Warkah Khusus Buat Saudaraku

215. Page

WARKAH KHUSUS UNTUK PARA SAUDARAKU

Aku akan mengulas tentang dua potong hadith as-Syarif kepada saudara-saudaraku yang mengutamakan wirid-wirid yang lain ke atas amalan menulis Risalah an-Nur yang dikira sebagai ibadah dari lima sudut,(28) dalam tiga bulan yang merupakan bulan-bulan ibadat ini.


Pertama: “يُوزَنُ مِدَادُ الْعُلَمَاءِ بِدِمَاءِ الشُّهَدَاءِ” Au kama qal

“(Di Padang Mahsyar) dakwat-dakwat yang telah digunakan oleh para ulama hakikat akan ditimbang setaraf dengan nilai darah para syuhada”.

 Keduanya: “مَنْ تَمَسَّكَ بِسُنَّتِى عِنْدَ فَسَادِ اُمَّتِى فَلَهُ اَجْرُ مِاَةِ شَهِيدٍ” Au kama qal: “Sesiapa yang berpegang-teguh dengan Sunnah-Ku (Nabi Muhammad Sollallahu ‘Alaihi wa Sallam) dan hakikat-hakikat al-Quran serta berkhidmat untuknya pada waktu kerosakan umat-Ku (semasa bidaah dan kesesatan berleluasa) akan memperoleh seratus pahala mati syahid.”

Wahai saudara-saudaraku yang telah jemu menulis kerana sifat malas dan wahai saudara-saudaraku dalam tariqat sufi! Gabungan kedua-dua hadith ini menunjukkan bahawa pada zaman sebegini, cahaya hitam dan satu dirham dakwat yang ibarat air kehidupan yang mengalir daripada pena-pena suci yang diberkati yang berbakti untuk hakikat-hakikat keimanan, rahsia-rahsia syariat dan Sunnah Nabi yang terpuji boleh memberi manfaat seberat seratus dirham darah syuhada kepada kalian di Padang Mahsyar. Oleh itu berusahalah untuk memperolehnya.

Jika kalian berkata: “Dalam hadis nabi terdapat ungkapan ulama, walhal sebahagian kami hanyalah penulis.”

Jawapan: Orang yang membaca risalah-risalah dan pengajaran-pengajaran ini dengan kefahaman dan penerimaan selama satu tahun boleh menjadi ulama yang penting dan benar di masa kini. Jika dia tidak faham sekalipun, memandangkan pelajar-pelajar Risalah an-Nur mempunyai keperibadian maknawi, tidak syak lagi bahawa peribadi maknawi itu ialah ulama yang besar dan penting bagi masa ini. 

Pena-pena kalian pula ialah jari-jemari peribadi maknawi itu. Walaupun aku merasakan bahawa aku tidak layak, tetapi oleh sebab kalian telah memberikan

(28) Kami telah meminta penjelasan lima jenis ibadah yang diisyaratkan oleh guru kami dalam warkah yang bernilai ini daripada beliau sendiri. Penjelasan yang kami ambil ialah begini: 
Mujahadah maknawi menentang golongan yang sesat merupakan mujahadah yang paling penting.
Berkhidmat kepada gurunya dalam bentuk bantuan pada sudut menyebarkan hakikat.
Berkhidmat kepada umat Islam melalui sudut keimanan.
Memperoleh ilmu melalui pena.
Melakukan ibadat tafakkur yang kadangkala satu jamnya dikira sebagai setahun ibadat.
Rusdu, Husrev dan Re’fet


216. Page

kedudukan seorang guru kepada si miskin ini berdasarkan sangka baik kalian dan memberi kedudukan seorang alim kepadanya dari sudut ikutan maka secara tidak langsung kalian turut terlibat. Ini kerana aku tidak mahir menulis, maka pena-pena kalian dikira sebagai penaku dan kalian layak mendapat pahala yang disebut dalam hadith nabi.”

Said Nursi