugas berupa mengucapkan kesyukuran sebagai balasan bagi pelbagai nikmat itu, dan pelbagai tugas kehambaan terhadap tajalli rahmat-Nya dan perbuatan Allah membuat mereka mencintai ciptaan-Nya? Maha suci Allah sebanyak 1000 kali Maha suci Allah.
Kemudian sesungguhnya Allah yang maha Pencipta yang mencintai makhluk ciptaannnya dan berkehendak untuk menjadikan makhluk ciptaan-Nya ini dicintai oleh makhluk yang lain, menghias alam semesta ini dengan pelbagai keelokan ciptaannya dengan corak yang sesuai bagi menzahirkan bahawa Allah berkehendak agar dibalas dengan penghormatan dan pujian dengan pelbagai dalil bahawa Allah meraikan pelbagai rasa lidah dengan ribuan jenis dan Allah berkehendak untuk memperkenalkan dzat ciptaan-Nya dan menjadikan dzat itu dicintai dengan perantaraan setiap ciptaan-Nya, dan menzahirkan kecantikan dzat ciptaan-Nya yang bersifat maknawi sedikit sebanyak, Adakah mungkin dengan setiap perkara ini Allah tidak bercakap dengan sebahagian pembesar dalam kalangan manusia. Mereka adalah merupakan para pemimpin bagi manusia yang memiliki perasaan dalam alam semesta. Dan adakah mungkin Allah tidak membangkitkan mereka kepada manusia sebagai rasul lalu pelbagai keunikan ciptaannya kekal tanpa sebarang perasaan
52. Page
kagum dan penghargaan, dan Asma al-Husna yang tinggi dan mulia milik Allah kekal tanpa sebarang pujian? Dan adakah mungkin pengenalan dan pencintaan yang Allah lakukan ke atas pelbagai makhluk agar mencintai makhluk ini kekal tanpa sebarang balasan? Maha Suci Allah sebanyak 100 ribu kali Maha Suci Allah.
Kemudian sesungguhnya Allah Yang Maha berkata-kata yang Maha Mengetahui yang menyahut dengan pelbagai pemberian nikmat tidak terhad oleh-Nya, dan ihsan-Nya yang tiada penghujung bagi pelbagai doa bagi seluruh yang memiliki kehidupan yang mereka ucapkan demi menunaikan pelbagai hajat semula jadi mereka, dan semua munajat dan keinginan mereka yang mereka laksanakan dengan lisanul hal. dan Allah menjawab dalam waktu yang sesuai dan dengan corak yang menerangkan mengenai tujuan, pilihan dan kehendak. Dan Allah bercakap dengan mereka secara berterus terang secara nyata dan serta-merta. Maka adakah mungkin dan adakah akal menerima bahawa Allah berkata-kata dengan makhluk yang memiliki kehidupan dan yang paling kecil secara nyata dan serta-merta, dan mendengar aduannya dengan ihsan-Nya yang menyahut hajatnya dengan satu sahutan yang sempurna, dan untuk melihat dan mengenal hajatnya, dan Allah tidak bertemu dengan para pemimpin maknawi bagi manusia yang mereka adalah natijah yang paling murni bagi seluruh alam semesta, para khalifah di muka bumi, para pemimpin bagi kebanyakan makhluk bumi? dan Allah tidak dapat bercakap dengan mereka sama ada perkataan atau percakapan sebagaimana Allah berkata-kata dengan setiap yang memiliki kehidupan secara nyata atau dengan lisanul hal? dan Allah tidak dapat untuk mengutus kepada mereka lembaran suhuf dan kitab suci? Maha Suci Allah tanpa sebarang had Maha Suci Allah.
Oleh itu sesungguhnya "Beriman pada Allah menetapkan hakikat وبكتبه ورسله dan (beriman) dengan kitab-kitab dan para rasul-Nya bermaksud Beriman pada Allah menetapkan beriman pada para nabi ‘Alaihis Salam dan pada kitab-kitab suci dengan satu penetapan yang qat'i seperti qat'inya Beriman pada Allah dan dengan pelbagai hujah yang tiada had baginya.
Kemudian, adakah mungkin dengan satu daripada pelbagai aspek bahkan adakah akal menerima bahawa Nabi Muhammad Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam tidak menjadi makhluk pilihan Allah, nabi-Nya yang paling utama, dan rasul-Nya yang paling agung bagi Allah? Sedangkan ialah (Rasul Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam) yang mengenali (dengan aspek yang paling sempurna) Maha Pencipta yang memiliki kekuasaan (yang berkehendak untuk memperkenal dan membuat makhluk lain menyintai diri-Nya dengan seluruh ciptaan-Nya dan meminta daripada mereka kesyukuran sama ada dengan perbuatan atau lisanul hal) dengan hakikat al-Quran yang memenuhi dan menggoncang alam semesta, dan memperkenalkannya dan mensyukuri-Nya dan menjadikan orang lain mensyukuri-Nya dan mencintainya (Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam) dan menjadikan orang lain mencintainya (Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam) dan menjadikan bumi mengucapkan (سبحان الله) maha suci Allah, (الحمد لله) Segala puji bagi Allah dan (الله أكبر) Allah Maha Besar sampai ke tahap memperdengarkannya pada langit, yang telah mengumpulkan di belakangnya (Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam) seperlima umat manusia secara kuantiti, dan setengah umat manusia dari sudut kualiti dan kemanusiaan selama 1300 tahun
53. Page
sampai tahap menimbulkan daya tarik bagi darat dan laut, dan membalas seluruh tajalli rububiyah yang dimiliki oleh Maha Pencipta dengan ibadat yang mencakupi dan menyeluruh. dan menyeru dengan suaranya yang paling tinggi pada alam semesta dan pelbagai zaman yang ia mengajar dan membimbingnya dengan pelbagai surah al-Quran ke seluruh maqasid ketuhanan-Nya, Ialah (Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam) yang menzahirkan kemuliaan, nilai dan tugas manusia, dan ialah (Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam) yang dibenarkan dengan seribu mukjizat? Maha suci Allah dan sama sekali tidak dengan 100 ribu kali.
Oleh itu, sesungguhnya hakikat "Aku bersaksi bahawa tiada tuhan melainkan Allah" menetapkan dengan setiap hujahnya hakikat "Aku bersaksi bahawa Muhammad adalah Pesuruh Allah".
Kemudian adakah mungkin bagi Pencipta alam semesta ini untuk menjadikan pelbagai makhluk-Nya bercakap satu dengan yang lain dengan ratusan ribu lidah (bahasa), dan mendengar dan mengetahui pelbagai percakapan mereka dan dia (Allah) sendiri tidak dapat bercakap. Maha Suci Allah.
Kemudian adakah akal menerima bahawa Allah tidak dapat memberitahu maqasid ketuhanan-Nya mengenai alam semesta dengan firman, dan bahawa Allah tidak dapat mengirim sebuah kitab seperti al-Quran yang menyingkap mengenai bahagian gelap berkenaan alam semesta dan juga tidak dapat menjawab satu jawaban yang hakiki atas tiga soalan yang bahaya dan umum yang iaitu dari manakah datangnya pelbagai makhluk? ke manakah pelbagai makhluk itu pergi? Dan mengapakah satu kafilah demi satu kafilah datang seperti ini yang kemudiannya ia bermukim 1 sebentar kemudian pergi? Maha suci Allah.
Kemudian adakah mungkin al-Quran yang merupakan mukjizat dan penerang yang telah menerangi 13 kurun yang berjalan pada setiap saat atas ratusan juta lidah dengan penghormatan yang sempurna, yang dirakam dalam hati jutaan ahli Hafiz dengan penuh kesucian, yang mengatur dengan pelbagai undang-undangnya (al-Quran) atas bahagian yang paling besar dalam kalangan manusia dari sudut cara, (al-Quran) yang mendidik, membersih, mensuci dan mengajar jiwa, ruh, hati dan akal mereka, (al-Quran) Yang telah ditetapkan dalam Risalah an-Nur sebanyak 40 aspek kemukjizatannya, (al-Quran) yang telah diterangkan pelbagai kemukjizatannya dalam "tulisan kesembilan belas" yang memiliki keramat dan perkara luar biasa yang menerangkan satu jenis daripada pelbagai kemukjizatannya bagi 40 kelompok manusia, dan bagi setiap tingkatan daripada pelbagai tingkatan manusia, dan telah ditetapkan bahawa ia adalah kalam Allah yang maha Benar dengan satu penetapan yang qat'i.
Dan sesungguhnya Muhammad Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam dengan mukjizatnya yang berjumlah seribu juga adalah satu mukjizat daripada pelbagai mukjizat-Nya. Aku berkata, adakah mungkin dengan apa sahaja aspek bahawa al-Quran yang memiliki mukjizat dan penerang bukanlah kalam dan firman bagi (Allah) yang berkata-kata sejak azali, pencipta yang kekal? Maha suci Allah daripada itu sebanyak 100 ribu kali maha suci Allah daripada itu dan tidak akan.
54. Page
Oleh itu sesungguhnya beriman pada Allah menetapkan dengan setiap hujahnya bahawa al-Quran adalah kalam Allah.
Kemudian adakah mungkin Sultan yang memiliki keagungan membiarkan langit dan bintang dalam keadaan kosong, sedangkan Dialah yang memenuh dan mengosongkan muka bumi dengan pelbagai makhluk yang bernyawa secara berkekalan dan berterusan, dan Dialah yang mengimarahkan bumi kita dengan pelbagai makhluk yang memiliki perasaan demi untuk memperkenalkan dzat-Nya dan untuk mereka menyembah dan menyucikan-Nya. Adakah mungkin Allah tidak mencipta para penduduk yang sesuai bagi bumi, dan Allah tidak menempatkan mereka di pelbagai istana samawi tersebut? dan membiarkan kesultanan rububiyah-Nya yang terletak dalam kekuasaannya tanpa khadam, tanpa keagungan, tanpa para pegawai, tanpa para rasul dan para pembimbing, tanpa para penonton, tanpa ahli ibadat, dan tanpa rakyat? Maha suci Allah Maha Suci Allah dengan bilangan para malaikatnya.
Dan adakah mungkin dengan apa sahaja aspek Allah yang Maha Menghukum, Maha bijaksana, Maha Mengetahui dan Maha Penyayang, yang telah menulis alam semesta sebagai satu kitab, yang merakam semua sejarah hidup bagi setiap pokok dalam semua tunasnya, yang menulis semua tugas kehidupan setiap rumput dan bunga dalam semua benihnya, yang merakam semua peristiwa kehidupan setiap makhluk yang memiliki perasaan dalam kekuatan daya ingatan mereka yang kecil seperti biji sawi dengan satu rakaman yang menarik, dan menyimpan setiap amalan dan setiap peristiwa yang berlaku di semua kekuasaan-Nya dan daerah kesultanan-Nya dan mengambil pelbagai gambarnya dengan pelbagai kamera yang berbilang-bilang, dan yang telah mencipta syurga, neraka jahanam yang besar, titian sirat dan neraca timbangan amal yang terbesar demi tajalli dan berlakunya keadilan, kebijaksanaan dan rahmat yang mana itu adalah asas rububiyah tidak menulis. Aku berkata, adakah mungkin dengan apa sahaja aspek bahawa Allah yang Maha Menghukum, Maha bijaksana, Maha Mengetahui dan Maha Penyayang tidak menulis segala amalan manusia yang berkaitan dengan alam semesta? Dan adakah mungkin Allah tidak merakam semua perbuatan mereka demi hukuman dan ganjaran pahala? Dan adakah mungkin Allah tidak menulis semua perbuatan buruk dan perbuatan baik mereka di lauh mahfuz taqdir? Maha suci Allah daripada perkara tersebut dengan bilangan huruf yang tertulis di lauh mahfuz taqdir itu.
Oleh itu sesungguhnya hakikat beriman pada Allah, dengan pelbagai hujah bagi hakikat tersebut juga menetapkan hakikat beriman pada para malaikat dan beriman pada Qada dan Qadar dengan penetapan yang qat'i. Dan setiap rukun iman menetapkan satu dengan yang lain sebagaimana matahari menunjukkan adanya siang, dan siang pula menunjukkan adanya matahari.
Noktah kedua: sesungguhnya semua dakwaan semua kitab dan suhuf (lembaran) samawi terutama al-Quran yang bijaksana, dan pelbagai dakwaan semua nabi terutamanya Muhammad Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam berpaksikan pada 5 atau 6 asas, dan mereka bersungguh-sungguh secara berkekalan untuk mengajar dan menetapkan pelbagai asas tersebut, dan sesungguhnya setiap hujah dan dalil yang menjadi saksi atas kenabian dan kebenaran mereka menghala pada asas tersebut,
55. Page
lalu mereka menambah kekuatan pada kebenaran dan keberhakan mereka.
Adapun asas-asas itu adalah beriman pada Allah, beriman pada hari akhirat, dan seluruh rukun, Oleh itu tidak mungkin rukun iman yang enam itu dapat dipisah-pisah antara satu dengan yang lain, setiap satu daripadanya menetap dan memerlukan semuanya, maka enam rukun ini adalah satu dan menyeluruh dan tidak dapat untuk dipisah-pisah. membahagi-bahagikannya adalah di luar daripada kemungkinan.
Sebagaimana jika di sana terdapat sebatang pokok, seperti pokok Toba, akarnya di langit. Setiap dahan daripada dahannya, setiap buah daripada buahnya dan setiap daun daripada daunnya bersandar pada hidupnya pokok yang besar, menyeluruh dan tidak berpenghujung itu, maka sesiapa yang tidak dapat mengingkari kehidupan yang kuat dan jelas seperti matahari itu maka ia tidak dapat untuk mengingkari kehidupan satu daun yang bersambung dengan pokok itu hatta jika ia mengingkari maka pokok itu akan mendustakan orang yang ingkar itu dan akan mendiamkannya dengan bilangan dahan, buah dan daunnya. dan begitu juga keimanan dengan keenam-enam rukunnya maka ia berada dalam keadaan seperti ini.
Aku pernah berniat untuk menerangkan rukun iman yang enam dalam 36 noktah dalam mukaddimah bagi kedudukan ini, terdiri daripada enam maqam. Setiap maqam memiliki lima nuktah, dan aku pernah hendak menjawab soalan yang bahaya yang terbit dalam muqaddimah ini dengan terperinci, tetapi beberapa halangan telah melintang di hadapannya.
Dan aku menganggap bahawa tidak tertinggal di sana satu hajat lagi bagi menambah penjelasan bagi mereka yang pintar, kerana noktah pertama dianggap sebagai satu pengukur yang mencukupi, dan diketahui secara sempurna bahawa seorang muslim jika ia mengingkari satu hakikat daripada pelbagai hakikat keimanan maka ia telah terjerumus ke dalam kekufuran yang mutlak, kerana telah terbit pelbagai penjelasan yang sempurna bagi pelbagai hakikat itu dalam Islam sedangkan penjelasan itu telah terbit secara global dalam agama lain, dan rukun-rukun itu berkaitan satu dengan yang lain dengan pelbagai rantai, Dan seorang muslim yang tidak mengakui nabi Muhammad Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam dan tidak membenarkannya maka ia belum lagi mengenal Allah dengan pelbagai sifatnya, dan belum lagi mengenal akhirat.
Sesungguhnya keimanan seorang muslim bersandarkan pada pelbagai hujah yang kukuh yang tidak goyah yang tiada had, yang mana tiada keuzuran yang ia miliki dalam pengingkaran sehingga ia mengingkarinya, dan seakan-akan akal itu terpaksa untuk menerimanya.
Noktah ketiga: Aku pernah berkata Segala pujian milik Allah, kemudian aku mencari satu nikmat yang menyamai maknanya yang luas yang keluasannya tiada had, dan tiba-tiba muncul ayat ini dalam benak.
Segala puji bagi Allah atas keimanan kepada Allah, dan atas keesaan-Nya, dan atas wajib wujud-Nya, dan atas pelbagai sifat dan asma-Nya dengan pujian dengan
56. Page
bilangan pelbagai tajalli asma-Nya sejak zaman azali hingga ke zaman abadi Tulis arab
lalu aku melihat dan mendapati ayat ini sesuai secara sempurna sebagai mana berikut.
57. Page
Masalah Kesepuluh daripada Risalah Buah yang
merupakan Sinaran Kesebelas.
Bunga Emirdag
Ini adalah satu jawapan yang sangat kuat kepada sanggahan-sanggahan terhadap pengulangan dalam al-Quran.
Wahai para saudaraku yang mulia dan setia!
Sebenarnya masalah ini telah menjadi bercampur aduk kerana keadaanku yang sengsara. Tetapi di bawah ungkapan-ungkapan yang bercampur aduk itu aku mengetahui sejenis kemukjizatan yang sangat bernilai. Namun malangnya aku tidak berupaya untuk mengifadahkannya. Semalap manapun ungkapannya, dari sudut ia merupakan milik al-Quran serta ibadah tafakkur serta cengkerang bagi mutiara yang kudus, tinggi dan bersinar. Bukan kepada pakaiannya yang koyak tetapi lihatlah kepada berlian di tangannya. Malah oleh sebab aku dalam keadaan sangat sakit, sengsara dan tiada makanan, satu atau dua hari dalam bulan Ramadhan maka aku terpaksa menulis risalah ini dengan memasukkan hakikat yang sangat banyak dan hujah yang bermacam-macam secara sangat ringkas dan pendek dalam satu ayat. Janganlah dipandang kepada kekurangan.(4)
Saudara-saudaraku yang mulia dan setia; ketika membaca al-Quran Mu’jizul Bayan dalam bulan Ramadhan, mana-mana ayat daripada tiga puluh tiga ayat yang diterangkan dalam isyarat-isyarat kepada Risalah an-Nur Sinaran Pertama, aku lihat bahawa muka surat, helaian dan kisah ayat itu juga memandang kepada Risalah an-Nur dan murid-muridnya pada noktah mendapat habuan daripada kisah. Terutamanya ayat Nur Surah an-Nur, sebagaimana ia memandang kepada Risalah an-Nur dengan sepuluh jari, ayat-ayat zulmat di belakangnya juga memandang penuh kepada para penentangnya.
Memberi habuan yang lebih. Seolah-olah maqam itu, keluar daripada juz’iyyah lalu mendapat kulliyyah. Di kurun ini satu peribadi sempurna bagi kulli itu ialah Risalah an-Nur dan murid-muridnya. Begitulah yang aku rasa.
Ya, khitab al-Quran memperlihatkan kemukjizatan dan kesyumulan yang begitu tinggi melalui sudut keluasan, ketinggian dan keliputan yang telah diambilnya mula-mula dari maqam luas Rububiyyah ‘Ammah al-Mutakallimul Azali, serta daripada maqam luas zat Sollallahu ‘Alaihi wa Sallam yang merupakan mukhatab atas nama bangsa manusia bahkan alam semesta, serta daripada maqam yang sangat lapang bagi bimbingan-bimbingan semua bangsa manusia dan bani Adam di segenap kurun, serta daripada maqam penerangan-penerangan meliputi yang sangat tinggi bagi undang-undang Ilahi berkenaan dengan Rububiyyah al-Khaliq dunia dan akhirat, bumi dan langit, keazalian dan keabadian dan alam semesta serta tentang pengurusan semua makhluk bahawa; martabat zahir dan biasa yang membelai kefahaman biasa lapisan awam yang merupakan golongan paling
58. Page
ramai daripada mukhatab pengajaran al-Quran juga menjadikan lapisan atas sebagai pemilik habuan yang sempurna.
Seolah-olah ia baru diturunkan sebagai satu bahagian daripada dustur yang kulli, bukan hanya satu bahagian daripada kisah dan bukan satu renungan dapada kisah bersejarah, bahkan ia berkhitab kepada setiap kurun dan setiap lapisan. Lebih-lebih lagi dengan pengulangan yang banyak dalam menyebut “اَلظَّالِمِينَ اَلظَّالِمِينَ” lalu ancaman dan penerangannya yang keras tentang musibah langit dan bumi yang merupakan balasan kezaliman mereka menyebabkan kita memandang kezaliman yang tiada tandingan di kurun ini dengan azab yang menimpa Kaum Ad, Tsamud dan Firaun. Ia memberi hiburan kepada ahli Iman yang dizalimi melalui keselamatan para Nabi seperti Nabi Ibrahim dan Nabi Musa ‘Alaihimas Salam. Ya, pada ahli ghaflah dan kesesatan, semua masa yang telah berlalu dan kurun serta abad yang telah mati yang merupakan sebuah negara ketiadaan yang sunyi dan dahsyat dan sebuah perkuburan yang menyakitkan dan musnah, seperti muka surat bernyawa, dari hujung ke hujung mempunyai roh, alam menakjubkan yang hidup, dalam bentuk sebuah negara Rabbani yang maujud dan berkaitan dengan kita, seperti layar-layar wayang, kadang-kadang ia membawa kita ke zaman-zaman itu dan kadang-kadang membawa zaman itu kepada kita, memperlihatkannya kepada setiap kurun dan setiap lapisan lalu al-Quran Mu’jizul Bayan yang memberi pengajaran dengan kemukjizatan yang tinggi, dengan kemukjizatan yang sama, alam semesta ini yang kaku, sengsara, mati, sebuah tempat yang sangat menakutkan, bergolek dalam perpisahan dan kelenyapan pada pandangan kesesatan sebagai sebuah kitab as-Samad, sebuah bandar ar-Rahman dan sebuah tempat pameran ciptaan Rabbani, ia memperbualkan benda-benda kaku itu dengan satu sama lain masing-masing dalam bentuk petugas dengan menghidupkannya lalu menyegerakannya untuk membantu satu sama lain lalu al-Quran Azimus Sha’n ini yang memberikan pengajaran-pengajaran hikmah yang hakiki, bercahaya dan enak kepada bangsa manusia, jin dan malaikat, sudah tentu ia memperoleh keistimewaan-keistimewaan kudus seperti (1) perolehan pahala pada setiap hurufnya kadang-kadang sepuluh, kadang-kadang seratus dan kadang-kadang ribuan, (2) ketidakbolehan mendatangkan seumpamanya sekiranya seluruh jin dan manusia berkumpul, (3) percakapannya yang sesuai dengan seluruh bani Adam dan alam semesta, (4) penulisannya dengan minat di hati jutaan hafiz setiap masa, (5) sifatnya yang tidak menjemukan dengan banyak pengulangan dan banyak perkara yang diulang-ulangnya, (6) penempatannya yang sempurna dalam kepala kanak-kanak yang rapuh dan ringkas bersama dengan tempat dan ayat-ayat iltibas yang banyak dan (7) sifatnya yang menawan umpama air zam-zam pada telinga mereka yang sakit dan mereka yang terkesan daripada kata-kata yang sedikit dan berada dalam sakarat dan memperolehkan kebahagiaan di dua dunia kepada murid-muridnya.
Dengan rahsia benar-benar memelihara martabat keummian penterjemahnya dan dengan hikmah memperlihatkan salasah fitrinya dan kedatangannya secara langsung dari langit dan tanpa memberi ruang kepada sebarang kesusahan, kepura-puraan dan sikap menunjuk-nunjuk, serta dengan hikmah membelai kefahaman biasa lapisan awam yang paling ramai melalui tanazzulat kalamiah, ia membuka mukasurat-mukasurat yang paling zahir dan jelas seperti langit dan bumi yang paling banyak mukasuratnya dengan rahsia dan hikmahnya lalu mengajarkan tentang mukjizat qudrat-Nya yang luar biasa di bawah kebiasaan itu dan baris-baris
59. Page
hikmah-Nya yang bermakna, ia memperlihatkan kemukjizatan yang indah dalam kelatifan irsyad.
Melalui rahsia pemberitahuan bahawa ia juga adalah kitab doa(1), dakwah(2), zikir(3) dan tauhid(4) yang mewajarkan perulangan, pada pemahaman makna-maknanya yang berlainan kepada peringkat mukhatab yang berlainan dalam satu ayat dan dalam satu kisah menerusi pengulangannya yang cantik dan manis, dalam peristiwa yang juz’i dan biasa, perkara-perkara yang paling juz’i dan tidak penting juga pada pandangan marhamahnya, melalui rahsia memberitahu kewujudannya pada daerah tadbir dan iradahnya, pada pengambilan peristiwa juz’i bagi para sahabat kepada pandangan perhatian dalam pembinaan agama Islam dan pembentukan syariat; pada sudut serta kewujudan dustur-dustur yang kulli (1), pemberian buah-buah yang sangat penting yang ibarat benih-benih oleh peristiwa-peristiwa juz’i itu pada pembinaan Islam dan Syariat yang umumi (2) juga ia memperlihatkan sejenis kemukjizatan.
Ya, mengulangi sesetengah ayatnya yang sekuat ribuan natijah dan sebahagian ayatnya yang merupakan natijah bagi dalil-dalil yang tidak terkira pada pembinaan perubahan yang tidak terbatas, tiada penghujung, dahsyat dan luas yang memberi pengajaran kepada banyak peringkat secara berasingan sebagai jawapan kepada soalan-soalan berulang-ulang yang sangat banyak, mencebis-cebiskan alam semesta yang besar lalu mengangkat dunia dengan mengubah bentuknya pada hari Qiamat, lalu akan membina Akhirat yang agung menggantikannya dan akan mengisbatkan bahawa semua juz’iyyat dan kulliyyat daripada zarah sampai ke bintang berada di tangan dan pada tasarruf satu Zat, terhadap kezaliman bangsa manusia yang menjadikan alam semesta, bumi, langit dan unsur-unsurnya marah dan membenci, akan memperlihatkan kemurkaan Ilahi dan kemarahan Rabbani atas nama natijah penciptaan alam semesta melalui pengulangan keperluan, dengan sifat keperluan pengulangan, dalam tempoh dua puluh tahun, bukanlah satu kekurangan bahkan satu kemukjizatan yang sangat kuat, balaghah yang sangat tinggi dan jazalah dan kefasihan yang sangat bertepatan dengan kehendak keadaan.
Sebagai contoh: Ayat بِسْمِ اللّٰهِ الرَّحْمٰنِ الرَّح۪يمِ, yang diulang sebanyak 114 kali walaupun ia adalah satu ayat, sebagaimana telah diterangkan dalam Kilauan Keempat Belas Risalah an-Nur, ialah suatu hakikat yang menghubungkan langit dan bumi, menerangi alam semesta dan semua orang setiap minit berhajat kepadanya sehingga sekiranya ia diulangi jutaan kali sekalipun tetap terdapat keperluan. Bukan terdapat keperluan dan kerinduan setiap hari seperti roti semata-mata bahkan setiap detik seperti udara dan cahaya.
Contohnya lagi: Ayat “اِنَّ رَبَّكَ لَهُوَ الْعَزِيزُ الرَّحِيمُ”, keselamatan para rasul dan azab bagi kaum-kaum mereka yang diceritakan dalam surah asy-Syuara’, dengan mengulangi ayat yang sekuat ribuan hakikat itu bagi pihak natijah penciptaan alam semesta dan atas nama Rububiyyah ‘Ammah, memberikan pengajaran bahawa azab kaum-kaum yang zalim itu adalah kehendak keagungan Rabbani dan keselamatan para Nabi adalah kehendak sifat ar-Rahim Ilahi, walaupun diulangi ribuan kali, tetap terdapat keperluan dan kerinduan dan ia adalah balaghah yang ringkas, bermukjizat dan tinggi.
60. Page
Contohnya juga: Ayat “فَبِاَىِّ آلاَءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ” yang diulang-ulang dalam Surah ar-Rahman dengan ayat “وَيْلٌ يَوْمَئِذٍ لِلْمُكَذِّبِينَ” dalam surah al-Mursalat, dua ayat ini melaungkan dengan penuh ancaman kepada kurun-kurun, bumi dan langit, tentang kekafiran jin dan bangsa manusia, kekufuran mereka serta kezaliman mereka serta pencerobohan mereka terhadap hak-hak seluruh makhluk, yang menjadikan alam semesta marah, bumi dan langit berang, merosakkan natijah-natijah penciptaan alam dan menyambut kehebatan dan kesultanan Ilahi dengan keingkaran dan sikap mengambil ringan, maka sekiranya dua ayat ini diulang-ulang ribuan kali dalam satu pengajaran umum yang berhubung kait dengan ribuan hakikat yang sebegini yang sekuat ribuan masalah, ia tetap mempunyai keperluan dan merupakan satu keringkasan yang mengandungi sifat Jalal dan kemukjizatan balaghah yang mengandungi sifat Jamal Allah.
Contoh lagi: Dalam munajat Rasul yang bernama Jaushanul Kabir yang merupakan sejenis munajat al-Quran yang hakiki dan sempurna dan sejenis khulasah yang muncul daripada al-Quran, pada pengulangan ayat “سُبْحَانَكَ يَا لَٓا اِلٰهَ اِلَّا اَنْتَ الْاَمَانُ الْاَمَانُ خَلِّصْنَا وَ اَجِرْنَا وَ نَجِّنَا مِنَ النَّارِ” sebanyak seratus kali, pada pengulangan ayatnya, hakikat terbesar dari segi alam semesta seperti tauhid, tugas yang paling utama daripada tiga tugas agung seperti tasbih, tahmid dan taqdis terhadap Rububiyyah ke atas makhluk-makhluk, dari sudut kewujudan masalah paling dahsyat bagi bangsa manusia seperti menyelamatkan diri daripada kesengsaraan abadi, natijah yang paling diperlukan oleh ‘ubudiyyah dan kelemahan manusia, sekiranya ia diulang ribuan kali maka ia tetap sedikit.
Justeru, pengulangan dalam al-Quran memandang kepada asas-asas sebegini. Hatta kadang-kadang dalam satu muka surat, dari sudut kehendak maqam, keperluan pemahaman dan balaghah penerangan, ia mengifadahkan hakikat tauhid secara terang dan tersembunyi sebanyak dua puluh kali. Bukannya memberi kejemuan bahkan ia memberi kekuatan dan kerinduan.
Dalam Risalah an-Nur, telah diterangkan betapa pengulangan al-Quran adalah sangat tepat, munasabah dan sangat diterima dari segi balaghah melalui hujah-hujahnya. Melalui surah-surah Makkiyyah al-Quran dengan surah-surah Madaniyyah-nya pada sudut balaghah dan sudut kemukjizatan dan pada wajah tafsil dan ijmalnya, rahsia dan hikmah kelainannya daripada satu sama lain adalah seperti berikut:
Oleh sebab para mukhatab dan penentang di saf pertama di Makkah ialah musyrikin dan golongan ummi Quraisy, maka oleh sebab ada keperluan mengulang untuk satu uslub yang tinggi dan pengijmalan dan pengisbatan yang bermukjizat, meyakinkan dan memberi kepuasan dari segi balaghah, maka kebanyakan surah-surah Makkiyyah mengulang-ulang rukun-rukun iman dan martabat-martabat tauhid dengan sangat kuat, tinggi, bermukjizat dan secara ringkas. Kemudian dengan mengifadahkan tentang tempat permulaan dan tempat kembali, Allah dan Akhirat, bukan hanya dalam satu muka surat, dalam satu ayat, dalam satu klausa dan dalam satu kalimah; bahkan kadang-kadang dalam satu huruf dan pada bentuk-bentuk seperti taqdim (mengawalkan) dan ta’khir (mengkemudiankan), ta’rif (makrifah) dan tankir (nakirah), hazaf (pemadaman) dan zikir (penyataan), mengisbatkan
61. Page
dengan begitu kuat sehingga para imam bijak pandai ilmu balaghah juga menerimanya dengan kehairanan.
Dalam Risalah an-Nur dan terutamanya Kalimah Kedua Puluh Lima yang mengisbatkan empat puluh wajah kemukjizatan al-Quran secara ijmal, bersama dengan tambahan-tambahannya dan tafsir Isyaratul I’jaz yang daripada Risalah an-Nur Bahasa Arab yang mengisbatkan wajah kemukjizatan pada nazam al-Quran dengan cara yang sangat luar biasa secara fi’li telah memperlihatkan bahawa terdapat uslub balaghah yang paling tinggi dan kemukjizatan keringkasan yang paling tinggi pada surah-surah dan ayat-ayat Makkiyyah.
Tetapi oleh sebab mukhatab dan penentang saf pertama pada surah-surah dan ayat-ayat Madaniyyah ialah Ahli Kitab seperti Yahudi dan Nasrani yang mengakui Allah, maka oleh sebab ada keperluan penjelasan bukan tentang usul-usul agama yang tinggi dan rukun-rukun iman terhadap Ahli Kitab melalui uslub yang murni, jelas dan terperinci daripada kehendak balaghah, irsyad dan ketepatan maqam dan keperluan keadaan bahkan pada syariat dan hukum-hakam yang menjadi punca ikhtilaf dan tentang perkara juz’i yang merupakan dasar-dasar dan sebab-sebab bagi perkara-perkara cabang dan undang-undang yang kulli, maka dalam kebanyakan penerangan-penerangan yang melalui perincian, penjelasan dan uslub yang murni pada surah-surah dan ayat-ayat Madaniyyah itu al-Quran menyebutkan tentang peristiwa yang juz’i dan cabang itu secara sekaligus melalui cara penerangan yang tiada bandingan yang terkhusus kepadanya dengan fazlakah (kesimpulan), khatimah, hujah yang tingi dan kuat serta melalui ayat ketauhidan dan keimanan dan akhirat yang mengkullikan peristiwa syarak itu dan menjamin penjunjungannya dengan keimanan kepada Allah. Ia menerangi dan meninggikan maqam itu.
Oleh sebab terdapat balaghah, keistimewaan, jazalah dan nuktah yang sangat tinggi pada fazlakah-fazlakah dan khatimah-khatimah seperti:“اِنَّ اللّٰهَ عَلَى كُلِّ شَيْئٍ قَدِيرٌ, اِنَّ اللّٰهَ بِكُلِّ شَيْئٍ عَلِيمٌ, وَهُوَ الْعَزِيزُ الْحَكِيمُ, وَهُوَ الْعَزِيزُ الرَّحِيمُ” yang kebanyakannya datang di hujung-hujung ayat yang mengifadahkan tauhid dan akhirat, maka dengan menerangkan sepuluh perkara daripada nuktah dan keistimewaan yang sangat banyak bagi fazlakah dan khatimah itu pada Nur Kedua Syu’lah Kedua Kalimah Kedua Puluh Lima ia telah mengisbatkan kewujudan satu mukjizat teragung pada khulasah-khulasah itu kepada mereka yang keras kepala.
Ya, al-Quran mengangkat pandangan mukhatab secara tiba-tiba kepada noktah-noktah yang tinggi dan kulli dalam penerangan-penerangan perkara cabang syarak dan undang-undang kemasayarakatan itu lalu dengan mengubah uslub yang murni kepada uslub yang tinggi, daripada pengajaran syariat kepada pengajaran tauhid, ia memperlihatkan bahawa di samping al-Quran merupakan kitab syariat, hukum-hakam dan hikmah, ia juga kitab aqidah, iman, zikir, fikir, doa dan dakwah lalu dengan memberikan pengajaran maksud bimbingan al-Quran yang banyak pada setiap maqam, ia menzahirkan jazalah yang terang penuh kehebatan yang berbeza daripada jenis balaghah ayat-ayat Makkiyyah.
Kadang-kadang, contohnya pada “رَبُّ الْعَالَمِينَ” dan “رَبُّكَ”, melalui ungkapan “رَبُّكَ” ia memberitahu tentang keahadan dan melalui “رَبُّ الْعَالَمِينَ” ia memberitahu tentang kewahidan. Di dalam, keahadan ia mengifadahkan kewahidan. Hatta dalam
62. Page
satu klausa, sebagaimana ia melihat dan menempatkan sebutir zarah dalam anak mata, ia menempatkan matahari dalam anak mata langit melalui ayat dan tukul yang sama dan menjadikannya mata kepada langit.
Sebagai contoh: Di belakang ayat “خَلَقَ السَّمٰوَاتِ وَالْاَرْضَ” ada ayat yang kurang ia berkata “وَ هُوَ عَلِيمٌ بِذَاتِ الصُّدُورِ”. Seolah-olah ayat ini berkata: “Sesungguhnya Dia tahu hatta lintasan hati pada kehebatan penciptaan bumi dan langit, dan menguruskan dan mengubahnya,” melalui sudut penerangan-penerangan yang seperti itu, perbualan yang ringkas dan juz’i yang murni dan ummi yang mengambil martabat itu dan kefahaman awam kepada pandangan itu berubah menjadi perbualan yang tinggi, menarik, umum dan memberi bimbingan.
Soalan: Kadang-kadang satu hakikat yang penting, oleh sebab ia tidak kelihatan dengan pandangan yang luaran dan kaitan pada penerangan satu fazlakah tauhid yang tinggi daripada peristiwa yang juz’i dan biasa pada sesetengah maqam dan dustur yang kulli tidak diketahui, maka satu kekurangan boleh disangkakan.
Sebagai contoh, dalam Peristiwa Nabi Yusuf ‘Alaihis Salam mengambil adiknya melalui satu helah, penyataan satu dustur yang tinggi berbunyi “وَ فَوْقَ كُلِّ ذِى عِلْمٍ عَلِيمٌ” tidak kelihatan kaitannya dari segi balaghah. Apakah rahsia dan hikmah ini?
Jawapan: Pada kebanyakan surah-surah panjang dan pada yang sederhana yang setiap satunya adalah al-Quran kecil dan pada banyak muka surat dan maqam mengandungi bukan hanya dua atau tiga maksud bahkan al-Quran mahiyyahnya mengandungi banyak kitab seperti kitab zikir, iman dan fikir, kitab syariat, hikmah dan irsyad dan pengajaran-pengajaran yang berbeza, dari sudut mengifadahkan kemeliputan Rububiyyah Ilahi ke atas setiap benda dan tajalliyat-Nya yang hebat, al-Quran yang merupakan sejenis qiraat kitab besar alam semesta, sudah tentu melalui sifat yang telah diajarkan daripada makrifatullah, martabat-martabat tauhid dan hakikat-hakikat iman dengan cara mengikut banyak maksud di setiap maqam, hatta kadang-kadang dalam satu muka surat, ia membuka satu pengajaran lain di maqam yang satu lagi sebagai contoh melalui satu hubungan yang lemah dari segi zahir dan banyak kaitan-kaitan yang kuat mengikuti kaitan yang lemah itu. Ia menjadi sangat bertepatan dengan maqam tersebut, dan martabat balaghahnya menjadi tinggi.
Soalan Kedua: Apakah hikmah al-Quran mengisbatkan akhirat, tauhid dan ganjaran dan balasan bagi insan ribuan kali dalam al-Quran secara terang, berselindung dan secara isyarat lalu memperlihatkannya dan apakah hikmah Dia memberi pengajaran pada setiap surah, muka surat dan maqam?
Jawapan: Dalam daerah kemungkinan dan perubahan-perubahan yang bersangkutan dengan perjalanan hidup alam semesta dan pada masalah-masalah yang paling utama, paling besar dan paling dahsyat berkenaan tugas yang menjadi punca kepada kesengsaraan dan kebahagiaan abadi bangsa manusia yang mengambil amanah teragung dan khilafah di bumi ke bahunya; pada sudut memberi pengajaran tentang perkara yang paling agung, melenyapkan keraguan yang tidak
63. Page
terkira dan mematahkan keingkaran dan sifat keras kepala yang sangat dahsyat, tentunya untuk memperakukan perubahan-perubahan yang dahsyat itu dan menjadikan mereka menerima masalah-masalah yang sebesar keagungan perubahan-perubahan dan yang paling perlu dan daruri kepada manusia, bukan ribuan kali, bahkan sekiranya ia memperlihatkannya kepada mereka jutaan kali sekalipun ia tetap tidak menjadi pembaziran sehingga melalui pengulangan jutaan kali, justeru perbahasan-perbahasan itu dibaca dalam al-Quran, tidak menjemukan dan tetap diperlukan.
Sebagai contoh: Hakikat khabar gembira kebahagiaan abadi yang telah diperlihatkan oleh “اِنَّ َالَّذ۪ينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ لَهُمْ جَنَّاتٌ تَجْرِى مِنْ تَحْتِهَا الْاَنْهَارُ خَالِدِينَ فِيهَا اَبَدًا”, hakikat kematian yang setiap minit memperlihatkan dirinya sendiri kepada manusia yang buntu, oleh sebab ia telah berkata bahawa ia menyelamatkan manusia serta dunianya serta semua kekasihnya daripada penghapusan abadi lalu memperolehkan satu kesultanan abadi, sekiranya ia diulang berbilion kali dan sekiranya ia memberi keutamaan sebanyak alam semesta ia tetap tidak menjadi pembaziran dan tidak akan jatuh nilainya. Justeru, sudah tentu menarik pandangan perhatian al-Quran Mu’jizul Bayan kepada masalah-masalah itu ribuan kali secara sarih, berselindung dan secara isyarat yang mengajarkan masalah-masalah bernilai yang tidak terkira jenis ini, mengubah alam semesta seperti sebuah rumah dan berusaha memuaskan hati dan meyakinkan dalam membina perubahan-perubahan dahsyat yang merosakkan bentuknya (alam semesta) bukanlah pembaziran bahkan ia memperbaharui semula ihsan-Nya yang masing-masing ibarat hajat daruri seperti roti (nasi), ubat, udara dan cahaya.
Contoh seterusnya: Hikmah penyataan ayat-ayat ancaman seperti “اِنَّ الْكَافِرِينَ فِى نَارِ جَهَنَّمَ” dan “اَلظَّالِمِينَ عَذَابٌ اَلِيمٌ” kurang dengan penuh kekerasan dan kesungguhan dan melalui kekuatan dan pengulangan yang banyak oleh al-Quran ialah:
Sebagaimana telah diisbatkan secara qat’i dalam Risalah an-Nur, kekufuran manusia ialah satu pencerobohan yang sangat dahsyat terhadap hak-hak alam semesta sebahagian besar makhluk sehingga menjadikan langit dan bumi marah dan membawa unsur-unsur alam kepada keberangan lalu menampar mereka yang zalim melalui penampar-penamparnya.
Melalui penerangan ayat: “اِذَا اُلْقُوا فِيهَا سَمِعُوا لَهَا شَهِيقًا وَهِىَ تَفُورُ تَكَادُ تَمَيَّزُ مِنَ الْغَيْظِ” Neraka menjadi marah kepada para pengingkar yang zalim itu sehingga ia mencapai tahap seolah-olah hampir berkecai kerana kemarahannya. Justeru, terhadap jenayah umum dan pencerobohan yang tiada batasan sebegini, bukan pada noktah kekerdilan dan ketidakpentingan, bahkan melalui hikmah memperlihatkan kepentingan hak-hak rakyat Sultan Alam Semesta sendiri dan kejelikan yang tidak terkira para pengingkar itu pada kekufuran dan kezalimannya terhadap kebesaran jenayah yang zalim dan kedahsyatan pencerobohan yang bagaikan kafir dalam firman-Nya, maka jika Dia mengulangi jenayah itu dan hukumannya dengan cara yang sangat keras dan bersungguh bukan seribu bahkan jutaan hatta bilionan sekalipun, ia tetap tidak menjadi pembaziran dan kekurangan kerana sejak seribu tahun seratus juta manusia membacanya dengan penuh kerinduan dan keperluan setiap hari tanpa jemu. Ya, untuk setiap hari, setiap masa dan setiap orang, suatu alam berlalu pergi. Oleh sebab pintu suatu alam yang segar dibuka untuknya,
64. Page
sebagaimana untuk menerangi setiap alamnya yang sementara, dengan pengulangan lafaz “لَا اِلٰهَ اِلَّا اللّٰهِ” sebanyak seribu kali dengan hajat dan kerinduan dia menjadikan “لَا اِلٰهَ اِلَّا اللّٰهِ” sebagai lampu kepada setiap tabir yang berubah itu, begitulah juga, untuk tidak menggelapkan tabir-tabir yang banyak dan sementara serta alam semesta bergerak yang diperbaharui itu, untuk tidak menjelikkan gambaran-gambarannya yang terpantul pada cermin kehidupannya dan untuk tidak mengubah keadaan-keadaan tetamu itu yang boleh menjadi saksi bagi pihaknya menentangnya, maka melalui hikmah menghargai dengan membaca al-Quran dan balasan-balasan jenayah itu dan ancaman-ancaman keras Raja Azali yang mematahkan sifat keras kepala mereka dan berusaha menyelamatkan diri daripada kemelampauan nafsu, maka al-Quran mengulangi sangat bermakna dan melalui kekuatan, kekerasan pengulangan yang setahap ini, syaitan pun turut melarikan diri daripada menganggap ancaman-ancaman al-Quran sebagai tidak berasas. Ia memperlihatkan bahawa azab neraka kepada para pengingkar yang tidak mendengaar itu semua adalah keadilan itu sendiri.
Contohnya lagi: Pada pengulangan kisah-kisah para Nabi dan kisah Nabi Musa Alaihis Salam yang mengandungi banyak hikmah dan faedah seperti kitab Tongkat Nabi Musa ‘Alaihis Salam, memperlihatkan kenabian sekalian Nabi sebagai satu hujah kepada kesahihan Kerasulan Muhammad Sollallahu ‘Alaihi wa Sallam lalu melalui hikmah bahawa yang tidak dapat mengingkari semua itu tidak akan dapat mengingkari kerasulan ini pada noktah hakikat dan oleh sebab tidak semua orang berupaya dan dapat membaca seluruh al-Quran setiap masa maka mengulangi kisah-kisah itu seperti rukun-rukun iman yang penting untuk mendatangkan setiap surah yang panjang dan sederhana sebagai sebuah al-Quran kecil, bukanlah satu pembaziran bahkan merupakan kehendak balaghah yang penuh kemukjizatan dan mengajarkan bahawa Peristiwa Muhammad Sollallahu ‘Alaihi wa Sallam ialah peristiwa terbesar seluruh bangsa manusia dan masalah alam semesta yang paling agung.
Ya, dengan memberikan maqam tertinggi kepada Dzat Ahmadiyyah Sollallahu ‘Alaihi wa Sallam dalam al-Quran dan mengambil empat rukun iman ke dalamnya, “مُحَمَّدٌ رَسُولُ اللّٰهِ” yang menyamai rukun “لَا اِلٰهَ اِلَّا اللّٰهِ”, Risalah Muhammadiyyah, hakikat terbesar alam semesta dan Dzat Ahmadiyyah Sollallahu ‘Alaihi wa Sallam, yang paling mulia di kalangan seluruh makhluk dan peribadi maknawi dan maqam qudsinya yang menyeluruh yang dinamakan sebagai Hakikat Muhammadiyyah, hujah dan tanda-tanda yang sangat banyak bahawa ia adalah matahari paling terang bagi dua dunia dan kelayakannya kepada maqam yang hebat ini telah diisbatkan dalam Risalah an-Nur dalam bentuk yang qat’i.
Satu daripada seribunya adalah seperti berikut: al-‘Allamul Ghuyub telah mengetahui dan nampak bahawa Hakikat Muhammadiyyah yang merupakan peribadi Maknawi dzat Sollallahu ‘Alaihi wa Sallam itu akan menjadi ibarat sebatang pohon Tuba syurga di masa hadapan melalui keistimewaan baginda; kemasukan sesuatu yang seumpama dengan segala kebajikan yang dilakukan oleh sekalian umat baginda di sepanjang masa buku catatan amalan kebajikannya melalui dustur “اَلسَّبَبُ كَالْفَاعِلِ” (1); seluruh alam semesta mendapat cahaya melalui nur yang telah dibawa oleh baginda(2); rasa terhutang budi bukan sahaja daripada jin, manusia dan malaikat bahkan alam semesta, langit dan bumi(3); sumbangan doa
65. Page
tumbuh-tumbuhan melalui lidah persediaannya, doa haiwan melalui lidah perluan fitrinya dan ucapan selawat, salam dan doa-doa rahmat kepada zat itu setiap hari oleh insan-insan soleh umatnya yang jutaan bahkan bilionan doa mereka yang fitri dan tidak pernah ditolak melalui penyaksian bahawa ia memang diterima di hadapan mata kita serta sumbangan keuntungan maknawi mereka mula-mula kepada zat Sollallahu ‘Alaihi wa Sallami tu (4); kemasukan nur-nur yang tidak terkira kepada buku catatan amalan dari sudut pembacaan al-Quran sahaja disebabkan pemberian kebajikan dan buah yang bermula daripada sepuluh pahala sehingga seratus hatta seribu pada setiap satu huruf daripada tiga ratus ribu hurufnya yang dibaca oleh seluruh ummatnya dan berdasarkan maqam itu(5). Dia telah memberikan kepentingan yang besar itu dalam al-Quran-Nya. Telah memperlihatkan masalah keinsanan yang paling penting bagi pemerolehan syafaat baginda dengan mengikutnya dan menuruti Sunnah terpujinya dalam Firman-Nya. Ini kerana kadang-kadang al-Quran memandang kepada peribadi manusiawi baginda yang merupakan sebiji benih pohon Tuba yang hebat itu dan keadaan insaninya yang di permulaan. Justeru, hakikat-hakikat al-Quran yang diulang-ulang adalah pada nilai ini. Maka orang yang fitrahnya sejahtera menjadi saksi kepada kewujudan suatu mukjizat maknawi yang kuat dan luas pada pengulangannya. Melainkan kepada mereka yang ditimpa penyakit hati dan sanubari akibat wabak taun materialistik. Mereka masuk ke dalam kaedah:
“قَدْ يُنْكِرُ الْمَرْءُ ضَوْءَ الشَّمْسِ مِنْ رَمَدٍ وَ يُنْكِرُ الْفَمُ طَعْمَ الْمَاءِ مِنْ سَقَمٍ”
“Kadang-kadang seseorang mengingkari matahari kerana habuk,
Dan mulut mengingkari manisnya air kerana sakit.”
66. Page
Dua Nota Kaki yang merupakan Khatimah kepada Masalah Kesepuluh ini.
Pertama: Dua belas tahun sebelum ini, aku telah mendengar bahawa seorang zindiq yang paling dahsyat dan keras kepala telah memulakan niat buruknya terhadap al-Quran melalui penterjemahannya dan telah berkata: “Al-Quran perlu diterjemahkan supaya apa yang dimilikinya diketahui. Yakni, supaya setiap orang nampak pengulangan-pengulangannya yang tidak perlu dan supaya terjemahannya dibaca pada tempatnya.” Begitulah dia telah merencanakan satu perancangan yang jahat. Tetapi hujah-hujah yang tidak mungkin dicalari bagi Risalah an-Nur telah mengisbatkan secara qat’i bahawa tidak akan ada terjemahan hakiki bagi al-Quran; bahasa-bahasa lain tidak akan dapat memelihara keistimewaan-keistimewaan dan nuktah-nuktah al-Quran sebagaimana bahasa Arab yang merupakan bahasa Nahu; terjemahan insan yang biasa dan juz’i tidak akan dapat menggantikan ungkapan-ungkapan yang penuh mukjizat dan menyeluruh bagi kalimah-kalimah al-Quran yang setiap hurufnya memberikan pahala daripada sepuluh sampai seribu dan terjemahan-terjemahan itu tidak boleh dibaca di masjid-masjid untuk menggantikannya. Begitulah Risalah an-Nur telah menggagalkan perancangan yang dahsyat itu melalui kesebarannya di setiap tempat. Tetapi para munafik yang belajar daripada zindiq itu, sekali lagi untuk syaitan, akibat usaha mereka yang bodoh dan bagaikan orang gila seperti anak-anak bodoh yang cuba meniup untuk memadamkan matahari al-Quran, maka aku merasakan bahawa aku telah ditaqdirkan untuk menulis masalah kesepuluh ini walaupun aku dalam keadaan yang sangat sempit, menekan dan susah. Oleh sebab aku tidak berjumpa dengan yang lain-lain, aku tidak tahu keadaan sebenar.
Nota Kaki Kedua daripada Khatimah: Selepas kami dibebaskan dari penjara Denizli, aku telah duduk di tingkat atas Hotel Sehir yang terkenal. Pohon-pohon Poplar yang banyak di taman-taman yang indah di hadapan saya, masing-masing dalam bentuk satu halaqah zikir dalam bentuk yang manis malah susuk pohon-pohon itu, dahan-dahannya, daun-daunnya dan gerak tariannya yang asyik dan menarik melalui belaian semilir telah menyentuh hatiku yang sedih dan sayu akibat perpisahan daripada para saudaraku dan akibat keseorangan serta telah bekerja. Tiba-tiba musim luruh dan musim sejuk terlintas di fikiran dan telah menghempap satu kelalaian ke atasku. Maka aku berasa amat kasihan kepada pohon-pohon Poplar dan benda-benda hidup yang menawan itu yang berjilwah dengan keriangan yang sempurna itu sehingga mataku bergenang dengan air mata. Kesedihan-kesedihan perpisahan dan kelenyapan yang sepenuh dunia dengan cara memperingatkan dan menrasakan ketiadaan dan perpisahan mereka di bawah tabir alam semesta yang berhias telah berkumpul di dalam kepalaku.
Tiba-tiba nur yang telah didatangkan oleh hakikat Muhammad Sollallahu ‘Alaihi wa Sallam datang membantu. Ia telah mengubah kesedihan dan kesayuan yang tidak terkira itu kepada kegembiraan. Hatta, daripada sejuta limpahan tentang diriku seperti semua orang dan setiap ahli iman hanya pada waktu itu, untuk bantuan dan hiburan yang menyentuh keadaan itu, aku telah terhutang budi selama-lamanya kepada Zat Muhammad Sollallahu ‘Alaihi wa Sallam.
Ia seperti berikut: Jadilah pandangan kelalaian, perkara-perkara menawan yang diberkati itu kelihatan dalam satu musim yang tiada tugas dan tiada natijah, lalu dengan memperlihatkan pergerakan mereka bukan daripada keriangan bahkan
67. Page
kejatuhan mereka ke dalam kekosongan dalam keadaan seolah-olah menggigil daripada ketiadaan dan perpisahan, seperti semua orang lain, ia sangat menyentuh perasaan-perasaanku yang menjadi punca kepada rindu kebaqaan dan cinta keindahan serta kasih sesama bangsa dan kehidupan padaku, sehingga, ketika ia mengubah dunia yang begini kepada neraka maknawi dan akal kepada alat yang menyeksa, nur yang telah didatangkan oleh Muhammad Sollallahu ‘Alaihi wa Sallam sebagai hadiah kepada manusia telah mengangkat tabir itu; sebagaimana hikmah-hikmah dan makna-maknanya yang sebanyak setiap daunan bagi pohon-pohon kawak itu menggantikan penghapusan, ketiadaan, kekosongan, ketiadaan tugas, kesia-siaan dan perpisahan telah diisbatkan dalam Risalah an-Nur, ia telah memperlihatkan bahawa pohon-pohon itu mempunyai natijah dan tugas yang terpisah kepada tiga bahagian:
Bahagian Pertama: Memandang kepada nama-nama as-Sani’ Dzul Jalal. Contoh: Sebagaimana seorang tukang yang hebat mebuat sebuah jentera, semua orang mengucapkan Masya-Allah dan Barakallah lalu bertepuk tangan, begitulah juga: Jentera itu juga, dengan memperlihatkan natijah-natijah yang dimaksudkan daripadanya secara keseluruhan, ia mengucapkan tahniah dan bertepuk tangan kepada pembuatnya melalui lisanul halnya. Maka setiap benda hidup dan setiap benda adalah jentera seperti ini dan bertepuk tangan kepada Penciptanya dengan ucapan-ucapan tahniah.
Hikmah-hikmah Bahagian Kedua: Memandang kepada pandangan benda hidup dan makhluk yang berakal. Ia menjadi sebuah tempat kajian yang menawan dan serba satu kitab makrifah. Dengan meninggalkan makna-maknanya dalam fikiran benda hidup, gambaran-gambarannya dalam daya ingatan mereka dan lauh-lauh misali dan dalam daerah kewujudan pada buku-buku catatan alam ghaib, lalu meninggalkan alam syahadah dan menarik diri ke alam ghaib. Maknanya ia meninggalkan satu tubuh yang berbentuk gambaran dan memperoleh banyak tubuh maknawi, ghaib dan berbentuk ilmu. Ya, memandangkan Allah ada dan ilmu-Nya meliputi. Sudah tentu, ketiadaan, penghapusan, kekosongan, kemusnahan dan kefanaan adalah tiada dalam dunia ahli iman pada noktah hakikat dan dunia mereka yang kafir adalah penuh dengan ketiadaan, perpisahan, kekosongan dan kefanaan. Justeru, hakikat ini, dengan memberikan pengajaran peribahasa yang berlegar pada lidah semua dan datang ini lalu berkata: “Sesiapa yang memiliki Allah, maka semua benda ada untuknya dan jika Allah tiada untuk seseorang, maka setiap benda adalah tiada dan kosong kepadanya.”
Hasilnya: Sebagaimana keimanan menyelamatkan insan daripada penghapusan abadi ketika kematiannya, begitulah juga ia turut menyelamatkan dunia khas setiap orang daripada penghapusan dan kegelapan kekosongan. Kekufuran pula, terutamanya sekiranya ia kekufuran mutlak, ia memenghapuskan insan itu dan dunia khasnya dengan kematian lalu menghumbannya ke dalam kegelapan neraka maknawi. Ia mengubah kelazatan-kelazatan hidupnya kepada racun yang pahit. Semoga berdengunglah telinga-telinga mereka yang mengutamakan kehidupan duniawi ke atas akhirat. Biarlah mereka datang dan mencari satu penyelesaian kepada perkara ini ataupun suruhlah mereka masuk ke
68. Page
dalam keimanan. Semoga mereka terselamat daripada kerugian-kerugian yang dahsyat ini!
69. Page
Masalah Kesebelas
Telah diterangkan dan ditetapkan dengan pelbagai hujah dalam "Risalah an-Nur" ratusan model buah secara menyeluruh dan secara sebahagian yang tiada had baginya daripada pokok keimanan yang suci seperti buah syurga, kebahagiaan abadi dan nikmat memandang Allah, maka kita pindahkan penjelasannya ke siraj an-Nur.
Dan kami terangkan di sini (di muqaddimah masalah kesebelas daripada risalah buah) bukannya buah daripada pelbagai buah rukun iman secara menyeluruh tetapi dengan beberapa buah secara sebahagian daripada pelbagai rukun iman dan beberapa buah secara sebahagian dan khas bagi pelbagai bahagian daripada pelbagai rukun iman.
Antaranya adalah Aku pernah berdoa pada satu hari dengan satu doa yang isinya:
“Wahai tuhanku jagalah daku daripada kejahatan jin dan manusia dengan kehormatan dan syafaat jibril, Mikail, Israfil dan Izrail AS, maka ketika aku menyebut nama Izrail ‘Alaihis Salam yang membuat semua manusia dalam ketakutan dan menggeletar, namun aku merasakan satu keadaan yang manis dan baik yang membangkitkan keselesaan lalu aku berkata, "Segala puji Bagi Allah, lalu aku benar-benar telah mencintai Izrail AS."
Dan kami mengisyaratkan satu isyarat yang sangat pendek ke sebiji buah yang bersifat sebahagian daripada pelbagai buah yang banyak bagi sebahagian daripada rukun beriman kepada malaikat.
Antaranya adalah sesungguhnya milik manusia yang paling berharga dan paling mahal, yang ia bersungguh-sungguh menjaganya dengan kuat adalah ruhnya, dan sesungguhnya aku berasa dengan yakin bahawa menyerahkan ruh ke satu tangan yang kuat dan amanah demi menjaganya daripada hilang, fana dan pensia-siaan memang menganugerahkan kebahagiaan yang mencurah-curah, kemudian terlintas di benakku para malaikat yang menulis segala amalan manusia, lalu aku melihat dan mendapati bahawa mereka memiliki pelbagai buah yang lazat seperti buah ini.
Antaranya sesungguhnya setiap manusia berusaha untuk menjaga pelbagai kata-kata dan amalannya yang berharga dengan penuh keghairahan dan kerinduan dengan menulis, bersyair atau hatta panggung wayang demi mengabadikannya, dan khasnya jika pelbagai perbuatan itu memiliki pelbagai buah yang kekal di syurga, maka ia lebih berasa ghairah atasnya, sesungguhnya tulisan kiraman katibin yang berdiri di atas kedua bahu manusia demi untuk menzahirkannya bagi manusia itu dengan bentuk yang abadi. dan untuk memenangi ganjaran yang kekal daripada pemiliknya. Ini menggembirakanku dan aku berasa seronok dengan keseronokan yang tidak mampu bagiku untuk mengungkapkannya.
Dan ketika kesepian menghimpitku dan dunia yang remeh runtuh ke atasku dengan sikap ahli dunia yang memulauku daripada segala sesuatu dalam kehidupan kemasyarakatan, dan sikap mereka menjauhiku daripada semua buku, para sahabat
70. Page
dan pembantuku, dan daripada segala perkara yang menimbulkan takziah dan keselesaan dalam diriku, tiba-tiba di sisiku sebuah daripada pelbagai buah yang banyak bagi beriman pada malaikat membantuku, lalu buah itu menjadikan alam dan duniaku riang, dan memenuhkannya dengan para malaikat dan makhluk rohani, dan membuatkan alamku ketawa dengan rasa gembira, dan menunjukkan bahawa dunia ahli kesesatan itu menangis kesepian, kekosongan dan kegelapan.
Dan ketika mana khayalanku berasa suka dan gembira dengan pelbagai keseronokan buah ini, lalu khayalanku memetik sebiji buah (seperti buah ini) dari pelbagai buah yang banyak yang dimiliki beriman dengan seluruh rasul ‘Alaihis Salam dan merasakannya, dan tiba-tiba keimananku pada mereka dan pembenaranku terhadap mereka menyinari zaman-zaman tersebut, dan seakan-akan aku hidup bersama semua nabi yang pernah hidup pada zaman yang lampau, dan khayalanku menjadikan keimananku menjadi keimanan yang menyeluruh dan khayalanku turut meluaskannya, dan khayalanku meletakkan ribuan tanda tangan di atas pelbagai dakwaan nabi akhir zaman Saidina Muhammad Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam yang berkaitan dengan keimanan, dan khayalanku menutup mulut syaitan-syaitan.
Lalu terlintas di hatiku satu soalan yang aku menjawabnya dengan satu jawaban yang qat'i dalam risalah "hikmah mengucapkan ta'awwuz" lalu aku telah ditanya dari sudut maknawi, mengapakah ahli kesesatan selalu menang ke atas ahli hidayat, bahkan kadang-kadang dua puluh orang daripada mereka menakutkan seratus ahli hidayat, sedangkan pelbagai buah dan faedah yang lazat yang tiada had baginya seperti ini, dan pelbagai natijah dan manfaat yang sangat baik yang dimiliki oleh pelbagai kebaikan, dan taufik daripada Allah yang Maha Penyayang dan pertolongan-Nya dalam kemuncak belas kasihan menyokong dan memberi mereka kekuatan? dan timbul dalam benakku (dan aku berada dalam tafakur ini) pengumpulan penumpuan al-Quran yang agung berupa pelbagai dalil, malaikat dan pertolongan Allah terhadap tipu daya syaitan yang amat lemah, dan selalu mengutus pelbagai perkara di atas kepada ahli iman.
Risalah an-Nur telah menerangkan hikmah itu dengan pelbagai hujah yang qat'i. Oleh itu kami isyaratkan dengan satu isyarat yang amat singkat sebagai jawaban bagi soalan itu.
Ya, tidaklah mungkin satu istana terus wujud yang mana seorang lelaki yang bertindak secara melulu yang menyamar dan tidak dikenal yang berbahaya untuk menghidupkan api di dalamnya melainkan dengan penjagaan ratusan lelaki ke atas istana itu kadang-kadang atau dengan melarikan diri ke negara dan ke sultan kadang-kadang, dan seakan-akan ratusan lelaki itu (bukannya seorang lelaki sahaja) berusaha untuk melontarkan api ke dalamnya, kerana kewujudannya bergantung pada wujudnya semua tanda, rukun dan sebab tetapi ketiadaan dan kemusnahannya boleh berlaku dengan ketiadaan satu tanda sahaja dan akan terbakar dengan hanya seorang yang bertindak secara melulu menyalakan sebatang mancis. lalu istana itu dilenyapkan dan hilang. Maka begitu juga para syaitan manusia dan jin dengan satu perbuatan yang kecil mereka melakukan satu penghancuran dan satu pemusnahan yang besar, dan satu kebakaran maknawi yang besar.
71. Page
Ya, sesungguhnya inti dan asas bagi segala kesalahan, keburukan dan kejahatan adalah ketiadaan, pemusnahan dan penghancuran. Ketiadaan dan perbuatan merosak berselindung di bawah wujud zahirnya, maka orang jahat, syaitan dalam kalangan manusia dan jin ini bersandar pada noktah ini, dan mereka membuat penentangan terhadap satu kekuatan yang tiada hadnya dengan menggunakan kekuatan yang sangat lemah, lalu mereka memaksa ahli hak dan ahli hakikat pada setiap waktu untuk mendapatkan perlindungan pada dewan Allah dan melarikan diri kepada Allah daripada mereka (iaitu jin dan syaitan). Oleh itu al-Quran mengumpul pelbagai bantuan yang besar untuk melindungi mereka, menyampaikan asma husna milik Allah yang berjumlah 99 ke tangan mereka dan mengeluarkan pelbagai perintah yang amat keras demi kepada mereka agar mereka terus berpendirian tetap dan bertahan terhadap musuh-musuh itu.
Lalu muncul daripada jawaban ini satu pihak daripada satu hakikat yang amat agung, dan satu asas bagi satu isu yang besar, ia adalah, "Sebagaimana syurga itu membawa pelbagai hasil bagi semua alam kewujudan, tunas yang ditumbuhkan oleh dunia mula mengeluarkan pelbagai tangkai yang kekal abadi, Begitu juga neraka jahanam yang meranumkan membakar pelbagai hasil mahsul yang berasal daripada ketiadaan untuk menunjukkan pelbagai natijah yang amat menyakitkan bagi pelbagai alam ketiadaan dan fana yang amat menakutkan. Kilang neraka jahanam yang menakutkan itu membersihkan (termasuk pelbagai tugasnya yang lain) pelbagai entiti yang ada di alam kewujudan daripada pelbagai kotoran alam ketiadaan. Kita tidak akan membuka pintu isu yang menakutkan ini sekarang, dan akan diterangkan nanti dengan izin Allah.
Kemudian sesungguhnya satu bahagian daripada pelbagai buah beriman pada malaikat dan modelnya yang berkaitan dengan Munkar dan Nakir:
"sesungguhnya aku dengan giliranku telah memasuki (secara khayalan) kuburku yang aku akan memasukinya dengan pasti seperti setiap manusia, sedangkan aku tidak menyukai pengosongan mutlak terhadap diriku daripada segala sesuatu, dan aku berasa teruja dengan sifat putus asa di dalam kubur (di dalam penjara untuk seorang yang gelap, sejuk dan sempit itu) seorang diri, tiba-tiba muncul dua orang teman yang diberkati dalam kalangan munkar dan nakir, dan mereka berdua memulakan perdebatan bersamaku, lalu kuburku menjadi luas dan dadaku menjadi lapang, kedua-duanya bersinar, dan kedua-duanya dicurah dengan kehangatan, lalu terbukalah pelbagai tingkap ke alam ruh, lalu aku berasa gembira sepenuh hatiku dengan keadaan ini yang aku telah melihatnya dalam khayalan, dan aku akan melihatnya (keadaan ini) pada masa hadapan secara hakikat, dan aku mengucapkan kesyukuran kepada Allah.
''maka sebagaimana ketika seorang penuntut ilmu yang mempelajari ilmu nahu dan sorof di sekolah meninggal dunia, lalu datanglah malaikat Munkar dan Nakir. Lalu kedua-dua malaikat itu bertanya kepadanya, "siapakah tuhanmu?" Lalu ia menjawab dengan ilmu nahu dan ia menyangka bahawa ia masih berada di sekolah sambil berkata, "Man (siapakah) adalah mubtada' dan Robbuka adalah khabar-nya. Ini adalah mudah. Tanyalah kepadaku masalah yang susah.
72. Page
Pelajar itu membuat kedua-dua mailakat itu dan ruh lain yang ada di situ ketawa dengan jawabannya, dan membuat seorang wali dalam kalangan orang yang disingkap keadaan kubur bagi mereka telah menyaksikan kejadian ini di sana juga turut ketawa, dan membuat rahmat Ilahi juga tersenyum, lalu ia terselamat daripada azab. Begitu juga al-Marhum al-Hafiz Ali yang merupakan seorang pahlawan yang syahid demi Risalah an-Nur, ia meninggal dunia ketika sedang menulis dan membaca "Risalah at-thamarah" (buah) dengan kerinduan yang sempurna di dalam penjara. Lalu ia menjawab pertanyaan para malaikat di dalam kubur dengan pelbagai hakikat risalah thamarah sebagaimana yang ia telah menjawab di mahkamah. Aku dan para penuntut Risalah an-Nur akan menjawab pelbagai pertanyaan itu secara hakikat pada masa hadapan dengan pelbagai hujah Risalah an-Nur yang bersinar dan kuat, sebagaimana kami menjawab pertanyaan itu sekarang, secara makna, dan kami mendorong mereka untuk pengesahan, penghargaan dan pengucapan tahniah dengan izin Allah.
Kemudian sesungguhnya model yang bersifat sebahagian sekitar kebahagiaan duniawi bagi rukun beriman pada malaikat adalah: sebagaimana seorang budak kecil yang tidak bersalah menerima pelajarannya berkenaan keimanan dalam ilmu Fiqh berkata kepada seorang budak lain di sisinya yang sedang menangis dan meraung kerana kematian saudaranya yang tidak bersalah:
"Janganlah engkau menangis tetapi bersyukurlah pada Allah, saudaramu telah pergi ke syurga bersama malaikat. Ia sedang bersiar-siar di sana, dan akan berseronok dengan keseronokan yang lebih baik daripada keseronokan kita. Ia akan terbang di syurga seperti malaikat. Ia akan menyaksikan segala tempat di sana." Kata-kata ini menukar tangisan budak yang menjerit itu kepada senyuman dan kegembiraan.
Aku juga seperti budak ini. Aku telah menerima dua berita kematian yang amat menyakitkan pada musim sejuk yang menyedihkan ini dan dalam keadaan yang menyakitkan. Pertama berita kematian anak saudaraku almarhum Fuad yang telah mencapai kejayaan kelas pertama di sekolah tinggi, dan telah menyebarkan pelbagai hakikat Risalah an-Nur. Kedua adalah berita kematian al-marhum saudariku yang bernama ‘Alimah. Ia telah pergi haji dan semasa tawaf ia menderita sakaratul maut lalu meninggal dunia, dan ketikamana kematian dua kerabatku ini membuatku menangis sebagaimana kematian Abdul Rahman yang disebut dalam risalah asy-syuyukh telah membuatku menangis. Aku telah melihat dengan nur keimanan dengan makna dan hati bahawa Fuad yang tidak bersalah dan wanita yang soleh "Hanim", bahawa para malaikat dan bidadari telah menjadi teman menggantikan manusia. Kedua-duanya telah selamat daripada pelbagai bahaya dan dosa di dunia dan aku telah berasa amat gembira sebagai ganti daripada kesedihan yang dahsyat itu, dan aku mengucapkan tahniah kepada mereka berdua. Aku mengucapkan tahniah kepada saudaraku Abdul Majid, iaitu bapa kepada Fuad. Aku mengucapkan tahniah kepada diriku dan bersyukur kepada Allah Yang Maha Penyayang. Dan ini telah tertulis dan dirakam dengan niat doa rahmat bagi dua orang al-marhum ini.
Sesungguhnya semua pertimbangan dan perbandingan yang terdapat dalam Risalah an-Nur menerangkan pelbagai buah keimanan yang merupakan satu paksi bagi kebahagiaan duniawi dan ukhrawi, dan memberitahu bahawa keimanan setiap mukmin akan membuatnya memenangi kebahagiaan abadi dan membuatkannya
73. Page
menjadi tangkai yang mana pelbagai buah yang besar dan menyeluruh itu muncul di dunia ini yang lahir daripada kebahagiaan hidup dan keseronokan umur, dan akan tersingkap atas gambaran itu.
Dan aku telah menulis lima daripada pelbagai buahnya yang menyeluruh dan amat banyak di akhir "kalimat ketiga puluh satu" seperti buah mikraj. Aku telah menulis lima daripada pelbagai buah itu sebagai model dalam "dahan kelima" dalam "kalimat kedua puluh empat". Kami telah katakan pada permulaan:
"Sebagaimana setiap rukun daripada rukun iman memiliki pelbagai buah yang amat banyak dan bermacam-macam, bahkan tiada had baginya, begitu juga sebiji buah daripada pelbagai buahnya yang banyak adalah syurga secara keseluruhannya, kedua adalah kebahagiaan yang abadi, yang ketiga adalah yang paling manis iaitu melihat Allah. Telah diterangkan sebahagian daripada pelbagai buah yang baik bagi keimanan sekitar kebahagiaan di dua negeri (dunia dan akhirat) dalam perbandingan yang terdapat di akhir "kalimat ketiga puluh dua" dengan bentuk yang baik.
Sesungguhnya satu daripada dalil bahawa pelbagai buah yang berharga bagi rukun Beriman pada takdir terdapat di dunia juga iaitu: keadaan kata-kata, "Sesiapa yang beriman pada takdir maka ia akan aman daripada kesusahan" tulis arab yang berpindah atas lidah semua sebagai peribahasa, dan telah diterangkan di akhir "risalah takdir" sebiji buah daripada pelbagai buahnya yang menyeluruh dengan contoh yang menarik, dengan permisalan masuknya dua orang lelaki dalam taman istana yang menarik dan unik.
bahkan sesungguhnya aku telah melihat dan mengetahui dalam hidupku melalui ribuan pengalaman bahawa tanpa beriman pada takdir maka akan rosaklah kebahagiaan kehidupan dunia, dan setiap kali aku melihat ke pelbagai musibah yang menyakitkan melalui sudut beriman pada takdir maka aku telah melihat musibah itu menjadi amat ringan, dan aku pernah berasa hairan bagaimana seorang yang tidak beriman pada takdir boleh hidup.
dan telah diisyaratkan ke sebiji buah daripada pelbagai buah yang menyeluruh bagi rukun beriman pada malaikat dalam "maqam kedua" daripada "kalimat kedua puluh dua", sebagai berikut:
sesungguhnya Izrail ‘Alaihis Salam berkata ketika bermunajat kepada Allah: Sesungguhnya hamba-hamba-Mu akan membenci dan akan mengadu mengenaiku ketika tugas mencabut ruh, lalu dikatakan kepadanya sebagai jawaban, "Aku akan menjadikan pelbagai penyakit dan musibah sebagai tirai bagi tugasmu itu sehingga pelbagai aduan hamba-hambaku dituju pada pelbagai penyakit dan musibah dan tidak padamu.
Tugas Izrail ‘Alaihis Salam juga adalah tirai seperti pelbagai tirai ini, sehingga pelbagai aduan yang batil tidak dituju pada Allah, kerana aspek kebijaksanaan, rahmat, kecantikan dan maslahat yang terdapat dalam kematian tidak dapat dilihat oleh setiap orang untuk melihat pada zahir dan membangkangnya, dan ia mula dengan aduan. Oleh itu Izrail ‘Alaihis Salam menjadi satu tirai demi kebijaksanaan
74. Page
agar pelbagai aduan yang batil ini tidak dituju ke Allah yang Maha Penyayang yang Mutlak. Maka begitu juga pelbagai tugas semua malaikat bahkan pelbagai tugas semua sebab yang zahir adalah tirai bagi kemuliaan rububiyah, sehinga terjaga kemuliaan dan kesucian qudrat ilahi serta pencakupan rahmat-Nya dalam pelbagai perkara yang tidak dilihat kecantikannya dan tidak diketahui pelbagai kebijaksanaannya, dan tidak menjadi sasaran pelbagai sanggahan, dan tidak terlihat atau muncul pada pandangan zahir sentuhan langsung qudrah terhadap pelbagai perkara yang hina, remeh dan zalim. Sesungguhnya Risalah an-Nur telah menetapkan dengan pelbagai dalil yang tiada had bahawa tiada terdapat sebarang kesan yang hakiki walau apa pun sebabnya dan ia tidak memiliki apa-apa kecenderungan bagi pewujudan pada asalnya. Pelbagai cop tauhid yang dibawa oleh setiap sesuatu menzahirkan perkara itu dengan penzahiran yang qat'i. maka penciptaan dan pewujudan adalah khas bagi Allah. Pelbagai sebab hanyalah hijab dan tirai. Tiada apa yang ada di tangan makhluk yang memiliki perasaan seperti malaikat selain khidmat secara fitrah sedikit sebanyak, dan sejenis kehambaan yang praktikal yang disebut kemenangan secara sebahagian tiada sebarang pewujudan baginya bersama pemilihan yang bersifat sebahagian.
Ya, sesungguhnya kemuliaan dan keagungan memerlukan agar pelbagai sebab menjadi hijab bagi tangan kudrah menurut pandangan akal.
Tauhid dan keesaan memerlukan agar pelbagai sebab merosakkan tangan-tangan pelbagai sebab itu daripada pelbagai kesan yang hakiki.
Maka sebagaimana para malaikat dan pelbagai sebab yang zahir yang digunakan dalam pelbagai perkara yang baik. Kewujudan pula menjaga kudrat rabbaniyah daripada pelbagai kekurangan dan kezaliman dalam pelbagai perkara yang tidak kelihatan dan tidak diketahui kecantikannya, dan ia adalah wasilah untuk pensucian dan penyucian ilahi, Begitu juga penggunaan syaitan jin dan syaitan manusia serta pelbagai materi yang mendatangkan kemudaratan (juga) dalam pelbagai perkara kejahatan dan ketiadaan menyelamatkan qudrah Allah dari sifat yang boleh dikatakan pengkhianatan, dan daripada pelbagai sanggahan yang batil, dan daripada menjadi sasaran bagi pelbagai aduan, dan dengan itu kewujudan berkhidmat pada pelbagai pensucian dan penyucian rabbani serta membebas dan menyucikan kedua-duanya daripada pelbagai kekurangan di alam semesta, kerana semua kelalaian itu terbit daripada ketiadaan, dan daripada ketiadaan kecenderungan, daripada perbuatan merosak dan daripada ketiadaan pelaksanaan tugas (dan setiap sesuatu daripada pelbagai perkara ini adalah ketiadaan) dan daripada pelbagai perbuatan yang berdasarkan pada ketiadaan yang tiada baginya sebarang kewujudan. Pelbagai tirai kesyaitanan yang jahat ini menjadi rujukan bagi pelbagai kelalaian itu, dan pelbagai tirai ini menerima atas dirinya pelbagai sanggahan dan pelbagai aduan yang berhak baginya, lalu pelbagai tirai ini menjadi pelbagai perantara bagi pensucian Allah yang Maha Benar, kerana tiada hajat bagi kekuatan dan kekuasaan dalam pelbagai perkara yang jahat, perkara yang berkaitan dengan ketiadaan dan perkara yang berkaitan dengan perbuatan merosak. Maka satu amal yang sedikit dan mudah dan satu kekuatan yang bersifat sebahagian bahkan kelalaian melaksanakan tugas membawa pada ketiadaan, pemusnahan dan penrosakan yang besar kadang-kadang, dan disangka bahawa para pelaku yang jahat itu memiliki kekuasaan, dan sebenarnya mereka tidak memberi apa-apa kesan secara mutlak melainkan
75. Page
ketiadaan, dan mereka tidak memiliki apa-apa kekuatan melainkan kemenangan yang bersifat sebahagian tetapi pelbagai perkara yang jahat itu datang daripada ketiadaan. Oleh itu mereka yang jahat itu adalah pelaku yang sebenar dan pelaku asal baginya. Jika mereka memiliki perasaan maka mereka akan diberi hukuman dalam keadaan mereka berhak untuk menerimanya. Oleh itu mereka yang jahat adalah pelaku dalam pelbagai keburukan, tetapi pelbagai kebaikan, pelbagai perkara yang baik dan pelbagai amal soleh (dan kerana ia adalah pelbagai perkara yang berkaitan kewujudan) maka mereka yang tergolong dalam kelompok yang baik bukanlah pelaku yang memberi kesan yang sebenar, bahkan mereka menerima pelbagai perkara yang baik dan pelbagai amal soleh itu dan menerima limpahan Ilahi, dan ganjaran mereka adalah keutamaan Ilahi semata-mata, dan al-Quran al-Hakim membuat pengumuman makna ini dengan ayat ini:
مَا أَصَابَكَ مِنْ حَسَنَةٍ فَمِنَ اللَّهِ وَمَا أَصَابَكَ مِنْ سَيِّئَةٍ فَمِنْ نَفْسِكَ
apa yang mengenaimu daripada kebaikan adalah daripada Allah dam apa yang mengenai mu daipada keburukan maka itu adalah daripada dirimu sendiri ( an-Nisa' ayat 79)
Hasil: Ketikamana pelbagai alam kewujudan dan pelbagai alam ketiadaan yang tiada terhad saling bertembung dan membuahkan pelbagai buah seperti syurga dan neraka jahanam, dan ketika mana semua alam kewujudan mengucapkan الحمد لله al-Hamdulillah dan الحمد لله al-hamdulillah dan semua alam ketiadaan mengucapkan سبحان الله Subhanallah سبحان الله subhanallah dan ketikamana para malaikat dan syaitan saling berduel dan begitu juga pelbagai kebaikan bersama pelbagai kejahatan, ilham dan waswas di sekitar hati saling bertelingkah dengan menggunakan undang-undang berduel yang menyeluruh dan umum, tiba-tiba sebiji buah daripada buah beriman pada malaikat melakukan tajalli dan merungkai masalah dan menyinari alam semesta yang gelap dan menzahirkan bagi kita satu nur daripada pelbagai nur milik ayat
اللَّهُ نُورُ السَّمَوَاتِ وَالْأَرْضِ
Allah adalah nur daripada nur langit dan bumi surah an-Nur ayat 35
dan buah ini membuat kita merasakan kesempurnaan kemanisannya.
"Kalimat kedua puluh empat" dan "kalimat kedua puluh sembilan" telah mengisyaratkan yang mana keramat pelbagai huruf alif menzahirkan pada sebiji buah yang menyeluruh yang lain daripada pelbagai buahnya, dan kedua-duanya telah menetapkan kewujudan para malaikat dan tugas mereka dengan penetapan yang terang.
Ya, sesungguhnya keagungan rububiyah yang penyayang menghendaki untuk memperkenalkan dan menjadikan dirinya dicintai dalam segala ceruk daripada ceruk alam semesta, dan dalam segala sesuatu secara sebahagian atau secara
76. Page
keseluruhan dan dalam segala jenis. Maka tidak syak bahawa adalah satu perkara yang pasti dan wajib agar dibalas keagungan dan rahmat itu dan pengenalan dan pencintaan itu dengan kehambaan yang luas dan mencakupi yang dipenuhi dengan perasaan dan kesedaran dalam kesyukuran dan penyucian.
Ia tidak dapat melaksanakan tugas itu untuk pelbagai makhluk pepejal yang tiada perasaan baginya dan pelbagai rukun yang agung bagi alam semesta melainkan para malaikat dengan bilangan yang tidak terhad, dan tidak mungkin untuk menjadi wakil bagi pelbagai prosedur yang bijaksana dan agung bagi kesultanan rububiyah dalam setiap ceruk di atas tanah dan di bintang Tujuh dan dalam perut bumi dan luar bumi melainkan mereka.
Sesungguhnya pelbagai undang-undang falsafah yang kering yang tiada ruh baginya melukis bentuk bumi dan kedudukannya secara fitrah dengan bentuk yang gelap dan amat menyeramkan, ketikamana buah ini menjadikannya satu gambaran yang diterangi dengan nur dan mesra, yang mana bumi yang dibawa oleh dua malaikat yang bernama thaur dan hut di atas bahu mereka berdua, atau dengan kata lain bumi itu berada di bawah pengawasan kedua-dua malaikat itu, yang mana bumi itu didatangkan dari syurga dan dikirim dari syurga bahan itu dan hakikat ukhrawi yang disebut sebagai batu (as-sakhrah) yang merupakan batu asas yang kekal bagi bumi yang fana ini, sebagai isyarat bahawa satu bahagian daripadanya akan ditukar ke syurga yang kekal. Lalu batu itu dijadikan satu noktah sandaran bagi dua malaikat iaitu thaur dan hut. Makna ini telah diriwayatkan daripada beberapa nabi yang terdahulu untuk Bani Israel. Hadith ini diriwayatkan juga daripada Ibnu Abbas RA. Tetapi malangnya makna yang suci ini dan juga permisalan ini menjadi satu gambaran yang berada di luar daerah akal dengan berlalunya zaman dan dengan sangkaan orang awam bahawa makna ini adalah hakikat yang sebenar.
Walaupun para malaikat memang bergerak dalam tanah dan batu dan juga dalam pusat bumi sebagaimana mereka bergerak di udara, maka tidak syak bahawa mereka tidak perlu pada batu, Hut atau Thaur yang memiliki jisim yang bumi tetap di atasnya.
Dan sebagai contoh, sesungguhnya bumi mengucapkan tasbih dengan pelbagai kepala dengan bilangan pelbagai jenis makhluk yang terdapat di bumi, dengan pelbagai lidah dengan bilangan pelbagai individu bagi jenis itu, dan dengan pelbagai perkakas dengan bilangan pelbagai anggota, daun dan buah bagi pelbagai individu itu. Oleh itu, tidak syak bahawa bumi memiliki seorang malaikat yang menjadi wakil yang memiliki 40 ribu kepala, dan setiap kepala memiliki 40 ribu lidah, bertasbih dengan 40 ribu tasbih dengan setiap lidah sehingga malaikat menjadi wakil bagi ilmu atau kesedaran bagi kehambaan semula jadi yang agung tanpa sebarang perkara yang berkaitan dengan perasaan, dan malaikat itu mempersembahkan pelbagai tasbih itu ke hadrat ilahi, yang mana seorang pemberitahu yang benar Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam telah memberitahu mengenai hakikat ini.
Sesungguhnya kewujudan pelbagai malaikat dalam pelbagai dzat yang amat ajaib, seperti Jibril ‘Alaihis Salam yang menyampai dan menunjukkan hubungan antara
77. Page
manusia (yang mana mereka adalah natijah yang paling penting bagi penciptaan alam semesta) dan antara tuhan mereka. Malaikat Israfil dan Izrail ‘Alaihis Salam yang kedua-duanya hanya menjadi wakil bagi pelbagai prosedur ketuhanan yang khas bagi Allah Yang Maha Pencipta dalam pembangkitan, penghidupan, pelepasan dengan kematian. Pelbagai perkara itu yang merupakan pelbagai perkara yang paling agung dan paling bahaya di alam biologi, Kedua-duanya mengawasinya dalam hal kehambaan. Malaikat Mikail ‘Alaihis Salam yang menjadi wakil bagi kesedaran dan pengetahuan terhadap pelbagai jenis kesyukuran tanpa perkara yang berkaitan dengan perasaan yang dipersembahkan dalam daerah kehidupan terhadap pelbagai ihsan Allah yang Maha Pengasih berkenaan rezeki yang merupakan jenis rahmat yang paling menyeluruh dan paling luas dan paling banyak keseronokannya, dengan pengawasan ke atas pelbagai ihsan itu.
Aku berkata sesungguhnya kewujudan malaikat dalam pelbagai bentuknya yang sangat ajaib ini dan kekalnya pelbagai ruh adalah keperluan kesultanan dan keagungan rububiyah, maka kewujudan mereka dan kewujudan pelbagai kelompok khas bagi setiap satu daripada mereka adalah satu perkara yang qat'i dan tiada keraguan di dalamnya dengan derajat kewujudan kesultanan dan keagungan yang keduanya disaksikan seperti matahari yang disaksikan di alam semesta, maka pelbagai hakikat lain yang khas bagi para malaikat hendaklah dibandingkan dengan perbandingan ini.
Ya, sesungguhnya Allah Yang Maha Berkuasa yang memiliki keagungan dan kemuliaanan yang mencipta 400 ribu jenis pelbagai makhluk yang memiliki kehidupan di bumi, bahkan yang mencipta hatta bahan yang busuk yang paling sederhana yang memiliki ruh dengan banyaknya, dan Allah mengimarahkan setiap ceruk bumi dengan mereka, dan Allah membuat mereka bercakap dengan lidah mereka terhadap pelbagai mukjizat ciptaan-Nya dengan ucapan ما شاء الله Maha Agung Allah بارك الله Semoga Allah memberi keberkatan سبحان الله maha suci Allah, dan menjadikan pelbagai haiwan yang kecil itu mengucapkan الحمد لله segala puji bagi Allah الشكر لله segala kesyukuran bagi Allah الله أكبر Allah Maha Besar terhadap pelbagai ihsan rahmat-Nya. Tidak syak dan tiada keraguan bahawa Allah telah mencipta pelbagai penghuni dan pelbagai makhluk ruhani yang berkenaan dan sesuai bagi langit yang besar dan komitmen dalam beribadat dan tidak bermaksiat pada-Nya, dan mengimarahkan langit dengan pelbagai makhluk ruhani itu. Allah juga tidak membiarkan satu tempat kosong di langit itu.
Allah juga mengadakan pelbagai jenis yang berlainan dalam kalangan malaikat yang bilangannya lebih banyak daripada kelompok haiwan, yang mana sebahagian malaikat adalah sangat kecil yang menaiki titik hujan dan salji, dan membisikkan bagi ciptaan dan rahmat Ilahi dengan lidahnya yang khas, dan sebahagian malaikat menaiki planet, dan membuat pengumuman (semasa berlegar di angkasa) kehambaannya kepada alam dengan ucapan takbir (الله أكبر) dan tahlil (لا إله إلا الله) terhadap keagungan, kemuliaan dan kebesaran rububiyah.
Ya, sesungguhnya kesepakatan semua kitab dan agama samawi sejak Adam ‘Alaihis Salam atas kewujudan dan kehambaan para malaikat. Dan nukilan dan periwayatan
78. Page
semua kitab dan agama samawi terhadap berlakunya pelbagai perbualan dan percakapan antara para malaikat dan manusia sepanjang zaman dengan pelbagai kemutawatiran yang banyak untuk menetapkan kewujudan dan hubungan para malaikat dengan kita dengan penetapan yang qat'i seperti kewujudan para penduduk Amerika yang belum kita lihat.
Maka datanglah ke mari sekarang dan lihatlah dengan nur keimanan ke buah kedua yang menyeluruh ini dan rasalah ia dan ketahuilah bagaimana buah ini mengimarahkan alam semesta dari satu tempat yang paling hujung ke satu tempat yang paling hujung lalu mempercantik dan menukar alam semesta menjadi masjid yang paling besar dan menjadi satu tempat sembahan yang besar dan mempamerkan di hadapan pandangan manusia sebagai satu alam semesta yang memiliki kehidupan, perasaan, sinaran, kemesraan dan kemanisan dibanding dengan apa yang dipamerkan oleh falsafah dan sains berupa satu alam semesta yang mati, sejuk, gelap dan menakutkan. Kemudian buah kedua ini membuat ahli iman merasakan walau pun masih berada di dunia keseronokan satu tajalli daripada pelbagai tajalli kehidupan yang kekal, setiap seorang daripada ahli iman itu mendapat sesuai dengan derajat keimanan masing-masing.
Kesimpulan: Sebagaimana keesaan, tindakan, pengadaan, sifat-Nya sebagai tuhan (rububiyah), sifat-Nya sebagai pencipta dan kesucian Allah yang Maha Pencipta membuat pengumuman dengan lisanul hal yang dimiliki oleh setiap ciptaan sama ada secara sebahagian atau secara keseluruhan mengenai kewujudan qudrah itu sendiri, nama itu sendiri, kebijaksanaan itu sendiri dan pembuatan itu sendiri di setiap ceruk alam semesta dengan rahsia kesatuan dan keesaan, begitu juga Allah mencipta malaikat di setiap tempat dan menjadikan mereka yang melaksanakan dengan lidah mereka dalam kehambaan dengan pelbagai ucapan tasbih yang dilakukan oleh setiap makhluk dengan lisanul hal masing-masing tanpa ia merasakan. Para malaikat juga tidak menyalahi pebagai perintah buat selamanya, dan mereka tidak memiliki apa-apa pengadaan sama sekali melainkan kehambaan yang murni, dan mereka tidak memiliki sebarang campur tangan tanpa sebarang perintah, bahkan mereka tidak memiliki apa-apa syafaat tanpa sebarang izin. Mereka telah menerima dengan nyata rahsia عباد مكرمون hamba-hamba-Nya yang dimuliakan. (surah al-Anbiya ayat 26) يفعلون ما يؤمرون dan mereka melakukan apa yang mereka diperintahkan (surah at-Tahrim ayat 6)
79. Page
Satu bahagian daripada risalah Khusrau pahlawan bagi Risalah an-Nur
bersempenaan masalah kesebelas bagi buah
Dengan nama-Nya SWT
وَإِنْ مِنْ شَيْءٍ إِلَّا يُسَبِّحُ بِحَمْدِهِ
dan tiadalah daripada sesuatu melainkan mengucapkan tasbih dengan memujinya
Salam sejahtera ke atas kamu semua, rahmat Allah dan berkat-Nya abadi kekal selamanya
Wahai guru kami wahai tuan kami yang dikasihi, yang paling berharga dan diberkati,
Sesungguhnya sebiji buah (dengan sembilan masalahnya) yang mengandungi pelbagai kebaikan dan pelbagai faedah yang agung bagi bangsa dan tanah air tidak cukup menjadi satu perantara keselamatan bagi para penuntutnya dengan satu gambaran yang membingungkan, pada zaman yang menakutkan dan dalam kalangan orang yang bermaksiat yang menakutkan dan dalam kalangan para musuh yang ketat. dan hanyasanya buah ini menepuk tangan dengan dua masalah buah itu iaitu masalah kesepuluh dan kesebelas yang khas bagi para penuntut Risalah an-Nur yang berjalan atas pelbagai jalan hakikat. buah itu juga telah membahas mengenai pelbagai azab di alam kubur yang merupakan tempat yang hakiki yang mereka akan pergi ke sana, dan membuatkan mereka suka bercerita dan berteman dengan para malaikat yang mereka (para penuntut Risalah an-Nur) akan melihat mereka (para malaikat) dan bercakap dengan mereka di bawah tanah yang merupakan sebuah tempat persinggahan yang menakutkan semua, dan juga sebuah tempat persinggahan yang menyeramkan, amat menakutkan dan amat menyakitkan, dan amat tragik khasnya bagi orang yang lalai. Buah itu membuat mereka rindu pada tempat ini lebih daripada makhluk yang memiliki kekuatan, dan dengan ini buah ini menghilangkan ketakutan mereka yang amat sangat terhadap tempat persinggahan yang menakutkan yang pertama itu daripada pelbagai tempat persinggahan pada hari akhirat. Buah itu menjadikan mereka menarik nafas lega. dan buah itu juga menjadi seperti lampu elektrik yang terhampar sinarannya sehingga jarak ratusan ribu tahun dengan tangan sesiapa yang tidak dapat melihat sepertiku kehidupan yang dipenuhi dengan nur bagi alam itu. Ia juga menjadi contoh Taman yang memiliki bunga yang biasa dilihat yang berterusan dicium bau wanginya.
Ya, kami mencadangkan pada guru kami yang dicintai untuk mempersembahkan ke hadratnya pada setiap waktu apa yang kami terima daripada pelbagai limpahan dalam Risalah an-Nur, seperti seorang pelajar yang membacakan pelajarannya kepada gurunya setiap hari, melainkan guru kami yang dicintai memberhentikan perbicaraan secara sementara.
Wahai guru kami yang mulia, sesungguhnya hakikat Risalah an-Nur, kecantikan buah dan limpahan bunganya telah membuatku bercakap sesuatu dan dengan kegembiraan dengan nama kotaku, hakikat itu telah menyegarkan banyak hati yang bercakap sepertiku, maka sekarang pelbagai langkah terhadap Risalah an-Nur dan
80. Page
juga pelbagai tangan yang menggapainya dalam kawasan kita telah memperolehi kekerasan yang lebih daripada pihak berkuasa dengan bunga kesebelas bagi buah, lalu tersingkap dan bermulalah pelbagai kegiatannya.
Anak muridmu yang amat banyak kekurangan Khusrau
Sepucuk surat ditulis sempena ucapan tahniah pada bulan Ramadhan
Dengan nama seluruh penuntut Risalah an-Nur di Isparta dengan pindaan di tiga belas perenggan
Dengan nama-Nya
وَإِنْ مِنْ شَيْءٍ إِلَّا يُسَبِّحُ بِحَمْدِهِ
dan tiadalah daripada sesuatu melainkan mengucapkan tasbih dengan memujinya
Assalamualaikum...
Wahai guru kami yang mulia dan wahai ketua kami yang dihormati, wahai dia yang mengalirkan darah dari kedua matanya yang diberkati sebagai ganti daripada air mata demi keselamatan dunia Islam di dunia dan akhirat dengan limpahan al-Quran, hakikat Risalah an-Nur dan kesungguhan para penuntutnya yang benar. Wahai dia yang diserang pelbagai penyakit dan pelbagai bala lebih banyak daripada Saidina Ayub ‘Alaihis Salam pada waktu ini yang bergolak dan bergoyang bagi fitnah akhir zaman. Dan dia yang berusaha dengan nur al-Quran, dengan pelbagai bukti Risalah an-Nur dan dengan kesungguhan para penuntutnya untuk merawat pelbagai penyakit badani dan maknawi bagi dunia Islam seperti Luqman al-hakim.
Wahai dia yang menetapkan bahawa pelbagai percikan nur yang terdapat di kedua tangannya yang diberkati adalah satu perkara yang benar dan adalah satu hakikat. Wahai dia yang menghadapi orang yang hendak menyakitinya dengan hakikat al-Quran dan dengan pelbagai hujah Risalah an-Nur dan dengan kejujuran dan keikhlasan para penuntut Risalah an-Nur dan juga dengan doa kebaikan bagi mereka. dan dengan melakukan ihsan kepada mereka, dan menunjukkan belas kasihan kepada mereka lebih banyak daripada sesiapa pun sampai ke tahap pengorbanan dengan jiwa dan ruh demi dunia Islam walaupun ia dalam keadaan sakit, sudah tua dan lemah dan dalam keadaan yang menyedihkan.
Wahai dia dan penuntutnya yang ditimpa dugaan penjara dengan sebab dicetak buku "tanda kebesaran yang agung" Ayatul Kubra yang mana buku adalah daripada pelbagai karangannya yang penting. Dialah yang menukar pelbagai penjara ini menjadi pelbagai sekolah ala nabi Yusuf dan menjadi dewan pengajaran mengenai bimbingan al-Quran dan mengenai pelajaran Risalah an-Nur, dan dengan kesungguhan dan semangat para penuntut Risalah an-Nur dan yang mengeluarkan semua yang lalai dalam kalangan kami dalam keadaan mereka telah khatam al-Quran sebelum mereka keluar dari penjara. Wahai dia yang mengangkat semua
81. Page
perkara yang membeban dan memberatkan kami dalam musibah ini daripada kami dan dia yang memikulnya dengan kekuatan yang suci milik al-Quran, dan dengan ketenangan Risalah an-Nur dan dengan keteguhan para saudaranya walaupun ia sudah tua dan lemah. Wahai dia yang telah membuka pintu-pintu jel tersebut dan menjadi sebab bagi kebebasan kami dengan risalah buah dan pelbagai risalah pertahanan yang ia telah karang, dan dengan kemukjizatan al-Quran yang bermukjizat dan penerang, dan dengan pelbagai bukti yang kuat bagi Risalah an-Nur dan dengan keikhlasan para penuntut Risalah an-Nur, dan dengan izin ilahi, lalu ia menjadikan hari diajarkan Risalah an-Nur sebagai hari raya bagi kita dan bagi dunia Islam.
Wahai dia yang menetapkan secara hak bahawa Risalah an-Nur adalah nur berlapis nur, dan menjadikan Risalah an-Nur mendapat hak membaca dan hak menulis dengan kebebasan yang sempurna hingga hari kiamat. dan menetapkan juga bahawa dunia Islam berhajat yang amat sangat pada nur itu seperti perlunya mereka pada air, roti dan udara dengan makanan suci bagi al-Quran yang agung keadaannya, dan dengan makanan ukhrawi bagi Risalah an-Nur dan dengan kepuasan para penuntutnya. Dan dia yang menetapkan bahawa ribuan daripada mereka yang membaca dan menulis pelbagai nur tersebut memasuki kubur dengan keimanan. Dan dia yang tidak menjadikan para penuntutnya yang tergolong padanya dalam keadaan kalah dan remuk hati mereka, dan dia yang telah menyejukkan pada hari ini api hati kami yang terbakar dengan api perpisahan pada waktu malam dan siang dengan pelbagai pelajaran samawi bagi al-Quran dan pelbagai asas Risalah an-Nur dan dengan kepintaran dan kecerdikan para penuntutnya dan dengan "masalah kesepuluh" dan "masalah kesebelas" bagi "buah" dan pelbagai bunganya, dan dengan pelbagai masalahnya yang diberkati seperti air kehidupan dan seperti minuman air telaga kauthar dan dengan pelbagai bunganya. Kemudian dia membimbing kita ke arah kegembiraan dan kesukaan.
Wahai dia yang menyelamatkan kematian (yang mana alam takut pada kematian lebih daripada benda lain) daripada hukum bunuh abadi bagi ahli iman, dan menukarkannya ke tiket pembebasan dengan pelbagai janji yang qat'i bagi al-Quran yang agung keadaannya dan dengan ancaman kitab suci itu dan dengan penyingkapan yang qat'i bagi Risalah an-Nur, dan dengan penyaksian para pelajarnya yang dirahmati, dan dengan diperlihatkan bagi ahli kasyaf berkenaan kubur bagi mereka. Dia yang menetapkan bahawa kematian adalah satu perjalanan yang membahagiakan ke alam nur. Dan Ia memberitahu bahawa kematian adalah hukuman bunuh yang abadi bagi orang kafir dan orang munafik. Ia menetapkan juga bahawa kubur yang menakutkan ini yang gelap, sejuk dan sempit itu sama ada kubur itu adalah sebuah taman daripada pelbagai taman syurga bagi ahli iman dan sebuah pintu daripada pelbagai pintu syurga, atau sama ada kubur itu adalah sebuah lubang daripada lubang neraka jahanam yang penuh dengan pelbagai ular dan kalajengking bagi orang kafir, orang munafik dan orang zindik dengan pelbagai pemberitahuan al-Quran yang memiliki mukjizat dan penerang yang qat'i yang berada di bawah pembenaran 40 aspek dari pelbagai aspek kemukjizatannya, dan berada di bawah pembenaran seribu mukjizat ahmadiyah yang dimiliki oleh pemiliknya Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam) dan dengan pelbagai hujah (yang telah menang dan terus menang ke atas para musuh ketat) dalam Risalah an-Nur yang
82. Page
terbit daripadanya, dan dengan penyerahan rasa qanaah para penuntut Risalah an-Nur dengan pelbagai tanda dan pengalaman yang banyak.
Dan ia yang menjadikan dua malaikat iaitu mungkar dan nakir yang akan datang ke sana sebagai teman yang mesra bagi sesiapa yang menelusuri jalan ahli hak dan ahli hakikat. Dan dia yang memasukkan para penuntut Risalah an-Nur ke dalam kalangan penuntut ilmu, dan dia yang menyingkap kewafatan al-marhum seorang pahlawan syahid dan al-hafiz Ali bahawa mereka menjawab pelbagai soalan munkar dan nakir dengan Risalah an-Nur, dan dia yang berdoa dan bermunajat kepada rahmat ilahi bagi sesiapa yang masih hidup dalam kalangan kami sehingga kami menjawab juga dengan Risalah an-Nur.
Dia yang memperkenalkan al-Quran dan menetapkan dengan gambar yang luar biasa dan sangat cantik (dengan sesuatu yang tidak pernah dilihat dan tidak pernah didengar sebelumnya) bahawa al-Quran yang agung keadaannya adalah kalam Allah yang Maha Benar dan juga sebuah kitab samawi yang paling agung dan paling utama, dan sesungguhnya dalam surah al-fatihah terdapat ribuan surah al-Fatihah, dan sesungguhnya dalam surah al-Ikhlas terdapat ribuan surah al-Ikhlas, dan sesungguhnya bagi setiap huruf daripada hurufnya tedapat sepuluh pahala, dan kadang-kadang mencapai ratus, seribu malah ribuan ganjaran dan kebaikan dengan penzahirannya sejenis kemukjizatan maknawi yang dimiliki oleh al-Quran yang agung keadaannya sesuai bagi setiap tahap daripada 40 tahap dan dengan keadaannya sebagai satu kalam yang bersifat azali yang dituju ke semua alam semesta, dan dengan dua risalah iaitu "mukjizat al-Quran" dan "lapan lambang", bagi Risalah an-Nur yang ia adalah sebuah tafsir bagi Risalah an-Nur, dan dengan penulisan syaikh bagi para penulis khat dan para penyalin bagi kilang bunga mawar (yang ia adalah Risalah an-Nur) terhadap mushaf al-Quran sebagaimana ia tertulis di lauh mahfuz dengan perintah "tulislah" yang tujukan kepada Khasru yang merupakan seorang penyalin dan seorang pahlawan bagi Risalah an-Nur dengan pelbagai usaha yang luar biasa daripada para saudara-saudara dan teman-temannya walaupun tiada seorang pun yang dapat menulisnya sejak zaman kebahagiaan sehingga sekarang dengan gambaran yang menarik yang memiliki mukjizat ini. Dan ia yang menetapkan bahawa al-Quran memiliki empat puluh aspek kemujizatan, dengan penzahiran kemukjizatan al-Quran yang memiliki kemukjizatan, penerang yang telah wujud sejak 1300 tahun dahulu, dan dengan tangkisannya terhadap para pembangkangnya dan dengan pelbagai dalil yang penghancur yang dimiliki oleh Risalah an-Nur sampai ke tahap pelbagai dalil itu dapat dilihat dengan mata, dan dengan pelbagai pena yang terbuat daripada berlian bagi para penuntut Risalah an-Nur, dan dengan pelbagai Risalah an-Nur yang mencabar alam, dan yang tidak timbul sepertinya sehingga ke hari ini dan khasnya "kalimat kedua puluh lima" dan nota kakinya yang membingungkan orang yang paling degil.
Wahai dia yang telah menetapkan satu penetapan yang baik dengan risalah miliknya yang diberi nama "Pelbagai mukjizat ahmadiyah" yang dimiliki oleh Nabi Muhammad Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam dalam Risalah an-Nur ribuan mukjizat yang menunjukkan bahawa rasul Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam adalah seorang rasul yang hak, Dan sesungguhnya baginda Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam adalah rasul yang paling utama dalam kalangan para rasul yang berjumlah 124 ribu, dan
83. Page
penghulu mereka. Dan ia yang menerangkan bagaimana mengikuti sunnah yang mulia bagi rasul Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam itu adalah satu keuntungan yang agung, yang mana di dalam keikutan pelbagai sunnahnya yang mulia dalam pada zaman ini adalah ganjaran seratus syahid dengan pengumuman yang dibuat al-Quran yang agung keadaannya bagi alam semesta bahawa rasul yang mulia Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam adalah rahmat bagi alam semesta dan dengan penetapan Risalah an-Nur sejak dari awal hingga akhir dengan pelbagai bukti bahawa Nabi Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam adalah rahmat bagi alam seluruh alam, dan dengan mempertunjukkan pelbagai bukti itu (sehingga kepada orang buta) bahawa pelbagai perbuatan dan keadaan rasul yang mulia ini adalah pembimbing yang paling kuat yang perlu diikuti, dan yang paling baik di alam semesta, dan dengan kesaksian diangkatnya pelbagai bala selepas tersebarnya Risalah an-Nur ini di Anatolia dan di beberapa kota yang khas, dan turunnya pelbagai bala ketika mana mereka hendak membisukan Risalah an-Nur ini dengan pelaksanaan pelbagai kerja dakwah oleh para penuntut Risalah an-Nur, dan hubungan mereka dengan kerja dakwah dengan daya tahan yang sempurna di bawah pelbagai situasi yang keras.
Dan dia yang menetapkan dengan ainul yakin bahawa sebagaimana sedekah itu menolak pelbagai musibah dan pelbagai bala, maka begitu juga Risalah an-Nur menahan pelbagai musibah dan pelbagai bala di Anatolia sejak 20 tahun.
Sesungguhnya tidak bersalahnya Risalah an-Nur yang sekarang telah membimbingmu (wahai guru kami yang dikasihi) pertamanya, kemudian membimbing kami (iaitu kami para pelajarmu yang lemah dan tidak sempurna) dan membimbing dunia Islam pada kegembiraan dan kebahagiaan, dan telah menjadikan kami hidup dalam hari raya kedua yang agung, oleh itu bersempena dengan bulan Ramadhan ini, kami mengucapkan tahniah dengan hari raya yang agung milikmu wahai guru kami yang diberkati, dan dengan ramadhan yang mulia milikmu ini menjadi hari raya ketiga, dan dengan satu malam milikmu iaitu lailatul qadar, sambil berharap kami disampaikan seperti malam itu yang banyak, dan kami memohon kemaafan berkenaan kekurangan kami yang memang bersifat kekurangan, dan kami menyampaikan salam ke atasmu, dan kami mencium tangan dan kakimu yang diberkati, dan kami mengharapkan doamu, wahai guru kami dan wahai pemimpin kami.
Kami Para Penuntut Risalah an-Nur
Kami Yang berada di Isparta dan sekitarnya,
Surat yang panjang ini yang ditulis oleh seorang penulis Risalah an-Nur dengan nama semua telah mengirimnya kepada kamu dengan menambah padanya sebanyak 13 perenggan, sebagai tanda kesyukuran maknawi, dan demi keselamatan daripada tipu daya dan kufur nikmat, yang mana sesungguhnya menolak apa yang terdapat dalam risalah ini yang mengatasiku dengan 100 derajat, dengan penolakan yang menyebabkan rasa rendah diri, adalah satu perbuatan kufur nikmat, dan satu penghinaan terhadap sangkaan baik semua penuntut Risalah an-Nur, dan sesungguhnya penerimaan apa yang terdapat di dalamnya maka terdapat di dalamnya tipu daya dan sikap ego.
84. Page
Ia telah mengirimnya kepada kamu dan diletakkan di akhir "masalah kesebelas" bagi risalah buah dengan tajuk "sebuah risalah daripada para penuntut Risalah an-Nur yang ada di isparta dan sekitarnya.
Saudaramu
Said an-Nursi